Anda di halaman 1dari 2

Umpan Ikan Lampam Jawa

Askm pelawat blog memerang.....sihat-sihat semua?

Memerang nak cuba turunkan resipi umpan. Kekadang ramai pemancing pergi memancing dan
balik membangau...tiada hasil. Balik umah kena berleter dengan orang umah. Memancing ikan
lampam adalah salah satu cara untuk mengelak bangau di tebing sungai. 

Setahu memerang ikan lampam ada dua jenis iaitu lampam Jawa dan ikan lampam Jawa ekor
merah...

Bentuk kepala Ikan Lampam Jawa

Lampam Jawa, sirip dan ekor agak kekuningan sedikit


Lampam Jawa, sirip dan ekor berwarna agak kemerahan

Pastikan kawasan anda memancing banyak ikan lampam, biasanya bahagian pertengahan dan
hulu sungai. Ikan lampam ni hidup satu habitat dengan ikan Terbol, Merah Pipi, Pucuk Pisang,
Kaloi, dan seangkatan dengannya. Kalau dapat ikan lampam terus bersihkan "sian ikan tu".
Sebab ikan lampam mudah membusuk dan simpan dalam coolman.

Tip Umpan :
 Umpan 1-Pakai dedak kuning (dedak ayam), gandum dan serbuk kunyit - gaul biar
sebati dan gentel dimata kail (mata rambai atau guna perambut selari 5-6 mata pancing).
 Umpan 2-Pakai Isi kelapa sawit peram, gandum dan serbuk kunyit - gaul sebati
dan gentel di mata kail (mata rambai atau guna perambut selari 5-6 mata pancing)
 Pakai mata saiz kecil (sesuai ikan di situ) - nasihat memerang pakai mata banyak,
jangan mata satu.
Selamat mencuba...rahsia elak membangau di tebing sungai....wasallam

Anda mungkin juga menyukai