Anda di halaman 1dari 12

RAHSIA HIDUP

TENANG
DAN BERKAT

Nor Aniza Mad Azeri


RAHSIA HIDUP
TENANG
DAN BERKAT

PENDAHULUAN

Hidup yang tenang dan berkat


bukanlah semata-mata memiliki
wang ringgit dan harta benda yang banyak, pangkat dan kedudukan yang
tinggi serta cahaya mata yang ramai dan cemerlang. Ketenangan dan
berkat dalam hidup tidak bersandar pada kebendaan semata-mata,
sebaliknya terletak pada diri sendiri dan hati kerana diri sendiri sahaja
yang dapat menentukan hala tuju kehidupan samada untuk mengecapi
ketenangan dan keberkatan.

Apa guna harta yang banyak, anak yang Demi mendapatkan kemewahan dunia,
ramai jika hati masih tidak tenang? Malahan, ramai yang sanggup korbankan diri sendiri
jiwa semakin hari semakin sengsara dek dan insan sekeliling, mereka sanggup
kerana tiada keberkatan dalam hidup. Tidak berpura-purang tenang dan bahagia. Masa
dinafikan lumrah kehidupan kini, semakin mereka dihabiskan dengan memenuhi
ramai manusia yang lebih mementingkan tuntutan dunia, bekerja siang dan malam.
kebendaan, memandang kemewahan Kebajikan diri dan keluarga diabaikan bahkan
berbanding ketenangan dan keberkatan. lebih parah ada yang menyatakan bahawa
Mereka lebih memilih unuk disanjungi dan hidup ini hanya untuk mengumpul harta
dihormati oleh semua walaupun hakikatnya benda dan kemewahan.
jauh di sudut hati mereka tidak ada sedikit
pun rasa ketenangan.

1
RAHSIA HIDUP TENANG DAN BERKAT

Agama tidak menghalang penganutnya untuk mengumpul kekayaan dunia tetapi mempunyai
batas dan had tersendiri. Dalam mengumpul kemewahan dan kesenangan dunia, tidak
dilupakan juga untuk meraih keberkatan dalam hidup supaya jiwa sentiasa tenang dan bahagia.

Melihat sejarah para sahabat yang kaya raya seperti Abdul Rahman bin Auf, Zubair bin Awwam,
Uthman bin Affan, Talhah bin ‘Ubaydillah dan Sa’d bin Abi Waqqash, mereka ini bukan sahaja
memiliki harta kekayaan yang banyak, bahkan memiliki sekeping hati yang sentiasa tenang dan
kehidupan diri dan keluarga yang penuh keberkatan. Sudah pasti mereka mempunyai
rahsia tersendiri untuk mencapai kehidupan yang tenang dan berkat.

Jadi, penulisan ini akan membongkarkan


7 rahsia untuk mencapai kehidupan yang
tenang dan berkat:

1 Mendirikan solat

2 Sentiasa bersedekah

3 Tidak Mengamalkan budaya berhutang

4 Mengamalkan bacaan Al-Quran

5 Sentiasa bersihkan hati

6 Bersyukur dengan pemberian Allah S.W.T

7 Sentiasa dampingi kawan yang baik

2
RAHSIA HIDUP TENANG DAN BERKAT

Rahsia pertama untuk mencapai ketenangan


1 dan keberkatan dalam hidup adalah dengan
mendirikan solat.
Allah s.w.t. memerintah kita untuk mendirikan solat sehari lima waktu siang
dan malam. Dengan mendirikan solat, hati kita akan sentiasa tenang dan
damai. Hal ini dibuktikan dalam firman Allah s.w.t.,

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram


hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan
zikrullah itu, tenang dan tenteram hati manusia.” SURAH AR-RA’D, AYAT 28

Ketika mendirikan solat, hati kita hanya memberi tumpuan dan fokus kepada
perbuatan dan perkataan bermula takbiratul ihram sehingga memberi salam.
Ketika itu, kita menyerahkan hati kita kepada Allah s.w.t., berdoa kepada-Nya.
Hal ini kerana setiap perkataan yang dilafazkan di dalam solat adalah doa.
Selepas mendirikan solat juga kita akan berdoa, memohon kehidupan
yang tenang dan berkat. Hati yang lemah dan serabut pasti mendapat
ketenangan selepas kita berusaha dengan mendirikan solat yang khusyuk.

Namun, perlu difahamkan, solat terbahagi kepada dua hukum, wajib iaitu
solat 5 waktu sehari dan semalam. Kedua, solat sunat atau disebut solat
nawafil iaitu solat yang dilakukan secara sukarela. Solat ini dilakukan untuk
mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. dan meraih kasih sayang-Nya. Sesiapa
yang mendirikannya dengan ikhlas lebih dikasihi dan diberi lebih perhatian
oleh Allah s.w.t. berbanding dengan sesiapa yang mendirikan solat fardu
semata-mata. Antara solat sunat yang boleh dilakukan untuk mendapat
ketenangan dan keberkatan dalam hidup adalah solat sunat tahajjud. Solat ini
dilakukan pada 2/3 malam, amalan ini adalah antara amalan yang tidak
pernah ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat.

Hal ini juga dapat dilihat melalui cerita kemenangan tentera Islam yang
dipimpin oleh Sultan al-Fateh, ketenangan hati dan keberkatan dalam hidup
menyebabkan mereka antara rahsia kemenangan mereka. Apabila dikaji
rupanya beliau dan tenteranya tidak pernah meninggal solat fardu walau satu
waktu sekalipun. Bahkan, beliau sendiri tidak pernah meninggalkan solat
sunat rawatib dan solat sunat tahajjud tengah malam. Solat ini menjadi
benteng ketenangan dan keberkatan dalam hidup mereka seterusnya
menjadikan mereka tentera yang paling kuat.

3
RAHSIA HIDUP TENANG DAN BERKAT

Rahsia kedua dan ketiga untuk tenang dan


2 berkat dalam hidup adalah sentiasa bersedekah
dan tidak mengamalkan budaya berhutang.
Bersedekah dan berinfak tidak akan sesekali menyebabkan harta seseorang

3 semakin berkurangan, namun ia dapat memperkayakan hati, melancarkan


rezeki, memberi ketenangan dan keberkatan dalam hidup. Sebab itu, bagi
menyelesaikan pelbagai masalah dalam kehidupan harian kita, sedekah
adalah salah satu jalan penyelesainya. Secara logiknya, apabila kita berada
dalam kekurangan, pasti mengharapkan orang lain memberikan sesuatu.
Sikap ini perlu diubah, kita perlu berusaha untuk bersedekah walaupun
dalam keadaan kekurangan selain meyakini amalan ini menyebabkan diri
kita akan memperoleh banyak kelebihan. Allah s.w.t. berfirman,

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada


jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan
tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.
Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang
dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi
Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” SURAH AL-BAQARAH, AYAT 261

Demikianlah besarnya ganjaran pahala yang dijanjikan Allah s.w.t. kepada


hamba-Nya yang bersedekah dan berinfak di jalan-Nya. Jadikan amalan ini
sebagai budaya baru dalam hidup harian kita. Contoh mudah, apabila pergi
masjid, sebelum atau selepas menunaikan solat, berusaha untuk memasukkan
sedikit wang di tabung masjid. Walaupun jumlah atau nilainya yang sedikit
namun kesusahan kita mengeluarkan itu yang dinilai oleh Allah s.w.t.

4
RAHSIA HIDUP TENANG DAN BERKAT

2 Seterusnya, di dalam kehidupan ini, tiada sesiapa mahu hidup bergelumang


dengan hutang. Orang yang dibebani hutang tidak akan berasa tenang dan
bebas. Hal ini kerana mereka sentiasa berfikir cara untuk menyelesaikan
hutang tersebut. Sebahagian besar pendapatan mereka terpeksa digunakan

3 untuk membayar pelbagai jenis hutang. Masuk sahaja gaji, hati mereka
mula serabut melihat baki wang yang tinggal. Hutang sebenarnya berkait
rapat dengan cara perbelanjaan seseorang.

Untuk mengelakkan hutang, seseorang itu haruslah bijak dalam


mengagihkan dan beberlanja harta. Mengutamakan yang lebih utama
dan mengelakkan diri dari melakukan pemborosan ataupun pembaziran.
Hal ini telah dinyatakan oleh Allah s.w.t. dalam firman-Nya,

“Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang


musafir akan haknya masingmasing, dan janganlah engkau
membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau. Sesungguhnya
orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedangkan
syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.”
SURAH AL-ISRA’, AYAT 26-27

Jelaslah melalui firman Allah s.w.t. di atas, Allah mendidik kita untuk sentisa bijak dalam
berbelanja. Hakikatnya, amalan berhutang adalah sesuatu yang cukup sensitif dan
boleh menyebabkan hubungan antara manusia menjadi renggang. Ini disebabkan
apabila penghutang liat dan culas membayar semula hutangnya. Walaupun Islam
membenarkan berhutang, tetapi ia dianjurkan hanya dalam keadaan yang terdesak sahaja.

DOA AGAR TERHINDAR DARI KESUSAHAN HUTANG

Ya Allah, sesungguhnya aku


berlindung kepada Engkau dari
kedukaan dan kesedihan. Aku
berlindung kepada Engkau dari sifat
lemah dan malas. Aku berlindung
kepada Engkau dari sifat pengecut
dan bakhil. Dan aku berlindung
kepada Engkau dari bebanan hutang
dan penindasan manusia.”

5
RAHSIA HIDUP TENANG DAN BERKAT

Rahsia keempat adalah dengan sentiasa


4 mengamalkan pembacaan al-Quran.
Al-Quran adalah kitab yang diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada
Nabi Muhammad s.a.w. dalam bahasa Arab. Ia adalah penawar
untuk segala penyakit. Dengan membaca, bertadabur dan
mengamal, hidup sesorang akan menjadi tenang dan berkat.

Hal ini dibuktikan dari kajian Dr. Al-Qadhi, melalui penelitian dan kajiannya di Florida,
Amerka Syarikat berjaya membuktikan hanya dengan mendengar bacaan ayat
al-Quran, seseorang itu dapat rasakan perubahan fisiologi yang sangat besar. Dapat
menurunkan tahan tekanan dan kesedihan, dapat merawatkan ketenangan jiwa dan
merungkai pelbagai penyakit antara objektif kajiannya. Penelitiannya disokong oleh
bantuan peralatan eletronik terkini untuk mengesan tekanan darah, degupan jantung,
ketahanan otot dan ketahanan kulit terhadap aliran elektrik. Hasil kajiannya, beliau
telah membuat kesimpulan bahawa bacaan al-Quran berpengaruh besar sehingga
97% dapat melahirkan ketenangan jiwa dan menyembuhkan penyakit.

Bahkan, Allah s.w.t. juga berfirman dalam kitab-Nya,

“Dan Kami turunkan daripada al-Quran


ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan
rahmat bagi orang-orang yang beriman…” SURAH AL-ISRA’, AYAT 82

Ketenangan dan keberkatan dalam hidup dengan


membaca al-Quran juga digambarkan dalam
hadith-hadith Rasullullah s.a.w. juga antaranya,

Barra’ bin ‘Azib r.a. telah melaporkan,


“Seorang lelaki membaca Surah al-Kahfi dan di
sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali,
maka awan di langit mula melindunginya dan
semakin hampir, dan kudanya mula
menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau
pergi berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. dan
menceritakan peristiwa tersebut maka baginda
menjawab, ‘Itulah (sakinah) ketenangan yang
turun disebabkan bacaan al-Quran.’”
Hadith Barra’ r.a. bin ‘Azib r.a. ini direkodkan oleh Imam
Bukhari dalam Sahih Bukhari, kitab Fadhail Al-Quran,
bab Fadhlu Surah Al-Kahfi, no. hadith 5011
RAHSIA HIDUP TENANG DAN BERKAT

Rahsia kelima adalah


5 sentiasa bersihkan hati.
Hati adalah salah satu anggota tubuh yang sangat sensitif. Keadaan hati sangat
mudah berubah, sesuai dengan apa yang kita alami. Apabila sesuatu perkara itu
perbuatan yang baik tentunya akan mendapat ketenangan hati. Namun apabila
melibatkan sesuatu yang di luar jangkaan maka hati yang bersih akan mula
rasakan kerisauan dan tidak tenang. Oleh itu, sentiasakan membersihkan hati
sangat penting untuk mendapat ketenangan dalam hidup.

Salah satu untuk membersihkan hati adalah dengan sentiasa menglazimi istigfar.
Ibnu Kathsir dalam kitab beliau Tafsir Ibnu Kathsir berpesan,

“Barang siapa yang menghiasi dirinya dengan amalan ini iaitu


memperbanyakkan istighfar, maka Allah s.w.t. akan memudahkan
rezekinya, memudahkan urusannya dan menjaga kekuatan jiwanya.”
IBNU KATHSIR • KITAB TAFSIR IBNU KATHSIR

Bahkan, kehebatan istighfar ini diceritakan sendiri oleh seorang pakar bedah
kardiotorasik dari Mesir, Dr Khalid Abdul Aziz al-Jubair dalam bukunya Kesaksian
Seorang Doktor, beliau menceritakan masalah yang dialami dan bagaimana Allah
s.w.t. menyelamatkannya dengan keberkatan istigfar.

Beliau telah difitnah oleh beberapa rakan sekerjanya. Fitnah itu cukup berat
sehingga boleh mengacam jawatannya. Bahkan beliau akan dipencenkan dan
tidak dibenarkan lagi berkhidmat untuk merawat pesakit. Komplot fitnah
kepadanya itu dilakukan dengan cukup teliti. Mereka semua berpakat untuk
menjadi saksi dan mencipta bukti yang kukuh. Dr Khalid sendiri berasa tiada upaya
untuk melawan fitnah itu dan beliau mula berasa tidak tenang dan kemurungan,
yang beliau mampu melakukan ketika itu hanyalah mencari Allah s.w.t. Keajaiban
muncul saat-saat akhir. Allah mendatangkan ilham pada saat beliau di masjid
untuk menunaikan solat fardu.

Kemudian, beliau teringat kelebihan istighfar. Beliau segera melafazkan kalimah


zikir itu sebanyak mungkin. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah dan juga ke
hospital beliau tidak benti-henti melafazkan kalimat tersebut. Selepas itu, ada
perasaan hebat menyelubungi jiwanya. Beliau seakan-akan mengalami sentuhan
spiritual sehingga perasaan resah dan berserabut kerana fitnah itu hilang. Tidak
lama selepas itu, semua tuduhan ke atas beliau digugurkan kerana tidak dapat
dibuktikan, nama beliau juga dibersihkan dan beliau berkhidmat seperti biasa.

7
RAHSIA HIDUP TENANG DAN BERKAT

Rahsia keenam adalah sentiasa


6 bersyukur dengan pemberian
Allah S.W.T.
Syukur adalah satu sifat yang sangat penting dalam diri seseorang, tanpa sifat itu
mereka akan mudah lupa daratan dan sentiasa berasa diri mereka sempurna dan
berkuasa. Hal ini dapat dilihat di dalam al-Quran, Allah s.w.t. mengambarkan
kepada kita kisah dua pemuda yang salah seorangnya diberi kemewahan harta
dan anak yang ramai.

Dia berasa sangat hebat kerana kebunnya juga hidup subur, manakala seorang
pemuda lagi diuji Allah s.w.t. dengan kehidupan yang miskin namun dia sentiasa
bersyukur. Suatu hari si kaya bertemu dengan si miskin, dia berkata bahawa dia
memiliki segalanya sedangkan engkau tidak memiliki apa-apa pun. Dengan
angkuh dia bercakap sambal menepuk kedua-dua tangannya. Akhirnya, Allah s.w.t.
menguji dengan kehadiran musim panas yang menyebabkan tanaman di
kebunnya musnah. Ketika itu, beliau menyesal dan menangis kerana tidak pernah
mensyukuri nikmat pemberian Allah s.w.t.. Manakala, seorang pemuda yang
miskin itu sentiasa diberi nikmat ketenangan dan keberkatan hidup. Kisah ini
digambarkan dalam surah al-Kahfi.

Penulis buku The Happiness


Advantage, Shawn Anchor juga
menyatakan bahawa amalan
bersyukur ini dapat meningkatkan
tenaga dan kualiti tidur. Bahkan,
bersyukur juga dapat
mengurangkan tekanan dan
meningkatkan optisme dalam
hubungan sosial. Dua faktor inilah
yang menyebabkan kebahagian dan
ketenangan seseorang. Menurutnya
lagi, kebahagian tidak harus
bergantung pada gen kerana
bahagia adalah pilihan seseorang.

8
RAHSIA HIDUP TENANG DAN BERKAT

6 Syukur juga adalah sunnah Nabi Muhammad s.a.w., baginda selalu melakukan
amalan sujud syukur tanda berterima kasih dan menghargai pemberian Allah
s.w.t. Syukur ini adalah perkara penting kerana dengannya nikmat rezeki akan
sentiasa bertambah. Amalan bersyukur ini adalah baja kepada rezeki bagi
menyuburkan kehisupan dengan keberkatan dari Allah s.w.t. Kepastian
terhadap perkara tersebut dapat dilihat menerusi firman Allah s.w.t.,

“Dan ingatlah Ketika Tuhan kamu memberitahu, ‘Demi seseungguhnya!


Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambahi nikmatKu kepada kamu, dan
demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu
amatlah keras.” SURAH IBRAHIM, AYAT 7

DOA YANG DIBACA KETIKA SUJUD SYUKUR

“Aku sujudkan wajahku ini kepada yang


menciptanya dan membentuk rupanya dan yang
membuka pendengaranya dan penglihatannya.
Maha suci Allah sebaik-baik Pencipta”

9
RAHSIA HIDUP TENANG DAN BERKAT

Rahsia ketujuh adalah sentiasa


7 dampingi kawan yang baik.
Menurut penyelidik Universiti Harvard, faktor luaran yang paling penting dan
boleh mempengaruhi kebahagiaan, ketenangan dan kegembiraan seseorang
ialah hubungan sesama manusia. Jika mahu bahagia, pilih kawan yang optimis,
menghargai dan menerima kita seadanya serta boleh membuatkan hidup kita
lebih kaya daripada pelbagai sudut seperti pengetahuan, pengalaman, gembira
dan bermakna. Kawan yang baik atau lebih dikenali sahabat ialah seseorang yang
setiakawan, boleh membantu apabila kita dalam kesusahan. Senang dan susah
bersama, sahabat juga mampu meredakan kesedihan, menghilangkan
kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita. Sahabat adalah orang
yang mampu menyimpan segala keaiban kita. Bahkan, mereka juga sentiasa
melindungi diri kita.

Dalam Islam, pemilihan sahabat amat dititik-beratkan. Hal ini kerana hubungan
persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia kerana kawan ataupun
sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu.Ada kawan yang
sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang
juga ada sahabat yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup
berkongsi kegembiraan sahaja.

Terdapat ayat al-Quran yang mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh


kawan dalam kehidupan kita, Allah s.w.t. berfirman,

“Wahai orang yang beriman! Bertakwalah


dan hendaklah kamu bersama-sama orang
yang bersifat benar.”
SURAH AT-TAUBAH, AYAT 119
RAHSIA HIDUP TENANG DAN BERKAT

KESIMPULAN

Kesimpulannya, untuk mencapai ketenangan dan


keberkatan dalam hidup kita memerlukan usaha dan
semangat yang jitu. Sungguhpun, setiap insan yang
dilahirkan di bumi ini tidak pernah dapat lari daripada
masalah. Akan tetapi setiap masalah itu adalah untuk
mengajar erti kehidupan kepada setiap insan. Masakah
kadangkala mendesak kita untuk mengubah hidup kita
untuk menjadi lebih baik.

Bahkan, ulamak dan ahli ibadah dahulu


mengklasifikasikan masalah yang diterima oleh
seseorang itu adalah mahar yang akan dijadikan
saksi Ketika hari yang tiada sakti melainkan
amalan yang soleh. Ia juga dianggap sebagai
sebuah nikmat kerana bagi mereka Allah s.w.t.
masih menerima amalan dan masih melihat
mereka. Dalam penulisan ini dikongsikan 7
rahsia untuk seseorang mencapai ketenangan
dan keberkatan dalam hidup.

Moga rahsia ini sentiasa diamalkan untuk


hidup tenang dan berkat.

11

Anda mungkin juga menyukai