Anda di halaman 1dari 3

SULIT

Pilih satu soalan sahaja

1. Anda melihat pemandangan semula jadi yang begitu indah ketika menuruni tangga di dalam
sebuah taman rekreasi. Lukiskan situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada perspektif,
warna dan jalinan.

2. Beberapa alatan menghasilkan catan seperti berus lukisan,sebotol air, bekas pembancuh warna,
warna air, pensil serta beberapa alatan yang lain kelihatan di atas meja.Gambarkan situasi
tersebut dalam lukisan anda.

3. Beberapa ekor rama-rama sedang terbang dan salah seekor darinya hinggap pada tumbuhan
berbunga. Gambarkan suasana tersebut dengan memberi penekanan kepada warna dan
pergerakan.

4. Hasilkan satu ilustrasi muka hadapan buku kanak – kanak yang bertajuk “Cerita Dongeng”.
Penekanan hendaklah diberikan kepada aspek imej, warna dan tipografi yang bersesuaian dengan
kanak – kanak.

5. Beberapa orang kanak-kanak kelihatan sedang bermain dengan riang di sebuah taman
permainan. Lukiskan situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada bentuk, ruang dan aksi.

6. Sebuah basikal disandarkan di tepi pagar sebuah rumah. Terdapat sebiji bola dan sepasang stokin
di dalam bakul basikal serta sepasang kasut sekolah digantung pada hendal basikal. Lukis situasi
tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, ruang dan jalinan.

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh : Disemak oleh :

_______________ _______________

(Harnizah Noor Diana Mat Rosle ) (En. Julian Aban )


Guru Pendidikan Seni Visual Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual

1
2611/2 SULIT
SULIT
2611/2
Pendidikan Seni Visual SEKOLAH MENENGAH
Kertas 2 KEBANGSAAN KOTA MARUDU
2 Jam

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN


TINGKATAN DUA

PENDIDIKAN SENI VISUAL


KERTAS 2 ( SENI HALUS )
Dua Jam

ARAHAN :
1. Kertas soalan ini mengandungi enam soalan.
2. Jawab satu soalan sahaja.
3. Sila bawa kertas ini semasa peperiksaan.
4. Anda bebas menggunakan sebarang teknik kecuali teknik kolaj.
5. Sebarang lakaran tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik peperiksaan.
6. Tuliskan dengan terang NAMA, TINGKATAN dan NO SOALAN mengikut susunan
yang ditetapkan di sudut kanan sebelah atas muka hadapan kertas lukisan anda.
7. Kertas ini hendaklah diberikan seminngu sebelum tarikh peperiksaan ini.

NAMA :
5 cm TINGKATAN :
NO SOALAN :
TARIKH :
TANDATANGAN GURU :
MARKAH :
8 cm

2
Kertas soalan ini mengandungi 2 halaman bercetak

Anda mungkin juga menyukai