Anda di halaman 1dari 6

BILANGAN JURNAL :4

MINGGU PRAKTIKUM : KEEMPAT

TARIKH PERISTIWA : 14 OGOS 2015 – 18 OGOS 2016

TAJUK JURNAL : CABARAN PENGENDALIAN SESI KAUNSELING KELOMPOK

Masalah/Isu/Peristiwa yang difokuskan

Selepas melalui empat minggu yang agak mencabar buat saya dan minggu ini telah
memberikan saya sedikit keyakinan bagi diri saya kerana telah wujudnya keserasian antara
guru dan murid. Namun begitu, tetap timbul beberapa masalah yang ditunjukkan oleh murid
menerusi kelakuan tingkah laku semasa proses kaunseling. Masalah utama yang sering
dihadapi ketika mengendalikan sesi ialah dalam sesi kaunseling kelompok. Hal ini kerana
ahli kelompok suka membuat bising atau bercakap semasa proses dilaksanakan. Walaupun
terdapat peningkatan yang positif dari aspek kognitif tetapi aspek tingkah laku mereka yang
kurang menyenangkan mengganggu kelancaran sesi. Penegasan diberikan oleh ketua
kelompok semasa mengawal murid nampak kurang berkesan dan hanya bertahan dalam
masa yang singkat. Oleh itu, guru perlu menggunakan cara yang lebih efisien supaya dapat
mengubah atau membendung tingkah laku yang kurang menyenangkan daripada terus
berlaku seperti tidak mengganggu ahli kelompok yang lain.

Analisis Masalah/Isu/Peristiwa

Kelompok adalah sekumpulan orang yang mempunyai tujuan bersama yang


berinteraksi satu sama lain untuk mencapai tujuan bersama, mengenal satu sama
lainnya, dan memandang mereka sebagai bahagian dari kelompok tersebut. Kelompok
merupakan suatu komiti yang tengah sepakat untuk mengambil suatu keputusan.
Pengendalian merupakan aspek yang perlu dititikberatkan agar apa yang diharapkan
diharapkan agar tercapai tujuan dengan pertolongan yang maksima. Masalah
kelompok adalah suatu halangan yang terjadi di dalam kelompok yang dipengaruhi
oleh berbagai macam hal, dan mempunyai tujuan yang berbeza, pendapat yang
berbeza dan lain sebagainya.

Penyebab adanya masalah dalam sebuah kelompok adalah berikutan perbezaan


dalam tujuan. Dalam suatu kelompok biasanya terdiri dari atas berbagai macam ahli
yang mempunyai tujuan yang berbeza.beza. Perbezaan tujuan dari berbagai individu
ini kalau kurang perhatian dapat menimbulkan konflik. Perbezaan dalam nilai atau
persepsi juga masalah lain yang timbul. Perbezaan dalam tujuan biasanya dari aspek
perbezaan dalam sikap, nilai dan persepsi yang boleh mengarah timbulnya konflik.
Antara sebab-sebab lain yang mungkin dapat menimbulkan konflik dalam kelompok
misalnya gaya ketua kelompok mengendali, ketidak jelasan arahan dan masalah-
masalah komunikasi.

Cadangan Penyelesaian

Terdapat pelbagai permasalahan atau persoalan yang ditimbulkan tentang pemimipin


kelompok sama ada dari segi latihan yang diperoleh, kelayakan yang dimiliki,
kecekapan dan pengalaman pemimpin dalam menerajui sesuatu kelompok.
Disamping itu juga isu kepimpinan ini mengukur tahap kemampuan pemimpin dalam
menguasai masalah yang diketengahkan dalam kelompok. Adalah menjadi
tanggungjawab pemimpin dalam memimpin ahli kelompok mencapai matlamat yang
telah dipersetujui bersama tanpa wujud perkara yang bercanggah dengan nilai dan
norma persekitaran masyarakat. Rosenbaum (1972). Ketua perlu tahu tentang
beberapa jenis kelompok dalam proses pengajaran yang formal dan perlu mendapat
peluang untuk mengolah teori yang rasional dan praktikal.

Selain itu juga isu keahlian dalam kelompok merupakan sesuatu yang perlu dititi
beratkan. Ini kerana kejayaan kelompok dalam mencapai matlamatnya sangat
bergantung kepada ahli-ahli yang terlibat dalam sesuatu kelompok. Ini menunjukkan
pemilihan ahli dalam kelompok mestilah mengikut klasifikasi jenis kelompok yang
hendak dilaksanakan dan kaedah kepimpinan yang akan digunakan oleh pemimpin
dalam mengendalikan kelompok tersebut. Bagi menentukan pemilihan ahli kelompok
adakah menjadi tanggungjawab pemimpin untuk membuat pemilihan ahli kelompok.
Tidak kira apa jenis kelompok yang hendak ditubuhkan, pemilihan ahli mesti mengikut
klasifikasi jenis kelompok yang hendak dikendalikan oleh pemimpin .

The American Psychological Association (APA) dalam Guidelines for Psychologists


Conducting Growth Group (1973) mencadangkan “Satu temu bual menapis peserta
harus dijalankan oleh ketua kelompok sebelum individu diterima menjadi ahli. Adalah
menjadi tanggungjawab ketua menapis dan menolak mereka yang memikirkan
bahawa pengalaman kelompok tidak sesuai bagi mereka”. Cadangan ini dipersetujui
oleh Gazda (1977) dan menambah, proses menapis patut diolah untuk memastikan
peserta faham apa yang diharapkan daripada mereka dan menerima yang mungkin
menikmati faedah yang lebih daripada pengalaman kelompok.

Maka jelas tanggungjawab terhadap ketua untuk memilih ahli bagi sesuatu penubuhan
sesuatu kelompok bertujuan mengelakkan berlakunya konflik sesama ahli
menyebabkan proses atau sesi tidak dapat dijalankan dan wujud gangguan-gangguan
yang menyebabkan timbulnya isu dalam kelompok sekaligus menyekat proses
kelompok. Ahli juga perlu dinyatakan kenapa dan mengapa pemilihan ahli perlu
dilakukan sebelum kelompok ditubuhkan.

Penilaian dan tindakan susulan adalah sangat penting. Pemimpin perlu memberi
penekanan terhadap tindakan susulan selepas tamat sesi kaunseling kelompok.
Pemimpin boleh melaksanakan tindakan susulan ini selepas sebulan atau tiga bulan
selepas sesi tamat. Ini bertujuan untuk membincangkan tentang kesan kaunseling
kelompok dan hasil yang diperoleh dalam kelompok. Melalui sesi susulan ini pemimpin
dapat gambaran yang sebenar dan dapat melihat sendiri sama ada ahli-ahli dapat
menggunakan pengalaman dan pengajaran yang dilalui dalam kelompok. Selain itu
juga ahli dapat meluah serta berkongsi pengalaman yang telah dilalui untuk sama-
sama mendapat maklum balas dan pengukuhan selepas meninggalkan sesi
kelompok.

Tempoh ini ahli digalakkan membuat pendedahan kendiri yang mendalam. Namun
menjadi tanggungjawab pemimpin untuk mengajar dan menerangkan kaedah
pendedahan kendiri yang perlu dilakukan oleh ahli. Ketua kelompok tidak terlalu
mendesak untuk ahli mendedahkan hal-hal yang agak sulit sebelum mereka bersedia.
Jika tidak ahli akan menarik diri dengan perasaan malu kerana telah menceritakan
lebih dari yang sepatutnya.

Tempoh Penyelesaian

14 Ogos 2016 – 18 Ogos 2016 ( 5 hari)

Tindakan Susulan

Saya sebagai kelompok mesti mempunyai fokus yang jelas terhadap tujuan dan matlamat
kelompok, memilih kaedah-kaedah yang sesuai dan mampu mengendalikan aktiviti-aktiviti
sepanjang perjalanan kelompok bagi mencapai tujuan dan matlamat sesuatu kelompok itu.
Di samping mestilah bijak mengendalikan kelompok. Seandainya terdapat sebarang bentuk
pertentangan di dalam kelompok, contohnya desakan kelompok yang bercanggah dengan
kehendak ahli-ahl lain, saya perlulah peka dan bertindak bijak mengatasi isu tersebut.
Seandainya ada ahli yang menjadi sasaran di dalam kelompok, saya juga haruslah berani
campur tangan.

Sebagai ketua kelompok, perlulah turut melakukan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh ahli-
ahli kelompok sebagai sokongan kepada kelompok untuk melakukan perkara itu dengan
penuh yakin dan berani. Saya juga harus faham tentang nilai-nilai dalam kelompok dan
sedar bahawa nilai-nilai itu adalah selaras dengan etika profesionnya. Etika dalam
kaunseling kelompok juga melibatkan tanggungjawab yang dituntut daripada seorang ahli
profesional seperti kaunselor atau pemimpin kepada kelompok yang spesifik seperti orang-
orang yang memerlukan bantuan atau sesuatu khidmat dari pemimpin tersebut. Menjadi
tanggungjawab ketua kelompok untuk memaklumkan kepada bakal ahli kelompok tentang
prosedur dan matlamat kelompok, peraturan kelompok, teknik-teknik yang akan digunakan,
harapan ahli, risiko psikologikal dan faktor lain yang boleh mempengaruhi mereka dalam

Selain itu, ketua kelompok seharusnya berusaha menggendalikan sesi kelompok dan
seterusnya menilai kesan bagi kelompok pimpinan saya. Proses susulan di dalam kelompok
adalah penting kerana ia merupakan satu aspek akauntabiliti ketua kelompok. Melalui
proses ini juga akan mendorong ahli kelompok untuk meneruskan tingkah laku positif yang
mereka pelajari dalam kelompok setelah mengetahui adanya proses susulan setelah tamat
sesi kelompok. Akhir sekali, sebagai ketua kelompok saya perlu berwaspada dengan tanda-
tanda kelemahan psikologikal ahli kelompok seperti ahli menangis sepanjang masa berada
di dalam kelompok, ahli seperti dalam keadaan celaru serta tertekan yang mana berada
dalam dunianya yang tersendiri, ahli berdiam diri sepanjang masa dalam kelompok dan
tanda-tanda psikologikal lain. Melalui perincian nilai ini akan membantu kelancaran sesi
kaunseling kelompok yang dilaksanakan.

Kesimpulan

Seorang ketua kelompok akan dihadapi dengan maklumat yang banyak, hasil dari proses
berkelompok. Ia memerlukan satu rangka untuk menyusun maklumat tersebut supaya
membawa makna yang senang difahami, untuk membantu ahli menangani masalah yang di
hadapi. Dengan itu, teori akan membantu kaunselor menyusun, memahami, melihat
perkembangan proses kaunseling supaya dapat mencapai matlamat yang ditujui. Selain itu,
kaunseling kelompok dapat membentuk peluang-peluang keemasan yang berlanjutan
kepada klien bagi memperkembangan hubungan biasa dan positif dengan orang lain,
Secara tidak langsung akan memberi kesedaran kepada ahli-ahli kelompok. Justeru itu
mematuhi etika amat penting dalam setiap kaunseling kelompok yang dijalankan. Mematuhi
etika sedikit sebanyak akan mengurangkan isu-isu yang akan timbul dalam kaunseling
kelompok nanti. Dengan tertubuhnya Akta Kaunselor 580 pada tahun 1998 dan sebuah
Lembaga Kebangsaan ia dapat mengawal dan menyelia amalan kaunseling di Malaysia. Ini
sekaligus dapat meningkatkan taraf profesional kaunseling di Malaysia.
Pandangan / komen guru pembimbing
...................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................

Tandatangan : .............................................
Nama : ..........................................

Pandangan / komen pensyarah pembimbing


.................................................................................................................................................
.................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................

...................................................................................................................................................

Tandatangan : ..............................................
Nama : ........................................................
RUJUKAN

Ida Hartina Ahmed Tharbe. (2006). Memimpin Kaunseling Kelompok. Kuala Lumpur. PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang, (2002). Bimbingan dan Kaunseling Untuk Kursus Diploma Perguruan
Semester 3&4. Subang Jaya Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Muhd. Mansur Abdullah, (2000), Kaunseling Teori, Proses dan Kaedah. Petaling Jaya. Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Muhd. Mansur Abdullah & Siti Nordinar Mohd Tamin, (1996). Pengantar Kaunseling. Kuala
Lumpur: DBP.
Mohamad Fadzil Che Din & Rashidah Omar. (2002). Pengantar Bimbingan dan Kaunseling.
Mc Graw-Hill Education: Kuala Lumpur.
Nordin Kardi & Mohamad Fadzil Che Din. (2003). Falsafah, Prinsip & Etika Kaunseling:
UPM. Selangor.

Anda mungkin juga menyukai