Anda di halaman 1dari 9

FALSAFAH DAN LOGIKa

MELAYU
JXEA1104

KARYA MELAYU KLASIK :


HIKAYAT AHMAD MUHAMMAD
NAMA : FADHIRUL HEZLEY BIN JUHARI
NO MATRIK : JEA080015
NAMA PENSYARAH : DR AMRAN BIN
MUHAMMAD
SEMESTER 1 SESI 2008/2009
AKADEMI PENGAJIAN MELAYU,UNIVERSITi
MALAYA
KARYA MELAYU KLASIK : HIKAYAT AHMAD MUHAMMAD

sudah tergenggam di tanganku ini dan baiklah /engkau terimakan jiwamu kepada aku ini
jua”.Maka setelah didengar Ahmad Muhammad itu di katanya,“Hai muka laknat kafir
budak Habsyi celaka,berhentilah di sini”.Setelah Ahmad itu katanya si dia,“Ya
kekandaku,marilah mengamuk kekandaku,di kanan saya,di kiri kemudian kekanda”.
Muhammad itu dipeluk cium pada saudaranya Ahmad serta ditangisi itu seraya
katanya,“Ya adindaku,jangan engkau terpisah bersama-sama kekandaku ini dan serta
mati hidup kita berdua”.

(Hikayat Ahmad Muhammad : 60)

jatuhlah air matanya kekanda itu.Segera/turun dari hamparannya itu,lalu dipeluk


cium pada saudaranya serta bersabda,Ya saudaraku seperti mati hidup laku
perasaannya kekanda ini dan tiadalah kekandaku mendengar khabarnya adindaku
itu”.Adapun Ahmad segera memeluk cium pada kekandaku itu serta katanya,Ya
kekandaku,tiada hamba ingat sekali-kali aku boleh bertemu kepada kekandanya itu
serta katanya,Ya kekandaku itu, kerana ku kira sudah dibanting esti itu dan hamba
mencari pada kekandaku ke sana-sini dan serta aku hampir mati di Pulau Majadhi
itu”.Dan sekarang orang yang mendengar lalu menangis,siapa terlalu kasihan mendengar
sabdanya baginda itu.

(Hikayat Ahmad Muhammad : 268)


KARYA MELAYU KLASIK : HIKAYAT AHMAD MUHAMMAD

KETEGUHAN IKATAN TALI PERSAUDARAAN, PERMUAFAKATAN DAN

KASIH SAYANG

Antara pemikiran falsafah yang dapat diinterpretasikan daripada petikan karya Melayu

klasik, Hikayat Ahmad Muhammad diatas ialah keteguhan ikatan tali persaudaraan.

Persaudaraan dalam Islam merupakan satu perkara yang amat dititik-beratkan oleh Allah

S.W.T dan Rasulullah S.A.W kerana ia merupakan asas tegak dan kukuhnya umat Islam

itu sendiri. Umat Islam walaupun berlainan warna kulit, bangsa, pertuturan, rupa paras,

kedudukan, fahaman atau sebagainya adalah dikira bersaudara dengan erti kata saudara

dalam Islam. Firman Allah S.W.T yang bermaksud,

“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara. Kerana itu damaikanlah

antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat

rahmat”.

(Surah Al-Hujurat : 10)

Daripada konsep pandangan Islam ikatan tali persaudaraan merupakan sesuatu

yang menjadi asas dalam sesuatu perhubungan. Perbuatan memutuskan hubungan tali

persaudaraan atau silaturrahim adalah dianggap sebagai suatu dosa disisi Islam. Hal ini

kerana, perbuatan tersebut telah memecah belahkan umat Islam. Rasullulah juga sering
kali mengingatkan umatnya supaya sentiasa bersatu dan menjaga ikatan tali persaudaraan

antara sesama muslim.

Aspek moral dalam Islam amat mementingkan konsep hubungan sesama

mikrokosmos. “Hablum Minnallah Wahablum Minannas”, Islam bukan sahaja

mementingkan konsep hubungan manusia dengan tuhan (Allah), tetapi juga

mementingkan konsep hubungan manusia sesama manusia. Hubungan ini bertujuan

untuk menjalinkan hubungan silaturrahim diantara sesama manusia bagi membentuk

kehidupan yang sejahtera. Oleh itu, akan lahir satu ikatan tali persaudaraan yang kukuh

antara sesama manusia. Hubungan tali persaudaraan yang kukuh dan teguh juga akan

melahirkan permuafakatan dalam perhubungan tersebut. Justeru itu,amat sesuailah

falsafah yang terdapat disebalik kata pepatah Melayu iaitu bulat air kerana

pembentung,bulat manusia kerana muafakat. Perkataan bulat itu dapat didefinisikan

sebagai bersatu iaitu,bersatunya manusia disebabkan permuafakatan diantara mereka.

Permuafakatan ini seterusnya akan membawa kepada keteguhan ikatan tali persaudaraan

sesama mereka.

Gambaran keteguhan ikatan tali persaudaraan dalam petikan karya Melayu klasik,

Hikayat Ahmad Muhammad diatas dapat dilihat melalui ikrar Muhammad kepada Ahmad

supaya hidup mati mereka hendaklah bersama. Perlakuan Muhammad ini menyaksikan

betapa ikatan persaudaraan antara dirinya dengan adiknya, Ahmad yang begitu teguh

sehingga sanggup berikrar sedemikian. Sememangnya amat sukar untuk kita menemui
keteguhan ikatan tali persaudaraan yang ditunjukkan oleh Ahmad dan Muhammad pada

masa kini, jikalau adapun mungkin terdapat hanya segelintir sahaja. Sifat mementingkan

diri sendiri atau individualistik lebih utama jika hendak dibandingkan dengan hubungan

persaudaraan.

Sifat mementingkan diri sendiri atau individualistik yang diamalkan oleh mereka

amat bertepatan dengan pepatah Melayu iaitu, seperti enau dalam belukar, melepaskan

pucuknya masing-masing. Sifat mementingkan diri sendiri atau individualistik lebih

mengusai mereka. Sebaliknya mereka terpesong daripada pepatah Melayu yang

menyatakan keteguhan hubungan persaudaraan iaitu, air dicincang tidak akan putus.

Mereka seharusnya mempertahankan hubungan persaudaraan yang dimiliki oleh mereka

dan tidak menyebabkan hubungan persaudaraan itu terputus disebabkan oleh perkara

yang remeh temeh. Sesungguhnya ikatan atau hubungan persaudaraan itu merupakan

satu anugerah yang tidak ternilai harganya yang dikurniakan oleh maha pencipta.

Pemikiran falsafah seterusnya yang dapat diadaptasikan daripada petikan karya

Melayu klasik, Hikayat Ahmad Muhammad di atas ialah permuafakatan. Menjalinkan

hubungan baik dan kerjasama diantara seseorang individu dengan individu yang lain atau

diantara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain dapat memupuk sikap

permuafakatan. Sikap permuafakatan perlu diwujudkan untuk kepentingan dan kebaikan

bersama. Permuafakatan menjadi lambang perpaduan sama ada bagi sesebuah komuniti,

masyarakat mahupun sesebuah negara. Setiap individu perlu mengambil kira untuk

melakukan sesuatu perkara atas dasar tanggugjawab bersama terutama dalam hal yang
membawa ke arah kebaikan. Sikap tolong menolong, bergotong royong, tolak ansur,

persefahaman dan menjalinkan hubungan mesra adalah antara perlakuan yang

menunjukkan sikap permuafakatan.

Permuafakatan dalam petikan karya Melayu klasik, Hikayat Ahmad Muhammad di

atas dapat digambarkan melalui perlakuan Muhammad memeluk Ahmad.Perlakuannya

memeluk Ahmad menunjukkan Muhammad bersetuju dan bermuafakat untuk bersama-

sama dengan Ahmad berperang menentang orang-orang Habsyi yang dihantar untuk

membunuh mereka berdua.Rasulullah s.a.w memberikan penjelasan secara sempurna

bahawa kaum Muslimin dituntut agar bekerjasama dan bermuafakat, sekalipun berbeza

keturunan dan bahasa mereka. Bermula dari kerjasama dan permuafakatan masyarakat

akan mencapai ketinggian kedisiplinan ilmiah.

Pemikiran falsafah seterusnya yang dapat dipetik daripada petikan karya Melayu

klasik, Hikayat Ahmad Muhammad di atas ialah kasih sayang. Perasaan kasih sayang

akan membentuk hubungan kemesraan zahir dan batin diantara individu dengan individu

yang lain terutamanya dalam hubungan persaudaraan. Ikatan tali persaudaraan yang

mendalam akan melahirkan satu perasaan yang istimewa dikenali sebagai kasih sayang.

Sebagai manusia yang bermoral, seseorang itu semestinya menanamkan perasaan kasih

sayang untuk mengukuhkan lagi ikatan tali persaudaraan supaya keamanan dan

kesejahteraan dapat dirasai dalam seluruh aspek kehidupannya. Sesungguhnya perasaan

kasih sayang itu akan menjadi tunjang atau dasar kepada keteguhan ikatan tali
persaudaraan. Ibarat isi dan kuku, kasih sayang dan ikatan tali persaudaraan itu memang

tidak dapat dipisahkan.

Kasih mengasihi antara Ahmad dan Muhammad sememangnya wujud dalam diri

mereka semenjak mereka kecil lagi, perasaan kasih sayang antara mereka sesama saudara

amatlah erat. Gambaran kasih sayang antara mereka dalam petikan di atas terlihat

apabila Muhammad dapat bertemu semula dengan Ahmad setelah mereka terpisah

dengan memeluk cium adiknya, Ahmad. Begitu juga, sebaliknya yang dilakukan oleh

Ahmad. Sifat kasih sayang dalam diri mereka untuk menyayangi antara satu sama lain

sememangnya sudah tertanam dalam diri mereka.Rasulullah s.a.w telah bersabda,

“Apabila seseorang mencintai saudaranya, maka hendaklah ia mengatakan rasa cintanya

kepada saudaranya tersebut”

(Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Sememangnya sukar untuk kita menemui perasaan kasih sayang yang sudah

tertanam dalam diri sejak kecil lagi pada masa kini,sepertimana yang digambarkan dalam

Hikayat Ahmad Muhammad, tetapi ibu bapa pada masa kini hendaklah bijak dalam

memainkan peranan mereka mendidik anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah mengajar

atau memupuk anak-anak mereka dengan sifat kasih mengasihi antara sesama saudara

atau adik-beradik. Bertepatan dengan pepatah Melayu, melentur buluh biarlah daripada

rebungnya iaitu mendidik atau mengasuh anaka-anak hendaklah ketika mereka masih

kecil lagi.
Berdasarkan penganalisisan struktur petikan, dapatlah dirumuskan bahawa petikan

karya Melayu klasik, Hikayat Ahmad Muhammad di atas menonjolkan falsafah

keteguhan ikatan tali persaudaraan, permuafakatan dan kasih sayang.Berdasarkan kepada

unsur-unsur falsafah yang telah digarap dalam petikan di atas, didapati Hikayat Ahmad

Muhammad selain daripada member hiburan, Hikayat Ahmad Muhammad juga

membawa nilai-nilai pendidikan.Unsur-unsur tersebut dirasakan dapat membentuk unsur-

unsur pendidikan moral kepada masyarakat.


Bibliografi

Abdul Aziz Ismail. 1995. Hakikat Persaudaraan Islam.


Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publisher.

Awang Sariyan. 2007. Falsafah dan Logika Melayu.


Selangor: Synergymate Sdn.Bhd.

Hashim Ismail. . Hikayat Ahmad Muhammad.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Musa. 2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Nilai Etika. Suatu Pengenalan.
Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

http://www.google.com

http://www.yahoo.com