Anda di halaman 1dari 40

Pemilihan bahasa

pengaturcaraan anda
pada hari ini akan
membentuk kerjaya anda
di masa hadapan.

Hak Cipta 2021 Ilhami


Apa itu Python?..........................................................................1

Cara install Python.................................................................... 4

Python di Windows............................................................4

Python di Linux/UNIX........................................................8

Python di Mac OS X........................................................11

Cara install VS Code...............................................................19

VS Code di Windows...................................................... 20

Bina Program Python Pertama Anda...................................28

4 Kepentingan Python............................................................ 37

1. Membina Laman sesawang...................................... 37

2. Menghasilkan Kecerdasan Buatan..........................37

3. Membuat Proses Automasi Komputer.................... 38

4. Membangunkan Algoritma........................................ 38
Apa itu Python?

Python ialah sejenis bahasa pengaturcaraan yang dicipta


pada tahun 1991 oleh Guido van Rossum. Nama Python
itu sendiri telah diambil daripada siri kegemaran beliau
yang dipanggil Monty Python’s Flying Circus. Python
banyak digunakan di seluruh dunia untuk tujuan
pembinaan laman sesawang, menghasilkan kecerdasan
buatan dan memudahkan automasi sesuatu proses
berkomputer.

Python kini ialah antara bahasa pengaturcaraan cepat


berkembang dan paling banyak permintaan di dunia.

Python sangat fleksibel dan serba boleh kerana ianya


banyak digunakan untuk hampir setiap pekerjaan yang
dapat dilakukan oleh bahasa pengaturcaraan yang lain.

1
Pada tahun 2020, Stack Overflow Developer Survey 2020
mengeluarkan dapatan bahawa ramai developers yang
ingin belajar Python. Oleh itu, Python berada di tempat
teratas untuk tahun keempat berturut-turut dan berada di
tangga ke-4 sebagai bahasa pengaturcaraan yang paling
biasa digunakan.

2
Jadi anda dah mengenali
Python dan tahu sedikit latar
belakang mengenainya.

Anda juga boleh klik pada link


yang ada untuk baca dapatan
statistik Stack Overflow pada
tahun 2020 dengan lebih lanjut.

Jadi jom kita install Python.

3
Cara install Python

Python di Windows

Langkah 1:

Pergi ke laman sesawang https://python.org/downloads.

Langkah 2:

Pastikan versi yang ditunjuk ialah version for Windows.


Terus klik “Download Python 3.9.6” dan tunggu sehingga
download habis (ketika eBook ini ditulis 20/07/2021 versi
terbaru bernombor 3.9.6).

4
Langkah 3:

Terus ke folder “Downloads” dan klik dua kali installer di


bawah untuk teruskan.

Langkah 4:

Anda mesti tik pada pilihan “Add Python 3.9 to PATH”.


Selepas itu klik “Install Now”.

5
Langkah 5:

Anda dah berjaya install jika terpapar seperti di bawah.

6
Langkah 6:

Buka command prompt dan taip “python --version” untuk


lihat versi Python yang telah anda install.

Jika anda menggunakan Windows 7 atau Windows XP


anda akan hadapi pelbagai masalah installation. Nasihat
saya, dapatkan peralatan laptop/desktop yang sesuai
dengan operating system Windows 8/8.1/10.

Anda juga boleh cuba cari versi Python yang lama dan
cuba install. Klik link di sini.

7
Python di Linux/UNIX

Langkah 1:

Jika anda menggunakan operating system Linux seperti


Debian/Ubuntu/CentOS/RHEL, terus buka terminal dan
taip “python3 --version” untuk lihat versi Python yang
sudah sedia ada.

8
Langkah 2:

Anda oleh juga boleh lakukan installation Python dengan


menaip “sudo apt install python3” ataupun “sudo apt-get
install python3” di Debian/Ubuntu. Masukkan password
anda untuk teruskan. Jika anda gunakan CentOS/RHEL
taip “sudo yum install python3”.

9
Langkah 3:

Anda dah berjaya install jika terpapar seperti di bawah.

10
Python di Mac OS X

Langkah 1:

Pergi ke laman sesawang https://python.org/downloads

Langkah 2:

Pastikan versi yang ditunjuk ialah version for Mac OS X.


Terus klik “Download Python 3.9.6” dan tunggu sehingga
download habis (ketika eBook ini ditulis 20/07/2021 versi
terbaru bernombor 3.9.6).

11
Langkah 3:

Terus ke folder “Downloads” dan klik dua kali installer di


bawah untuk teruskan.

Langkah 4:

Klik “continue”.

12
Langkah 5:

Anda boleh baca dan klik “save” untuk simpan maklumat


installation yang terpapar. Seterusnya, klik “continue”.

13
Langkah 6:

Lihat storage yang diperlukan untuk install. Pastikan ianya


cukup dan klik “continue”.

14
Langkah 7:

Saya sarankan anda untuk biarkan sahaja lokasi


installation dan terus klik “install”.

Langkah 8:

Masukkan password untuk teruskan.Klik “Install Software”.

15
Langkah 9:

Anda dah berjaya install jika terpapar seperti di bawah.

16
Langkah 10:

Buka terminal dan taip “python3 --version” untuk lihat versi


Python yang telah anda install.

17
Alhamdulilah, anda dah
berjaya install Python dalam
laptop/desktop. Sebenarnya,
anda juga perlukan IDE yang
sesuai untuk membina aplikasi.

Jadi sekarang nak buat ape?

Ok, jom kita install pula IDE


Visual Studio Code.

18
Cara install VS Code

Pergi ke laman sesawang


https://code.visualstudio.com/download. Terus klik pada
versi yang sesuai dengan operating system anda.

19
VS Code di Windows

Langkah 1:

Tunggu sehingga download habis dan terus ke folder


“Downloads”. Klik dua kali installer di bawah untuk
teruskan. Ketika eBook ini ditulis 21/07/2021 versi terbaru
adalah bernombor 1.58.2.

20
Langkah 2:

Anda mesti tik pada pilihan “I accept the agreement”.


Selepas itu klik “Next >”.

21
Langkah 3:

Lihat storage yang diperlukan untuk install. Pastikan ianya


cukup terlebih dahulu. Saya juga sarankan anda untuk
biarkan sahaja lokasi installation dan terus klik “Next >”.

22
Langkah 4:

Terus klik “Next >”.

23
Langkah 5:

Anda perlu tik 3 pilihan di bawah kemudian klik “Next >”.

1. “Create a desktop icon” => buat shortcut VS Code di


Desktop.

2. “Add “Open with Code” action to Windows Explorer file


context menu. => mudah untuk buka file dengan VS Code.

3. “Add “Open with Code” action to Windows Explorer


directory context menu. => mudah untuk buka folder
dengan VS Code.

24
Langkah 6:

Klik “Install”.

25
Langkah 7:

Anda dah berjaya install jika terpapar seperti di bawah.

Anda boleh juga, gunakan IDE 3rd-party lain seperti


PyCharm, PyDev, Spyder, Thonny ataupun menggunakan
IDLE (iaitu default IDE yang sedia ada selepas install
Python di Windows atau Mac OS X. Jika di Linux/Unix,
anda perlu taip “sudo apt-get install idle3” di terminal”
Debian/Ubuntu ataupun taip “sudo yum install python3-
tools” di terminal CentOS/RHEL untuk install.

26
Tahniah anda dah berjaya
install Python dan VS Code
pada laptop/desktop anda.

Sekarang, anda dah boleh


bina program
pengaturcaraan pertama
anda.

27
Bina Program Python Pertama Anda

Langkah 1:

Buat satu folder atau directory. Di dalamnya, klik-kanan


tetikus anda dan pilih “Open with code” (Windows). Jika
menggunakan Linux/Unix atau Mac OS X, buka VS Code
melalui aplikasi.

28
Langkah 2:

Anda kini telah membuka VS Code. Klik pada icon “New


File”.

Langkah 3:

Langkah 3:

Taipkan nama file Python dengan akhiran “.py”.

29
Langkah 4:

Klik pada file tersebut untuk buka. Anda akan mula


menaip pengaturcaraan pertama anda.

Langkah 5:

Taipkan seperti di bawah.

print("Hello Dunia")

30
Langkah 6:

Pergi ke tab “Run” di atas dan klik. Pilih “Start Debugging”


atau tekan shortcut F5.

Langkah 7:

Terus pilih “Python File” dan klik.

31
Langkah 8:

Tahniah! Program Python pertama anda adalah berjaya


jika terpapar seperti di bawah.

Anda juga digalakkan untuk membaca dan menulis contoh


di bawah. Copy-paste semua, letakkannya di dalam file
Python yang sama dan klik “Run”.

# Data types

# String (str) => "Hello Dunia" atau 'Hello Dun


ia'

# Integer (int) => 8

# Float (float) => 8.888

# Boolean (bool) => True/False

32
print(type("Hello Dunia"))

print(type(8))

print(type(8.888))

print(type(True))

# Kenali String

# String Python adalah urutan huruf dalam perka


taan

# Ada 4 cara untuk menulis String

# 1. Tanda Petik Tunggal atau Single Quote

'Hello Dunia'

# 2. Tanda Petikan atau Double Quotation

"Hello Dunia"

# 3. Tiga Tanda Petik Tunggal atau Triple Quote


s (multi-line)

"""Hello

Dunia"""

33
# 4. Kaedah String atau String method

str(8) == "8" # True

# 5. Gabungan atau Concatenation

"ke" + "saling" + "boleh" + "tukaran" # "ke


salingbolehtukaran"

# Ini adalah karakter atau huruf ruang kosong d


alam String

# 1. Baris baru => \n

# 2. Ruang kosong => \s

# 3. Tab => \t

34
# Pengindeksan dan Pemotongan String

perkataan = "kesalingbolehtukaran"

print(perkataan[0]) # "k"

print(perkataan[0:2]) # "ke"

print(perkataan[-7:-2]) # "tukar"

print(perkataan[-7:]) # "tukaran"

## Kaedah String Paling Penting

dasar = " Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 "

print(dasar.strip()) # Buang ruang kosong :


"Wawasan Kemakmuran Bersama 2030"

print("Hospital Melaka".lower()) # Huruf k


ecil: "hospital melaka"

print("Klinik Kesihatan Ayer Keroh".upper())


# Huruf besar: "KLINIK KESIHATAN AYER KEROH"

print("pemakanan seimbang".startswith("pemakana
n")) # True

35
print("pemakanan seimbang".endswith("seimbang"))
# True

print("internasional".find("nasional")) # Ind
eks padanan: 5

print("segenap".replace("genap", "antero")) #
"seantero"

print(','.join(["R", "M"])) # "R,M"

print(len("mempertanggungjawabkan")) # Panjang
String: 22

print("nyahcas" in "menyetidaknyahcasdiversifik
asielektrostatikkan") # Mengandungi: True

36
4 Kepentingan Python

Bahasa pengaturcaraan Python kini semakin berkembang


pesat dalam penggunaannya. Lebih-lebih lagi dalam
teknologi automasi, analisa data dan kecerdasan buatan,
seiring dengan Revolusi Industri 4.0.

Saya akan ceritakan 4 kepentingan penggunaan Python di


negara kita, Malaysia.

1. Membina Laman sesawang

Anda boleh menggunakan Python untuk mempercepatkan


proses membina sebuah laman sesawang yang menarik
untuk menyampaikan maklumat berkenaan produk
ataupun servis perniagaan anda.

2. Menghasilkan Kecerdasan Buatan

Artificial Intelligence boleh dibina dan dilatih


menggunakan Python untuk mengubah dan menaikkan
taraf cara kita membuat pekerjaan.

37
3. Membuat Proses Automasi Komputer

Tahukah anda, proses automasi pekerjaan di Malaysia


semakin berkembang untuk menggerakkan jentera kerja
yang berat. Apabila ini berlaku, kita tidak perlu lagi
melakukan pekerjaan berulang-ulang dan membebankan
fizikal.

4. Membangunkan Algoritma

Python boleh memendekkan masa anda untuk membina


algoritma penting dalam menyelesaikan sesuatu
permasalahan. Algoritma dalam bentuk pengaturcaraan
yang ditulis juga menjadi lebih ringkas dan mudah
difahami.

Baca artikel penuh di sini

38

Anda mungkin juga menyukai