Anda di halaman 1dari 3

Latihan Kesalahan Tatabahasa

Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan Bahasa atau
mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D
jika tiada kesalahan.
1. “Masalah kekurangan tenaga mahir di syarikat ini dapat akan kita atasi,” kata pengurus.
A. dapat mengatasi kita
B. akan dapat kita mengatasi
C. akan dapat kita atasi
D. dapat akan kita atasi

2. Tugas sebagai jururawat dalam mana masyarakat di dunia dianggap sebagai tugas yang mulia.
A. di dalam mana masyarakat
B. dalam mana-mana masyarakat
C. di dalam mana-mana masyarakat
D. dalam mana masyarakat

3. Perangai budak itu amat baik sekali.


A. baik amat sekali
B. telah baik sekali
C. tersangat baik sekali
D. amat baik sekali

4. Sikap berbudi bahasa tidak sukar diamalkan di dalam kehidupan kita.


A. diamalkan oleh kita dalam kehidupan
B. mengamalkan dalam kehidupan kita
C. diamalkan dalam kehidupan kita
D. diamalkan di dalam kehidupan kita

5. Pertandingan mencipta puisi yang diadakan di sekolah bertujuan untuk mengembangkan potensi
berbahasa secara kreatif dalam karangan pelajar.
A. bertujuan mengembang potensi
B. bertujuan memperkembangkan potensi
C. bertujuan mengembangkan lagi potensi
D. bertujuan untuk mengembangkan potensi

6. Media massa perlu menjalankan kempen dari semasa ke semasa untuk meningkatkan penguasaaan
bahasa Melayu.
A. dari semasa ke masa
B. daripada semasa ke masa
C. dari semasa hingga semasa
D. dari semasa ke semasa

7. Saling kunjung-mengunjungi semasa musim perayaan merupakan amalan masyarakat kita.


A. Saling kunjungi
B. Saling berkunjung
C. Saling mengunjungi
D. Saling kunjung-mengunjungi
8. Datuk banyak menceritakan tentang kisah perjuangan Dato’ Bahaman yang menentang penjajah
Inggeris.
A. menceritakan kisah
B. bercertiakan tentang kisah
C. menceritakan tentang pengisah
D. menceritakan tentang kisah

9. Kejadian gempa bumi di Pulau Sulawesi telah mengorbankan banyak nyawa.


A. telah mengorbankan ramai
B. telah banyak mengorbankan
C. mengorbankan telah banyak
D. telah mengorbankan banyak

10. Aktiviti senaman yang dilakukan secara terancang adalah baik untuk kesihatan.
A. tersangat baik sekali untuk kesihatan
B. adalah baik demi untuk kesihatan
C. ialah baik untuk kesihatan
D. adalah baik untuk kesihatan

11. Risiko kemudaratan dapat dielakkan jika kita memilih aktiviti yang bersesuaian.
A. jika kita memilih-milih aktiviti
B. jika sekiranya kita memilih aktiviti
C. jika kita terpilih aktiviti
D. jika kita memilih aktiviti

12. Pelancong dari Australia itu mendapati kami lalu bertanyakan arah ke Muzium Negara
A. mendapatkan kami lalu bertanyakan
B. mendapatkan kami sambil bertanya
C. mendapati kami dan bertanyakan
D. mendapati kami lalu bertanyakan

13. Pulau Redang sering pelancong-pelancong kunjungi dari seluruh negara.


A. para pelancong-pelancong kunjungi
B. dikunjungi oleh pelancong-pelancong
C. dikunjungi oleh para pelancong-pelancong
D. pelancong-pelancong kunjungi

14. Bersukan dapat memupuk perpaduan antara kaum.


A. perpaduan di antara kaum-kaum
B. perpaduan antara kaum-kaum
C. perpaduan di antara kaum
D. perpaduan antara kaum
15. Hari ini merupakan hari yang amat bermakna dalam hidupnya kerana dia akan dianugerahkan pingat
kehormatan.
A. Dianugerahi pingat kehormatan
B. Dianugerah pingat penghormatan
C. Dianugerahkan pingat hormatan
D. Dianugerahkan pingat kehormatan

16. Borhan akan menyenaraikan tentang barangan yang hendak dibeli sebelum melakukan pembelian.
A. senarai barangan yang hendak dibeli
B. tersenarai barangan yang hendak dibeli
C. menyenaraikan barangan yang hendak dibeli
D. menyenaraikan tentang barangan yang hendak dbeli

17. Dalam mengusahakan penternakan udang galah, Roslan menghadapi beberapa masalah-masalah.
A. hadapi beberapa masalah
B. berhadapan beberapa masalah
C. menghadapi beberapa masalah
D. menghadapi beberapa masalah-masalah

18. Para-para graduan digalakkan menceburi bidang pertanian moden yang luas berkembang di negara ini.
A. Para graduan digalakkan menceburi
B. Para graduan menggalakkan menceburi
C. Para-para graduan digalakkan menceburkan
D. Para-para graduan digalakkan menceburi

19. Sektor perindustrian mampu membawa pelbagai impak positif pada rakyat negara ini.
A. pelbagai impa-impak positif kepada
B. berbagai impak positif kepada
C. pelbagai impak positif kepada
D. pelbagai impak positif pada

20. Revolusi perindustrian ketiga berasaskan kepada teknologi maklumat dan komputer sebagai tonggaknya.
A. berasas teknologi maklumat
B. berasaskan teknologi maklumat
C. mengasaskan teknologi maklumat
D. berasaskan kepada teknologi maklumat