Anda di halaman 1dari 2

Teori Hubungan Antarabangsa

1) Realisme

 Golongan ini berpendapat manusia mementingkan diri senidiri serta tamak yang
menyebabkan pergelutan mendapatkan kuasa menjadi focus interaksi manusia seterusnya
negara.
 Unit analisis adalah negara.
 Sistem antarabangsa bersifat anarki.
 Penolakan unsur-unsur nilai
 Tingkah laku negara adalah rasional.
 Konsep-konsep asas dalam realisme
1. Keseimbangan kuasa
2. Konsep kuasa
3. Anarki
 Tokoh realis
1. Sun Tzu
2. Thucydides
3. Machiaveli
4. Thomas Hobbes
5. Van Clausewits
6. Hans Morgenthau
 Bukti empiric PD 2 dan serangan Amerika ke atas Afganistan dan Iraq.

2) Liberalisme

 Mula berkembang semenjak zaman peradaban Greek dan Latin lagi.


 Berasal daripada istilah Libertas, yang bermaksud kebebasan.
 Merangkumi pemikiran falsafah tentang hal yang berkaitan kebebasan maksimum individu
daripada sebarag kawalan kerajaan.
 Liberalisme dihuraikan dalam hasil penulisan tentang hubungan antarabangsa sebagai satu
tradisi pemikiran yang sarat dengan optimisme.
 Berteraskan kepercayaan bahawa manusia pada hakikatnya adalah baik.
 Perkara lain yang ditekankan ialah undang-undang antarabangsa, organisasi antarabangsa
selain penggunaan kuasa semata-mata.
 Pemikiran liberalis sangat ketara pada tahun 1920-1930an, satu eksperimen yang
diharapkan boleh membawa keamanan sejagat ialah penubuhan liga Bangsa-Bangsa.
 Tokoh liberalisme
1. Immanuel Kant
2. Mo Ti
3. Woodrow Wilson
 Para sarjana liberal dan pemimpin negara membahaskan bahawa kerjasaman antarabangsa
dan mengelakkan keganasan adalah paling baik untuk negara sendiri dan lebih rasional.
 Pandangan actor adalah tidak bersifat unitari.
 Prinsip asal liberalisme:
1. moral
2. undang-undang Antarabangsa
3. organisasi antarabangsa
 Konsep kerasionalan liberal dalam perspektif antarabangsa merujuk kepda kesanggupan
actor rasional untuk mengrtepikan kepentingan jangka pendek mereka demi mengekalkan
kebahagian dan kesejahteraan jangka Panjang komuniti yang mereka anggotai (Bukti
empiric, institusi antarabangsa PBB)

3. Konstruktivisme

 Merupakan teori Alternatif kepada liberalisme dan realisme.


 Mengekalkan kritikal skeptisisme Pascamoden terhadap asumsi atau andaian realis dan
liberalis.
 Mengfokuskan kepada pembanggunan teori dimana kepentingan negara identitinya berasal.
 Mengandaikan bahawa budaya yang kompleks membentuk kelakuan atau perwatakan
sesebuah negara berdasarkan keselamat anantarabangsa dan kekuatan ketenteraan.
 Konstruktivis cuba untuk mengantikan realism dengan oversimplified tanggapan tentang
kepentingan negara dengan menekankan unsur budaya kompleks dan model linguistic
(bahasa).
 Mempercayai bahawa sifat semula jadi manusia adalah baik, tetapi boleh dipengaruhi atau
di konstrak oleh persekitaran sosial.
 Michael Barnett menggambarkan hubungan antarabangsa teori konstruktivis sebagai idea-
idea tentang bagaimana menentukan struktur antarabangsa, bagaimana struktur ini
mendefinisikan kepentingan dan identity negara-negara dan bagaimana negara-negara dan
aktor bukan-negara menghasilkan (reproduce) semula struktur ini.
 Prinsip utama dari Konstruktivisme adalah keyakinan baha wa "politik Antarabangsa
dibentuk oleh idea-idea persuasif, nilai-nilai kolektif, budaya, dan sosialidentiti ".
Konstruktivisme berpendapat bahawa reality antarabangsa secara sosial di konstruksi oleh
struktur kognitif yang memberi makna terhadap dunia material.
 Contoh Empirik: hagemoni midia, hiburan misalnya Hollywood secara persuasive cuba
membentuk nilai-nilai masyarakat amerika dan dunia melalui filem-filem yang ditayangkan
dengan menekankan unsur budaya dan sosial ala Amerika Syarikat untuk mempengaruhi
masyrakat dan pembuat dasar.

Anda mungkin juga menyukai