Anda di halaman 1dari 1

Isu pemanasan global semakin membimbangkan dan perlu diberi perhatian oleh

segenap lapisan penduduk di negara ini. Langkah-langkah yang boleh diambil untuk
membendung peningkatannya.
Langkah-langkah utama yang perlu dilaksanakan secara menyeluruh adalah penggunaan
sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Kebanyakan sumber tenaga yang digunakan untuk
menjana tenaga elektrik hari ini adalah berasaskan arang batu dimana penghasilannya
memerlukan penggunaan haba yang banyak. Justeru, pelbagai kajian dan perkembangan
telah dilakukan oleh ahli pemikir dan pucuk pangkalnya, perlaksanaan menggunakan
sumber tenaga yang boleh diperbaharui di sesebuah negara bergantung kepada pembuat
polisi negara tersebut. Sumber tenaga baharu seperti tenaga solar, angin dan hidro-elektrik
adalah sumber yang kekal dan mampu untuk digunakan sepanjang masa tanpa
menghasilkan sisa-sisa yang mencemar alam sekitar.
Selain itu, setiap pembangunan yang bakal atau sedang dilaksanakan hendaklah
dibangunkan secara lestari. Pembangunan lestari adalah prinsip penganjuran untuk
memenuhi matlamat pembangunan manusia pada masa yang sama mengekalkan
keupayaan sistem semula jadi untuk menyediakan sumber asli dan perkhidmatan ekosistem
berdasarkan ekonomi dan masyarakat. Hal ini bersangkutpaut dengan pemanasan global
yang semakin kritikal jika kita tidak bertindak.
Seterusnya, langkah bagi mengurangkan kesan pemanasan global adalah dengan
menanam pokok dengan lebih banyak. Kerakusan manusia menebang pokok dan menjarah
bukit-bukau tanpa memikirkan kesannya pada masa kini. Justeru, sekiranya sesebuah
pembangunan itu berlaku sehingga memerlukan pembalakan dan penghapusan hutan,
langkah alternatif perlu dilaksanakan bagi mengganti sumber alam yang dimusnahkan.
  Penguatkuasaan undang-undang yang lebih proaktif dan efektif oleh kerajaan perlulah
dilaksanakan. Sebagai contoh, mewajibkan penggunaan kenderaan bermotor yang
mempunyai penapis gas pada ekzos kenderaan masing-masing. Hal ini sudah tentu akan
menjamin kebersihan gas yang   dilepaskan daripada ekzos-ekzos kenderaan terutamanya di
kawasan bandar adalah selamat dan mesra alam.

Akhir sekali, kesan pemanasan global dapat dikurangkan sekiranya kita mengamalkan
kitar semula. Pertumbuhan penduduk dan pengguna yang semakin menambah permintaan
pengeluaran produk baharu dari hari ke hari perlu dibendung. Hampir keseluruhan produk
yang kita gunakan hari ini seperti gajet dan sumber tenaga menyumbang kepada
pemanasan global dalam proses pembuatan. Amalan kitar semula dapat menyelamatkan
sumber seperti pokok yang dibazirkan semata-mata untuk menghasilkan pakaian yang
dipakai setahun sekali.
Kesimpulannya, pelbagai langkah-langkah yang signifikan perlu diambil oleh semua pihak
bagi membendung isu pemanasan global.

Anda mungkin juga menyukai