Anda di halaman 1dari 2

Maksud Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah)

Rangkap 1 Walaupun memiliki pengetahuan yang (1)__________________, ayah yang sangat


menyayangi anaknya mengarangkan kitab supaya dapat memberikan pelbagai pesanan yang
berguna kepada anak-anaknya.

Rangkap 2 Kitab yang dihasilkan memberikan pengajaran kepada anaknya supaya menjaga perangai dan
tingkah laku serta menjadi insan yang berakhlak (2)__________________.

Rangkap 3 Ayah berpesan kepada anaknya supaya menghindari sikap (3)__________________.

Rangkap 4 Ayah menasihati anaknya, sekiranya anak menjadi pemimpin hendaklah memerintah negara
dengan (4)__________________ dan bertanggungjawab.

Rangkap 5 Ayah berharap anaknya sering melakukan (5)__________________ dan membantu dengan
hati yang ikhlas.

Rangkap 6 Ayah menasihati anaknya supaya rajin menuntut ilmu dan ilmu yang dituntut mestilah ilmu
yang benar seperti yang telah dinyatakan dalam (6)__________________.

Rangkap 7 Ayah menasihati anaknya supaya rajin (7)__________________ dan hal ini perlu diutamakan
daripada hal yang lain. Hukum syarak pula tidak boleh dilanggar supaya tidak mendapat malu.

Rangkap 8 Anak-anak dinasihati melakukan segala perkara berdasarkan ilmu pengetahuan supaya tidak
tersasar. Mereka juga dinasihati melakukan setiap perkara dengan berhati-hati agar tidak
terjerumus ke lembah (8)__________________.

Rangkap 9 Ilmu membolehkan kita membezakan perkara yang betul dan salah. Dengan adanya ilmu,
pemimpin dapat megadili sesuatu kesalahan rakyat dan (9)__________________ hukuman
yang adil.

Rangkap 10 Jika ilmu tidak dituntut atau diambil mudah, hal ini pasti akan menjerumuskan seseorang atau
negara ke lembah (10)__________________.

Rangkap 11 Orang yang tidak (11)__________________ itu tidak pandai mengambil tindakan dan hanya
tahu memeluk tubuh dan menyebut nama Allah.

Rangkap 12 Orang yang tidak berilmu hanya mampu duduk (12)__________________ kerana tidak
mampu menyelesaikan masalah yang timbul. Perkara yang mampu dilakukan oleh mereka
ialah bangun dan duduk sahaja.

Rangkap 13 Orang yang sedang menunggu (13)__________________ bersusah hati dan berasa marah
kerana perbicaraan belum diadili.

Rangkap 14 Kadangkala (14)__________________ yang dijatuhkan tidak mengikut hukum syarak dan
tidak setimpal dengan kesalahan kerana mengambil jalan mudah untuk mengelakkan rasa
susah hati.

Rangkap 15 Hukuman yang tidak adil akan dikeji oleh rakyat dan menimbulkan rasa tidak
(15)__________________.
Rangkap 16 Jika hukuman tidak dijatuhkan berlandaskan hukuman yang benar, kita tidak perlu
mempedulikan apa-apa yang diperkatakan orang kerana semuanya akan
(16)__________________ oleh Allah.

Rangkap 17 Jika anaknya menjadi (17)__________________, dia hendaklah berkawan dengan golongan
berilmu supaya perbincangan dan segala pekerjaan berjalan dengan lancar.

Rangkap 18 Pemimpin hendaklah menjaga keperibadian seperti yang terdapat dalam kitab dan menjauhkan
pekerjaan yang tidak baik supaya tidak berlaku (18)__________________.

Cetek / mulia / malas / adil / kebajikan / kitab / mengaji / kehinaan / menjatuhkan / kehancuran / berilmu /
mendiamkan diri / perbicaraan / hukuman / puas hati / diadili / menteri / penyelewengan

Tema: Nasihat daripada ayah kepada anak agar memimpin negara dengan bijaksana dan adil.