Anda di halaman 1dari 3

ASAS SENI REKA : PRINSIP REKAAN ( KONtra )

Penerokaan Kontra Melalui Penggunaan

Contoh :

Pewujudan kesan kontra melalui - Unsur-Unsur Seni

i) Kontra melalui garisan


Penggunaan pelbagai jenis garisan akan memeberi kesan kontra
untuk menarik perhatian dan mengelakkan kebosanan.

ii) Kontra melalui rupa

Kesan kontra dapat dihasilkan melalui pertentangan rupa, iaitu rupa positif dan negatif, rupa
geometri dan organik, rupa realistik dan abstrak dan sebagainya.

iii) Kontra melalui warna

Penggunaan warna-warna yang bertentangan seperti warna penggenap, warna panas dan sejuk
dan sebaganya menghasilkan kontra.

iv) Kontra melalui jalinan

Kontra jalinan dapat diwujudkan melalui perbezaan yang licin dengan yang kasar atau kesat,
atau gabungan pelbagai corak jalinan.

v) Kontra melalui ruang


Kontra ruang diwujudkan melalui ruang sempit dan luas ruang negatif dan positif, ruang jauh dan dekat

vi) Kontra melalui bentuk

Kontra juga boleh dihasilkan melalui bentuk yang besar dan kecil, bentuk bulat dan silinder,
bentuk tinggi atau rendah dan sebagainya

Aplikasi kontra dalam dalam karya seni

i) Kontra Dalam Karya Seni Halus


● Membangkitkan suasana
● Menukar rentak yang stereotaip
● Menimbulkan kesan pertentangan tertentu
● Dapat mewujudkan impak yang dinamik
● Contohnya:

Kontra saiz bentuk menukar rentak kontra warna membangkitkan suasana

ii) Kontra Dalam Karya Seni Grafik


● Menimbulkan fokus
● Memberi penerangan
● Tumpuan

kontra warna pada logo


kontra warna
pada ilustrasi

kontra warna pada kulit buku

iii) Kontra Dalam Karya Kraf Tradisional


● Memberi variasi
● Mengekalkan ciri-ciri istimewa
● Mewujudkan kelainan
● Bersifat tradisional dan asli

Kontra Kontra Kontra warna pada


warna warna pada tenunan dua kumbu.
pada kain batik
sulaman
anyaman.