Anda di halaman 1dari 10

Modul PDPR RBT Tahun 4 Minggu : 27 Unit 6 : Asas Pengaturcaraan

Sasaran Murid : Tahun 4

Tajuk : Asas Pengaturcaraan
S. Kandungan : 6.1 Asas Pengaturcaraan
S. Pembelajaran: 6.1.1 Menyatakan maksud pengaturcaraan dan kegunaan aturcara dalam
perkakasan harian.
Objektif : Murid dapat mengetahui maksud pengaturcaraan dan kegunaan aturcara
dalam kehidupan seharian.
Tempoh Masa : Sepanjang tempoh PdPR dilaksanakan.
Pelaksanaan : Murid menjawab soalan – soalan yang disediakan di bawah dengan merujuk
nota ringkas dan panduan dalam buku teks halaman 78 hingga 80.
Nota Ringkas :

 Atur cara komputer bermaksud urutan arahan berkod dalam perkakasan elektrik.

 Pengaturcaraan adalah set arahan yang mengarahkan komputer melakukan suatu tindakan.

 Contoh perkakaksan di rumah yang menggunakan pengaturcaraan adalah seperti peti sejuk, dapur gas, ketuhar,

mesin basuh dan lain-lain lagi.

 Contoh aturcara komputer dalam jam digital adalah dapat melihat masa dan mengaktifkan penggera.

 Contoh aturcara komputer dalam televisyen adalah membolehkan kita untuk menonton program yang disiarkan.

 Contoh aturcara komputer dalam penghawa dingin adalah untuk mengawal suhu persekitaran.

Tugasan murid :
Jawab soalan di bawah dengan teliti.

1. Sesetengah perkakasan harian yang terdapat di rumah mempunyai atur cara komputer.
Apakah yang dimaksudkan dengan atur cara komputer?

1
A. Urutan langkah-langkah untuk melaksanakan suatu tugasan
B. Rajah bersimbol yang menunjukkan langkah-langkah penyelesaian masalah
C. Satu set pernyataan yang menunjukkan Langkah perlaksanaan suatu tugasan dari mula
hingga tamat
D. Urutan arahan berkod yang dimasukkan ke dalam komputer yang membolehkan data
diproses oleh komputer

2. Perkakasan di rumah yang menggunakan pengaturcaraan ialah .

I. dapur gas
II. pinggan mangkuk
III. mesin basuh automatik
IV. ketuhar gelombang mikro

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

3. Gambar menunjukkan sebuah penyaman udara.

Apakah atur cara yang ada pada perkakasan ini?

A. Menentukan berat muatan

B. Menentukan suhu yang sesuai dengan keperluan manusia
C. Mengenal pasti suhu yang terdapat di dalam sesebuah rumah
D. Melaraskan suhu bilik berdasarkan isyarat daripada pengguna

2
4. Antara berikut merupakan kepentingan atur cara dalam perkakasan harian, kecuali
.

A. membazir duit
B. mudah dijual di pasaran
C. memudahkan suatu kerja
D. menjimatkan masa dan tenaga

5. Pengaturcaraan ialah yang mengarahkan komputer melakukan

sesuatu tindakan.

A. carta alir
B. algoritma
C. set arahan
D. perkakasan

Senaraikan lima perkakasan elektrik di rumah anda yang menggunakan pengaturcaraan komputer
untuk menjalankan fungsinya.

Modul PDPR RBT Tahun 4 Minggu : 28 Unit 6 : Asas Pengaturcaraan

3
Sasaran Murid : Tahun 4
Tajuk : Asas Pengaturcaraan
S. Kandungan : 6.1 Asas Pengaturcaraan
S. Pembelajaran: 6.1.2 Mengenal pasti algoritma iaitu pseudokod dan carta alir.
6.1.3 Menulis pseudokod dan melukis carta alir struktur kawalan jujukan.
Objektif : Murid dapat mengenal pasti algoritma berdasarkan situasi yang betul.
Tempoh Masa : Sepanjang tempoh PdPR dilaksanakan.
Pelaksanaan : Murid menjawab soalan – soalan yang disediakan di bawah dengan merujuk
nota ringkas dan panduan dalam buku teks halaman 81 hingga 82.
Nota Ringkas :
 algoritma adalah langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah atau melaksanakan tugasan

 pseudokod pula menunjukkan langkah demi langkah dalam melaksanakan tugasan dari mula hingga tamat.

 Carta alir ialah langkah-langkah penyelesaian masalah secara grafik. Simbol dalam carta alir dihubungkan dengan

menggunakan anak panah.

 Pseudokod dan carta alir boleh ditulis berdasarkan situasi yang berlaku dalam kehidupan seharian.

 Simbol dan fungsi geometri yang digunakan dalam carta alir :

4
Tugasan murid.
Jawab soalan di bawah dengan teliti.

1. Pernyataan berikut merujuk kepada .

Untuk memasak air, masukkan air ke dalam jag pemanas. Letakkan jag pemanas di
tapaknya. Hidupkan suis dan tunggu sehingga suis tutup secara automatik. Setelah
itu, tuang air panas tersebut ke dalam teko.

A. carta alir
B. algoritma
C. pseudokod
D. pengaturcaraan

2. Algoritma boleh dijelaskan dalam 2 bentuk penulisan iaitu .

I. pseudokod
II. carta alir
III. carta buih
IV. jadual

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

3. Apakah yang dimaksudkan dengan pseudokod?

A. Satu set penyataan yang menyerupai bahasa atur cara komputer

B. Satu urutan langkah-langkah untuk menjalankan sesuatu tugasan
C. Satu arahan berkomputer untuk menyelesaikan atur cara yang bermasalah
D. Gambar rajah dalam bentuk simbol geometri dan dihubungkan dengan anak panah

5
4. Berikut adalah langkah-langkah membeli minuman melalui mesin peruncitan automatik.

I. Ambil minuman
II. Masukkan duit mengikut harga minuman yang dipilih
III. Ambil baki wang jika ada
IV. Tekan butang pada minuman yang dipilih

A. I, II, III, IV
B. II, IV, III, I
C. II, IV, III, I
D. IV, II, I, III

5. Apakah yang dimaksudkan dengan carta alir?

A. Satu set pernyataan yang menyerupai bahasa atur cara komputer

B. Satu set arahan yang disusun mengikut urutan untuk mengarahkan komputer membuat
suatu tugasan
C. Satu urutan langkah-langkah untuk menyelesaikan suatu masalah atau
melaksanakan suatu tugasan
D. Langkah-langkah penyelesaian masalah secara grafik yang menggunakan simbol yang
dihubungkan dengan anak panah

6
6. Yang manakah antara simbol geometri berikut memberikan maksud MULA/TAMAT?

A.

B.

C.

D.

Jelaskan maksud di bawah.

Apakah maksud algoritma.

__________________________________________________________________________________________________

Apakah maksud carta alir.

7
8
9
10