Anda di halaman 1dari 34

07 Budak Nakal di Dusun… 1/23/07 5:11 PM Page 1

07 Budak Nakal di Dusun… 1/23/07 5:11 PM Page 3


07 Budak Nakal di Dusun… 1/23/07 5:11 PM Page 4
10-Meraikan Kejayaan 12/28/06 8:14 PM Page 1

Meraikan Kejayaan 10

Profesor Q, Arman, Sailesh, dan Huey Ling tidak


kerdil lagi. Saiz badan mereka telah kembali kepada saiz
asal.
Atot, manusia robotik yang nakal juga sudah sedar akan
kesalahannya. Atot telah menjadi manusia robotik yang baik
sekarang.

1
10-Meraikan Kejayaan 12/28/06 8:14 PM Page 2

10 Meraikan Kejayaan

Setelah kembali kepada saiz badan asal, Profesor Q,


Arman, Sailesh, dan Huey Ling bercadang untuk meraikan
kejayaan mereka.
Profesor Q telah mengadakan majlis makan di rumahnya.
Profesor Q juga telah menyediakan begitu banyak makanan.

2
10-Meraikan Kejayaan 12/28/06 8:14 PM Page 3

Meraikan Kejayaan 10

Arman, Sailesh, dan Huey Ling juga membawa makanan


dari rumah mereka.
Arman membawa kek dan gula-gula. Sailesh membawa
kari ayam yang disediakan oleh ibunya.
Huey Ling pula membawa pelbagai jenis buah-buahan.

3
10-Meraikan Kejayaan 12/28/06 8:15 PM Page 4

10 Meraikan Kejayaan

Mereka meletakkan semua makanan itu di atas meja


makan di rumah Profesor Q.
“Wah, banyaknya makanan di atas meja ini!” kata Atot,
robot ciptaan Profesor Q itu.
“Memang ada banyak makanan di sini, Atot. Tetapi, kamu
tidak boleh memakannya. Kamu robot, bukannya manusia,”
usik Arman.

4
10-Meraikan Kejayaan 12/28/06 8:15 PM Page 5

Meraikan Kejayaan 10

“Siapa kata saya tak boleh makan. Saya robot yang


mempunyai badan seperti manusia. Saya juga perlu makan
dan minum untuk terus hidup,” balas Atot dengan geram
sekali.
Arman, Sailesh, dan Huey Ling terus ketawa melihat
wajah Atot.

5
10-Meraikan Kejayaan 12/28/06 8:15 PM Page 6

10 Meraikan Kejayaan

“Kamu semua janganlah bergaduh lagi. Mari kita makan


sekarang,” kata Profesor Q.
Profesor Q membawa sebiji teko berisi air kopi dan
meletakkannya di atas meja.
Arman, Sailesh, dan Huey Ling berasa amat seronok
sekali.

6
10-Meraikan Kejayaan 12/28/06 8:16 PM Page 7

Meraikan Kejayaan 10

Arman terus mencapai sebiji cawan. Selepas itu, dia


menuangkan air kopi ke dalam cawan itu.
“Wah, panasnya air kopi ini!” kata Arman.
“Hati-hati, Arman,” kata Profesor Q.

7
10-Meraikan Kejayaan 12/28/06 8:16 PM Page 8

10 Meraikan Kejayaan

Arman menganggukkan kepala. Selepas itu, dia


meminum air kopi itu perlahan-lahan.
Wajah Arman terus berkerut. “Pahit betul air kopi ini!”
katanya dengan wajah yang geram sekali.
“Minta maaf, Arman. Saya terlupa hendak membubuh
gula ke dalam air kopi itu,” kata Profesor Q.

8
10-Meraikan Kejayaan 12/28/06 8:16 PM Page 9

Meraikan Kejayaan 10

“Itulah balasan orang yang tidak mempelawa orang lain


minum!” usik Huey Ling dan terus ketawa.
Sailesh pula terus memakan agar-agar yang disediakan
oleh Profesor Q. “Agar-agar ini memang sedaplah, profesor.
Pandai betul profesor membuatnya. Manis sekali rasanya,”
kata Sailesh.

9
10-Meraikan Kejayaan 12/28/06 8:17 PM Page 10

10 Meraikan Kejayaan

“Terima kasih, Sailesh,” balas Profesor Q.


Atot pula mengambil sebiji buah limau yang terletak di
atas meja itu. Atot mengupas kulit limau itu dan
memakannya.
Wajah Atot terus berkerut. “Masam betul buah limau ini!”
katanya.

10
10-Meraikan Kejayaan 12/28/06 8:17 PM Page 11

Meraikan Kejayaan 10

Mereka semua terus ketawa!


Selepas itu, Profesor Q pun menyalakan lilin yang
terdapat di atas kek. Mereka menyanyikan beberapa buah
lagu. Selepas itu, mereka memotong kek itu.
Kek itu pun dimakan mereka.

11
10-Meraikan Kejayaan 12/28/06 8:17 PM Page 12

10 Meraikan Kejayaan

Selepas makan buah limau yang masam itu, Atot tidak


berani hendak makan makanan yang lain.
Arman, Sailesh, dan Huey Ling berasa kasihan akan
Atot.
“Janganlah bimbang, Atot. Saya akan memberitahu
kamu rasa setiap makanan ini,” kata Huey Ling.

12
10-Meraikan Kejayaan 12/28/06 8:18 PM Page 13

Meraikan Kejayaan 10

Selepas itu, Huey Ling pun menunjukkan kepada Atot


makanan-makanan manis yang terdapat di atas meja itu.
Benda-benda itu ialah agar-agar, kek, gula-gula, dan
tembikai.
Sailesh menunjukkan kepada Atot makanan-makanan
yang pedas pula. Makanan-makanan itu ialah kari ayam, sos
cili, dan sambal ikan bilis. Arman pula menunjukkan
makanan-makanan yang masam seperti jeruk, mangga, dan
limau.

13
10-Meraikan Kejayaan 12/28/06 8:18 PM Page 14

10 Meraikan Kejayaan

Atot terus merasai makanan-makanan itu. Mulut Atot


berasa pedas selepas merasai kari ayam. Dia terus minum
air sirap dengan banyak sekali.
Atot suka akan minuman yang manis itu. Selepas itu, Atot
terus makan gula-gula dan agar-agar.

14
10-Meraikan Kejayaan 12/28/06 8:18 PM Page 15

Meraikan Kejayaan 10

“Atot, jangan makan terlalu banyak makanan yang manis


dan bergula. Kalau dimakan berlebihan, nanti kamu sakit
gigi,” kata Profesor Q. “Begitu juga dengan kamu semua,”
kata Profesor Q sambil memandang ke arah Arman, Sailesh,
dan Huey Ling.
Profesor Q menyambung lagi, “Kamu semua sedang
membesar. Oleh itu, kamu harus makan makanan yang
berkhasiat,” jelasnya.

15
10-Meraikan Kejayaan 12/28/06 8:19 PM Page 16

10 Meraikan Kejayaan

“Apakah makanan yang berkhasiat?” tanya Atot pula.


“Makanan berkhasiat ialah makanan yang mengandungi
banyak vitamin. Makanan ini juga memberi tenaga kepada
kita. Badan kita memerlukan tenaga dan vitamin untuk
menjadikan kita sihat,” jelas Profesor Q.

16
10-Meraikan Kejayaan 12/28/06 8:19 PM Page 17

Meraikan Kejayaan 10

Huey Ling pula menambah. “Contoh makanan yang


berkhasiat ialah sayur-sayuran, buah-buahan, susu, dan
daging.”
“Bagaimana pula dengan gula-gula ini?” tanya Atot.
“Gula-gula, aiskrim, dan makanan bergula kurang
berkhasiat,” jelas Sailesh pula.

17
10-Meraikan Kejayaan 12/28/06 8:19 PM Page 18

10 Meraikan Kejayaan

“Kalau begitu, semua makanan yang saya suka di sini


tidak berkhasiat. Biarlah saya mencari makanan berkhasiat
di dalam peti sejuk,” kata Atot.
“Kalau sekali-sekala sahaja kamu makan makanan manis
dan bergula, tak mengapa,” kata Profesor Q.

18
10-Meraikan Kejayaan 12/28/06 8:20 PM Page 19

Meraikan Kejayaan 10

Namun begitu, Atot tetap berjalan ke arah peti sejuk di


ruang dapur. Atot mengeluarkan seketul benda berwarna
hitam dari peti sejuk itu.
“Bentuk benda ini sama seperti kek yang saya makan
tadi,” kata Atot. Selepas itu, Atot pun menggigit benda itu.

19
10-Meraikan Kejayaan 12/28/06 8:20 PM Page 20

10 Meraikan Kejayaan

Atot terus muntah selepas makan benda itu.


Benda itu berbau busuk sekali. Rasanya pula sangat
masin!
Kepala Atot terus terasa pening. Tidak lama kemudian,
Atot jatuh pengsan di situ.

20
10-Meraikan Kejayaan 12/28/06 8:20 PM Page 21

Meraikan Kejayaan 10

Profesor Q, Arman, Sailesh, dan Huey Ling terus berlari


ke ruang dapur.
Mereka berasa cemas apabila melihat Atot terlentang di
atas lantai.
“Apa yang telah terjadi kepada Atot, profesor?” tanya
Huey Ling.

21
10-Meraikan Kejayaan 12/28/06 8:21 PM Page 22

10 Meraikan Kejayaan

“Atot bukan manusia biasa. Dia tidak boleh makan


sembarangan. Saya rasa, dia keracunan makanan,” kata
Profesor Q.
“Benda apakah yang telah dimakannya?” tanya Sailesh
pula. Mereka terus memandang ke arah ketulan berbentuk
segi empat yang terdapat di atas lantai itu.

22
10-Meraikan Kejayaan 12/28/06 8:21 PM Page 23

Meraikan Kejayaan 10

“Sudahlah, marilah kita baringkan Atot di atas katil


dahulu. Kita harus membantu Atot dengan segera. Jika tidak,
Atot akan mati!” kata Profesor Q.
Mereka semua berasa takut mendengar kata-kata
Profesor Q itu. Mereka terus mengangkat Atot ke dalam bilik.

23
10-Meraikan Kejayaan 12/28/06 8:21 PM Page 24

10 Meraikan Kejayaan

“Bagaimanakah kami dapat membantu Atot?” tanya


Huey Ling.
“Atot perlu menghidu benda-benda yang wangi. Selepas
itu, Atot akan sedar semula,” jelas Profesor Q.
Arman, Sailesh, dan Huey Ling terus mencari barang-
barang yang terdapat di sekitar rumah itu.

24
10-Meraikan Kejayaan 12/28/06 8:22 PM Page 25

Meraikan Kejayaan 10

Sailesh mencapai bedak badan yang terdapat di dalam


almari. Selepas itu, dia menyerahkannya kepada Profesor Q.
Profesor Q menaburkan bedak itu di atas tapak
tangannya. Selepas itu, dia terus mendekatkan tapak
tangannya ke hidung Atot.

25
10-Meraikan Kejayaan 12/28/06 8:22 PM Page 26

10 Meraikan Kejayaan

Malangnya, Atot masih tidak sedarkan diri.


“Bedak ini tidak cukup wangi agaknya,” kata Profesor Q.
Huey Ling berjalan masuk ke dalam bilik itu. Dia
membawa beberapa jenis bunga yang dipetik dari halaman
rumah Profesor Q.

26
10-Meraikan Kejayaan 12/28/06 8:22 PM Page 27

Meraikan Kejayaan 10

Profesor Q terus mendekatkan bunga itu ke hidung Atot.


Tidak lama kemudian, Atot pun sedar.
“Apa yang telah terjadi kepada saya?” tanya Atot dengan
cemas sekali.
“Kamu pengsan tadi,” jelas Profesor Q.

27
10-Meraikan Kejayaan 12/28/06 8:22 PM Page 28

10 Meraikan Kejayaan

“Ya, baru saya ingat sekarang. Kepala saya pening


selepas terbau benda busuk itu. Rasanya pula masin sekali.
Benda apakah itu?”
“Benda apa?” kata Profesor Q. “Kamu telah termakan
belacan tadi!”
Sailesh dan Huey Ling terus ketawa terkekek-kekek!

28
10-Meraikan Kejayaan 12/28/06 8:23 PM Page 29

Meraikan Kejayaan 10

“Kamu harus ingat, Atot, kamu bukan manusia biasa.


Kamu alah kepada makanan dan benda yang berbau busuk!”
kata Profesor Q.
Arman masuk ke dalam bilik pada ketika itu. Arman
memegang sebiji piring yang berisi penuh dengan buah
durian.
Sebaik-baik sahaja terhidu bau durian itu, Atot pengsan
semula!

29
10-Meraikan Kejayaan 12/28/06 8:23 PM Page 30

10 Meraikan Kejayaan

Huey Ling terasa begitu marah sekali. “Kenapakah kamu


membawa buah durian yang busuk itu untuk Atot?”
“Busuk kata kamu? Bagi saya, buah durianlah yang
paling wangi di dunia!” balas Arman.
Mereka terus ketawa terbahak-bahak selepas itu!

30
07 Budak Nakal di Dusun… 1/23/07 5:11 PM Page 2

Anda mungkin juga menyukai