Anda di halaman 1dari 6

Modul PDPR RBT Tahun 4 Minggu : 23 Unit 5 : Reka Bentuk Pembungkusan

Sasaran Murid : Tahun 4


Tajuk : Reka Bentuk Pembungkusan
S. Kandungan : 4.1 Reka Bentuk Pembungkusan
S. Pembelajaran : 4.1.9 Menghasilkan reka bentuk pembungkusan mengikut lakaran dibuat menggunakan bahan yang
sesuai.
: 4.1.10 Membentangkan produk yang dihasilkan dengan menggunakan pelbagai media.
Objektif : Murid dapat menjana idea dan menghasilkan sekurangnya satu lakaran reka bentuk makanan.
Tempoh Masa : 40 Minit dalam waktu PDPR ataupun dalam tempoh 2 hari selepas sesi PDPR.
Pelaksanaan : Murid akan diberikan satu contoh lakaran reka bentuk makanan. Murid akan menggunting dan
mencantum lakaran tersebut menjadi sebuah bekas makanan. Murid boleh menghias mengikut kreativiti masing-masing.
Nota Ringkas :
4.1.9 Menghasilkan reka bentuk pembungkusan mengikut lakaran yang dibuat menggunakan bahan dan alatan yang sesuai. Langkah-langkah dalam
menghasilkan reka bentuk adalah :

1. Mengukur
2. Menanda
3. Memotong bahan mengikut saiz lakaran
4. Menghasilkan pembungkus
5. Membuat kemasan

 Mengikut maklumat ini, murid hanya perlu memotong, menghasilkan pembungkus, mencantum dan membuat kemasan terhadap bahan
yang telah disediakan oleh guru.

4.1.10 Membentangkan produk yang dihasilkan dengan menggunakan pelbagai media.

 Murid membuat pembentangan hasil reka bentuk pembungkusan yang telah disiapkan. Pembentangan boleh menggunakan pelbagai media
dengan kreatif dan menarik.
 Murid perlu diingatkan supaya mengambil gambar sepanjang proses menghasilkan produk untuk dimasukkan dalam slide pembentangan.
 Apabila selesai projek menggunting, mencantum dan membuat kemasan, murid boleh membentangkan produk dengan mengambil video
atau gambar sebelum dihantar kepada guru untuk dinilai.

Proses pelaksanaan :

1. Di bawah ini, murid akan diberikan satu bentuk lakaran pembungkusan makanan. Murid dikehendaki untuk menggunting dan mencantum
bahan-bahan tersebut menjadi sebuah pembungkus makanan.
2. Murid boleh juga membuat kemasan dari segi menambah perhiasan, corak, warna atau tulisan pada kotak makanan tersebut supaya ianya
kelihatan lebih menarik.
3. Pembentangan produk adalah dengan mengambil gambar atau video hasil kerja bekas makanan murid yang telah siap dan hantarkan kepada
guru subjek untuk dinilai.

1
Modul PDPR RBT Tahun 4 Minggu : 24 Unit 5 : Reka bentuk Makanan

Sasaran Murid : Tahun 4


Tajuk : Reka Bentuk Makanan
S. Kandungan : 5.1 Reka Bentuk Makanan Muka Surat 70
S. Pembelajaran : 5.1.3 Menjana idea bagi menghasilkan lakaran bermaklumat reka bentuk makanan yang dihasilkan.
: 5.1.4 Menghasilkan lakaran bermaklumat reka bentuk makanan yang akan dibuat.
: 5.1.5 Menghuraikan lakaran bermaklumat reka bentuk makanan yang akan dihasilkan.
2
Objektif : Murid dapat menjana idea dan menghasilkan sekurangnya satu lakaran reka bentuk makanan.
Tempoh Masa : 40 Minit dalam waktu PDPR ataupun dalam tempoh 2 hari selepas sesi PDPR.
Pelaksanaan : Murid memilih satu idea lakaran reka bentuk makanan yang ingin dibuat. Murid melakar atau melukis reka bentuk makanan tersebut
di ruang yang disediakan. Guru mencadangkan supaya murid memilih buah-buahan sebagai makanan pilihan kerana ianya lebih senang untuk direka
dan dibentuk.
Nota Ringkas :

 Lakaran reka bentuk bermaklumat adalah lakaran yang dicipta sendiri mengikut idea dan kreativiti murid itu sendiri dalam menjadikan reka
cipta makanan itu menarik. Selepas membuat lakaran, murid akan membuat sedikit catatan di bahagian makanan itu. (Rujuk contoh di
bawah).
 Antara makanan yang boleh diubah suai adalah seperti sandwic, sayur-sayuran dan juga buah-buahan. Hal ini kerana makanan-makanan ini
lebih senang untuk diubah suai dan dibentuk.
 Murid boleh merujuk buku teks muka surat 70 untuk contoh lakaran makanan iaitu sandwic.
 Di bawah ini adalah contoh reka bentuk makanan bermaklumat.

 Ini pula adalah contoh lakaran reka bentuk makanan yang dicipta daripada buah-buahan.
Tugasan :

Murid membuat lakaran reka bentuk makanan di bawah ini mengikut idea dan kreativiti sendiri dengan memilih buah-buahan sebagai
tema. Murid boleh merujuk buku teks muka surat 70 sebagai panduan mencipta reka bentuk makanan bermaklumat. Kongsikan bersama
guru hasil kerja murid-murid.

3
4
5
6