Anda di halaman 1dari 3

Jenis Ayat

Jenis Ayat

Ayat Ayat Ayat Ayat


Penyata Tanya Seruan Perintah

1. Ayat Penyata – ayat yang menceritakan sesuatu hal atau memberikan keterangan tentang
sesuatu hal
2. Ayat Tanya – ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu.
3. Ayat Seruan – Ayat yang digunakan untuk melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti
hairan, takut, sakit dan sebagainya.
4. Ayat Perintah – ayat yang digunakan untuk menyuruh seorang melakukan sesuatu

Latihan 1:
Nyatakan jenis-jenis ayat di bawah ini sama ada ayat penyata, ayat seruan, ayat perintah
atau ayat tanya.
1. Seorang yang patriotik boleh menyumbangkan tenaga, pandangan, harta dan jiwa untuk
kebaikan kepada negara.
______________________________________________________________________
2. Ayuh, semarakkanlah semangat patriotik dalam diri masing-masing!
______________________________________________________________________
3. Pencipta asal Jalur Gemilang ialah Mohamed bin Hamzah.
______________________________________________________________________
4. Pernahkah awak melawat Tugu Negara?
______________________________________________________________________
5. Apakah kepentingan semangat patriotisme?
______________________________________________________________________
6. Wah, ramai orang yang datang meraikan sambutan Hari Kebangsaan!
______________________________________________________________________
7. Sebagai warganegara yang cinta akan negara, saya perlu bangga dan membeli produk
keluaran tempatan.
______________________________________________________________________
8. Siapakah yang memberikan cadangan agar pemilihan jawatan ketua pengawas diadakan
semula?
______________________________________________________________________
9. Penduduk di Kampung Aman ini hidup berbaik-baik tanpa mengira taraf hidup dan
bangsa.
______________________________________________________________________
10. Harap awak dapat membantu saya mengerjakan tanah ini.
______________________________________________________________________

Latihan 2:
Tukarkan ayat-ayat penyata di bawah kepada ayat tanya.
1. Penulis skrip filem itu mendapat ilham daripada kejadian sebenar yang berlaku
terhadap dirinya.
______________________________________________________________________

2. Majlis graduasi tingkatan lima di sekolah saya biasanya diadakan seminggu sebelum
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
______________________________________________________________________

3. Bagi menghasilkan kurma daging yang enak, kita memerlukan daging yang segar,
rempah yang berkualiti dan santan yang secukupnya.
______________________________________________________________________

4. Pemain badminton handalan itu berjaya merangkul kejuaraan hasil daripada latihan
intensif dan disiplin diri yang tinggi.
______________________________________________________________________

5. Pengurus bank itu melakukan jenayah kolar putih kerana terpaksa melangsaikan semua
hutangnya kepada ceti haram.
______________________________________________________________________

6. Pasukan itu berjaya menjadi juara bola sepak melalui kerjasama berpasukan.
______________________________________________________________________

7. Pelajar itu berjaya dengan cemerlang kerana rajin belajar.


______________________________________________________________________

8. Pertandingan Akhir Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu diadakan di Dewan Seri Murni.
______________________________________________________________________

9. Ya, saya akan melakukan tugasan itu.


______________________________________________________________________

10. Tiga biji telur digunakan untuk membuat kek itu.


______________________________________________________________________

Skema Jawapan Latihan 1:


1. Ayat penyata
2. Ayat seruan
3. Ayat penyata
4. Ayat tanya
5. Ayat tanya
6. Ayat seruan
7. Ayat penyata
8. Ayat tanya
9. Ayat Penyata
10. Ayat Perintah

Skema Jawapan Latihan 2:


1. Bagaimanakah penulis skrip filem itu mendapat ilham?
2. Bilakah majlis graduasi tingkatan lima di sekolah anda biasanya diadakan?
3. Apakah yang diperlukan bagi menghasilkan kurma daging yang enak?
4. Bagaimanakah pemain badminton handalan itu berjaya merangkul kejuaraan?
5. Mengapakah pengurus bank itu melakukan jenayah kolar putih?
6. Bagaimanakah pasukan itu berjaya menjadi juara bola sepak
7. Mengapakah pelajar itu berjaya dengan cemerlang?
8. Di manakah pertandingan Akhir Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu diadakan?
9. Adakah anda akan melakukan tugasan ini?
10. Berapakah biji telur digunakan untuk membuat kek itu?