Anda di halaman 1dari 3

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada pengerusi majlis, para

guru besar, para hakim yang arif lagi bijaksana , para guru dan
rakan sekalian. Pada pagi yang mulia ini, saya akan
menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk : “ Si Tupai dengan Si
Monyet”

Di dalam sebuah hutan, tinggallah binatang-binatang yang


hidup bermuafakat di antara satu sama lain. Mereka saling
tolong-menolong dan sentiasa hidup di dalam keadaan yang
aman damai.

Pada suatu hari, Si Tupai ingin mengadakan majlis hari jadi di


rumahnya. Beberapa hari sebelum itu, ia telah sibuk melakukan
persiapan untuk meraikan ulang tahunnya itu. Kad-kad jemputan
juga telah diedarkan kepada seluruh isi hutan. Lagipun Si Tupai itu
sudah rindu untuk berjumpa dengan kawan-kawannya.

Bila tiba harinya, Si Tupai kelihatan sibuk membersihkan


halaman rumahnya. Menyusun kerusi meja, disapunya daun-daun
kering yang berselerak di halaman rumah dan dibakar semua
sampah sarap yang ada. Selepas puas hati, semuanya bersih Si
Tupai berkata di dalam hatinya. “ Sekarang semuanya sudah
bersih, dan sekarang aku akan menyiapkan hidangan untuk para
tetamu pula.”

Dengan bantuan yang diberikan oleh keluarganya, Si Tupai


mengeluarkan hidangan dan meletakkannya di atas meja. Wah,
bermacam-macam jenis kuih telah disediakan! Tanpa disedari
oleh Si Tupai semasa ia sibuk menghidangkan makanan di
halaman rumah, ada sepasang mata sedang mengintainya dari
atas pokok. Setiap kali Si Tupai membawa makanan dari dapur,
setiap kali itulah Si Monyet yang di atas pokok itu gelisah.

Sebenarnya Si Monyet itu memang terkenal dengan


sikapnya yang tidak suka bergaul dan suka pula mencuri. Si
Monyet menunggu peluang sehingga Si Tupai siap
menghidangkan makanan. Apabila saja Si Tupai masuk ke dalam
rumahnya, Si Monyet cepat-cepat turun dari tempat
persembunyiannya. Kemudian dengan cepatnya dia mencuri
makanan yang ada di atas meja dan lari semula di belakang
pokok melihat bagaimanakah reaksi Si Tupai seterusnya.

Namum, Si Monyet itu tidak menyedari yang Si Tupai sedang


melihatnya dari dalam rumah. “ Oh Si Monyet rupanya yang
mencuri makananku. Nanti tahulah aku bagaimana
mengajarnya,” kata Si Tupai dalam hati.

Dengan tidak membuang masa, Si Tupai mengambil alat


penyembur dan menyembur makanannya satu persatu. Sambil
bersiul-siul, ia melirik pandang ke arah tempat persembunyian Si
Monyet.

Si Monyet terkejut besar. “Apakah agaknya yang disembur


oleh Si Tupai ? Sudah tentu dia menyemburkan racun. Aku tidak
bodoh. Aku tidak mahu mati kerana Si Tupai,” kata Si Monyet
dengan tegas.

Si Monyet terus membuang makanan-makanan yang masih


ada di tangannya. “Mujur aku tidak sempat makan.” Dengan
tergesa-gesa Si Monyet meninggalkan tempat itu.

Si Tupai tersenyum puas. Tentu Si Monyet marah kalau tahu Si


Tupai hanya menyemburkan air biasa.

Si Tupai berasa gembira kerana hari ini ia berjaya


mengenakan Si Monyet. Sambil tersenyum ia menantikan
kedatangan para tetamunya.

Tidak lama selepas itu, kelihatan kawan-kawan Si Tupai


datang membawa hadiah untuk Si Tupai. Apabila semuanya
telah berkumpul, masing-masing sibuk bertanyakan hal Si Monyet.

Si Tupai menceritakan segalanya kepada kawan-kawannya.


Mereka tertawa mendengar cerita Si Monyet ditipu.
Si gajah yang sedang sibuk makan berkata, “ biarkan dia
tahu bagaimana seksanya hidup tanpa kawan-kawan dan sering
ditipu begini.”

Tiba-tiba mereka melihat Si Monyet datang dengan wajah


yang muram. Ia terus mendapatkan Si Tupai dan meminta maaf
kepada Si Tupai kerana mencuri makanan. Begitu juga dengan
kawan-kawannya yang lain. Si Monyet berjanji tidak mencuri lagi
dan tidak mengasingkan diri dari kawan-kawan yang lain.

Semenjak dari itu, Si Monyet menjadi kawan yang paling


baik dan sering membuat kawan-kawannya yang lain terhibur
dengan telatahnya yang suka berjenaka.

Melalui cerita ini, pengajaran yang kita dapati ialah janganlah


kita mencuri dan asingkan diri dari kawan-kawan. Selain itu, kita
juga haruslah meminta maaf atas kesalahan yang telah kita
lakukan.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai