Anda di halaman 1dari 7

PENULISAN

Nama Pelajar : NURULIZZAH HANI BINTI KAMARJAN


Angka Giliran : 2020302340214
Nombor Kad Pengenalan : 010329101288
Kumpulan/Unit : 1 PISMP PSV 1
Kod dan Nama Kursus : SJHK3023 MALAYSIA DAN HUBUNGAN

ANTARABANGSA
Nama Pensyarah : DR. HASHIMA BINTI SULAIMAN
Tarikh Hantar : 20 NOVEMBER 2020

Saya NURULIZZAH HANI BINTI KAMARJAN dengan ini mengaku telah menerima maklum
balas kerja kursus saya daripada pensyarah.

Tandatangan : Tarikh :

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1
Penulisan Esei Pendirian Malaysia Berhubung Isu Antarabangsa 3
(Isu Pemerdagangan Manusia)
- Pendirian Malaysia Dalam Menangani Isu Pemerdagangan Manusia
- Langkah-langkah yang telah diambil bagi membanteras masalah Isu
pemerdagangan manusia

Rujukan 7

Pertubuhan serantau merupakan satu pertubuhan yang anggotanya terdiri daripada


negara-negara yang berjiran antara satu sama lain. Pembentukan pertubuhan ini adalah
untuk kepentingan politik, ekonomi dan sosial (Adewiyatun et al, 2019). Sejak Malaysia
mencapai kemerdekaan, terdapat tiga pertubuhan serantau yang telah dibentuk dan

2
disertainya iaitu ASA (Association of Southeast Asia) pada tahun 1961, MAPHILINDO pada
tahun 1963 dan ASEAN (Association of Southeast Asian Nations) pada tahun 1967.
Penubuhan ASEAN adalah kerana hasrat Malaysia yang ingin meneruskan untuk berbaik-
baik dan mengadakan kerjasama dengan negara-negara jiran walaupun dua buah
pertubuhan yang dibentuk sebelum ini iaitu ASA dan MAPHILINDO gagal dan tidak bertahan
lama. Usaha ini akhirnya berhasil dengan termeterainya Deklarasi Bangkok pada 8 Ogos
1967 yang membawa kepada penubuhan ASEAN. Antara tujuan menganggotai ASEAN
adalah untuk mengekalkan kestabilan politik di Asia Tenggara serta membantu negara
antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan, meningkatkan taraf
hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan dan perindustrian
selain memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan penyelidikan
mengadakan hubungan yang erat dengan persatuan atau pertubuhan serantau dan
antarabangsa. Setiap tindakan-tindakan yang dibuat adalah berdasarkan pendirian-
pendirian yang tertentu.

Isu pemerdagangan manusia merupakan masalah serius yang melanda dunia


secara global. Menurut Akta Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran,
2007, pemerdagangan manusia dapat didefinisikan sebagai perbuatan yang melibatkan
pemerolehan atau pengekalan tenaga kerja atau perkhidmatan seseorang melalui paksaan
seperti merekrut, mengangkut, memindahkan, melindungi, menyediakan atau menerima
seseorang. Salah satu kesan yang dapat dilihat daripada aktiviti pemerdagangan manusia
adalah mencemarkan imej negara di mata dunia (Norraiha, 2016). Oleh hal yang demikian,
bagi membanteras masalah tersebut, Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan
Migran (ATIPSOM) 2007, yang dipinda pada tahun 2010 dan 2015, iaitu menjadikan
pemerdagangan pekerja dan pemerdagangan seks suatu jenayah dan menetapkan
hukuman penjara tiga hingga 20 tahun dan denda, yang cukup ketat. Disamping itu,
berkenaan dengan pemerdagangan seks pula, adalah setimpal dengan hukuman yang
ditetapkan untuk kesalahan serius lain, seperti rogol telahpun diwujudkan bagi
mengurangkan masalah ini daripada terus berlaku. Selain itu, aktiviti pemerdagangan
manusia termasuklah segala bentuk eksploitasi sama ada untuk tujuan seks, kerja paksa,
perhambaan bahkan turut melibatkan pemindahan organ manusia (Hamzah et al, 2019).
Oleh itu, dapat kita ketahui bahawa aktiviti ini mendatangkan pelbagai kesan negatif dan
salah satu pendirian Malaysia dalam usaha membendung masalah ini adalah menubuhkan
akta tersebut.

Di samping itu, menurut kajian yang dilakukan oleh Samuni dan Kanyo (2013), iaitu
jurnalnya yang bertajuk ‘Usaha Malaysia Dalam Membanteras Jenayah Pemerdagangan
Orang’ telah menerangkan secara padat dan jelas berkenaan usaha-usaha dan pendirian

3
yang dijalankan oleh pihak kerajaan Malaysia dalam membanteras isu pemerdagangan
manusia ini. Menurut kajian tersebut, telah dinyatakan usaha-usaha yang dilakukan oleh
Malaysia dalam membanteras pemerdagangan manusia termasuklah menubuhkan Majlis
Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO), menguatkuasakan Akta
Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM 2007). Disamping itu,
mereka turut menyatakan usaha lain kerajaan iaitu dengan mewujudkan Pelan Tindakan
Kebangsaan Antipemerdagangan Orang (2010-2015), menjalankan rundingan dengan
negara luar, penguatkuasaan, pendakwaan dan perlindungan. Oleh hal yang demiian, kajian
ini telah menyimpulkan bahawa kerajaan Malaysia telah mengambil langkah holistik dan
proaktif dalam membanteras pemerdagangan manusia. Oleh itu, menjadi satu
tanggungjawab kepada masyarakat pula untuk membantu pihak penguatkuasa yang sudah
menjalankan pelbagai usaha bagi memastikan pemerdagangan manusia di negara ini dapat
dibanteras dengan berkesan.

Selain kewujudan akta serta usaha-usaha diatas, terdapat pelbagai tindakan yang
boleh dilakukan bagi membanteras masalah isu pemerdagangan manusia ini. Antara
tindakan-tindakan yang boleh dilakukan ialah, pemimpin-pemimpin negara serantau perlu
berganding bahu bekerjasama untuk mengurangkan jurang ekonomi antara sesebuah
negara. Sebagai contoh, kerjasama pemimpin-pemimpin dalam komuniti ASEAN dapat
dilihat sebagai asas yang sangat kuat dalam menjalinkan kerjasama serantau yang diyakini
mampu mengurangkan jenayah merentasi sempadan apabila negara-negara di Asia
Tenggara menjalin kerjasama politik, ekonomi dan sosial dengan baik. Sekiranya negara-
negara serantau membangun secara serentak, keperluan rakyat sesebuah negara untuk
bekerja di negara jiran akan berkurang. Hal ini kerana, masing-masing mempunyai taraf
ekonomi yang stabil. Secara tidak langsung, keadaan ini dapat mengurangkan berlakunya
aktiviti pemerdagangan manusia yang melibatkan ASEAN khususnya Malaysia.

Selain pentingnya usaha serta tindakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan,
masyarakat juga perlu memainkan peranan yang penting dalam membantu pihak kerajaan
mengurangkan masalah isu pemerdagangan manusia ini. Sebagai contoh, masyrakat
perlulah bersikap proaktif serta berani untuk melaporkan gerak-geri yang mencurigakan di
sekeliling mereka. Meskipun tindakan ini tidak terlihat terlalu besar, sedikit sebanyak ianya
mampu untuk membantu pihak kerajaan mengenalpasti markas-markas yang menjalankan
pemerdagangan manusia. Mereka juga seharusnya bekerjasama bagi memastikan kawasan
tempat tinggal mereka tidak dijadikan sebagai markas pemerdagangan manusia.
Contohnya, Persatuan Rukun Tetangga perlu berbincang apakah langkah yang wajar
diambil untuk membanteras perlakuan jenayah di kawasan perumahan mereka. Dengan
adanya laporan secara berkala, setiap aktiviti pemerdagangan manusia dapat dijejak dari

4
peringkat awal. Oleh hal yang demikian, banyak nyawa yang boleh diselamatkan. Marakat
tidak perlu takut untuk melaporkan jenayah pemerdagangan manusia kepad pihak berkuasa
kerana identiti mereka akan dirahsiakan (Shaari, 2011). Maka, sekiranya setiap kawasan
mempunyai komuniti yang bertanggungjawab serta proaktif seperti ini, pasti masalah isu
jenayah pemerdagangan manusia dapat dibendung dan diatasi dengan mudah.

Secara logiknya, dapat kita lihat bahawa isu pemerdagangan manusia ini banyak
melibatkan pendatang tanpa izin dari Bangladesh, Filipina, India, Indonesia, Kemboja,
Myanmar, Nepal dan Pakistan. Sebagai contoh, Sabah sememanganya menjadi tumpuan
warga Filipina dan Indonesia untuk mencari pekerjaan dan kehidupan yang sempurna.
Biasanya, mereka memasuki negeri itu secara haram melalui utara Sabah dan Wallace Bay.
Aktiviti sebegini jelas berlaku melalui laluan laut. Ancaman sebegini turut menjadi cabaran
kepada negara dalam menanganinya. Namun, kerajaan telah menetapkan tugas dan
tanggungjawab bagi setiap pasukan yang menjaga keselamatan dan keamanan negara.
Menurut Othman et al (2015), ancaman seperti ini akan ditangani oleh Polis Marin dan
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Tidak dilupakan juga Tentera Laut
Diraja Malaysia (TLDM) yang turut membantu dalam menangani ancaman seperti ini dengan
menjalankan rondaan dan akan melaporkan kepada APMM dan Polis Marin jika mendapati
aktiviti seperti ini berlaku di kawasan rondaan. Selain agensi-agensi ini, terdapat jabatan-
jabatan lain yang membantu dalam menjaga perairan negara, salah satu contoh yang dapat
kita lihat ialah Jabatan Perikanan yang mengawal penangkapan ikan secara haram oleh
warganegara atau bukan warganegara.

Tuntasnya, pemerdagangan manusia merupakan satu isu yang serius yang sedang
melanda dunia dan bukan sahaja berlaku di Malaysia. Isu pemerdagangan manusia tidak
boleh dibiarkan daripada terus berlaku di Malaysia kerana ianya akan membawa pelbagai
kesan negatif khususnya merencatkan pembangunan negara ini dari aspek politik, ekonomi
dan sosial. Oleh yang demikian, kerajaan Malaysia telah mengambil beberapa langkah
efektif untuk menangani isu ini. Langkah-langkah yang diambil jelas menunjukkan bahawa
kerajaan Malaysia sentiasa berusaha dengan gigih dan proaktif dalam membanteras isu
pemerdagangan manusia secara holistik. Langkah-langkah yang telah dijalankan ini juga
menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia telah melakukan yang terbaik dalam menangani
isu pemerdagangan manusia dengan mengikut dasar negara serta mengambil kira aspek
kedaulatan, keselamatan dan integriti. Pada masa yang sama, langkah-langkah yang
diambil oleh kerajaan ini akan memberikan hasil yang positif sekiranya masyarakat sekeliling
memahami, mempunyai kesedaran serta tanggungjawab sosial dalam membantu pihak
kerajaan menangani isu pemerdagangan manusia hingga ke peringkat akar umbi. (1136 p.p)

5
Rujukan

6
Adewiyatun, Lestari, E., & Yasiroh, W. (2019). Kerja Sama Negara-negara Asia Tenggara.
doi:10.31227/osf.io/g4s7r

Hamzah, N. A., Othman, N., & Musa, W. A. (2019). Pemerdagangan Manusia di Malaysia:
Isu dan Usaha Membanteras. International Journal of Law, Government, and
Communication, 4(15), 130-140.

Norraiha Mohamad Eusof. (2016). Jenayah Pemerdagangan Orang Dan Penyeludupan


Migran Di Malaysia: Pandangan Undang-Undang Dan Islam. (Tesis Sarjana). Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Othman, Z., Idris, N. A. (2015). Migrasi dan keselamatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Samuni, N., & Kanyo, N. I. (2013). Usaha Malaysia Dalam Membanteras Jenayah
Pemerdagangan Orang: Satu Tinjauan. International Journal of Environment, Society
and Space (IJESS), 1(1), 62-74.

Shaari, S. A. (2011). Pemerdagangan manusia dan kesannya terhadap isu keselamatan di


Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai