Anda di halaman 1dari 1

Definisi Kemahiran Menulis

Definisi menulis menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (muka surat 1729), ialah mencatat
kata-kata dengan huruf dan memakai pena seperti kalam,kapur , pensel dan lain-lain. Di
samping itu, menulis juga bermaksud melahirkan perasaan (fikiran dan lain-lain) dengan
catatan yang memakai huruf, membuat surat atau mengarang.

            Manakala, kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis


perkataan dan ayat, dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang
berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui.  Penekanan
dalam kemahiran menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan
ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Menulis melibatkan
murid-murid supaya berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah idea sebelum dilahirkan
dalam bentuk wacana yang lengkap. Murid-murid juga perlu menguasai struktur
karangan seperti tahu menulis panduan, pemerengganan dan menulis kesimpulan.

          Dalam kemahiran menulis, terdapat empat jenis bahan yang boleh digunakan oleh
guru untuk meningkatkan kemahiran menulis murid-murid. Bahan tersebut ialah bahan
berbentuk teks, grafik, audio, dan video. Kesemua bahan ini boleh digunakan untuk
mengajar kemahiran menulis. 

Anda mungkin juga menyukai