Anda di halaman 1dari 10

GURU DAN CABARAN SEMASA EDU309

1.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan edisi-4 buli didefinisikan sebagai perbuatan mendera,


mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru. Secara
umumnya, buli turut di definisikan sebagi perbuatan negatif oleh seseorang yang lebih kuat
kepada mereka yang lemah. Perbuatan ini dilakukan secara berulang kali keatas mangsa
dengan tujuan memdatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni.

Menurut Olweus (1991), buli di kalangan kanak-kanak adalah sesuatu yang berulang
dan tindakan negatif yang dilakukan oleh seorang atau lebih kanak-kanak pada kanak-kanak
yang lain. Tindakan negatif ini boleh berlaku secara langsung dalam bentuk fizikal ataupun
kata-kata ataupun bentuk tidak langsung seperti mengambil kesempatan sesuatu perhubungan,
gosip, dan menghahang orang lain dari melakukan sesuatu.

Selain itu, buli adalah salah guna kuasa dan suatu penindasan yang berterusan sama
ada secara dalaman atau luaran oleh individu ataupun kumpu[an yang lebih kuat kepada
individu yang lebih lemah (Rigby, 1996). Buli juga adalah sesuatu yang disengajakan, kehendak
yang diingini bagi mencederakan orang lain dan menjadikan mereka tertekan(Tattum, 1988),
dan berlaku secara langsung pada individu yang tidak mampu melindungi diri mereka daJam
situasi tertentu (Roland, 1993).

Pada dasarnya, salah laku buli adalah penyalahgunaan kuasa. Menurut Olweus (1993),
beliau menyatakan seseorang itu adalah mangsa buli sekiranya dia didedahkan secara
berulang-ulang daripada semasa ke semasa terhadap perlakuan yang negatif yang dilakukan
oleh individu ataupun kumpulan tertentu. Salah satu corak perlakuan yang menyifatkan buli
adalah ketidakseimbangan kuasa antara pembuli dan mangsanya, serangan yang berulang-
ulang, keseronokan dan dengan niat mencederakan orang lain. Ia adalah tindakan secara fizikal
dan psikologikal secara berulang-ulang terhadap individu ataupun kumpulan yang lemah oleh
kumpulan yang lebih kuat (Rigby, 1996).

Menurut petikan yang diambil daripada Tattum & Lane (1988) dan Teachers' notes in
Tackling Bullies (1995), buli dapat dilakukan oleh seseorang ataupun kumpulan dan
GURU DAN CABARAN SEMASA EDU309
3
kebiasaannya melibatkan aktiviti berkumpulan, mencederakan orang lain, mendesak,
mentertawakan kesalahan orang lain, mencari gaduh dengan kanak-kanak yang lebih kecil,

memperkecilkan dan memperlekehkan orang lain, memeras ugut, gangguan telefon, mengambil
barang orang lain, berkelahii, bertumbuk, mentertawakan hak orang lain, memfitnah, dan
sebagainya.

Dalam kajian yang dijalankan oleh Stephenson dan Smith (1989), Sharp dan Smith
(1991), dan Hoover et al. (1992), mereka mendapati jenis perlakuan buli yang kerap berlaku
adalah mencemuh dan panggilan nama yang teruk, diikuti dengan memukul dan menyepak,
dan lain-lain ancaman lagi. Manakala gangguan yang biasa berlaku adalah dalam bentuk
gangguan lisan ataupun gangguan melalui kata-kata. Dalam kawasan sekolah, tempat yang
kerap berlaku kejadian buli adalah di padang permainan, diikuti oleh kawasan dewan, bilik
darjah, kantin dan tandas (Siann et aI, 1993).

1.1 Isu yang dipilih

Menurut sebuah laporan Malaysiakini bertarikh 27 Mac 2016 memaparkan kisah


yang berlaku di sebuah sekolah rendah di Bukit Tinggi, Klang yang mana seorang murid
Tahun 2 dipaksa memotong lidah sendiri dipercayai akibat dipaksa oleh pembuli di
sekolah berkenaan.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 3.45 petang itu, mangsa yang bernama
Muhammad Alif Shukran, 8, didakwa dipaksa berbuat demikian oleh sekimpulan lima
murid Tahun 3 ketika waktu rehat.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia mahu keluar dari tandas dan tiba-tiba
ditahan oleh murid-murid tersebut yang memaksanya menggunting lidah sendiri.

"Saya terpaksa mengikut arahan mereka kerana takut ditumbuk," katanya seperti
dilaporkan Utusan Malaysia, hari ini. Selepas mengguting lidahnya, Muhammad Alif
berlari ke kelas dalam keadaan berlumuran darah, manakala kesemua murid tersebut
melarikan diri.
GURU DAN CABARAN SEMASA EDU309
3
Anak kepada pasangan Alias Abdullah dan Siti Nurhuda Ibrahim itu mendakwa,
dia sebelum ini sering dibuli termasuk ditumbuk oleh murid-murid lain. Sementara itu ibu
mangsa, Siti Nurhuda berkata, 29, berkata, dia hanya dimaklumkan mengenai kejadian
tersebut kira-kira jam 6 petang. Dia terus bergegas ke sekolah dan menghantar
Muhammad Alif ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, kejadian itu menyebabkan lidah anaknya putus sedikit di bahagian


hujung dan menerima satu jahitan.

"Doktor mengesahkan ia tidak memberi kesan apa-apa kerana sebahagian kecil


yang terpotong, tetapi bahagian itu tidak akan tumbuh semula. Keadaannya anak saya
stabil dan tidak takut ke sekolah, tetapi hanya boleh makan makanan lembut dan minum
menggunakan penyedut," katanya dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Azman
Abdul Razak mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk
mengenal pasti murid terlibat serta punca kejadian.

2.0 PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA KES BULI

Salah satu punca berlakunya kes buli dalam kalangan pelajar sekolah ialah pengaruh
daripada rakan sebaya yang negatif. Gejala ini dikatakan berpunca daripada rakan sebaya
kerana pada zaman ini, remaja lebih mengutamakan rakan sebaya dalam kehidupan mereka.
Kebiasaannya kumpulan pelajar ini mempunyai satu kumpulan yang ditubuhkan sendiri bagi
menjaga kepentingan ahli kumpulan masing-masing. Mereka bergerak dalam satu kumpulan
dan melakukan apa yang dilakukan oleh ahli lain bagi mengiktiraf keahlian mereka. Sebagai
contoh, kes buli iaitu seorang murid tahun dua dikatakan dipaksa menggunting lidahnya sendiri
akibat dibuli beberapa pelajar tahun tiga di tandas yang berlaku di sebuah sekolah di Klang.

Selain itu, kegagalan ibu bapa melaksanakan tanggungjawab terhadap anak merupakan
akar tunjang kepada berlaku gejala negatif seperti ini. Pada era moden ini, ibu bapa hanya
mementingkan profesion dan kerjaya mereka yang bermotifkan hanya untuk mencari
pendapatan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak. Hal ini
menyebabkan, seseorang anak itu kurang mendapat perhatian dan belaian kasih sayang
GURU DAN CABARAN SEMASA EDU309
3
daripada ibu bapa mereka. Anak juga sebenarnya tidak mengetahui perkara yang dilakukan
oleh mereka itu betul ataupun salah, baik atau buruk, akibat daripada tiada bimbingan daripada
ibu bapa, akhirnya mereka terjebak dalam gejala buli. Tambahan pula belaian kasih sayang
yang tidak cukup yang diterima daripada ibu bapa juga melahirkan anak yang bersikap agresif
dan tidak berperikemanusiaan sehingga mereka sanggup melakukan perkara yang tidak
sepatutnya terhadap orang lain tanpa mempunyai rasa belas kasihan.

Punca yang lain ialah pengaruh media yang berteknologi tinggi. Pada alaf modenisasi
dan globalisasi ini, pertambahan bilangan dan jenis media berteknologi tinggi seperti rangkaian
televisyen dan internet semakin pesat bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Penggunaan
media berteknologi ini kebanyakannya dikuasai oleh golongan pelajar yang masih mentah.
Kajian melaporkan bahawa 80 peratus anak-anak melayari Internet. Memang tidak dapat
dinafikan bahawa untuk mencapai status negara maju, rakyat sesebuah negara itu perlu
memajukan diri dengan perkembangan semasa seiring dengan kehendak pasaran dunia.
Malangnya, kemajuan yang dikecapi pada hari ini turut merosakkan pemikiran dan akhlak
pelajar di negara kita. Terdapat banyak media berteknologi tinggi yang mendedahkan pelbagai
budaya luar dan aksi-aksi ganas yang mampu menjahanamkan peribadi dan sahsiah pelajar
yang masih kanak-kanak. Sebagai contoh, filem Buli, ‘Gengster’, KL Menjerit dan rancangan
‘WWF Smack Down’ telah membudayakan amalan samseng dalam kalangan remaja yang
masih hijau. Penerbitan filem dan rancangan yang berunsurkan keganasan yang sememangnya
bertentangan dengan norma-norma kehidupan manusia ini disebabkan oleh sikap penerbit yang
bersikap materialistik dan ingin mengautkan keuntungan peribadi daripada mengutamakan
kepentingan sejagat. Kesannya, pelajar akan meniru dan mengikuti aksi-aksi yang ditontoni
tanpa memikirkan kesan atas tindakan mereka. Mereka yang sentiasa didorongi oleh semangat
inkuiri akan melakukan gengsterisme terhadap orang lain seperti memukul dan mengugut untuk
melihat keberkesanan rancangan yang ditontoni oleh mereka.

Peraturan sekolah yang lemah juga turut menyebabkan masalah buli dalam kalangan
pelajar kian merebak dengan pantas. Keadaan ini terjadi apabila terdapat sesetengah pihak
sekolah pada hari ini lebih mementingkan pencapaian akademik dan lebih berorientasikan
peperiksaan. Bagi mereka, pencapaian kecemerlangan pelajar dari aspek akademik menjadi
kayu pengukur kepada prestasi kecemerlangan sekolah. Sekiranya hal ini terjadi sudah pasti
pihak sekolah akan hilang fokus untuk menangani kes-kes pelajar sekolah dan tidak
GURU DAN CABARAN SEMASA EDU309
3
menganalisis kesalahan pelajar yang dilaporkan seperti kes buli yang kian hari kian bernanah di
persekitaran sekolah. Pihak sekolah juga tidak mengenakan peraturan dan hukuman yang
tegas kepada pelajar-pelajar yang melakukan keganasan pelajar lain dan sikap pihak sekolah
ini dapat diumpamakan seperti singa yang hilang taringnya. Misalannya, lebih kurang 20 orang
pelajar di Sekolah Menengah St. David, Bukit Baru, Melaka bergaduh di kantin sekolah dan
memukul sesama sendiri menggunakan kerusi. Kejadian ini membuktikan bahawa kumpulan
pelajar ini tidak takut dan hormat dengan peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
Sehubungan dengan itu, impian Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang
holistik akan terkubur sekiranya gejala gengsterisme semakin berleluasa dalam kalangan
pelajar. Jadi, ketidaktegasan peraturan dan sikap pihak sekolah juga antara punca yang
menyebabkan gejala buli dalam kalangan pelajar semakin sukar diatasi.

3.0 KESAN GEJALA BULI

Buli berbahaya kerana ia meninggalkan kesan yang menjejaskan kesihatan mental dan
fizikaJ kanak-kanak (Rigby, 1998). Kesan-kesan daripada buli dapat menjadi sangat teruk dan
buli selalunya berlanjutan dan lama-kelamaan menjadi jenayah (Olweus, 1991). Ia akan
mendatangkan kesan buruk kepada mangsa dari segi luaran dan dalaman. Kesan luaran yang
dilihat pada mangsa buli ialah kecederaan yang dialami pada fizikal mereka dan besar
kemungkinan kecederaan yang parah akan membawa kepada kematian. Kesan dalaman pula
ialah kesan psikologi ke atas mangsa buli seperti trauma,hilang keyakinan dan hilang fokus
terhadap pelajaran. Ada sesetengah mangsa yang mengalami tekanan akan menanam azam
untuk membalas dendam kepada orang lain. Hal ini dilakukan bertujuan untuk mengembalikan
harga diri mereka kembali. Manakala pelajar yang membuli pula akan dikenakan tindakan
seperti digantung persekolahan.

Pada pendapat saya, kesan utama gejala buli di sekolah ialah pelajar-pelajar yang dibuli
akan berasa takut datang ke sekolah. Kita sedia maklum bahawa kebanyakan mangsa buli
biasanya bersaiz lebih kecil dari segi fizikal jika dibandingkan dengan pembuli. Oleh sebab itu,
mereka tidak mampu melawan kerana takut dengan pembuli. Pembuli biasanya akan
menyuruh mereka melakukan sesuatu untuk kepentingan pembuli sendiri. Jika mereka
membantah, mereka akan dipukul dan didera. Terdapat sesetengah pembuli yang membawa
GURU DAN CABARAN SEMASA EDU309
3
kawan-kawannya untuk membelasah pelajar yang dibuli. Bagi pelajar-pelajar perempuan pula,
mereka suka menyindir dan mengutuk sesama sendiri. Perbuatan ini boleh menyebabkan
mangsa tertekan dan ketakutan. Ini menyebabkan pelajar yang dibuli akan berasa takut dan
tidak berani datang ke sekolah lagi. Jelaslah bahawa kadar ponteng sekolah dalam kalangan
pelajar yang dibuli akan meningkat disebabkan mereka takut datang ke sekolah.

Selain itu, kesan lain yang tidak boleh dikesampingkan ialah mangsa buli tidak dapat
memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran. Kejadian kes buli secara tidak langsung
telah menyukarkan mangsa untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas. Hal ini demikian kerana mereka sentiasa memikirkan tentang hal tersebut.
Mereka juga sering ketakutan dan sentiasa memikirkan perkara yang dilakukan oleh pembuli ke
atas diri mereka. Mereka akan menjadi pasif dan tidak ceria. Mereka tidak berani berkomunikasi
dengan rakan-rakan dan guru-guru mereka. Mereka lebih suka menyendiri sambil memikirkan
nasib mereka yang malang. Akibatnya, mereka selalu ponteng sekolah untuk mengelakkan diri
daripada dibuli. Ini menyebabkan prestasi akademik mereka merosot dan akhirnya mereka
gagal dalam peperiksaan.

Selanjutnya, gejala buli yang keterlaluan boleh menyebabkan mangsa buli bertindak
untuk membunuh diri bagi menamatkan penderitaan yang mereka tanggung. Sudah terang lagi
bersuluh, mangsa buli biasanya akan mengalami trauma dan ketakutan sepanjang masa.
Berdasarkan kajian dan bukti yang diperoleh, terdapat kes-kes yang tragik di mana mangsa buli
telah membuat keputusan bahawa satu-satunya cara untuk menghentikan kesengsaraan
mereka adalah dengan membunuh diri sendiri. Sebagai contohnya, Vijah Singh yang berumur
13 tahun telah membunuh diri di dalam rumahnya di Manchester, England. Di dalam diarinya
dia telah mendedahkan kesengsaraannya akibat dibuli. Diari tersebut mencatatkan bahawa
wangnya dirampas pada hari Isnin, hari Selasa dia dipersendakan, hari Rabu pula baju uniform
dikoyakkan, hari Khamis badannya disimbah dengan darah, dan, hari Jumaat semuanya telah
berakhir. Hari Sabtu dia telah mendapat kebebasan. Perkara ini menggambarkan bahawa kes
buli yang keterlaluan boleh menyebabkan mangsa buli hilang pertimbangan dan kewarasan
sehingga tergamak untuk menamatkan nyawa mereka sendiri.

4.0 LANGKAH-LANGKAH MENANGANI KES BULI


GURU DAN CABARAN SEMASA EDU309
3
Menurut Izzat Amin Mohd Nasir selaku YDP Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian
Islam Universiti Malaya menyatakan bahawa peranan yang terpenting dan individu yang
terpenting dalam menyelesaikan masalah bersangkutan anak-anak adalah ibu bapa. Ibu bapa
haruslah menampilkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka supaya anak akan
mencontohi kelakuan ibu bapa mereka kerana pada tanggapan anak mereka, perbuatan ibu
bapa adalah sentiasa betul dan patut diikuti. Janganlah ibu bapa berlakuan baik di hadapan
anak-anak sahaja, sedangkan mereka juga sering mengejek, menghina orang dan sebagainya.
Tambahan pula, di samping mengejarkan kebendaan dalam kehidupan dan sibuk bekerja, ibu
bapa juga harus sentiasa mengambil perhatian tentang keadaan anak mereka semasa di
sekolah dan memberikan belaian kasih sayang yang sepenuhnya kepada mereka supaya
mereka tidak berasa sunyi dan diabaikan. Ibu bapa juga harus memupuk anak mereka sejak
kecil lagi seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya agar sentiasa sudi meluahkan isi hati
dan masalah yang dihadapi kepada mereka bagi mengatasinya bersama-sama.

Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah dalam
usaha untuk membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli itu berlaku atau
menjadi mangsa pembuli harus memberanikan diri untuk melaporkan kepada pihak sekolah
dengan segera agar masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan
sekolah. Manakala, pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan daripada pelajar juga
harus berusaha mengatasi masalah itu dengan bersungguh - sungguh dan bukan sebaliknya
dengan menutup kes itu dengan sesuka hati sahaja. Pihak sekolah boleh berjumpa dengan
pelajar yang disyaki melibatkan diri dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk membincangkan
masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut dan mendapatkan jalan keluarnya. Pihak sekolah
harus mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelajar tersebut agar dia tidak mengulangi
perbuatan itu lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar yang lain. Disiplin dan
perturan sekolah juga perlu diketatkan dan ditekankan kepada para pelajar supaya para pelajar
mengikuti etika peraturan sekolah dan tidak membuat kesalahn seperti penglibatan dalam
gejala sosial seperti membuli.

Tambahan pula, pihak kerajaan juga harus memainkan peranan dalam membendung
gejala ini. Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini
dalam pelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral,
Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya. Melalui pendidikan ini, para pelajar dapat
GURU DAN CABARAN SEMASA EDU309
3
kesedaran dan menpelajari kebaikan serta menjauhi gejala kurang baik. Kerajaan juga perlu
bergabung dengan pagensi-agensi tertentu untuk mengadakan kempen kesedaran dan
ceramah kesedaran tentang gejala membuli. Melalui cara ini, remaja dapat mempelajari kesan
sampingan yang diperolehi daripada melakukan gejala membuli dan berupaya untuk tidak
melakukan perbuatan ini terhadap orang lain.

5.0 KESIMPULAN

Konklusinya, semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani masalah ini demi
mewujudkan generasi dan modal insan yang lebih berguna pada masa hadapan, maka satu
langkah drastik daripada semua pihak patut dilaksanakan. Tindakan daripada satu pihak tidak
akan membuahkan hasil. Jadi, sama-samalah kita berganding bahu untuk menangani masalah
buli ini.

Meskipun terdapat pelbagai cadangan mengenai cara bagaimana mengatasi masalah


buli ini, namun ia hanya akan berakhir di meja perbincangan, forum atau seminar.
Sememangnya terdapat pelbagai program yang dirangka untuk remaja dan pelajar tetapi hanya
memberi manfaat kepada segelintir mereka sahaja dan lebih bersifat komersial. Ibu bapa, guru-
guru dan masyarakat perlulah berganding bahu dan bekerjasama dalam memikul
tanggungjawab mendidik anak-anak dan para pelajar. Adalah wajar supaya pelajar didedahkan
akan kesan buruk dalam masyarakat melalui interaksi mereka di sekolah. Golongan ini juga
perlu didedahkan dengan pengetahuan undang-undang agar mereka gementar dengan
hukuman.

Pelajar dan remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan
negara. Mereka adalah asset kekayaan semulajadi yang bakal memegang peranan penting
dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Namun demikian, masalah disiplin di
kalangan remaja adalah salah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia yang
akan merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu, segala masalah sosial yang
dihadapi oleh para remaja harus dibendung dan di atasi supaya ia tidak terus mewujudkan
ancaman besar terhadap asset utama yang merupakan sumber modal insan yang selaras
dengan falsafah pendidikan negara yang akan mempastikan kelangsungan kemajuan dan
keharmonian negara.
GURU DAN CABARAN SEMASA EDU309
3

BIBLIOGRAFI

James Ang Jit Eng. (2011). Pengurusan Disiplin Murid (ed.ke-2). Selangor. PTS Professional
Publishing.Snd.Bhd.

Mook Soon Sang, 2010, Psikologi Pendidikan, Puchong Selangor, Penerbitan Multimedia

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, 2009,Murid Dan Alam
Belajar, Kuala Lumpur, Oxford Fajar.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A. Majid 2010,
Guru Dan Cabaran Semasa, Selangor, Oxford Fajar Sdn Bhd.

Nordiana binti Mohd Nor. (2009). Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 14, 47-63.

Olweus, D. (1991). Bully/victim problems among schoolchildren: Basic facts and effects of a
school-based intervention programme. Dalam Pepler, D., & Rubin, K. (Eds.). The
development and treatment of childhood aggression. Hillsdale, NJ: Erlbaum.
GURU DAN CABARAN SEMASA EDU309
3
Rigby, K. (1996). Bullying in schools and what to do about it. Melbourne: The Australian Council
For Educational Research Ltd.

Anda mungkin juga menyukai