Anda di halaman 1dari 1

Pilih kata kerja yang paling tepat untuk ayat berikut.

menjerang menampi mencandat menggentel

membonceng diperah menuntun dilenyek

memeriksa diselubungi

1. Ibu menggunakan nyiru untuk _____________ mengasingkan kulit-kulit kacang tanah yang
telah digoreng.

2. Kakak _____________ doh untuk memasak kuih buah melaka.

3. Beberapa biji limau yang telah dikupas oleh ibu, _____________ untuk dijadikan jus.

4. Untuk membuat jemput-jemput pisang, pisang itu hendaklah _____________ sebelum


digaulkan dengan tepung.

5. Pak Ali terpaksa _____________ basikalnya kerana kedua-dua tayar basikalnya pancit.

6. Dua orang ahli Persatuan Bulan Sabit Merah sedang _____________ kaki Halim yang
mengalami kecederaan setelah berlari.

7. Seorang pengakap ditugaskan menyalakan kayu api untuk _____________ air.

8. Hadiah yang lumayan merangsang orang ramai untuk menyertai pertandingan _________
sotong anjuran Persatuan Kaki Pancing.

9. Perahu nelayan di tengah laut itu kelihatan kabur kerana _____________ kabus tebal.

10. Amin _____________ motosikal bapanya semasa pergi ke sekolah.

Anda mungkin juga menyukai