Anda di halaman 1dari 13

BAHAGIAN A

( 20 markah )

Soalan 1-20
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Nenek sentiasa _________________ kami agar menghormati orang yang lebih tua.
A. menasihati
B. memaklumi
C. menceritakan
D. mengajarkan

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2. Arman terpilih menjadi______________ sekolah kerana dia sangat aktif bersukan.


A. wartawan
B. olahragawan
C. dermawan
D. sukarelawan

3. Emak dan anak-anaknya berbual ______________ menonton televisyen.


A. dan
B. atau
C. sambil
D. kerana

1
4. Baju kebaya nyonya itu amat sesuai dipakai oleh wanita yang bertubuh _____________.
A. sasa
B. tegap
C. gempal
D. langsing

5. Selepas makan di kantin, Cikgu Herny _____________ akibat keracunan makanan.


A. pusing-pusing
B. guling-guling
C. muntah- muntah
D. pulang-pulang

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6. Orang ramai berpusu-pusu ke pasar raya itu kerana terdapat ____________________.


A. harga tetap
B. potongan harga
C. tanda harga
D. harga runcit

7. “ ___________________ tidak bersalah,” kata Maimunah kepada rakannya.


A. Beta
B. Patik
C. Saya
D. Anda

2
8. Pak Munir mengandar se________________ rumput dengan menggunakan
se____________ kayu.
A. rumpun…………….puntung
B. gemal…………….puntung
C. rumpun……………batang
D. gemal……………batang

9. Mak Timah tidak dapat melelapkan mata _____________ anaknya belum pulang.
A. selagi
B. setelah
C. sehingga
D. semenjak

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10. Encik Rahim mengambil air dari ___________________ kerana ketiadaan air paip.
A. kolah
B. telaga
C. kolam
D. paya

3
11. Aliya yang berasal dari kampung itu berasa ________________ apabila menghadiri
majlis hari lahir kawannya di hotel lima bintang.
A. cemas
B. gusar
C. gayat
D. canggung

Soalan 12

Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.

12. Kain yang bertimbun di dalam bakul itu belum berlipat lagi.
A. berlonggok
B. berkumpul
C. berhimpun
D. bersusun

Soalan 13 dan 14

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

13. Jururawat itu menunjukkan cara-cara memberus gigi yang betul kepada murid-murid.
A. Cara-cara memberus gigi kepada murid-murid ditunjukkan oleh jururawat yang betul.
B. Cara-cara memberus gigi ditunjukkan oleh jururawat itu kepada murid-murid yang
betul.
C. Cara-cara memberus gigi murid yang betul ditunjukkan oleh jururawat itu.
D. Cara-cara memberus gigi yang betul ditunjukkan oleh jururawat itu kepada murid-
murid.

4
14. Encik Adib mengecat kereta lama itu dengan warna merah.
A. Kereta lama Encik Adib dicatnya dengan warna merah.
B. Kereta lama itu dicat oleh Encik Adib dengan warna merah.
C. Kereta lamanya itu dicat oleh Encik Adib dengan warna merah.
D. Kereta lama itu Encik Adib mengecatnya dengan warna merah.

Soalan 15

Pilih ayat yang betul.

A. Sofea pasang mata semasa guru mengajar.


B. Air laut pasang pada waktu petang.
C. Ibu membeli pasang baju kurung di pasar malam.
D. Pasang suami isteri itu sangat bahagia.

Soalan 16

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I Sambutan orang ramai lebat sekali.


II Hujan yang turun semalam agak lebat.
III Lebat sungguh bulu kening budak perempuan itu.
IV Siapakah wanita yang bertahi lalat lebat itu?
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

5
Soalan 17 hingga 20

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Hai, Darin,
Saya ingin menceritakan pengalaman bercuti di Bukit Bendera iaitu sebuah pusat peranginan
tanah tinggi yang sudah sinonim dengan Pulau Mutiara. Udara di sini sungguh sejuk dan nyaman.
Tidak lengkap kunjungan kami ke Bukit Bendera jika tidak menaiki kereta api elektrik yang
merupakan daya tarikan utama pengunjung di sini. Sememangnya pengalaman menaiki kereta api
menuju ke puncak Bukit Bendera merupakan memori yang sungguh mengujakan.
Untuk pengetahuan Darin, kereta api elektrik ini lebih laju dan selesa untuk para penumpang.
Kereta api ini dapat membawa 1000 orang penumpang sejam. Masa perjalanan untuk ke puncak Bukit
Bendera mengambil masa selama lima minit.
Semasa bercuti di Bukit Bendera, saya dan keluarga menginap di sebuah rumah banglo yang
berkonsepkan seni bina Inggeris. Semasa bermalam di sini saya dapat melihat lampu yang
bergemerlapan di Bandar Raya Georgetown.
Saya juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan replika kereta api Bukit Bendera
yang diperbuat daripada kayu. Setelah mendaftar keluar, kami membeli oleh-oleh di kedai cenderahati
di kaki bukit untuk dibawa pulang. Sekian, terima kasih.

Salam manis,
Hasya

Kirim Simpan sebagai Draf Semakan Ejaan Batal

17. Mengapakah Hasya menghantar e-mel kepada Darin?

A. Untuk menceritakan keindahan Bukit Bendera


B. Untuk menceritakan pengalamannya bercuti di Bukit Bendera
C. Untuk menceritakan rancangan percutiannya ke Bukit Bendera
D. Untuk mengajak Hasya bercuti ke Bukit Bendera

6
18. Apakah keunikan banglo-banglo di Bukit Bendera?

A. Dikelilingi pokok menghijau


B. Memiliki seni bina rumah Melayu
C. Mempunyai seni bina ala Inggeris
D. Dihiasi bunga-bunga indah

19. Pilih pernyataan yang tidak benar berdasarkan petikan.

A. Bukit Bendera terletak di Perlis.


B. Pengunjung dapat melihat keindahan panorama waktu malam dari Bukit Bendera
C. Replika kereta api kabel kayu Bukit Bendera turut dipamerkan.
D. Udara di sini sungguh nyaman

20. Rangkai kata memori yang sungguh mengujakan dalam petikan bermaksud __________

A. kenangan yang menakutkan


B. kenangan yang menyedihkan
C. kenangan yang membosankan
D. kenangan yang menyeronokkan

7
BAHAGIAN B
( 30 markah )
Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi.

untuk sewaktu supaya

dan agar sekiranya

Pada hari minggu abang mengajak Zainudin ke kedai dengan menunggang motosikal
________________ membeli nasi lemak dan kuih. Sebelum menaiki motosikal Zainudin perlu
memakai topi keledar _________________ selamat __________________ membonceng.
Pemakaian topi keledar adalah sebagai langkah menjaga keselamatan diri ________________
berlaku kemalangan.

(4 markah)
Soalan 22

Garisi kata kerja yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah.

1. Kita perlu membersihkan tempat tidur kita pada setiap hari.


2. Ayah menjolok buah cempedak itu dengan sebatang galah.
3. Ucapan terima kasih itu ditujukan oleh Mohamad Dany kepada rakan karibnya, Ikram.
4. Kehebatan Ahmad Nawab dalam pertandingan pidato itu tidak dapat ditandingi oleh
peserta-peserta lain.
5. Wajah Florida sugul kerana sudah seminggu dia pulang lewat dari tempat kerjanya.
(5 markah)

8
Soalan 23

a) Bentuk ayat majmuk daripada ayat-ayat yang berikut. Gunakan kata hubung di dalam
kurungan.

1) Pameran lukisan di Pasar Budaya akan diadakan pada hari ini.


2) Pameran lukisan di Pasar Budaya akan diadakan pada hari esok. (hingga)

3) ______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

1) Penyelidikan ini berjaya.


2) Kita akan jadi terkenal. (jika)

3) ______________________________________________________________________

______________________________________________________________________
(4 markah)

b) Tulis dialog yang sesuai berdasarkan gambar di bawah.

Jawapan : ________________________________________________________________

________________________________________________________________
(2 markah)

9
c) Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

_______________________________________________________________________

(2 markah)

Soalan 24

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Di sekolah saya terdapat ramai murid yang cemerlang. Namun begitu, saya amat
mengagumi Najib Lee bin Baharudin yang lebih mesra dengan panggilan Najib sahaja.

Najib bertubuh tegap. Sekali pandang orang dapat menduga bahawa dia memang ahli
sukan. Dia agak kelakar, tenang dan mudah mesra. Sikap begini, menjadikan dia amat
disenangi para guru dan murid.

Dia dilahirkan pada 16 Mei 1996 di Klang,Selangor. Ayahnya pengurus syarikat


manakala ibunya pula guru berasal dari Kelantan.

Walaupun baru darjah empat dia merupakan wakil daerah dalam acara larian 100 meter.
Dia juga terpilih sebagai penyerang pasukan bola sepak daerah. Di samping itu, dia aktif dalam
Persatuan Sains dan Bulan Sabit Merah. Namanya turut harum dalam bidang pelajaran.

Boleh dikatakan setiap tahun, dialah yang membolot hadiah pertama dalam alirannya.
Demikianlah Najib yang telah dipilih sebagai Murid Harapan sekolah saya baru-baru ini.

10
a) Di manakah Najib dilahirkan?

________________________________________________________________________

(1 markah)

b) Mengapakah Najib dipilih sebagai Murid Harapan sekolahnya?

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

(2 markah)

c) Padankan penyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan

sebagai contoh.

Najib dilahirkan di Perak.

Najib merupakan murid tahap dua. Betul

Najib seorang murid yang bertubuh tegap.


Salah

Najib bukan murid harapan sekolah.

Ibu Najib bekerja sebagai guru.

(2 markah)

11
Soalan 25
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Menemui saudari Fauzana, semoga saudari berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saya
dan keluarga sihat-sihat sahaja.

Saudari,

Saya mohon maaf kerana agak lambat membalas surat saudari. Kebelakangan ini, saya
agak sibuk. Saya terlibat dalam program sambutan Bulan Kemerdekaan. Program yang dikenal
sebagai ‘Hargai Sejarah Tanah Air’ itu berlangsung selama sebulan.

Banyak acara yang telah diadakan. Antaranya termasuklah mendeklamasikan sajak,


mencipta lagu patriotik, mengarang esei sejarah, melukis poster tokoh negara, pameran dan kuiz
sejarah. Saya tidak dapat menjadi peserta bagi mana-mana acara kerana bertanggungjawab
sebagai urus setia program.

Seminggu sebelum program itu berlangsung, saya dan anggota jawatankuasa yang lain
sibuk menyiapkan buku atur cara program dan menghias dewan. Acara kemuncak berlangsung
pada 30 Ogos 2016. Majlis penyampaian hadiah itu disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan
Daerah. Alhamdulilah, semua atur acara majlis berjalan dengan lancar.

Setakat ini sahaja yang dapat saya tulis untuk tatapan saudari. Akhir kata, sambutlah
salam mesra daripada saya dan keluarga.

a) Perkataan mendeklamasikan dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan

___________________________________.

(1 markah)

b) Mengapakah penulis lambat membalas surat daripada Fauzana?

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

. (2 markah)

12
c) Bilakah penulis membuat tugas-tugas menyiapkan buku atur cara program dan menghias

dewan?

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

. (2 markah)

d) Pada pendapat kamu, apakah langkah lain yang boleh dilakukan untuk memupuk

semangat patriotik dalam kalangan murid?

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

. (3 markah)

************ Soalan tamat *************

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

………………………….. ……………………………… …………………………………


(PN. ROZIANA BT RAMLI) (PN. AZILA BT IBRAHIM ) (EN NIK AZMAN B. KUNDOR)
Guru Bahasa Melayu Tahun 4 Guru Bahasa Melayu Tahun 5 Guru Penolong Kanan Kurikulum

13

Anda mungkin juga menyukai