(Tugasan 2)
Saya, Nurulizzah Hani Binti Kamarjan dengan ini mengaku bahawa saya telah menerima
maklum belas kerja kursus saya daripada pensyarah.
Tandatangan: Tarikh:
1
Isi Kandungan
Penulisan Esei 1
Lampiran 3
Borang penilaian
Rujukan 5
2
3
Penghasilan pakej pembelajaran multimedia dalam talian ini adalah sebagai rujukan
murid Tahun 2 dan guru Pendidikan Seni Visual (PSV) bagi Unit 1 iaitu Kami Suka Sayur.
Pakej pembelajaran ini adalah berteraskan kepada Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Kesenian Tahun 2 iaitu di bawah Modul Kreativiti dan
Inovasi Seni. Dalam pakej pembelajaran yang disediakan ini, saya memfokuskan kepada
aktiviti menggambar iaitu melukis sayur-sayuran dengan garisan selari.
Fasa kedua adalah fasa rekabentuk dimana saya mula memberi tumpuan terhadap
aspek isi kandungan, bentuk antaramuka perisian serta interaktiviti pengguna. Segala
proses pada fasa ini boleh disediakan secara rajah dan lakaran bergambar bagi ‘story
board’. Fasa ketiga adalah fasa pembangunan (prototaip) iaitu setelah semua spesifikasi
ditentukan, saya memulakan proses pembangunan iaitu dengan cara pengarangan atau
pengaturcaraan di dalam Google Site yang sebenar untuk menghasilkan prototaip dimana
elemen-elemen gambar pegun, bahan garfik, teks, action button, hiperlink dan video
diterapkan ke dalam pakej pembelajarn ini. Elemen lain seperti audio dan animasi telah
dimasukkan ke dalam video asli kerana fungsi Google Sites yang agak terhad. Segala
kesilapan yang saya temui ketika fasa pembangunan, saya akan segera membuat
penambahbaikan dan pembetulan
1
merangkumi maklumbalas kesahihan isi kandungan, kesesuaian bentuk antaramuka,
kelancaran fungsi pakej pembelajaran, elemen kreativiti dan sebagainya.
Keberkesanan pakej pembelajaran ini dari aspek kekuatan ialah sifatnya yang mesra
pengguna kerana ciri-cirinya yang mudah dikendalikan. Sebagai contoh, setiap butang
disusun dengan kemas pada bahagian atas laman web yang memudahkan pengguna
berpindah dari laman utama ke laman yang lain. Saya juga mengaplikasikan pelbagai aspek
asas seni reka iaitu unsur seni warna yang terdiri daripada gabungan warna panas dan
sejuk. Saya menggunakan banyak warna supaya pakej pembelajaran saya kelihatan
menarik sesuai dengan PSV serta mengelakkan kebosanan kepada pengguna. Akhir sekali,
saya telah menyediakan satu video bagi aktiviti yang dinyatakan dalam pakej pembelajaran
untuk memudahkan murid-murid membuat rujukan dalam melaksanakan aktiviti tersebut.
Antara kelemahan yang terdapat dalam laman web saya ialah kuiz yang terhad iaitu
hanya mengenal jenis garisan. Selain itu, biodata penulis yang terlalu ringkas menyebabkan
keraguan kepada pengguna untuk memanfaatkan maklumat di laman web saya kerana
berpendapat bahawa saya bukanlah seorang guru PSV. Akhir sekali, penggunaan Google
Sites dalam membina pakej pembelajaran menjadikan laman web saya terdiri daripada ciri-
ciri yang terhad. Hal ini kerana, Google Sites tidak menyediakan begitu banyak feature.
Sebagai contoh, pakej pembelajaran akan terlihat lebih menarik jika boleh memainkan audio
sebagai muzik latar.
Penambahbaikan yang boleh dibuat terhadap laman web saya ialah dari segi
penambahan kuiz sedia ada. Semakin banyak kuiz yang disediakan, semakin banyak
pengetahuan yang akan diperolehi oleh pengguna. Saya juga perlu melengkapkan
maklumat pribadi saya sebagai seorang pembina laman web agar pengguna lebih yakin
akan kesahihan maklumat yang disediakan. Akhir sekali, saya perlu menjadikan laman web
saya lebih menarik iaitu dengan penambahan gif atau animasi yang boleh bergerak supaya
laman web tidak kelihatan kaku.
2
Tajuk Website:Unit 1: Kami Suka Sayur
Mata Pelajaran/ Tahun: Pendidikan Kesenian Tahun 2
Topik: Kami Suka Sayur
Standard Kandungan:1. Bahasa Seni Visual 2.Kemahiran Seni Visual
Standard Pembelajaran:
1. Mengenal dan menerangkan bahasa seni visual yang ada pada karya.
2. Membuat penerokaan dengan mengaplikasikan bahasa seni visual melalui media,
proses dan teknik untuk menghasilkan karya.
Item T S R Ulasan
Selaras dengan standard kandungan / Isi kandungan
dan standard pembelajaran berpandukan Buku
Teks.
Kandungan tepat dan terkini / Mematuhi standard
DSKP
Bahasa yang jelas dan sesuai / Fon yang jelas dan
bahasa yang
mudah difahami.
Mampu memberi motivasi atau tumpuan / Pakej
pembelajaran
menarik,
Kualiti teknikal keseluruhan – video, audio, / Terlihat baik dan
hyperlink, action button, dll jelas.
Bebas dari bias / Berifat bebas
tanpa melebihkan
mana-mana pihak.
Susun atur kandungan yang sistematik / Sangat menarik
dan sistematik.
Grafik dan teks yang jelas / Sangat jelas.
3
Cadangan penambahbaikan: Menambah lebih banyak kuiz dan laman muka surat.
Rujukan
4
Gb. (2019, July 25). DSKP kssr Pendidikan Kesenian TAHUN 2 (SEMAKAN 2017).
GuruBesar.my. https://gurubesar.my/dskp-kssr-pendidikan-kesenian-tahun-2-
semakan-2017/.
Wahid, N., Othman, M. F., Ismai, M. N., Senan, N., Hamid, R. A., Fudzee, M. F. M., Murli,
N., Suparjoh, S., Hamzah, U., & Amin, A. Z. M. (2007). Teknologi multimedia: Modul
pembelajaran. Penerbit Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.