Anda di halaman 1dari 9
Rumus #3: Kata Ganti Nama Kami dan Kita Huraian: Kata ganti nama diri kami merujuk saya dengan dia tanpa orang yang diajak berbicara manakala kita merujuk anda dengan saya atau anda dengan kami, iaitu termasuk orang yang diajak berbicara. KGND Penggunaan kami diri sendiri + dia (tidak termasuk pendengar) kita diri sendiri + kamu semua (termasuk pendengar) Salah Betul 1. “Kami akan berjumpa sekejap lagi,” ujar Encik Roslin dalam keadaan tergesa-gesa kepada sahabatnya. 2. “Kita tidak bersetuju tentang cadangan yang dikemukakan itu,” kata Ah Soon, Ah Wei, dan Ah Cai kepada pengerusi maj 3. “Kita bercadang untuk membina taman mini di hujung kelas sana,” kata Cikgu Ain dan Cikgu Munirah kepada dua orang pelawat. 4. “Kita akan berkhemah di Taman Hutan Belum,” kata Jamsir dan Azim kepada Majid. 5. “Kami harus memperoleh A dalam ‘mata pelajaran Matematik Tambahan,”” ujar Rahim kepada Razak. LATIHAN TATABAHASA 3 Nyatakan kata ganti nama dalam ayat di bawah ini, sama ada betul ataupun salah. 1.‘*Kemenangan untuk acara ini amat penting untuk kami,”” kata Cikgu Hashim kepada semua peserta bicara berirama SK Bukit Mutiara. 2.“*Kami akan ke Universiti Putra Malaysia esok,”” kata Suhaili dan Munirah kepada Khatijah. 3.*Kita mesti membantu abang membersihkan biliknya yang kotor itu,”” kata Alina kepada Azlinn. 4.“*Kita tidak menyediakan perkhidmatan sewa kereta di sini,” kata Encik Razak kepada pemuda yang bertanya itu. 5.**Kita faham akan hasratmu untuk menyambung pelajaran di Mesir tetapi duit untuk perbelanjaanmu tidak cukup,”” ujar Pak Teh dan Mak Teh kepada anaknya. 6.‘‘Marilah kita berdoa kepada Tuhan semoga kesihatan Emran akan pulih seperti sediakala,”” kata Cikgu Rizal kepada muridnya, 7.“Kita akan mengambil tindakan terhadap kesalahan yang dilakukan oleh lelaki itu,” kata Inspektor Rahman kepada Munif. 8.“‘Kita telah menyaksikan perlawanan bola sepak yang hebat pada malam itu kerana pasukan Brazil menang besar,”” bicara Arman di samping beberapa orang rakannya kepada Abu yang baru tiba di Restoran Asik Maju. Rumus #4: Kata Ganti Nama dan Kata Sapaan Huraian: Dalam situasi formal atau rasmi, kata ganti nama atau kata sapaan yang sesuai ialah saya, saudara, tuan, puan, encik, atau cik berbanding dengan aku, engkau, awak, pak cik, mak cik, abang dan kakak. Tidak Formal Formal aku, engkau, awak saya, saudara, saudari pak cik, abang wan, encik mak cik, kakak puan, cik Contoh: 1.“Datuk, saya ke sekolah sekarang,” kata Kanang kepada Haji Mubin. 2.“Saya berasa amat bangga kerana dapat memberikan ucapan itu,” kata ketua pengawas kepada rakannya. 3.“Bilakah Encik Azman akan berangkat ke Korea?” tanya Haji Yahya. 4.*Maafkan keterlanjuran yang telah saya lakukan,” kata Ismadi kepada Puan Suraya. 5.“Saya ingin mengundang tuan sebagai penceramah di sekolah saya,” pinta Cikgu Osman kepada Pengetua SMK Ismail Petra. LATIHAN TATABAHASA 4(a) Garis kesalahan kata ganti nama di bawah ini, kemudian betulkan dalam ruangan berikutnya. 1.“Aku membeli kek ini di kedai yang hujung itu,” ujar Muthu kepada Ganesan. 2.“Sebagai pengarah, engkau patut menjaga kebajikan para pekerja di sini,” kata Tuan Pahim kepada Tuan Azhar. 3.“Salam_ perkenalan, siapakah nama engkau?” tanya Chong kepada rakan baharunya. 4.“Aku akan mengambil bola itu untuk cikgu,” kata Melinda kepada Cikgu Hadi. 5."Aku memaafi engkau kerana kelakuanmu yang tidak sopan semalam,” kata Hanisah kepada Hazwariah. 6. “Pak cik, bolehkah kamu memberitahu lokasi Jabatan Pendidikan Perak?” tanya Ielaki tersebut kepada pengawal keselamatan. 7.“Kakak hendak minum air teh atau air kopi?” tanya pelayan kepada Puan Hasnah. 8. “Pak cik, sila lengkapkan butir peribadi pada borang ini,” kata jururawat bertugas kepada lelaki separuh abad. LATIHAN TATABAHASA 4(b) Baiki kesalahan tatabahasa bagi ayat-ayat di bawah: SALAH BETUL pakcik makcik tuan tuan puan puan puan Janagi encik Rasbullah pakcik saya makcik Imran Mak cik Janani Pak cik Loganathan Tuan rumah Tuan punya kedai tuan haji Lokman puan hajjah Rozita Rumus #5: Kata Ganti Nama Parik dan Hamba Huraian: Kata ganti nama diri pertama patik digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan sultan, raja, atau kerabat diraja manakala hamba digunakan untuk rakyat yang sama taraf. KGND Penggunaan patik Digunakan ketika bercakap dengan sultan, raja, dan kerabat diraja. hamba Digunakan untuk rakyat yang setaraf. Contoh: 1. “Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, patik =menghadap Tuanku,” sembah Datuk Laksamana Hang Tuah kepada Sultan Mansur Syah. 2. “Segala titah Tuanku, akan patik junjung dan laksanakan segera,” sembah Hang Lekir kepada Sultan Mahmud. 3. “Hamba dari negara Inderapura,” kata Rajuna yang dalam ketakutan itu kepada Laksamana Bentan. 4, “Budak ini hamba hadiahkan kepada tuan hamba,” kata Tun Ali kepada Hang Nadim. 5. “Hamba ingin ke Bukit Marak untuk berjumpa dengan Puteri Cik Siti Wan Kembang,” ujar Long Ghafar kepada adiknya. LATIHAN TATABAHASA 5 Ist tempat kosong dalam kurungan dalam ayat dengan kata ganti nama diri yang sesuai. 1. “Kesudian tuanku mencemar duli di Pengkalan Chepa membuatkan amat bangga,” kata Penghulu Jaafar kepada Sultan Muhammad V. « tinggal di hujung kampung sana,” serayu berkata Lela kepada Dayang Majnun. “ tidak berselera semenjak kematian Dang Anum,” kata Laksamana Megat Seri Rama kepada Hang Kasturi. “Ampun tuanku, yang hina-dina ini menjunjung duli,” kata petani tua itu kepada Raja Muzaffar Syah. “Baginda sedang beradu, berharap agar tuan hamba tidak mengganggu baginda,” kata dayang itu kepada Tun Mutahir. “ kurang periksa tentang kecantikan Puteri Gunung Ledang itu, tuanku,” kata Laksamana kepada Sultan Melaka. “ datang ke Melaka untuk berdagang,” kata Maulana Abu Bakar kepada Laksamana Hang Tuah. “ dan dua orang hulubalang berjaya menewaskan lanun yang membuat kekacauan di Melaka ini,” kata Hang Jebat kepada Sultan Melaka. UJANA BAHASA ISTANA SOALAN YANG PERNAH DIUJI DALAM PT3 2014 — 2018 TAHUN PEPERIKSAAN BAHASA ISTANA PT3 2014 1.bersiram 2.keputeraan 3.menganugerahkan PT3 2015 1.bertitah 2.berangkat 3.bertitah PT3 2016 1.perkenan PT3 2017 1.berangkat PT3 2018 1. keputeraan MODEL PEPERIKSAAN 1 Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruang yang disediakan, Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. i) Kain sutera dari Korea itu dibeli oleh saya di Lapangan Terbang Incheon ii) Permaisuri Gunung Lenang yang teramat cantik itu sedang tidur di puncak gunung yang tinggi itu iii) Dari saya surat itu dikembalikan kepada posmen yang berlalu di depan rumah saya. iv) Ibu saya membeli-belah di pusat beli-belah bersama-sama dengan kakak yang baru pulang dari Jakarta. (8 markah) MODEL PEPERIKSAAN 2 Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan tatabahasa. Betulkan kesalahan tersebut pada ruang jawapan yang disediakan dan anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. i) Komputer riba yang berjenama Toshiba itu telah dibeli oleh kamu dengan harga murah? ii) Yang di-Pertuan Agong ke-15 sedang dikunjungi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. iii) Lelaki yang berjanggut itu kelihatan sugul dari wajahnya yang tidak mengukir apa-apa senyuman, iv) Kebanyakan kanak-kanak di negara ini suka akan makanan yang manis sehingga ada anak-anak kecil yang sudah dihidapi diabetes. (8 markah) MODEL PEPERIKSAAN 3 Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruang yang disediakan, Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. i) “Buku tebal itu dibawa oleh tuan hamba kepada siapa?” tanya Pak Belalang kepada Pak Ali. ii) Nenda permaisuri berasa marah kerana permintaan baginda tidak dituruti dayang-dayang di istananya. iii) Kakak membuka sampul surat da dilihat oleh ibu yang berdiri di sisinya. sekolah yang berwarna perang dengan iv) Majoriti sekolah-sekolah di Lembah Klang ialah sekolah dua sesi kerana bilangan murid yang banyak (8 markah) MODEL PEPERIKSAAN 4 Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan tatabahasa, Gariskan kesalahan tersebut dan tuli jawapannya pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. i) Buku-buku cerita yang mereka ambil dari rak buku itu sesuai untuk dijadikan buku ulang Kaji ii) Puteri Asmaradana yang tenat itu dirawat oleh segala tabib dan bomoh di bilik peraduan baginda. ili) Murid-murid di dalam kelas itu malas daripada sehari ke sehari sehingga guru kelas mereka naik angin. iv) Sekumpulan pengakap yang berkhemah di dalam hutan itu dengan berpandukan pada pelan. (8 markahiy MODEL PEPERIKSAAN 5 Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruang yang disediakan, Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. i) Bangunan yang tertinggi di Kuala Lumpur itu baginda rasmikan semalam dengan gilang-gemilang. ii) Dayang-dayang yang cantik itu menghantar makanan kepada tuan puteri yang sedang bermain di taman permainan di halaman istana. iii) Pada masa lapang, Ivy Victoria Tan lebih suka membaca buku dari menonton televisyen. iv) Lee Cheng Moy dan Soo Min Huat acap kali membeli makanan untuk semua anak-anak kecil yang menghuni di rumah anak yatim itu. (8 markah)

Anda mungkin juga menyukai