Anda di halaman 1dari 138

Pendekatan Projek Taska/Tadika

PENDEKATAN
PROJEK
KITAR SEMULA

4
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Frasa 1 – Permulaan Projek

1.0 Pengetahuan Sedia Ada

Pengetahuan sedia ada murid membantu mereka mengikuti pembelajaran seterusnya.


Pembelajaran seterusnya direka bentuk bersesuaian dengan perkembangan konstruk murid
supaya proses pembelajaran tersebut bermakna kepada mereka. Fasa ini bertujuan untuk
menarik perhatian dan minat pelajar serta memotivasikan pelajar agar mereka terus
berminat dalam pengajaran yang berlangsung. Antara contoh aktiviti yang boleh dijalankan
dalam fasa ini adalah yang pertama membuat aktiviti circle time. Melalui aktiviti ini guru
dapat mengemukan soalan-soalan untuk mengetahui tahap mereka dan selain itu guru juga
dapat menjanakan perasaan ingin tahu murid-murid. Kesan terhadap pembelajaran murid
dalam fasa ini adalah murid akan lebih berfikir dan lebih seronok dengan aktiviti yang telah
dijalankan dalam bilik darjah. Antara contoh soalan yang boleh dikemukan adalah :

 Siapa tahu apa itu sampah?


 Bagaimana rupa sampah?
 Macam mana bau sampah?
 Di mana kita lihat banyak sampah?
 Rumah siapa ada sampah?
 Cuba lihat sekeliling kelas ada sampah atau tidak?
 Kita buang di mana?

2.0 Mewarna dan mengkategorikan

Bagi aktiviti yang seterusnya guru juga boleh membuat aktiviti seperti mewarna dan
mengkategorikan untuk aktiviti kitar semula ini. Pada mulanya setiap murid akan
diberikan lembaran kerja dan pensel warna. Kemudian, murid dikehendaki untuk
mewarnakan jenis sampah yang boleh dikitar semula dengan yang tidak boleh
dikitar semula. Kemudian murid perlu menggunting sampah tersebut dan
meletakkan sampah yang boleh dikitar semula dengan sampah yang tidak boleh
dikitar semula ke dalam kotak lembaran kerja yang telah disediakan. Antara contoh
lembaran kerja yang dijalankan adalah :

5
Pendekatan Projek Taska/Tadika

MARI KITAR SEMULA

KITAR SAMPAH
SEMULA

Contoh Lembaran Kerja Yang Digunakan

3.0 Perbincangan

Bagi fasa ini guru dan murid akan menjalankan sedikit perbincangan mengenai hasil
kerja yang telah dijalankan. Guru akan menyemak semula guntingan gambar yang
dibuat oleh murid dan bertayakan soalan kepada murid mengenai hasil kerja
mereka.Guru akan bertanyakan soalan sekiranya gambar diletakkan di dalam kotak
yang salah. Komunikasi antara guru dan murid pada peringkat ini adalah penting. Ini
kerana jika murid melakukan sesuatu kesalahan guru tidak seharusnya menghukum
dan terus meminta murid untuk membetulkan kesalahan tersebut dengan segera
tetapi cuba untuk mendengar dan bertanyakan pendapat mereka terlebih dahulu.
Selain menggunakan kaedah menyoal, percakapan guru haruslah boleh
6
Pendekatan Projek Taska/Tadika

menggalakkan murid megemukakan pendapat atau memberi tindak balas mereka


seperti dengan menggunakan teknik memuji atau menerima pendapat murid-murid
dengan hati yang terbuka.

4.0 Senarai Perkataan dan Frasa Kitar Semula

Bagi senarai perkataan dan frasa kitar semula guru mengemukaan beberapa frasa
atau ayat yang berkaitan dengan kitar semula. Sebagai contoh sampah, rosak, tong
sampah, kitar semula, plastik sampah, pecah, buku, bau, botol, busuk, kemik,
buang, plastik, kaca, tin dan sebagainya. Ini bagi mengembangkan dan menembah
lagi kosa kata murid dan membantu mereka untuk memahami dengan lebih
terperinci mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan kitar semula.

5.0 Web Topik

Bagi frasa satu web topik adalah sangat penting. Ini kerana pada tahap ini guru dan
murid akan bersama-sama untuk mengembangkan idea mengenai sesuatu topik
yang dipilih. Selain itu, melalui web topik ini juga ia dapat meningkatkan penglibatan
murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan kemahiran
berfikir, menambahkan keyakinan diri, menggalakkan murid menghasilkan idea dan
memberi pendapat dan menggalakkan murid membina ilmu yang baru. Web topik
dibahagikan kepada dua frasa iaitu frasa 1 dan frasa 3 sebelum dan selepas. Pada
frasa 1 guru akan menerima apa sahaja idea yang diberikan oleh murid tanpa
melihatnya betul atau salah. Contoh web topik bagi kitar semula untuk frasa 1 :

7
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Web Topik Kitar Semula Bagi Frasa 1

6.0 Buku Kitar Semula


Antara bahan bacaan yang boleh digunakan adalah seperti buku kitar semula.
Sebagai contoh:

Contoh buku kitar semula yang digunakan.

Frasa 2 – Perkembangan Projek

Pada perkembangan projek kitar semula ini. Guru menjemput syarikat Little Dots
iaitu syarikat yang mengitar semula kotak susu datang ke tadika untuk memberikan
penerangan dan menunjukkan cara kotak itu dimampatkan dan di proses di kilang
untuk dijadikan sehelai kertas.

8
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Aktiviti yang dijalankan oleh syarikat Little Dots di Tadika

Bagi aktiviti yang seterusnya, guru mewujukan suasana kitar semula di dalam kelas
dengan meletakkan tong atau kotak yang berasingan untuk murid mengisi dengan
barang-barang terpakai yang boleh dikitar semula. Sebagai contoh surat khabar,
plastik dan tin kosong. Murid diberi tugasan untuk membawa barangan tersebut
sama ada dari rumah atau boleh mencari barangan yang boleh di kitar semula di
sekitar sekolah dan meletakkannya ke dalam kotak yang disediakan.

Guru menyediakan kotak atau bekas di dalam bilik darjah.

9
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Dengan barangan kitar semula yang telah dikumpulkan murid akan membuat satu
aktiviti art and craf melalui barangan tersebut. Murid diberi kebebasan untuk
melakukan apa sahaja yang mereka inginkan melalui aktiviti tersebut. Ianya bebas
dilakukan mengikut kreativiti masing-masing.

Semasa proses ini dijalankan juga sikap kerjasama, amalan saling tolong menolong dan
bertolak ansur akan terbentuk secara tidak langsung bersama murid. Ini kerana mereka
akan saling berkongsi barangan dan idea untuk mencipta barangan yang ingin mereka
ciptakan.

Frasa 3 – Refleksi Projek

Bagi frasa 3 ini dinamakan sebagai „tunjuk dan ceritakan ciptaan saya‟. Dengan bimbingan
oleh guru murid akan mempersembahkan ciptaan yang telah mereka lakukan di hadapan
kelas dan dilihat oleh rakan-rakan yang lain. Proses ini dijalankan adalah bagi membolehkan
mereka untuk menyuarakan idea tentang sebab dan mengapa ciptaan tersebut dicipta dan
memupuk sikap keyakinan dan percaya dalam diri mereka.

Kanak-kanak akan berdiri bersebelahan dengan guru agar guru dapat membantu
mereka dalam penerangan yang ingin dilakukan dan ia nya juga bertujuan agar murid akan
merasa lebih selamat dan selesa apabila bersebelahan dengan guru mereka. Guru juga
dapat membimbing dan memberi galakan kepada murid untuk menyuarakan pendapat dan
ciptaan yang dilakukan. Pada frasa ini ibu bapa juga digalakan dan dijemput untuk
melibatkan diri dan melihat hasil kerja projek yang telah dijalankan.

10
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Bagi penutup untuk aktiviti pendekatan projek kitar semula ini guru akan sekali lagi membuat
web topik untuk kali kedua. Ini bagi membuat perbandingan pengetahuan murid sebelum
dan selepas aktiviti dijalankan. Contoh web topik untuk frasa ke 3 :

11
Pendekatan Projek Taska/Tadika

12
Pendekatan Projek Taska/Tadika

PENDEKATAN
PROJEK
TOPIK :
-BUAYA-

13
Pendekatan Projek Taska/Tadika

FASA 1
Aktiviti 1: Surat Pemberitahuan

Kepada ibu bapa yang dihormati dan dirahmati,

Kelas 5 Bestari akan memulakan sesi pendekatan projek yang bertopik


buaya dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).

Pendekatan projek ini juga memberi peluang kepada ibu bapa dan guru
serta kanak-kanak dalam eksplorasi mengenai topik khas yang telah
dibincangkan. Selain itu juga, pendekatan ini dapat memberi peluang
kepada ibu bapa untuk melibatkan diri dalam pembelajaran kanak-
kanak.
Aktiviti 2: Brainstorm perkataan-perkataan yang berkaitan dengan buaya.
Pertama sekali, ibu bapa boleh berbual dengan anak mengenai
pengalamannya mengenai buaya. Sebagai contoh, ibu bapa boleh
• Kasar dan agresif
bercerita mengenai jenis-jenis buaya, pengalaman ibu bapa melawat
• Pelbagai warna
buaya di taman buaya mahupun zoo negara, serta informasi mengenai
• Kulit
buaya seperti habitat, cara pemakanan, dan sebagainya. Selain itu juga,
• Anggota badan
ibu bapa digalakkan pergi lawatan bersama kanak-kanak dan
• Habitat
kedatangan ibu bapa juga dialu-alukan untuk melawat bilik darjah serta
• Makanan
melihat hasil kerja dan kreativiti setiap kanak-kanak.
• Buaya bermula dengan huruf B
Kesimpulan secara keseluruhannya, ibu bapa perlu melibatkan diri dalam
pengajaran dan pembelajaran (PdP) bersama kanak-kanak supaya
kanak-kanak lebih memahami konsep pembelajaran yang diajar.

Terima kasih di atas keprihatinan dan sumbangan yang diberikan dalam


pendidikan anak-anak.

14
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Aktiviti 3: Web Topik Buaya


Bahagian badan Makanan
• 2 biji mata • ikan
• Kulit • Burung
• Mulut saiz
• Ayam
• Hidung  kecil
• daging
• Kaki  Gemuk
• Kepala  Besar
• Gigi  Panjang
• Tulang
Buaya  pendek
• ekor

Warna
• kuning
• coklat
• Hijau
Habitat • Hitam
• putih
 Sungai
 Air
berlumpur/
 paya
 laut
Ciri-ciri
• memiliki kuku
yang panjang
dan tajam
Sifat-sifat • Bertelur
• ganas
• Gigi taring
• Agresif
• Sisik keras hampir
• Kasar
semua tubuh
• menakutkan
badan

15
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Aktiviti 4: Melukis dan Mewarna


Lukisan buaya
Bahan yang diperlukan:-
Kertas lukisan
Pensel
Guru meminta murid mengambil kertas lukisan dan pensel untuk
membuat lakaran seekor buaya dan selepas itu, guru meminta kanak-
kanak mewarnakan lukisan buaya tersebut.

Kanak kanak melukis gambar buaya

Aktiviti 5: Kolaj
Bahan yang digunakan:-
• Gam
• Kertas warna
• Gambar buaya
• Gunting
Guru menunjukkan langkah membuat kolaj satu persatu di hadapan kanak-
kanak daripada menggunting kertas, seterusnya guru menunjukkan cara
menampal kertas diatas gambar buaya menggunakan gam yang disediakan.
Guru mula meminta kanak-kanak mengambil semua bahan yang akan
digunakan mengikut kumpulan yang telah dibahagiakan. Guru bergerak ke
setiap kumpulan untuk membantu kanak-kanak menyiapkan kolaj tersebut.
16
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Contoh Kolaj

17
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Aktiviti 6: Slot Bercerita

• Guru menggunakan buku cerita dan bercerita dengan menggunakan intonasi


yang betul serta ekspresi muka yang memberikan gambaran sebenar kepada
kanak-kanak tentang situasi cerita tersebut.

• Melalui cerita tersebut, guru boleh bertanyakan kepada mereka pengetahuan


sedia ada mereka tentang buaya.

• Guru juga boleh menerapkan nilai-nilai murni dan menceritakan pengetahuan


yang mendalam mengenai buaya.

• Antara judul buku-buku cerita dan pelbagai kisah pengajaran yang menarik
mengenai buaya.

18
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Fasa 2: Lawatan Ke Taman Buaya


Soalan yang boleh diajukan kepada penjaga taman buaya.

 Bagaimanakah proses jagaan buaya?


 Kenapa kulit buaya keras dan buaya bersifat ganas?
 Apakah makanan yang selalu diberikan kepada buaya
 Adakah boleh kita ingin menyentuh buaya?

Aktiviti 2: Binaan Replika Mini Taman Buaya

• Guru membincangkan bersama kanak-kanak bagaimana ingin membina


replika mini taman buaya.

• Kanak-kanak melakukan replika mini taman buaya tersebut bersama guru


dalam bulatan besar.

• Guru juga menerapkan nilai-nilai murni seperti tolong-menolong, bekerjasama


dan lain-lain kepada mereka.

19
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Bahan dan peralatan yang diperlukan

• Batu dan rumput

• Bunga(pelbagai jenis bunga)

• Replika buaya (pelbagai jenis warna)

• Replika mini kolam

Replika rumah rehat

20
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Aktiviti 3: Main Peranan/Role play


• Setiap kanak-kanak dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan
seorang kanak-kanak daripada kumpulan kecil itu kemudiannya diberikan
satu set lengkap kostum buaya.

• Kanak-kanak diberi tanggungjawab untuk memegang watak dan peranan.

• Kanak-kanak diberikan masa untuk membuat persediaan dan kanak-kanak


membuat persembahan dengan memainkan watak serta bunyi buaya.

21
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Topeng Buaya

Situasi dalam bilik


darjah semasa main
peranan

22
Pendekatan Projek Taska/Tadika

FASA 3
• Guru meminta kanak-kanak membuat bulatan kecil.

• Kanak-kanak bercerita dan berkongsi mengenai pengalaman mereka ke


taman buaya ketika lawatan dibuat.

• Mereka berkongsi mengenai perasaan, pengalaman dan ilmu pengetahuan


serta informasi baru tentang buaya yang telah mereka perolehi.

• Guru meminta kanak-kanak mempamerkan hasil lukisan buaya dan


menampalkan di sudut kreativiti di dalam bilik darjah.

• Akhir sekali, guru menunjukkan replika mini taman buaya dan membuat
ulangkaji pelajaran semula mengenai topik pelajaran iaitu buaya.

23
Pendekatan Projek Taska/Tadika

PENDEKATAN PROJEK :

PANTAI

24
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Fasa 1
1.Guru meletakkan gambar suasana pantai di hadapan kelas

2. Guru meminta kanak-kanak berkongsi pengetahuan sedia ada kanak-kanak


tersebut dengan rakan-rakan

3. Kanak-kanak diminta melukis pemandangan suasana di pantai

4. Guru meminta kanak-kanak memberikan idea lain berkaitan pantai


Contoh :
• Matahari terbenam
• Kerang

25
Pendekatan Projek Taska/Tadika

• Istana pasir
• ombak
• Ski air
• banana bot
• Bola pantai
• Berkelah
• BBQ

5. Membina peta minda

26
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Fasa 2
• Kanak-kanak membuat eksperimen berkaitan pantai dan laut.
• Kanak-kanak menggunakan kaedah bermain tanah liat dan pasir pantai.
• Kanak-kanak melakukan aktiviti membersihkan pantai.
• Kanak-kanak bermain bola di tepi pantai.
• Kanak-kanak membina istana pasir di pantai menggunakan pasir, tanah liat
dan air.
• Kanak-kanak membuat kajian berkaitan pasir di rumah bersama-sama
keluarga.

27
Pendekatan Projek Taska/Tadika

1) Lawatan ke pantai – aktiviti bina istana pasir / projek kebersihan pantai

2) Brainstorm soalan berkaitan pantai (guru-murid)

Guru: Guru bertanya soalan kepada kanak-kanak tentang apa yang mereka
tahu berkaitan dengan pantai?
Ali: Kenapa air laut berasa masin?
Siti: Kenapa pasir di sini berwarna putih, di tempat lain berwarna lebih gelap?
Abu: Kenapa pasir di sini banyak kulit kerang?

3) Aktiviti Projek Bersama Keluarga

• Aktiviti projek bersama keluarga, kanak-kanak diminta oleh guru untuk


melakukan aktiviti di rumah berkaitan dengan projek yang sedang dijalankan
.
• Guru memberikan maklumat dan panduan kepada ibu bapa untuk
menjayakan projek tersebut

28
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Antara lembaran kerja yang boleh dilakukan bersama dengan ibu bapa.

Fasa 3

• Guru dan kanak-kanak membuat jemputan pada ibu bapa untuk ke tadika
bagi melihat hasil projek kanak-kanak.

• Kanak-kanak menunjukkan hasil projek melalui pameran, gambar-gambar


sepanjang aktiviti, kraf berdasarkan sumber yang diambil di pantai dan
sebagainya.

29
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Aktiviti kraf suasana di pantai

30
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Booth Kanak-kanak bertemakan suasana pantai

31
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Kapalterbang

32
Pendekatan Projek Taska/Tadika

PENDEKATAN PROJEK
Fasa 1
(Surat Pemberitahuan)
Guru memberi surat pemberitahuan kepada ibu bapa mengenai aktiviti pendekatan
projek bertajuk kapal terbang.
 Pengalaman Sebelum
 kanak-kanak pernah melihat kapal terbang.
 Kanak-kanak sudah mengetahui bentuk kapal terbang.
 Pengalaman Sedia Ada
 kanak-kanak sudah mengetahui bunyi kapal terbang
 Kanak-kanak telah mengetahui warna kapal terbang

Aktiviti
 Melukis kapal terbang mengikut pengalaman kanak-kanak.

33
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Perbincangan
 Guru membincangkan tentang kapal terbang.
 apakah warna kapal terbang?
 dimanakah kapal terbang boleh dilihat?
 bahan apakah yang digunakan untuk membuat kapal terbang?
 apakah saiz kapal terbang?
 apakah bentuk kapal terbang?
 bagaimanakah kapal terbang bergerak?
 berapakah roda yang terdapat pada kapal terbang?
 bagaimanakah bunyi kapal terbang?

Brainstorm Perkataan-perkataan Berkaitan Dengan Kapal Terbang


 Kapal Terbang
 Terbang
 Tinggi
 Udara
 Besar
 Putih
 Roda
 Bulat
 Besi

Web Topik
 Guru membincangkan dengan kanak-kanak tentang web topik yang ingin
dilakukan

Fasa 2

34
Pendekatan Projek Taska/Tadika

 Guru membawa kanak-kanak pergi melawat ke lapangan terbang.


 Sebelum
1. Guru menjemput juruterbang datang ke tadika
2. Guru meminta juruterbang memberikan penerangan kepada kanak-kanak
tentang kapal terbang

 Semasa
1. Juruterbang membawa kanak-kanak untuk melihat bahagian bahagian
dalam kapal terbang.
2. Kanak-kanak diberikan peluang untuk merasai pengalaman untuk
memandu kapal terbang dengan sendiri.
3. Juruterbang memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk bersoal
jawab.

35
Pendekatan Projek Taska/Tadika

 Selepas
1. Kanak-kanak menceritakan semula pengalaman mereka menaiki dan
membawa kapal terbang.
2. Kanak-kanak melukis situasi sebenar menaiki kapal terbang.

Aktiviti
Mereka Cipta Kapal Terbang
1. Guru membahagikan kanak-kanak kepada beberapa kumpulan (satu kumpulan 4
orang)
2. Guru membimbing setiap kumpulan untuk membina kapal terbang dengan
menggunakan bahan kitar semula seperti botol air minuman, penutup botol, lidi
dan gelang getah.

36
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Aktiviti Main Peranan


 Kanak-kanak melakukan aktiviti main peranan dengan menaiki kapal terbang
dengan menggunakan kapal terbang yang telah dicipta.

Fasa 3
1. Guru menghantar surat jemputan kepada ibu bapa untuk menghadirkan diri ke
pameran aktiviti pendekatan produk bertajuk kapal terbang yang telah
dilaksanakan oleh kanak-kanak
2. Kanak-kanak mempersembahkan hasil rekaan kapal terbang dan menceritakan
pengalaman mereka kepada ibu bapa
3. Ibu bapa berpeluang melakukan aktiviti main peranan bersama kanak-kanak.

37
Pendekatan Projek Taska/Tadika

38
Pendekatan Projek Taska/Tadika

PENDEKATAN
PROJEK

BUAH KELAPA

39
Pendekatan Projek Taska/Tadika

FASA 1

Prior experience (pengalaman sedia ada)

• Guru melakukan perbincangan dan bertanya murid apa yang mereka tahu
mengenai buah kelapa.

• Kanak-kanak sudah mengetahui tentang buah kelapa (rasa, bentuk dan


warna)

• Kanak-kanak diminta untuk kongsi apa yang mereka tahu tentang buah
kelapa dalam bentuk lukisan, bercerita dan lain-lain.

Perbincangan Antara Murid

1. Apa itu kelapa?

2. Macam mana awak menerangkan tentang buah kelapa?

3. Bagaimana rasa buah kelapa?

4. Apakah warna buah kelapa?

5. Apakah kegunaan buah kelapa?

Kemudian, guru akan membuat perbincangan tentang perkataan-perkataan yang


berkaitan dengan buah kelapa:

Brainstorm perkataan-perkataan berkaitan dengan buah kelapa

• Hijau

• Sedap

• Manis

• Berat
40
Pendekatan Projek Taska/Tadika

• Keras

• Bentuk bulat

• Tumbuh atas pokok

• Isi buah kelapa boleh di makan

• Boleh di minum

• Sabut

• Mempunyai tempurung

Selepas itu, guru akan membuat web topic berdasarkan jawapan-jawapan yang
diberikan oleh murid mengenai buah kelapa.

41
Pendekatan Projek Taska/Tadika

FASA 2

(LAWATAN KE LADANG KELAPA)

Sebelum

- Guru membuat surat kebenaran kepada ibu bapa tentang objektif lawatan ke
ladang kelapa

- Guru memberikan buku dan artikel mudah mengenai buah kelapa untuk murid
baca

- Guru menyuruh murid menyediakan soalan mengenai buah kelapa

Semasa

- Murid memerhati dan melihat jenis-jenis pokok kelapa di ladang.

- Guru menyuruh murid bertanya soalan yang telah disediakan kepada


pegawai ladang.

42
Pendekatan Projek Taska/Tadika

AKTIVITI SELEPAS LAWATAN

1) Menampal lukisan pokok kelapa di sekitar kelas

43
Pendekatan Projek Taska/Tadika

2) Murid membuat aktiviti mencipta replica kelapa

44
Pendekatan Projek Taska/Tadika

3) Aktiviti mewarnakan tempurung kelapa

4) Aktiviti membuat air coconut shake.


BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT COCONUT SHAKE

 Air kelapa muda

 Ais krim vanila

 Isi buah kelapa

 Ais

 Air gula

45
Pendekatan Projek Taska/Tadika

FASA 3

• Kanak-kanak membuat persediaan untuk membentangkan apa yang


diperolehi daripada lawatan dan kerja lapangan yang dilakukan.

• Guru bertanya kepada murid tentang bagaimana murid ingin melakukan


aktiviti pembentangan ini.

• Pembentangan dilakukan dalam bentuk pameran.

• Sebelum itu, surat rasmi akan dihantar kepada ibu bapa untuk menjemput
mereka hadir ke pameran yang akan berlangsung.

46
Pendekatan Projek Taska/Tadika

47
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Pendekatan Projek
“Kasut”

48
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Fasa 1
• Guru mencatatkan pengetahuan kanak-kanak melalui pengalaman sedia ada.
• Guru membimbing kanak-kanak untuk menceritakan mengenai kasut di dalam
kelas.
• Guru meminta kanak-kanak membuat lakaran kasut berdasarkan pengalaman
sedia ada mereka.
• Guru menyenaraiakan perkataan deskriptif dan frasa yang berkaitan.
• Penciptaan web topic.

49
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Brainstrom perkataan berkaitan dengan kasut :


• Kaki
• Kasut mempunyai tali
• Kasut mempunyai valcro tumit
• Sandal
• Kasut flip flop
• Kasut tumit tinggi
• But bola
• Kasut diperbuat daripada tali
• Kulit kasut diperbuat daripada plastik

50
Pendekatan Projek Taska/Tadika

“Kasut” dalam buku cerita

51
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Fasa 2
• Sepucuk surat telah dihantar kepada ibu bapa mengenai aktiviti sepanjang
fasa 2.
• Kerja lapangan dan lawatan.
• Guru menyediakan bahan kepada kanak-kanak seperti objek yang relevan
dan buku.
• Kanak-kanak bersedia untuk menyiasat dan merekodkan, melukis, membina
model, lakonan, meramalkan dapatan, dan seterusnya membincangkan
eksperimen.

Aktiviti Fasa 2 :

• Puzzle shoes
• Padanan tapak kaki pada kasut
• Padanan kasut ikut saiz
• Flip flop paper
• Nombor pada kasut
• Bubble wrap stomp painting
• Tissue box shoes
• Carterpillar Clutter

52
Pendekatan Projek Taska/Tadika

53
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Fasa 3
Acara kemuncak

Kanak-kanak bersedia untuk berkongsi hasil projek dengan melihat semula kerja
projek, memilih bahan untuk berkongsi, dan refleksi kepada pengetahuan baru.

Surat juga telah dihantar kepada ibu bapa bagi menjelaskan Fasa 3 dan menjemput
mereka untuk datang ke acara kemuncak.

54
Pendekatan Projek Taska/Tadika

55
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Telur

56
Pendekatan Projek Taska/Tadika

57
Pendekatan Projek Taska/Tadika

58
Pendekatan Projek Taska/Tadika

59
Pendekatan Projek Taska/Tadika

60
Pendekatan Projek Taska/Tadika

61
Pendekatan Projek Taska/Tadika

PENDEKATAN PROJEK

KERETA

62
Pendekatan Projek Taska/Tadika

FASA 1

PERMULAAN PROJEK

PENGETAHUAN SEDIA ADA

Aktiviti dilaksanakan melalui circle time

Guru bertanyakan soalan kepada kanak-kanak tentang kenderaan yang dinaiki ke


tadika. Melalui soalan tentang pengetahuan sedia ada akan dapat merangsang
minat kanak-kanak tentang aktiviti yang akan dilakukan.

63
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Contoh soalan :

1. Siapa pernah nampak kereta ?

2. Siapa tahu nama-nama kereta ?

3. Kereta ada berapa buah tayar ?

4. Kereta ada berapa buah pintu ?

5. Macam mana bunyi hon kereta ?

6. Tayar kereta berwarna apa ?

MEWARNA DAN MENCANTUM


1. Setiap kanak-kanak diberikan lembaran kerja, pensel warna, gam dan warna.
2. Kanak-kanak dikehendaki mewarna lembaran kerja yang menunjukkan
bahagian luar kereta.
3. Kanak-kanak dikehendaki menggunting keratan gambar setiap bahagian
kereta dan mencantumkan setiap keratan seperti bermain puzzle.

64
Pendekatan Projek Taska/Tadika

PERBINCANGAN

1. Guru menyemak setiap keratan gambar yang telah digunting kanak-kanak.


2. Guru akan menunjukkan keratan gambar yang telah disusun dengan
kedudukan yang betul
3. Guru mengambil satu persatu keratan gambar dan meminta kanak-kanak
menyebut setiap bahagian kereta yang ada pada gambar.
4. Guru meminta kanak-kanak mencantumkan keratan gambar mengikut
kedudukan yang betul.
5. Kanak-kanak akan mencantumkan keratan gambar kereta yang telah diwarna
dengan betul.

65
Pendekatan Projek Taska/Tadika

WEB TOPIK

66
Pendekatan Projek Taska/Tadika

1. Bagi menambah pemahaman kanak-kanak tentang pendekatan projek


mengenai kereta, guru bersama dengan kanak-kanak membina atau
membentuk web topik berkenaan dengan projek mengenai kereta.

2. Dalam aktiviti ini kanak-kanak akan berkongsi idea dengan guru tentang apa
sahaja yag mereka tahu tentang kereta.

3. Guru akan menulis setiap idea yang dikemukakan oleh kanak-kanak di atas
kertas mahjung.

4. Kanak-kanak akan dapat berkonsi idea dan dapat menambah pengetahuan


baru tentang kereta setelah menjalankan aktiviti web topik ini.

67
Pendekatan Projek Taska/Tadika

BUKU TENTANG KERETA

1. Antara contoh buku cerita yang guru boleh gunakan pada kanak-kanak

68
Pendekatan Projek Taska/Tadika

FASA 2
PERKEMBANGAN PROJEK

1. Kanak-kanak dibawa oleh guru ke kilang membuat kereta untuk


mendedahkan kepada kanak-kanak tentang bagaimana sesebuah kereta itu
dihasilkan bermula daripada bahagian enjin sehinggalah ke bahagian badan
kereta seperti cat dan sebagainya.

69
Pendekatan Projek Taska/Tadika

2. Kanak-kanak dibawa ke luar kelas untuk menjalankan aktiviti mencuci kereta


bersama-sama dengan guru. Dalam masa yang sama kanak-kanak akan
melihat dan memegang sendiri bahagian-bahagian yang terdapat pada kereta
tersebut.

3. Kanak-kanak diminta untuk menyebutkan bahagian-bahagian yang


ditunjukkan oleh guru dan menunjukkan bahagian yang disebutkan oleh guru.
4. Kanak-kanak kemudiannya diminta untuk menyenaraikan bahagian-bahagian
yang perlu ada untuk menghasilkan sebuah kereta seperti tayar, cermin,
pintu, bumbung dan sebagainya.
5. Guru meminta kanak-kanak untuk menghasilkan sebuah replika kereta
menggunakan bahan-bahan yang telah dibekalkan oleh guru seperti kotak,
botol dan sebagainya mengikut kreativiti kanak-kanak tersebut mengikut
kumpulan kecil yang telah diberikan oleh guru.

70
Pendekatan Projek Taska/Tadika

6. Semasa aktiviti ini dijalankan, sikap kerjasama, tolong-menolong dan bertolak


ansur antara kanak-kanak dapat dibentuk secara tidak langsung sepanjang
aktiviti ini dijalankan. Hal ini dapat dilihat apabila kanak-kanak akan saling
bekerjasama mencari idea dalam menghasilkan replika kereta tersebut.

71
Pendekatan Projek Taska/Tadika

FASA 3
REFLEKSI PROJEK

TUNJUK DAN CERITAKAN CIPTAAN SAYA


1. Dengan bimbingan guru, kanak-kanak akan mempamerkan hasil ciptaan
replika kereta yang telah mereka bina dihadapan kelas dan dilihat oleh rakan-
rakan yang lain.

72
Pendekatan Projek Taska/Tadika

2. Proses ini dijalankan bagi membantu kanak-kanak lebih berkeyakinan melalui


bercerita tentang hasil kerja mereka.
3. Walau bagaimanapun, guru akan sentiasa di sisi kanak-kanak dalam
membantu kanak-kanak untuk menceritakan ciptaan replika kereta mereka.
4. Pada fasa ini, ibu bapa boleh dijemput untuk melihat sendiri hasil kerja anak
mereka.

73
Pendekatan Projek Taska/Tadika

PENDEKATAN
PROJEK :
RUMAH

74
Pendekatan Projek Taska/Tadika

FASA 1

 Kaedah projek Rumah dimulakan dengan kanak-kanak menonton video yang


bertajuk “Barry & Harry”.

https://www.youtube.com/watch?v=AouKTdnrAQs&feature=youtu.be

 Guru meminta kanak-kanak melukis dan mewarna gambar rumah.

Kanak-kanak melukis dan mewarna gambar rumah

75
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Hasil lukisan dan mewarna kanak-kanak

 Kanak-kanak menceritakan tentang rumah mereka di dalam kelas.

 Guru membincangkan “topic web” bersama kanak-kanak.

76
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Perabot Luar rumah

 Sofa  Pokok
 Televisyen  Kasut
 Lampu  Tanah
 Meja  Kereta
 Kerusi  Basikal
 Gambar
 Katil
Dalam rumah

 Pintu
 Tingkap
 Tangga

Ruang
Warna rumah
 Bilik tidur
 Hijau
 Bilik mandi
 Kuning
 Dapur
 Ruang tamu  Coklat
 Putih
 Biru
 Merah

77
Pendekatan Projek Taska/Tadika

FASA 2

 Kanak-kanak menjalankan aktiviti luar.

 Kanak-kanak perlu berkongsi objek yang mereka lihat semasa lawatan


dijalankan.

 Kanak-kanak melukis rumah berdasarkan lawatan yang dilakukan di sekitar


kawasan tadika.

78
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Kanak-kanak membuat lawatan di sekitar kawasan tadika

Hasil lukisan rumah kanak-kanak berdasarkan lawatan yang dijalankan

79
Pendekatan Projek Taska/Tadika

 Kanak-kanak diminta membina rumah dengan menggunakan blok.

80
Pendekatan Projek Taska/Tadika

FASA 3

 Kanak-kanak diminta mencipta sebuah rumah berdasarkan


pemerhatian mereka ketika membuat lawatan luar dengan bimbingan
guru.

 Rumah dicipta berasakan kotak, gam dan kertas warna.

Kanak-kanak mencipta rumah dengan bimbingan guru

81
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Pendekatan
Projek:
Kucing

82
Pendekatan Projek Taska/Tadika

FASA 1
• Guru bertanya kepada kanak-kanak tentang pengetahuan sedia ada
mengenai kucing

• Guru memberikan gambaran seekor kucing terlebih dahulu untuk


mengembangkan pengetahuan kanak-kanak berkaitan kucing (guru
membawa pelbagai jenis buku berkaitan kucing untuk dilihat oleh kanak-
kanak/menunjukkan video berkaitan kucing)

• Guru meminta setiap kanak-kanak melakar gambar kucing mengikut kreativiti


mereka

• Kanak-kanak berkongsi cerita mengenai kucing peliharaan dan kucing yang


pernah dilihat oleh mereka

• Guru berinteraksi bersama kanak-kanak mengenai beberapa perkara tentang


kucing

• Kanak-kanak semakin yakin untuk memberikan idea mereka tentang kucing

83
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Lakaran kucing oleh kanak-kanak

Contoh buku berkaitan kucing yang


ditunjukkan kepada kanak-kanak
84
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Topik web kucing yang dilakukan pada Fasa 1 bersama kanak-


kanak

Perkataan-perkataan tentang topik


( KUCING)

85
Pendekatan Projek Taska/Tadika

FASA 2
• Guru merancang beberapa aktiviti untuk mengembangkan
pengetahuan kanak-kanak tentang kucing

• Kanak-kanak gemar aktiviti melakonkan watak kucing,


membuat origami kucing dan melawat studio kucing

• Berdasarkan pengalaman tersebut, kanak-kanak membuat


analisis dan meneroka persekitaran

• Melalui aktiviti yang dijalankan, setiap kanak-kanak dapat


melihat kepelbagaian perkara berkaitan kucing yang telah
dibincangkan dalam fasa 1

86
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Aktiviti 1: Lawatan
• Guru membawa kanak-kanak melawat ke studio kucing
bagi memberi peluang kepada mereka untuk meneroka
suasasa sebenar

• Guru memasukkan elemen membilang kucing-kucing di


dalam studio

87
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Aktiviti 2 : Membuat Origami Kucing


• Guru memberikan sehelai kertas berwarna kepada kanak-
kanak untuk membuat origami kucing dengan bimbingan
guru

• Guru memasukkan elemen kemahiran motor halus seperti


menggunting dan melipat.

88
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Aktiviti 3 : Main peranan


• Guru memberikan kostum/topeng kucing kepada kanak-
kanak

• Guru meminta kanak-kanak melakonkan pergerakan kucing


beramai-ramai

• Guru memasukkan elemen komunikasi dan kemahiran


bersosial

89
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Aktiviti 4 : Cat Sandwich


• Guru mengajak kanak-kanak ke ruang kulinari dan
membuat ‘Cat Sandwich’ menggunakan bahan yang telah
disediakan

• Guru memasukkan elemen kebersihan dan kekemasan

Aktiviti 5 : Layang-layang Kucing


• Guru memberikan bahan-bahan membuat layang-layang
kucing seperti lidi, kertas, gam dan tali kepada kanak-kanak

• Kanak-kanak diberi kebebasan untuk menggunting bentuk


kucing pada kertas

• Aktiviti dilaksanakan mengikut langkah dan bimbingan


daripada guru

90
Pendekatan Projek Taska/Tadika

FASA 3

FASA 3
• Guru meminta kanak-kanak menceritakan
pengalaman mereka semasa lawatan, membuat
origami dan aktiviti main peranan

• Kanak-kanak melukis dan mewarna semula gambaran


kucing yang telah didedahkan

• Guru meminta kanak-kanak menggantung hasil lukisan,


origami kucing, gambar lawatan/main peranan/ hasil
91
Pendekatan Projek Taska/Tadika

cat sandwich dan layang-layang kucing pada tali


yang disediakan

92
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Pendekatan Projek
Nenas

93
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Fasa 1
1. Guru menyuruh kanak-kanak melukis gambar nenas mengikut pengalaman
lampau mereka
2. Guru mengajar cara-cara melukis nenas satu persatu dan kanak-kanak
melukis dan mewarna
3. Perbincangan dilakukan antara guru dan murid berdasarkan topik “Nenas”
4. Daripada perbincangan tersebut, perkataan-perkataan yang boleh
dikenalpasti mengenai buah nenas
5. Web topik dihasilkan berdasarkan perbincangan guru dan kanak-kanak

94
Pendekatan Projek Taska/Tadika

. BRAINSTORM (DESCRIPTIVE WORD)


• Kuning
• Daun
• Duri
• Kasar
• Masam
• Manis
• Jus
• Hijau
• Kasar

95
Pendekatan Projek Taska/Tadika

• Oren
• Daun panjang
• Bulat

96
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Fasa 2
1. Guru membawa kanak-kanak untuk membuat aktiviti lapangan seperti
lawatan ke kebun nenas untuk melihat sendiri struktur buah dan suasana di
sana
2. Guru menyediakan bahan maujud (nenas) bagi kanak-kanak sendiri
menyentuh dan melihat apa yang terdapat pada buah tersebut
3. Kanak-kanak menyediakan pelbagai pertanyaan mengenai apa yang
dipelajari
4. Guru membuat eksperimen mengenai pertumbuhan buah nenas kepada
kanak-kanak dan kanak-kanak akan turut melakukan eksperimen tersebut.
5. Sebuah surat akan dihantar kepada ibu bapa bagi melaporkan apa yang
kanak-kanak perlu dilakukan dalam fasa 2

Aktiviti lain yang boleh dilakukan dalam Fasa 2


• Lawatan ke kebun nenas
• Membuat eksperimen menanam nenas
• Membuat kraft seperti beg kertas nenas
• Membuat kek dengan menggunakan nenas
• Membuat jus nenas
• Eksperimen Oksidasi
• Memtik buah nenas di kebun
• Bermain permainan padanan buah-buahan tropical
• Permainan poster peta dunia

MELAWAT KEBUN NENAS


• Guru membawa kanak-kanak ke kebun nenas.
• Sesi soal jawab dilakukan antara guru dan kanak-kanak
• Pelbagai pemerhatian dibuat disana bagi meningkatkan pemahaman kanak-
kanak

97
Pendekatan Projek Taska/Tadika

MEMBUAT KEK
• Guru menyediakan bahan-bahan untuk membuat kek
• Guru menunjukkan cara-cara membuat kek
• Dengan bantuan guru, kanak-kanak diminta membuat kek bersama-sama

CARA MEMBUAT LAMPU NENAS


• Guru menyediakan bahan-bahan seperti kertas, gam, gunting,sudu plastik
dan lampu.
• Guru menunjukkan cara-cara membuat lampu kepada kanak-kanak.
98
Pendekatan Projek Taska/Tadika

• Kanak-kanak membuat lampu dengan bantuan guru.

ORIGAMI NENAS
 Guru menyediakan bahan-bahan seperti kertas gam dan gunting.
 guru menunjukkan cara membuat origami nenas
 kanak-kanak membuat origami nenas dengan bantuan guru

99
Pendekatan Projek Taska/Tadika

MENANAM NENAS

MEMBUAT JUS
• https://www.youtube.com/watch?v=hO5Ypaga4J0

100
Pendekatan Projek Taska/Tadika

PERMAINAN WORLD PINEAPPLE MAP


• Guru menunjukkan cara-cara bermain permainan ini.
• Kanak-kanak bermain mengikut urutan permainan tersebut dengan cara
menampal negara-negara pengeluar nenas

101
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Fasa 3
1. Mengadakan “Yellow Day”
2. Kanak-kanak dikehendaki membuat projek bagi membuat persembahan pada
hari tersebut sebagai contoh mempersembahkan kerja projek, bahan-bahan
dan perkongsian ilmu
3. Surat diberikan kepada ibu bapa tentang fasa 3 dan mengajak mereka untuk
melihat persembahan mereka di sekolah.

Yellow Day
• Guru mengadakan “Yellow Day”
• Kanak-kanak diminta menyuruh ibu bapa untuk hadir memeriahkan hari
tersebut
• Ibu bapa, kanak-kanak dan guru diminta untuk berpakaian warna kuning pada
hari tersebut
• Kanak-kanak diminta membuat persembahan dan menunjukan hasil kerja
kepada ibu bapa
• Aktiviti seperti membuat kek, jus, kraf dibuat bersama-sama ibu
bapa

102
Pendekatan Projek Taska/Tadika

103
Pendekatan Projek Taska/Tadika

PENDEKATAN
PROJEK
RESTORAN

104
Pendekatan Projek Taska/Tadika

FASA 1

1. Guru bercerita kepada kanak-kanak tentang restoran yang pernah guru


kunjungi.
2. Guru juga bercerita tentang makanan yang pernah guru makan di restoran itu.
3. Guru meminta kanak-kanak bercerita tentang pengalaman mereka ke
restoran dan makanan di restoran yang pernah mereka kunjungi

Pengalaman lepas

1. Kanak-kanak pernah ke restoran dengan ibu bapa.


2. Kanak-kanak mengambarkan apa yang pernah mereka makan dan lihat
dengan melukis.

Perbincangan

1. Apakah makanan yang ada di restoran tersebut?


2. Adakah makanan tersebut menyihatkan atau tidak?
3. Apakah minuman yang ada di restoran tersebut?
4. Apakah pencuci mulut yang ada di restoran?
5. Apakah peralatan yang terdapat di dalam restoran tersebut?

105
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Brainstrom Perkataan-perkataan Berkaitan Dengan Restoran

• Keju
• Sudu
• Garfu
• Pinggan
• Cawan
• Gelas
• Sedap
• Tisu
• Puding
• Rasa makanan
• Rasa minuman
• Bahan dalam makanan

Topik Web
 Guru bersama kanak-kanak membuat web topik.

106
Pendekatan Projek Taska/Tadika

FASA 2

Guru membawa kanak-kanak melawat ke restoran.

Sebelum
1. Kanak-kanak menyatakan jangkaan mereka mengenai restoran yang bakal
mereka lawati.
2. Guru menjemput pemilik restoran datang untuk menceritakan tentang
restoran.

Semasa

1. Guru membawa mereka ke restoran dan menunjukkan apa yang ada di


dalam restoran.
2. Pemilik menunjukkan setiap tempat di dalam restoran seperti tempat makan,
dapur dan tandas.
3. Kanak-kanak bertanyakan apa yang mereka ingin tahu.

Selepas

1. Guru meminta kanak-kanak lukis tentang apa yang mereka telah lihat ketika
melawat restoran.

107
Pendekatan Projek Taska/Tadika

108
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Aktiviti Fasa 2 (1)

• Guru menyediakan aktiviti main peranan.

Aktiviti Fasa 2 (2)

Origami Restoran

 Membuat model restoran menggunakan kaedah origami.

109
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Aktiviti Fasa 2 (3)

Sandwich Telur

 Guru menyediakan bahan-bahan untuk membuat sandwich dan meminta


kanak-kanak untuk membuat sandwich mengikut kreativiti mereka.

FASA 3

1. Meletakkan kesemua maklumat yang telah dikumpul di suatu sudut bersama


dengan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan
2. Membuat pameran mengenai projek dan menghantar surat jemputan kepada
ibu bapa untuk melihat hasil kerja kanak-kanak.

110
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Pendekatan
Projek
Tomato

111
Pendekatan Projek Taska/Tadika

FASA 1

Guru menyediakan surat pemberitahuan dan menghantar kepada ibu bapa sebagai
makluman mengenai Fasa 1 projek yang bakal dijalankan.

Contoh surat pemberitahuan

1) Lukisan daripada pengalaman lepas oleh kanak-kanak.


 Guru menyuruh kanak-kanak untuk melukis tomato mengikut
pengetahuan dan pengalaman mereka.

2) Perbincangan di dalam kelas mengenai tomato.

112
Pendekatan Projek Taska/Tadika

 Guru menyoal kanak-kanak mengenai tomato.


 Antara contoh soalan yang ditanya oleh guru adalah:
i. Apa itu tomato?
ii. Ceritakan tentang tomato.
iii. Pernahkah kamu makan tomato?
iv. Adakah kamu menyukainya?
v. Tomato selalunya digunakan untuk apa?

3) Lakaran tomato oleh kanak-kanak.


 Guru memberi arahan kepada kanak-kanak untuk membuat
lakaran tomato.

4) Senaraikan perkataan yang berkaitan dengan tomato.


 Antara perkataan yang berkaitan adalah:
i. Masam
ii. Merah
iii. Berbentuk bulat
iv. Berair
v. Bersinar
vi. Mentah
vii. Ceri

113
Pendekatan Projek Taska/Tadika

5) Bina web topik bersama kanak-kanak.


 Guru membimbing kanak-kanak membuat web topik berkaitan
tomato.

6) Baca koleksi literatur.


 Guru membaca koleksi buku cerita berkaitan tomato bersama
kanak-kanak.

114
Pendekatan Projek Taska/Tadika

FASA 2

Guru menyediakan surat pemberitahuan dan menghantar kepada ibu bapa sebagai
makluman mengenai Fasa 2 projek yang bakal dijalankan.

Contoh surat pemberitahuan

1) Guru menyediakan lembaran kerja yang mempunyai lukisan tomato tanpa


warna. Guru menyuruh kanak-kanak membuat cetakan tomato menggunakan
jari di atas lembaran tersebut.

2) Guru bersama-sama kanak-kanak membuat replikas tomato dengan


menggunakan tanah liat berwarna merah.

115
Pendekatan Projek Taska/Tadika

3) Guru mengadakan lawatan ke ladang buah tomato bersama kanak-kanak.

4) Guru bersama-sama kanak-kanak menanam biji benih tomato di kawasan


sekolah yang telah disediakan.

FASA 3

Guru menyediakan surat pemberitahuan dan menghantar kepada ibu bapa sebagai
makluman mengenai Fasa 3 projek yang bakal dijalankan.

116
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Contoh surat pemberitahuan

1) Hasil kerja kanak-kanak dikongsikan kepada ibu bapa mereka semasa ibu bapa
datang melawat ke sekolah. Ibu bapa juga diminta untuk memasak masakan
berasaskan tomato bersama kana-kanak.

PENDEKATAN PROJEK

Fasa 1


117
Pendekatan Projek Taska/Tadika

• Guru bertanya kepada kanak-kanak sama ada pernah mempunyai


pengalaman tentang topik mencuci kereta
• Kanak-kanak bercerita tentang apa yang mereka tahu tentang topik
tersebut .
• Melalui lukisan, mencipta dan membina, serta permainan bertema.

Aktiviti- Aktiviti :

1) Melukis pengetahuan sedia ada berkaitan topik “Cuci Kereta” .

118
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Lukisan kanak-kanak yang menunjukkan beberapa ahli keluarga


di tempat mencuci kereta.

Lukisan kanak-kanak menunjukkan bagaimana keluarganya mencuci


kereta di rumah

119
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Pendekatan Projek
Mencuci Kereta

120
Pendekatan Projek Taska/Tadika

( Perbincangan )
 Soalan oleh kanak-kanak berkaitan tajuk “Cuci Kereta” :

 Bagaimana cara untuk mencuci kereta?


 Bagaimana paip berfungsi?
 Dari manakah air keluar? Adakah terdapat paip di bawah tempat
mencuci kereta ?
 Adakah terdapat tingkap di tempat mencuci kereta?
 Adakah terdapat mesin pumper?
 Adakah ia membuat semburan air?
 Adakah anda meletakkan sabun dalam paip?
 Bagaimana anda mengisi sabun?
2) Adakah perlu memakai pakaian seragam?

121
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Melukis Tempat Mencuci Kereta

122
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Web Topik :

Bahagian Mencuci
Jenis-jenis Mencuci Kereta :
Kereta :
1) Bahagian yang
1) Pandu Lalu
bergerak
2) Buat sendiri
2) Penyembur Sabun
3) Jenis Semburan
3) Butang
4) Duduk di dalam
kereta
4) Hos

5) Keluar dari 5) Vakum


kereta 6) Blower

Orang-orang yang
Cara Membayar : ada di tempat
Cuci Mencuci Kereta :
1) Mesin Wang
1) Orang lain mencuci
2) Wang Kertas dan
syiling
Kereta kereta mereka
2) Pekerja Yang
3) Di stesen gas
bekerja di tempat
semasa membeli
penyimpanan
gas
3) Pekerja untuk
menolak butang

Alat-alat untuk
Barang lain yang
dijual : Mencuci Kereta :
1) Gula-gula 1) Sabun
2) Gula-Gula Getah 2) Sabun berwarna
3) Snek (merah, kuning,
hijau)
3) Tuala
4) Air
5) Span Kuning
6) Vacuum

123
Pendekatan Projek Taska/Tadika

 Brainstrom perkataan–perkataan berkaitan dengan mencuci kereta :

• Bersih
• Mencuci
• Sabun
• Buih
• Air
• Span
• Baldi
• Hos
• Vakum
• Berus
• Berkilat

124
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Fasa 2

Aktiviti - aktiviti berkaitan Cuci Kereta :

1) Membuat lawatan ke tempat mencuci kereta.


2) Menyusun dan membina tempat mencuci kereta menggunakan
blok kayu secara berkumpulan
3) Mencipta model tempat mencuci kereta menggunakan barangan
terpakai.
4) Bermain bersama rakan dengan bertemakan cara mencuci kereta.

125
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Aktiviti Lawatan

1) Guru membawa kanak-kanak melawat tempat mencuci kereta.


2) Guru menunjukkan contoh sebuah kereta yang akan dicuci dan meminta kanak-
kanak untuk memerhatikannya.
3) Kanak-kanak melihat dan membuat pemerhatian terhadap bahagian-bahagian
kereta yang akan dicuci.
4) Kanak-kanak diminta melukis dan bersoal jawab berkaitan cara mencuci kereta
yang betul berdasarkan apa yang telah mereka lihat.

126
Pendekatan Projek Taska/Tadika

( Hasil Lukisan Kanak-Kanak )

127
Pendekatan Projek Taska/Tadika

128
Pendekatan Projek Taska/Tadika

129
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Fasa 3

1) Acara kemuncak.
2) Kanak-kanak diminta bersedia untuk berkongsi cerita tentang
pengalaman mereka berdasarkan aktiviti dan projek yang telah
dijalankan.
3) Kanak-kanak menunjukkan bahan-bahan yang digunakan dalam
mencipta tempat mencuci kereta.
4) Kanak-kanak membuat refleksi tentang pengalaman baru mereka.
5) Surat dihantar kepada ibubapa berkaitan penerangan tentang fasa 3
dan ibu bapa dijemput untuk menghadiri acara penutup.

130
Pendekatan Projek Taska/Tadika

Pendekatan
Projek
Kek

131
Pendekatan Projek Taska/Tadika

FASA 1

1. Guru menyediakan surat pemberitahuan dan menghantar kepada ibu bapa


untuk memaklumkan tentang kaedah pendekatan fasa 1 projek yang hendak
dilakukan.

Contoh surat pemberitahuan

132
Pendekatan Projek Taska/Tadika

2. Melukis gambar kek mengikut pengetahuan sedia ada.


 Guru menyediakan kertas lukisan kepada kanak-kanak.
 Guru meminta kanak-kanak melukis gambar kek mengikut apa yang
mereka tahu.
 Kanak-kanak melukis gambar kek mengikut apa yang mereka tahu.

3.Perbincangan di dalam kelas.


Guru bertanya kepada kanak-kanak beberapa soalan mengenai kek.
Kanak-kanak menjawab soalan guru mengikut pengetahuan sedia ada
mereka.

Contoh beberapa soalan yang boleh ditanya :


Apa itu kek?
Macam mana kamu boleh tahu itu adalah kek?
Terangkan apa itu kek?
Adakah kamu suka kek?
Bagaimana cara membuat kek?
Apakah rasa kek?

133
Pendekatan Projek Taska/Tadika

4.Melakar bentuk kek.


Guru menyediakan gambar kek yang telah dicetak.
Guru meminta kanak-kanak melakar gambar kek mengikut gambar kek
yang telah dicetak.
Guru membimbing kanak-kanak melakar gambar kek yang telah
dicetak.

Senaraikan perkataan dan ayat yang berkaitan dengan kek.


Guru meminta kanak-kanak menyebut perkataan dan ayat yang
berkaitan dengan kek.
Guru menyenaraikan perkataan dan ayat yang berkaitan dengan kek
yang disebut oleh kanak-kanak.
Contoh perkataan atau ayat yang disenaraikan :
o Bentuk
o Jenis
o Perisa
o Warna
o Tekstur
o Rasa
o Manis
o Krim
o Hiasan

134
Pendekatan Projek Taska/Tadika

3. Web topik.

135
Pendekatan Projek Taska/Tadika

 Guru menyenaraikan subtopik yang berkaitan dengan kek seperti di


atas.
 Guru bertanya kepada kanak-kanak apakah yang terkandung dalam
setiap subtopik .
 Guru menyenaraikan setiap perkataan yang diberitahu oleh kanak-
kanak
4. Literatur yang berkaitan
 Guru membacakan buku cerita yang berkaitan dengan kek kepada
kanak-kanak.
 Kanak-kanak mendengar cerita daripda guru.
 Guru mengulangi dengan buku-buku cerita yang lain.

136
Pendekatan Projek Taska/Tadika

FASA 2

1. Guru menyediakan surat pemberitahuan dan menghantar kepada ibu bapa


untuk memaklumkan tentang kaedah pendekatan fasa 2 projek yang hendak
dilakukan.

Contoh surat pemberitahuan

137
Pendekatan Projek Taska/Tadika

2. Guru mengadakan lawatan ke kilang pembuatan kek dan kedai kek bersama
kanak-kanak.

3. Kanak-kanak membuat replika kek menggunakan tanah liat. Guru


menunjukkan cara membuat kek menggunakan tanah liat kemudian diikuti
oleh kanak-kanak.

4. Kanak-kanak diminta melakukan main peranan seperti menjual kek yang


telah dibuat menggunakan tanah liat bersama rakan-rakan.

138
Pendekatan Projek Taska/Tadika

5. Kanak-kanak diminta membuat kek yang sebenar dengan bimbingan guru.

139
Pendekatan Projek Taska/Tadika

FASA 3

1. Guru menyediakan surat pemberitahuan dan menghantar kepada ibu bapa


untuk memaklumkan tentang kaedah pendekatan fasa 3 projek yang hendak
dilakukan.

Contoh surat pemberitahuan

140
Pendekatan Projek Taska/Tadika

2. Hasil kerja kanak-kanak dikongsikan bersama dengan ibu bapa mereka. Ibu
bapa diminta datang ke sekolah bersama-sama membuat kek dengan kanak-
kanak dan kemudian dipamerkan hasil kerja mereka.

NURUL SHAFIQAH BINTI ISMAIL


(D20141068628)

141

Anda mungkin juga menyukai