Anda di halaman 1dari 3

MODUL PDPR FASA 6 (15 OGOS 2021 – 19 OGOS 2021)

PENDIDIKAN JASMANI MINGGU 27 UNIT 4 : SARKAS

Sasaran murid : Tahun 2


Tajuk : Formasi Gulingan M/S 42 dan 43
Standard Kandungan : 1.8 Melakukan kemahiran putaran dengan lakuan
yang betul.
Standard Pembelajaran : 1.8.1 Melakukan guling sisi berterusan
1.8.2 Melakukan guling depan posisi straddle.
Objektif : Murid dapat melakukan guling sisi, guling depan
dan guling belakang dengan lakuan yang betul.
Pelaksanaan : Murid menjawab soalan di bawah dengan memilih
jawapan yang paling sesuai.

Tugasan Murid 1
Isi jadual di bawah dengan menyatakan bahagian badan yang menyentuh permukaan
tilam semasa melakukan aktiviti berikut :

Guling sisi Guling hadapan Guling belakang

Tugasan Murid 2
Lihat video yang telah dikongsikan oleh guru. Tiru pelakuan tersebut dengan melakukan
aktiviti guling depan, guling sisi dan guling belakang sekaligus membentuk kemahiran dalam
formasi gulingan. Kongsikan video atau gambar aktiviti kamu bersama guru subjek. Pastikan
keselamatan diutamakan dan sentiasa diawasi oleh orang yang lebih dewasa. Selamat
beraktiviti !

MODUL PDPR FASA 6 (22 OGOS 2021 – 26 OGOS 2021)

1
PENDIDIKAN JASMANI MINGGU 28 UNIT 6 : SANTAI
RIA

Sasaran murid : Tahun 2


Tajuk : Jalan-Jalan Cari Harta M/S 49-50
Standard Kandungan : 1.11 Melakukan aktiviti rekreasi kesenggangan
Standard Pembelajaran : 1.11.1 Menggunakan konsep jam sebagai pandu
arah semasa melakukan aktiviti Menjejak dan
mencari Harta Karun.
Objektif : Murid dapat melakukan aktiviti dengan
menggunakan arah jam yang betul.
Pelaksanaan : Murid menjawab soalan di bawah dengan memilih
jawapan yang paling sesuai.
Nota Ringkas :

 Konsep jam adalah menggunakan jam sebagai arah panduan untuk bergerak.
 Terdapat 4 arah jam yang digunakan iaitu arah jam 12, arah jam 4, arah jam 3 dan
arah jam 6.
 Setiap arah jam itu mempunyai arah pergerakannya yang mesti diikuti.
 Sebagai contoh, arah jam 12 adalah, murid perlu bergerak ke hadapan, arah jam 6,
murid perlu bergerak ke belakang, arah jam 3 adalah pergerakan ke kanan dan arah
jam 9 adalah arah pergerakan ke kiri.

Tugasan 1

Murid dikehendaki melabelkan arah jam di bawah dengan arah pergerakan yang
betul.

2
Tugasan 2
Kamu dikehendaki membuat video dengan mengikut arah pergerakan yang disediakan
di bawah. Apabila sampai di arah pergerakan yang terakhir, maklumkan kepada guru
mengenai barang apa yang berada di belakang kamu. Rakamkan aktiviti kamu untuk
tugasan ini dan kongsikan bersama guru. Pastikan keselamatan sentiasa diutamakan.

1. Bergerak 4 langkah pada pukul 3


2. Bergerak 5 langkah pada pukul 6
3. Bergerak 7 langkah pada pukul 12
4. Bergerak 10 langkah pada pukul 9
5. Bergerak 4 langkah pada pukul 6
6. Maklum kepada guru tentang barang yang berada di belakang kamu