Anda di halaman 1dari 2

IRAMA muzik asli seperti gamelan dan caklempong memang sudah tidak asing dan sering

diperdengarkan dalam majlis keramaian, namun bagaimana pula dengan irama tumbuk
kalang, pernahkah anda mendengar iramanya?

Mungkin ramai yang tidak dapat membayangkan bunyinya, namun bagi mereka yang
pernah mendengarnya, ia boleh dianggap sesuatu yang menghibur dan menyeronokkan.

Dikategorikan sebagai permainan rakyat di Negeri Sembilan, Tumbuk Kalang


menghasilkan irama bunyi yang lunak hanya dengan menumbuk perlahan beberapa batang
antan ke sebuah lesung kayu mengikut tempo tertentu.

Terkenal khususnya di Tampin, Inas, Seri Menanti, Gunung Pasir dan Rembau, tumbuk
kalang dimainkan oleh masyarakat pesawah pada zaman dahulu ketika mengemping padi
terutama pada waktu malam bulan mengambang dan lagunya dinyanyikan oleh anak muda.

Ketua kumpulan tumbuk kalang Sinaran Kalang di Kampung Gedok, Gemencheh, Bahari Silong,
66, berkata, setelah penat menuai dan membanting padi pada siang hari,
masyarakat kampung lazimnya berkumpul pada sebelah malam untuk mengemping padi. Sambil-
sambil itu mereka menikmati irama tumbuk kalang.

Peralatan
1. Lesung kayu
2. Gong
3. Gendang
4. Antan
Pemain muzik
1. Penyanyi utama
2. Penyanyi latar
3. Pemukul gendang
4. Pemalu gong
5. Penumbuk lesung kayu
6. Pengetuk lesung kayu

Tempat asal muzik


1. Kampung Gedok , Gemenceh ,
Negeri Sembilan.

Peranan muzik
1. Hiburan penduduk kampung
2. Memelihara warisan muzik tradisional