Anda di halaman 1dari 13

BAB 1

KEDUDUKAN
STRATEGIK
MENDORONG
PENGUASAAN BRITISH

BAB 1 – KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH


SYARIKAT HINDIA TIMUR INGGERIS

- DITUBUHKAN PADA TAHUN 1600


- Untuk menjalankan perdagangan antarabangsa dan meluaskan tanah jajahan.

KENAPA SHTI BERMINAT DGN PULAU PINANG ?

- Terletak di tengah2 laluan perdagangan antara timur dan barat


- Sebagai pusat pengumpulan barang
SHTI memerlukan teh dari China yang mendapat pasaran tinggi di eropah
China memerlukan emas , perak , bijih timah dan lada hitam yang ada di tanah melayu.
- Sebagai pelabuhan persinggahan
Tempat utk mendapatkan bekalan air , makanan dan membaiki kapal sebelum belayar ke
Canton , China.
- Sebagai pengkalan tentera
Disebabkan british bersaing dengan peranchis dalam urusan perdagangan di India
Menjaga dan mempertahankan penempatan perdagangan di India.

BAGAIMANA SHTI MENDAPATKAN PULAU PINANG ?

- Pada asalnya , Pulau Pinang merupakan sebahagian wilayah


kedah
- Pemimpin kedah hadapi penentangan dan ancaman dari luar
dan dalam.

- Ancaman Bugis

1770 , Sultan Muhammad Jiwa melantik Tunku Abdullah


sebagai Raja Muda. Kerabat diraja yang lain tidak setuju dan
meminta bantuan org bugis dari Selangor yang dipimpin
oleh Raja Haji utk menentang Sultan Muhammad Jiwa.

Raja Haji berjaya menawan Kuala Kedah dan Alor Setar.... Sultan Muhammad Jiwa berundur
ke kangar dan minta bantuan Firma Jourdain Sullivan and de Souza untuk menentang bugis.

- Ancaman Siam

Kedah adalah di bawah naungan Siam....Setiap 3 tahun ,


Kedah akan menghantar bunga emas kpd siam tanda
persahabatan.
Semasa peperangan Siam Burma 1753 -1781 menghentikan
penghantaran.
Selepas tamat peperangan, Siam menuntut bunga emas , wang dan tenaga manusia tanda
Kedah di bawah naungan Siam.
Sultan Abdullah ( 1778 – 1797) mendapatkan perlindungan dari SHTI dengan menawarkan
Pulau Pinang.
1786 , Francis Light menandatangani perjanjian Inggeris-Kedah dengan Sultan Abdullah.

Tipu helah Francis Light

1786 – Secara peribadi , Francis Light telah menandatangani


perjanjian Inggeris – Kedah dengan Sultan Abdullah.

Syarat Perjanjian Inggeris-Kedah 1786....

a. SHTI bersedia bantu kedah jika diserang musuh.


b. SHTI tidak boleh melindungi musuh Kedah.
c. SHTI harus bayar 30000 dolar Sepanyol setiap tahun
sebagai pampasan.

Pada 11 Ogos 1786 , Francis Light mendirikan penempatan British di Pulau Pinang dan
menamakan Pulau Pinang sebagai, Prince Of Wales Island.

Penempatan pertama
SHTI di Pulau Pinang 1786

Walaupun begitu, SHTI enggan ikut syarat dengan alasan,,,

a. Menganggap perjanjian itu ditandatangani secara peribadi antara Francis Light dan Sultan
Abdullah.
b. SHTI tidak terlibat dengan perjanjian tersebut.
c. SHTI mahu menjaga kepentingan perdagangan dengan Siam.

1791 – Sultan Abdullah membuat persediaan di Seberang Perai dan minta bantuan Riau , Siak dan
Selangor untuk mengusir Francis Light di Pulau Pinang.

Francis Light dapat bantuan tentera British dan mengalahkan Sultan Abdullah.

Sultan Abdullah terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan Dan Keamanan Inggeris – Kedah
pada 1 Mei 1791.
Syarat Perjanjian Inggeris Kedah 1791.....

a. SHTI menduduki Pulau Pinang


b. SHTI hanya bayar 6000 dolar Sepanyol setiap tahun sebagai pampasan.

George Leith menjadi Gabenor Pertama Pulau Pinang.

SHTI Mengambil Seberang Perai.....

1800 – Sultan Dziauddin hadapi ancaman Siam dan memerlukan bantuan ketenteraan.

SHTI memaksa Sultan Dziauddin tandatangan Perjanjian Persahabatan Dan Perikatan dengan Gabenor
Leith pada Jun 1800.

Syarat Perjanjian Persahabatan Dan Perikatan 1800.....

a. Sultan Kedah serah Seberang Perai kepada SHTI.


b. SHTI hanya bayar 10000 dolar Sepanyol setiap tahun kepada Pulau Pinang dan Seberang
Perai sebagai pampasan.

SHTI menamakan Seberang Perai sebagai Province Wellesly.

Perjanjian Burney 1826

Pada Novenber 1821 , Siam menyerang Kedah...SHTI enggan bagi bantuan ketenteraan.

Siam berjaya menawan Kedah...Sultan Ahmad Tajuddin terpaksa mendapat perlindungan di Pulau
Pinang.

Pada Jun 1826 , Perjanjian antara Raja Siam iaitu Raja Ram III dan Henry Burney ditandatangani di
Bangkok.......... Perjanjian Burney.

Syarat Perjanjian Burney 1826

a. British iktiraf ketuanan Siam di Kedah.


b. Sultan Ahmad Tajuddin tidak dibenarkan tinggal di Kedah , P.Pinang , Seberang Perai ,
Perak , Selangor dan Burma.
c. British tidak akan bantu Sultan Kedah serang Siam dan jajahan takluknya.
d. Kedah kena hantar bunga emas kepada Siam.
e. Siam iktiraf pendudukan British di Pulau Pinang dan Seberang Perai.

SHTI BERTAPAK DI SINGAPURA

Kenapa SHTI gagal memajukan Pulau Pinang ?


1. Kebanyakan kapal dagang menjalankan perdagangan di selatan selat melaka seperti
Betawi , Riau dan Lingga .
2. SHTI mementingkan perdagangan dengan China kerana China membekalkan teh , sutera dan
kapas yang menguntungkan di pasaran eropah.

PERANG NAPOLEON...

- Dalam Perang Napoleon 1793 - 1814 , Belanda ditawan oleh Perancis.


- Perancis cuba menguasai tanah jajahan Belanda di timur.

Untuk mengelak dari tanah jajahan nya jatuh ketangan Perancis , Raja Belanda menandatangani
“PERJANJIAN SURAT KEW” DENGAN British pada 1795.

Syarat Perjanjian Surat Kew 1795

a. Belanda serah semua jajahan takluknya kepada British secara sementara.


b. British serah balik jajahan takluk kepada Belanda setelah Perang Napoleon tamat.

Masing-masing ikut syarat perjanjian

Setelah perang Napoleon tamat , Stamford Raffles ditugaskan untuk mencari pelabuhan baru kerana
pedagang British terpaksa bayar cukai yang tinggi di Betawi.

Stamford pilih Singapura kerana........

1. Kedudukan Singapura yang dapat mengawal Selat Melaka dan Selat Sunda.
2. Dapat menyaingi pelabuhan Betawi milik Belanda.

Taktik Stamford Raffles mendapatkan Singapura.


Stamford Raffles

- Stamford Raffles tiba di Singapura pada 12 Jan 1819


- 30 Jan 1819 , Raffles memaksa Temenggung Abdul Rahman tandatangan perjanjian
pendudukan British di Singapura.
- Perjanjian itu tidak disahkan oleh Sultan Abd Rahman yg berada di bawah pengaruh Belanda.
- Rafles memikirkan satu muslihat dan menabalkan Tengku Hussein sebagai Sultan Johor
supaya baginda dapat mengesahkan perjanjian antara Raffles dengan temenggung Abdul
Rahman.
- 6 Feb 1819 , Sultan Hussein iktiraf perjanjian awal antara Raffles dan Temenggung Abd
Rahman.

-Raffles mendapati perjanjian 1819 tidak membolehkan dia berkuasa penuh.


- 7 Jun 1823, Perjanjian antara Raffles , Sultan Hussein dan temenggung Abd Rahman dibuat agar

Pihak SHTI berkuasa di seluruh singapura dan pulau sekitarnya.

Syarat Perjanjian 1823

a. Sultan Hussein terima 1500 dan Temenggung Abdul Rahman terima 800 dollar Sepanyol
setiap bulan.
b. Sultan dan temenggung tidak boleh kutip cukai dari tongkang China.
c. SHTI berkuasa penuh kecuali kediaman sultan dan temenggung.
d. Undang2 British dikuatkuasakan di Singapura.

John Crawfurd dilantik jadi Residen Singapura.

2 Ogos 1824 , John Crawfurd tandatangan satu perjanjian dengan sultan


Hussein dan temenggung Abd Rahman.

Syarat Perjanjian 1824

1. Sultan dan temenggung kena serah Singapura buat selama-lamanya


2. Pedagang bebas berdagang di Johor dan wilayah taklukannya.

Sultan Hussein kecewa dgn perjanjian 1824 dan tinggalkan istana di Kg


Gelam dan berpindah ke Hilir Melaka.

John Crawford

Perjanjian Inggeris Belanda.

-Tindakan Raffles buka penempatan di Singapura dipertikaikan Belanda kerana mendakwa Singapura
di bawah pengaruh Belanda.

- Belanda bimbang perkembangan Singapura menjejaskan perdagangan di Betawi.

- Ketegangan ini diselesaikan dengan Perjanjian Inggeris- Belanda 1824.

Syarat 2 Perjanjian Inggeris-Belanda 1824

a) Belanda iktiraf penempatan British di Singapura.


b) British tidak akan buka penempatan di selatan selat melaka.
c) Belanda tidak akan buka penempatan baru di Tanah Melayu.
d) British serah Bangkahulu pada Belanda dan Belanda serah
Melaka pada British.

Kesan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824

1) British berjaya luaskan pengaruhnya di Tanah Melayu tanpa


sekatan Belanda.
2) British dapat melaka sebagai penempatan baru.
3) British kuasai perdagangan di selat melaka

PENUBUHAN DAN PENTADBIRAN NEGERI NEGERI SELAT


- 1826 – Pulau Pinang, Singapura dan Melaka digabungkan di bawah satu pentadbiran.
- Tujuannyauntuk seragamkan pentadbiran kurangkan kos.

Ciri-ciri pentadbiran Negeri2 Selat

a) Diketuai oleh Gabenor


b) Menerima arahan dari Gabenor Jeneral di India.
c) Dasar dan undang2 ditentukan oleh Gabenor Jeneral di India.
d) Ibu negeri pertama adalah P. Pinang dan 1832 diganti dengan Singapura.

Kenapa dasar pentadbiran British di India ditukarkan ke London ?

- Penduduk dan pedagang tempatan negeri selat merasakan mereka di bawah tanah jajahan
India.
- Kerajaan British di India tidak menjaga kebajikan negeri2 selat.
- Imigran cina datang secara tak terkawal, menubuhkan kongsi gelap dan lakukan kekacauan....
- Penduduk bantah kerajaan british menjadikan negeri2 selat sbg tempat buangan banduan.

1 Ogos 1867 , Parlimen British memindahkan pentadbiran negeri2 selat dari India ke London.

BAB 2

KEKAYAAN HASIL BUMI


MENDORONG
CAMPURTANGAN
BRITISH
BAB 2 – KEKAYAAN HASIL BUMI MENDORONG CAMPURTANGAN BRITISH

Selepas penubuhannya pada tahun 1826 ,negeri-negeri selat berperanan sebagai pelabuhan entrepot
dan menjalinkan hubungan perdagangan dengan Perak , Selangor dan Negeri Sembilan.

Pedagang2 negeri2 selat telah melabor modal dalam perlombongan bijih timah di Larut , Lukut dan Sg
Ujung.

Faktor British campurtangan di Tanah Melayu.

a) Kekayaan hasil bumi negeri negeri Melayu

British ingin menguasai Perak , Selangor , Negeri Sembilan dan Pahang kerana kaya dengan
bijih timah , bijih besi dan arang batu sebelum jatuh ke tangan kuasa barat yang lain.

b) Revolusi Perindustrian di eropah

Kesan dari Revolusi Perindustrian menyebabkan British memerlukan bijh timah utk proses
pengetinan makanan. Oleh sebab itu , British perlu menguasai negeri terbabit untuk
memastikan bekalan bijih timah murah , mudah dan berkekalan dan dapat memasarkan hasil
keluaran Britsh.

c) Pembukaan Terusan Suez dan kapal wap.

Pembukaan Terusan Suez pd tahun 1869


memendekkan jarak antara England ke Tanah
Melayu.
Penciptaan kapal wap dapat mendekkan masa
pelayaran dan boleh membawa muatan yang
lebih.

d) Bimbang campur tangan kuasa eropah lain.


British tidak akan membiarkan kepentingannya di tanah melayu diancam oleh kuasa lain
khususnya Perancis.

e) Pembaharuan dasar British

Parti Konservatif telah mengambil alih kerajaan dengan menewaskan parti Liberal pada tahun
1873. Kerajaan baru menyokong dasar peluasan kuasa dan campur tangan di negeri-negeri
Melayu.

f) Desakan pedagang2 negeri2 selat

Huru hara di negeri2 melayu telah merugikan pedagang2. Oleh sebab itu , 243 pedagang telah
menulis surat kepada Lord Kimberley iaitu setiausaha Tanah Jajahan British , mendesak agar
British campur tangan di negeri-negeri Melayu.

Ketidakstabilan Perak

Ketidakstabilan negeri Perak telah memberi peluang kepada British untuk campurtangan.

2 sebab utama ketidakstabilan Perak adalah....

a) Kongsi Gelap
b) Perebutan takhta

Kongsi gelap

Daerah Larut kaya dengan bijih timah terutamanya di kawasan Kelian Pauh dan Kelian Bharu.

Pada tahun 1848 , Long Jaafar telah membawa ramai buruh dari China utk memajukan perlombongan
bijih timah.

Kemasukan buruh cina telah mencetuskan pergaduhan kerana kebanyakan dari mereka telah
menganggotai kumpulan kongsi gelap Hai San dan Ghee Hin. Pergaduhan ini telah membawa
berlakunya Perang Larut.

Menteri Larut, Ngah Ibrahim telah melantik kapten Speed iaitu “Timbalan Pesuruhjaya Polis Negeri
Selat untuk membantu menamatkan kekacauan di Larut.

Perebutan Takhta

Selepas kemangkatan Sultan Ali pada 1871 , Raja Ismail yang merupakan Raja
Bendahara telah dilantik menjadi sultan.

Proses perlantikan ini telah mengetepikan Raja Abdullah iaitu Raja Muda pada
masa itu.

Raja Abdullah

Raja Abdullah yang mendapat


sokongan pembesar di hilir Perak
seperti Dato Sagor dan Dato
Maharajalela telah melancarkan penentangan terhadap perlantikan Sultan Ismail. Ini telah
menyebabkan berlakunya perpecahan dikalangan pembesar Perak.

Raja Abdullah telah meminta bantuan British untuk mengiktiraf baginda sebagai sultan Perak.

Gabenor Negeri2 selat, Andrew Clarke telah memanggil pembesar2 melayu dan pemimpin2 kongsi
gelap cina untuk berunding di Pulau Pangkor untuk menamatkan kekacauan di Perak. Rundingan
tersebut dinamakan Perjanjian Pangkor 1874

Syarat Perjanjian Pangkor 1874

a) Raja Abdullah diiktiraf sebagai Sultan Perak


b) Raja Ismail diakui sebagai Raja Muda
c) Sultan menerima seorang Residen British yang akan menasihat
sultan kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adat melayu.
d) Residen berkuasa penuh untuk memungut cukai di Perak
e) Ngah Ibrahim kekal sebagi menteri Larut dan menerima seorang penolong residen untuk
mengembali dan menjaga keamanan di Perak

Perebutan Klang di Selangor


- Sultan Abdul Samad ( 1857-1898 ) iaitu sultan Selangor telah
menyerahkan kawasan Klang kepada Raja Abdullah setelah
kemangkatan Raja Sulaiman.
- Raja Abdullah telah telah membawa ramai buruh dari China dan
berjaya memajukan perlombongan bijih timah di Klang .
- Raja Mahadi iaitu putera Raja Sulaiman tidak berpuas hati dengan
penyerahan itu dan ingin menuntut semula Klang yang pernah
ditadbir oleh ayahandanya.

Perang Klang 1867


Sultan Abdul Samad

- Kekayaan Klang telah menjadi rebutan dan perbalahan antara Raja


Abdullah dan Raja Mahadi.
- Perbalahan tersebut telah mencetuskan “PERANG KLANG” pada 1867.
- Pelombong2 cina juga terlibat dalam peperangan itu.
- Tengku Kudin dilantik oleh menamatkan perang tetapi tidak mendapat
sokongan kerana beliau bukan anak negeri Selangor.
- Tengku Kudin telah meminta bantuan British untuk menamatkan Perang
Klang.

British mula campur tangan di Selangor

- Pada mulanya , British telah mendesak sultan menerima residen tetapi


gagal.
- Pada 1873, sebuah kapal dagang British telah di rompak di Langat dan pada 1874 m rumah
api Tanjung Rachado milik British telah di serang.
- Oleh sebab itu , Kapal perang British telah membedil Kuala Selangor
- Britsh juga membantu Tengku Kudin menewaskan Raja Mahadi dan menamatkan Perang
Klang.
- Akhirnya desakan British telah memaksa Sultan Abdul Samad menerima residen dan
penolong residen British.
- 1874 , J.G Davidson dilantik menjadi residen dan Frank Swettenham menjadi penolong
residen.
Perbalahan di Sg Ujung Negeri Sembilan

- Pada tahun 1872 , Datuk Kelana Syed Abdul Rahman ( Dato’ Kelana )
dilantik menjadi pemerintah Sungai Ujung .
- Sg Ujung kaya dengan bijih timah dan Sg Linggi yang terletak di dalam daeah
Sg Ujung pula merupakan jalan perhubungan utama ke pelabuhan Melaka dan
kawasan memungut cukai.
- Walau bagaimanapun , Dato Kelana merasa tergugat kerana Dato Bandar
Kulop Tunggal ( Dato Bandar ) sangat berpengaruh dan mendapat
sokongan dari penduduk dan pelombong cina di Sg Ujung.
- Dato Kelana meminta bantuan British bagi mengukuhkan kedudukannya di Sg
Ujung.
Dato Kelana Sg. Ujung
- Oleh sebab itu , satu perjanjian pada tahun 1874 telah ditandatangani.

Syarat perjanjian 1874

a) Dato Kelana diiktiraf sebagai pemerintah Sg Ujung.


b) Pungutan cukai di Sg Linggi dikuasai oleh British.
c) P.J Murray dilantik menjadi Residen di Sg Ujung

- Dato Bandar tidak mengiktiraf perlantikan tersebut dan menentang tindakan British memungut
cukai di Sg Linggi.
- Dgn bantuan British, Dato Kelana berjaya menewaskan Dato Bandar dan Dato Bandar
dibuang ke Singapura.

Pembentukan Negeri Sembilan

- British meluaskan pengaruh dgn menghantar pegawai majistret dan pemungut hasil ke
Rembau , Jelebu dan Sri Menanti. Undang2 British dikuatkuasakan di daerah2 itu.

- Akhirnya , 1895 , Negeri Sembilan terdiri daripada 9 luak ( Daerah ) iaitu Sg Ujung ,
Rembau , Jelebu , Sri Menanti , Jempol , Johol , Inas , Tampin dan Gunung Pasir di
gabungkan menjadi Negeri Sembilan.

- Yang Dipertuan Besar N. Sembilan yang pertama adalah Yamtuan Seri Menanti ( Tunku
Muhammad Ibni Yamtuan Antah)

- Martin Lister telah dilantik menjadi Residen British yang pertama .

Kebimbangan British terhadap kuasa Eropah di Pahang

- Kuasa Eropah berebut untuk mendapat tempat di Asia Tenggara.

- Ini merunsingkan British dan ingin mendapatkan Pahang.

- Ianya terhalang kerana Sultan Ahmad , Sultan Pahang pada masa itu telah membawa masuk
pelabur dari Eropah .

- British cuba memujuk Sultan untuk menerima seorang residen tetapi gagal.
- 1887 , Hugh Clifford ditugaskan untuk memujuk sultan. Sultan menerima residen tetapi kuasa
residen adalah terhad. Ini menyebabkan rasa tidak puas hati pihak British.

- 1888, Berlaku pembunuhan warga British berbangsa cina berhampiran istana Sultan Ahmad.

- Sultan Ahmad telah didesak oleh pihak British dan akur menerima residen. J.P Rodger telah
menjadi residen Pahang yang pertama.

Kesan Pentadbiran Residen.

a) Sultan kehilangan kuasa dalam urusan pentadbiran negeri kerana diambil alih oleh residen.

b) Sultan hanya sebagai penasihat berkaitan istiadat melayu dan agama Islam.

c) Sultan dan pembesar hilang hak memungut cukai.

d) Amalan perhambaan yang merupakan adat turun temurun dihapuskan oleh residen.

Penubuhan Negeri2 Melayu Bersekutu

Kenapa ditubuhkan ?

1) Kelemahan sistem residen.

- Residen terlalu berkuasa sehingga gabenor negeri2 selat tidak dapat mengawal kuasa residen.

- Residen tidak ada panduan jelas tentang tugas sebagai residen.

- Pentadbiran setiap negeri tidak teratur kerana undang2 berbeza mengikut negeri.

2) Krisis kewangan Pahang

- Akibat dari penentangan pendudukan British menyebabkan beban hutan Pahang bertambah.

3) Memperkasakan benteng pertahanan.

- Sistem pertahanan dan ketenteraan akan bertambah mantap dengan gabungan keempat2 negeri
tersebut.

4) Meningkatkan sistem perhubungan

- Penyelarasan jalan raya dan kereta api dapat ditingkatkan untuk setiap negeri.

5) Perkongsian tenaga pakar

- Seperti doktor , jurutera dan juruukur dikongsi bersama untuk menjimatkan bayaran
perkhidmatan.

Disebabkan faktor2 ini , pada 12 Jun 1895 , Perjanjian Persekutuan ditandatangani dan dikuatkuasakan
pada 1 Julai 1896.

SYARAT2 PERJANJIAN PERSEKUTUAN.


a) Residen Jeneral ditempatkan atas persetujuan Raja2 Melayu
b) Raja2 Melayu bersetuju memberi bantuan kepada negeri yg memerlukan mengikut nasihat
British.
c) Nasihat Residen Jeneral akan dipatuhi kecuali adat istiadat melayu dan agama Islam.
d) Residen Jeneral turut bertanggungjawab terhadap gabenor negeri2 selat.

Kesan Perjanjian dan Pembentukan Persekutuan

1) Wujud tidak puas hati sultan terhadap Persekutuan.

Ini adalah kerana ,

a) Residen Jeneral berkuasa penuh dalam urusan kewangan dan cukai eksport.
b) Penglibatan orang melayu dihadkan dalam jabatan2 kerajaan yg ditubuhkan oleh British.
c) Sultan perlu menurut kehendak Residen Jeneral.
d) Residen Jeneral mengambil alih kuasa sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri.

Untuk mengatasi masalah ketidak puasan hati Raja2 Melayu , DURBAR ( Persidangan Raja2
Melayu) diwujudkan.

Durbar pertama diadakan di Kuala Kangsar ( 1893) dan kedua di Kuala Lumpur (1903). Dalam
DURBAR 1903 , Sultan Idris ( Sultan Perak ) mendesak beberapa perkara...

1) Mengkritik isu pemusatan kuasa Residen Jeneral


2) Kuasa sultan dikembalikan
3) Bilangan pegawai melayu dalam perkhidmatan kerajaan ditambah.
4) Pegawai melayu dilantik ke jawatan yang lebih tinggi.
5) Bahasa melayu diiktiraf sebagai bahasa rasmi.

Hasil dari desakan itu , pada 1909 , British telah menukarkan DURBAR kepada Majlis Mesyuarat
Persekutuan. Dan jawatan Residen Jeneral diganti dengan jawatan Ketua Setiausaha.

Anda mungkin juga menyukai