Anda di halaman 1dari 189

Areila Sahimi

Bab 1
“B
ETUL nak pergi jugak ni?”
Suara dari hujung talian
bagaikan tidak percaya
dengan SMS yang diterima sebentar tadi.
“Yup. Confirm. Memang nak pergi.” Sekali lagi
Suraya Dania mengiakannya.
Sudah masuk kali sepuluh Azim bertanyakan soalan
yang sama. Memang dia nak pergi. Rancangan telah pun
diatur. Masakan mahu dibatalkan hanya kerana Azim tidak
dapat turut serta. Penat-penat dia merancang itu ini, takkan
nak senang-senang batal macam tu aje.
“Sue, saya macam tak sedap hati nak biarkan awak
pergi sorang-sorang ke tengah pulau tu.” Azim meluahkan
rasa hatinya kepada Suraya.
Gilalah dia sebagai tunang, memberi keizinan
kepada Suraya untuk ke pulau itu seorang diri walaupun
Suraya mengatakan yang dia akan diescort dengan Anisa dan
Zulaika. Mereka bertiga tetap perempuan. Anak dara berkelana
sampai ke tengah pulau, mahu buat apa? Macam-macam

1
Iman Suraya

benda tak elok bermain di dalam kepala. Lagipun dia bukan


tak kenal sikap Suraya serta teman-temannya itu, suka bikin
gempak dengan buat benda yang bukan-bukan.
“Sayang, awak tak payah risau. Anne dengan Ika
kan ada. Dia orang boleh jaga saya.” Suraya memujuk. Di
dalam hati dia tersengih panjang.
Untuk kesekian kalinya dia berbohong pada Azim.
Tak apa. Azim jauh nun di Putrajaya. Bukan Azim boleh hidu
apa yang dia buat. Pandai buat pandailah tanggung kalau
terkantoi dengan tunang tercinta. Mahu Azim mengucap
panjang kalau dapat tahu dia ke Langkawi seorang diri. Anne
dengan Ika nak teman? Ho ho ho.... Tak ada maknanya budak
berdua ni nak temankan. Awal-awal lagi mereka berdua dah
siap bagi alasan tak mau join sekapal pergi jelajah pulau tu
kalau setakat nak mencari tempat-tempat yang menarik
untuk dijadikan kenangan pada sekeping gambar. Cuba kalau
ajak turun KL, tak payah jemput, dua-dua datang ke depan,
angkat tangan.
“Nak ikut! Nak ikut!” Kata-kata Anne dan Ika
bermain di dalam kepala setiap kali cadangan turun ke KL
diutarakan.
“Cikgu Azim, tolonglah izinkan.” Suraya merayu.
Risau sahaja dia kalau Azim berkeras tidak izinkan dia pergi.
Beg dah siap packing sejak dari minggu lepas lagi.
Abah tak kata apa-apa selain dari hanya boleh menggeleng
kepala. Azim yang mahu melebih pula. Risaunya mengalahkan
dia ini isterinya pulak.
Azim selalu sahaja terlupa yang dia ini hanya
tunangannya sahaja. Suraya masih lagi tegak berdiri bersama
pendiriannya selama ini. Selagi belum diijabkabulkan, dia
punya hak untuk buat apa yang dia suka. Janji apa yang

2
Areila Sahimi

dibuat itu tidak melanggar batas-batas seorang wanita


muslim.
“Lagipun saya dah ajak awak sekali. Awak yang tak
nak join. Saya dah janji dengan Anne dan Ika. Takkan nak
mungkir janji pulak. Munafik namanya tu.” Suraya masih
meneruskan sesi pujuk memujuk.
Dikeluarkan segala fakta yang boleh menguatkan
lagi hujahnya. Amboi. Kalau mahu cover diri sendiri, pandai-
pandai sahaja ayat agama boleh keluar dari mulut. Benda-
benda fakta yang berkaitan dengan agama mana berani Azim
nak menyangkal. Hati Suraya ketawa lagi. Bakat lakonan
yang tak tau diwarisi dari siapa. Dia adalah ratu telenovela
siaran televisyen tidak berbayar!
“Pandailah awak bercakap.” Azim menggetus geram
bila Suraya bijak mengarang ayat untuk mempertahankan
dirinya. Dan Suraya Dania memang seorang yang bijak
menyusun kata.
Dari hujung talian, jelas Suraya sudah pecah
tawanya. Jika tadi hanya hatinya sahaja ketawa, tapi apabila
lubang telinga ini jelas dapat menangkap intonasi Azim yang
tengah naik geram, dengan sendiri ketawanya itu boleh
terburai keluar. Memang tak mampu untuk ditahan.
“Tengok tu. Boleh pulak gelak kat sana,” gumam
Azim lagi. Mode geram campur bengkek (menyampah) tadi
masih bersisa lagi.
“Sue, tak boleh ke kalau awak pergi bercuti dekat-
dekat sini aje? Kenapalah pulau itu yang awak pilih.” Sekali
lagi Azim cuba menghalang. Digunakan bahasa selembut
mungkin.
Pelik Azim dengan perangai Suraya. Semakin dekat
hari bahagia mereka, semakin kerap Suraya buat perangai.

3
Iman Suraya

Semedang (selalu) mahu ikut kepala Suraya sahaja, cakap


orang langsung tak ambil pusing. Kalau setakat nak
memuaskan hobinya itu, di Putrajaya ini pun banyak tempat
menarik Suraya tak habis jelajah. Sekali lagi Suraya Dania
buat Ikmal Hazim pening kepala.
“Tak boleh. Sebab kita orang memang dari awal
semester ni lagi dah plan. Tamat final pulau tu kita orang
akan jejak. Lagipun, awak tau, kan. Saya pergi sana just nak
have fun aje. Bukan nak cari lelaki lain pun. Dalam hati saya
ni, cuma ada awak sorang aje Encik Ikmal Hazim.” Penuh
drama Suraya berkata-kata. Ini kalau Azim tak cair-cair
jugak, sahlah apa benda yang dah masuk dalam molekul-
molekul Azim tu. Ayat mantap ni!!!
Silent mode. Lima minit telah berlalu, masih lagi
dengan mode senyap sepi. Sesekali deru angin dari luar
menghembus perlahan sahaja yang menangkap masuk
lubang telinga. Mata Suraya ditala pada beg troli dan beg
galas yang sudah siap berkemas di tepi pintu bilik. Kamera
digitalnya sudah diletakkan berdekatan dengan beg troli tadi.
Segala macam aksesori kamera digital itu, awal-awal sudah
dimasukkan ke dalam beg. Mana boleh tinggal. Hancus plan
kalau benda-benda tu tertinggal nanti.
Bila sudah masuk sembilan minit lima puluh
sembilan saat Azim masih lagi dengan mode diam seribu
bahasa dia tu, Suraya mulalah terasa panas semacam. Apa
kes buat amal jariah tengah-tengah malam buta dekat
syarikat telekomunikasi yang tentu-tentunya sudah kaya itu.
Pakai line ‘Aktifkan Dirimu’ pun Azim tetap pasif tak tau nak
cakap apa.
“Azim!!! Awak dah tidur ke?” jerit Suraya perlahan.
Bibir bawah digigit. Geram.

4
Areila Sahimi

“Ada.” Azim menjawab sepatah. Tidak bernada.


Hush.... Apa bendalah Azim ni fikir lama sangat.
Ingat dia sudah goal tadi. Suraya berkata di dalam hati.
“Azim, awak jangan risau.” Sekali lagi Suraya cuba
meyakinkan Azim. Kenapa susah sangat nak faham bahasa ni.
Adoyai... please... please.... Ini yang last.
“Yelah. Saya izinkan.” Azim mengalah jugak
akhirnya.
Bibir Suraya menarik senyum segaris. Alhamdulillah.
Ingat nak goreng apa lagi tadi kalau Azim tetap tak bagi pergi
jugak.
“Nanti kalau nak mandi laut kat Langkawi tu nanti,
awak pakai bikini ke pakai short?” Azim bertanya dengan
nada penuh sarkastik.
Bukan tidak tahu tunangnya itu. Daring tak
bertempat. Ingat lagi, pertama kali bertemu Suraya ketika
hari pendaftaran pelajar junior di UPSI beberapa tahun yang
lalu. Semua mata-mata senior tertala pada gadis yang serba
rugged dari hujung rambut ke hujung kaki. Suara-suara
nakal sibuk berkata-kata bahawa Suraya itu tersalah masuk
universiti. Sepatutnya Suraya itu patut ambil jurusan
Komunikasi dan Pengajian Media sahaja di UiTM. Sesuailah
dengan perwatakan dan penampilannya. Ini Sarjana Muda
Pendidikan (Bahasa Melayu) yang dia pilih. Semua orang naik
confius. Boleh ke orang jenis macam ni jadi seorang pendidik
yang kerjanya mendidik anak bangsa? Anasir tak baik.
Manalah ada cikgu yang selamba pakai gelang tangan hitam,
gelang kaki hitam, rantai hitam, serba-serbi aksesori warna
hitam melilit di badan. Ini macam tangkal jangan bagi
kencing malam aje.
“Azim!” getus Suraya. Dia mencebik. Tak puas hati.

5
Iman Suraya

“Saya taulah saya macam mana. Tak ada maknanya


nak pakai bikini ke, short ke. Awak ingat saya tak tau malu
ke?” Suraya menggumam rendah.
Macamlah dia ini tidak bermuka, boleh pakai
macam tu. Gila apa. Dia ini orang Melayu. Tahulah etika
berpakaian cara orang Melayu. Walaupun memang dah lama
sedar yang ada sesuatu yang tak kena pada dirinya. Sampai
sekarang pun tak dapat seru lagi nak pakai tudung. Insya-
Allah. Sampai masa nanti dia pakailah. Kira okeylah tu, bila
mula-mula jadi awek Azim dulu boleh tahan aje telinga kena
bebel itu ini. Kena cuci sampai bersih. Sampai semua aksesori
hitam gaya mutu keunggulan tu pun dah simpan elok dalam
tin Vochelle masuk dalam laci kat rumah. Dalam kepala pun
dapat tangkap sedikit-sedikit yang tak ada cikgu dalam
Malaysia tanah air tercinta pakai segala benda alah tu.
“Awak terasa ke?” Azim buat-buat tanya.
“Terasa ek? Ada. Ada,” balas Suraya laju.
“Terasa macam nak pelangkung aje awak kalau
awak ada kat depan mata sekarang ni. Bercakap ikut sedap
mulut aje,” marah Suraya akhirnya.
Azim hanya mampu menahan tawa. Cikgu Sue dah
marahlah.
“Saya main-main ajelah.” Azim mengalah.
Jangan sengaja-sengaja buat Suraya merajuk.
Karang tak cukup minyak kereta nak drive dari Putrajaya
balik Ipoh sebab nak pujuk Cikgu Sue yang kalau dah
merajuk memang susah nak dipujuk.
Nak bagi senang sikit kerja pujuk memujuk
petuanya cuma satu, payungkan Suraya dengan dua belas
kuntum bunga ros merah dalam jambak yang cantik
menawan dan satu kotak besar coklat Ferrero Roche. Bapak

6
Areila Sahimi

demand. Kopak. Kopak. Itu pun hanya enam puluh peratus


aje merajuk Suraya tu dapat dipujuk, lagi empat puluh
peratus tu, kena tunggu dalam satu dua minggu jugaklah
baru dia boleh reda sendiri. Dan itu yang tak boleh tahan tu.
Moralnya. Jangan sengaja cari pasal kalau tak nak kopak, tak
nak tanggung rindu lama-lama.
“Saya tahu. Awak kan sayang saya sangat-sangat.”
Suraya bersuara manja. Di dalam hati berbunga girang.
Mana nak cari lelaki yang sebaik Azim di dalam
dunia ini. Nak jumpa lelaki macam Azim satu dalam seribu
mungkin. Kerana itulah dia merasakan, dialah manusia paling
bertuah di dalam dunia ini apabila dia yang terpilih untuk
menjadi suri di hati lelaki itu. Senyum masih mekar di bibir.
Bahagia.
Azim geleng kepala. Suraya... Suraya.... Macam-
macam. Tahu. Dari segi penampilan ada sedikit perubahan
tapi daring tu tetap ada. Kalau dulu ruggednya yang lebih.
Tapi kini lebih feminin, kadang-kadang maskulin jugak
apabila boyfriend nombor dua dia itu sudah ada di tangan.
Camera digital pelbagai fungsi hadiah daripada abang
sulungnya. Ke mana sahaja Suraya pergi, kamera itu
diusungnya. Hobi Suraya itulah satu. Gemar mengambil
gambar tidak kira ke mana sahaja dia pergi. Mengambil
gambar pemandangan dan tempat-tempat cantik di dalam
Malaysia adalah minatnya. Suraya boleh dikelaskan sebagai
jurufoto amatur yang berbakat. Ditambah pula dengan
kecanggihan teknologi digital. Itu alasan yang Suraya berikan
ketika dia mula-mula menyatakan hasratnya untuk bercuti di
Pulau Langkawi sebulan yang lepas. Tidak dinafikan, dia
jugak sudah mula mengikut jejak Suraya yang suka
mengambil gambar-gambar untuk diabadikan di dalam lensa
kamera. Mereka berkongsi minat yang sama.

7
Iman Suraya

“So, ni dah habis packing barang dah ke ni?” tanya


Azim.
“Sudah. Petang tadi dah siap semua dah,” balas
Suraya bersahaja.
“Amboi. Excited sangat awak ni.”
“Memanglah. Tak sabar nak ambil gambar kat
tempat-tempat yang cantik kat sana tu. Itulah awak. Saya
ajak, awak tak mahu. Aktiviti sekolahlah. Student nak
examlah. Apalah,” ngomel Suraya macam mak cik-mak cik.
“Cikgu Suraya Dania, nanti kalau awak dah start
mengajar nanti, tahulah awak macam mana. Ingat. Jadi cikgu
ni, pelajaran pelajar adalah yang paling utama.” Azim
berhujah panjang lebar.
Suraya perlu diingatkan. Jangan dibuat perangai
yang sama apabila sudah masuk mengajar nanti. Mahu haru
jadinya apabila diajar para pelajar dengan kepala gila-gilanya
itu kalau tidak pandai cover diri sendiri.
“Yes sir! Faham sir!!!” Suraya mengangkat tangan
memberi tabik hormat walaupun tahu, bukan Azim boleh
nampak pun. Dia punya tangan, dia punya sukalah.
“Naik bas pukul berapa esok?” Azim masih lagi tidak
puas menyoal selidik Suraya sebelum Suraya berangkat esok.
“Bas Express Perlis pukul dua belas malam esok.
Sampai Kuala Perlis dalam pukul tujuh, lepas tu naik feri
dalam empat puluh lima minit, lepas tu check-in dalam Twins
Peak Resort anggaran jam sembilan pagi selepas sarapan,
lepas tu masuk bilik, baring-baring kejap, lepas tu...”
“Sudah... sudah!” Pantas Azim memotong.
Sampai macam tu sekali dibacanya itinerary untuk
tempoh percutian dia selama lima hari empat malam itu.

8
Areila Sahimi

Memang sengaja betul Suraya Dania mahu mencipta rasa


hangin dalam diri dia. Memang sengaja nak bagi jeles.
“Sue, ini yang terakhir, kan?” Azim bertanya lagi.
Ingin kepastian.
“Yup.” Suraya menjawab dengan seribu keyakinan.
“Lepas ni...” Belum sempat Azim menghabiskan
kata, Suraya pantas memotong.
“Lepas ni, walau apa pun, kita akan buat berdua.
Saya tahu. Ini percutian terakhir saya sebagai Cik Suraya
Dania. Lepas ni kalau nak pergi bercuti pun dah pakai title
baru. Puan Suraya Dania. Lagipun bagilah can pada saya nak
enjoy puas-puas dulu sebelum masuk mengajar.” Suraya
mencuri nafas seketika.
“Awak jangan risau banyak sangat. Balik aje dari
bercuti ni, kita uruskan soal majlis kita pulak. Okey. Saya
janji. Dah tak ada main-main lagi,” sambung Suraya lagi.
Ini adalah yang terakhir. Itu janji dia pada Azim.
Takkanlah apabila sudah selamat menjadi isteri kepada Ikmal
Hazim nanti boleh buat perangai pelik pergi bercuti dengan
kawan-kawan pulak (kawan-kawan itu untuk cover line,
sebenarnya pergi sorang-sorang), biarpun sudah berkali-kali
Anne dan Ika tumbuh tanduk di kepala menyarankan yang
bukan-bukan apabila dia menerima lamaran Azim untuk
menjadi suri di hati lelaki itu. Macam-macam dia orang
berdua momokkan Suraya tentang hidup berumah tangga.
Jika sudah jadi isteri somebody, alamatnya akan terkongkonglah
hidup.
Semua hasutan itu Suraya buat-buat pekak aje. Dia
yakin dan percaya sepenuhnya pada Azim. Azim lelaki yang
baik. Azim cukup sempurna di mata Suraya. Semua kriteria
lelaki idaman ada dalam diri Azim. Munculnya Azim sedikit

9
Iman Suraya

sebanyak mengubah diri Suraya. Dan Azim adalah seorang


lelaki yang tahan sabar dengan setiap tindakan Suraya yang
di luar dugaan dan ada masa (sebenarnya setiap masa) gila-
gila bahasa, sepatah cakap, satu pun tak boleh pakai. Suraya
bahagia kerana Tuhan menemukan dia dengan Azim. Malah
dia juga sudah berjanji pada diri sendiri, apabila sudah sah
menjadi Puan Suraya Dania nanti, dengan segera dia akan
memakai tudung di kepala. No cap. No key. Tudung. Tidak
kira tudung bawal ke, tudung kerapu ke, tudung Wahida ke,
tudung Ekin ke mahupun tudung Yuna sekalipun. Janji
tudung yang mampu menutup seluruh rambut panjang
separas bahu ini. Itu pinta Azim. Hanya itu yang Azim
inginkan dari Suraya sebagai hadiah perkahwinan mereka
nanti. Manisnya Azim. Tanpa sedar Suraya memuji Azim di
dalam hati.
“Betul ni?” tanya Azim meminta kepastian.
“Betullah. Awak kena percaya saya.” Suraya berkata.
Sedikit tegas. Ternyata dia tidak main-main apabila perkara
berkaitan dengan diri sendiri dan masa depan dibincangkan
dengan Azim. Lagipun mereka berdua dalam fasa mencorak
masa hadapan bersama-sama.
“Awak nak saya nyanyi lagu Percayalah dari Datuk
Siti ke malam-malam buta ni?” Suraya kembali senget macam
biasa. Susahnya nak jadi manusia yang serius.
Macam manalah agaknya kalau sudah mula masuk
mengajar nanti. Agak-agak boleh tahan ke para pelajar dapat
cikgu separuh tiga suku macam dia ini. Suraya ketawa di
dalam hati. Dia memang tidak boleh lari dari menyanyi
barang sebaris dua lagu-lagu Melayu apabila sudah asyik
sangat bersembang dengan Azim di dalam telefon. Azim
tentu sudah muak mendengar suara sumbangsih yang kalau
masuk AF sudah tentu orang ramai-ramai pakat akan vote

10
Areila Sahimi

untuk AF keluar-Suraya dan bukannya Afundi-Suraya


Bombomkababoom (trademark yang macam budak-budak
AF selalu buat).
“Tak payah. Tak payah. Hari ini, katak-katak Satu
Malaysia kerja shift malam. Tak payah awak volunteer nak
panggil hujan.” Azim bersuara nakal.
Suraya mencebik. Tak patut betul punya cikgu.
Cikgu tak pandai berbahasa betul. Cikgu yang dalam diri tu
langsung tak berjiwa seni. Boleh dengan selambanya berkata
suara dia disamakan dengan katak-katak seluruh Malaysia
pulak. Suraya anak oranglah. Bukan anak katak. Dan harus
diingatkan katak tak boleh menyanyi lagu Datuk Sitilah!!!
“Sue...” Azim memanggil lembut.
“Yup.”
“Pergi tidurlah. Esok nak jalan jauh. Take care ye
sayang.”
Sekali lagi senyum manis ditarik. Memang tengah
bahagia sangat-sangat ni dapat lelaki macam Azim.
“Okey,” Suraya membalas sepatah.
“Good night.”
“Nite.”
“Assalamualaikum.”
“Waalaikummusalam.”
Talian dimatikan. Suraya merebahkan badan ke
atas tilam empuk. Lampu tidur dimatikan.

11
Iman Suraya

PINTU BILIK dihempas kuat. Kemudian dia merebahkan


badan di atas katil. Lengan kanan diletakkan di atas dahi.
Remote control penghawa dingin dicapai malas. Suhu
penghawa dingin direndahkan sedikit. Sekejap-sekejap mata
ditutup. Sudah masuk hari ke tujuh Amelia menjadi isteri
kepada Abang Adam. Sakitnya di dalam hati apabila selama
itu terpaksa menjadi penonton setia romantika de amor
pasangan suami isteri itu di hadapan mata. Terseksanya diri
kerana terpaksa duduk satu rumah dengan mereka. Sungguh
terseksa batin seorang lelaki, apabila bekas kekasih sendiri
kini telah selamat menjadi kakak ipar pula. Dia sudah tidak
bisa mempercayai perempuan lagi. Mata masih belum mahu
lelap.
Masakan mahu lelap jika jarum jam dinding baru
menginjak ke pukul sembilan malam. Segera dia bangun,
menuju ke almari empat pintu dan mengeluarkan pakaiannya.
Dilempar kasar ke atas katil. Kemudian beg galas di rak
bawah almari empat pintu itu ditarik keluar. Pakaiannya tadi
dimasuk kasar ke dalam beg galas. Main masuk aje. Tidak
perlu lipat-lipat. Esok dia akan keluar dari rumah ini seketika
untuk mencari sedikit ketenangan. Tidak kiralah ke mana
pun. Janji keluar.
Pintu bilik sedikit terkuak. Terpacul Hajah Maimon
dari balik pintu yang sudah terbuka sedikit itu. Perlahan
Hajah Maimon menapak masuk ke dalam bilik anak
terunanya itu. Dia mengambil tempat di sebelah Iman.
Kepala Iman dibelai lembut penuh kasih sayang.
“Nak ke mana ni Man?” tanya Hajah Maimon lembut.
Iman yang masih lagi memasukkan pakaian ke
dalam beg mengalihkan pandang ke arah ibunya.
“Iman nak keluar sekejap ibu,” jawab Iman. Wajah

12
Areila Sahimi

ibu yang sudah sugul itu membuatkan hatinya dihambat


perasaan sayu.
“Iman nak ke mana?” Sekali lagi Hajah Maimon
bertanya. Dirasakan Iman tidak menjawab sepenuhnya
soalannya tadi.
“Ke mana-mana ajelah ibu.” Iman menjawab malas.
Tangannya kembali rancak menyambung kerja mengemas
pakaian di dalam beg galas.
“Iman, janganlah macam ni sayang. Risau hati ibu
tengok Iman macam ni. Ibu faham perasaan Iman. Tapi dah
takdir, jodoh Abang Adam dengan Amelia.” Hajah Maimon
memujuk. Tahu benar apa perasaan yang bersarang di hati
Iman Radhiff, anak keduanya itu.
Semenjak Iman mendapat tahu yang Adam akan
menikahi Amelia melalui kiriman e-mel yang diutuskan,
Iman terus jadi seperti ini. Dingin dengan ahli keluarga
sendiri. Bagaikan semua orang dalam rumah yang merestui
pernikahan itu dijadikan musuhnya. Pada ayahnya. Juga
pada ibunya. Sudah puas dipujuk, barulah dia balik
menjejakkan kaki balik ke rumah semula. Padahal sudah
setahun lebih dia tamat belajar baru seminggu lepas dia
pulang. Sampainya hati Iman buat ibu dan ayah begini.
“Iman tak ada apa ibu. Ibu janganlah risau. Iman
tahu jaga diri Iman. Iman dah besar.” Iman jawab endah tak
endah.
“Iman marahkan ibu dan ayah sebab kahwinkan
Adam dengan Amelia?” Hajah Maimon bertanya perlahan. Air
matanya sudah mengalir perlahan.
Iman memandang sekilas ibunya. Berdosa besar
rasanya membiarkan ibu menangis kerana sikapnya sendiri.
“Ibu, janganlah macam ni. Benda dah jadi. Jangan

13
Iman Suraya

panjang-panjangkan cerita.” Iman malas mahu berbicara


mengenai perkara ini.
Kalau ikutkan hati, ya, dia memang sakit hati.
Tergamak Abang Adam potong jalan masuk ke dalam hati
Amelia ketika dia berada di luar negara melanjutkan
pelajaran. Bukan Abang Adam tidak tahu Amelia itu buah
hatinya yang ditinggalkan seketika hanya kerana mahu
mengejar ilmu di rantau orang. Harapkan pagar, pagar yang
makan padi. Amelia itu pun satu. Patutlah beria-ia benar dia
mahu memutuskan hubungan dengan alasan jarak yang
jauh membuatkan mereka sudah tidak sesuai untuk bersama.
Alasan yang langsung tidak boleh pakai. Langsung tidak
relevan. Kalau setia ada dalam diri, seorang di Kutub Utara,
seorang di Kutub Selatan pun tidak ada masalah.
“Iman...”
“Ibu jangan risaulah. Iman bukan nak lari dari
rumah. Iman cuma nak keluar sekejap. Bagi fikiran Iman ni
tenang sikit. Iman akan balik kalau perasaan Iman boleh
kembali seperti sediakala.” Iman pantas memotong.
Kemudian dia melentokkan kepalanya pada bahu
ibunya. Manja.
“Lagipun Iman ni anak lelaki. Apa yang ibu nak
risaukan,” sambung Iman lagi.
Tangan Hajah Maimon pantas meluku manja anak
terunanya. Kemudian bibirnya mengukir senyum segaris.
“Ibu takut Iman lari lagi. Lepas tu tak nak balik
rumah ni dah,” balas Hajah Maimon.
Iman angkat kepala dari bahu ibunya. Wajah ibunya
direnung dalam-dalam.
“Taklah ibu. Nak lari pergi mana. Iman mana ada

14
Areila Sahimi

kerja lagi kat Malaysia ni,” jawab Iman sambil berpaling muka
ke arah tingkap.
Hajah Maimon tersenyum. Jawapan Iman tadi
sedikit sebanyak menyedapkan hatinya.
“Ni agak-agak nak berjalan jauh ke ni?” Hajah
Maimon bertanya lagi. Tidak puas rasanya jika Iman masih
lagi tidak memberitahu ke mana tempat dia ingin pergi.
“Tengok tiket apa yang ada dekat Pudu tu nanti,”
jawab Iman bersahaja. Main serbu datang Pudu, tanggung
risikolah tiket apa aje yang ada. Beg galas yang sudah siap
kemas dizip dan diletakkan di tepi katil.
“Takkan macam tu pulak. Sekurang-kurangnya
mestilah tahu tempat yang nak dituju. Takkan main redah aje
pergi ke mana-mana macam orang kena buang daerah.”
Suara Hajah Maimon sedikit tinggi. Dari tadi Iman bagi
jawapan yang langsung tak macam jawapan pada soalannya
tadi.
Iman ketawa kecil melihat ibunya sudah mula naik
suara. Lama tak dengar ibu membebel. Dulu dialah yang
selalu kena bebel campur kena piat campur kena rotan masa
kecil-kecil. Naik remaja sikit, lebih kena tadah telinga dengar
ibu bebel lagi walaupun masa tu, ibu tak guna cara kekerasan.
Bila dah belajar dekat luar negara, langsung tak dengar dah.
Masa balik sini pun, ibu berhati-hati menjaga hati Iman.
Maklumlah dia balik selepas merajuk yang panjang. Mana
ibu nak menambahkan lagi sengsara di jiwa.
“Ingat nak pergi Langkawi la bu. Lama tak pergi.”
Malas-malas Iman menjawab.
“Kat tempat orang tu jangan buat benda yang
bukan-bukan,” ujar Hajah Maimon berpesan. Lega hati tuanya
apabila Iman beritahu juga tempat yang dia ingin pergi nanti.

15
Iman Suraya

“Alah ibu. Iman bertahun dekat negara orang. Tak


pernah pun buat benda yang bukan-bukan,” balas Iman laju.
Dia buat muka toya.
“Iman ni ada rupa penjenayah ke ibu? Auch!”
sambungnya dengan pertanyaan nakal. Kemudian peha Iman
menjadi mangsa cubitan Hajah Maimon. Kita betul-betul,
budak bertuah ni boleh pulak buat main-main!
“Ibu tak adalah cakap yang anak ibu ni buat
jenayah. Tapi...” Kata-kata Hajah Maimon tergantung
seketika. Matanya memerhati Iman dari atas ke bawah.
Kemudian dia menggeleng perlahan.
“Tapi apa bu?” Iman mencelah.
“Tapi tengoklah ni.” Hajah Maimon menarik lembut
rambut Iman yang panjang paras bahu itu sedikit ke depan
agar Iman boleh nampak dan boleh perasan yang rambutnya
itu sudah sama panjang dengan rambut adik bongsunya. Adik
bongsunya itu perempuan. Tidak mengapalah berambut
panjang. Ini Iman anak lelaki. Anak lelaki yang memang
lelaki sejati. Yang bukan kategori lelaki adik-adik yang
berbahasa noks-mak-nyah. Serabut mata memandang.
Ayahnya sahaja sudah sakit mata melihat rambut Iman yang
panjang itu. Nak ditegur, takut nanti merajuk lagi.
Iman buat muka.
“Alah bu. Ini style. Dapat kerja nanti Iman
potonglah,” balasnya spontan. Rambut panjang yang sedikit
serabut bahana kena tarik dengan ibu tadi dirapikan dengan
jari. Macam iklan Rejoice. Guna jari pun boleh.
“Yela style. Ini?” Hajah Maimon menunjuk pada
cincin dan gelang di tangan Iman.
“Yang ini. Ya Allah, Iman Radhiff, tolonglah jangan
pakai dah. Tak elok lelaki pakai semua ni. Dah macam mami

16
Areila Sahimi

jarum ibu tengok,” sambung Hajah Maimon. Kepala digeleng


laju.
Iman sekadar tersengih. Cincin silver dan bangle di
tangan pula menjadi mangsa yang seterusnya.
“Biarlah bu. Iman janji, dapat kerja nanti dengan
rambut, dengan barang kemas mami jarum ni semua tak
pakai dah. Time-time ni aje bu.” Iman menjawab bersahaja.
Hajah Maimon sudah malas mahu bercakap
panjang. Janji dia tahu, Iman masih tahu menjaga amalan
solat hariannya sehari-hari dan tak buat benda jahat itu pun
sudah cukup baik.
“Ibu...” Iman memanggil manja.
“Kenapa?”
“Ibu berkenan sangat ye dengan Melia tu sampai
sanggup buat menantu. Kalau Iman, tak hingin beriparkan
Melia tu,” ujar Iman penuh sarkastik. Pantas tangan Hajah
Maimon memukul peha kiri Iman.
“Auchh!” Iman mengaduh. Peha yang merah
digosok laju. Perit. Wah... marah sungguh ibu bila dia
mengutuk menantu sulungnya itu.
“Tak baik Iman cakap macam. Melia tu sekarang
dah jadi kakak ipar Iman. Ingat tu.” Hajah Maimon bersuara
datar tapi penuh ketegasan. Iman menggaru kepala. Dia
tersengih. Sayangnya ibu pada Melia. Ho ho ho....
“Yela ibu.” Iman menjawab malas.
“Dahlah. Pergi tidur. Esok nak berjalan jauh.” Hajah
Maimon sudah mengangkat punggung dan menuju ke pintu.
Sampai di muka pintu dia berhenti dan menoleh ke arah
Iman yang masih duduk goyang kaki di katil dengan muka
yang bersahaja.

17
Iman Suraya

“Esok ni nak suruh ayah hantar ke Pudu ke tak ni?”


sambungnya kemudian.
“Tak apa. Iman pergi sendiri naik train.” Balas
Iman.
“Ermmm....” Hajah Maimon terus keluar dari bilik.
Iman menghampiri pintu bilik yang ternganga luas.
Segera pintu bilik tadi ditutup rapat. Takut sangat jika Abang
Adam menjengah masuk ke biliknya. Kemudian dia
menghampiri meja belajarnya. Laci ditarik. Bingkai gambar
kayu dikeluarkan. Gambar dia dan Melia dahulu ditatap.
Bingkai gambar itu disimpan kembali ke tempat asalnya.
Jangan Iman. Melia itu milik mutlak Abang Adam. Hatinya
berpesan. Lampu bilik dipadamkan.

18
Areila Sahimi

Bab 2
N
ASKHAH Pergilah Air Mata yang
baru suku buku dibaca dibuka.
Sementara menanti feri, Suraya
duduk di kerusi yang disediakan sambil menyambung kembali
membaca Pergilah Air Mata di tangan. Karya terbaharu dari
penulis berbakat besar, Hanni Ramsul itu amat menarik.
Penceritaan yang penuh suka dan duka sangat menyentuh
jiwanya. Ini semua terkena serangan penyakit berjangkit dari
Anne yang gila sangat dengan setiap tulisan Hanni Ramsul.
Jika bukan kerana Anne yang beria-ia merekomenkan tulisan
penulis ini, rasanya memang Suraya tidak akan membuka
kalam setebal lapan ratus lima puluh lapan muka surat
sebegini. Nak baca buku ilmiah pun dia malas, inikan pula
novel yang tebal sebegini. Memang betul juga cakap Anne.
Jika sekali sudah baca, boleh gian jadinya. Memang betul
pun. Dulu-dulu punyalah dalam kepala dah set, orang-orang
yang membaca novel cinta ini kebanyakannya senang kena
virus-virus jiwang yang memang boleh tahap membunuh. Tak
sangka. Dia sendiri pun dah terkena virus yang sama. Virus
jiwang tahap membunuh.

19
Iman Suraya

Mata Suraya sesekali memerhati orang ramai yang


berada di jeti Kuala Perlis ini. Hari Isnin pun ramai jugak ke
orang nak pergi ke Langkawi? Suraya tertanya-tanya di dalam
hati. Yelah. Kalau diikutkan sekarang ini bukannya cuti
sekolah pun. Tapi keadaan di jeti tetap sesak. Kemudian
Suraya menarik keluar botol air mineral dari poket tepi beg
galasnya. Haus. Botol mineral tadi dibuka dan diteguk. Bosan
menunggu, tin Mr. Potatoes pula dibuka dan isi dalam
diambil. Terus masuk ke dalam mulut. Kalam Hanni Ramsul
tadi sudah pun ditutup dan disimpan di dalam beg galas.
Tangan Suraya teraba-raba sesuatu dari dalam poket jeans
yang dipakainya. Zen Neeon dikeluarkan. Earphone disumbat
ke dalam lubang telinga lalu tangannya menekan-nekan
butang kecil pada pemain MP3 tersebut. Mencari frekuensi
Hot FM. Pagi-pagi begini dengar Hot FM AM Krew pun best
jugak. Layan aje dengar celoteh Fafau dan FBI. Dia nak tahu
jugak kalau e-mel yang dihantar kepada Hot FM untuk
menghangitkan Azim tu terkena ataupun tidak.
Mulut Suraya masih lagi mengunyah Mr. Potatoes
diselang-seli dengan air mineral. Baik punya diet sarapan
pagi. Elok sangatlah tu makan segala macam makanan
ringan dalam perut tengah kosong. Suraya berkata sendiri.
Memang tak elok. Tapi dah nak berkejar feri pukul tujuh pagi,
balun ajelah apa yang sempat beli dekat Medan Gopeng
malam semalam.
Malam semalam semasa di Medan Gopeng macam-
macam abah tinggalkan pesan. Tahan. Tahan. Janji abah dah
sama-sama berkompromi tak akan bagi tahu pada Azim kes
dia pergi Langkawi sengsorang. Baik punya pakatan anak
beranak. Dan paling best sekali, abah bagi tahu semalam,
yang along dan angah dah bank-in duit dalam akaun semalam
juga bila dapat tahu dia akan ke Langkawi. Seperti yang

20
Areila Sahimi

dijanjikan. Sorang seribu. Best sangat. Dua orang jadi dua


ribu ringgit Malaysia. Kaya sekejap. Bagus betul kekanda-
kekanda dia ni. Itulah. Siapa suruh pandai-pandai betting.
Tengok orang tak pakai mata. Last-last dua-dua padan muka.
Dah berjanji. Tak tunai pasti dia ungkit. Tu tak termasuk duit
poket yang abah bagi. Cayalah Sue. Sekali dua abang-abang
kau, kau pergi ketuk. Ha ha ha... kelakar gila muka along
dengan angah masa dia mula-mula habis belajar di UPSI hari
tu. Terkedu lidah tak terkata apa-apa bila dia mengungkit
semula kisah dulu-dulu masa mula-mula masuk UPSI pada
dia orang berdua. Ternyata along dengan angah masih ingat
lagi semua tu. Dan pasti semalam terketar-ketar tangan dia
orang berdua bank-in kan duit dalam akaunnya. Suraya
tersenyum sendiri.
“Cik, boleh saya duduk?” tegur seorang pemuda
dengan beg besar di belakangnya.
Suraya yang dapat menangkap butir bicara
walaupun Hot FM masih menjadi halwa telinga segera
angkat muka melihat wajah orang yang bersuara tadi. Hush...
macam Ninja Turtle. Beg galas punyalah besar gedabak.
Kacau daun betul. Tak ada tempat lain ke nak duduk. Dan-
dan kat sini jugak dia nak duduk. Mata Suraya melilau ke
arah kerusi-kerusi lain di jeti feri ini. Memang tak ada tempat
lain.
“Cik, boleh saya duduk?” ulang pemuda itu lagi
apabila gadis itu buat tak dengar.
Suraya sedikit tersentak.
“Sure.” Segera dia mengalihkan beg galasnya dan
diletak di atas riba.
“Sila-sila,” sambungnya kemudian. Penuh ramah.
Pemuda itu mengambil tempat di sebelah Suraya.

21
Iman Suraya

Suraya dengan gaya ramah mesra ala duta Bank Rakyat


memberi senyuman buat pemuda di sebelahnya. Tanda
hormat. Kita bukankah orang Malaysia? Perlu ada sikap
saling menghormati. Tapi senyuman itu langsung tidak
diendahkan. Suraya mengetap bibir. Cehh... memanglah betul
orang kita sekarang ini sudah kurang nilai budi bahasa dalam
kehidupan seharian. Patutlah beria-ia benar kerajaan
melancarkan kempen ‘Budi Bahasa Budaya Kita’ sebab kat
Malaysia ni ada jugak spesies yang macam mamat kat sebelah
ni, getus Suraya di dalam hati.
Mendengar isyarat ketibaan feri, segera Suraya
bangun dan menggalas beg ke belakang. Pemuda tadi turut
sama berbuat demikian. Cengkerang Ninja Turtlenya digalas.
Kemudian dia berpaling. Ketika pemuda itu berpaling dan
ingin melangkah, cengkerang Ninja Turtle tadi terkena pada
beg galas Suraya menyebabkan dia sedikit terkebelakang.
Nasib tak jatuh terduduk. Pemuda tadi hanya buat tidak tahu
saja. Terus berlalu. Sikit pun tak ada kata maaf yang keluar
dari bibirnya. Suraya mengetap bibir. Mata dijulingkan ke
atas. Kemudian dia menggeleng perlahan. Nasib. Nasib. Pagi-
pagi dah jumpa dengan orang macam ni. Suraya terus
berjalan menuju ke tepi jeti untuk menaiki feri yang sudah
siap menunggu ketibaan penumpang.
Suraya antara orang-orang terakhir yang masuk ke
dalam perut feri. Malas nak berebut-rebut. Tak apalah. Ada
punya tempat duduk dalam ni nanti. Mamat tadi awal-awal
lagi dah masuk. Macam mangkuk aje. Boleh mamat ni
dengan selamba pergi berebut-rebut dengan orang
perempuan masa nak masuk ke dalam feri. Macam perangai
budak belum sunat. Tak gentleman langsung. Suraya naik ke
atas feri kerana di bawah sudah tidak ada tempat yang
kosong. Di atas pun boleh tahan penuh jugak. Dan ada

22
Areila Sahimi

sebuah bangku kosong. Hush... sebelah mamat tadi lagi.


Macam petanda tak bagus aje. Suraya berjalan ke arah bangku
kosong tadi. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggungnya.
Mamat tadi menjeling dengan ekor mata. Sah. Mamat ni jiwa
kacau. Suraya buat tak tahu. Peduli apa. Dia pun bayar apa
duit tambang feri ni.
Di dalam feri, Suraya hanya memerhati ke arah luar
tingkap feri. Melihat ombak laut yang melambung feri ke
Pulau Langkawi ini. Kamera yang tersangkut di leher
di‘on’kan. One... two... and snap. Suraya mengambil gambar-
gambar pulau kecil yang kelihatan sepanjang perjalanan ke
Pulau Langkawi. Disebabkan tempat duduk Suraya dua dari
tingkap dan mamat tadi di tepi tingkap, dengan selamba
Suraya ke tepi sedikit agar dapat menangkap gambar dengan
lebih jelas. Bila terkena sesekali feri dilambung ombak, siku
Suraya turut sama tergerak-gerak. Dan bila feri dilambung
sedikit tinggi, dengan tidak sengaja siku Suraya terkena dada
Encik Jiwa Kacau tadi. Ops....
“Cik, awak ni tak tau nak hormat penumpang lain
ke?” marah pemuda itu. Matanya memandang ke arah gadis
yang menyikunya tadi.
“Sorry.” Kata Suraya. Terus dia duduk diam-diam di
tempatnya selepas kena marah dengan Encik Jiwa Kacau tu
tadi.
Auntie Cina kat sebelah Suraya hanya memandang.
Suraya yang diam menikus melirik Encik Jiwa Kacau tadi
dengan ekor mata. Atas bawah. Ngeee... mana berani nak
lawan. Tengok gaya macam mafia tali rafia aje. Tak pun
macam agen pemerdagangan orang. Dengan rambut panjang.
Bangle kat pergelangan tangan. Cincin yang berbatu besar
kat jari. Ini kalau kena penumbuk ni, mahu berlekuk tulang
pipi akibat kena batu yang besar tu. Silap hari bulan boleh

23
Iman Suraya

masuk tujuh biji guli buat main congkak. Nasib tak pakai
cincin batu kerikil jalan raya. Dah macam pokok Merry
Chrismas aje. Lemas betul tengok lelaki pakai semua ni,
sangat tak matang sebab terikut-ikut budaya entah apa-apa
ni.
Iman mendengus geram. Cik adik kat sebelah ni.
Macam sengaja pulak nak cari pasal. Senak dada akibat kena
siku dia yang tajam tadi. Tengok tu. Muka sardin aje. Buat
macam tak bersalah aje. Iman memberi jelingan maut.
Sudahlah badan penat akibat perjalanan yang jauh. Bas
express yang dinaiki pulak buat hal. Tiba-tiba rosak dekat
lebuh raya. Nasib dekat dengan perhentian Bukit Merah. Tapi
berpeluh jugaklah nak berjalan kaki untuk sampai ke sana.
Nak mengamuk pun tak ada guna. Bas tu dah nak rosak.
Tahan jugaklah bila driver bas suruh berjalan kaki pergi ke
Hentian Rehat dan Rawat Bukit Merah sementara menanti
bas ganti sampai. Lepas tu, sampai sini boleh pulak jumpa cik
adik muka toya ni.
Suraya masih diam menikus. Takut benar rupanya
dengan Encik Jiwa Kacau kat sebelah ni. Pokok Krismas
Bergerak yang hangin tak tentu pasal. Ha ha ha... Suraya
ketawa di dalam hati apabila melihat muka Encik Jiwa Kacau
tadi berkerut menahan sakit. Amboi. Boleh tahan jugak siku
dia ni. Sampai berkerut mamat ni tahan sakit. Aset ni. Lain
kali kalau terkena serangan dengan mana-mana lelaki
bolehlah guna siku yang tajam ni selain kepala lutut yang
keras kematu, kasi kick kat bird-bird lelaki yang ingin
mengambil kesempatan. Confirm jatuh terduduk. Beraninya
Suraya.
Feri sudah pun berlabuh di tepi jeti. Semua
penumpang turun dari feri. Suraya berjalan di belakang
Encik Jiwa Kacau a.k.a Pokok Krismas Bergerak menuju ke

24
Areila Sahimi

pintu feri. Sengaja dia berhimpit-himpit menolak-nolak dari


belakang cengkerang Ninja Turtle Encik Jiwa Kacau itu. Ha
ha ha! Jahatnya kau Sue. Sengaja mencari pasal. Sesekali
Encik Jiwa Kacau itu menoleh ke belakang dengan mata
membuntang tapi Suraya buat muka bersahaja. Mesti dia
rimas kena tolak-tolak macam ni. Hei cik abang, tak nak
tolak-tolak naik feri sendirilah!
Suraya berjalan seorang diri menuju keluar jeti.
Segera dia ke tempat menunggu teksi. Di hadapannya
kelihatan Encik Jiwa Kacau berjalan laju. Wah! Mahu masuk
acara berjalan kaki apa, jalan laju-laju macam tu. Suraya
hanya memerhati sahaja pemuda yang aneh itu dari belakang.
Sue yang ala-ala vogue da vas ini tidak dipandang. Ops...
alamak! Terlebih sudah... (pinjam sekejap tagline Stacy).
Sekali lagi Suraya ditimpa perasan.

SURAYA menepuk bahu budak lelaki lingkungan umur lapan


belas tahun itu. Baru habis SPM barangkali, fikir Suraya di
dalam hati. Budak lelaki itu memandang dengan muka cuak.
“Ke... kenapa kak?” tanyanya perlahan. Sedikit
gagap. Samseng dari Kampung Dusunkah ini?
Suraya tidak berkata apa-apa. Owh... gagap ek. Dah
buat salah lagi mau tanya kenapa akak. Suraya menghulurkan
tangan. Macam tukang paw nak kutip duit. Kening dinaikkan
sebelah. Ex-otai SMKPPI (SMK. Kg. Pasir Putih Ipoh) sudah
kembali. Budak lelaki itu sudah tidak keruan. Tanpa
berlengah, cepat sahaja dia melarikan diri. Suraya yang
memang sudah awal-awal tadi dapat membaca apa tindakan
budak itu segera menyambar tangannya. Pantas tindakan

25
Iman Suraya

Suraya itu. Budak lelaki itu kini sudah berada dalam


genggaman tangannya.
“Kak tolong kak. Jangan bawak saya pergi balai
kak,” rayu budak tersebut.
Suraya menjulingkan mata ke atas. Kemudian
matanya teralih pada budak itu. Ni yang lemah ni. Merayu-
rayu pulak budak ni. Masa buat tak nak fikir dulu apa akibat
kalau kena tangkap. Ni dah terkena tangkap tau pulak
merayu-rayu.
“Kak, saya janji tak buat lagi,” rayu budak itu lagi.
Sebelah tangannya mengeluarkan dompet yang dicuri tadi
dari poket seluar pendek yang dipakai. Diberikan kepada
‘polis bantuan’ yang berjaya mencekupnya.
Suraya mengambil kasar dompet tadi.
“Nama siapa?” tanya Suraya kasar. Volume suara
masih dalam kawalan. Tidak mahu orang lain dengar. Jatuh
aib pula budak ini nanti kalau Suraya menempik-nempik bagi
tahu semua orang dekat sini yang dia seorang pencuri.
“Afiq kak,” jawab budak itu.
“Umur?”
“Lapan belas kak.”
“Dah lama buat kerja macam ni?” tanya Suraya lagi.
Hari ini dia tukar profesion jadi polis pulak.
Afiq hanya mendiamkan diri. Tidak tahu mahu
menjawab apa.
“Dah lama buat kerja macam ni?” ulang Suraya.
Afiq menundukkan kepalanya. Masih senyap.
“Emak saya sakit kak. Tak ada duit nak beli ubat.”
Rendah Afiq menuturkannya. Matanya sudah merah. Dia

26
Areila Sahimi

menangis. Memang emak di rumah tengah demam. Nak


kerja tiada siapa mahu ambil. Akibat terdesak dia terpaksa
mencuri. Ini kali pertama.
Afiq yang sudah mengangkat wajah direnung.
Mata Afiq ditatap dalam-dalam. Ada cahaya jujur pada apa
yang diceritakan tadi. Tangan Afiq dileraikan dari
cengkamannya.
“Lain kali jangan buat lagi. Banyak lagi cara lain
yang boleh dapat duit halal.” Suraya menasihati dalam sedikit
ketegasan pada nada suaranya.
“Pergilah. Lagi sekali kalau akak tangkap awak buat
lagi benda yang sama, siaplah.” Amaran daripada Suraya.
“Terima kasih kak.” Segera Afiq berlalu pergi.
Lemah.
Suraya hanya memerhati.
“Afiq!!!” jeritnya kemudian. Dia berlari anak menuju
ke arah Afiq yang sudah berhenti.
Afiq terpinga-pinga apabila dia menoleh ke
belakang.
“Kak Sue.” Suraya memperkenalkan diri.
“Tadi kata emak sakit. Nak pakai beli ubat berapa
ringgit?” tanya Suraya lagi.
“Dalam lima puluh ringgit.” Afiq menjawab jujur.
Selamba Suraya membuka dompet yang dicuri oleh
Afiq tadi. Dikeluarkan not lima puluh ringgit dan dihulurkan
kepada Afiq. Afiq hanya memandang sepi not lima puluh
ringgit yang dihulurkan itu. Kemudian mengalihkan pandangan
ke wajah Suraya.
“Ambil,” kata Suraya lembut sambil tersenyum.

27
Iman Suraya

“Tapi...”
“Tak ada tapi-tapi lagi. Tadi kata emak sakit, kan?
Nak pakai duit beli ubat emak, kan? Ambil ajelah buat beli
ubat emak.” Suraya meraih tangan Afiq. Not lima puluh
ringgit tadi berubah tangan.
“Terima kasih kak,” ucap Afiq.
“Sama-sama. Dah makan belum?” tanya Suraya lagi.
Afiq menggeleng.
Sekali lagi Suraya membuka dompet tadi.
Dikeluarkan not sepuluh ringgit pula. Dan diberikan pada
Afiq.
“Pergi makan. Lepas tu balik rumah,” balas Suraya.
“Terima kasih kak.”
“Dah-dah. Pergi balik,” arah Suraya.
Afiq mengukir senyum segaris. Terus dia berlalu
pergi.
Suraya berjalan terus berjalan keluar. Ketika
melintasi sebuah kedai menjual cenderahati kelihatan Encik
Jiwa Kacau sedang mencari-cari sesuatu di dalam poket
seluarnya. Pembantu kedai muka sudah lain macam aje.
Tunggu masa nak sembur aje Encik Jiwa Kacau tu. Suraya
ketawa di dalam hati. Kalau ikut kejam dengan nak balas
balik apa Encik Jiwa Kacau tu dah buat tadi memang boleh.
Inilah masanya. Tapi nasib baik dia dah jadi budak perempuan
yang baik sikit. Terus Suraya menghampiri Encik Jiwa Kacau
tu. SuePer dah sampai. Dompet tadi dihulur ke muka Encik
Jiwa Kacau.
Iman berpaling lipat maut. Keningnya terangkat
sebelah. Dia ni lagi.
“Mana awak dapat dompet saya?” tanya Iman kasar.

28
Areila Sahimi

Gadis itu mengisyaratkan kepadanya agar


membayar dahulu duit chewing gam yang dibelinya.
Suraya berlalu. Sombong. Sudah ditolong lagi
mahu marah-marah. Apa sakit entah.
“Hei awak!!!” Jeritan dari belakang mematikan
langkah kaki Suraya. Segera menoleh.
“Nak apa?” tanya Suraya acuh tak acuh.
“Awak tak jawab soalan saya tadi lagi. Mana awak
dapat dompet saya? Awak yang curi ye?”
Suraya buat muka toya. Ek... eleh.... Wei mangkuk!
Kalau aku curi tak adalah aku senang-senang nak bagi balik.
Bengong. Terus Suraya berlalu.
“Hei...”
Sekali lagi Suraya berhenti.
“Ada budak curi. Saya tolong awak dapatkan balik.
Orang dah tolong patut cakap terima kasih. Bukan marah-
marah macam ni,” tutur Suraya. Geram. Geram. Tapi cuba
control selagi mahu.
“Budak mana?”
“Tak tau,” jawabnya. Bahunya dijongketkan.
“Dah hantar balai polis?”
Suraya menggeleng perlahan.
“Kenapa tak hantar balai.”
“Budak lagi. Gelap masa depan dia kalau muda-
muda dah masuk penjara,” jawab Suraya dengan muka yang
selamba.
“Kalau dia buat lagi orang lain pun akan hantar
balai tau.”
“Sekurang-kurangnya bukan saya penyebab dia

29
Iman Suraya

masuk penjara.” Suraya terus berlalu. Tak lalu lama-lama


bercakap dengan orang sombong, bongkak dan berlagak itu.
Kemudian dia menoleh ke belakang.
“Tadi saya ambil enam puluh ringgit dari dompet
awak tu. Budak tu nak pakai duit,” sambung Suraya lagi.
Selamba kau Sue. Buat amal jariah pakai duit orang.
“What???”
Suraya berlalu dengan senyuman meleret. Padan
muka. Berlagak sangat. Helo cik abang... apa sangatlah duit
enam puluh ringgit tu dari pahala yang dapat sebab tolong
orang susah. Sekurang-kurangnya aku tolong kau buat
pahala hari ni. Redeem balik sebab marah-marah aku dalam
feri tadi, gumam Suraya di dalam hati.
Suraya berdiri di luar jeti sambil mata melilau
mencari teksi. Lambat pulak teksi ni. Air mineral segera
diteguk untuk menghilangkan haus. Lega. Seboleh-bolehnya
dia ingin cepat-cepat sampai ke hotel. Badan sudah melekit.
Bau pun boleh tahan jugak ni. Estee Lauder yang wangi
semerbak dah bertukar jadi bau-bau masam.
“Chewing gum.”
Suraya menoleh. Kening dinaikkan. Ni apahal. Nak
guna-gunakan aku pakai chewing gum ke? Suraya menggeleng.
Takut nak makan. Buat sudah dijampi serapah chewing gum
ni tadi bukankah buat naya namanya.
“Sorry pasal tadi. Saya Iman.”
Suraya hanya memandang pelik. Errkk....
Owwhhh... Iman.
Cess... nama aje Iman, tapi perangai tak beriman
langsung.
“Sue,” ujar Suraya pendek.

30
Areila Sahimi

“Sue...” Iman menaikkan kening.


“Suraya.”
“Owhh...”
“Sorry,” kata Suraya. Mata masih melilau mencari
teksi.
“Untuk apa?” tanya Iman pelik.
“Enam puluh ringgit awak tu. Kalau awak nak, saya
boleh ganti balik.” Pantas Suraya mengeluarkan purse dari
dalam poket seluar. Dia sengaja mahu berpura-pura untuk
melihat lelaki bernama Iman ini edisi kedekut ke tidak.
“Tak payah.” Iman menolak laju.
“Tak ada hal. Lagipun awak kata budak tu nak beli
ubat untuk emak dia,” sambungnya lagi.
Lalalalalala.... Ada hati dan perasaan jugak
rupanya. Okeylah tu. Suraya menghadiahkan senyum segaris.
Ini hadiah sebab sikap pemurah Encik Iman ni tadi. Dan
hadiah sebab tak paw aku bayar balik enam puluh ringgit dia.
Hati Suraya berlagu riang.
“Sorang?” Iman bertanya.
“Taklah. Ada satu batalion lagi sedara mara, sepupu
sepapat, jiran sekampung kat belakang tu.” Suraya menjawab.
Bersahaja.
Iman angkat kening. Dia menggeleng perlahan.
Buat lawak pulak budak ni. Suraya ketawa kecil.
“Soranglah. Awak ada nampak orang lain lagi ke
dengan saya? Awak?” sambung Suraya kemudian bertanya.
“Taklah. Ada satu batalion lagi sedara mara, sepupu
sepapat, jiran sekampung kat belakang tu.” Iman memulangkan
paku buah keras.

31
Iman Suraya

“Ha ha ha! Tak kelakar langsung,” balasnya


kemudian.
“Check in kat mana?”
“Twins Peak Resort.” Suraya menjawab malas.
“Samalah.”
Suraya angkat kening.
“Awak pun?”
Iman hanya mengangguk perlahan.
“Teksilah. Jom!” Iman mengangkat jari telunjuk ke
arah teksi yang datang. Bonet teksi sudah terbuka. Beg
galasnya dimasukkan ke dalam. Dia menoleh ke belakang.
Budak Sue itu masih tercegat berdiri.
“Cepatlah,” arahnya kemudian. Muka budak Sue ini
dah blur pelik semacam.
“Saya bayar,” sambung Iman.
Dengar aje ‘saya bayar’ cepat-cepat Suraya datang.
Beg trolinya dimasukkan ke dalam teksi. Alhamdullilah.
Syukur nikmat. Save budget. Iman mengambil tempat duduk
di hadapan manakala Suraya di belakang.
“Twin Peak Resort, pak cik.” Beritahu Iman kepada
pemandu teksi.
Teksi pun berlalu meninggalkan jeti Langkawi.

32
Areila Sahimi

Bab 3
B
ADAN dihempas lemah ke
atas katil beralaskan tilam
empuk. Nikmatnya kalau dapat
melelapkan mata barang sejam dua. Selamat sudah sampai
ke resort. Dengan malas dia bangun mencapai beg galas yang
diletakkan di meja tepi katil. Telefon bimbit dikeluarkan.
Segera nombor telefon rumah didail.
“Helo abah. Call balik.” Laju-laju Suraya bercakap.
Lepas itu talian dimatikan. Ha ha ha… nak telefon abah
sendiri pun berkira. Ops... bukan berkira. Tapi kredit tak
berapa nak cukup. Beberapa ketika kemudian telefon
berdering.
“Abah, Sue dah sampai resort dah ni,” kata Suraya.
Telefon bimbit dikepitkan pada bahu kiri dan telinga. Pencuci
muka, berus gigi dikeluarkan dari dalam beg troli.
“Ermm... okey-okey.” Suraya berdiri perlahan.
Berjalan menuju ke bilik air.
“Faham. Don't worry. Sue tahu jaga diri.” Talian
sudah dimatikan. Mandi dululah, lepas tu baru telefon Azim.

33
Iman Suraya

“HELO sayang.” Suraya bersuara manja. Telefon dikepitkan di


telinga dengan bahu bila tangan sibuk mengeringkan rambut
yang basah dengan tuala.
“Errmmm...” jawab Azim dari hujung talian.
Tangan yang rancak mengeringkan rambut
terhenti. Hai. Lain macam aje aura suara. Apa yang tak kena.
“Awak okey ke?” Suraya bertanya.
“Awak kelentong saya ye. Kata pergi sama Anne
dengan Ika. Tapi pergi sorang-sorang.” Azim menggumam
rendah.
Alamak! Patutlah lain macam. Sape pulaklah yang
pandai-pandai pergi buka cerita ni. Tak mungkinlah abah.
Abah dah janji. Ini siapa pulak jadi agen Murai.Com cerita dia
ke sini sengsorang.
“Alah... sayang. Kalau saya cakap kat awak yang saya
pergi sorang-sorang, confirm awak tak bagi,” balas Suraya
kemudian. Suaranya sengaja dimanjakan.
“Sue, awak tu perempuan.” Azim geleng kepala.
Tak tau nak buat apa. Terlintas mahu menelefon
dengan Hakim, buah hati Si Ika tu tadi. Dan-dan Hakim bagi
tahu yang dia dengan Ika tengah keluar jalan-jalan di Kinta
City. Mahu tak ternganga yang mana Hakim bagi tahu Ika tak
join Suraya sekali ke Langkawi. Anne pulak dia orang bagi
tahu tengah sibuk uruskan persiapan perkahwinan kakak dia.
Sue... Sue....
“Taulah,” jawab Suraya pendek.
“Awak jangan risaulah. Saya dah besar. Tau jaga diri
sendiri,” sambungnya lagi.
Hush... Azim mengeluh perlahan tapi masih dapat
didengar dari hujung talian sana.

34
Areila Sahimi

“Jangan risau kay. Bukan lama pun sayang. Lima


hari aje,” sela Suraya seraya memujuk buah hati yang tengah
emo semacam aje.
“Awak jaga diri. Kalau jumpa orang yang pelik-pelik
tu jangan pergi dekat,” pesan Azim.
“Kay,” ujar Suraya.
“Lagi satu, mak saya tanya, untuk hantaran masa
majlis nanti tu, belah perempuan warna apa? Mak saya nak
mula buat hantaran pihak lelaki,” ujar Azim.
Suraya menggaru kepala yang tidak gatal. Warna
apa? Tak fikir pun lagi nak letak warna apa untuk barang
hantaran dari pihaknya. Kalau warna-warni macam pelangi
boleh tak? Macam ais krim Paddlepop. Suraya menggigit bibir
bawah. Kelam pulak bila tiba-tiba Azim bertanya hal barang
hantaran yang dari pihak dia ni satu benda pun tak buat lagi.
“Tak decide lagi,” jawabnya senang.
“Macam mana ni Sue?” tanya Azim geram. Dah
berapa lama bagi masa pun tak ada satu warna lagi yang
Suraya pilih.
“Awak plan pakai warna apa?” tanya Suraya.
“Silver,” jawab Azim sepatah.
“Okey. Saya gold,” putus Suraya.
“Muktamad?”tanya Azim meminta kepastian.
“Yup.”
“Tak nak pakai talian hayat pergi tanya dekat Anne
dengan Ika ke?”
“Tak perlu. Muktamad,” putus Suraya lagi.
“Okey.”
“Orait.”

35
Iman Suraya

“Take care.”
“You too.”
“Love you.” Tersenyum sampai ke telinga.
“I love you two, three, four...” Suraya mula mengira
dengan jari kanan yang ada lima tak lebih dan tak kurang itu.
“Sudah-sudah. Assalamualaikum.” Pantas Azim
memotong sebelum Suraya melalut lebih panjang.
“Waalaikummussalam.”
Talian dimatikan. Seketika kemudian dia menaip
SMS pada telefon bimbitnya.

Siapa yang kantoikan saya?

Azim membalas.

Hakim dengan Ika.

“Hampeh!!!” Suraya berkata sendiri.


Telefon tadi dilempar di atas katil. Kaki berjalan
menuju ke meja solek. Rambut yang masih basah sikit-sikit
itu dibiarkan terlepas bebas. Suraya mengenakan T-shirt baby
tee lengan panjang garis-garis lintang atas punggung yang
sedikit ketat dengan seluar berpoket-poket berwarna coklat
air. Cap Adidas berwarna hitam digantung pada tepi pinggang.
Kamera digital di meja tepi katil dan talinya disangkut ke
leher. Getah rambut kain sudah disauk masuk ke pergelangan
tangan. Cermin mata hitam berbingkai besar ala-ala Paris
Hilton yang dibeli di Gerbang Malam satu sepuluh ringgit
sudah disangkut pada kolar T-shirt yang dipakai. Selipar

36
Areila Sahimi

Crocs dikeluarkan dari beg plastik dan dibawa ke pintu bilik.


Beg galas yang tidak berapa besar digalas di belakang. Semua
cukup di dalamnya. Dompet, stok makanan ringan, MP3
player, mineral water, bateri spare, bedak kompak, sun block
semuanya sudah dimasukkan. Telefon bimbit di atas katil,
dicapai bersama brochure yang dirembat dari receptionist
resort tadi. Telefon bimbit dimasukkan di poket belakang
seluar. Brochure di tangan dibuka. Suraya keluar dari bilik.
Masa untuk jalan-jalan!

SURAYA sekadar berjalan-jalan seorang diri di sekitar Pekan


Kuah. Kamera di tangan tidak habis-habis mengambil gambar
pemandangan di Pekan Kuah ini. Penat berjalan, Suraya
singgah di sebuah kedai makan untuk mengisi perut. Baru dia
teringat semenjak sampai tadi hanya Mr. Potatoes yang sempat
dijamah. Patutlah perut sudah berkeroncong hebat. Petanda
suruh diisi dengan segera kalau tak nak kena gastrik. Suraya
mengambil tempat di hujung gerai. Beg galas diletakkan di
kerusi di sebelahnya.
“Join sekali boleh?” tegur satu suara dari depan
tempat dia duduk. Suraya angkat muka. Errkk? Apa lagi
mamat ni nak?
“Duduklah,” balas Suraya acuh tak acuh. Pelayan
kedai makan datang untuk mengambil pesanan.
“Nasi goreng ayam dengan teh O ais.” Suraya
mengalih pandangan pada Iman. Kening diangkat.
“Sama.” Iman berkata kepada pelayan tadi.
Setelah mengambil pesanan, pelayan tadi terus
berlalu meninggalkan Iman dan Suraya berdua. Suraya tidak

37
Iman Suraya

ambil pusing kehadiran Iman yang tidak diundang duduk


semeja dengannya. Sorry ek. Tak ada open table hari ini.
Kamera di tangan dibelek. Gambar-gambar yang sempat
diambil tadi dilihat semula. Yang mana tidak cantik bolehlah
delete. Tak ada la memenuhkan memory stick di dalamnya.
“Lepas ni nak pergi mana?” Iman bertanya
memecahkan tembok sunyi antara mereka berdua.
Suraya mengangkat mukanya dan menaikkan
keningnya sebelah.
“Balik resort,” jawabnya. Kemudian tangan kembali
membelek kamera digitalnya. Masih tidak dihiraukan Iman.
“Takkan nak balik dah?”
“Baliklah. Rehat,” jawab Suraya malas-malas.
“Kat sini berapa hari?”
Tali penyangkut camera di leher dikeluarkan.
Kamera diletakkan di atas meja. Iman dipandang.
“Yang sibuk nak tahu tu buat apa?” Suraya bertanya
penuh sinis. Suka hatilah nak duduk berapa lama. Bilik lain-
lain. Bayar pun asing-asing.
“Garangnya,” katanya pendek. Iman sekadar
tersengih.
Suraya menggeleng perlahan. Tiba-tiba jadi mesra
alam ni apahal. Mata Suraya merenung Iman atas bawah.
Hush.... Tak berat ke pakai benda alah tu semua. Tak rimas ke
pakai besi-besi tu semua. Agak-agak kalau timbang kilo kat
Jalan Bendahara berapa boleh laku?
Nasi goreng ayam dan teh O ais sudah sampai.
Suraya makan dengan berselera. Iman di hadapan masih
dibuat endah tidak endah. Apa yang pasti, selepas kenyang,
dia akan segera pulang ke resort. Mahu merehatkan diri.

38
Areila Sahimi

Cukuplah sekadar pusing-pusing sekitar Pekan Kuah sahaja.


Esok masih ada. Lagipun lima hari di sini. Jalan pelan-pelan.
Pinggan nasi goreng ayam sudah licin. Teh O ais di
dalam gelas sudah kering. Suraya angkat punggung dan
menuju ke kaunter pembayaran. Ketika dia ingin membuka
dompet duit, Iman terlebih dahulu mengeluarkan not lima
puluh ringgit dan dihulurkan kepada adik yang menjaga
kaunter.
“Sekali,” katanya sambil jari telunjuk digoyangkan
ke arah Suraya dan kembali kepadanya.
Suraya menjongket bahu.
Okey. Rezeki datang bergolek. Orang nak belanja.
Takkan nak eksen tak bertempat, pergi tolak rezeki yang
datang. Terus dia berlalu keluar dari restoran.
“Sue, esok apa program?” Iman beramah-tamah.
Suraya masih membisu. Hanya bahasa bahu yang
dijongketkan itu sahaja yang menjawab pertanyaan Iman.
“Esok kita keluar sama-sama. Saya pun tak ada
kawan kat sini,” pelawa Iman.
Suraya buat muka pelik.
“Keluar sama-sama?” Suraya bertanya pelik.
“Sama-sama?” ulangnya lagi dengan jari telunjuk
digerak ke depan belakang.
“Sama-sama, together-gether?” tanya Suraya lagi
untuk meminta kepastian. Telunjuk kiri kanan dirapatkan
dan ditala hampir ke muka Iman. Iman dipandang. Matanya
dijulingkan ke atas, kemudian dia menggeleng perlahan dan
terus berjalan ke hadapan untuk menahan teksi.
Pantas kaki Iman mengekori Suraya dari belakang.
Suraya yang laju ke hadapan tiba-tiba berhenti. Sebelah

39
Iman Suraya

tangan dicekakkan ke pinggang. Sebelah lagi cuba menahan


Iman dari terus datang dekat. Jari manis yang tersarung
cincin tunang sengaja ditunjukkan dekat dengan muka Iman.
Iman mengerut dahi.
“Kerut dahi ek. Ingat aku perempuan spesies yang
suka simpan spare tyre ke kalau jauh sikit dari boyfriend atau
tunang sendiri? Sorry sikit ek. Nak test ayat power cari orang
lain bukan dengan Cikgu Suraya. Apa kes tiba-tiba mahu test
market depan aku ni pun aku tak tau,” gumam Suraya
sendiri.
“Encik Iman, saya ni tunang orang. Jangan awak
cuba-cuba nak menggoda saya pulak,” kata Suraya keras.
Lebih berbunyi kepada satu amaran. Jangan coba-coba
datang dekat. Karang ada yang kena karang. Flying kick dia
bagi karang ni.
Iman ketawa kecil mendengar kata-kata Suraya.
Mak oiii... bapak perah-santan budak Sue ni. Bila masa pulak
dia nak menggoda Suraya ni. Hush.... Apa Suraya ingat dia
ini abang-penggoda-berbisa ke. Don’t be perasan la gurl.
“Saya cuma nak ajak awak keluar sama-sama aje.
Tak terlintas pun nak menggoda awak tu. Mula-mula tengok
cincin belah rotan kat jari manis awak tadi pun saya dah agak
awak orang punya. Lagipun awak bukan taste saya, Cik Sue.
Lagipun kita sama-sama tak ada kawan kat sini. Apa salahnya
kalau keluar sama.” Iman mencuri nafas seketika.
“Saya ajak aje. Cadangan aje. Lagipun esok saya
ingat nak sewa kereta kat sini. Kalau nak awak boleh join.
Kalau tak nak saya tak paksa,” sambung Iman kemudian.
“Betul ni?” Suraya bertanya. Tak yakin dengan ayat
Iman tadi.
“Betul ni tak ada udang di sebalik mi ni?” tanya

40
Areila Sahimi

Suraya lagi. Ah! Takut jugak. Tengok gaya Iman ni pun


macam apa aje. Boleh pakai ke apa yang dia cakap tadi ni?
Suraya menimbang-nimbang di dalam hati.
“Betullah,” balas Iman yakin.
“Okey,” putus Suraya akhirnya.
“Tapi...”
“Tapi apa?” Pantas Suraya memotong.
“Sewa kereta tong-tong. Boleh?”
Suraya tersengih. Okeylah tu. Ada kereta senang
nak berjalan.
“Tak ada hal.”

SURAYA menengadah langit malam. Rambut yang dilepaskan


itu sesekali melayang lembut dibawa angin malam yang
sepoi-sepoi bahasa. Ini kalau Azim ada kat sebelah mesti
best. Sama-sama buat hobi kira bintang tepi swimming pool
Twin Peak Resort. Tanpa sedar dia tersenyum sendiri apabila
terkenangkan Azim. Indahnya perasaan apabila ada orang
sayang, ada orang cinta macam begitu. Bahagia sangat-sangat.
Tadi aje baru lepas bersembang dengan Azim. Berapalah
gamaknya bil telefon Azim setiap bulan kerana selalunya Azim
yang jadi tukang telefon. Ha ha ha…. Dan dia sekadar tukang
hantar miss call minta dihubungi semula. Nasiblah. Belum
bekerja lagi. Kalau sudah berkerja nanti, ada pendapatan
sendiri, itu lain cerita. Sekarang ini, makan pakai pun masih
pakai duit pencen abah jugak campur elaun bulan-bulan yang
along dengan angah bagi. Suraya menginjak sedikit ke depan.
Semakin menghampiri ke kolam renang. Track suit disenteng

41
Iman Suraya

sehingga ke paras lutut. Kemudian kaki dicelup perlahan ke


dalam kolam. Ngeee... sejuk. Kakinya mengocak-ngocak air di
dalam kolam.
“Uittzz!!!” Iman menyapa dari belakang.
Suraya tersentak. Ces... potong stim betul.
“Ermmm...” Suraya acuh tak acuh.
“Awak ni peliklah Sue.” Iman berkata sambil
melabuhkan punggung di sebelah Suraya.
Walaupun di sebelah, agak satu meter juga jarak
antara mereka di antara mereka. Dia pun tahu jugak batas
nak berbual dengan perempuan yang dah nak jadi hak mutlak
lelaki lain. Bukan tak tau. Lagi buat diri lebih berhati-hati,
bila teringat siku Suraya yang tajam itu. Sampai sekarang
kesan rasa senak pada dada pasal kes kena siku dalam feri tadi
masih terasa.
Suraya menoleh ke arah Iman. Pelik?
“Saya ada rupa alien ke? Saya tak ada hidung ke?”
tanya Suraya sinis.
Budak Sue nilah.
“Tunang awak tak risau ke bagi awak datang sini
sorang-sorang?” tanya Iman tanpa menghiraukan soalan sinis
Suraya tadi.
Suraya menggeleng perlahan. Pandangan ditala
pada tengah kolam renang. Kakinya terus mengocak air di
dalam kolam renang. Kemudian dia tersenyum sendiri.
“Saya memang biasa buat macam ni, berani buat
berani tanggung. Jangan sampai terkantoi. Kalau dah
terkantoi keadaannya macam sekarang nilah.” Suraya angkat
kening mengadap Iman.
Iman buat muka selenga. Dia pelik. Tak faham akan

42
Areila Sahimi

maksud kata-kata Suraya. Macam tak ada kena mengena


dengan dirinya.
“Setiap sepuluh minitlah dia akan telefon. Tanya itu
ini. Okey ke tak,” terang Suraya.
Hush.... ini semua angkara Hakim dengan Ika.
Langsung tak tau nak cover line member sendiri. Balik tadi
tiga puluh miss call dalam handphone. Semua dari nombor
yang sama. Nombor Azim. Lepas solat Maghrib tadi jenuh
kena dengar ceramah dari Azim. Macam-macam pesanan
penaja Azim bagi. Katanya jangan sengaja buat silent mode.
Peduli apa. Tak sanggup dengar telefon berbunyi setiap
sepuluh minit. Azim kalau nak buat pemantauan berkesan
pun agak-agaklah.
Iman ternganga mendengar cerita Suraya. Biar
betul. Selamba gila. Tunang sendiri dia buat macam tu.
“Dia tak marah ke?” tanya Iman lagi.
Suraya tersengih.
“Marah,” jawabnya ringkas.
“Marah tandanya sayang. So, setiap kali kena marah
saya tau dia sayangkan saya. Dan, sebab tu saya saja aje suka
buat dia marah. Lagi dia marah, lagi saya tahu yang dia
concern sangat-sangat dengan saya. Bila dia concern pasal
saya, indeks saham dia akan naik dan naik dan naik,”
sambung Suraya lagi. Jari telunjuknya menari pada udara
melakarkan betapa tingginya graf indeks saham Azim itu naik
di hadapan Iman.
“Bertuahlah awak. Ada orang sayang.” Iman
menutur rendah tanpa nada. Matanya pula ditala pada langit.
Kedua belah tangan ditongkat ke belakang. Dia ni langsung
tak ada orang yang sayang, malah jadi insan terbuang.

43
Iman Suraya

“Awak apa cerita datang sini sorang-sorang?”


Giliran Suraya pula bertanya.
Asyik dari tadi Iman yang bertanya itu ini. Dia juga
ingin tahu serba sikit cerita kawan barunya itu. Yang mula-
mula jumpa macam nak tonyoh muka kerek tak bersalah tu
dengan penyental periuk. Tapi bila dah kenal, tak adalah
teruk sangat orangnya. Cuma serabut dengan aksesori tu
yang buat sakit mata sikit. Just sakit mata. Tak adalah sampai
sakit hati.
“Saje.” Iman jawab sepatah. Rendah. Langsung tak
berperasaan cara Iman menuturkannya.
Suraya mengerut dahi. Kenapa dia ni?
“Hai... gaya macam putus sudah kasih sayang aje.
Mesti sebab perempuan ni.” Suraya meneka. Dia tak percaya
kalau lelaki macam Iman punya masalah kasih sayang dengan
kaum wanita. Iman pada matanya kelihatan boleh tahan
tampan. Tapi tampan dan handsome lagi dia punya Azim!!!
“Sepuluh markah.”
“Thank you,” balas Suraya sambil tersengih.
Memang macam Nujum Pak Belalang. Sekali teka dah boleh
kutip sepuluh markah.
“Apa cer?” tanya Suraya lagi.
“Drop the subject, Sue,” ujar Iman tanda tidak
mahu meneruskan topik hati dan perasaan malam ini.
“Okey.” Suraya mengangkat tangan tanda tidak ada
lagi soalan-soalan cepu emas selepas ini. Dia akur dengan
permintaan Iman.
“Awak pulak apahal datang sini sorang-sorang.
Berani betul. Adik saya yang lebih kurang sebaya awak, nak
pergi ke mana pun, ibu saya escort.” Iman mengeluarkan

44
Areila Sahimi

kaki dari dalam kolam renang. Dikemaskan sila. Sedikit dia


mengiring ke tepi agar Suraya dapat dilihat dengan jelas.
Teringat Umairah di rumah. Umairah yang sudah berumur
dua puluh tiga tahun itu, masih lagi tidak bebas bergerak ke
sana ke mari. Masih ditemani ibu walau ke mana sahaja dia
pergi. Maira... Maira.... Anak bongsulah katakan.
“Awak ingat saya budak kecik ke? Saya dah besarlah.
Janji pandai jaga diri. Abah saya tak kisah pun sebab dia tahu
saya jenis yang macam mana. Saya bukan stok anak manja.
Lagipun saya datang sini untuk melakukan hobi yang paling
saya suka,” balas Suraya.
Dia sudah diajar dari kecil, agar pandai hidup
berdikari walau di mana pun dia berada. Abah tak mahu dia
terus menerus hidup bergantung pada orang lain. Itu cara
abah mendidik Suraya selepas arwah emak meninggal dunia
ketika dia berusia tujuh tahun. Semua benda dia buat sendiri.
Bila betul-betul sesuatu kerja itu tidak mampu dilakukan
barulah dia akan meminta pertolongan dari along, angah
ataupun abahnya. Tak ada alasan anak bongsu tak boleh buat
semua kerja, lebih-lebih lagi kerja rumah. Sudahlah pula
Suraya ini satu-satunya anak perempuan abah. Nak tak nak
belajar masak tu memang wajib. Itu cerita bila mana usia
baru menginjak ke angka tiga belas tahun.
Bila dah masuk tingkatan satu. Ingat lagi macam
mana mak ngah marah-marah sebab naik hancur ikan
kembung kena siang dengan Suraya. Hari tu, semua orang
makan telur goreng aje. Mak ngah adik abah. Tempat Suraya
menumpang kasih seorang ibu. Pada mak ngah tempat dia
meluahkan perasaan.
Nasib mak ngah tinggal berdekatan dengan rumah
abah. Selalu kalau boring-boring kat situlah port dia akan
melepak. Bersembang merepek-repek dengan mak ngah.

45
Iman Suraya

Lagipun anak-anak mak ngah semuanya lelaki. Kalau ikutkan


pada pokok salasilah keluarga belah abah, memang Suraya
sorang ajelah cucu perempuan Arwah Haji Taib dan Arwah
Hajah Hasnah. Yang lain semua lelaki. Ho ho ho.... Itu sebab,
ada masa, terlebih manja. Dan juga terlebih kasar. Tapi kalau
belah emak tu ermmm... adalah dua orang sepupu
perempuan. Tapi cousin lelaki tetap melebihi dari
perempuan.
“Helo...”
Suraya tersentak apabila tangan Iman melambai-
lambai ke mukanya. Helo... helo... helo... pergi cakap dalam
telefonlah!
“Errmmm... apa dia?” Suraya bertanya malas.
“Awak ni. Ada masa pulak mengelamun.”
“Bukan mengelamunlah. Mengimbas memori,”
sangkal Suraya. Dua kali lima jugaklah mengelamun dengan
mengimbas memori tu Cik Suraya.
“Apa hobi awak tu?” tanya Iman penuh minat.
“Ambil gambar.”
“Awak photographer?”
Suraya menggeleng.
“Bakal cikgu,” beritahu Suraya dengan nada bersahaja.
Iman sedikit melopong.
“Awak ni bakal cikgu? tanya Iman dengan nada
tidak percaya. Macam susah nak percaya yang tengah duduk
di depan dia sekarang adalah seorang bakal cikgu.
Suraya mencebik bila Iman bertanya dengan raut
muka macam tu. Dia buat bodoh ajelah. Malas nak melayan
Iman. Mulut yang menguap luas ditutup dengan telapak

46
Areila Sahimi

tangan. Mata ni dah berat sangat dah ni. Rasanya sesi temu
bual, beramah mesra setakat ni ajelah.
“Saya mengantuklah. Esok-esok ajelah sambung,”
pinta Suraya lantas bangun.
Iman mengangguk perlahan.
“Esok macam mana?” tanya Iman kemudian.
“On.”
“Pukul berapa?”
“Pukul sembilan pagi. Awak tak nak tidur ke?”
Suraya sudah mula ingin menapak ke bilik tetapi dia
berpaling semula apabila melihat Iman masih lagi duduk
bersila di tepi kolam sambil tangannya bermain air. Seperti
hari masih siang lagaknya.
“Belum lagi.”
“Okey, tapi awak hati-hati sikit kat sini tempat dia
keras sikit,” bisik Suraya seraya membuat aksi sedang dalam
ketakutan. Matanya meliar memandang ke sekeliling kawasan
itu.
Iman angkat kening. Dia turut sama memandang
ke sekeliling kawasan itu. Mukanya sudah berubah.
“Apalah awak ni. Penakut!!! Memanglah keras. Kat
sini kan semuanya batu-bata simen konkrit. Ha ha ha!” Pecah
ketawa Suraya. Menjadi pulak lawak ‘Jangan Pandang
Belakang’nya itu tadi.
“Okeylah. Good night bro.” Suraya terus berlalu
pergi.
Iman yang ditinggalkan seorang diri masih
terpinga-pinga. Apa ajelah budak Sue ni. Pandai buat lawak
tengah malam buta cenggini.

47
Iman Suraya

Bab 4
“A
WAK ni tak periksa dulu ke
kereta ni sebelum pergi sewa
tadi?” Suraya mengomel
marahkan Iman yang cuai. Kereta mana Iman pergi sewa
entah. Baru setengah jam bergerak atas jalan raya, sudah
mati enjin. Lepas tu tak boleh dihidupkan balik. Haru punya
cerita.
Iman yang sedang memeriksa enjin kereta
mendengus geram. Mak cik ni, bukan nak tolong. Macam
mem besar marah-marahkan supirnya. Hesy.... Kemudian dia
ke hadapan, duduk di atas pembahagi jalan. Suraya yang
sudah merah mukanya akibat terkena sinaran matahari
begitu sibuk menghalakan kipas mini berkuasa bateri alkali
pada wajahnya. Peluh yang keluar dilap dengan tisu poket.
“Kena panggil mekaniklah. Saya rasa karburator
problem.” Iman meneka kerosakan pada kereta Kancil yang
disewanya itu. Memanglah masa di oversea buat engineering.
Tapi buat sivil, bukan mechanical. Memang tak retilah
jawabnya.

48
Areila Sahimi

“Cubalah telefon balik dekat orang yang awak pergi


sewa kereta ni tadi,” arah Suraya. Cermin mata hitamnya
disangkut di atas kepala. Kipas mini tadi masih berputar
menyejukkan badan yang membahang panasnya.
“Dah cuba dah tadi. Tapi tak dapat.”
“Awak ni. Habis macam mana ni?”
“Macam mana apa. Jalan kakilah.”
“Jalan kaki?” Suraya membulatkan mata. Biar betul
ni. Tengahari rembang macam ni nak berjalan kaki. Mahu
hitam kulit muka. Bila dah hitam bukannya senang nak jadi
putih balik. Mahu taknya gerhana bulan penuh muka ni
untuk dua tiga minggu.
“Awak ada cara lain ke?” Iman bertanya tanpa
menoleh. Dia malas mahu melayan kerenah Suraya. Malam
tadi bukan main rancak Suraya bercerita yang dia bukan
anak manja. Kalau bukan anak manja takkanlah tak boleh
nak jalan kaki jauh sikit. Bukan patah pun. Paling-paling kuat
pun kena tarik mengkarung ajelah.
“Jauh lagi tak dari Pantai Cenang tu?” Suraya
bertanya balik.
Iman meneliti peta Langkawi di tangan.
“Kalau nak diikutkan kat mana kita berada sekarang
ni, dalam lima belas minit boleh sampai kut kalau naik
kereta. Kalau jalan kaki, paling cepat pun empat puluh
minit.”
Luas mulut Suraya ternganga. Tercabut skru kaki
ni kalau berjalan kaki sejauh tu. Kemudian kepala ditunduk
lemah. Namun cepat dinaikkan semula. Dia bingkas bangun.
Beg galas dari dalam kereta dikeluarkan.
“Jom!” putusnya.

49
Iman Suraya

Iman sekadar menurut bila mana mem besar dah


bagi arahan. Mereka berdua berjalan beriringan di tepi jalan
raya. Sambil-sambil itu, tangannya masih lagi cuba menelefon
tuan empunya kereta Kancil itu tadi. Sepanjang perjalanan
masing-masing membisukan diri. Mungkin Suraya sudah
penat kut. Dia juga begitu. Basah ketiak berjalan dalam panas
macam ni. Sudah macam berjalan tengah gurun pulak
rasanya.
“Sue,” panggil Iman apabila gadis yang bernama
Suraya itu asyik sangat dengan kameranya. Semua benda
yang dia nampak semua diambil gambar. Burung terbang di
langit pun dia pergi ambil gambar.
“Yup.” Suraya menoleh.
“Tak boring ke? Asyik ambil gambar aje,” tanya
Iman. Sebenarnya dah tak tau nak bersembang apa lagi
dengan Suraya. Perjalanan pun masih jauh lagi. Bosan
jadinya bila berjalan senyap sunyi, yang Suraya tu pulak
sibuk semedang dengan kamera dia.
“Taklah. Dah hobi. Nak boring apa pulak,” balas
Suraya. Dia terus berjalan ke hadapan.
“Biasa kalau awak dengan tunang awak pun macam
ni ke Sue?”
Suraya mengangguk.
“Dia faham saya. Saya faham dia. Kami saling
memahami. Dan yang penting kami saling menyayangi,”
jawab Suraya tenang.
“Awak ni banyak tanyalah Iman,” sela Suraya
kemudian. Memang pun Iman ini banyak tanya. Sejak kenal
dengan Iman, memang dia ajelah yang bertanya itu ini. Tak
letih ke mulut tu? Dah macam pak polisi dekat Bukit Aman
pulak.

50
Areila Sahimi

“Kenapa? Salah ke?” Iman bertanya.


“Taklah sampai salah pun. Mana ada orang masuk
jail sebab temu ramah orang. Polis tak tangkap pun. Tapi saya
pelik sebab awak ni tak tau penat ke? Tanya saya itu ini. Saya
yang dengar pun naik penat,” balas Suraya.
Iman sekadar tersengih.
“Eh, Iman. Awak tak cerita pun pasal awak dekat
saya lagi. Semalam bila saya tanya apa cerita awak suruh
gugurkan dari topic perbualan,” ngomel Suraya. Tak aci.
Iman boleh pulak tanya dia macam-macam. Tapi soalan yang
satu itu pun Iman tak jawab lagi.
“Eh, tengok tu!” Jari telunjuk Iman dihalakan pada
papan tanda jalan yang tertulis Pantai Cenang. Suraya
melihat ke arah yang ditunjuk oleh Iman tadi. Mereka
berpandangan sesama sendiri. Pecah ketawa akhirnya.
Alhamdulillah. Nampak sudah tidak jauh lagi. Iman dan
Suraya terus melajukan langkah kaki. Soalan Suraya tadi
dibiarkan sepi tanpa jawapan. Suraya pun sudah lupa kut bila
terlihat papan tanda ke Pantai Cenang tadi. Dia pun turut
sama bergerak pantas untuk menuju ke tempat yang dituju
itu.

“LAMBATNYA awak bersiap,” rungut Iman.


“I’m sorry!!” Suraya buat gaya Amir Raja Lawak.
“Bilik air penuhlah tadi. Itu pun nak bising.”
Memang pun penuh. Bukannya dia sengaja pun nak lambat.
Selepas sampai ke Pantai Cenang tadi. Terus dua-
dua cari bilik air. Membersihkan diri yang sudah berpeluh

51
Iman Suraya

melekit-lekit sebab buat acara berjalan kaki dari tempat


kereta sewa rosak sampai ke sini. Nasib memang dah spare
awal-awal baju extra dalam beg. Kalau tidak, tahan tak tahan
kena pakai baliklah baju yang sudah masam kena peluh.
Selepas mandi, kenalah pergi surau tunaikan tanggungjawab
mengadap-Nya. Itu dah memang pesan abah sejak dulu lagi,
sibuk macam mana, kekangan apa-apa sembahyang jangan
tinggal. Semua sudah selesai barulah senang nak pergi
makan.
“Awak dah sembahyang ke?” tanya Suraya
kemudian. Iman sekadar mengangguk perlahan.
“Jomlah. Perut dah lapar ni,” ujar Iman.
“Dekat mana?”
“Kat kedai makan tu?” ujar Iman meminta
pendapat.
“Jom.” Setuju Suraya.

“IMAN, awak tak jawab pun soalan saya tadi. Awak ni asal ek.
Semedang nak lari aje,” tanya Suraya.
Ikan siakap bakar dicubit dan dicicahkan ke dalam
air asam sebelum diletakkan di atas nasi putih. Sayur
kangkung goreng belacan disudu. Suraya makan dengan
penuh berselera. Walaupun bukan restoran mewah, tetapi
masakannya boleh tahan sedap. Sehingga menjilat jari pun
boleh ni. Nasi disuap ke dalam mulut lagi.
Iman terdiam. Sangkaannya meleset. Budak Sue ini
balik bertanya soalan yang sama. Air sirap limau disedut.
“Apa yang awak nak tahu?” Dia buat-buat tanya.

52
Areila Sahimi

Suraya mengetap bibir. Berhenti makan seketika.


Ek... eleh. Ini baru lepas makan pil pelupa ke tadi. Sah dan
tidak syak lagi. Mamat ni memang tengah mengalami
sindrom jiwa kacau. Simptom-simptom dah nampak dah tu.
“Saya tanya, apa kes yang buat awak datang sini?”
tanya Suraya untuk kesekian kalinya.
“Untuk cari ketenangan,” jawab Iman seringkas-
ringkasnya.
“Cubalah spesifikkan sikit jawapan awak tu. Ikutkan
saya datang sini pun sebab nak cari ketenangan jugak lepas
habis belajar. Tapi ada reason lain jugak. Sebab hobi saya.”
Suraya menjuih bibir ke arah kamera di atas kerusi sebelah.
“Awak frust dengan siapa?” tanya Suraya lagi. Sorry
lah bro kalau ingat nak lari. Dia ini sama hebat dengan Abang
Nas Melodi. Main terjah, main serkap, main cekup, main
redah aje.
“Kalau awak tanya saya frust dengan siapa, of
course lah sebab perempuan. Takkan saya frust dengan anak
kucing jiran sebelah rumah saya pulak.” Iman menjawab.
Suraya mendengus geram. Loyar buruk pulak.
“Perempuan tu tuan punya anak kucing tu ke. Jiran
sebelah rumah awak ke?” Suraya pun sudah bertukar jadi
loyar buruk jugak.
Iman ketawa kecil. Nakal tangan kirinya menarik ke
depan cap Adidas yang Suraya pakai.
“Ouchhh.” Refleks. Suraya menjeling dengan ekor
mata. Dibetulkan kembali kedudukkan cap di kepala.
“Perempuan tu dah kahwin.” Iman menutur
rendah.
“Dengan abang saya sendiri,” sambungnya.

53
Iman Suraya

Suraya ternganga. Tidak terkata apa-apa. Berat ni.


Kekasih sendiri sudah jadi kakak ipar pulak tu. Memang berat
bertan-tan sungguh. Hebat aje perempuan yang dah jadi
kakak ipar Iman ini. Macam mana boleh bercinta dengan adik
tapi kahwin dengan abang. Tak dapat adik, rembat abang.
“Sue, tutup mulut. Karang masuk lalat,” ujar Iman
apabila mulut Suraya masih tidak terkatup-katup lagi. Pantas
Suraya menutup bila kena tegur dengan Iman.
“Susah untuk saya terima keadaan tu Sue. Nak
duduk sebumbung, makan semeja. Nak buat macam tak ada
apa-apa yang berlaku. Nak kena berlakon.” Iman meneruskan
cerita.
“Abang awak tak tau ke yang perempuan tu awek
awak?” sampuk Suraya.
Iman mengangguk kepala.
“Masa dia orang berdua cintan cintun tu, awak
dengan perempuan tu still bf gf ke?” tanya Suraya lagi.
Iman menggeleng. Suraya mengangkat kening. Tak
faham dengan gelengan itu. Maksudnya apa tu?
“Kita orang dah putus masa tu,” jawab Iman.
Laju siku kiri Suraya diletakkan di atas meja makan
untuk menongkat kepala. Cehh... sudah putus. Mati-mati tadi
nak salahkan perempuan tu. Memanglah dia pantang kalau
ada spesies tak setia pada yang satu. Pesen main belakang
macam tu. Kalau sudah putus yang Iman mesti frust
menonggeng, terlentang, berguling-guling apa kes? Suraya
menjulingkan mata ke atas.
“Kalau awak dengan dia dah putus, tak ada hallah
kalau dia orang bersama,” balas Suraya.
“Masalahnya saya still sayang dengan dia lagi,”

54
Areila Sahimi

gumam Iman rendah. Suraya memang tak faham


perasaannya.
“Ah! Jiwang karat sangat awak ni. Cari lain aje. Apa
susah. Kalau awak nak, kawan-kawan saya ramai aje masih
single. Masih available. Nak putih? Nak hitam manis? Nak
sawo matang? Nak tinggi? Nak rendah? Sebut aje. Saya boleh
tolong adjust,” beritahu Suraya.
Teman satu batch kat UPSI tu macam-macam
bentuk, rupa, perangai ada. Boleh... boleh. Tak ada hal kalau
setakat nak kenalkan dengan Si Iman ni. Tapi... tapi dengan
syarat tolong pergi potong rambut. Set mami jarum ni tolong
buang jauh-jauh. Tak ada bakal cikgu yang nak calon suami
style macam ni.
Iman sekadar tersenyum plastik. Kepala digeleng
perlahan. Suraya memang tidak faham.
“Saya bengang. Abang saya macam tak tau itu ex-
girl saya. Sengaja betul. Cepat aje masuk line kosong.” Keras
Iman berkata. Digenggam erat tangan kirinya. Errkk... Suraya
menelan air liur.
Macam dah masuk perang saudara aje ni. Adoyai.
Sebab benda macam ni pun adik-beradik boleh bergaduh ke?
Tak faham... tak faham. Along dengan angah tak pernah pun
bergaduh pasal perempuan. Pernah aje sejarah dulu-dulu
along dengan angah minat pada budak perempuan yang
sama. Kak Shira, anak Mak Cik Yah Kutu, ketua main kutu
kat kampung Suraya. Tapi kanda-kanda dia ini dua-dua
gentleman belaka. Tak pun bergaduh sakan. Wrestling kat
rumah. Relaks aje along tolak kat angah. Angah pun selamba
aje tolak balik kat along. Last-last dua-dua melepas. Kak
Shira kahwin dengan orang lain. Lepas tu sekarang dua-dua
membujang lagi, sebab, aura kuciwa dengan Kak Shira masih

55
Iman Suraya

lagi ada dalam hati masing-masing. Lawak, lawak. Kanda-


kanda dia ini punya cerita. Nasib baik sekarang ini masing-
masing sudah boleh terima kenyataan. Kehidupan, kematian,
jodoh, pertemuan itu semua kerja Tuhan. Hambanya hanya
merancang. Apa-apa Tuhan yang tentukan. Bila baru boleh
dapat kakak ipar, Suraya sendiri tak tau sebab dia orang
berdua ni dah gila dengan kerja masing-masing. Suraya
kembali menala pandangan ke arah Iman. Tangan sudah pun
dibasuh.
“Awak berdendam dengan abang awak?” tanya
Suraya.
Iman sekadar mengukir senyum yang dibuat-buat.
“Macam ada bara api kat dalam badan saya ni bila
tengok dia orang berdua berasmaradana.” Iman masih
berkeras.
Parah, parah. Bila sudah pakai bahasa sastera
berapi-api tu dengan gaya penuh emosi penghayatan yang
amat bagus macam dalam drama bersiri Samarinda, memang
petanda tengah marah sangatlah tu. Suraya menelan air liur.
“Takkan sebab perempuan korang adik-beradik nak
bergaduh. Macam entah apa-apa aje. Buat malu aje,” ujar
Suraya.
“Sudahlah Sue. Cakap banyak dengan awak pun,
bukannya awak boleh faham,” Rendah tanpa nada Iman
menuturkannya. Lantas dia bangun.
“Dah habis makan ke belum?” Iman bertanya.
Suraya mengangguk.
“Jom. Kata nak ambil gambar tepi laut,” arahnya
kemudian.
“Ni siapa yang kena bayar?” Suraya bertanya sambil

56
Areila Sahimi

tangannya menunjuk pinggan mangkuk di atas meja yang


sudah licin berkilat.
Iman buat dek. Terus berjalan menuju ke pantai.
Suraya mendengus geram.
“Akulah tu.” Dia berkata sendiri. Kemudian kakinya
laju menuju ke kaunter.

SURAYA buat muka selamba badak aje mengambil gambar


Iman.
“Senyum...” katanya dengan tawa. Yelah pun. Iman
ni pun satu. Selepas sesi temu ramah sejarah hidup dia tadi,
terus berangin tak pasal-pasal. Kat tepi pantai ni punyalah
romantik dengan angin sepoi-sepoi bahasa gitu. Yang dia nak
tsunami apa kes?
“Senyum lagi!” Satu lagi gambar Iman masuk
dalam kamera Suraya.
“Lagi!” Dan satu lagi.
“Iman, senyum sikit.” Dan lagi, dan lagi....
Iman berpaling mengadap Suraya. Gagah dia
bercekak pinggang. Suraya terkedu.
Alamak. Tengok tu. Mulut Iman dah herotlah. Biji
mata macam dah nak terkeluar aje tu. Suraya buat tak tau.
Muka toya. Muka sardin. Tulun!!! Tulun!!!
“Sue, awak ni dah tak tau nak ambil gambar lain
dah ye?” sindir Iman. Keras bunyinya, tapi taklah sampai nak
gugur tangkai jantung Suraya. Suraya masih lagi bertahan
dengan muka sardinnya.

57
Iman Suraya

Klik! Bunyi kamera. Satu lagi. Cun gila. Muka


penuh. Jelas!
“Sue!!!”
Suraya mengenyit matanya. Apa lagi. Juara acara
berlari dalam guni masa sekolah tadika mula menghayun
langkah perlahan-lahan. Slow motion baby. (memori daun
pisang betul. Memang boleh ingat sampai bila-bila kenangan
kecik-kecik yang amat seronok itu). Terus Suraya berlari bila
Iman sudah mahu merampas kamera di tangan. Cabut!!! Dan
episod berlari-larian di tepi pantai ala-ala filem Hindustan
pun bermula....
Sesekali Iman melihat Suraya yang duduk di
belakang dengan cermin sisi teksi. Langsung Suraya tu tak
penat dari tadi duk ketawakan dirinya. Sampai kecik mata
Suraya menahan tawa. Tangan memang dari tadi tak lekang
dari cover mulut dia yang tengah beria-ia ketawa. Kalau
Suraya ini Umairah, dah lama kena luku kepala.
“Awatnya anak ni pak cik tengok dari tadi duk asyik
ketawaq geli hati aje ni?” tanya pakcik teksi dalam loghat
utara yang pekat. Pelik. Apa kenalah budak perempuan yang
duduk kat belakang ni. Start masuk teksi sampai dah nak
sampai tak berhenti jugak tawanya itu.
Ketawa Suraya mati dengan pertanyaan pak cik
teksi. Adus... pak cik ni sah dari tadi duk perhatikan dia dari
cermin pandang belakang. Suraya menggeleng laju.
“Tak ada apa-apa pak cik,” jawab Suraya dalam
loghat KL. Macamlah dia tu orang KL!
“Dak eh, pak cik tengok anak ni seghonok
semacam. Dah pueh jalan ek?” Ramah pak cik teksi berkata-
kata.
“Terlupa nak bagi makan ubat tadi pak cik.” Iman

58
Areila Sahimi

mencelah. Pecah tawa pak cik teksi. Mata Suraya membulat.


Amboi... tak ada cover insurans punya mulut. Agak-agaklah
sikit kalau nak kenakan aku balik pun. Tak agak-agak betul
boleh balas balik depan pak cik teksi ni. Terus Suraya diam.
Senyum tidak. Sengih tidak. Ketawa apatah lagi. Sepi di
belakang.
“Hangpa berdua dah sampai,” beritahu pak cik
teksi. Dua orang penumpangnya itu diturunkan di hadapan
pintu masuk resort.
“Berapa pak cik?” tanya Iman.
“Tiga puluh ringgit.”
Iman mendapatkan Suraya.
“Lima belas.” Iman menghulurkan telapak
tangannya.
Suraya menjulingkan mata ke atas langit.
Macamlah tak boleh dahulukan duit dia dulu. Poket seluar
diraba.
“Nah. Lima belas hengget tunai.” Not sepuluh
ringgit dan lima ringgit bertukar tangan. Suraya hanya
memerhati Iman membayar wang tambang kepada pak cik
teksi. Kemudian dia terus berjalan tanpa perlu menunggu
Iman. Selesai membayar tambang teksi, Iman terus
menyaingi Suraya yang sudah jauh berjalan ke hadapan.
“Esok macam mana?” tanya Iman yang sudah pun
berada di sebelah Suraya.
Suraya diam. Berfikir-fikir mengenai program esok
hari.
“Kita keluar lambat sikit ar. Aku penat gila hari ni,”
putusnya.
Iman mengangguk.

59
Iman Suraya

“Okey. Malam ni keluar makan ke tak?” tanya Iman


lagi.
Suraya menggeleng perlahan.
“On diet,” balasnya senang.
Iman ketawa.
“Geli anak tekak saya ni dengan orang kurus
cekeding, macam anak cicak kata on diet,” kata Iman dengan
tawa masih bersisa.
Suraya mencebik. Ek eleh.... Ini dah boleh gelak
macam tu, tu kira dah redalah angin tsunami dia tu.
“Malas. Penat. Tapi kalau awak keluar makan, terasa
nak buat pahala, tolonglah tapaukan apa-apa pun untuk saya
ek. Saya ni jauh di perantauan.” Suraya buat muka sebelum
menaiki tangga chalet.
Buweekk..... Drama queen!
“Yelah.” Iman terus berlalu menuju ke chaletnya
yang berada di sebelah.

60
Areila Sahimi

Bab 5
S
URAYA sudah siap berkemas.
Lima hari empat malam sudah
pun berlalu. Hari ini dah boleh
balik. Semalam dia dan Iman jenuh pusing satu Pekan
Kuah. Macam-macam yang dia shopping. Untuk abah, untuk
along, untuk angah, untuk mak ngah dan sudah tentu untuk
yang tersayang Cik Abang Azim. Mana boleh lupa, sumber
inspirasi. Sampul surat bersaiz A4 di atas katil diambil. Isi
dalam dikeluarkan. Matanya melihat satu per satu gambar
yang sudah siap dicuci. Kemudian dia tersenyum sendiri.
Siap semuanya, Suraya keluar dari bilik chalet. Iman sudah
pun menunggu di luar. Iman membantu Suraya membawa
beg troli miliknya. Amboi... baik pulak mamat ni. Macam
gaya budak AF kena tendang dari akademi aje sebab tak dapat
undian banyak.
“Tak ada yang tertinggal ke?” Iman bertanya apabila
Suraya sudah selesai urusan di kaunter.
Suraya menggeleng perlahan.
“Dah check betul-betul?” Iman bertanya lagi.

61
Iman Suraya

Inginkan kepastian. Buatnya ada benda yang Suraya


tertinggal nanti tidakkah jenuh mahu patah balik ke chalet.
Suraya sekadar mengukir senyuman segaris. Bukan
main pulak mamat ni bersoal siasat. Pantas Suraya
menganggukkan kepala.
“Dah,” jawabnya sepatah.
“Awak nak saya hantar sampai ke jeti ke?”
Suraya menggeleng. Ya Allah Iman ni. Dah macam
life guard pulak. Tak pun pak guard. Nak kasi up sikit macam
body guard la pulak. Encik Iman, saya ini dah besar. Tak
payahlah nak bersusah payah tak tentu hala.
“Tak apa, saya boleh pergi sendiri,” jawab Suraya.
Kemudian tangannya menghulurkan sampul surat bersaiz A4
tadi kepada Iman.
Iman menyambut. Sampul surat A4 tadi sudah pun
bertukar tangan. Dengan perlahan Iman mengeluarkan isi
dalam sampul surat tersebut. Bulat matanya memandang
gambar-gambar di tangannya. Dilihat satu per satu.
Kemudian dia menghalakan pandang pada Suraya yang cuba
sedaya upaya menahan tawa dengan telapak tangan.
“Untuk awak,” kata Suraya. Masih ketawa.
Iman mengerut dahi. Kalaulah tidak mengenangkan
yang tengah ketawa kat depan ni anak orang dan bukannya
anak beruang, dah lama Suraya disekeh-sekeh. Selamba betul
tunang orang yang sorang ni mengenakannya. Muka tak
bersalah aje pergi gelakkan dia berbakul-bakul macam tu.
“… supaya bila awak tengok balik gambar tu, awak
akan sedar yang awak tak handsome bila tengah marah.
Tengah serabut.” Suraya mengangkat kening. Senyuman
ditarik di pinggir bibir. Masih tidak lekang dari tadi.

62
Areila Sahimi

“Dan gambar yang last sekali tu, pada saya paling


cantik. Gambar seorang lelaki di dalam pencarian. Mungkin
jugak sedang mencari cinta sejati,” sambung Suraya lagi.
Sekeping gambar Iman yang diambil dari jarak jauh
ketika pemuda itu sedang menanti dia yang sedang pergi ke
tandas. Gambar Iman di bawah helang gergasi. Masa itu,
angin sedap menghembus perlahan. Iman yang duduk di atas
dataran sambil memandang ke laut dengan seribu kekusutan
bersarang di dalam kepala. Suraya tidak berminat mahu
bertanyakan lebih lanjut apa lagi yang telah berlaku. Dia
memang tidak suka mencampuri urusan peribadi orang lain.
Kalau Iman ingin bercerita, dia boleh mendengar. Jika tidak,
dia tidak memaksa. Tawaran untuk menjadi pendengar setia
hanya di sini sahaja. Tidak selepas ini. Kerana itu Suraya
tidak berhajat untuk memberi nombor telefonnya kepada
Iman. Biar setakat di sini sahaja. Jika dipanjang-panjangkan
sampai pulang ke rumah nanti, apa kata abah. Azim pasti
mengamuk sakan jika nombor telefonnya diberikan kepada
lelaki lain. Azim itu cemburu orangnya. Tak pasal-pasal
dituduh main belakang pulak nanti. Tak sanggup. Biasanya
orang darah manis memang macam-macam dugaan. Ini salah
satu cara nak elak dugaanlah ni. Walaupun dalam hati
memang dah tahu, dia dengan Iman tak ada apa-apa sebab
dalam hati hanya Azim yang bertakhta. Selama-lamanya.
Forever and ever. Cewah... Sue... Sue... sudah masuk mood
jiwang karat.
Iman yang melihat gambar yang dimaksudkan oleh
Suraya itu terus tersenyum. Pandai Suraya menilik setiap
gambar yang diambil mengikut pada perspektif dia sendiri.
Dan memang Sue ini memandai-mandai aje mengemukakan
pandangannya tadi. Yoyooooii aje mak cik ni bercakap.
Padahal masa menunggu Suraya di Dataran Helang kelmarin

63
Iman Suraya

bukan sebab dia tengah kusut tapi sebab terpaksa menahan


hajat akibat menunggu Suraya yang macam berak batu aje
kat dalam toilet tu. Dia pun tengah sakit perut jugak masa
tu. Bukan tak nak masuk tandas, tapi Suraya pandai-pandai
aje menyuruh dia menjaga tote bag penuh muka Sponge Bob
dengan Patrick miliknya sementara dia memerut kat dalam
tandas. Malu punya hal untuk mengangkut Patrick dengan
Sponge Bob tadi masuk ke dalam toilet lelaki terpaksa hajat
yang nak tak nak keluar itu ditahan. Boleh tahan azab
jugaklah. Sebab tu dahi berkerut-kerut. Itu sebab sebenar.
Memang simpang sangat dengan apa yang Suraya gambarkan
tadi. Memanglah Suraya sepatutnya menjadi orang seni.
Kalau tak sebab yang kena nilai tu diri sendiri, memang
percaya aje apa yang Cik Tukang Tangkap Gambar ni cakap
tadi.
“Awak dah delete ke semuanya dalam kamera
awak.” Iman bertanya.
Suraya mengangguk sambil tersenyum.
“Sudah. Cuma yang sekeping itu sahaja yang saya
tinggalkan. Sebab...”
“Sebab lelaki dalam gambar ni kecik aje, kan?
Helang ni lagi besar, kan. Sebab tu awak berani simpan.”
Iman pantas memotong.
Pasti Suraya mahu berhati-hati. Apa kes dalam
kamera sendiri penuh gambar lelaki lain. Mahu mengamuk
tunangnya itu. Dalam hati Iman tersenyum sendiri,
mengenangkan dirinya yang sebenar. Suraya macam pakai
balik trick yang dia pernah guna dulu aje. Memang dia
kategori abang-penggoda-berbisa. Sebab tu Amelia tidak
tahan. Sebab tu Amelia mintak putus. Sebab tu Amelia
mengubah kasih beralih pada Abang Adam. Dan bila rasa diri

64
Areila Sahimi

tu terlepas sesuatu yang berharga sebab perangai mata


keranjang sendirilah yang buat Iman betul-betul rasa
kehilangan. Memang pun dia terasa sangat bila Amelia nak
kahwin dengan Abang Adam. Macam tak ada lelaki lain. Tapi
bagus jugak, sekurang-kurangnya dia sendiri sudah terasa
insaf. Buat diri berubah. Sudah taubat dari pegang gelaran
lelaki buaya darat. Nasib hakikat sebenar tidak dicerita pada
ibu. Kalau tak, jenuh kena brainwash sebab ibu selalu ingat
anak teruna dia yang bernama Iman Radhiff ini seorang lelaki
yang pandai menghormati wanita sebab dia kalau depan ibu
memang perangai pijak semut pun tak mati. Konon!!!
“Tau tak pa. Lagipun serius, gambar tu cantik.
Sayang saya nak buang. Balik nanti saya kasi edit sikit, sure
lagi lawa,” ujar Suraya. Dia masih lagi berpegang pada
teorinya yang tadi. Tidak berubah pandangannya mengenai
gambar Iman yang satu itu. Itu gambar tercantik sepanjang
dia mengambil foto-foto selama berkampung di sini.
“Baguslah macam tu. Saya tak naklah nanti tunang
awak fikirkan yang bukan-bukan.” Iman menterbalikkan
gambar tadi ke belakang. Tertulis sesuatu di setiap belakang
gambar-gambar di tangannya.

Keep In Touch. ~Sue_Nia~

“Sue_Nia?” Iman bertanya. Keningnya terangkat


sedikit. Siapa ini Sue_Nia? Peguam? Majistret? Ahli muzik?
“Suraya Dania,” beritahu Suraya.
Iman hanya mampu menarik senyum segaris.
“Iman Radhiff.”
Pecah ketawa mereka berdua. Hari terakhir baru

65
Iman Suraya

mereka berdua tahu nama penuh masing-masing. Teksi


sudah sampai. Suraya menarik beg trolinya perlahan menuju
ke teksi yang sudah menunggu. Perlahan-lahan dia masuk ke
dalam perut teksi. Ketika pintu teksi ingin ditutup, Iman
berlari sambil membawa sekeping kertas. Suraya mengangkat
kening.
“Alamat, nombor telefon saya,” beritahu Iman.
Cebisan kertas kecil yang dikoyak dari sampul surat tadi
diberikan kepada Suraya.
“Tak mintak pun.” Suraya berkata selamba.
Iman menjulingkan mata ke atas. Ni satu sebab
kenapa sejak lima hari yang lalu mengenali bakal cikgu yang
sorang ni membuatkan dirinya rasa senang. Ini kerana bakal
cikgu yang sorang ni memang selamba. Tak pernah pun mak
cik ni tahu nak pakai filter bila dia bercakap. Relevankah mak
cik ni buat ayat penyata macam tu? Orang dah bagi tu. Ambil
ajelah.
“Saya tahu. Awak tak akan bagi alamat awak.
Sekurang-kurangnya kalau nak kahwin nanti, jangan lupa
kirim kad.” Iman menjelaskan keadaan. Ini mesti kes Suraya
ditimpa perasan lagi. Konon-konon dia nak mengorat. Cehh!
Suraya tersenyum. Kemudian dia mengangguk
perlahan.
Sorrylah Iman. Nombor telefon aku itu biarlah
rahsia, bisik hati Suraya.
“Sue, kita kawan sampai mati, kan?” Iman bertanya
lagi. Bukan apa, pada Iman, Suraya itu teman yang baik. Sue
gila-gila, tapi Sue penuh dengan nasihat berguna, Sue itu
kadang-kadang senget juga, tapi Sue pandai menghidupkan
suasana, Sue itu... ermmm... Sue itu lawa jugak. Tapi sayang
dah ada orang punyalah pulak.

66
Areila Sahimi

Suraya mengangguk. Senyuman manis terukir di


pinggir bibir.
“Ingat. Jangan kerana perempuan awak adik-
beradik berantakan. Apa-apa pun, benda dah jadi. Awak kena
terima. Mungkin jodoh awak dengan orang lain.” Sempat lagi
Suraya berpesan.
“Jangan berdendam dengan darah daging sendiri.”
Sambung Suraya lagi.
Iman sekadar tersenyum. Sebijak-bijak Suraya
bercakap ada jugak ngok-ngeknya. Tak tau cerita sebenar
Suraya boleh bagi nasihat macam tu. Tapi ikutkan aje.
Nasihat yang diberi tu pun berguna jugak. Tambah-tambah
dah dekat sebulan lebih dia tidak bercakap dengan Abang
Adam. Agak-agak mesti Suraya mengamuk sakan kalau tau
dia ni dulu orang gatal yang kerjanya duk kejar perempuan
aje.
Iman tak tau nak cakap apa dah. Kemudian dia
mengangguk perlahan. Pintu teksi ditutup. Iman mengenggam
tangan kanannya dan dibawa ke dada. Memberi isyarat kepada
Suraya yang gadis itu akan sentiasa diingati sebagai seorang
sahabat yang banyak memberi nasihat kepadanya agar
menjaga perhubungan dia adik-beradik. Dilihat Suraya hanya
tersenyum memandang apabila teksi yang membawa gadis
itu sudah mula bergerak. Tangan dilambaikan. Sebaik sahaja
teksi yang membawa gadis itu hilang dari pandangan mata.
Iman segera melangkah menuju ke chalet untuk berkemas
apa yang patut kerana penerbangannya akan berlepas ke KLIA
pukul lima petang karang.

67
Iman Suraya

Bab 6
“N
I ABAH punya. Ni along
punya. Dan yang ini untuk
angah.” Suraya mengagih-
agihkan buah tangan yang dibeli untuk abah dan abang-
abangnya.
“T-Shirt aje?” Along Sham bersuara tidak puas hati.
T-shirt gambar helang besar itu dibentang di atas karpet.
Dahinya berkerut. Punya rajin tak rajin jugak tadi mahu ke
rumah abah sebab adinda yang seorang ini beria-ia suruh
balik segera sebab ada hadiah istimewa dari Pulau Langkawi,
tengok-tengok hanya T-shirt berwarna hitam gambar helang
besar ini aje. Sudahlah sama pulak dengan angah dan abah
cuma warna sahaja yang lain. Apa la budak Suraya ini, mahu
abah dan abang-abangnya buat trio masuk pertandingan
boria anak beranak ke apa. Sah ini T-shirt tiga sepuluh
hinggit!!
Suraya mencebik.
“Dah orang nak bagi tu pun kira okeylah tu.
Cakaplah terima kasih. Ini banyak bunyi pulak. Nak

68
Areila Sahimi

kompelin-kompelin. Angah dengan abah tarak hal pun.”


Suraya menjuih bibir. Matanya melirik pada alongnya.
Angah yang duduk sambil menonton televisyen
tidak cakap apa. Bukan malas mahu masuk campur, tapi
sebab timing tak kena. Maklumlah siaran televisyen favourite
angah tengah main kat TV. Bukan Suraya tak tahu. Angah
paling minat gila pada pelakon Hollywood, Kakak Jessica
Alba tu. Ini sudah kali ke berapa HBO buat siaran ulangan
Fantastic Four pun dia main layan tak kedip mata pun tengok
kakak yang seorang itu berlakon. Abah pula buat tidak tahu.
Abah memang Suraya dah faham sangat. Memang tak akan
ambil port kalau anak-anaknya buat hal, bikin kecoh satu
rumah mulut pot-pet-pot-pet macam ni.
“Along nak perfume ni.” Pantas tangan Along Sham
mencapai kotak Issey Miyaki berwarna putih itu. Rakus
tangannya membuka kotak minyak wangi tersebut.
Macam terkena tindakan refleks Suraya merampas
botok minyak wangi di tangan Along Sham sebelum sempat
Along Sham menyembur pada pergelangan tangannya.
“Ni bukan along punya!” marah Sue. Kotak minyak
wangi yang sudah sedikit terkoyak itu diambil semula. Botol
minyak wangi itu dimasukkan semula ke dalam kotaknya.
“Ini bukan lelaki punya ke?” Along Sham buat-buat
tanya. Dia bukan tak tau. Itu mesti untuk Azim. Amboi
special sungguh buah tangan untuk Azim. Ini buat dia jadi
jealous. Azim dibelinya minyak wangi Issey Miyaki. Dia yang
tukang keluar satu riban Ringgit Malaysia ini hanya dapat
sehelai T-shirt aje. Tak aci.
“Untuk Azim tunangku yang tercintalah.” Suraya
tersengih. Dia sekarang memang direct aje nak bercakap apa
mengenai orang yang dia sayang. Langsung tak rasa malu

69
Iman Suraya

nak bercakap pasal Azim dengan along, dengan angah


ataupun abah.
Siapa kata adik-beradik lelaki tak boleh berkongsi
perasaan dengan adik perempuan sebab ada yang kata lelaki
lebih senang bercakap dengan lelaki. Perempuan dengan
perempuan. Bahasa senang kalau dah sama jenis mudah nak
faham apa yang dirasa. Tu teori yang tak boleh pakai. Sebab
pada Suraya, along dengan angah adalah insan yang paling
faham apa yang dia rasa. Perasaan dia. Mungkin kerana itu
yang membuatkan mereka bertiga rapat. Dan dia pun rasa
sangat-sangat bahagia bila ada dua orang hulubalang yang
menjaga keselamatannya. Yang sama-sama ambil berat kalau
ada masalah. Dan yang sama-sama atur plan macam mana
nak pujuk Azim kalau tiba tang mamat tu merajuk manja
dengan dia. Paling penting along dan angah adalah banker
dia yang paling tak berkira kalau setiap kali dia nak mintak
duit. Dia orang berdua takkan sampai hati punya membiarkan
Suraya hidup macam manusia papa kedana sebab tak ada sen
dalam purse.
Along Sham mencebik. Suraya masih tersengih.
Nampaknya Along Sham memang tak puas hati.
“Abah tengok budak kecik ni. Untuk Azim bukan
main lagi. Minyak wangi, minyak gamat, semua benda dia
belikan. Kita ni abah dapat T-shirt printed satu patern lain
color aje.” Along Sham buat-buat merajuk. Dia berdrama
dengan memek muka yang memang tak tahan innocent.
Dengan tune bunyi sadis sangat. Samarinda... samarinda....
Suraya memandang Along Sham. Kekanda dia ni
dah mula dah. Nak buat sinetron malam-malam buta macam
ni, ingat ada orang boleh layan ke? Suraya menjeling dengan
ekor mata apabila Along Sham mula meminta simpati abah
dan angah. Nak buat pakatanlah konon. Dan nampaknya

70
Areila Sahimi

memang tak ada orang nak layan Along Sham malam ni


sebab abah dengan angah sibuk melayan Kakak Jessica Alba
kat televisyen.
“Lan, kau tengok budak kecik ni bagi kita apa Lan.”
Along Sham menyua T-shirt berwarna biru itu kepada Azlan.
Cuba menarik perhatian.
Suraya menarik senyum mengejek apabila Along
Sham tengah berusaha sedaya upaya mendapatkan perhatian
Angah Lan yang ternyata sikit pun tidak mudah terpedaya
dengan kata-kata Along Sham itu. Ya. Nampaknya memang
Angah Sham sedang kemarukkan Kakak Jessica Alba di
depan mata. Tengok aje gayanya. Langsung tak berganjak
dari tadi. Pegun. Batu. Terarah pada satu hala matanya
memandang Jessica Alba di kaca televisyen. Gila punya
minat.
“Lan, kau tengoklah ni...” Along Sham berkata lagi.
Masih lagi berusaha. Lengan Azlan ditarik.
“Apa ni long. Kacau ar. Orang tengah layan cerita
ni!” marah Azlan. Nak kena ni. Ada ke patut diganggunya
orang yang tengah layan feeling tengok pujaan hati dekat TV,
Along Sham sibuk pulak nak suruh tengok T-shirt yang
Suraya belikan.
Meletus ketawa Suraya tanpa dapat ditahan-tahan.
Padan muka. Kena sebijik. Tu la yang pergi kacau orang
tengah tengok TV tu sapa suruh. Kan tak pasal-pasal adik
sendiri melangkah daulat pergi marah abang kandung dia
sendiri. Suraya menjelirkan lidah. Hadiah untuk orang yang
baru kena marah dengan Angah Lan tadi.
“Buekk!!!”
Tangan Along Sham pantas mencapai kusyen kecil
di atas sofa. Laju sahaja dia membaling ke arah Suraya. Dan

71
Iman Suraya

memang pun balingannya tepat terkena pada kepala


berjambul adik bongsunya. Suraya yang tersentak dengan
tindakan Along Sham tadi segera memberi serangan balas.
Dia tidak hebat dalam acara baling membaling ni. Tapi,
sebabkan Along Sham yang mula dulu, dia mesti berusaha
kuat supaya balingannya terkena tepat pada sasaran.
“Ass…” Mati salam yang diberikan secara tiba-tiba.
Gedebuk! Kusyen kecil tadi melayang tepat terkena
pada tetamu yang tiba-tiba muncul di pintu rumah. Suraya
menepuk dahi. Alamak! Bakal abang ipar kena baling dengan
kusyen ar. Suraya sekadar tersengih memandang Abang
Norman yang sudah masuk ke dalam rumah dengan kusyen
terbang yang terhinggap ke kepalanya tadi. Abang Norman
terlebih dahulu memberi kusyen tadi kepada Suraya sebelum
dia bersalaman dengan abah, along dan angah.
“Sorry Abang Man. Sue tak sengaja.” Suraya masih
tersengih. Abah menggeleng kepala. Along dan angah sama-
sama ketawa.
“Tak apa. Macam mana holiday. Best ke?” Abang
Norman bertanya ramah.
Suraya mengangguk perlahan.
“Ooo... okey... okey, Abang Man.” Suraya menjawab
gagap. Dia malu lagi ni.
“Sejak bila Sue jadi gagap ni?” Sengaja Along Sham
cari sebab nak mengacau Suraya.
“Takkan dengan bakal abang ipar pun dah cuak.
Bukannya depan bakal mak mertua pun,” sambung Along
Sham lagi.
Suraya mencebik geram. Dilihat Along Sham,
angah dengan Abang Norman sama-sama ketawa. Diorang

72
Areila Sahimi

dah jumpa kroni satu kepala. Habislah dia. Memang bungkus


ar kalau dah tiga-tiga ekor ni boleh ketawa bersama-sama
sambil tepuk-tepuk bahu ketawakan dirinya. Along ni
memang nak kena. Tak agak-agak betul buat kelakar maut
macam tu depan Abang Norman. Langsung tak reti nak
cover. Dia bukan malu. Tapi kurang selesa. Suraya melangkah
kaki ke dapur. Terlupa yang tetamu tak diundang itu sudah
hampir sepuluh minit tiba tapi secawan air pun tak dijamu
lagi.
Norman yang masih bersisa tawanya menghantar
Suraya ke dapur dengan pandangan mata. Dia pasti, Suraya
mesti perasan dengan tindak tanduknya selama ini. Mana
mungkin orang yang ada mata, tak perasan perubahan
sikapnya. Dia bukan sengaja nak buat Suraya jadi tak selesa.
Dia bukan tak tau yang Suraya itu bakal adik iparnya. Tapi
entah tak tau apa yang sudah terjadi pada hati, pertama kali
Azim memperkenalkan Suraya pada seluruh ahli keluarga
membuatkan dia jadi tidak keruan. Tidak tau apa istimewanya
Suraya. Tapi kenyataan yang susah untuk diterima adalah dia
juga berperasaan pada gadis yang bakal dinikahi adiknya
sendiri. Dan kehadirannya acap kali ke rumah di tanah lot
Chempaka Sari ini, bukan sekadar nak tolong tengok-
tengokkan Suraya seperti yang dipesan adiknya, tapi lebih
untuk melepaskan rindu di hati. Dia datang ke sini kerana
ada agenda tersendiri.
Sementara menunggu air yang dijerang di atas
dapur masak, Suraya memanjangkan leher menjenguk ke
ruang tamu rumah. Dilihat along, angah, abah dan Abang
Norman sedang bersembang. Entah apa butir bicara mereka
berempat Suraya tidak ambil tahu. Apa yang pasti. Kehadiran
Abang Norman ke sini benar-benar buat dia rasa serabut dan
pening kepala. Tak tau nak halau macam mana dekat tetamu

73
Iman Suraya

yang tak diundang ni. Tak tau nak cakap macam mana
supaya Abang Norman tidak lagi datang ke sini. Kalau Abang
Norman bukan abang Azim, dah lama mamat ni kena baling
dengan selipar Jepun bilamana dia nak melangkah masuk ke
dalam rumah.
Suraya melabuhkan punggung pada kaunter
hidangan di kabinet dapur. Dia melepaskan keluhan lemah.
Dia memang kurang selesa dengan pandangan mata abang
Azim ini. Bukan nak perasan diri. Tapi memang cara Abang
Norman memandang dia sejak kali pertama diperkenalkan
oleh Azim dahulu membuatkan dirinya rasa lain macam.
Terasa lemas. Lagi tak tahan. Semenjak dia tamat belajar dan
tinggal bersama abah di Ipoh ni, lagi kerap Abang Norman
datang melawat di rumah.
Pernah juga disuarakan rasa tak sedap hati ini pada
Azim dulu akibat selalu sangat Abang Norman melawatnya di
rumah, tetapi Azim hanya berkata itu hanyalah lawatan
untuk beramah mesra. Azim menyuruh dia menganggap
kehadiran Abang Norman ke rumah, sebagai merapatkan tali
persaudaraan yang bakal terjalin tidak lama lagi. Azim
menyuruh dia menganggap Abang Norman sama seperti
along dan angah. Eh... helooo... along dan angah tu abang
kandung seabah seibu. Dan kalau nak ikutkan hukum agama
pun memang mahram dia sendiri. Yang bersentuhan kulit
pun takkan batal air sembahyang. Yang Abang Norman ni
pulak hanya bakal abang ipar.
Macam tak masuk akal aje bila bakal abang ipar
datang melawat dengan bawak bunga ros merah. Apa
rasionalnya bunga ros merah tu. Kalau bagi Ferrari color
merah tu sedap ar jugak. Abah pun memandang lain macam
aje. Dan tak pasal-pasal dia terpaksa merangka cerita bohong
mengatakan bunga ros itu pemberian dari Azim yang

74
Areila Sahimi

mewakili abangnya sendiri untuk jadi tukang hantar. Dan tak


pasal-pasal jugak dia mendapat dosa kering. Memang serabut
dalam kepala otak ni, bila duk memikirkan buat apa tuan
timbalan pendakwa raya ni selalu sangat datang ke rumah.
Apa dah tak ada kerja nak kena buat ke kat Mahkamah Sesyen
Ipoh tu? Dah tak ada fail yang nak kena baca ke? Dah tak ada
kes yang nak kena settle ke?
Bunyi cerek air panas yang sudah masak
mengejutkan Suraya yang dari tadi duduk termenung.
Segera teko kaca dikeluarkan dari kabinet atas. Tangan
mencapai botol kopi Che Nah dan gula pasir. Disudu kopi
Che Nah dan gula mengikut sukatan yang betul dan
dimasukkan ke dalam teko. Air panas dari dalam cerek
dituang dengan berhati-hati. Kemudian tangannya
mengacau perlahan bancuhan kopi di dalam teko. Siap.
Suraya mengeluarkan pula empat biji cawan dan piring lalu
disusun di atas dulang. Kopi yang siap dibancuh dituang ke
dalam cawan yang sudah tersusun. Biskut empat segi Hup
Seng dikeluarkan dari dalam tin dan diletakkan di atas piring.
Piring biskut diletakkan di atas dulang bersama-sama
dengan cawan yang sudah berisi air kopi panas. Perlahan-
lahan dia mengatur langkah membawa dulang tadi ke ruang
tamu rumah.
Di ruang tamu, Suraya menyusun cawan kopi dan
piring biskut di atas meja kopi. Kemudian dia melabuhkan
punggung di atas sofa bersebelahan dengan angah.
“Sue, hulurkanlah cawan kopi tu pada bakal abang
ipar.” Along Sham bersuara apabila Suraya sudah pun duduk
di sebelah Angah.
Sekali lagi Suraya membuntangkan mata. Along ni
memang saja nak kena tau. Dia sekarang pun dalam dilema
sama ada patut bangun atau tak semata-mata nak hulurkan

75
Iman Suraya

secawan kopi Che Nah ni pada Abang Norman. Akhirnya,


Suraya akur juga. Dia bangun. Cawan kopi dihulurkan pada
Abang Norman. Tiba-tiba...
“Ouchh!!!”
Habis tertumpah air kopi pada T-shirt Abang
Norman. Angah cepat-cepat menghulurkan kotak tisu pada
Suraya. Suraya yang sedikit kalut segera mengambil kotak
tisu tersebut dan mengeluarkan dua tiga helai lalu tangannya
pantas mengelap air kopi yang terkena pada T-shirt Abang
Norman. Apa sudah jadi Sue. Macam mana boleh secuai ini.
“Sorry Abang Man. Sue memang tak sengaja.”
Suraya berkata sambil tangannya masih lagi mengelap baju
Abang Norman. Selesai mengelap baju Abang Norman,
Suraya bergegas ke dapur untuk mengambil kain lap pula.
Karpet di ruang tamu sudah habis kotor kena air kopi yang
tertumpah tadi.
“Kalau ye pun bengang dengan Norman, janganlah
sampai lecurkan dia dengan kopi panas.” Azlan menegur dari
belakang.
Memang dia nampak apa yang dah terjadi tadi.
Memanglah patut Suraya tersentak campur terkejut bila tiba-
tiba jari-jemari Norman dengan sengaja menyentuh jari-jari
runcingnya. Tapi tak sangka pulak kopi hitam likat itu boleh
terlepas dari tangan Suraya dengan tindakan Norman tadi.
Suraya berpaling lipat maut. Memandang angahnya
yang duduk bersandar di kabinet dapur. Tuala Good Morning
putih dikeluarkan dari laci. Kemudian dia mengisyaratkan
dengan tangan agar angah datang sedikit dekat dengannya di
sebalik dinding dapur. Azlan yang faham isyarat yang
diberikan segera menghampiri adiknya.
Suraya memandang kiri kanan. Line clear.

76
Areila Sahimi

“Angah nampak ke apa Abang Man buat tadi?”


Suraya berbisik ke telinga Azlan.
“Nampak.”
“Nampak???” Suara Suraya sedikit kuat. Tapi masih
lagi terkawal.
“Sue tak sukalah dia tu. Bengang betul. Ambil
kesempatan tak kena tempat.” Suraya merungut-rungut
mengutuk Norman di hadapan Azlan.
“Dia syok dengan Sue kut?” Azlan cuba menduga.
“Eeee... please ar! Mintak simpang. Sue dah ada
Azim.” Suraya buat muka. Memang dia tengah geram. Apa ke
halnya jari-jari Abang Norman merayap sampai terkena jari-
jarinya. Padan muka kena mandi dengan kopi. Sepatutnya
Abang Norman itu dimandi dengan kopi yang betul-betul
panas, bukan suam-suam kuku macam tadi. Menyesal pulak
pergi tuangkan kopi ke dalam cawan awal-awal.
Azlan hanya ketawa melihat Suraya buat muka. Nak
kata apa yang Suraya buat tadi salah, tak juga. Memang
patut juga Norman disiram dengan air kopi. Yang nak miang
sangat dengan tunang adik sendiri siapa suruh.
“Dahlah tu. Pergi lap kopi yang tumpah kat atas
karpet tu,” ujar Azlan perlahan.
“Angahlah pergi lap.”
“Apa pulak angah. Sue yang tumpahkan tadi.”
“Sue tak bolehlah nak mengadap muka mamat tu.
Rasa macam nak cungkil-cungkil aje biji mata dia dengan
scoop ais krim tau,” kata Suraya dengan ekspresi muka yang
sungguh menjadi.
Tangannya pula seolah-olah sedang mengorek ais
krim dari bekasnya untuk dijadikan banana split bertoping

77
Iman Suraya

coklat Hershe bersama taburan coklat M n M berwarna warni.


“Buat-buat tak tau sudah.”
Suraya mendengus perlahan. Nak tak nak memang
dia jugak yang kena ke depan dan mengelap kopi yang
tumpah tadi. Harap hanya angah aje yang perasan. Dan hari
ini dia memang sedang bengang sangat dengan along. Kalau
tak sebab along yang suruh berikan cawan kopi kat Abang
Norman tadi, mesti semua ni tak jadi.

78
Areila Sahimi

Bab 7
“H
AI.” Amelia menyapa
lembut.
Iman yang sedang
berehat menikmati angin malam tersentak dengan kehadiran
kakak iparnya itu.
“Hai.” Dia menjawab sepatah.
“Thanks.”
Iman angkat kening.
“For what?” Ringkas dia bertanya.
“Untuk scarf batik yang Iman belikan untuk kakak.”
Tersekat-sekat Amelia berbicara. Ini adalah kali pertama dia
berborak dengan Iman semenjak dia menjadi isteri Adam.
Agak kelam-kabut jugak patah kata yang keluar. Maklumlah.
Dulu bersaya-awak. Berdarling-honey. Sekarang jadi Iman-
kakak pulak.
“Suka?” tanya Iman.
Amelia hanya mengangguk perlahan.
Suasana malam dihambat sunyi. Abang Adam

79
Iman Suraya

outstation di Johor Bahru. Mungkin di kesempatan ini,


Amelia boleh terasa selesa untuk berbual dengan Iman.
Bukan mahu membelakangkan suami apatah lagi mahu
menduakan lelaki yang sudah sah menjadi suaminya itu,
tetapi dia sendiri sentiasa dihambat dengan perasaan
bersalah, bilamana sehingga sekarang pun Iman dan
suaminya masih tidak bertegur sapa. Dia adalah punca segala-
galanya.
Masakan soal hati yang terlalu subjektif ini boleh
dihuraikan dengan mudah. Dulu bukan dia tak sayangkan
Iman. Dulu bukan dia tak cintakan Iman. Tetapi, dia tidak
sanggup lagi untuk terus membutakan mata, memekakkan
telinga dengan cerita-cerita yang didengar dari teman-teman
yang sama-sama belajar dengan Iman di luar negara. Iman
selalu sahaja berkepit dengan junior-junior dari Malaysia
yang baru menjejakkan kaki di sana. Konon-konon Iman
adalah abang senior yang paling hensem jadi semua
perempuan dia mahu sapu. Sapu bersih. Habuk pun tak ada.
Dia sendiri tak pasti Iman mewarisi perangai siapa di dalam
ahli keluarganya yang suka bermain perempuan. Iman tak
setia. Iman menduakan kasihnya. Dia sudah tidak tahan lagi.
Akhirnya dia terpaksa memutuskan untuk menamatkan
hubungan ini.
Sakit. Memang sakit. Sakitnya hati. Terseksanya
perasaan apabila cinta yang disemai itu putus di tengah
jalan. Di saat hati dirundung pilu, Adam datang. Lelaki itu
berusaha memulihkan keadaan. Lelaki itu juga yang
berusaha memujuk dia untuk jangan bertindak terburu-buru.
Hubungan dia dan Iman masih boleh diselamatkan. Dia tidak
mengendahkan semua itu. Iman sudah terlalu banyak diberi
peluang. Iman Radhiff perlu diberi pengajaran. Adam
menghormati pendirian dirinya. Tak tau kenapa. Sikap ambil

80
Areila Sahimi

berat Adam pada dirinya membibitkan rasa cinta pada lelaki


itu. Dia bukan berkahwin dengan Adam kerana ingin
membalas dendam dengan Iman. Tidak sama sekali. Dia
setuju berkahwin dengan Adam kerana lelaki itu cukup
sempurna pada pandangan matanya. Jika dibezakan dengan
Iman memang mereka berdua bagai langit dengan bumi
walaupun DNA mereka berdua adalah sama.
“Iman, kakak minta maaf andai kehadiran kakak di
dalam keluarga ini membuatkan Iman jadi tak selesa.” Amelia
bersuara rendah.
“Kakak faham jika Iman tak sukakan kehadiran
kakak di sini. Tapi jangan kerana kakak, Iman dengan abang
Iman jadi musuh. Kesian ibu,” sambung Suraya lagi.
“Tak ada apa nak dimaafkan. Kakak tak buat salah
pun. Dah ditakdirkan benda ni nak jadi. Siapa kita nak
menolak ketentuan yang Tuhan dah tentukan.” Iman bersuara
datar. Sedikit sebanyak dia terkesan juga pada nasihat
Suraya.
Dia pun tidak berminat mahu mengulas lebih lanjut
pasal benda ini. Dia pun tak pasti, sama ada Amelia itu sudah
dimaafkan atau tidak. Dia pun keliru sama ada Amelia dulu
pernah buat salah dengan dia atau tidak. Seingat-ingat dia
tidak pernah sekalipun Amelia melakukan sebarang kesalahan
semasa mereka masih bersama. Yang selalu buat salah pun
dia jugak. Amelia memang tak pernah. Kesalahan yang dilihat
pada diri Amelia yang dia perasan pun masa gadis itu
membuat keputusan untuk berkahwin dengan abangnya
sendiri. Tu bukan benda salah. Dah hubungan mereka
memang dah lama putus masa tu. Kira kalau dia rasa salah
pun, sebab dialah yang perasan sendiri kut. Kalau tak perasan
mesti dia akan jadi selamba aje. Buat macam tak ada apa-apa
yang berlaku. Agak-agaknya dulu tu, masa diorang kahwin

81
Iman Suraya

dia terkena sawan meraban kekasihku-diambil-orang kut.


Agaknyalah. Nasib sekarang keadaan sudah terkawal. Kalau
tak. Memang jenuh.
Iman mendongakkan pandangan ke dada langit.
Suasana kembali senyap. Dia sebenarnya malas mahu
bersembang-sembang dengan Amelia. Nak kata dia masih
berperasaan terhadap kakak iparnya itu, mungkin juga.
Maklumlah, Amelia adalah perempuan yang paling lama
bertahan dengannya. Pendek kata, Amelia ini memang jenis
tahan sabar sebab boleh tahan dengan sikapnya. Lagipun dia
memang dah lama couple dengan Amelia. Yang membuatkan
dia malas beramah mesra sangat dengan kakak iparnya ini
adalah disebabkan tidak mahu Abang Adam salah anggap.
Ibu pun sudah berkali bagi amaran, hari-hari bagi
peringatan, yang Amelia itu sudah menjadi kakak iparnya.
Jangan nak buat hal dengan isteri abang sendiri. Dan dia pun
memang tak berniat atau memang pasang niat nak buat hal
dengan perempuan yang sudah menjadi isteri orang itu. Apa
barang. Taste dia, tetap anak dara, solid-molid, cutting cantik.
Iman Radhiff memang susah nak berubah. Ha ha ha... Yang
gaya frust berguling dulu tu hanya drama Akasia ala-ala Spa
Q semata-mata.
“Kakak harap Iman boleh berubah. Jangan sesekali
melukakan hati perempuan. Kakak takut nanti bila sekali
Iman kehilangan orang yang betul-betul Iman sayang, yang
Iman cinta, Iman akan merana,” nasihat Amelia jujur setelah
agak lama mendiamkan diri.
Iman Radhiff perlu berubah. Dia tidak mahu
melihat Iman mempermain-mainkan perempuan lain seperti
dirinya. Kalau boleh dia mahu Iman belajar menghargai apa
yang dimilikinya. Walaupun pada dirinya cinta Iman tidak
sepenuh hati, dia amat berharap Iman dapat menghargai dan

82
Areila Sahimi

mencintai wanita lain yang diciptakan untuknya dengan


sepenuh hati. Cerita dia dan Iman sudah tamat.
Iman buat muka bosan. Sejak bila Amelia berubah
menjadi seorang doktor cinta dia pun tak tau. Yelah. Mesti
belajar dari Abang Adam. Abang Adam bukankah memang
terror bab-bab kasi nasihat dekat orang. Bernanah juga
telinga duduk di sini lama-lama. Takut makin panjang pulak
syarahan Amelia kepada dirinya. Memanglah dia pun ada buat
salah. Salah pada kaum hawa. Tapi salah yang dibuat tu pun
asalnya dari perempuan-perempuan tu jugak. Habis tu yang
datang menyerah diri semuanya kategori cek mek molek.
Yang datang tu kategori berdahi licin. Yang datang tu
kategori hot habis. Yang datang tu kategori aweks-aweks.
Siapa dapat tahan. Dia pulak jenis kategori iman tak kuat
walaupun nama kat surat beranak terang-terangan tertulis
Iman Radhiff. Lagipun semua ni dulu untuk suka-suka.
Semua ni dulu untuk main-main. Tak pernah pulak selama
dia buat semua ni dulu, dia tak pernah masuk sampai acara
touch-n-go. Tak pun fesyen cuba-try-test. Tak pernah.
Memang tak pernah kerana dia masih tau dosa pahala, syurga
neraka lagi.
Iman melepaskan keluhan lemah. Kemudian dia
bangun. Dia mesti beredar dari sini. Dah lama sangat pulak
duduk di luar bertemankan rembulan purnama dengan
Amelia. Tak manis. Lagipun, dia takut kalau-kalau Amelia
berhasrat nak panjangkan lagi sesi syarahannya tadi.
“Kak, Iman masuk dulu ar. Ngantuk.” Iman buat-
buat menguap walaupun hakikatnya dia bukannya nak tidur
pun. Cuma cari akal untuk melepaskan diri.
Amelia sekadar mengangguk perlahan.

83
Iman Suraya

BADAN dihempas lemah di atas tilam. Tangan dilapangkan


selagi mahu. Macam kapal terbang. Seketika kemudian
lengan kanannya dibawa ke dahi. Dia menimbang-nimbang
kembali apa yang dikatakan oleh Amelia tadi. Betul. Tadi dia
cuma mengikut rasa egonya. Sebab itu tak nak mengaku salah
sendiri. Lagipun, tiba masa untuk dia berubah. Umur pun dah
tua. Dia perlu ada perancangan hidup.
Iman bangun dari baringnya. Dia menuju ke arah
cermin panjang pada dinding bilik. Diri sendiri ditilik dari atas
ke bawah. Hujung rambut ke hujung kaki. Kemudian dia
tersenyum sendiri. Patutlah ibu bising. Tengok gaya pun
macam samseng Kampung Dusun. Kalah Sarip Dol. Patutlah
Suraya masa mula-mula jumpa dulu pun pandang lain
macam aje. Suraya??? Apa khabar gadis senget itu sekarang.
Bertahan betul Suraya. Sampai sekarang, satu mesej, satu
panggilan telefon pun tak ada dari dirinya. Iman mengetuk
kepala. Ne no ne no. Twikle-twinkle little star keliling kepala.
Pening. Sakit sikit.
“Apa ke halnya tiba-tiba boleh naik nama
perempuan yang dah jadi tunang orang tu. Agaknya aku dah
mengantuk kut.” Iman berkata sendiri. Segera dia mematikan
suis lampu. Baring. Dan... kroh... kroh... kroh.

84
Areila Sahimi

Bab 8
K
EPALA Suraya ditunduk
mengadap pinggan chicken chop
yang baru sampai tadi. Chicken
chop dah sampai. Fresh orange dah sampai, tapi dia dan Azim
masih lagi tak cakap apa-apa. Dari dalam kereta tadi, masing-
masing senyap aje. Azim muka berkerut semacam. Mesti
mamat ni hangin lagi pasal kes hari tu.
Hesy... macam perempuan. Aku dah seminggu
selamat balik rumah. Tapi dia tetap nak berangin, apa hal?
gumam Suraya di dalam hati.
Nak ikutkan hangin, dia pun hangin jugak. Bukan
apa, masa Azim sampai rumah tadi, punyalah dia bermanis
muka say hai sayang, hai darling, hai baby, tapi Azim boleh
buat batu aje. Buat dek aje mamat ni. Sudahlah tu. Beg kertas
gambar love-love ni pun haram Azim nak tengok isi
dalamnya. Dah dibelikan buah tangan pun boleh buat muka
macam tu. Muka empat belas yang tegang semacam, macam
baru lepas kena cucuk dengan botox. Ni kalau tak fikir
tunang sendiri, bakal suami, memang nasib-nasib kena
tangan aje mamat kat depan ni.

85
Iman Suraya

Suraya kembali merenung wajah Azim sekilas.


Kemudian dia menghalakan kembali pandangan mata pada
pinggan besar berisi chicken chop yang masih lagi tidak
berusik. Tengok tu. Macamlah lawa sangat buat muka garang
macam tu. Tak takut pun. Ni diam aje pun sebab saja, malas
nak langgar daulat tunang sendiri. Kalau ikut tak tahan sabar,
memang dah blah aje dari restoran ni.
Sudah sepuluh minit berlalu selepas hidangan
chicken chop sampai. Tu belum campur, minit-minit masa
menunggu pesanan. Ah, sudah! Perut dah lapar. Dah berirama
lagu yang tak tau apa jenis. Suraya mengangkat muka. Dilihat
Azim masih lagi statik macam batu. Tak tau ini ada rupa Si
Tenggang ke atau Malin Kundang yang dah kena sumpah jadi
batu. Bila sudah bosan jadi orang bisu, dia pun dengan
selamba tanpa menghiraukan Azim terus mengangkat
tangan. Baca doa makan. Baca doa makan kuat-kuat. Bagi
Azim dengar. Selesai doa, dia mula memegang pisau dan
garpu. Garpu dicucuk pada daging ayam, pisau memotong
kecil. Cicah dalam sos black pepper. Kemudian dimasukkan
ke dalam mulut. Walawei... tak hengat! Walaupun sudah
suam-suam kuku, masih lagi sedap untuk dimakan. Sedap
sehingga menjilat pinggan pun boleh ni kalau kena pada
gayanya. Sesekali, Azim dilirik dengan ekor mata. Suraya
ketawa dalam hati.
Padan muka. Nak mogok sangat tak nak makan.
Sekarang jadilah tukang tengok aku makan. Nak buat hal
sangat. Rasakan! kata Suraya dalam hati.
Azim yang dari tadi memerhati Suraya hanya
menggeleng kepala melihat tunangnya di hadapan.
Punyalah dia tahan beku kat sini. Konon nak bagi Suraya
takut sikit, tapi sikit pun Suraya tak makan saman. Sikit pun
tak ada gaya macam nak rasa takut. Sikit pun tak macam

86
Areila Sahimi

orang bersalah. Ikutkan hati, hendak sahaja Suraya dimarah.


Tapi dia bukan jenis lelaki macam itu. Dia bukan jenis lelaki
yang gemar meninggi suara. Dia bukan lelaki yang senang
hendak mengasari wanita. Tapi ada masa, dirasakan Suraya
terlalu melampau. Tengok ajelah. Ada pulak Suraya pergi ke
Langkawi seorang diri tanpa memberitahunya terlebih
dahulu. Sudahlah ditipunya hidup-hidup kata pergi dengan
Ika dan Anne. Taulah dia sekadar tunang. Tapi sedikit-
sebanyak terasa juga di dalam hati kalau benda-benda macam
ni Suraya membelakangkannya. Dia bukan mengongkong tapi
sekadar mengambil berat. Dia ambil berat pun sebab dia
sayangkan Suraya. Siapa tak sayang tunang sendiri. Orang
yang paling dicintainya.
“Sue, saya tak fahamlah dalam keadaan macam ni
pun awak boleh ada selera nak makan.” Akhirnya Azim
bersuara juga. Dia sebenarnya bengang jugak dengan Suraya.
Suraya macam sengaja nak mencabar dirinya. Sudah separuh
chicken chop ditelannya. Memang kepala batu betul.
Pisau dan garfu yang sibuk berkerja berhenti bila
mendengar Azim tiba-tiba bersuara. Suraya mengangkat
muka. Alhamdullillah. Ingat Azim sakit gigi sampai tak boleh
cakap tadi. Bersuara jugak pak cik ni. Yes. Nampaknya dia
berjaya. Azim kalahlah tu sebab dia bukak mulut dulu. Dan
Suraya masih juara. Juara batu paling keras. Ops... suara
kepala batu paling keras sebenarnya.
“Saya lagi tak faham dengan perangai awak ni
Azim.” Suraya membalas balik. Kemudian dia menyambung
menghabiskan sedikit lagi chicken chop di dalam pinggan.
Azim mendengus geram. Pinggan Suraya pantas
ditarik dan diletak ke tepi.
“Apa ni???” Suraya bersuara keras. Keningnya

87
Iman Suraya

terangkat sebelah. Owhh… main kasarlah tu. Tak tau ke


orang tengah makan. Yang pergi tarik-tarik pinggan ni
apahal. Tau tak rezeki dalam pinggan tu ada lagi. Ni kalau
nak ajak bergaduh pun tunggu-tunggulah orang habis
makan. Suraya mendengus geram. Memang geram plus
bengkek sekali kalau depan-depan rezeki yang Tuhan bagi ada
orang sengaja datang cari pasal. Memudaratkan selera nak
makan walaupun sebenarnya chicken chop tadi hanya tinggal
sikit aje lagi.
“Sue, awak tau tak yang saya tengah marah dengan
awak?” Azim bertanya.
Suraya yang masih lagi marah akibat pinggan
chicken chopnya ditarik ke tepi melempar pandangan pada
luar restoran tanda protes. Keningnya masih terangkat
sebelah.
“Tau!” jawabnya rendah tapi kedengaran agak
kasar.
“Sue, kenapa awak ni degil sangat hah???” Azim
bertanya lagi. Keras. Memang dia ingin berjumpa dengan
Suraya hari ini.
Semalam habis sahaja waktu sekolah terus dia
memandu dari Putrajaya ke Ipoh. Nasib Abang Norman ada
di sini. Jadi dia tidak perlu risau akan hal tempat tinggal.
Lagipun, dia sudah biasa untuk turun ke Ipoh jika ingin
keluar dengan Suraya. Nak diangkut Suraya keluar sehingga
ke Putrajaya nun, pak cik tak izinkan. Kata pak cik, kalau
sekadar bertunang bukan lesen boleh buat sesuka hati. Dia
faham dengan kata-kata pak cik. Yang dia tak faham sekarang
ini, perilaku anak pak cik yang seorang ni. Makin dekat nak
jadi bini orang, makin dia buat perangai. Bikin dia sakit
kepala. Patutlah sejak kebelakangan ini kepala sering

88
Areila Sahimi

berdenyut-denyut. Sedikit sebanyak Suraya jadi puncanya.


Selain dari kena tahan perangai student yang kadang-kadang
naik tocang juga kalau jadi cikgu yang terlalu baik ni.
Suraya mengeluh perlahan. Dia malas nak bertekak
dekat tengah-tengah restoran ini. Malas nak buat babak siri
Sembilu Kasih, Zetty bergaduh dengan Fendi kat sini.
“Benda dah settle, kan. Saya dah selamat balik. Dah
elok-elok duduk kat depan awak ni. Cukup kaki tangan.
Kenapa awak nak panjang-panjangkan hal ni,” balas Suraya
selamba.
“Orang dah belikan buah tangan dari Langkawi
pun tak cakap terima kasih,” sambung Suraya rendah.
Azim memandang wajah Suraya dengan pandangan
berapi-berasap-panas. Sekali lagi Suraya buat dia hangin.
Sekali lagi Suraya menjawab dengan benda yang buat dia
sakit hati. Tak boleh ke Suraya mengaku kesalahannya aje.
Pandai betul Suraya cover diri sendiri dengan ayat-ayat
berapinya tu. Menyakitkan hati sungguh. Azim menekan dahi
dengan jari-jarinya. Seketika matanya dipejam celik. Tiba-tiba
pandangan kelam. Sakit kepalanya datang kembali. Ah...
migrain datang tak kena tempat. Mungkin jugak migrain dia
datang kena masa tapi tak kena tempat. Kena masa sebab
sekarang ni dia memang tengah mode panas membara
dengan budak kat depan ni. Tak kena tempat sebab sekarang
bukan kat atas katil dalam bilik tapi kat tengah-tengah
restoran. Sekali Azim memejamkan matanya. Cuba melawan
sakit yang tiba-tiba datang tanpa sebarang isyarat.
Suraya menundukkan sedikit kepalanya. Mencari-
cari wajah Azim yang menunduk. Dilihat Azim sedah memicit
dahinya. Macam teruk aje pak cik ni. Sebab dia ke Azim jadi
macam ni?

89
Iman Suraya

“Azim, awak okey ke?” Suraya bertanya lembut.


Tetapi tiada balasan. Kepala dia masih lagi menunduk cuba
melihat wajah Azim yang berkerut seperti menahan sakit
yang amat sangat.
“Azim, awak okey ke tak ni?” Suraya bertanya lagi.
Kali ini lebih kuat. Lebih jelas. Sepatah-sepatah.
Pandangan mata Azim semakin kelam, kelam...
kelam... dan gelap gelita. Dia pengsan.

“MACAM MANA boleh jadi macam ni?” Norman bertanya


kepada Suraya sebaik dia tiba di Ipoh Specialist Centre.
Hampir terlepas fail tebal di tangan tadi apabila Suraya
mengkhabarkan dari hujung talian yang Azim sekarang
berada di hospital.
Dia yang dari pagi memerap di pejabat hari Sabtu
begini dengan niat untuk membaca fail-fail berkenaan kes
untuk hari Selasa ini terbantut macam tu aje. Akhirnya fail-
fail lama berkaitan kes yang akan naik court hari Selasa ini
dimasukkan ke dalam beg troli untuk dibawa pulang ke
rumah. Sambung revision di rumah ajelah. Tanpa berlengah
dia terus memecut memandu keretanya ke Ipoh Specialist
Centre.
Suraya sudah menangis teresak-esak. Mak ngah di
sebelah masih setia memujuk dari tadi. Mak ngah pun tak tau
apa dah jadi. Mak ngah datang ke sini apabila abangnya
memberitahu Azim masuk hospital. Tak bersebab tiba-tiba
boleh masuk hospital. Memanglah dia pelik. Nak bertanya
lebih lanjut mak ngah tak berapa nak berani. Bukan masa
yang sesuai. Suraya pun dari tadi tak berhenti menangis.

90
Areila Sahimi

Abahnya pun tak tau nak buat apa. Inikan pula dia yang
sekadar mak ngahnya sahaja.
“Sue, apa dah jadi dengan Azim.” Norman berbicara
selembut mungkin. Dia pun tak tau jika adiknya itu ada
menghidapi sebarang penyakit. Setahu Normanlah memang
tak ada. Azim orang yang cukup menjaga kesihatannya. Rajin
bersukan. Amalan-amalan yang boleh memudaratkan kesihatan
memang dia tak pernah buat.
“Sue, Abang Man tanya elok-elok tu. Jawablah.
Kalau nangis macam ni sampai ke sudahlah kami tak tau apa
yang dah jadi.” Abah pula bersuara setelah agak lama
mendiamkan diri.
Suraya mengesat air mata dengan belakang telapak
tangan. Kemudian dia memandang abah, mak ngah, Abang
Norman silih berganti. Betul dia tak tau apa yang dah jadi
pada Azim. Yang dia tau, tadi dia orang ada bertekak sikit.
Tapi ini bukan pertama kali dia dan Azim bertekak macam ni.
Selalu aje dia dan Azim buat gaya-gaya macam ni. Biasanya
setiap kali jumpa benda macam ni mesti berlaku. Sebab suka
sangat buat adegan merajuk manja. Bila bertekak mesti ada
yang merajuk. Bila merajuk mesti ada yang datang pujuk. Ini,
nak merajuk pun tak sempat tiba-tiba Azim pengsan macam
tu. Memanglah dia kelam. Terus telefon abah. Terus telefon
Abang Norman. Nasib ada dua tiga orang kat restoran tadi
yang tolong hantarkan Azim ke sini, manakala pelanggan
yang lain cuba menenangkan dirinya yang sudah meraung-
raung bila melihat Azim tak sedarkan diri walaupun air fresh
oren baki di dalam gelas dia curahkan ke atas muka Azim
sebab tak tau nak buat apa. Ingat kena fresh oren setengah
gelas Azim boleh sedar, tapi memang Azim tak sedar. Dia
yang tak tau apa nak buat dah terus menjerit meminta tolong
dan meraung sekuat mungkin walaupun masa itu orang

91
Iman Suraya

ramai dah berdiri keliling dia dan Azim yang sudah terbaring.
Azim, jangan macam ni. Sue sayang Azim. I love you. Love
you. Love you. I love you very much sayang!
“Sue...” panggil mak ngah lembut. Bahu Suraya
dipegang lembut. Susahnya nak buat dengan budak sorang
ni. Yang doktor ni pulak apa halnya lambat sangat nak
periksa si budak Azim ni? Dah hampir satu jam tunggu kat
luar ni tapi sebarang berita pun tak ada lagi ni. Teruk sangat
ke sakit Azim ni. Kalau teruk, sakit apa?
“Azim tiba-tiba pengsan masa kat restoran tadi,”
kata Suraya tersekat-sekat. Dia masih tersedu-sedu. Suara
pun sudah bertukar sikit-sikit sengau akibat menangis tadi.
Air mata memang masih mengalir. Takut sebenarnya jika ada
apa-apa yang terjadi pada Azim. Mungkin salah dia Azim jadi
macam ni. Azim jangan macam ni. Sue janji lepas ni Sue jadi
tunang yang paling baik sekali. Tak buat benda-benda gila
yang macam selalu Sue buat. Ini janji. Betul-betul. Tak tipu.
Sebab tipu dosa. Sue takkan tipu Azim lagi. Sue sayang Azim.
I love you very much sayang.
“Sebab apa dia boleh tiba-tiba pengsan?” tanya
Norman lagi.
Suraya masih tersedu-sedu. Tangisannya sudah
berhenti. Namun air mata masih tetap mengalir perlahan-
lahan. Isk, Abang Norman ni. Banyak pulak benda yang dia
nak pergi tanya. Salah oranglah. Manalah aku tau sebab apa
Azim pengsan. Aku bukan doktor. Kalau aku doktor taulah
aku apa sakit Azim, desis Suraya.
Ni bukan masa nak pergi marah orang, Suraya.
Suraya melepaskan keluhan lemah. Dia menggeleng perlahan.
Bila difikir-fikirkan, Azim jadi macam ni memang
sebab dia pun. Memanglah dia penyebabnya. Ya. Dan memang

92
Areila Sahimi

sah dan tidak ada syak lagi sebab dia Azim terlantar sakit
sampai boleh masuk hospital. Tak ada benda yang boleh buat
Azim pening, sakit kepala, migrain kalau tak sebab dia
puncanya. Kesian Azim. Selalu menjadi mangsa. Azim jangan
macam ni. Sue janji lepas ni Sue tak buat Azim sakit kepala,
pening, migrain lagi. Sue sayang Azim.
Bunyi pintu dikuak dari dalam membuatkan semua
mata tertumpu pada satu arah. Kemudian keluar seorang
lelaki yang berpakaian kemas bersama stateskop yang
tersangkut di lehernya. Pantas semua bergegas mendapatkan
doktor yang baru keluar dari dalam bilik Azim.
“Macam mana dengan adik saya, doktor?” Norman
bertanya.
“Macam mana dengan tunang saya, doktor?” Suraya
pantas menyambung. Pandangannya dijatuhkan pada doktor
muda di hadapannya kini. Doktor, tolonglah cakap sesuatu.
Apa dah jadi pada Azim sebenarnya. Dan benar, dia takut
sangat sekarang ni. buatnya ada benda tak baik berlaku pada
Azim. Ya Allah. Nauzubillah. Mintak dijauhkan. Azim...
janganlah buat Sue risau macam ni.
Doktor muda itu memandang raut wajah Norman
dan Suraya silih berganti. Kemudian dia mengeluh perlahan.
Ya Allah. Sue memegang erat tangan mak ngah. Sue nak
pengsan sekarang ni. Apa dah jadi sebenarnya pada Azim ni.
“Macam mana dengan tunang saya, doktor?” bentak
Suraya. Kuat. Ada mata-mata yang melihatnya. Ah, pedulikan
apa orang nak kata. Katalah dia tak cukup adab ke, tak ada
pekerti ke, tak tau nak hormat orang ke, ada dia kisah? Yang
dia tau, sekarang ni dia nak tau apa dah jadi dengan Azim.
Macam mana keadaan Azim sekarang ini.
“Sue...” Norman memandang Suraya. Tajam. Hesy...

93
Iman Suraya

budak sorang ni, taulah yang dalam tu tunang Suraya. Habis


tu, yang dalam tu bukan adik dia ke. Dia pun risau jugak.
Tapi tau macam mana nak kawal emosi walaupun rasa macam
nak baling aje cawan plastik kat doktor ni sebab bagi semua
orang suspen macam ni. Control lah sikit. Betullah
perempuan ni, penuh dengan emosi.
“Encik Azim sudah sedar tapi dia terpaksa kami
tahan di sini dahulu. Untuk pemeriksaan lanjut.” Akhirnya
keluar juga butir bicara dari mulut doktor ini.
Suraya menarik nafas lega. Begitu juga mak ngah,
abah dan Abang Norman. Bercakap juga doktor ini akhirnya.
Ingat kat dalam mulut tu tadi ada emas yang kalau ditempa
boleh buat cincin belah rotan ke, rantai tangan ke. Nak cakap
macam tu pun susah. Buat suspen aje tadi. Alhamdulillah.
Nasib baik tak ada apa-apa yang berlaku. Suraya, mak ngah,
abah dan Norman melangkah ke bilik yang menempatkan
Azim setelah doktor muda tadi berlalu.

94
Areila Sahimi

Bab 9
“I
BU!!!” jerit Iman kuat. Hajah
Maimon yang sibuk memasak
di dapur tersentak dengan
jeritan anak bujangnya. Segera dia menoleh. Matanya tidak
berkelip melihat Iman yang sedang berdiri di hadapan pintu
dapur rumah. Atas bawah dia memandang wajah anak
bujangnya yang seorang itu. Hajah Maimon diam tidak
berkata apa-apa. Mulutnya sahaja yang luas terlopong. Macam
ternampak hantu.
Iman berjalan menghampiri ibunya. Digerak-
gerakkan tangannya di hadapan ibu. Kenapa ibu ni. Tiba-tiba
jadi patung cendana. Apa? Tak cukup hensem ke penampilan
aku yang baru ni, desis Iman bila melihat ibu memandang
tidak berkelip.
“Ibu!” Iman memegang bahu ibunya. Lembut.
Hajah Maimon tersentak sekali lagi.
“Apa yang kamu dah buat ni Iman?” Dia bertanya.
Iman sekadar mengukir sengih selamba.
“Buat apa bu?” Iman sekadar bertanya.

95
Iman Suraya

Ibu… Ibu… ha ha ha… Iman ketawa di dalam hati


melihat reaksi ibu yang semacam ini. Ada ke patut ibu pergi
tanya soalan macam ni. Bukan dulu ibu yang suruh ke dia
pergi potong rambut. Dan setelah hampir lima tahun dia
bela rambut panjang ni, jam tiga petang tadi Muthu tuan
empunya kedai gunting rambut yang terletak berhampiran
dengan rumahnya yang tolong korbankan. Memang satu
pengorbanan besar setakat ni yang dia pernah buat. Dah tak
nampak rock dah. Tapi nak buat macam mana. Kes surat
temu duga di sebuah syarikat pembinaan yang diterima
semalamlah yang buat dia rela dalam terpaksa pergi ke kedai
Muthu hari ini.
Satu jam lebih duduk berteleku dekat kedai gunting
rambut Muthu tu. Duk ralit melihat fesyen rambut-rambut
yang terkini. Muthu pun macam bengkek aje. Lama sangat
nak pilih gaya mana yang dia nak. Dia bukan sengaja. Dah
memang blur sebab tak tau nak potong ikut fesyen mana. Dia
kalau boleh nak fesyen yang kalau pendek pun masih boleh
nampak macho, handsome dan bergaya. Dan akhirnya, fesyen
ini yang dia pilih. Ala-ala angkasawan negara punya rambut
gitu. Kira okey. Smart. Walaupun, memang nampak skema
gila. Macam budak sekolah. Tapi nak buat macam mana.
Takkan nak pergi temu duga jadi jurutera dengan rambut
panjang mengurai. Bukan nak pergi audition Rhythm of
Champion yang memang tak kisah pun nak pakai apa janji
jangan datang bulat aje.
Hajah Maimon memegang rambut Iman yang
sedikit terpacak.
“Apa yang kamu dah buat dengan rambut kamu ni
Iman?” Sekali lagi Hajah Maimon bertanya. Soalan yang
berlainan. Tetapi inti pati maksudnya masih sama. Masih
pasal rambut Iman yang sudah ditransformasikan dari gaya

96
Areila Sahimi

penyanyi rock kapak dah bertukar jadi macam rambut


angkasawan negara.
Pecah ketawa Iman akhirnya apabila melihat muka
ibu berkerut-kerut begitu sambil membelek-belek rambut
barunya. Kemudian dia beralih pada peti ais di dapur tanpa
menjawab soalan ibunya. Mengeluarkan air sejuk di dalam
botol. Gelas kaca dicapai dari rak pengering di tepi singki.
Air sejuk dituang. Kemudian diteguk perlahan. Iman
bersandar pada cabinet dapur.
Hajah Maimon masih lagi memandang wajah anak
bujangnya itu. Memanglah susah nak percaya Iman sanggup
potong rambut kesayangannya itu. Kadang-kadang pelik
juga. Iman macam dah berubah sikit selepas pulang dari
Langkawi hari tu. Dengan abangnya pun dia sudah boleh
bertegur sapa. Tidaklah seperti masa mula-mula Iman balik
menjejakkan kaki ke Malaysia dulu. Dengan kakak iparnya,
Hajah Maimon tak berapa perasan pulak. Bukan apa. Dia pun
jarang juga melihat Iman duduk bersembang, bermesra
dengan menantu sulungnya itu. Mungkin Iman ikut cakap
kut. Yelah.
Dia pun pernah berpesan kepada Iman jangan nak
ada apa-apa dengan kakak ipar sendiri. Bagus kalau Iman
tahu apa yang patut dan tak patut dia buat. Hajah Maimon
pun tau jugak. Bukan senang kalau nak terima bekas kekasih
menjadi kakak ipar sendiri. Harap Iman boleh kawal
perasaannya. Dia pun tak nak anak-anaknya bergaduh sebab
seorang perempuan.
“Kenapa ibu tanya macam tu. Tak hensem ke anak
ibu kalau macam ni?” Iman bertanya balik tanpa menjawab
soalan ibunya tadi. Jari telunjuk dan ibu jarinya diletakkan
pada dagu sambil badannya disengetkan sikit untuk
memperagakan bentuk badan, wajah dan rambut baru yang

97
Iman Suraya

kononnya menyerlahkan lagi ketampanan dia. Memang dia


mewarisi wajah sedap dipandang dari ayah. Ayah tu sampai
tua pun maintain sahaja gayanya. Tengok sahajalah Abang
Adam, tergolong dalam lelaki pujaan ramai juga semasa
belajar di sekolah menengah dulu. Memang ‘brand’ Hashim
Manaf terbaiklah!!!
“Bukan ibu cakap tak hensem, anak ibu kan ke
memang hensem. Ibu pelik. Tak ada angin. Tak ada ribut.
Kamu pergi potong rambut,” sela Hajah Maimon.
Iman melirik senyum segaris. Dia ke singki dapur
untuk membasuh gelas yang digunakan tadi. Hajah Maimon
juga kembali menyambung kerjanya tadi. Dia nak menyediakan
kuih gula Melaka untuk hidangan minum petang. Tapi
kerjanya terbantut sekejap akibat dikacau anak terunanya itu.
Masih ligat tangan Hajah Maimon menguli adunan tepung
pulut di dalam besen kecil. Sesekali Iman dilihat.
Iman masih di dapur.
“Takkan nak tunggu angin ribut baru Iman boleh
potong rambut bu.” Iman menjawab bersahaja.
Hajah Maimon yang sibuk menggentel kuih gula
Melaka berhenti seketika. Iman sudah pun melabuhkan
punggung di kerusi makan. Berhadapan dengannya.
“Cubalah kalau jawab tu, jawab betul-betul Iman
Radhiff oii,” balas Hajah Maimon. Kemudian dia
menyambung kembali kerja gentel mengentel tadi.
Iman mencapai sedikit adunan kuih gula Melaka
tapi pantas tangannya dipukul lembut oleh Hajah Maimon.
“Dah basuh tangan ke?” tanya Hajah Maimon.
Buatnya tadi Iman pegang benda-benda kotor tak ke nanti
keracunan orang yang makan kuih gula Melaka ni. Hajah
Maimon menggeleng kepala.

98
Areila Sahimi

“Dahlah ibu,” jawab Iman mendatar.


“Iman potong rambut sebab nak pergi temu duga.”
Iman menyambung. Menjawab soalan ibunya tadi.
“Temu duga?” Hajah Maimon mengangkat kening.
Sekali lagi dia berhenti menggentel. Banyak betul iklan.
Kalau macam ni bila mau siap daa....
Iman mengangguk. Dia masih lagi menggentel
kuih gula Melaka.
“Temu duga apa?” tanya Hajah Maimon lagi.
“Temu duga kerjalah bu.”
“Kerja apa?”
“Adalah.” Iman cuba berahsia.
“Dengan ibu pun nak berahsia ke?” perli Hajah
Maimon.
“Alah bu. Kerja-kerja biasa aje.”
“Kerja biasa tu kerja apa?”tanya Hajah Maimon
tidak puas hati.
“Ibu, Iman kan ada degree dalam Civil Engineering.
So temu duga jadi engineer lah,” jawab Iman akhirnya. Iya-
iya aje nak buat part ‘Biarlah Rahsia’ tadi.
Mata Hajah Maimon kembali bersinar. Alhamdullilah.
Semoga dipermudahkan segala urusan anaknya itu nanti.
Iman pun sudah hampir enam bulan menanam anggur di
rumah. Kalau sudah bekerja bagus juga. Tak adalah Iman
pergi mengulat merata-rata tempat. Lagipun, Iman dah besar.
Dah tamat belajar. Memang patut Iman bekerja.
“Dah siap baju, seluar semua ke? Pergilah beli baju
baru. Baru semangat nak datang temu duga nanti,” soal
Hajah Maimon bertanya girang kepada Iman.

99
Iman Suraya

Memang dia paling gembira. Masa Adam hendak


pergi temu duga dulu pun dia macam ni jugak. Macam hari
raya. Siap beli persalinan baru lagi. Dan, dia pun tak berhenti-
henti berdoa kepada Tuhan agar memudahkan segala urusan
anak-anaknya. Kali ini, turn Iman pulak.
“Baju kan banyak bu.” Iman menjawab.
Setakat datang temu duga. Penting sangat ke pakai
baju baru. Baju dalam almari tu pun melambak-lambak. Tak
pun. Boleh selongkar wardrobe Abang Adam. Dia mesti
banyak baju kemeja ala-ala skema gila tu. Pinjam ajelah.
Rembat barang sehelai dua pun, bukannya Abang Adam
perasan. Lainlah kalau Amelia... ops... I’m sorry, Kakak
Amelia rajin sangat hari-hari pergi kira kemeja yang suami
dia pakai.
“Isy... mana boleh macam tu. Temu duga tu
penting. Kat situ orang nak menilai diri kita,” balas Hajah
Maimon.
Iman ni memang macam tu. Suka tak ambil kisah.
Buat endah tak endah. Kalau boleh soal kerja, Hajah Maimon
mahu Iman lebih serius. Iman bukan budak kecil yang sampai
benda yang mudah macam ni pun kena bagi penerangan A
sampai Z.
“Yelah bu. Tapi ibu sponsor la. Iman tak ada kerja
lagi. Mana nak ada duit nak pergi shopping baju baru.” Iman
mengalah. Dalam mengalah pun sempat lagi dia pergi ketuk
ibunya. Memang pun. Orang yang tak kerja manalah ada duit
nak shopping baju baru. Ibu yang suruh. Ibulah yang kena
melabur.
“Yelah. Kamu ni. Ada-ada aje. Nanti ajak Abang
Adam temankan. Dia mesti tau, baju apa yang kamu nak
pakai nanti. ”

100
Areila Sahimi

Iman mengeluh perlahan. Alahai bu.. takkan nak


shopping baju kemeja kerja pun nak Abang Adam temankan.
Macamlah dia tak tau nak bezakan baju orang nak pergi kerja
dengan baju orang nak pergi... ermm... pergi bersukan.
Hentam ajelah Iman. Dah pening dengan ibu. Sikit-sikit
Abang Adam. Sikit-sikit Abang Adam.
“Tak payahlah ibu. Iman taulah nak pergi sendiri.”
“Nanti baju yang entah apa-apa yang kamu beli.”
Hajah Maimon bersuara apabila usulnya tadi ditolak.
“Tau bu. Iman tau.”
“Ibu!!!” Suara Umairah tiba-tiba bergema satu
dapur. Terpacul wajah Maira di pintu dapur.
Iman menoleh. Anak dara apalah ni. Mau terkejut
bakal mak mertua kalau menantu duk menjerit kat dapur
tiba-tiba macam ni. Dan tiba-tiba.... Idea!!!
“Iman pergi dengan Maira ajelah.” Iman berkata
kepada ibu.
“Maira teman abang ek. Kita pergi shopping.” Dia
beralih pula pada Maira.
Maira yang sedang menuju ke peti ais tiba-tiba mati
langkah.
“Shopping?” Dia bertanya. Macam tak percaya. Biar
betul. Abang Iman ajak aku keluar shopping dengan dia,
desis Umaira.
Tak pernah dibuat sebelum ni abang yang sorang ni
nak beramah mesra dengan adik bongsu dia. Ini apahal ni.
Ada tertelan apa-apa ubat yang buat hormon Abang Iman jadi
tak seimbang ke petang-petang macam ni. Sudahlah tadi
masa terserempak di tangga rumah macam nak tergelak pun
ada bila tengok rambut Abang Iman dah jadi ala-ala budak

101
Iman Suraya

sekolah. Maira patah balik ke belakang. Tak jadi ke peti ais.


Kerusi meja makan ditarik. Dia duduk bersebelahan ibunya.
“Yelah. Temankan abang. Nanti abang belanjalah
makan,” kata Iman rendah. Nak ajak pergi shopping pun
Maira boleh buat muka pelik. Bukannya ajak pergi terjun
bangunan pun.
“Shopping apa?” Maira bertanya lagi.
“Temankan Abang Iman pergi shopping baju kerja.
Dia nak pergi temu duga,” sampuk Hajah Maimon pula.
Dulang berisi kuih gula Melaka yang sudah siap digentel
dibawa ke dapur. Air di dalam periuk telah pun mendidih.
Kuih tadi dimasukkan satu per satu ke dalam air yang sudah
mendidih panas.
Maira memandang abangnya. Memandang dengan
dahi yang berkerut.
“Abang Iman interview kerja apa?”
“Engineer,” jawab Iman sepatah. Jari-jemarinya
bermain dengan adunan kuih yang sengaja ditinggalkan
sedikit. Macam main tanah liat pulak.
“Wah!!!” Maira tersenyum bangga.
Yelah. Siapa tak bangga. Dalam rumah ni. Ada dua
orang jurutera. Abang Adam pun jurutera jugak. Tapi Abang
Adam jurutera mechanical di sebuah kilang yang boleh tahan
besar jugaklah dekat Shah Alam tu. Ni Abang Iman pulak.
Sorang lagi jurutera kalau dia lepas lah temu duga tu nanti.
Maira tersengih sendiri apabila mengenangkan abang-
abangnya yang sudah memeterai perjanjian damai.
Alhamdullilah. Kalau tak. Mendung semacamlah keadaan
dalam rumah ni kalau dua-dua ada kat rumah.
“Tak payahlah buat muka macam tu. Nak teman ke

102
Areila Sahimi

tak nak ni?” Iman bertanya. Mahukan keputusan terakhir dari


Umairah.
“Okey.” Maira mengenyit mata.
Hajah Maimon meletakkan kuih gula Melaka yang
sudah siap dimasak ke atas meja makan. Kuih gula Melaka
yang sudah digaul dengan parutan kelapa muda. Umairah
memandang pelik kuih gula Melaka di hadapan mata.
“Bu, apasal kuih ni ada besar ada kecik ni. Dah lah
tu, besar-besar gedabak pulak,” tanya Maira. Yelah. Macam
bola golf aje besarnya. Biasa kalau kuih ni, comel-comel aje
orang pergi gentel.
“Tu pergi tanya Abang Iman. Dia yang gentel sampai
jadi bola golf,” balas Hajah Maimon.
Pecah ketawa Maira. Bakal jurutera, mana tau nak
buat kuih. Nak jugak tunjuk skil kat dapur. Fail. Memang
fail. Iman yang bangun terus menuju ke singki. Mencuci
tangan. Sebelum dia bergerak ke ruang tamu, tocang
Umairah ditarik nakal.
“Oucchhh!!!” jerit Maira.
“Ibu tengok abang...” Maira merengek manja.
Hajah Maimon tidak ambil pusing.
“Buat air. Nanti bawak kuih ni ke depan.” Segera
Hajah Maimon berlalu meninggalkan Umairah sorang-sorang
di dapur.
Umairah mengetap bibir. Memang kalahlah macam
ni bila anak bongsu lelaki ibu yang sorang tu dah balik.
Hesy... dia akur juga kemudian pergi menjerang air di dalam
cerek elektrik. Buat air Nescafe susu seperti biasa untuk
minum petang. Ayah pun sikit lagi akan balik dari masjid.

103
Iman Suraya

Bab 10
“S
AYA nak tau apa sakit saya
doktor?” Azim bertanya
kepada Doktor Syafiq yang
merawatnya. Sudah seminggu dia menerima rawatan di situ,
masakan sampai sekarang pihak doktor tidak tahu apa
penyakit yang dia alami. Dia cuma sakit kepala. Apa kes sakit
kepala sampai boleh kena tinggal di hospital selama seminggu
pulak!
Doktor Syafiq merenung wajah sugul pesakitnya.
Kemudian dia merenung kembali laporan kesihatan Azim di
tangan. Pemeriksaan rapi telah dibuat ke atas Azim. Dan dia
sudah ada jawapan untuk penyakit Azim itu. Tetapi, perkara
yang paling berat sebagai seorang doktor adalah terpaksa
memberitahu penyakit yang dihidapi oleh pesakit itu. Apatah
lagi, penyakit Azim amat kronik.
“Saya harap Encik Azim dapat bersabar dengan apa
yang akan saya katakan ini,” balas Doktor Syafiq. Dia harus
profesional walaupun lidah terasa berat mahu mengatakan
yang hayat Azim tidak lama.

104
Areila Sahimi

Azim melihat wajah Doktor Syafiq yang masih


tenang tidak berkocak.
“Apa sakit saya doktor?” tanya Azim lagi. Dia tidak
betah untuk tinggal di sini lagi. Dia tidak betah untuk terus
dicucuk dengan jarum. Dia tidak betah untuk hari-hari
makan ubat. Dan... dia tidak betah melihat Suraya datang ke
sini dengan wajah yang sedih setiap kali melihat keadaannya
yang terlantar di katil hospital. Dia harus segera pulang.
Banyak yang perlu diselesaikan. Tentang tanggungjawab di
sekolah. Tentang persiapan perkahwinan. Semuanya perlu
diberi perhatian dengan segera. Emak pun sudah seminggu
berkampung di sini. Tentu kalau boleh emak pun ingin
segera pulang ke rumah.
Doktor Syafiq menarik nafas dalam-dalam sebelum
bersuara.
“Encik Azim menghidap penyakit barah otak
peringkat akhir,” ucap Doktor Syafiq lancar dengan satu
nafas.
Hampir luruh jantung Azim mendengarnya. Ya
Allah. Betapa besarnya dugaan yang engkau galaskan di
bahuku ini.
“Apa cara yang saya boleh buat untuk sembuh
doktor?” Azim bertanya. Lirih. Ada getar. Dan air mata
lelakinya tumpah ke bumi.
Doktor Syafiq hanya mendiamkan diri untuk
seketika. Dia faham apa perasaan pesakitnya itu sekarang ini.
“Encik Azim hanya boleh bertahan dalam jangka
masa tiga ke enam bulan sahaja lagi,” ujar Doktor Syafiq
berhati-hati.
Bagai halilintar membelah bumi dirasakan, saat
mendengar perkataan ‘bertahan’ dari mulut Doktor Syafiq.

105
Iman Suraya

Azim meraut wajahnya dengan telapak tangan. Dia reda jika


ini yang Tuhan turunkan untuk dia sebagai hamba di muka
bumi ciptaan-Nya. Dia pasrah andai ini yang terpaksa dia
hadapi. Tetapi, bagaimana dengan emak. Bagaimana dengan
abang. Dan... bagaimana dengan Suraya? Bagaimana
penerimaan mereka semua?
“Doktor...” panggil Azim perlahan.
“Saya.”
“Saya harap doktor dapat rahsiakan penyakit saya
dari pengetahuan ahli keluarga dan tunang saya.”
“Tapi...”
“Tolong doktor. Saya tak nak melihat mereka semua
bersedih. Saya tak mahu mereka semua simpati pada saya,”
terang Azim. Apa-apa pun, biarlah dia sendiri yang
memberitahu semua ini. Itu pun jika dia sudah bersedia.
Doktor Syafiq tidak ada pilihan. Dia mengangguk
lemah. Azim bangun dari duduknya. Terus melangkah longlai
keluar pintu bilik Doktor Syafiq. Kemudian dia berpaling
seketika.
“Saya nak keluar dari sini,” katanya.
“Tapi...”
“Saya nak keluar doktor. Biar saya habiskan hayat
saya di rumah saya sendiri. Bukan di sini,” balas Azim. Kaki
terus melangkah keluar. Dia perlu berkemas. Dia perlu
pulang.

106
Areila Sahimi

“ASSALAMUALAIKUM...”
“Waalaikummussalam.” Suraya memandang Azim
yang sedang sibuk berkemas.
“Awak dah boleh keluar ke?” Dia bertanya.
Azim tidak menjawab. Dia hanya mengangguk
perlahan. Tangannya masih lagi memasukkan baju-baju yang
sudah siap dilipat ke dalam beg.
“Dah sihat?” tanya Suraya lagi. Lembut. Azim
menghalakan pandangan ke arah Suraya.
“Sudah.” Dia menjawab ringkas.
Suraya menghela nafas lega. Alhamdulillah. Syukur.
Gembira rasanya apabila Azim sudah sihat. Dah seminggu
Azim duduk di hospital, tentu Azim pun sudah bosan. Tetapi
sampai sekarang, Suraya pun tak tau, apa sakit Azim yang
sebenarnya.
“Doktor ada bagi tau, awak sakit apa?”
“Migrain biasa,” tipu Azim. Dia tidak akan
memberitahu perkara ini kepada Suraya. Belum masanya
lagi.
Suraya mengangguk perlahan.
“Tulah awak. Banyak sangat fikir. Bila dah kena
macam ni, siapa yang susah? Saya... jugak.” Suraya
berseloroh. Saja nak menimbulkan suasana gembira hari ini.
Suraya membantu memasukkan termos minuman ke dalam
bakul kecil. Tuala Azim dilipat dan diletakkan sekali bersama-
sama termos tadi.
Azim hanya membatukan diri. Dia hanya
memerhatikan Suraya. Tangan Suraya berhenti bekerja
apabila dia perasan dengan renungan mata Azim.
Aikk... salah ke apa aku cakap tadi? Ermmm...

107
Iman Suraya

Suraya menimbang-nimbang di dalam kepala. Kenapa Azim


pandang macam tu. Nak kata apa dia cakap tadi salah, dia pun
tak perasan apa yang dia cakap tadi. Rasa macam cakap biasa-
biasa aje. Macam cakap dengan Azim selalu. Gamaknya orang
sakit ni mungkin mudah tersentuh kut. Cepat sangat
touching pada apa yang orang keliling kata.
“Azim, kalau Sue salah cakap, sorrylah. Sue tak
sengaja.” Suraya memukul lembut mulutnya. Tulah. Kerana
pulut santan binasa, kerana mulut padan muka Azim buat
tak layan aje.
Azim menghadiahkan senyuman untuk Suraya. Dia
menggeleng perlahan.
“Awak tau, kan. Saya suka awak yang macam ni.
Awak tak hipokrit. Awak jadi diri awak yang sebenarnya. Tu
sebab saya sayangkan awak,” balas Azim. Masakan dia perlu
tunjuk perasaannya saat ini kepada Suraya. Dia tidak mahu
kantoi di awal-awal begini. Dan kalau boleh, sikit pun dia
tidak mahu Suraya sedih dengan apa yang dia tanggung.
Suraya tersengih. Tersengih gaya orang malu-malu
kucing. Lembutnya Azim ni bercakap. Memang bertuah
badan jumpa lelaki macam Azim ni.
“Sue sayang Azim.” Suraya berkata cepat-cepat.
Satu nafas tanpa henti. Terang dan jelas.
Azim mengangguk.
“Tau.”
Kemudian pecah ketawa mereka berdua.
“Dah siap?” Suara Abang Norman yang tiba-tiba
muncul di muka pintu bilik mematikan ketawa Suraya dan
Azim.
“Dah,” jawab Azim.

108
Areila Sahimi

Norman membantu Azim membawa beg


pakaiannya. Sempat dia mengerling ke arah Suraya. Suraya
buat-buat tak nampak. Dia buat muka bila kena kerling
macam tu. Di belakang Norman dan Azim yang sudah
bergerak ke hadapan dia mengetap bibir. Hesy... mamat ni.
Pantang tengok Romeo dengan Juliet tengah syok-syok dia
pulak boleh muncul kat tengah-tengah ni. Jadi extra yang
mengacau daun.
“Sue nak Abang Man hantarkan Sue balik sekali?”
Norman bertanya apabila mereka sudah sampai ke tempat
parking kereta.
Suraya menggeleng perlahan.
“Tak payahlah. Sue drive kereta abah hari ni.”
Suraya menolak. Selamat.... Nasib hari ni dia terdetik nak
pinjam kereta abah. Kalau tak mahunya kena naik sekali satu
kereta dengan Abang Norman. Tak rela I.
Norman menjongket bahu. Suraya dan Azim
dipandang sekilas sebelum dia masuk ke dalam perut kereta.
Suraya dan Azim diberi ruang seketika untuk berbicara
sesama mereka. Dia pun tau jugak etika bila jadi orang yang
berada kat tengah-tengah pasangan yang bercinta. Takkan
nak menyibuk mencapap kat tengah-tengah diorang. Dia
suka Suraya. Boleh juga dikatakan dia pun sayang Suraya.
Tapi Suraya, Azim punya. Dia tidak tergamak mahu
mengambil kepunyaan adik sendiri. Biarkanlah.
“Sue, saya nak terus balik Putrajaya ni,” beritahu
Azim.
Suraya mencebik. Dia memandang Azim.
“Takkan cepat sangat....” Dia berkata manja.
“Sue, saya dah lama duduk kat sini. Saya dah malas
nak susahkan Abang Norman, emak dan awak Sue.”

109
Iman Suraya

“Sue tak pernah pun rasa susah sebab Azim tau.


Abang Norman tu bukan ke abang Azim? Takkan dengan
adik sendiri pun dia nak merungut susah.” Suraya bagai
membebel satu ribu patah perkataan. Mulutnya pot-pet-pot-
pet tanda tak puas hati. Mulut Suraya sudah menjuih.
Panjang sedepa. Muka yang tadi manis terus jadi masam
mencuka. Bagai baru kejap tadi dia pergi telan sebotol cuka
Cap Tamin. Dia memeluk tubuh. Dia nak merajuk. Azim ni
tau. Memang tau. Suka macam tu tau. Extralah dua tiga hari
kat sini lagi. Biar betul-betul sembuh. Dia pun senang nak
datang melawat. Kalau dah balik Putrajaya tu nanti, takkan
nak datang melawat hari-hari. Nak tidur rumah parents Azim
kat sana mesti segan gila. Abah pun mesti awal-awal akan
tolak usul yang akan dikemukakan untuk bermalam di rumah
keluarga Azim. Abah bukan suka. Abah tu straight gila pada
benda yang abah tak suka. Nanti pasti sahaja abah akan kata
nak jadi anak dara apa sibuk memerap rumah keluarga lelaki
yang belum menjadi keluarga sendiri. Kalau sudah jadi suami
isteri abah sendiri sanggup menghantar Suraya ke sana
kerana di situlah tempat Suraya kelak. Itu kelak punya cerita.
Bukan sekarang punya cerita.
“Sue janganlah macam ni. Banyak benda saya kena
siapkan kat sana.” Azim memujuk lembut.
“Jauh di mata dekat di hati, kan...” sambung Azim
lagi cuba berjenaka. Matanya dikenyitkan.
Suraya menggigit bibir bawah. Ni ar yang buat kan
teman sayang bebenor dengan miker (awak) ni Azim. Isy...
malunya kena pujuk macam tu. Hati Suraya berbunga
gembira walaupun dia memang tak berapa nak bergembira
bila Azim bagi tau nak balik Putrajaya terus. Ingat bila Azim
dah sembuh boleh ar jugak ajak dia pergi pekena laksa kat
Taman Polo sambil menghirup udara nyaman kat situ. Dia

110
Areila Sahimi

tahu Azim memang berkenan sangat dengan laksa buyung


yang dijual di Taman Polo itu.
“Tak apalah. Nak buat macam mana, kan.” Lemah
tanpa nada Suraya menuturkannya. Sebenarnya Suraya
memang tak ikhlas pun nak sebut perkataan ‘tak apa’ tu.
Macam dah menyerah kalah aje bunyinya.
“Nanti saya telefon bila dah sampai sana.”
Suraya mengangguk.
Azim membuka pintu hadapan. Cermin diturunkan
separuh.
“Jaga diri ye.” Sempat dia berpesan.
Suraya sekadar mengangguk sahaja. Kereta Abang
Norman sudah keluar dari parking. Dan terus memecut laju.
Suraya hanya menghantar dengan pandangan mata. Setelah
bayang-bayang kereta Abang Norman hilang, tangan kanan
menyeluk ke dalam saku belakang jeans yang dipakai. Telefon
bimbit dikeluarkan. Pantas jari-jemari mencari nama Anne
di dalam directory.
“Helo... jom teman aku!” Suraya berhenti sejenak.
Memberi ruang orang di hujung talian sana pula bercakap.
Seketika dia mengangguk. Kemudian mencebik.
“Jomlah... inilah kawan. Time aku tengah
keseorangan tak ada sorang pun nak tolong temankan. Nak
tolong hiburkan hati yang sedang berduka nestapa ni.”
Berdramalah pulak. Over acting. Melebih-lebih. Biarkan. Biar
Anne jadi serba salah. Dan itu memang point Suraya. Tak
sampai setengah minit Suraya berdrama tadi, bibirnya
menguntum senyum segaris. Nampaknya lakonan tampak
berkesan dan sudah menjadi.
“Tempat biasa. Pekena laksa buyung kat Taman

111
Iman Suraya

Polo.” Setting port. Port biasa kalau teringin nak makan laksa
Penang yang boleh dikatakan famous jugak dekat Ipoh.
“Aku belanja.” Putus Suraya lagi.
“Okey. Chow!” Talian dimatikan. Segera Suraya
melangkah ke kereta abah yang diparkir di belakang hospital.

112
Areila Sahimi

Bab 11
“A
BANG IMAN dah betul-betul
okey ke dengan Abang
Adam?” Maira bertanya
ketika mereka baru sahaja sampai ke pusat membeli-belah
Mines, Seri Kembangan.
“Apasal Maira tanya macam tu?” Iman bertanya
balik. Umairah ditenung sekilas sebelum dia melangkah ke
butik Orlando yang menjual pelbagai pakaian lelaki.
“Tak adalah. Dulu-dulu tu ingat Maira tak tau cerita
ke?”
Iman membelek-belek kemeja yang bergantung.
Ermmm... warna biru macam pengawas sekolah. Warna hijau
macam nak pergi sekolah rakyat. Warna pink... er... yuhuu...
tak sesuai. Warna apalah yang nak pakai ni. Memang tak tau.
“Ini okey tak?” Iman meminta pandangan Umairah.
Sehelai kemeja berwarna oren dikeluarkan dari penyangkut.
“Hesy… sakit matalah.” Umairah memberi komen.
Apa punya taste entah. Ada ke nak pergi temu duga pakai
baju yang gila punya terang macam ni. Ini bukan nak pergi

113
Iman Suraya

tengok konsert Zahid yang ala-ala ‘yang-oren-bangun-yang-


oren-bangun’ tu. Umairah menggeleng kepala. Tangan dia
turut sama mencari-cari kemeja yang sesuai untuk abangnya
itu. Banyak pilihan. Tapi dia pun tak tau mana satu yang
sesuai. Dia pun mana pernah pergi beli baju kemeja lelaki.
“Abang Iman ada rasa something-something lagi ke
dengan Kak Melia?” Umairah bertanya lagi.
Dia nak korek habis-habisan. Hal dulu-dulu dia
memang tau. Tapi tau sekadar dari mulut ibu. Ibu pun tak
ada maknanya nak cerita semua. Mesti ada benda yang ibu
tak ceritakan jugak. Alang-alang dah ada dengan tuan punya
badan baik tanya sendirilah. Lagi puas hati.
Iman yang masih sibuk membelek-belek baju yang
terdapat di butik ini terdiam sejenak.
“Sejak bila Maira jadi wartawan ni? Semua benda
nak ambil tahu,” getus Iman.
Umairah tersengih apabila kena sindir macam tu.
Adakah dia terlalu straight to the titik bila pergi tanya direct
macam tu kat Abang Iman. Rasanya tak. Apa salah ke benda
yang dia tanya tu. Dia pun nak jugak tau. Apa benda yang dah
berlaku yang dia tak tau lagi. Dia pun kena tahu jugak selagi
dia duduk satu rumah dengan insan-insan ini. Tak naklah
nanti dia jadi terpinga-pinga tak tau apa-apa kalau ada apa-
apa jadi kat dalam rumah tu. Dia dulu pun dahlah sibuk
memanjang dengan kuliah. Sekarang ajelah yang okey sikit
sebab dah grad. Harap time macam ni ajelah boleh korek
cerita. Update story.
“Kita kan ke adik-beradik. Takkan benda macam tu
pun nak berahsia.” Umairah cuba berdiplomasi dengan cara
tersendiri. Dia pun ada skil jugak macam mana nak korek
cerita orang sampai ke dalam.

114
Areila Sahimi

“Abang Iman tak layak ke untuk Kak Melia?” Iman


balik bertanya. Dia tak menjawab soalan Umairah sebaliknya
dia pulak yang mengajukan soalan pada Umairah.
“Tu kan ke kakak ipar kita,” balas Umairah rendah.
Iman hanya ketawa kecil mendengar jawapan tak
beremosi, tak ada nada, rendah aje dari Umairah itu. Apa ke
benda entah soalan dia pergi tanya dekat Maira tu tadi.
Budak ni bukan tau apa-apa pun.
“Yang ini okey tak?” Iman menunjukkan sehelai
kemeja berwarna hitam.
Umairah tersengih lagi. Hitam. Hitam itu menawan.
Hitam lambang keunggulan. Cantik. Sangat-sangat maskulin
walaupun warna hitam ni nampak macam nak pergi ziarah
orang mati aje. Tapi boleh aje.
“Cubalah dulu. Tengok sesuai ke tak. Try sekali
dengan tie warna merah ni.” Umairah mencapai sehelai tali
leher sutera kosong berwarna merah di tempatnya. Lalu
dihulurkan kepada abangnya itu.
Iman memandang tali leher di tangannya. Amboi...
merahnya mak ngah. Dia ikutkan jugak cita rasa adik bongsu
yang sorang ni. Merah ni warnanya terang. Kalau dia pening
masa temu duga nanti. Jawab yang bukan-bukan. Lepas tu
fail. Umairah akan dia persalahkan. Hesy... sampai ke situ
pulak. Tak patut... tak patut. Tak pasal-pasal nak menyalahkan
orang lain. Iman masuk ke dalam fitting room. Mencuba
kemeja dan tali leher merahnya mak ngah tadi. Seketika
kemudian dia keluar.
Umairah sudah bersedia dengan sehelai slack
berwarna hitam di tangan.
“Pakai ni sekali.” Dia memberi seluar slack berwarna
hitam itu.

115
Iman Suraya

Iman ikut aje apa yang imej consultant tak bergaji


ni suruh buat. Dia ambil slack tadi. Masuk semula. Dan
menyalin semuanya. Apabila sudah lengkap dengan slack,
kemeja sudah dikemaskan ke dalam seluar, tie sudah siap
diikat sekali lagi dia keluar.
“Okey tak?” Iman bertanya.
Umairah menarik senyum segaris. Baru perasan.
Abang Iman kalau pakai kemas-kemas macam ni, dengan
rambut baru dia lagi tu, tanpa sebarang aksesori mengarut
tu, boleh tahan kacak bergaya sungguh orangnya.
Errrmmm… patutlah dulu aweks-aweks keliling pinggang.
Memang handsome. Ini kalau rekomen kat budak-budak satu
U ni, memang laku ni.
“Perfect.” Sepatah Umairah memberi komen.
Iman tersenyum.
“Okey. Jom!” Iman menarik tangan Umairah.
Umairah brek pakai kaki.
“Eh... sat, sat. Nak pergi mana?” Dia bertanya pelik.
“Pergi bayarlah.”
Umairah menepuk dahi. Hatoii... abang aku yang
sorang ni. Kalau ye pun seronok dapat baju baru pergilah
salin dulu. Takkan nak scan harga baju kat badan dia kut.
“Salinlah dulu.” Sela Umairah.
Iman yang baru terperasan terus ketawa. Belum
apa-apa dah pening lalat dengan warna tie yang Maira pilih
ni. Dia masuk kembali ke dalam bilik persalinan tadi.
Umairah hanya menggeleng kepala melihat
abangnya. Harap Abang Iman boleh luluslah temu duga tu
nanti. Preparation tip-top. Top to toe semua baru. Kalau tak
lepas jugak, tak tau nak cakap lagu mana dah.

116
Areila Sahimi

“ABANG IMAN...” Umairah memanggil panjang. Iman hanya


buat tidak tahu. Dia masih mengunyah Pizza Hut.
“Abang Iman...” panggil Umairah lagi. Dia mengetap
bibir bila orang kat depan dia ni sedap aje makan piza dan dia
kat sini dibuat macam tak ada aje.
“Abang Iman!!!” panggil Umairah lagi. Sedikit kuat.
Hampir tersedak Iman bila disergah Umairah
macam tu. Nasib tak tercekik.
“Tak boleh ke tolong suspect sikit orang yang
tengah makan ni.” Sengaja Iman mengguna pakai perkataan
‘suspect’ tu. Alah... Umairah tu budak universiti. Dari darjah
satu pergi sekolah. Takkanlah tak tau suspect tu sebenarnya
nak guna untuk respect. Saja pinjam lawak Senario sekejap.
Sekali lagi Umairah mengetap bibir. Banyaklah
Abang Iman punya suspect. Ingat dia ni tunggul kayu ke.
“Orang dah panggil elok-elok pesal tak nak
menyahut?” sela Umairah sambil merungut-rungut.
Iman hanya ketawa di dalam hati melihat memek
muka Umairah yang dah berkerut-kerut.
“Ye adikku sayang. Intan payung. Ada apa panggil
abang macam tu. Nak kasi abang mati tercekik sebab makan
piza ke?” Iman berkata lembut. Sekejap kepalanya dilentok
ke kiri. Kejap ke kanan. Macam daun pokok kelapa kena tiup
angin laut. Macam gaya-gaya gedik manja kakak-kakak
make-up artis yang ala-ala tu. Iman Radhiff yang gagah
perkasa tiba-tiba jadi lembut gelang patah macam tu. Tiba-
tiba aje dia jadi adik-adik. Kalau ayah ada kat sebelah sah dia
kena luku. Bikin malu ‘brand’ Hashim Manaf aje!
Umairah terus ketawa sambil memegang perut
dengan lawak yang abangnya buat. Kalau kat rumah ni dah

117
Iman Suraya

tentu gelak terguling-guling. Nasib aje sekarang kat tengah-


tengah Pizza Hut.
“Sejak bila Abang Iman pandai buat lawak-lawak
antarabangsa yang memang lawak gila ni?” tanya Umairah
dengan tawa yang masih bersisa.
Setahu Umairah, dulu-dulu Abang Iman memang
jenis kepala tiga suku, macam tak berapa nak betul jugak.
Pak lawak yang memang kerjanya duk buat lawak aje. Cuma
yang buat Abang Iman jadi macam senyap sikit, semenjak
Abang Adam dan Kak Melia kahwinlah. Tu yang pelik. Balik
aje dari oversea terus Abang Iman bertukar paksi. Jadi orang
lain. Nampaknya sekarang, keadaaan memang dah back to
normal. Abang Iman dah memang berada di landasan yang
betul. Berpaling dan kembali ke paksi asal sebagai seorang
Iman Radhiff Hashim Manaf.
“Abang Iman ada gaya buat lawak ke tadi?” Iman
buat-buat tanya.
“Yelah. Ingat dah tak reti nak buat lawak macam tu
lagi.”
Iman tersenyum. Faham maksud Umairah. Alah...
Iman Radhiff, kan. Setakat frust sekejap-sekejap tu adatlah.
Tapi sekarang keadaan dah terkawal. Dia pun dah boleh
control feeling pada Amelia sebab dia nak jadi Iman Radhiff
yang baru. Yang dah berubah walaupun ada certain-certain
part yang dia patut kekalkan. Macam yang Umairah cakaplah.
Pandai melawak. Tu memang bakat semula jadi. Walaupun
ada lawak yang dia buat tu lawak bodoh, lawak kotor, tapi
selagi masih dalam kelompok lawak, boleh buat orang gelak
apa ada hal dengan bodoh, kotor semua tu, kan.
“Abang Iman patut join Raja Lawak tau.” Umairah
menyambung lagi.

118
Areila Sahimi

“Malaslah. Nanti pelawak-pelawak kat Malaysia ni


tak boleh cari makan. Maklumlah, Abang Iman kan ke full
package. Ada talent. Muka hensem.” Iman kembang hidung.
Ketawa Umairah mati. Ek eleh... mula la kembang.
Ni mesti ambil masa nak kempis balik dia punya kembang tu.
Pantang dipuji, mula perah santan.
“Poyolah,” getus Umairah geram. Segera dia
menghabiskan piza yang tinggal lagi sepotong tu. Abang
Iman memang hantu piza. Set regular yang dipotong enam
ini Abang Iman makan empat. Dia makan dua aje. Sabar
ajelah.
“Makan cepat. Nak balik ni. Ayah nak pakai kereta
petang ni,” arah Iman. Sebelum keluar tadi awal-awal ayah
dah pesan jangan balik lambat. Dia nak pakai kereta pergi ke
masjid. Nak tak nak memang kena ikutlah. Insya-Allah, kalau
sudah kerja nanti, dah ada gaji sendiri dia pun berhajat nak
pakai kereta sendiri jugak. Biarlah pakai yang biasa-biasa aje
pun tak apa. Dia bukan kisah pun. Takkan asyik nak pinjam
kereta ayah aje. Ayah memang dah pencen. Dah tak kerja.
Tapi ayah guna jugak kereta dia tu untuk pergi ke masjid
dengan bawak ibu ke pasar. Nak pinjam kereta Abang Adam.
Errr... takutlah nak drive Camry dia tu. Buat tercalar sikit
nanti, teruk kena bambu. Hakikatnya Iman tahu, Abang
Adam bukan fesyen orang macam tu. Berjaga-jaga lebih baik
sebelum terkena.

119
Iman Suraya

Bab 12
“O
ITTT!!!” Suraya tersentak
dengan sergahan dari
belakang itu. Hai… ini
macam tempah tiket nak kena tangan free aje ni. Main kejut-
kejut macam tu. Tak ke kencing manis kalau kena macam ni
selalu. Nak kena betullah Si Anne ni.
“Kau ni tak tau nak bagi salam dah ke Anne?”
marah Suraya. Dia memang tak suka kena sergah macam tu.
Sesak nafas. Tu belum lagi kalau dia termelatah berterabur
itu ini.
Annisa hanya ketawa. Alah mak cik ni. Macam tak
biasa kena sergah macam ni pulak.
“Assalamualaikum....” Annisa memberi salam
berserta senyuman melirik. Tangan kanannya dibawa ke dahi
sambil kepala ditunduk sedikit.
“Waalaikummussalam,” jawab Suraya mendatar
tanpa nada.
“Apahal muka monyok semacam ni. Anak kucing
baru lepas mati ke?” Annisa bertanya.

120
Areila Sahimi

Memang dia perasan, semenjak dua menjak ini


Suraya macam stres semacam. Tak tau apa masalahnya.
Selalu muka Suraya memang hari-hari ceria. Sekarang ni,
sugul semacam. Tu sebab kena sergah macam selalu tu pun
dia boleh melenting.
“Kau ni janji pukul berapa. Datang pukul berapa,”
ujar Suraya. Jam tangan Adidas berwarna hitam bermuka
besar itu, ditala dekat-dekat mata Annisa.
“Ooo… apahal ni?” Annisa membelakangkan
sedikit mukanya. Macam dia buta tak nampak jam tangan
Suraya yang besar gedabak tu.
“Anei!!!” panggil Annisa lagi sebelum Suraya sempat
membuka mulut menjawab pertanyaannya tadi.
“Sat ek Sue. Bagi aku order dulu.” Annisa tersengih
memandang Suraya.
“Ya adik manis. Mau makan apa? Semua ada,” tanya
anei mapley Nasmir agak ramah.
Suraya hanya tersengih apabila menerima layanan
ramah mesra dari anei mapley Nasmir ni. Bagus betul tokei
mapley Nasmir ni. Pandai dia train mamat Madras ni layan
customer. Dahlah pandai cakap bahasa Melayu.
“Teh o ais laici satu. Roti tisu kon besar tutup muka
satu,” pinta Annisa.
Itu memang favourite dia. Teh O ais laici memang
kena dengan tekak yang kering ni. Roti tisu kon besar tutup
muka ni memang special. Punyalah besar roti tisu kon yang
mamak tukang buat roti canai ni buat. Dia pun kalau keluar
dating dengan abang tersayangnya memang selalu pesan
menu ni. Romantik gila makan roti tisu besar ni, sambil
tengok air pancut kat sini. Patahkan sikit-sikit. Jimat pun
jimat. Satu roti tisu boleh share dua.

121
Iman Suraya

“Sambung cerita Sue.” Annisa memberi laluan


kepada Suraya setelah anei ambil order tadi berlalu.
“Aku ingat kau dah tak minat nak tau cerita aku.”
Suraya berkata mendatar. Pandangannya dilempar jauh di
tengah Sungai Kinta yang mengalir.
“Apahal ni Sue. Kau ni. Lain macam aje. Jangan
buat aku serba salah.”
Suraya memandang Anisa semula.
“Aku tengok Azim dah lainlah.”
Annisa mengerut dahi.
“Lain?” Dia bertanya sepatah.
Suraya mengangguk.
“Lain macam mana?” Annisa bertanya lebih lanjut.
“Dia lain. Lepas aje dia keluar hospital bulan lepas,
terus senyap. Aku boleh kira tau, berapa kali aje dia mesej
aku. Berapa kali dia call aku.”
“Kalau dia tak mesej kau, tak call kau, kau lah
pulak mesej dia. Call dia. Habis cerita.”
“Tu aku tau. Tapi kalau mesej aku dia tak reti nak
reply. Call aku dia tak reti nak jawab. Tu sape nak explain.”
Annisa menjuling mata ke atas. Ooo... itu kisahnya.
Bunyi macam berat aje ni. Dia orang berdua ni berdarah
manis. Macam-macam boleh jadi.
“Dia busy kut. Sekarang ni kan ke musim budak-
budak periksa. Kau kena faham.” Annisa cuba memberi
jawapan yang terbaik. Takkan nak dicurah minyak petrol
pulak ke dalam api yang panas. Tau sangat. Suraya tu mesti
tengah berapi. Mambang api dah naik sheh. Kalau tak, dia
takkan cakap macam ni. Serius semacam.

122
Areila Sahimi

Suraya menimbang-nimbang. Jawapan Annisa


boleh pakai. Tapi dulu Azim boleh aje call. Mesej. Siap turun
Tanjung Malim sekali semasa dia di UPSI dulu. Apasal
sekarang payah sangat.
“Aku rasa dia ada perempuan lainlah.” Suraya mula
syak wasangka. Perubahan terlalu drastik. Biasa kalau lelaki
dah jadi macam ni, maknanya dia memang pasang spare tyre
lah. Itu ikut dari sejarah pengalaman kawan-kawan dulu.
“Hesy... kau ni Sue. Takkan sampai ke situ. Kau tu
fikir banyak sangat. Tenang ajelah.”
“Kau tak faham Anne. Kita orang tak macam
korang. Kau dengan Faiz satu bendera. Satu negeri. Satu
daerah. Satu kawasan. Satu kampung. Satu tempat tinggal.
Kau boleh nampak apa Faiz buat setiap masa. Macam aku
dengan Azim jauh. Dia kat sana. Aku kat sini,” balas Suraya.
Anne bolehlah cakap macam tu. Dah Faiz tu jiran
selang dua buah pintu dari rumah dia. Bolehlah kalau nak
buat pemantauan berkesan. Macam dia situasi lain.
“Dahlah tu Sue. Azim tu sayang kau sorang ajelah.
Aku tau. Kau relaks ye. Tak pun cuba kau korek dari Encik
DPP (Deputy Public Procecutor) tu. Takkan dia tak tau. Dia
orang kan ke adik-beradik,” usul Annisa.
Suraya mengeluh lemah.
“Tak naklah aku. Terserempak dengan dia pun aku
mintak simpang. Inikan pulak nak datang jumpa berdepan-
depan.” Idea Anne memang tak boleh pakai. Takkan dengan
rela dia nak pergi jumpa Abang Norman. Tak kuasa eh!
“Habis tu. Apa lagi yang kau boleh buat?”
“Entah. Selagi aku boleh sabar. Aku sabarlah lagi ni.”
Suraya menjongket bahu.

123
Iman Suraya

“Korang tu darah manis. Tu sebab macam-macam


syak wasangka timbul. Biasalah tu. Adat orang bertunang.”
“Aku nak buat preparation kahwin aku pun macam
dah tak semangat dah,” ujar Suraya lemah.
“Janganlah sampai macam tu. Nanti tak pasal-pasal
Si Ahmad Kacau Gelang Patah tu berhangin karang. Kau
dah janji nak ambil dia jadi wedding planner kau nanti, kan?”
Ahmad Kacau Gelang Patah? Alamak! Suraya
menepuk dahi. Baru dia teringat, yang dia belum lagi bagi
ukuran badan untuk baju sandingnya nanti. Mesti mamat
kepit ni berleter panjang. Adoiii... Sue. Benda macam ni pun
boleh lupa. Nak kahwin ke tak ni? Nak sangat!!!
“Apesal?” tanya Annisa pelik apabila Suraya tiba-
tiba menepuk dahi.
“Aku lupa nak pergi butik mamat tulah. Nak ambil
ukuran.”
“Kau ni. Itu pun boleh lupa. Tulah. Entah ke mana
fikiran kau tu. Sampai benda macam tu pun tak ingat.”
Annisa berhenti seketika. Memberi laluan kepada anei mapley
tadi meletakkan pesanan yang dipesan tadi.
“Tengok tu. Rambut kau tu pun dah aku tengok
macam Tina Tunner aje. Karan semacam,” sambung Annisa
lagi apabila anei tadi sudah pergi.
Suraya menjulingkan mata ke atas. Kemudian dia
mengelus rambut panjang aras bahunya itu. Bila masa pulak
rambut aku macam Tina Tunner pulak ni. Elok aje lurus,
lembut guna jari pun boleh. Pandai-pandai aje Anne ni.
“Kau ni. Main belasah aje nak cakap apa,” gumam
Suraya.
Annisa hanya tersengih. Tau sangat. Mesti Suraya

124
Areila Sahimi

tengah hot tu. Yelahkan. Dah pergi kutuk rambut dia yang
cantik tu. Hesy... Sue... Sue. Bila nak insaf pun tak tau. Dah
berbuih nasihat suruh pakai tudung dia tetap macam tu
jugak. Suraya pernah cakap yang dia tak bersedia ke arah itu.
Dan kalau dia nak bertudung nanti, biarlah dia bertudung
dengan ikhlas. Tak ada paksaan dari mana-mana pihak. Tu
kata Suraya dulu. Dulu punya cerita tu. Dah lama. Tapi sampai
sekarang nampaknya Suraya masih belum sampai seru lagi
kut. Pelik. Nak buat benda yang memang wajib, memang
dituntut pun kena tunggu sampai seru ke? Annisa berkata
sendiri di dalam hati.
“Sue, bila kau nak bertudung ni Sue?” Erk... Annisa
terperasan yang benda dia cakap dalam hati tadi boleh
terkeluar ke mulut.
Suraya memandang Annisa. Kemudian dia terkulat-
kulat malu. Ini bukan kali pertama Anne pergi tanya soalan
macam ni. Azim pun dah banyak kali suruh berubah. Abah
memang dari zaman sekolah lagi dah berbuih mulut suruh
pakai tudung. Along dengan angah, dah banyak kali perli bila
dia nak jadi muslimah sejati. Nak jawab belum sampai seru,
benda tu dah biasa sangat. Orang pun dah boleh agak.
Akhirnya...
“Nantilah,” jawab Suraya pendek.
“Kau lawa tau Sue, kalau bertudung.”
“Apesal? Sekarang ni aku ada rupa pontianak ke
kalau free hair macam ni?”
“Hesy... kau ni Sue. Tapikan kalau muka kau sapu
cat putih, rambut kau ni kasi serabut sikit. Memang adalah
sikit-sikit macam kembar Maya Karin dalam Pontianak
Harum Sundal Malam tu.” Selamba Annisa berkata.
Suraya membuntangkan matanya. Wah... mak cik

125
Iman Suraya

ni. Baru beli insurans ke untuk mulut tu. Bercakap main


direct aje. Langsung tak cover. Dia cakap sikit aje. Anne pulak
yang bukan main lagi pergi tambah dengan garam gula
secukup rasa. Dasar nasi tambah!
Tisu yang baru digunakan untuk mengelap mulut
tadi dibaling ke arah Annisa yang sudah menahan tawa
dengan telapak tangan.
“Hampeh kau Anne...”
Pecah ketawa Annisa akhirnya. Tidak lagi dia cover
dengan tapak tangannya.
“Eh, sibuk-sibuk cerita ni, kau dah tau ke kau
posting kat mana?” Annisa bertanya dengan tawa yang masih
lagi berbaki. Rasanya nak dekat sebulan lebih Suraya grad
dari UPSI. Sampai sekarang tak dengar cerita pun pasal
tempat pertama yang akan Suraya mengajar.
Suraya menjongket bahu.
“Tak tau.” Ikutkan dia pun dah boring buat projek
menanam anggur di rumah. Dah la tu, along angah bukan
main lagi semenjak dia jadi suri rumah tangga sepenuh masa
kat rumah abah tu. Tiap-tiap hari dia orang balik singgah
makan kat rumah. Siap letak menu apa lagi nak suruh dia
masak. Sudahlah tu, setiap hari Jumaat mesti dorang berdua
bawakkan satu bakul besar kain setiap sorang. Suruh dia
tolong cucikan. Tolong gosokkan. Bila suruh kahwin macam-
macam alasan.
“Kau doa mintak kat mana?”
“Kat sini aje. Aku kalau boleh nak mengajar dekat
sekolah lama kita tu dulu. Dekat pun dekat.”
“Biar betul?”
Suraya mengangguk.

126
Areila Sahimi

“Aku bajet kau nak mengajar dekat Putrajaya jugak.


Dekat dengan Azim.”
“Malaslah aku jauh-jauh. Kat sini pun okey.”
“Kalau dah kahwin nanti macam mana?”
“Dialah kena tukar.”
Anisa menggeleng perlahan.
“Jomlah. Temankan aku pergi ke butik Ahmad
Kacau tu.” Suraya mengajak Annisa. Dia melambai tangan
memanggil anei pelayan tadi untuk mengira harga makanan
dan minuman. Selesai membuat bayaran mereka berdua
beriringan menuju ke tempat parking kereta.
“Kau follow aku,” arah Suraya. Annisa mencebik.
“Bajet macam aku tak tau aje mana letaknya butik
Ahmad Kacau tu.”
Suraya tersengih.
“Aku takut kau kona pergi tempat lain aje nanti.”
“Tak adalah. Aku temankan kau aje hari ini. Date
aku bawak ke esok.”
“Okeylah tu. Jomlah.” Terus Suraya memboloskan
diri ke dalam kereta abah yang dipinjam setelah kena tahan
leter hampir setengah jam dari abah tadi. Biarlah. Janji dapat.
Abah berleter pun bukan sebab apa. Dia keluar dengan kereta
abah. Tapi yang tuang minyak tetap abah. Ha ha ha.... Tu
yang abah tak puas hati. Abah kata pandai aje nak drive kereta
yang dah penuh tangki minyak. Suraya ketawa di dalam hati
bila mengingatkan kes nak keluar rumah tadi.
Annisa pula sudah masuk ke dalam keretanya.
Bersedia untuk mengikut Suraya dari belakang. Tempat yang
ingin dituju sekarang ini adalah Butik Ahmad Kacau yang
terletak di Greentown Nova tu.

127
Iman Suraya

Bab 13
“A
SSA LA M UA LA IKUM ….”
Suraya bersuara manja.

“Waalaikumussalam.” Orang di hujung sana


menjawab tegas semacam.
Suraya mencebik. Ni berhangin lagi la ni. Jawab
macam tu. Datang bulan tiga ratus empat puluh lima hari ke
mamat ni. Sejak bila Azim jadi straight sangat ni pun dia tak
tau. Macam gaya Abang-Misai-Polis-Trafik aje cara Azim
jawab salam. Sejak bila pulak Azim pergi bertapa dekat
Pulapol tu pun Suraya tak tau. Yang tau, tune suara tu
memang sipi-sipi macam Abang-Misai-Polis-Trafik aje.
“Awak...” panggil Suraya. Manja. Buat trick gedik
manja. Harap Azim boleh kasi cair punya.
“Ye.”
Suraya menjuling mata ke atas siling. Hush... trick
gini punya manja pun Azim tak layan jugak.
“Sue dah dapat tau posting kat mana.” Suraya terus

128
Areila Sahimi

kepada isi yang dia ingin katakan. Mukadimah panjang-


panjang pun bukan ada maknanya. Sudah Azim tu pun
macam nak tak nak aje layan.
“Kat mana?”
“Sekolah lama Sue dulu. Dekat Sekolah Menengah
Kampung Pasir Putih. Start masuk lapor diri minggu depan.”
Suraya memberitahu berita yang baru diterima siang tadi
dengan perasaan riang gembira.
Memang inilah impian dia sejak dahulu lagi. Mahu
mencurahkan bakti di tempat dia pernah menuntut ilmu
dulu. Tak kiralah di sekolah ni dulu menempatkan ramai otai
Sri Kinta, otai Pasir Puteh, otai Temiang, otai Tok Chendang,
tapi memang inilah yang dia mahukan. Dia dulu pun apa
kurangnya. Termasuk dalam senarai budak-budak otai
Chempaka Sari jugak.
“Owhh...” sela Azim pendek. Tidak berperasaan.
Suraya mendengus perlahan. Dia punyalah excited
bercerita tentang benda ni. Azim boleh aje pulak buat nada
tak berperasaan macam tu. Nasib tak ada kat depan mata.
Kalau tak, memanglah dia akan tarik muncung sedepa. Kalau
nak tarik muncung dua tiga depa sekarang ni pun tak ada
maknanya. Azim tu nun di sana. Dia nun di sini. Buang karan
aje.
“Azim...” Suraya memanggil panjang. Dia masih
mampu untuk berlembut dengan Azim walaupun kat dalam
hati ni macam panas membara aje bila Azim buat-buat dingin
sejuk beku macam baru keluar dari dalam peti ais aje
gayanya.
Suraya memintal-mintal telinga Bug Bunny hadiah
pemberian Azim dulu. Rasanya kalau ini telinga Azim, dah
lama tercabut kut kalau kena pintal macam tu. Tak ke

129
Iman Suraya

sepatutnya Azim kena rasa happy. Happy untuk dia. Sebab


dia dah ada kerja. Dah tak payah nak susahkan abah. Tak
payah susahkan along. Tak payah susahkan angah. Azim pun
patut jugak rasa happy sebab lepas ni tak adalah asyik nak
tolong top-up kan handset dia aje. Sebab dia pun dah ada duit
untuk top-upkan handset sendiri. Kecil hati, limpa, pancreas
bagai bila orang yang diharap akan rasa seronok dan gembira
dengan benda ni buat tak tau aje. Macam tak ada apa-apa.
Macam biasa-biasa aje. Memang salahlah ada yang mengatakan
perempuan terlalu complicated dalam perhubungan. Lelaki
pun sama. Contohnya macam mamat Azim ni la. Suraya
mengomel sendiri di dalam hati.
“Ada apa Sue?” Azim bertanya. Dia masih lagi
macam tadi. Beku. Kaku. Tepu.
Suraya mula rasa semacam. Tadi dia gembira riang
ria dengan cerita yang dia nak sampaikan. Sekarang dia rasa
poyo semacam aje bila dah terasa macam kena sentap dengan
tingkah laku Azim yang buat tak tau tu. Tubir mata dah rasa
panas. Dia hampir meleleh. Dia tak nak menangis semasa
Azim masih di dalam talian. Nanti takut kantoi kalau suara
tiba-tiba jadi sengau. Mesti Azim boleh bajet yang dia tengah
menangis, sedih, berduka nestapa kat sini. Tak maulah Azim
tau yang dia tengah terasa hati tahap gaban di atas layanan
yang diberikan.
“Tak ada apa-apalah.” Suraya terus mematikan
talian. Adoii... ni sejak bila jadi minah leleh yang cepat sangat
sentap ni? Mamat tu baru cakap macam tu. Mamat tu baru
buat tak tau sikit. Entah-entah mamat tu cuma nak try test
aje kut. Itu pun nak sedih. Itu pun nak sentap. Itu pun nak
meleleh ke? Suraya Dania mesti jadi orang kuat walaupun tak
sempat nak telan maajun kuat. Bertahan Sue, bertahan!
Selang beberapa minit selepas talian dimatikan,

130
Areila Sahimi

telefon bimbit Suraya kembali berdering. Skrin telefon bimbit


dilihat. Azim telefon. Kalau jawab sekarang ni, memang akan
kantoi ar. Sebab tangisan masih belum reda lagi. Tengah
sengau pun ye. Tengah tersedu sedan pun betul jugak.
Telefon mati. Kemudian menjerit lagi. Azim telefon lagi.
Wah!!! Bersungguh-sungguh benar mamat ni nak
bercakap dengan aku. Masih lagi berusaha nak menghubungi
aku. Apa nak buat? Suraya menimbang-nimbang di dalam
kepala.Walaupun macam tak rela nak jawab panggilan Azim
ini, digagahkan jugak. Butang answer ditekan.
“Helo....” Terang-terangan dah keluar tone sengau
semacam. Sok... sek... sok... sek. Bunyi hingus sedang tarik
dan lepas pun boleh jelas kedengaran.
“Sue...” Azim memanggil lembut.
“Ye...”
“Sorry...”
“Kenapa?” Suraya buat-buat tanya bila Azim tiba-
tiba cakap sorry. Elehh... anak kucing tercekik tauhu, bajet
macam tak tahu. Suraya tersenyum di dalam hati. Memang
mengharapkan Azim akan call balik mintak maaf. Tapi tak
harap pun maaf Azim tu akan datang secepat ini. Kadang-
kadang pakai taktik air mata pun berkesan jugak.
“Saya tau Sue, awak terasa dengan saya,” ujar Azim
perlahan.
Suraya mengesat air mata dengan belakang telapak
tangan. Kemudian dia menarik nafas dalam-dalam. Dia dah
standby nak bercakap. Kalau boleh dia pun nak bincangkan
apa sebenarnya yang dah terjadi pada Azim sampai Azim
boleh jadi dingin macam ni. Jaga-jaga Azim.
“Saya tak kisah kalau awak nak marahkan saya,

131
Iman Suraya

kalau saya memang buat salah terhadap awak.” Suraya


berhenti sejenak.
“Tapi saya nak jugak tau apa salah saya. Setiap kali
saya tanya, awak kata saya tak salah apa-apa,” sambung
Suraya. Memang betul punya standby. Terus menerus soalan
ditujukan untuk Azim segera menjawab.
“Awak memang tak salah apa-apa...”
“Tengok tu. Tak salah apa-apa lagi. Habis kenapa
awak jadi macam ni? Saya rasa macam dah tak kenal awak
dah tau.” Suraya pantas memotong tanpa sempat Azim
menghabiskan ayat-ayatnya tadi.
“Sue, awak memang tak salah. Sampai masa saya
akan ceritakan apa yang berlaku sebenarnya pada awak
nanti.” Azim bersuara agak tinggi dari kebiasaannya. Kalau
tak buat macam ni, sampai ke sudah pun dia tak boleh nak
habiskan barang satu ayat pun. Suraya asyik main potong
aje.
Suraya menelan air liur. Apa benda ni. Azim nilah.
Buat-buat suspens pulak malam-malam macam ni. Nak
cakap, cakap ajelah. Dia masih betah lagi untuk mendengar
apa benda yang Azim nak cakap tu. Ini nak tunggu nanti-
nanti pulak. Nanti-nanti tu bila.
“Apahal ni Azim. Awak ada perempuan lain?”
Suraya bertanya dengan penuh kemusykilan. Dia memang
tengah curiga sekarang ni. Memang lawak gilalah Azim
malam ni kalau dia mengaku yang dia ada perempuan lain.
Memang lawak sampai menangis ar dia kat sini kalau benda
ni betul-betul terjadi.
“Dalam hati saya hanya ada awak sorang aje Sue,”
sela Azim.
Suraya menarik nafas lega. Syukur. Azim ni orang

132
Areila Sahimi

baik-baik. Dia mana pandai cakap tipu-tipu. Kira boleh pakai


apa yang Azim cakap.
“Habis apa benda yang awak nak ceritakan pada
saya tu.” Suraya kembali bertanya.
Memang dia nak tau sangat apa benda yang Azim
ingin ceritakan itu. Disebabkan bunyi macam lain macam aje
tu lagilah buat dia nak sangat ambil tau.
“Sue, saya mengantuk dah ni. Lain kalilah kita
bersembang lagi. Apa-apa pun tahniah sebab dapat posting
kat tempat yang awak nak tu. Saya sentiasa doakan kejayaan
awak. Assalamualaikum.” Azim terus mematikan talian
telefon.
Suraya terpinga-pinga melihat telefon bimbit di
tangan yang mana talian sudah pun dimatikan. Hesy... dia
mendengus perlahan. Azim melarikan diri dari soalannya
tadi. Ini yang rasa macam nak guna talian hayat aje ni.
Telefon Abang Norman. Untuk tau apa yang dah jadi pada
Azim yang sebenarnya. Kepala berfikir macam tu. Tapi hati
pulak kata lain. Jangan nak cari pasal. Nanti dibuatnya Abang
Norman melebih-lebih pulak nanti macam mana? Lagipun
Abang Norman sekarang pulang ke kampung halamannya di
Dengkil tu. Dah tentu-tentu dia sekarang berada sebumbung
dengan Azim kat rumah mak ayah dia orang. Tak apa. Cukup
untuk malam ni. Esok-esok ke, minggu depan ke, bulan
depan ke cuba lagi untuk paksa Azim cerita apa yang dah jadi
sebenarnya.
Suraya menutup lampu tidur yang menyala.
Sekarang dia ingin beradu. Sedih-sedih pun sudah tak ada
lagi. Yang ada hanyalah satu tanda soal besar yang sampai
sekarang buat dia masih tertanya-tanya. APA SUDAH JADI
SAMA AZIM???

133
Iman Suraya

“SAMPAI bila nak rahsiakan perkara ni dari


Suraya?” Norman bertanya sebaik sahaja Azim
menamatkan panggilan telefonnya dengan Suraya tadi.
Dari tadi dia berdiri di sini sambil memerhatikan
apa yang dilakukan oleh Azim. Sebelum ini, dia dengan Azim
memang tidak berapa nak rapat. Tapi semenjak mengetahui
Azim sakit, dia rasa bertanggungjawab untuk menjaga
kebajikan Azim. Terasa rugi masa-masa lalu yang diabaikan
untuk bermesra sesama adik-beradik sendiri disebabkan
sibuk dengan urusan dan hal masing-masing.
Jika dulu pun dia mula beramah mesra dengan
Azim adalah disebabkan dia ingin rapat dengan Suraya. Itu
sahaja. Mungkin ada hikmahnya atas apa yang menimpa. Jika
tidak, mungkin sampai sekarang pun, mereka masih lagi
dengan dunia sendiri. Sedangkan mereka hanya dua beradik
sahaja.
Azim yang masih memerhati telefon di tangan
tersentak. Kemudian dia mendongak kepala ke atas. Melihat
keindahan langit dengan bintang yang bertaburan. Dia pun
tak tau sampai bila dia mampu lagi untuk melihat keindahan
ciptaan yang Maha Esa. Entah-entah esok sudah tiada lagi
untuk dia.
“Entahlah.” Azim menjawab ringkas.
“Entah? Come on lah. Suraya patut tahu. Dia
tunang kau.”
“Kenapa kau ambil berat sangat pasal Suraya?”
Norman terdiam apabila mendengar soalan yang
tidak disangka-sangka itu.
“Aku ambil berat pasal Suraya sebab dia tunang
kau. Bakal adik ipar aku,” tipu Norman. Masakan rahsia hati
perlu diluahkan saat-saat ini.

134
Areila Sahimi

Azim tersenyum sinis mendengar jawapan dari


mulut abangnya itu.
“Kau sebenarnya dah lama sukakan Suraya, kan?”
Tenang dia menuturkannya.
“Apa kau cakap ni?” Norman bertanya.
“Sudahlah tu Man. Dah lama aku tau.”
“Aku rasa kau patut makan ubat sekarang ni.”
Norman cuba mengelak. Kemudian dia bangun. Tidak
berhajat mahu memanjang-manjang perkara ini lebih lama.
Tak mungkin dia akan bertegang urat hanya kerana seorang
perempuan.
“Tunggu dulu Man.”
Langkah Norman termati sekerat jalan. Azim pantas
bangun. Perlahan dia berjalan dan berdiri di hadapan
abangnya.
“Aku tau kau sayang Sue. Aku nak kau jaga dia
kalau aku dah tak ada nanti.”
Norman memandang wajah Azim yang tidak beriak
itu.
“Apa kau mengarut ni?” Norman berkata keras.
“Aku tak mengarut. Aku nak mati dah Man. Aku tau.
Aku tak boleh nak jaga Suraya. Aku harap, kau boleh jaga
Suraya untuk aku kalau aku tak ada nanti.” Perlahan tidak
bernada Azim berkata.
Dia pasrah, andai tempat dia dapat digantikan
dengan abangnya. Lagipun dia sudah lama tahu, abangnya
itu memang menyimpan perasaan terhadap Suraya.
“Sue perlukan kau dan kau perlukan Sue.”
“Takkan aku yang macam ni mampu nak jaga dia

135
Iman Suraya

Man!” bentak Azim. Pantas dia membuka hood pada sweater


yang dipakainya. Kulit kepalanya sudah ketara kelihatan
akibat banyak rambut yang telah gugur.
Norman memandang Azim. Dia melepaskan
keluhan lemah.
“Sudahlah Zim. Aku tau kau penat. Lebih baik kau
berehat dulu.” Bahu Azim ditepuk perlahan sebelum dia terus
berlalu. Dia tak tau kenapa malam ni dia jadi kusut semacam
dengan permintaan dari Azim.
Semenjak dia tahu Azim menghidap barah otak dia
sentiasa dihambat perasaan bersalah yang amat sangat. Dia
tau. Dia tidak sepatutnya menyimpan apa-apa perasaan pada
Suraya. Itu yang membuatkan dia berasa amat bersalah.
Tambahan lagi, Azim yang sedang sakit itu pun sudah dapat
mengesan perasaannya yang satu itu. Terdetik juga di hati
untuk memberitahu Suraya hal yang sebenar ini. Tapi Azim
pantas menghalang. Katanya, biarlah keadaan sebegini.
Kerana Azim tidak bersedia untuk berdepan dengan Suraya
dalam keadaan diri yang semakin lemah ini.

136
Areila Sahimi

Bab 14
M
ATA UMAIRAH masih lagi
melihat dua tiga keping gambar
di tangan. Buat pertama kalinya
dia memecah masuk ke dalam privasi hidup orang. Bibir
mengukir senyum segaris tatkala melihat gambar-gambar
itu.
Patutlah abang yang sorang ini menyorok gambar
yang special kat bawah tilam. Kalau tak sebab ibu yang paksa
untuk tolong kemaskan tongkang pecah ni, dah tentu-tentu
dia terlepas peluang untuk melihat gambar yang teramatlah
comelnya ni. Tersengih sendiri jadinya bila melihat muka
Abang Iman yang sedemikian rupa. Mengerikan. Gambar-
gambar tadi diterbalikkan. Sue_Nia??? Siapa ni. Kalau ikut
pada nama, memang sah nama seorang perempuan. Tapi
kalau perempuan siapa pulak orangnya. Tak pernah dengar
pun nama budak Sue_Nia ni. Wah... patutlah semenjak balik
dari Langkawi dulu muka Abang Iman bukan main berseri-
seri jadinya. Ada benda yang dia sorok rupanya. Ermmm...
ada ekor di balik bontot lembu rupanya.
“Maira!!!” jerit Iman dari belakang. Hampagas tak

137
Iman Suraya

ada gas punya budak. Berani-berani sungguh masuk ke


dalam bilik orang, lepas tu geledah semua tempat.
Umairah yang terkejut dengan jeritan dari belakang
itu berpaling lipat maut. Alamak! Baik punya kembang
kempis hidung Abang Iman tahan marah ni. Sebijik macam
salah satu gambar kat tangan dia sekarang ni. Lalalalala…
Umairah buat tak tau. Dia tersengih. Gaya sengih memang
macam orang bersalah. Bersalah sebab curi-curi tengok
sampul surat Private and Confidential Abang Iman yang
disembunyikan di bawah tilam dia ni. Bersalah sebab dari tadi
tongkang pecah ni tak berkemas pun. Makin tunggang
langgang jadinya adalah.
Iman memerhati wajah Umairah yang tersengih
macam kerang busuk tu. Kemudian matanya melirik perlahan
ke arah sampul surat di tangan kiri Umairah. Matanya bulat
tatkala kembali memandang wajah Umairah.
“Bak sini!!!” Iman berkata keras. Tangan kanannya
dihulurkan. Keningnya terangkat sebelah. Ni bukan gaya
Ziana Zain lagi ni. Dah macam The Rock Is Cookin aje.
Umairah masih lagi sama macam tadi. Tersengih
panjang. Selamba aje dia buat muka tengin (selamba) macam
tu depan abangnya. Dia menggeleng perlahan.
“Bak sini!!!” Iman berkata lagi. Segera dia
menghampiri Umairah.
Umairah yang sudah dapat menjangka apa yang
ingin dilakukan abangnya terus menyorok sampul surat tadi
ke belakang. Lalalala....
“Tak boleh!” Dia menjerit perlahan. Kemudian dia
ketawa manja.
Muka Iman sudah naik merah macam udang kena
bakar lepas tu curah sos cili Cap Kipas Udang aje. Budak kecik

138
Areila Sahimi

ni, ada yang nak kena ni. Iman terus mengejar Umairah. Haru
punya cerita main kejar-kejar dalam bilik padahal dua-dua
dah sama-sama masuk tahap tua bangka. Umairah meloncat
laju ke atas katil queen size.
Iman terus menerkam. Sampul surat tadi terpenyek
akibat kena henyak dengan badan Iman yang sebenarnya
tak adalah gemuk pun tapi kalau kena henyak macam tu
memang logiklah nak penyek, nak koyak, nak renyuk macam
keadaan sampul surat kat tangan dia sekarang ni. Umairah...
memang betul budak sorang ni teringin sangat nak kena
dengan aku, gumam Iman.
Melihat sampul surat tadi yang sudah jadi renyuk
macam paper bungkus belacan, Umairah mula jadi serba
salah.
“Abang Iman, sorry. Maira tak sengaja.” Dia berkata
perlahan. Dia jadi serba salah.
Diam.
“Abang Iman, sorry. Orang tak sengaja.” Cubaan
kali kedua setelah yang pertama didapati gagal.
Diam.
Errr... cubaan kali kedua pun tak menjadi. Dia gagal
lagi. Percubaan masuk untuk kali ketiga.
“Abang Iman, sorrylah. Betul-betul tak sengaja.”
Iman memandang. Kemudian tangannya laju sahaja
meluku kepala Umairah yang tengah terpinga-pinga minta
maaf.
“Ouch... sakit ar!” Refleks Umairah menjerit bila
kepala kena luku macam tu. Dia mencebik. Kepala yang
terasa ne-no-ne-no digosok perlahan.
Iman ketawa.

139
Iman Suraya

“Padan muka. Sapa suruh pandai-pandai aje


selongkar bilik abang ni?” Dia bertanya sambil melabuhkan
punggung di atas katil. Tangannya kemudian mengeluarkan
isi sampul untuk meneliti kondisi gambar tersebut sama ada
masih di dalam keadaan baik atau tidak. Argghh... memang
sudah teruk renyuknya. Nak dimarah budak Umairah ni, adik
sendiri. Nanti mengadu lebih pula pada ibu. Tapi, beberapa
keping gambar yang ada ini memang dah menjadi
sebahagian koleksi, harta benda yang dia sayang. Dia sayang
pada cantiknya gambar itu. Dia sayang pada kenangan yang
ada pada gambar itu. Dia sayangkan...
Iman Radhiff menggeleng perlahan. Itu memang
tak masuk akal. Dia tak pernah menyayangi tukang ambil
gambar ni pun. Cuma sekurang-kurangnya gambar-gambar
ini mampu mengingatkan dia pada Si Tukang Ambil Gambar
yang tak tau kat ceruk pelusuk mana dah pergi. Dia hilang
macam tu aje. Iman terhanyut dalam kenangan. Tanpa sedar
dia senyum sorang-sorang.
Umairah memandang Abang Iman dengan
pandangan mata tidak berkelip. Whoaa!!! Gila punya special
Sue_Nia ni. Sampaikan abang kat sebelah ni boleh terduduk
lepas tu senyum sorang-sorang macam kena sakit angau
tahap kronik. Lalalala....
“Abang Iman!!!” Umairah mengibas-ngibas telapak
tangan. Sipi-sipi terkena muka Abang Imannya.
Iman tersentak. Tak tau macam mana dia dah boleh
terbang sejauh ini, mengingati kembali memori Pantai
Chenang, memori Tugu Helang ala-ala memori daun pisang
dia dengan Suraya dulu. Hanya kerana beberapa keping
gambar yang sudah kemek, renyuk ini buat fikiran dia
kembali kepada saat-saat itu.

140
Areila Sahimi

“Apa dia?” Iman bersuara. Sedikit keras agar dapat


menyembunyikan perasaaan malu yang dah mula menerjah
dalam diri bila terkantoi depan Umairah.
Umairah mencebik. Eleh. Control maco la tu.
“Abang Iman.” Umairah menyiku perlahan.
“Apa dia!!!” Naik sikit frekuensi suara Iman.
Umairah tersengih.
“Apa yang special pada gambar tu? Orang tengok
abang sampai terganggu emosi sebab gambar-gambar ni
semua.” Umairah sudah mula menyoal siasat.
“Tak ada apa-apalah.” Iman menjawab malas.
“Eh... heloo.... Kalau tak special takkan boleh
senyum sorang-sorang. Yang orang tau, orang yang bila
tengok gambar, lepas tu senyum sorang-sorang pulak,
maknanya orang tu sakit.”
“Sakit???” Iman bertanya seolah tidak mengerti apa
yang dimaksudkan oleh Umairah tadi.
“Sakit angaulah.” Umairah berkata laju. Sejak bila
Abang Iman jadi slow, pending dan lambat pick up ni pun dia
tak tau.
“Pandai ajelah. Sejak bila jadi Nujum Mak Belalang
ni?”
“Abang jangan nak kona-kona. Meh sini bagi tau.
Siapa Sue_Nia tu?”
“Amoi kedai gambar.”
“Hah???” Umairah ternganga.
Iman bangun.
“Kemas balik bilik ni.” Iman memberi arahan
sebelum dia keluar dari bilik dengan sampul surat di tangan.

141
Iman Suraya

CERMIN MATA dilurutkan ke bawah. Mata kembali menilik


gambar yang sudah renyuk itu. Akhirnya kepala digeleng
berlahan.
“Payah ni.” Izwan berkata perlahan.
“Alah kau ni. Aku ingat datang jumpa kau bolehlah
tolong selesaikan masalah.” Iman merampas gambar di
tangan Izwan itu.
Izwan yang memang bekerja sebagai jurufoto pun
tak boleh nak tolong kembalikan gambar ini kepada keadaan
asalnya. Ni mula nak mempertikaikan kredibiliti sebagai
jurugambar majlis orang kahwin yang boleh tahan famous
jugak kat KL ni. Tuan punya Impiana Photo.
“Teman ni photographer. Kalau dah jadi macam ni.
Mana ke gayanya teman nak buat. Kalo kome pergi scan pun,
garis-garis renyuk ni tetap boleh nampak jugak. Tapi kalo
kome nak suruh teman edit kasi licin sikit pakai Photoshop
teman akan usahakanlah. Yang pasti gambor ni tak boleh le
kome nak samakan dengan yang original ni. Benda dah kena
editkan. Nampak macam tiruan ar. Lagipun gambor yang
discan mana nak sama dengan gambor yang betul-betul
ambik dari memory stick kamera yang kome pakai tu.” Izwan
memperjelaskan keadaan yang sebenarnya kepada Iman
dengan pelat telor bahasa suku sakat family dia kat Parit
nun.
“Apa ke halnya sebab gambor tak semenggah ni
kome boleh jadi serabut aje teman nengoknya.” Dia
menyambung.
Iman geleng kepala. Wan Teman... Wan Teman.
Nasiblah dah lama jadi kawan. Boleh ar paham lidah Perak
dia yang memang dari dulu dah tak boleh nak dilembutkan
lagi. Dia kenal dengan Wan Teman ni dulu pun lepas secara

142
Areila Sahimi

tak sengajanya dia jumpa dengan orang Malaysia yang bukan


student kat oversea dulu. Punya jauh Wan Teman ni
menjelajah untuk hobi dia yang satu ni. Dan akhirnya, dari
hobi bertukar menjadi profesion sepenuh masa. Dari apa yang
dia tahu, dulu Wan Teman belajar engineering jugak. Tapi
last-last kerja ini yang dia pilih. Minat punya pasal tak
membataskan segalanya. Macam sekarang. Wan Teman mesti
berbangga dengan perniagaan yang sudah tegak berdiri.
Wan Teman sudah punya Impiana Photo yang gah dan
dikenali ramai.
Iman masih mendiamkan diri. Dagu ditongkat
dengan telapak tangan. Matanya masih lagi terpaku pada
gambar di atas meja kaca di kedai Wan Teman.
“Teman ada idea.” Izwan memetik jari. Ting-tong.
Iman mengangkat muka.
“Idea?” Dia mengerut dahi.
“Jom. Kome ikut teman masuk dalam kejap.”
Iman sekadar menurut mengikut Izwan masuk ke
dalam bahagian dalam studio.
“Darling, jaga kedai ye. Abe nak gi tolong settlekan
problem saing (kawan) abe ni kejap.” Izwan berkata kepada
pembantunya sebelum dia masuk ke dalam studio. Nakal juga
matanya mengenyit ke arah pembantu barunya itu.
Iman di belakang hanya menggelengkan kepala.
Wah... bukan main sungguh Wan Teman ni. Selamba aje dia
pergi panggil Mek Siti Kelate ni darling. Tadi bukan main lagi
dia dengan pelat Perak dia tu. Tiba-tiba pulak dia boleh
bertukar loghat, terus kecek Kelate pulok. Tadi ‘teman’.
Sekarang dah tukar jadi ‘abe’ pulak dah. Lantak kau lah Wan
Teman. Asalkan kau bahagia.

143
Iman Suraya

Iman masuk ke dalam studio yang sederhana besar


ini. Dia terus mengikut Izwan sehingga ke satu sudut yang
menempatkan iron board dan seterika di situ. Apa fungsinya
benda-benda alah kat studio ni pun dia tak tau.
“Apa kau nak buat ni?” Iman bertanya. Hairan.
Izwan angkat kening. Dia tidak menjawab sebaliknya
terus plug seterika dilekatkan pada soketnya. Seterika tadi
dibiarkan panas seketika. Iman sekadar memerhati apa yang
ingin dilakukan oleh Izwan. Dia mengerut dahi kerana
sampai sekarang dia tak tau apa sebenarnya idea Izwan ini.
Sudahlah soalannya tadi dibiarkan macam tu aje.
Izwan mengaturkan gambar-gambar tadi di atas
iron board. Kemudian sehelai kain pelikat yang digunakan
untuk sembahyang di dalam studio ini dilapikkan di atas
gambar-gambar tadi. Iman bagaikan sudah tahu apa yang
ingin dilakukan oleh Izwan. Dia membulatkan matanya. Cuba
menahan geram. Izwan yang tersengih dengan selamba
sahaja menggosok gambar-gambar yang telah pun dilapik
dengan kain pelikat tadi. Dia menggosok seterika panas
berkali-kali di atas gambar yang telah dilapik dengan kain
pelikat. Dibibirnya sudah mula terbit ilai tawa. Lawak yang
menjadi.
Setan kau Wan Teman! Aku ingatkan bila datang
berjumpa dengan pakar adalah idea yang lagi brilliant, yang
lagi intelligent kau boleh bagi. Idea bongok yang sudah
sepuluh kali aku cuba kat rumah tadi yang kau
persembahkan. Berbakul Wan Teman kena kutuk di dalam
hati. Iman mendengus geram. Dia sudah malas mahu
melayan Wan Teman dengan lawak antarabangsanya itu.
Kalau tak disebabkan Wan Teman ni ada tali pinggang hitam
dalam tae kwan do dah lama dia aku luku. Hangin betul dia
dibuatnya.

144
Areila Sahimi

Bab 15
S
URAYA mengetuk-ngetuk
perlahan mejanya. Kemudian dia
menoleh ke kiri ke kanan. Hari
ini, hari pertama dia melaporkan diri sebagai seorang guru di
sekolah tempat dia belajar dahulu.
Banyak keadaan yang telah berubah di sini. Paling
ketara perubahan yang terdapat di sini adalah berdirinya satu
blok dua tingkat yang menempatkan makmal komputer yang
baru dibina setahun yang lepas. Dahulu tapak makmal ini
adalah padang bola jaring. Di tepi padang, belakang blok A
bangunan sekolah ini pula tempat dia, Anne dan Ika selalu
melepak kalau tiba time rehat. Memang kat sini banyak
kenangan tercipta semasa zaman persekolahan. Tu belum lagi
kalau pergi jalan-jalan sekitar bengkel Teknologi
Kejuruteraan. Masih megah berdiri lagi projek mega yang dia
dan teman-teman seangkatan bina untuk taman teknologi
ini. Sebuah monumen berbentuk buku yang diperbuat
daripada simen dan konkrit. Seingat Suraya, masa nak bina
buku gergasi ni dulu, sampai jadi legam dan berbelang muka
sebab berjemur tengah panas. Memang bajet macam pekerja

145
Iman Suraya

kontrak betul. Tengah-tengah hari rembang dia, Haikal,


Yasrul, Anne, Ika dan Mail bertungkus lumus membancuh
simen untuk buat benda ni. Nak buat macam mana. Sudah
masa tu ambil Sains Kejuruteraan. Nak tak nak mesti kena
turun padang jugaklah untuk buat projek akhir. Nanti cikgu
Teknologi Kejuruteraan tu marah. Siapa lagi kalau bukan
Cikgu Saari tu. Dan nak dijadikan cerita, dan payah sangat
nak percaya yang Cikgu Saari sekarang ni dah naik pangkat
sampai boleh jadi pengetua. Mahunya mula-mula jumpa
Cikgu Saari tadi buat dia sampai tersengih memanjang bila
ingat-ingat saat jadi pelajar dulu. Punyalah dulu Cikgu Saari
ni cikgu dia. Tapi sekarang dah jadi big bos pulak. Bila dia
ingat cerita-cerita lama, mulalah senyum pun sampai ke
telinga.
“Apa yang senyum sorang-sorang tu Sue?”
Suraya tersentak. Dia senyumlah bila kena tegur
macam tu. Takkan nak sound balik orang yang tegur tu sebab
kejutkan dia macam tu. Itu bukan etika baik untuk budak
baru masuk kerja macam dia. Lagipun yang tegur ni pun Kak
Maizura. Kira cikgu senior jugak kat sekolah ni. Kira
bolehlah nak jadi mentor bab nak menangani masalah para
pelajar. Kak Mai orang lama. Dah banyak pengalaman
menjadi seorang guru. Dia pulak masih hijau. Masih
merangkak. Diri sendiri pun abah masih bela lagi. Inikan
pulak nak bela anak-anak orang dekat sekolah ni.
“Tak ada apa-apa kak.” Suraya menjawab malu-
malu. Cehhh... punya plastik lakonan. Macam perempuan
melayu terakhir aje.
“Akak tengok Sue senyum meleret-leret aje tadi,”
kata Kak Maizura lagi.
“Sue teringat zaman dulu-dulu masa belajar kat

146
Areila Sahimi

sini Kak Mai.” Suraya menjawab. Tudung bawal yang


menutupi kepalanya dibetulkan sikit kedudukannya.
Hush... ini azam baru dia, bila masuk kerja. Benda
pertama nak dibuat, adalah pakai tudung. Itu pun jenuh hari
Sabtu hari tu, pergi borong tudung bawal sampai lima helai
dekat Pasar Tani Stadium. Nasib abah sponsor. Anak nak buat
benda baik. Abah support ajelah. Dan, dah alang-alang abah
bermurah hati nak sponsor, memang dia balun sampai
lebamlah. Semua bawal satu, dengan batu keliling dia pergi
sambar. Anak bongsulah katakan.
Pagi-pagi sebelum pergi sekolah tadi, hampir
sepuluh keping gambar dia ambil melalui telefon bimbit
canggihnya itu untuk dihantar kepada Azim. Tapi sampai
sekarang sekeping gambar pun Azim tak komen lagi. Tak
apalah. Mungkin Azim sibuk. Dia fahamkan sahaja sikap
Azim itu.
“Tulah Sue. Pengetua ada bagi tahu akak tadi. Yang
Sue bekas student dia.” Kak Mai memberitahu.
Errr... Suraya menelan air liur. Dia jadi malu
sendiri. Apa benda ajelah Cikgu Saari dah bocorkan pada Kak
Mai ni. Dia senyum dalam terpaksa.
“Macam mana kelas pertama tadi. Student okey
ke?” Kak Mai kembali bertanya. Dia faham. Mungkin Suraya
orang baru di sini. Mungkin sebab itu masih malu-malu lagi.
Suraya mengangguk perlahan. Dan betullah
sekarang ini dia memang betul-betul jadi orang poyo. Control
ayu sana sini. Padahal tadi, masya-Allah. Punya tahan sabar
ajelah tengok perangai pelajar-pelajar tu sorang-sorang.
Taulah dia ni muda remaja lagi. Lebih kurang baya-baya
budak-budak ni jugak. Punya selamba aje tiga orang budak
dalam kelas 4Sc2 ni panggil dia ‘sayang’, ‘darling’, ‘kekasih

147
Iman Suraya

kuSeru’ dalam kelas tadi. Kalau tak disebabkan ini hari


pertama dia masuk dalam kelas, dah lama budak bertiga yang
meletakkan gelaran merapu tu dia bawak masuk menghadap
guru disiplin. Din, Apeh dan Zairul. Nama dorang ni memang
dah melekat dalam kepala untuk dia sentiasa ingat. Budak
pandai. Tapi kepala degil ya amat. Nak buat macam mana.
Dah tiga-tiga otai Sri Kinta. Ingat dah pupus otai-otai ni
semua lepas super duper otai dulu-dulu keluar dari sekolah
ni. Rupa-rupanya ada jugak cuba menyambung tradisi abang-
abang diorang yang dulu ni. Penyambung warisan!
Kak Mai ketawa kecil. Suraya masih baru. Dia pun
tak tau sama ada Suraya boleh tahan atau tidak dengan
pelajar-pelajarnya itu nanti.
“Sue tak payah risau. Budak-budak tu memang
macam tu. Tapi pelajaran tip-top. Nakal aje yang lebih.” Kak
Mai memberi semangat.
Suraya mengangguk lagi. Dan betullah dia
sekarang ni dah macam OKU aje. Main pakai bahasa isyarat.
Main angguk-angguk. Macam burung belatuk. Adoiii... Sue.
Sesaklah kalau macam ni. Ingat ini edisi Ahli Fiqir ‘angguk-
angguk, geleng-geleng’ apa!!!
Dia bukan malas nak berborak dengan Kak Mai.
Tapi sebenarnya dia memang tak tau nak berborak apa buat
masa ni. Yang dia tahu, dari tadi dia duk mengetuk meja
sambil melihat jam besar di dinding bilik guru ni. Kira masa
nak cabut aje dari sini. Perut pun dah berkeroncong aje ni
dari tadi. Di dalam kepala dah terbayang lauk apa yang abah
masak tengah hari ni. Rehat tadi dia tak jamah apa-apa pun.
Bukan tak lapar. Tapi tak tau apa yang buat dia malu sangat
nak jejak kantin sekolah ni pun dia tak tau. Selamba aje
mulut dia lancar mengatakan kepada Kak Mai yang dia puasa
sunat Isnin hari ni. Sudahnya. Air pun dia tak teguk. Memang

148
Areila Sahimi

tak sabar sangat nak balik rumah ni. Lagipun tadi semasa
telefon abah, abah kata tengah masak gulai tempoyak. Gulai
tempoyak tu. Favourite!!!
“Sue!!”
Suraya tersentak. Kakak sorang nilah. Masuk yang
ni, campur dengan yang pagi tadi, tu belum kira nak ajak
pergi rehat tadi, dah masuk berapa kali entah Kak Mai
mengejutkan dia macam ni. Bisa kena sakit jantung kalau
setiap masa kena kejut macam ni. Suraya terpinga-pinga. Kak
Mai yang masih tegak berdiri di hadapan dipandang atas
bawah.
“Jom balik!!!” Beritahu Kak Mai dengan gembiranya.
Terus Kak Mai berlalu ke muka pintu bilik guru.
Suraya merenung jam di dinding. Kemudian
matanya dilirik pula pada jam di tangan. Dia tersenyum.
Macam mana boleh terlepas seminit tiga puluh dua saat ni
dan macam mana Kak Mai yang rasanya dari tadi berdiri kat
depan ni boleh dengan sepantas kilat berkemas dan balik
dulu dari dia. Suraya menggeleng perlahan. Kak Mai memang
boleh jadi satu kroni kalau kepala dia patern gila-gila macam
ni.
Tanpa berlengah segera Suraya mengemas meja
terlebih dahulu. Laci di bawah meja ditarik. Beg tangan
Guess hantaran semasa majlis pertunangan dulu diambil lalu
disangkut ke bahu. Fail kuning berisi biodata pelajar kelasnya
di atas meja dicapai lalu dibawa ke dada. Dia terus keluar dan
menuju ke tempat letak kereta.

149
Iman Suraya

SURAYA masih lagi meneliti biodata-biodata pelajarnya. Dia


mahu mengenali serba sedikit tentang latar belakang pelajar-
pelajarnya itu. Itu assignment pertama yang diberikan untuk
hari ini. Walaupun bunyi macam standard budak darjah satu,
dia tak kisah. Dia nak mulakan sesi pembelajaran dengan
gaya yang santai. Rasionalnya adalah untuk mengelakkan
budak-budak tu jadi boring dengan subjek yang diajar.
Tak perlu terlalu menekan. Anggap mereka sebagai kawan.
Biodata milik Din, Apeh dan Zairul masih di tangan. Alahai...
memanglah budak bertiga ni tadi memang buat dia macam
kawan pun tadi. Hari pertama bagi dia sakit kepala. Suraya
tersenyum. Dia dulu pun macam tu jugak. Suraya tersengih
sendiri.
Alunan irama lagu I Just Call To Say I Love You
dari telefon bimbit mengejutkan Suraya. Segera telefon
dicapai. Tak perlu diteka siapa yang memanggil. Sudah
setting di dalam telefon yang ring tone itu khas untuk Azim.
Panggilan Azim dijawab.
“Assalamualaikum,” hulur orang di hujung talian.
“Waalaikummussalam.”
“Buat apa?”
“Tengah studi pasal budak-budak dalam kelas saya
ni.”
“Cantik awak Sue. Inilah benda yang saya nak
sangat tengok awak buat.”
Suraya tersenyum. Dia puji akulah. Bunga-bunga
cinta dah mula berkembang di dalam taman hati.
“Thanks,” jawab Suraya malu-malu. Merah mukanya
bila menerima pujian dari Azim. Memang dari tadi inilah
yang dia tunggu-tunggu.

150
Areila Sahimi

“Saya harap awak kekal macam ni. Jangan hanya


sebab nak pergi kerja aje. Lepas kerja semua tu terbang.”
Suraya mencebik. Azim... Azim. Ada jugak nak
kenakan aku. Pantang ada point-point penting mesti dia nak
bagi ceramah free, gumam Suraya di dalam hati saat dia
sudah bersedia untuk menadah telinga.
“Ye pak ustaz.” Selamba Suraya bersuara.
“Jangan nak main-main Sue.” Azim bersuara.
“Yelah. Saya ingat pesan awak tu. Azim, awak okey
ke? Masih tak sihat lagi ke?” Bertubi-tubi dia bertanya. Dalam
hati dia rasa macam lain aje. Dia pelik. Azim bersuara macam
orang tengah sakit. Sakit lagikah dia? Bila memikirkan
keadaan kesihatan Azim dia mula jadi tidak sedap hati.
“Okey. Saya tak ada apa-apa,” jawab Azim dari
hujung talian.
“Saya dengar suara awak macam tak bermayalah.”
“Saya okey. Jangan risau.”
“Ubat hari tu, dah habis makan ke?”
“Sudah.”
“Okey.”
“Sue masuk tidurlah. Esok nak kerja, kan.”
“Okey.”
“Assalamualaikum.”
“Waalaikummusalam.” Talian telah pun diputuskan.
Kertas-kertas biodata sudah pun dimasukkan ke
dalam fail kuning. Suraya sudah merebahkan badan ke atas
katil. Dia mula bermain hujung rambut lurusnya. Tabiat yang
langsung tak boleh hilang sedari dia kecil lagi. Dia pasti akan
bermain dengan rambut setiap kali ingin tidur.

151
Iman Suraya

Mata masih lagi tertala pada kipas siling yang ligat


berpusing. Rindunya pada Azim. Memanglah sekarang ni dia
sedang menanggung rindu gila. Kali terakhir jumpa Azim
pun, masa Azim terlantar kat Ipoh Specialist Centre tu ajelah.
Lepas tu mana ada dia berjumpa dah. Kalau tak silap sudah
hampir tiga bulan jugak dia tak bertemu dengan Azim.
Sekadar melepaskan rindu dalam telefon mana puas. Azim
dah lama tak turun Ipoh. Dia memang jangan haraplah nak
jejak kaki sampai ke Dengkil tu.
Mulut yang menguap luas ditutup dengan telapak
tangan. Dia mengiring ke sisi kanan. Panjang tangannya
mencapai suis lampu tidur di meja sisi katil. Walaupun jam
baru menunjukkan pukul sepuluh setengah malam mata
yang bagai diletak gam gajah sudah tidak bisa untuk berjaga
lagi. Nak kena tidur sebab esok nak kerja.

152
Areila Sahimi

Bab 16
Y
A ALLAH ibu ni. Menangis sampai
macam ni sekali. Dia bukan
nak pergi berperang ke negara
bergolak. Pun bukan nak lari sampai ke luar negeri lagi. Dia
nak pindah duduk Ipoh. Dia pindah duduk Ipoh pun sebab dia
dapat kerja di sana. Ibu tengah buat drama stesen televisyen
swasta ke ni? Iman menggeleng kepala.
Ibu... ibu. Macamlah Iman ini anak dara. Ibu...
Iman anak teruna. Siapa pulak yang berani nak mengambil
kesempatan. Kalau ada yang berani sentuh pun akan dia
layangkan buku lima dia ini. Dia mungkin memang tak punya
tali pinggang hitam, tapi sekurang-kurangnya jadi anak
jantan mesti pandai bergasak. Boleh bertumbuk gedebak-
gedebuk. Tak payahlah ibu risau sampai macam ni. Sekali lagi
Iman menggeleng kepala bila tangisan ibu masih belum
menunjukkan tanda ingin reda. Alamak wei... di luar sana
sudah satu jam hujan berhenti. Apahal kat dalam ni tak nak
berhenti-henti lagi. Luar tak hujan. Takut dalam bilik ni
pulak yang naik banjir.
“Ibu sudahlah tu ibu. Dah habis sekotak tisu ni buat

153
Iman Suraya

lap air mata ibu.” Iman berkata selamba. Hinggap cubitan


pada lengan kirinya.
“Anak bertuah betul. Ibu menangis betul-betul,
kamu boleh pulak buat main-main.” Sekali lagi lengan kiri
Iman menjadi mangsa cubitan ibu.
“Sakitlah bu.” Iman mengaduh. Dia menggosok
perlahan lengan yang sudah naik merah.
“Yelah. Ibu punya nangis macamlah takut Iman tak
balik dah. Bukannya jauh ibu. Kat Ipoh tu aje. Dua jam
perjalanan dah sampai,” sambung Iman lagi. Dia masih lagi
menggosok lengannya. Masih merah. Hebat betul penangan
cubitan dari ibu. Macam kena kepit ketam.
“Manalah tahu. Kamu bukan tak pernah buat
macam tu dulu.” Hajah Maimon berkata geram. Memang
benda itulah yang paling dia risaukan. Iman Radhiff bukan
boleh dijangkakan apa yang dia nak buat. Ayahnya sendiri
sudah malas mahu masuk campur. Asal Iman tak buat yang
bukan-bukan ayahnya jalan ajelah. Tapi dia seorang ibu.
Mana tahan berpisah lama-lama dengan anak sendiri. Tak
kiralah Iman tu anak lelaki. Anak lelaki pun anak dia jugak.
Kalau nak merindui anak yang dilahirkan dari rahimnya dulu
bukan kira lelaki atau perempuan. Itulah tanda kasih seorang
ibu.
“Taklah ibu. Iman dah besar.” Iman cuba meyakinkan
ibunya. Dia tak nak ibunya bersedih macam ni. Tak senang
hati dia nak pergi.
“Habis yang dulu tu kamu baru lepas habis tadika
ke yang pergi tak tau nak balik rumah sendiri tu.” Hajah
Maimon masih tidak berpuas hati. Kalau ikut Iman
memanglah dia pandai bercakap. Manalah tahu Iman masih
tidak dapat melupakan menantu sulungnya itu. Manalah

154
Areila Sahimi

tahu Iman guna alasan tawaran kerja di Ipoh tu untuk keluar


dari rumah ini. Manalah tahu Iman tak tahan nak tengok
abangnya hidup bahagia suami isteri. Maklumlah sekarang
ini Amelia telah pun berbadan dua.
“Ibu...” Iman memanggil lembut. Kepalanya dilentok
pada bahu ibu.
Hajah Maimon hanya membiarkan sahaja. Iman
kalau di hadapan ibunya memang hilang gaya maco. Dia
bertukar menjadi anak manja.
“Iman tak buatlah benda-benda tu semua. Ibu pun
tahukan yang Iman dengan Abang Adam dengan Amelia
dah okey,” ujar Iman perlahan-lahan. Dia memang anak lelaki
bongsu paling manja dengan ibunya. Sebab itu kalau Umairah
tengok pasti mak cik tu bengkek. Anak tengah rampas hak
istimewa anak bongsu untuk bermanja-manja dengan ibu.
“Ehemm...” Hajah Maimon berdehem kecil. Jaga-
jaga ini tanda amaran.
Cepat Iman mengangkat kepala. Sederas itu dia
angkat dua-dua belah tangannya pula.
“Okey. Silap okey. Kakak Amelia.” Iman membetulkan
panggilan yang sepatutnya dia panggil. Sengaja dia menekan
perkataan ‘Kakak Amelia’ itu kuat-kuat. Apalah sangat dengan
satu perkataan ‘kakak’ tu pun ibu boleh bagi amaran berbunyi
macam tu sekali.
“Ni nanti kalau duduk kat rumah pak ngah kamu tu
jangan pulak kamu ajar dia yang bukan-bukan.” Ibu memberi
peringatan.
Iman mengangguk. Alahai. Banyaknya benda ibu
suruh ingat. Pasal aktiviti yang bakal dilakukan dengan pak
ngah yang masih lagi memegang title teruna Malaya tu pun
ibu kasi warning jugak ke.

155
Iman Suraya

“Okey ibu.” Iman menjawab lemah.


“Ni kalau duduk dengan pak ngah tu jangan pulak
kamu buli dia suruh buat itu ini,” pesan Hajah Maimon.
“Okey ibu.” Kepala Iman mengangguk perlahan.
“Jangan pulak hari-hari memeram makan kat kedai
aje. Belajar masak. Tak membazir. Kat luar tu bukannya
berkhasiat pun makanannya.” Hajah Maimon tidak berhenti
bercakap lagi.
“Okey ibu.” Iman tabah mendengar segala pesanan
dari ibunya.
“Nanti kalau...”
“Sudahlah tu Mon. Bernanah telinga budak tu
dengar awak berleter tak berhenti-henti.” Haji Hashim Manaf
menyapa dari muka pintu bilik. Umairah hanya menahan
ketawa di belakang ayahnya bila ibu mencebik manja bila
kata-katanya dipotong.
Iman melepaskan nafas lega. Ayah dan Umairah
datang tepat pada masanya. Kalau tidak, dia pun tak tau
siaran radio tak berbayar ni bila boleh habis.
Hajah Maimon bangun. Baju-baju Iman sudah siap
dikemas. Semuanya sudah siap dimasukkan ke dalam bagasi
besar. Esok Iman akan berangkat ke Ipoh. Mereka sekeluarga
akan menghantar Iman ke Ipoh. Cuma Adam dan Amelia
sahaja tidak turut serta. Amelia tengah mabuk. Tadi pun
lepas makan dia awal-awal dah masuk bilik. Tak tahan
katanya. Tak boleh berjalan jauh. Tak apalah. Adam ada untuk
menjaga isteri dia.
Hajah Maimon pun ada agenda sendiri. Dia dah
berpakat dengan Umairah sejak dari semalam lagi. Dah
alang-alang pergi ke Ipoh bolehlah sambil menyelam minum

156
Areila Sahimi

air. Boleh jalan-jalan. Boleh juga kalau pergi membeli pasu


dan bunga-bunga hiasan di Jalan Kuala Kangsar. Untung
juga ada anak perempuan. Boleh sama-sama kongsi hobi.
“Jom ayahnya kita keluar,” kata Hajah Maimon
seakan berbisik.
Mata Haji Hashim Manaf bersinar. Dah tua-tua pun
boleh jugak nak bermanja. Mereka keluar dari bilik
meninggalkan Iman yang masih lagi duduk di atas katil dan
Umairah yang masih lagi dengan sengihnya yang tak habis-
habis dari tadi.
“Ni apahal tersengih lagi ni. Tak tau nak tidur ke?”
tegur Iman.
“Alah biarlah. Nak tersengih ke. Nak apa ke,” jawab
Umairah dengan muncung panjang sedepa. Kurang dari
sepuluh saat muncung dia kembali ke bentuk asal. Dia
berjalan menghampiri katil. Punggung dilabuhkan bersebelahan
dengan abangnya.
“Bestlah Abang Iman dapat kerja kat Ipoh tu. Orang
pun ingat nanti nak mintak kerja kat sanalah,” luah Umairah.
“Bajet macam ibu nak kasi lepas aje,” ujar Iman
sarkastik. Dia yang lelaki pun sampaikan meleleh ibu nak kasi
pergi. Inikan pulak Umairah yang anak dara. Jangan haraplah
adikku.
“Ibu mesti kasi punyalah. Orang dah boring dengan
KL. Nak tukar angin.”
“Abang pergi sana bukan nak makan angin. Abang
pergi sana nak kerja. Ada paham?”Tocang Umairah ditarik.
“Sakitlah.” Umairah mengaduh. Apalah dosanya
pada tocang yang satu ni. Semedang kena tarik. Dulu dengan
Abang Adam. Tapi semenjak dah kahwin abang yang sorang

157
Iman Suraya

tu memang dah jarang nak main tarik-tarik tocang ni. Yelah.


Lebih baik Abang Adam pergi main tarik-tarik tocang bini
dia. Sekarang Abang Iman pulak. Hesy.... Tocangnya
dibetulkan kedudukannya yang sudah pun sedikit senget.
“Tapi apa salahnya kalau orang pun nak kerja kat
sana?” sambung Umairah lagi.
“Salah memang tak salah. Takut nanti ibulah yang
bermasalah.”
“Ibu okeylah kalau kena cara pujuknya.” Umairah
angkat keningnya.
“Suka hatilah. Dah sekarang pergi keluar. Abang
nak tidur. Pergi main jauh-jauh. Syuhh... Syuhhh!” Iman
menghalau Umairah keluar dari bilik macam menghalau
anak ayam masuk ke reban. Segera pintu bilik ditutup dan
dikunci dari dalam bila Umairah sudah berjaya ditarik keluar.
Susah sangat nak suruh keluar. Kena guna kekerasan baru
menjadi.
Iman merebahkan badan perlahan ke atas katil.
Dibawa lengan kirinya dan letak ke dahi. Siapa sangka. Dalam
dia menjawab macam main-main masa interview hari tu
boleh buat dia berjaya diterima menjawat jawatan sebagai
jurutera di syarikat pembinaan yang boleh tahan besar jugak
ni. Rezeki, kan. Mungkin transkripsi yang dia tunjuk nampak
cantik kut. Itu buat dia ada kredit untuk pegang jawatan ini.
Jurutera memang cita-cita dia sejak kecil lagi. Dia
jurutera. Abang Adam pun jurutera. Tak tau gen daripada
siapa yang kami berdua ikut. Ayah bukan jurutera. Ayah dulu
adalah pegawai kerajaan skim PTD (Pegawai Tadbir dan
Diplomatik). Yang sempat memangku Jusa C sebelum ayah
membuat keputusan untuk pencen awal dari yang sepatutnya.
Mungkin kami berdua terikut dengan pak ngah kut. Pak ngah

158
Areila Sahimi

dulu belajar kejuruteraan. Tapi pak ngah tak jadi jurutera.


Sebaliknya pak ngah lebih suka memilih profesion perguruan.
Pak ngah pernah kata, kalau semua mahu jadi jurutera, siapa
pula mahu mengajar bakal jurutera. Pak ngah memang guru.
Tapi gaji dia memang sedaplah. Sebab degree engineering
yang dia ada yang membuatkan gajinya sedikit tinggi dari
guru biasa.
Esok dia akan pergi ke Ipoh. Harap bolehlah
sesuaikan diri dengan suasana di sana nanti. Tak apa. Pak
ngah ada. Pak ngah yang dah jadi pengetua sekolah tu pun
ada masa nak bawak dia ke hulu ke hilir pusing-pusing
Bandar Ipoh tu. Memanglah bertuah ada pak ngah kat situ. At
least ada jugak sedara mara suku sakat tempat mengadu.
Tempat menumpang. Pak ngahlah orang yang paling excited
bila dia memberitahu yang dia mendapat kerja di Ipoh. Pak
ngah terus offer duduk serumah. Jadi housemate.
Pak ngah pun terus kasi offer yang dia boleh pakai
kereta Volvo panjang milik pak ngah tu untuk pergi kerja
sebab pak ngah baru aje keluarkan Perdana V6 baru. Duduk
serumah okey. Nak bawak kereta panjang tu yang macam
berat sikit. Boleh jatuh saham kalau bawak kereta yang dah
season macam tu. Tapi kalau tak ada pilihan bolehlah
daripada tak ada. Orang dah kasi. Ambil ajelah. Sambil tu,
simpan duit sikit-sikit. Boleh buat bayar muka kereta. Tak
payah yang mahal-mahal. Tak payah yang made from oversea
pun tak apa. Dapat pakai barang Waja atau Gen 2 pun dah
okey.
Bunyi jam berdetik ke angka dua belas tengah
malam mengejutkan Iman. Wei... belum apa-apa dia sudah
berangan sampai ke kayangan. Iman bangun untuk menutup
lampu bilik. Kembali ke katil. Selimut ditarik.

159
Iman Suraya

Bab 17
“D
AH MAKAN?” tanya Pak
Ngah Saari.
“Dah pak ngah,”
jawab Iman. Matanya masih tertancap pada siaran bola sepak
di hadapannya itu. Dia penyokong kuat Manchester United.
“Apa ajelah bola yang satu tu sibuk sampai dua
puluh dua orang pergi kejar. Kenapalah tak dibagi satu
sorang, kan senang,” ngomel Pak Ngah Saari sorang-sorang.
Dia duduk di atas sofa. Surat khabar siang tadi yang tak
sempat dibelek dicapai dari atas meja kopi. Cermin mata yang
tersangkut pada kolar baju disangkut pada dua-dua belah
telinga. Surat khabar mula diselak satu per satu. Meneliti apa
isu dunia yang tengah hangat sekarang ini.
Iman hanya diam. Pak ngah bukan minat bola pun.
Harap pak ngah janganlah mengacau dia yang tengah sedap
melayan Man U menentang Arsenal ni. Kalau Umairah yang
tiba-tiba pergi tukar channel sebab nak tengok sinetron di
Aruna bolehlah dia luku kepala budak tu. Ni dibuatnya
malam-malam macam ni pak ngah nak tengok siaran Astro

160
Areila Sahimi

Oasis. Ah... sudah. Takkan nak gaduh dengan pak ngah pulak.
Iman berdoa-doa di dalam hati agar siaran ESPN ini tidak
menerima gangguan ataupun terlari channel.
“Esok macam mana? Nak pak ngah hantar ke nak
pergi sendiri?” Pak Ngah Saari bertanya lagi. Cermin mata
dilurutkan sikit. Matanya mencerun sedikit melihat Iman
yang masih leka dengan perlawanan bola sepak yang dia
tonton.
“Pak ngah hantarlah. Iman tak tau tempat tu kat
mana.” Datar Iman menjawab tanpa memandang wajah pak
ngah. Dia ralit dengan perlawanan di kaca televisyen.
“Kalau nak pak ngah hantarkan kamu kena bangun
awal. Pak ngah esok ada mesyuarat dekat PPD,” kata Pak
Ngah Saari cuba mengingatkan. Iman ni jenis liat bangun
pagi. Itu kata ibu ayahnya semalam.
“Okey bos!” Kuat Iman menjawab dengan tangan
diletak ke atas dahi. Tabik spring. Mata dia memang tak
beralih arah lagi.
“Pergilah tidur. Esok nak bangun awal,” arah pak
ngah.
“Tak apa pak ngah. Iman dah standby dua biji
alarm.” Bersahaja Iman menjawab.
Pak Ngah Saari hanya menggeleng kepala. Budak ni
memanglah hantu bola. Tak apa. Kita tengok ajelah esok
macam mana. Kalau lambat dia tinggal aje. Pak ngah bingkas
bangun. Dia berlalu untuk masuk ke bilik.
“Nanti jangan lupa tutup lampu. Check semua
tingkap pintu,” pesan pak ngah ketika dia melangkah
mendaki anak tangga untuk ke tingkat atas.
“Okey. Good night pak ngah.” Kata Iman agak kuat.

161
Iman Suraya

Tangannya dilambai. Babai. Okey. Sorang-sorang layan bola


pun jalan ajelah. Sekurang-kurangnya tak ada yang
mengganggu.

IMAN tercungap-cungap masuk ke dalam perut kereta. Hesy...


macam mana boleh tak dengar bunyi alarm tadi. Kiri kanan
jam loceng dipasang. Tapi satu pun tak berjaya mengejutkan
dia tidur. Fesyen tidur mati. Mana nak dengar. Kalau di
rumah, ada tambahan bunyi pintu bilik kena ketuk macam
nak pecah gegendang telinga. Ini pun tiba-tiba tersedar bila
rasa hari dah macam terang semacam. Dan hari ini, dia
ponteng solat subuh. Kalaulah ibu tahu dia buat perangai
macam ni, memang bernanah lagilah telinga kena tahan leter.
Duduk dengan pak ngah tak tau lagi protokol macam mana
nak kena ikut. Entah-entah lagi teruk.
Pak ngah hanya diam. Sebaik sahaja Iman masuk ke
dalam kereta, terus masuk ke gear reverse. Keluar dari garaj
rumah teres dua tingkat. Kereta bergerak meninggalkan
kawasan perumahan itu dan menuju ke tempat kerja Iman.
“Macam mana semalam?” Pak ngah bertanya bila
tiba di lampu isyarat merah. Pagi-pagi begini memang jalan
agak sesak sikit untuk masuk ke bandar Ipoh. Kereta bergerak
pun merangkak-rangkak. Iman di sebelah pak ngah pandang
sekilas. Itulah. Sudah dipesan. Tidur awal. Ini sudah setiap
saat melihat jam tangan.
“Semalam?” Iman bertanya balik. Dia tidak faham.
“Game semalam siapa yang menang.” Pak ngah
memperjelaskan soalannya tadi dengan lebih spesifik.
“Owhh... Man U lah pak ngah.” Iman menjawab

162
Areila Sahimi

girang. Gusar akibat takut lambat masuk kerja tadi hilang


tiba-tiba bila cerita Man U menang bangkit pagi ini. Gilalah.
Semalam pukul tiga pagi baru dia masuk tidur semata-mata
nak tunggu sampai perlawanan tamat. Tak sia-sia. Janji
teamnya itu menjadi juara. Penyokong Arsenal berputih
matalah malam semalam.
“Menang... menang ye... menang...” sela pak ngah
panjang. Sedikit sinis.
“Yelah pak ngah.” Iman menjawab antara dengar
dan tidak. Tu dah mulalah tu. Bila buat tiga nada tak
berperasaan macam tu. Dah tau dah apa yang pak ngah nak
cakapkan sekejap lagi.
“Patutlah boleh lambat tadi.” Pak ngah terus
menuju point dia nak cakap. Isu bangun lambat. Isu terlepas
subuh. Isu buat main-main soal kerja. Isu sampai sekarang
masih tak matang lagi walaupun umur dah meningkat.
Iman menggaru kepala yang tidak gatal. Okey.
Telinga. Memang sudah bersedia. Tadah jangan tak tadah.
“Kita kalau nak pergi mencari rezeki jangan lupa
minta doa dari Allah. Sembahyang subuh tu benda wajib nak
mintak berkat dari Tuhan. Kalau subuh pun boleh terlepas,
macam mana pintu rezeki nak terbukak. Itu tiang agama
Iman Radhiff. Soal agama jangan nak dipandang enteng.
Jangan dibuat remeh. Keseronokan duniawi bukan boleh
menjamin kebahagian di akhirat kelak. Kalau tak cukup
macam mana nak masuk syurga? Jangan disebabkan pulang
dari luar negara sampai boleh terlupa asal usul diri, sampai
boleh lupa tiang agama. Kita orang Islam. Orang Islam tidak
sepatutnya lupa pada Tuhannya. Ingat tu.” Pak ngah
memulakan mukadimah.
Iman mengetuk-ngetuk kepala lutut. Mukadimah

163
Iman Suraya

yang panjang meleret. Slot di pagi hari yang mesti to be


continue sampai ke malam ni. Pasti sangat tu. Alahai...
dengar ajelah. Dah salah sendiri pun siapa suruh tidur mati.
“Dengar ke apa pak ngah cakap ni?” Pak ngah
menyoal bila Iman hanya bertindak untuk mendiamkan diri
sahaja.
“Dengar...” jawab Iman. Perlahan sekali. Ni yang tak
lalu duduk dengan cikgu ni. Dibuatnya aku macam anak
murid dia di sekolah. Nasib tak kena ketuk ketampi seratus
kali. Iman mengomel di dalam hati.
Pak Ngah Saari berhenti dari sesi brainwash kepala
anak saudaranya yang seorang itu. Malas nak ditekan-tekan
orang yang baru masuk kerja. Dia bukanlah nak control Iman
yang lelaki tu. Dia pun tak kisah apa yang Iman nak buat.
Budak dah besar panjang macam tu, bukan boleh kita tegur
sangat. Tapi kes yang tak sembahyang subuh tu yang buat
dia berceramah pagi-pagi dalam kereta ni. Benda yang dah
jadi rukun Islam jangan ditinggalkan. Kalau dia tak tegur dia
pun turut sama tanggung dosa. Sebab buat buta buat bisu.
Ceramah ni kira untuk menjalankan misi tanggungjawab
sejagat menyelamatkan umat akhir zamanlah dari terus
hanyut. Tengok bola boleh berjegil mata sampai ke pagi. Nak
sembahyang subuh boleh langgar macam tu aje.
Sedar tak sedar kereta Pak Ngah Saari sudah
berhenti di hadapan bangunan Tembaga Properties. Di
sinilah tempat Iman bekerja. Sebuah syarikat pembinaan
yang beribu pejabat di Kuala Lumpur. Iman turun dari kereta.
“Okey pak ngah. Balik nanti Iman ambil cab ajelah.”
Ujar Iman dan terus dia bergegas masuk ke dalam bangunan
setinggi lima tingkat itu.

164
Areila Sahimi

Bab 18
A
IR MATA masih terus mengalir.
Ya Allah selamatkanlah Azim.
Suraya menangis teresak-esak
di dalam kereta. Mak ngah ada di sebelah bertindak sebagai
penenang. Along masih lagi menumpukan perhatian pada
pemanduannya di hadapan. Angah akan datang lewat sedikit.
Dia ada kerja yang perlu dibereskan. Abah yang berperanan
sebagai co-pilot diam seribu bahasa. Abah pun tak tau nak
cakap apa. Abah pun terkejut sama. Along juga. Angah juga.
Mak ngah juga. Semua terkejut bila mendapat panggilan
daripada Dengkil pagi tadi. Azim tenat. Azim tenat? Azim sakit
apa? Bagai melayang tubuh badan apabila dari hujung talian
sana mengatakan Azim menghidap penyakit barah otak yang
kronik. Nasib Suraya sempat berpaut pada dinding.
Dia kumpul seluruh kekuatan yang ada untuk
mendengar apa yang Abang Norman ingin katakan. Kejam
Azim. Benda begini serius pun dia tak bagi tahu. Suraya
malas mahu berfikir apa-apa. Hari ini dia ambil EL. Dia mahu
segera sampai ke Hospital Serdang. Dia mahu bertemu
dengan Azim. Takutnya dia andai tidak sempat berjumpa

165
Iman Suraya

dengan Azim. Dua jam perjalananan terasa jauh sangat


dirasakan. Macam dari utara nak pergi ke selatan aje gayanya.

“AZIM....” Lirih Suraya memanggil Azim. Ya Allah. Ujian


apakah yang Engkau turunkan pada hamba-Mu ini. Tidak
terdaya Suraya melihat Azim yang sudah baring di atas katil.
Keadaan Azim amat menyedihkan. Sakit. Badan Azim sudah
kurus. Rambutnya pula sudah habis gugur ke bumi. Azim
memang tenat. Dia sekarang sedang berperang dengan maut.
Suraya memegang erat jari jemari Azim.
“Azim...” panggil Suraya lagi. Azim masih boleh
mendengar. Cuma dia seperti tidak mampu untuk menuturkan
apa-apa pun. Makin kuat pegangan tangannya. Dia tidak
mahu lepaskan.
“Suraya... Suraya!” panggil Mak Som berulang kali.
Suraya pandang Mak Som.
“Kenapa tak bagi tau Sue, Mak Som? Abang Man?”
Suraya bertanya. Suaranya serak. Mak Som dan Abang Man
dipandang silih berganti. Dia inginkan penjelasan. Kenapa
perkara ini dirahsiakan dari pengetahuan dia. Dia tunangan
Azim. Kenapa dia dibelakangkan dalam hal ini. Terkilannya
dia apabila dia tiba hari ini dan melihat keadaan Azim yang
sebegini.
“Sue...” panggil Norman lembut.
“Kenapa Abang Man tak bagi tahu Sue?” Bergetar
suara Suraya. Air mata dibiarkan meleleh sahaja. Dia sudah
tidak kisah apa rupa sekali pun sekarang ini.
Suraya dapat merasakan Azim makin erat

166
Areila Sahimi

menggenggam jari jemarinya. Kepala pantas berpusing.


Wajah Azim yang pucat dipandang. Azim ingin katakan
sesuatu. Suraya mendekatkan sedikit kepalanya kepada
Azim.
“Sue jangan marah Abang Man. Saya yang mintak
dirahsiakan perkara ini.” Tersekat-sekat Azim bersuara.
Perlahan. Tapi Suraya masih boleh menangkap satu per satu
butir bicara yang ingin Azim sampaikan.
“Tapi kenapa Zim…”
“Sa... sa... saya tak nak Sue sedih.” Nafas Azim
turun naik. Dadanya berombak.
Makin jelas tangisan Suraya. Air mata yang
bercucuran bagai tidak mahu berhenti.
“Sue sayang Azim...”
Azim menggeleng perlahan.
“Berhenti dari sayang saya. Sue berhak dapat orang
lain yang jauh lebih baik dari saya,” balas Azim. Dia
tersenyum. Senyum untuk melindungi rasa sakit yang amat
sangat ini.
“Abang Man...” Azim memanggil abangnya.
Norman yang duduk di penjuru bilik datang
menghampiri. Azim pegang tangan Norman lalu diletakkan
di atas tangan Suraya.
“Janji dengan Azim, jaga Sue baik-baik,” pesan
Azim.
Norman mengurut pangkal hidung. Matanya
dipejam. Suraya pula sedikit kaget dengan tindakan Azim
yang tidak disangka-sangka itu. Dia ingin menarik tangannya
dari tangan Abang Norman tapi dia tidak mampu untuk
berbuat demikian.

167
Iman Suraya

“Janji dengan Azim, Abang Man. Jaga Sue.


Bahagiakan dia.”
Sekali lagi Suraya menjadi kaget dengan kata-kata
Azim.
“Azim...” panggil Suraya.
“Sue, awak bertuah sebab Abang Man sayangkan
awak. Dia mampu buat awak bahagia.” Azim masih lagi mahu
bersuara walaupun ada ketika apa yang dia katakan bagai
tidak dengar dek telinga.
“Abang Man janji dengan Azim.” Sekali lagi Azim
meminta. Terasa kesakitan yang amat sangat apabila
mendengar Azim bersuara. Norman tidak ada pilihan. Dia
mengangguk perlahan. Suraya dipandang. Dia mengangguk
sekali lagi. Dia sedia memikul tanggungjawab yang Azim
galaskan pada bahunya.
Azim tersenyum.
“Mengucap nak.” Abah datang ke depan. Mengajar
Azim mengucap dua kalimah syahadah.
Innalillahhiwainnalillahhirajiun. Sesungguhnya
daripada Dia kita datang dan kepada Dia jugak kita kembali.

168
Areila Sahimi

Bab 19
R
UMPUT-RUMPUT kecil dicabut
dengan tangan. Bunga-bunga
kemboja yang jatuh berguguran
di atas pusara ini dibuang ke tepi. Telah setahun Azim pergi
meninggalkan dunia ini. Di pusara ini, Suraya masih setia
berdiri. Bersama doa-doa, tak putus diberikan. Sebagai tanda
kasih. Kasih yang sebenar. Titisan mutiara jernih yang menitis
dikesat dengan belakang telapak tangan.
“Cinta Azim akan Sue sanjung selagi nyawa
dikandung badan. Terima kasih kerana memberi peluang
kepada Sue untuk Sue jatuh cinta, sayangku, Ikmal Hazim.
Wajah dan senyum Azim akan sentiasa tersemat di hati ini.
Sue sayang Azim.”
Perlahan-perlahan Suraya berjalan menuju ke
kereta. Abah telah menunggu di dalam kereta. Abah bagi
ruang untuk dia bersendiri sebentar di tepi pusara Azim. Dia
perlu pulang semula ke Ipoh. Lagipun esok penggal baru
persekolahan akan bermula. Di pertengahan jalan, dia
menoleh kembali, dan air mata pun jatuh ke pipi. Sungguh
dia akan secara automatiknya berasa sebak bila menjejakkan

169
Iman Suraya

kaki di tanah perkuburan itu. Di sini Azim disemadikan.


Setiap bulan pasti dia akan ke sini. Abah akan temankan. Ika
juga. Anne juga. Along dan angah juga. Ya, Norman juga.
Mereka adalah orang-orang yang memberi semangat untuk
dia terus hidup walaupun tanpa Azim di sisi.

SETIBA DI RUMAH Suraya terus masuk ke dalam bilik.


Pintu ditutup rapat dan dikunci dari dalam. Suraya bersandar
di belakang pintu. Perlahan-perlahan dia duduk di belakang
pintu. Air mata merembes keluar tanpa perlu dipaksa.
Sungguh. Walaupun sudah setahun, dia tidak dapat melupakan
Azim. Masakan semudah itu dia mampu melenyapkan bayang-
bayang Azim dalam hidup ini. Dengan Azim dia belajar
mencintai dan dicintai. Entah kenapa selepas Azim pergi
dia sudah tidak mampu menerima kehadiran lelaki lain lagi
dalam hidup. Walaupun lelaki itu Abang Norman sekali pun.
Apa yang dia tahu rawan dia masih berpanjangan. Dia reda
dengan ketentuan dari-Nya. Tapi dia tidak mampu untuk
menghalang air mata ini untuk keluar tatkala hati dipalu rasa
rindu pada Azim.
“Sue...” panggil along dari luar.
Suraya segera mengesat air mata. Kacaulah along
ni. Sehari tak mengganggu hidup orang tak boleh ke. Tudung
yang menutupi kepala ditanggalkan kemudian disangkut
pada penyangkut tuala. Dia duduk mengadap cermin pada
meja solek. Adoii... mata dah naik bengkak sikit. Sembab pun
ye. Kalau keluar dari bilik dengan keadaan sembab semacam
ni, confirm kena dengar nasihat motivasi yang dah basi tu
dari along dan dia punya assistant, angah.

170
Areila Sahimi

Dah setahun along dan angah kasi motivasi free.


Dah setahun jugaklah along dengan angah pindah balik kat
rumah abah ni. Memanglah pada dasarnya dia orang ni kerja
tak jauh mana dari Ipoh. Sengaja aje dulu dia orang duduk
luar. Konon nak berdikari. Tak mau duduk bawah ketiak abah
lagi. Last-last bila Suraya berkeadaan macam ni lepas Azim
pergi, terus diorang buat keputusan balik duduk dengan abah
sekali. Alasan dia orang takut Suraya sunyi, dan buat yang
bukan-bukan.
Kalau ikutkan Suraya okey aje. Dia jadi macam ni
bila hati jadi rindu pada Azim. Yang buat kecoh tu bukan apa,
lepas kes dia pengsan dekat sekolah tu lah. Dia pengsan hari
tu sebab kepala betul-betul berpusing kerana berpanas terik
tengah-tengah padang semasa latihan sukan. Yang dia pun
satu, siapa suruh pakai tudung hitam kalau nak berjemur
bawah cahaya matahari. Along dengan angah punya hipotesis
kata dia terlebih ambil ubat untuk hilang stres. Fuhhh!!!
Tuduhan yang diletakkan pada adik dia orang ni amat-amat
tak berasas. Dia nak telan panadol time pening pun payah lagi
mau kata dia ambil ubat-ubat tu semua.
Suraya mencari-cari botol concealer pada kotak alat
soleknya. Suraya mendekatkan wajah pada cermin solek di
depan. Concealer tadi disapu sedikit di bawah mata yang
membengkak. Tak rugi pergi bengkel grooming masa dekat
UPSI dulu. Boleh jugak dipraktikkan. Ingat dulu tak berapa
nak penting jugak, sebab bukan keluar UPSI terus nak jadi
model ke, pelakon ke, penyanyi ke. Sebagai perempuan,
sedikit-sedikit benda-benda ni kena tau, macam Maya Karin
selalu cakap dalam iklan L’oreal ‘Kerana Dirimu Begitu
Berharga’. Concealer ni dapatlah jugak nak kasi cover mata
yang dah bengkak sikit tu walaupun kegunaannya adalah
untuk menutup cela. Belasah ajelah.

171
Iman Suraya

Suraya membuka pintu bilik. Along masih tercegat.


Dia pandang Suraya.
“Sue okey?” Along bertanya. Prihatin dengan
keadaan adik bongsu yang paling disayanginya itu.
Suraya mempamer senyum segaris. Along amat-
amat prihatin pada adik dia. Perhatian yang along bagi amat-
amat tip-top. First class. Dia terasa bagai tuan puteri di dalam
rumah ini. Semua orang sayang. Walaupun dia tidak lagi
memperolehi kasih sayang dari seorang ibu, tetapi kasih
sayang yang ditumpahkan oleh abah, along dan angah sudah
cukup melimpah ruah sehingga sikit pun dia tidak merasakan
kekurangannya. Alhamdulillah. Dia bersyukur dikurniakan
sebuah keluarga yang bahagia seperti ini.
“Sue okey.” Suraya menjawab perlahan. Dia tidak
berani untuk melihat mata along. Nanti kantoi. Mesti along
dapat tangkap dia menangis untuk kesekian kalinya.
Along mengusap lembut kepala Suraya. Suraya
mengelak sikit.
“Apa ni along. Sue okey. Usap-usap kepala orang.
Ingat Sue anak kucing ke?” ngomel Suraya. Kepalanya
dialihkan laju bila tangan along ingin mengusap kepalanya
lagi sekali.
Along mengetap bibir kerana geram. Dia punyalah
nak pastikan semua dalam keadaan okey. Budak ni boleh
pulak cakap macam tu.
“Jom lepak depan.” Ajakan along itu bagai satu
arahan.
“Malaslah along. Orang penat ni.” Suraya menjawab
malas. Yela pun. Kut ye nak buat perhimpunan anak beranak
takkanlah masa-masa ni jugak. Tau tak orang dah penat. Tadi
memandu tiga jam dari Dengkil ke Ipoh. Ingat dekat ke. Jauh

172
Areila Sahimi

tu. Lenguh pinggang kaki semua. Abah nak offer diri gantikan
tempat driver. Tapi dialah tak nak. Bukan tak percaya abah
pegang stereng Gen 2 yang baru dua bulan keluar dari kilang
ni, tapi abah tak berapa nak mahir bawak jenis auto. Abah
dah biasa bawak manual, masuk auto walaupun buat orang
yang memang tak berapa nak reti main tukar-tukar gear
macam dia ni amat-amatlah senang menggunakan yang
automatic punya ni, pada abah benda ni tetap nampak susah.
Tak apa. Selagi masih boleh memandu biar dia aje yang
pandu. Alhamdulillah selamat sampai.
“Apa pulak malas. Jom. Kita tengok Zombie
Kampung Pisang sama-sama,” ajak Along lagi.
Suraya membulatkan mata. Masuk yang ini sudah
tak terkira berapa kali dia tengok Zombie Kampung Pisang.
Along kata cerita ini macam kasi terapi sikit. Biar dia boleh
tersenyum, tersengih dan kemudian ketawa. Nak buat terapi
sekali pun takkanlah sampai seratus kali nak tengok cerita
yang sama. Along bagi terapi nak buat diri happy guna cerita-
cerita Mamat Khalid. Disuruhnya tengok Zombie Kampung
Pisanglah, Man Laksa la, Rock la, macam-macam.
“Malaslah along. Penat. Penat. Penat.” Suraya
merengek bagai kanak-kanak Ribena sahaja gayanya.
“Apa pulak. Jom. Jom. Kasi happy sikit. Angah,
abah dah tunggu kat depan tu. Cepatlah.” Along masih
mengarah lagi.
“Nak mandi. Orang tak mandi lagi. Badan dah bau
ni,” bohong Suraya. Malaslah nak tengok benda ni lagi. Dah
boleh hafal semua dialog dalam filem ni. Silap hari bulan
boleh jadi tukang karang skrip untuk buat sequal cerita ni
pulak.
“Laa... budak ni. Tak mandi lagi. Kita orang kenduri

173
Iman Suraya

dululah Popia SS Ali favourite Sue tu. Angah beli tadi.” Along
cuba memancing Suraya.
Sedikit bersinar mata Suraya. Sajalah along ni pakai
taktik macam ni.
“Nak! Nak! Nak!” Suraya berkata dengan kepala
terangguk-angguk. Bibirnya mengukir sengih.
“Pengotorlah Sue ni. Pergilah mandi dululah.
Busuk punya olang.” Marah along.
Suraya menahan tawa. Along memang pantang
kalau orang tak menjaga kebersihan diri. Dia tu pembersih
yang amat sangat. Nasib ar ada along dengan angah kat
rumah. Dia orang ni memang buat dia rasa terhibur. Tak rasa
boring langsung.

USAI sembahyang Isyak, Suraya duduk di atas katil. Mata


belum mengantuk. Seketika kemudian dia bergerak ke
meja belajar. Fancy box di bawah meja diangkat naik ke
atas. Penutup kotak dibuka. Suraya tercari-cari sesuatu
di dalamnya. Hampir lima minit dia menjalankan operasi
mencari, dia mengeluarkan sekeping sampul surat berwarna
pink. Isi dalam sampul surat itu dikeluarkan. Bagai ada kuasa,
setiap kali surat itu dibuka, tangan pasti menggigil. Surat
merah jambu yang sudah sedikit lunyai akibat terlalu kerap
dibuka katup-dibuka katup dengan kesan-kesan air mata
menitis di atas helaian tersebut yang membuatkan dakwat
di atasnya mengembangkan sedikit Suraya tatap. Dalam
perlahan dia membaca isi-isi surat merah jambu itu.

174
Areila Sahimi

Assalamualaikum sayang...
Surat ini Azim titipkan buat Sue sebagai
kenang-kenangan terakhir untuk kita berdua.
Serasa Azim, ini kali kedua Azim memberi
surat berwarna yang sama pada Sue. Kalau
Sue masih ingat semasa mula-mula Azim
mengirim surat yang berwarna merah jambu
ini kepada Sue dulu, Sue masih lagi junior
Azim. Budak mentah. Yang sangat-sangat
berhingus. Sue nampak sangat poyo dan gedik
jugak bila memakai baju warna pink (jangan
marah.) Dari situ Azim tau, Sue sangat-sangat
suka pada warna ini. Betulkan? Azim tak
pernah tersilap dalam apa-apa perkara
mengenai diri Sue. Sebelum surat itu Azim
titipkan buat Sue, jenuh tau Azim buat
research pada teman-teman Sue pasal apa
sahaja yang Sue suka. Sue suka makan apa.
Sue suka buat apa. Sue suka warna apa. Sue
suka lagu apa. Sue suka filem apa. Gila punya
kaji selidik Azim buat sebelum betul-betul
berani nak luahkan isi hati. He he he...
Betullah Azim sudah angau dibuat awak, Sue.
Saat Sue kata okey (walaupun masa Sue kata
tu, Sue sangat-sangat kerek) untuk menerima
Azim, Azim rasa macam nak melompat
setinggi langit. Tak sangka. Usaha berbaloi.
Sue,
Sepuluh jari Azim susun untuk memohon
maaf di atas kesilapan Azim yang lalu. Azim
juga mohon maaf kerana merahsiakan segala-
galanya dari pengetahuan Sue. Bukan tidak

175
Iman Suraya

mahu memberitahu, Azim tak mahu Sue


sama-sama menderita. Biar Azim tanggung
sendiri. Azim tahu Sue sedikit terkilan, tapi
percayalah Azim lakukan ini semua kerana
Azim tak sanggup melihat orang yang Azim
paling sayang menangis setiap hari melihat
keadaan diri Azim yang semakin hari semakin
teruk. Sungguh Azim tak sanggup Sue.
Sue,
Jangan ratapi pemergian Azim. Azim cuma
pohon Sue kirimkan pada Azim bacaan ayat
suci al- Quran dan Yassin untuk kesejahteraan
Azim di sana. Doakan Azim, Sue. Jangan
menangis untuk Azim.
Sue,
Abang Norman sentiasa akan berada di sisi
Sue. Saya tau Sue tak suka dia. Tapi dia abang
saya. Saya kenal dia Sue. Dia sayangkan Sue.
Dia mampu bahagiakan Sue. Azim amat-amat
berharap Sue boleh hidup bahagia dengan
Abang Norman. Jangan diragui perasaan dia
pada awak Sue. Dia ikhlas. Dia ikhlas
mengasihani awak Sue. Azim dapat lihat cinta
yang hadir di mata dia hanya untuk awak,
Sue. Percayalah Sue.
Sue,
Apa yang penting pada Azim adalah
kebahagian Sue. Jangan tutupkan pintu hati
untuk menerima kehadiran orang lain. Besar
harapan Azim, Sue bisa memilih Abang
Norman kerana Azim mempercayai kasih

176
Areila Sahimi

sayang dia pada awak, Sue. Tak ada keraguan


untuk itu kerana dia lelaki yang setia. Walau
apa pun, Sue bebas memilih sesiapa sahaja
selepas Azim tiada lagi nanti. Jangan paksa
diri untuk membuat pilihan Sue. Soal pada
hati. Tanya ada siapa?
Azim rasa cukup setakat ini yang ingin Azim
sampaikan. Harap Sue akan terus berbahagia
dan dirahmati-Nya. Cuma ingat, walaupun
Azim tiada lagi, cinta Azim tetap pada Sue.
Selamat tinggal sayang.

Yang benar,
Ikmal Hazim

Inilah kebiasaannya. Setiap kali pulang dari


menziarah pusara Azim, pasti surat ini dibaca kembali. Setiap
kali usai membacanya, pasti mata turut sama berkaca.
Menitiskan mutiara-mutiara jernih. Suraya melipat kembali
surat berkenaan dan dimasukkan ke dalam sampulnya seperti
asal. Kemudian diletakkan kembali ke dalam kotak. Inilah
yang membelenggu perasaan. Azim meletakkan harapan di
akhir hayatnya. Harapan yang amat-amat payah untuk dia
terima. Dia tak mampu nak menerima kehadiran Abang
Norman di dalam hidup ini. Abang Norman itu hanya
dianggap sebagai seorang abang sahaja. Tidak lebih dari itu.
Suraya menatap muka jam pada meja tepi katil.
Kalau nak dilayan sangat perasaan ini satu kerja pun tak jadi.
Baju dan tudung sudah sedia digosok. Esok dia perlu ke
sekolah. Cuti seminggu sudah pun tamat. Esok aktiviti
berjalan seperti sedia kala.

177
Iman Suraya

Bab 20
“M
ANA karangan yang saya
suruh buat? Latihan untuk
Komponen Sastera tak
serah lagi, kan?” Suraya bertanya bertalu-talu pada tiga orang
muridnya itu. Ngeee... geramnya tengok sorang-sorang ni.
Boleh buat muka sardin aje tu bila dia marah-marah macam
ni. Tak tau ke yang dia orang bertiga ni dah buat salah. Dan
tak tau ke cikgu diorang ni tengah marah gila ni. Lagi boleh
buat macam tak ada apa-apa.
“Jawab Meor Haffizzudin Meor Omar, Mohd Hafiz
Mohd Syariff, Zairul Amri Borhan!” kata Suraya lagi. Ditekan-
tekan sekuat yang boleh nama budak-budak bertiga ini. Siap
full name dengan bin-bin sekali dia tak tinggal.
Dia sebenarnya sudah pening sangat macam mana
nak uruskan budak-budak ini. Mereka bertiga bukannya tak
cerdik. Cerdik. Pandai. Tapi apasal la susah sangat nak diajar
supaya jadi pelajar yang berdisiplin. Jadi pelajar yang
bilamana cikgu bagi kerja sekolah tu boleh hantar on time.
Fuhh... apa nak jadi dengan budak-budak sekarang ni pun dia
tak tau. Asyik nak jolly frog aje kerjanya. Ni yang tiga orang

178
Areila Sahimi

ni tak tau ke tahun ni nak ambil SPM. Tak tau ke SPM ni


penentu nak pergi mana lepas ni.
Suraya menggeleng kepala melihat budak-budak
bertiga ni. Nak dipukul anak orang. Karang tak pasal-pasal
masuk mahkamah pulak. Sekarang ni pun ada aje kes ibu
bapa saman guru sebab merotan pelajar. Habis kalau dah
degil macam ni, nak guna cara apa lagi. Kenapalah susah
sangat nak membentuk biar betul-betul jadi orang.
“Alah cikgu. Nanti hantarlah.” Din menjawab bagi
pihak kawan-kawannya.
Suraya merenung tajam pada pelajarnya yang
berani-berani menjawab itu. Berani betul budak bertuah ni
menjawab macam tu. Dalam ramai-ramai ni memang Din
nilah yang paling berani nak membidas balik apa yang dia
kata. Macam ada aura loyar aje dalam diri dia. Memanglah.
Aura loyar buruk yang kadang-kadang sangat-sangat
melampau. Dengan kereknya dia menjawab menambahkan
sakit di dalam hati. Tak tau ke bahasa nak mintak maaf kalau
dah buat salah tu. Kalau maaf pun dah bernanah telinga
dengar. Semedang (selalu sangat) mintak maaf. Boleh tahan
baik pun seminggu aje. Lepas tu minggu depannya buat
balik.
“Hari ini, saya nak kamu bertiga siapkan semua
latihan komponen Sastera tu, dan juga latihan penulisan
yang saya bagi semalam. Kalau kamu berani-berani langgar
arahan saya kali ini, saya tak akan teragak-agak untuk ambil
tindakan ke atas kamu bertiga!” Suraya berkata dengan tegas.
Itu aje yang mampu untuk dia lakukan. Letakkan hukuman.
“Ingat, kalau kamu langgar arahan saya kali ini,
saya akan report pada pengetua. Ibu bapa kamu akan
dipanggil ke sekolah,” sambung Suraya lagi. Okey. Idea

179
Iman Suraya

brilliant. Selama ni tak pernah terfikir pun sebab benda


macam ni nak mengadu pada tuan pengetua. Kalau dah degil
sangat macam ni ajelah caranya. Kita letak nama tuan
pengetua dengan nama ibu bapa dalam satu ayat. Gerenti
budak-budak ni jadi cuak. Beranilah dengan Cikgu Sue ni.
Kalau diaorang bertiga ni boleh kerek jangan ingat dia tak
berani jadi lebih sepuluh kali ganda kereknya.
“Alah Cikgu Sue, takkan itu pun nak bagi tahu
emak ayah,” ujar Zairul pula. Sedikit gelabah. Dia dah terasa
cuak bila memikirkan perilakunya di sekolah diberitahu
kepada bapak di rumah. Bapak tu garangnya mengalahkan
singa. Wasalamulah jawabnya kalau bapak di rumah tahu.
Mengamuk sakan orang tua tu.
“Kenapa?” Suraya bertanya. Keningnya sudah
terangkat sebelah. Memang tak makan saman. Tak tau ke
kalau dah buat salah memang patut terima hukuman.
“Tapi cikgu...” Apeh menyela.
“Tak ada tapi-tapi. Saya kata buat sekarang, buat
sekarang.” Suraya pantas memotong. Cuaklah tu. Biarlah hari
ini kena balik pukul lapan malam pun dia sanggup. Tak
kisahlah nak berkorban jadi pemantau budak bertiga ni
siapkan latihan semalam. Dia sanggup. Nilah tanggungjawab
sebagai seorang guru. Rela berkorban supaya diorang ni jadi
orang yang betul-betul orang.
Din, Apeh dan Zairul berpandangan sesama sendiri.
Akhirnya mereka terpaksa akur jugak dengan arahan Cikgu
Sue. Nak mati kalau emak ayah tau. Nak bungkus kalau
Cikgu Sue betul-betul report pada tuan pengetua yang
garangnya mengalahkan askar komando baru pencen tu.
Mereka mengambil tempat duduk masing di belakang sekali.
“Tak ada nak duduk belakang tu. Waktu sekolah

180
Areila Sahimi

dah habis ni. Duduk kat depan,” arah Suraya kepada


pelajarnya itu. Dia masih lagi lantang berkata-kata saat ini.
“Sama aje Cikgu Sue, depan ke belakang ke janji
buat kerja. Okeyla tu,” balas Din lagi.
Alamak Cikgu Sue ni, entah siapa yang hanginkan
dia hari ini tak pasal nak letupkan meriam mortar dekat-
dekat sini jugak. Selalunya okey aje. Dia diam aje kalau tak
buat homework. Hari ini garang mengalahkan ibu singa aje.
Suraya memandang Din mercun yang gemar
membidas itu dengan pandangan nak telus aje ke dalam anak
mata anak muda ni. Ek elehh... aselehe punya budak. Macam
ni ke adab bercakap dengan guru sendiri. Banyaklah dia
punya okeyla tu.
“Bertindak mengikut arahan boleh tak! Boleh tak
jangan nak banyak cakap. Siapa cikgu sekarang ni. Saya ke
awak?” hentam Suraya.
“Cikgu Sue....” Mereka bertiga menjawab serentak.
Kemudian terus berjalan lemah longlai ke depan.
“Duduk jarak-jarak. Nanti kerja tak siap, bercakap
yang lebih,” kata Suraya lagi bila dia orang bertiga duduk
sebelah menyebelah. Cikgu Sue betul-betul jadi kejam
sangat hari ini. Dah macam Rika Sumanto dalam sinetron
Bawang Merah Bawang Putih. Dari tadi tak habis-habis
mengarah budak-budak ni.
Din dan Zairul bangun untuk duduk di tempat lain.
Semakin lama semakin lemah tidak bermaya.
“Cergas sikit boleh tak? Ni macam tak makan
seminggu saya tengok awak semua ni!” Makin lantang suara
Suraya berkumandang di blok A ini. Mentang-mentang
orang dah tidak ada, beranilah nak bersuara macam ni. Kalau
tidak, jenuh jugak nak control ayu. Suraya memalingkan

181
Iman Suraya

badan mengadap papan hitam. Tersengih dia sejenak bila


tengok muka budak-budak ni toya aje mengikut arahan
macam tak rela. Main-mainlah dengan aku!
Suraya kembali berpusing mengadap Din, Apeh dan
Zairul yang sedang tekun menyiapkan tugasan yang
diberikan. Dia buat-buat serius. Nak ketawa pun ada saat ni
bila tengok otai-otai ni tekun aje buat kerja. Selalu dalam
kelas bukan main lagi. Kecut perutlah tu bila nama pengetua
tiba-tiba naik tadi. Taktik yang menjadi! Syabas Cikgu Sue!!!
Suraya berjalan ke hulu ke hilir sambil memerhati
budak bertiga ni buat kerja. Sebenarnya budak-budak ni
bukan tak boleh buat. Boleh. Tapi sengaja biarkan virus M tu
dalam badan.
“Cikgu Sue...” panggil Apeh perlahan.
“Apa dia?” soal Suraya. Iramanya masih tegas
seperti tadi.
“Kenapalah Sastera Melayu sangat susah?” Apeh
bertanya lemah.
“Apa yang susahnya? Awak baca. Lepas tu cuba
faham,” jawab Suraya.
“Boringlah,” sela Zairul pula.
“Kita orang Melayu. Kalau anak Melayu sendiri tak
tau nak martabatkan sastera kita siapa lagi.”
“Boringlah,” kata Zairul lagi. Suraya mengetap
bibir.
“Dah tak ada boring-boring. Cepat siapkan kerja.
Nak balik ke tak ni?” Gertak Suraya lagi.

182
Areila Sahimi

“AGAK-AGAK kau kan apa hal Cikgu Sue tiba-tiba naik angin
dengan kita hari ni ye?” tanya Apeh kepada Din dan Zairul.
“Tu la pasal. Aku tengok tadi gaya dah macam mak
tiri pun ada,” ujar Zairul pula.
“Aku pun pelik. Biasa dia okey aje. Hari ni pulak
berasap tak tentu hala,” sela Din pula.
Sepanjang perjalanan pulang mereka sibuk
membincangkan hal Cikgu Sue. Yelahkan, Cikgu Sue tu
mana pernah marah-marah macam tu. Biasa dia cool aje.
Relaks aje kalau student buat tak tau dengan homework yang
dia beri. Lepak aje kalau ada student melawan cakap dia. Tak
tau pulak sekali bila dia dah meletup, teruk macam ni sekali.
Empat jam bertapa dalam kelas siapkan tugasan-tugasan dia.
“Tapi nasib jugaklahkan, dia tak mengadu pada
pengetua pasal kes kita dulu-dulu. Kalau tak bungkus wei,”
kata Apeh dengan nada yang macam takut sangat bila Cikgu
Sue sebut pasal nak report pada pengetua. Tengok aje misai
pengetua yang melentik tu pun boleh menggigil kepala lutut.
Tak sanggup!!!
Pin!!! Pin!!! Pin!!!
Terkejut tiga sekawan ini bila tiba-tiba mendengar
bunyi hon kereta yang tak berhenti-henti. Mereka berpusing
lipat maut untuk melihat orang yang memandu kereta
tersebut. Cikgu Sue???
“Nak pergi mana?” tegur Suraya. Kesian pulak
tengok budak-budak ni balik berjalan kaki. Macam Do Re Mi.
“Nak baliklah cikgu,” jawab Din.
“Jom saya hantar.”
Apeh dan Zairul sudah terkulat-kulat. Din masih
menahan rasa machonya. Dia tak nak machonya jatuh hanya

183
Iman Suraya

kerana menumpang kereta Cikgu Sue. Dia dan Cikgu Sue


bukannya sebulu.
“Tak payahlah,” kata Din. Pantas tangannya ditarik
Apeh.
“Aku dah tak larat nak berjalan dah ni. Cikgu Sue
dah nak hantar, okeyla tu,” bisik Apeh di telinga Din.
Pin! Pin! Sengaja Suraya membunyikan lagi sekali
hon keretanya.
“Nak naik ke tak nak ni? Kalau tak saya gerak
sekarang,” katanya selamba. Punat kunci kereta dibuka.
“Tunggu apa lagi. Cepatlah. Saya hantar. F.O.C. Free
of charge,” pelawa Suraya lagi.
Segera budak-budak ini masuk ke dalam kereta
Suraya. Berhimpit-himpit duduk di belakang. Suraya
memandang melalui cermin depan. Amboii!!! Macam bos
besar pulak dia orang ni.
“Din duduk depan,” arah Suraya.
Din akur kemudian keluar dari kereta dan masuk
duduk di depan. Rasanya tidak ada apa lagi yang ingin
dibanggakan dengan kemacoannya bila dia sudah duduk
betul-betul di sebelah Cikgu Sue. Hesy....
“Cikgu nak pergi mana ni?” Din bertanya bila
melihat kereta Cikgu Sue membelok ke kiri simpang. Ini
simpang nak pergi Kampung Chempaka Sari. Rumah kita
orang bertiga ikut simpang kanan. Kita orang semua duduk
Kampung Seri Kinta. Bukan dekat Kampung Chempaka Sari.
“Ermmm... lepak rumah saya sekejap. Kemudian
makan malam sekali.” Jawab Suraya selamba kepada
pelajarnya.
“Hahh???” Budak-budak ini sudah ternganga.

184
Areila Sahimi

“MAKANLAH. Asal tak makan? Semua dah bagi tahu family


masing-masingkan tadi,” pelawa Haji Rahim kepada pelajar-
pelajar anaknya itu.
“Ni ambik lauk ni. Apa malu-malu. Kat rumah
cikgu tak payah malu-malu. Abah cikgu masak sedap tau,”
sampuk Suraya pula sambil tangannya sibuk menyudu lauk
daging masak kicap ke pinggan sorang-sorang. Sempat pula
dia memuji masakan abah yang memang sedap-sedap sangat
di hadapan tetamu istimewanya itu.
Din, Apeh dan Zairul masih terkulat-kulat di depan
meja makan. Nampak lauk-lauk ni semua menyelerakan.
Mereka makan dengan perlahan-perlahan.
Suraya tersenyum bila melihat anak-anak muridnya
makan dengan tertib. Dia bukan sengaja nak bagi budak-
budak ni malu. Manalah tahukan bila abah yang tegur
diorang boleh jadi baik sikit. Dia pun dah pesan awal-awal
pada abah janganlah brainwash lebih-lebih sangat anak-anak
orang tu. Sikit-sikit sudah. Yang selebihnya terpulang pada
diri mereka sendiri. Tapi dia yang di dapur tengah siapkan
meja makan pun boleh cair tahi telinga dengar ceramah yang
abah bagi pada budak-budak ni. Nasiblah korang. Cikgu adik-
beradik kecik-kecik dulu pun azab menadah telinga.
“Nanti kalau ada apa-apa yang tak faham tanya
cikgu. Abang Sham dengan Abang Lan pun ada kalau ada
mana-mana subjek yang tak faham tu,” sampuk along bila
tengok budak-budak ni diam menikus menadah ceramah
yang diberikan.
“Along, sudahlah tu.” Ujar Suraya. Dah kesian sangat
tengok dia orang ni. Tolong bagi budak-budak ni makan
dengan tenang.

185
Iman Suraya

“CIKGU terima kasih,” ucap mereka bertiga kepada Cikgu Sue.


Suraya menurunkan mereka sekali kerana rumah masing-
masing berhampiran sahaja. Tak jauh mana pun. Lagipun itu
yang diaorang inginkan. Tak payah susah-susahkan Cikgu
Sue. Itu kata Zairul.
“Errmm,” balas Suraya.
“Nanti jangan takut nak datang rumah cikgu lagi.
Awak semua dah macam adik-adik saya dah. Jangan malu
nak bertanya,” pesan Suraya.
“Baik cikgu.” Jawab mereka serentak.
“Okeylah. Saya nak balik dulu. Jumpa hari Isnin.
Sabtu ahad jangan lupa tengok buku. Trial nak dekat dah tu.”
Sempat Suraya berpesan sebelum kereta yang dipandu
bergerak meninggalkan Din, Apeh dan Zairul.

186
No. ISBN:- 978-967-5067-61-7
Jumlah muka surat: 488
Harga Runcit:- Semenanjung M’sia:
RM19, Sabah/Sarawak: RM22
Harga Ahli KKN:- Semenanjung
M’sia: RM15, Sabah/Sarawak: RM18
Sinopsis:-
Ajal maut, jodoh pertemuan semuanya di tangan
Tuhan. Di Tanah Mahsuri Iman Radhiff dan Suraya Dania
bertemu. Suraya ke sana mahu menghiburkan diri sebelum
bergelar seorang isteri. Iman pula membawa diri apabila
kisah cintanya tidak menjadi. Di sana mereka berkenalan dan
berkawan. Sekembalinya di tempat masing-masing, mereka
meneruskan kehidupan seperti biasa. Suraya sudah bersedia
untuk menjadi isteri, Iman pula sedang belajar untuk
menerima realiti.
Takdir Tuhan, mungkin sudah tertulis jodoh Suraya
bukan dengan Azim apabila lelaki itu pergi mengadap Ilahi.
Dia tabah meneruskan hidup bersama kenangan dengan
lelaki itu. Iman pula, sekembalinya ke rumah, seringkali
kenangan bersama kekasih lama yang dikahwini abangnya
sendiri datang bertubi-tubi.
Selang beberapa tahun mereka berdua bertemu
semula tanpa diduga. Di situ persahabatan kembali terjalin.
Isyarat dari tingkah Suraya meyakinkan Iman yang dia tidak
bertepuk sebelah tangan. Cinta tanpa isyarat. Datangnya
tanpa sedar. Mereka jatuh cinta untuk kali kedua. Namun, di
belakang gadis itu sentiasa ada Norman Hakim, lelaki yang
punya potensi untuk mana-mana gadis di luar sana jatuh
cinta padanya.
Susahkan? Bila kisah cinta sudah jadi ala-ala filem
Hindustan. Mujur ada ‘Wonder Pets’ yang sudi membantu
dan melengkapkan kisah cinta mereka….

Copyrighting text
Benarkah, cinta sejati walau telah pergi akan datang
lagi…?
Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan
IMAN SURAYA di rangkaian kedai buku MPH, Popular dan
kedai-kedai berdekatan anda.

Anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki


Novel Enterprise melalui online ataupun pos. Untuk
melanggan melalui online, sila layari laman web kami di:-
www.kakinovel.com. Untuk melanggan melalui pos, anda
hanya perlu tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk
novel yang ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta
wang pos/kiriman wang atas nama:- KAKI NOVEL
ENTERPRISE dan poskan ke alamat berikut:-

Kaki Novel Enterprise


No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12,
D’Wangsa, Wangsa Maju,
53000 Kuala Lumpur.
No. Telefon:- 03-4149 0096
No. Faks:- 03-4149 1196