Anda di halaman 1dari 5

Pergerakan Jisim

Nyatakan empat jenis pergerakan jisim cepat

1. Runtuhan / tanah runtuh

Pergerakan tanih atau batuan yang berlaku di kawasan cerun yang sangat curam seperti di kawasan
tebing tinggi- secara cepat atau tiba-tiba seperti runtuhan tanah dan runtuhan batuan- membentuk
kun talus di kaki cerun.

2. Aliran tanah

ergerakan tanah yang longgar akibat tindakan luluhawa yang giat dari atas ke bawah cerun akibat
tarikan graviti bumi. Aliran tanah kerap berlaku semasa hujan yang lebat disebabkan oleh peranan
air hujan sebagai pelincir dan pemberat.

3. Aliran lumpur

Aliran lumpur merupakan pergerakan tanih atau lumpur yang sangat lembap secara tiba tiba
daripada atas cerun ke bawah cerun yang biasanya berlaku di kawasan yang menerima hujan yang
lebat seperti di kawasan tropika lembap. Walau bagaimanapun di kawasan gurus panas, hujan lebat
yang turun sekali sekala berupaya untuk menghasilkan aliran lumpur yang bergerak turun dari rerun
melalui lurah-lurah sementara yang terbentuk. Aliran lumpur ini kemudiannya membentuk kipas
lanar di kaki cerun.

4. Gelangsaran

Pergerakan tanih dan batu tongkol yang berlaku di kawasan beriklim sejuk akibat proses pencairan
salji. Salji bertindak sebagai bahan pelincir bagi memudahkan pergerakan lempung ( tanah yang
lembap) di atasnya. Pergerakan lempung yang dikenali sebaga gelangsar ini dari pelbagai arah tanpa
mengikut lurah tertentu.

Jelaskan faktor yang mempengaruhi proses pergerakan jisim di kawasan cerun

Faktor semula jadi

1. Kurang litupan tumbuhan

Tumbuhan semula jadi memainkan peranan penting dalam mengurangkan berlakunya pergerakan
jisim di kawasan cerun. Akar tumbuhan berfungsi untuk memegang dan mencengkam tanah di
cerun. Ketiadaan tumbuhan menyebabkan tanah di cerun hilang daya pegangan lalu menjadi tidak
stabil dan mudah runtuh.
2. Hujan yang lebat

Hujan tahunan yang lebat ( meIebihi 2000 mm setahun ), terutama di kawasan tropika lembap
menggalakkan berlakunya pergerakan jisim. Air hujan yang menyerap, ke dalan tanah akan menjadi
agen pelincir dan pemberat- memudahkan pergerakan tanah kerana fungsinya sebagai pelincir
manakala tanah yang basah menjadi lebih berat dan mudah bergerak berbanding tanah yang kering
dan ringan. Air hujan apabila bercampur dengai tanah akan menghasilkan aliran lumpur.

3. Pencairan salji

Di kawasan sederhana dunia, apabila salji mencair tanah di bahagian atas akan bergerak ke bawah
cerun dalam bentuk gelangsar kerana salji bertindak sebagai pelincin bagi memudahkan pergerakan
tanah tersebut.

4. Jenis bahan

ergerakan jisim berlaku di kawasan cerun yang bahannya lebih longgar. Kegiatan luluhawa yang aktif
di kawasan cerun menyebabkan bahan-bahan yang terdapat di cerun tersebut longgar dan mudah
jatuh akibat tarikan graviti bumi.

5. Kegiatan luluhawa

Di kawasan tropika lembap luluhawa dalaman berlaku dengan giat dan jauh ke dalam bumi (melebihi
30 meter). Luluhawa menghasilkan lapisan regolit yang tebal dan longgardi kawasan cerun. Ragolit
tebal dan longgar ini mudah untuk bergerak akibat tarikan graviti.

6. Letupan gunung berapi dan gempa bumi

Letusan gunung berapi dan gempa bumi berupaya untuk menghasilkan gegaran yang kuat ke atas
tanih di kawasan cerun. Gegaran tersebut menjadikan tanah di kawasan cerun longgar, tidak stabil
dan seterusnya mudah untuk runtuh akibat tarikan graviti:

Faktor aktiviti manusia

1. Penebangan / penyahutanan di cerun

Akar tumbuhan berfungsi untuk memegang dan mencengkam tanah di cerun. Ketiadaan tumbuhan
menyebabkan tanah di cerun hilang daya pegangan lalu menjadi tidak stabil dan mudah runtuh.

2. Pertanian
Pertanian tanpa teres akan mengurangkan kestabilan cerun. Pertanian juga melibatkan ikliviti
penebangan tumbuhan asal , pembajakan dan penggalian. Aktiviti tersebut menjadikan struktur
tanah di kawasan cerun menjadi longgar dan mudah untuk runtuh.

3. Perlombongan/ kuari

Aktiviti perlombongan kuari melibatkan penggunaan bahan letupan dan kerja-kerja pengorekan
tanah- menyebabkan struktur tanah kawasan cerun menjadi longgar. Gegaran akibat penggunaan
bahan letupan menyebabkan tanah di cerun mudah runtuh akibat tarikan graviti.

4. Pembinaan

Pembinaan bangunan-bangunan di cerun seperti pembinaan hotel, rumah kediaman dan sebagainya
akan melibatkan keja-kerja penggorekan, pengemburan tanah dan penebangan tumbuhan asal di
kawasan tersebut. Permukaan bumi akan terdedah kepada aktiviti luluhawa yang menyebabkan
tanah di kawasan tersebut menjadi peroi, longgar dan tidak stabil. Tanah yang peroi, longgar akan
mempercepatkan berlakunya pergerakan jisim.

5. Penternakan

Aktiviti penternakan di cerun akan menyebabkan berlakunya ragutan berlebihan di kawasan cerun.
Kesannya permukaan cerun akan terdedah kepada proses-proses geomorfologi seperti hakisan dan
luluhawa. Rumput dapat memegang dan mencengkam tanah melalui peranan akarnya. Ketiadaan
rumput struktur tanah di cerun menjadi longgar , tidak stabil dan mudah untuk jatuh akibat tarikan
graviti bumi.

6. Pembinaan jalan raya / lebuh raya

Pembinaan jalan raya / lebuh raya telah melibatkan kerja-kerja pemotongan cerun atau susuh bukit-
menyebabkan kecerunan cerun bertambah. Cerun yang curam biasanya tidak stabil dan mudah
runtuh. Pembinaan jalan raya atau lebuh raya juga turut melibatkan aktiviti penebangan tumbuhan
asal kawasan tersebut. Penebangan tumbuhan asal menyebabkan permukaan bumi terdedah
kepada proses-proses geomorfologi seperti hakisan dan Iuluhawa. Akar tumbuhan berperanan
memegang dan mencengkam tanah daripada runtuh. Akibatnya struktur tanah di cerun menjadi
longgar, tidak stabil dan mudah untuk jatuh akibat tarikan graviti bumi.

KESAN PERGERAKAN JISIM

Huraikan kesan pergerakan jisim terhadap manusia / alam sekitar manusia

Kehilangan nyawa / kematian — pergerakan jisim/ tanah runtuh akan menimbusi kawasan
petempatan penduduk- berlakanya kematian.
Kemusnahan harta bendaa —timbunan tanah/ aliran lumpur — merosakan kenderaan rumah
kediaman dan harta benda penduduk.

Kesan psikologi- penduduk yang pernah mengalami fenomena tanah runtuh berada dalam keadaan
ketakutan / fobia.

Kesan kepada aktiviti ekonomi — runtuhan tanah, aliran lumpur menimbusi musnahkan kawasan
pertanian, perniagaan, industri dan sebagainyamendatangkan kesan kepada aktiviti ekonomi
penduduk.

Kesan kepada infrastruktur- kemusnahan jalan raya, bekalan air, elektrik.

KESAN PERGERAKAN JISIM

Huraikan kesan pergerakan jisim terhadap manusia / alam sekitar manusia

Kehilangan nyawa / kematian — pergerakan jisim/ tanah runtuh akan menimbusi kawasan
petempatan penduduk- berlakanya kematian.

Kemusnahan harta bendaa —timbunan tanah/ aliran lumpur — merosakan kenderaan rumah
kediaman dan harta benda penduduk.

Kesan psikologi- penduduk yang pernah mengalami fenomena tanah runtuh berada dalam keadaan
ketakutan / fobia.

Kesan kepada aktiviti ekonomi — runtuhan tanah, aliran lumpur menimbusi musnahkan kawasan
pertanian, perniagaan, industri dan sebagainyamendatangkan kesan kepada aktiviti ekonomi
penduduk.

Kesan kepada infrastruktur- kemusnahan jalan raya, bekalan air, elektrik.

KAEDAH MENGATASI PERGERAKAN JISIM

Huraikan kaedah mengatasi pergerakan jisim di kawasan cerun

1. Langkah perundangan

Kuatkuasakan undang-undang dan peraturan seperti Akta Pemeliharaan Tanah dan Akta Paris dan
Bangunan. Denda dan hukuman yang setimpal dikenakan kepada individu atau syarikat yang
membina bangunan, menebang tumbuhan asal dan membina perumahan di kawasan cerun.

2. Langkah bukan perundangan

a. Menanam tumbuhan tutup bumi


Menanam tumbuhan seperti rumput dan tumbuhan jenis kekacang-akar tumbuhan tersebut
berperanan untuk memegang dan mencengkam tanah di cerun sekaligus mengurangkan berlakunya
pergerakan jisim.

b. Peneresan

Peneresan akan menstabilkan cerun dan dapat mengawal aliran air.- tidak mudah runtuh sekiranya
berlaku gegaran.

c. Pembinaan tembok

Tembok dibina di kawasan kaki cerun bertujuan menahan pergerakan tanah. Tembok tersebut
dibina daripada bahan yang kukuh seperti simen yang telah dikonkrit.

d. Penyimenan permukaan

Keselaruhan permukaan cerun disimen - dibuat lubang-lubang bagi mengawal aliran air dalam tanah.
Permukaan cerun yang disimen lebih stabil kerana sifat simen yang kukuh dapat menahan cerun
tersebut daripada runtuh. Penyimenan permukaan cerun juga dapat mengurangkan susupan air ke
dalam tanah yang bertindak sebagai pelincir dan pemberat.

e. Pendidikan

Pendidikan formal di sekolah seperti pendidikan Alam Sekitar, Geografi, dan Pendidikan Moral.
Pendidikan tidak formal seperti melalui lawatan, ceramah dan sebagainya.

- Pendidikan dapat membantu orang ramai terhadap kepentingan kawasan cerun.

f. Kempen kesedaran

Kempen yang dijalankan oleh pihak tertentu sama ada melalui media massa, maklumat melalui
risalah dan sebagainya. Kempen dapat menyedarkan orang ramai tentang kepentingan pengurusan
kawasan cerun dengan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai