Anda di halaman 1dari 3

REMAJA PERIHATIN TONGGAK KEMAJUAN BANGSA

Salam asprisiasi buat saudara pengerusi majlis, kombinasi kehakiman, dif-dif kehormat
dan seterusnya, hadirin hadirat warga dewan sekalian.

 Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
dan salam sejahtera.

Hadirin sekalian,

Y.A.B Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ada menyatakan, “remaja haruslah
berkembang, bersifat terbuka dan memperkayakan diri dengan nilai-nilai yang baik sejajar
dengan kejayaan bangsa masa kini”. Maka, berpaksikan kata-kata inilah,selaku remaja
Malaysia yang prihatin terhadap survival bangsa dan Negara saya tampil untuk mengajak
anda semua sama-sama kita singkap pegertian di sebalik kalimah, “REMAJA PERIHATIN
TONGGAK KEMAJUAN BANGSA”.

Proffesor Dr Sidek Baba menyatakan:

Minda remaja adalah minda yang bijaksana. Berhadapan dengan zaman yang berubah, ia
faham untuk mengimbangi antara faktor tradisi dan faktor modenisasi . Tetapi sejauh manakah remaja
perihatin terhadap kemajuan bangsa??

Hadirin
hadirat warga dewan sekalian,

Maksud Remaja menurut kamus dewan pada umumnya merujuk kepada golongan
manusia yang berumur 12-21 tahun atau 13 hingga 25 tahun. Perkataan 'remaja' berasal
daripada perkataan Latin bermakna menuju ke arah kematangan. golongan ini sentiasa
mempunyai perasaan ingin mencuba dan sedang menuju ke tahap untuk menjadi dewasa.
Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan
manusia, iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa. Remaja
boleh diibaratkan sebagai batu-batan yang berfungsi mendirikan sebuah bangunan yang
agam, manakala bangunan yang terdiri daripada batu-batan itulah bangsanya.
Jika remaja mempunyai keperibadian yang rapuh, maka bangsanya juga mudah untuk
dijatuhkan oleh musuh.
Sidang penonton penuh santun.

Remaja seharusnya sedar dan mestilah menyokong rancangan kerajaan untuk


membangunkan bangsa. Sekiranya kita tidak memberikan sokongan yang padu kepada pihak
kerajaan, maka semua usaha tersebut adalah sia-sia kerana bertepuk sebelah tangan tidak
akan berbunyi. Penyertaan remaja Malaysia dalam semua kempen yang dilaksanakan
mampu menjadikan impian kerajaan terlaksana, buktinya, Rancangan Malaysia Keempat
membuahkan hasil apabila pendapatan negara meningkat akibat daripada penyertaan remaja
dalam pelbagai kempen yang dianjurkan.

Hadirin yang dikasihi,

Sebagai remaja Malaysia, kita sangat bertuah kerana dapat hidup dengan harmoni
walaupun negara kita mempunyai rakyat yang berbilang kaum, agama dan kepercayaan. Oleh
itu, kita mesti mengekalkan keharmonian hidup ini dengan bersatu padu tanpa mengira
agama atau keturunan kerana kita merupakan bangsa Malaysia yang mempunyai persamaan
dari  segi latar belakang sejarah. Menyentuh mengenai perpaduan, kerajaan juga perlu
sentiasa mengingatkan remaja supaya mengutamakan aspek tersebut agar mereka tidak lalai
dikemudian hari, manakala remaja pula tidak seharusnya berasa jemu dengan peringatan itu
malah sentiasa berfikiran proaktif.

Sidang ahli dewan yang budiman,

Seperti yang kita dapat lihat, kerajaan telah berusaha secara berterusan untuk menjadikan
Malaysia sebagai negara contoh dunia yang mengamalkan persefahaman kaum, toleransi
beragama dan konsep perpaduan nasional. Dengan ini, ia akan lebih mengeratkan
perhubungan tanpa ada sebarang perselisihan sesama kaum dan seterusnya kemajuan negara
akan dapat dicapai tidak kira dari aspek ekonomi dan politik. Remaja juga haruslah peka
terhadap perkembangan bangsa Malaysia dan bukan hanya memekakkan telinga yakni
dengan cara menyertai sambutan perayaan bersama-sama seperti program rumah terbuka,
kunjung-mengunjungi, usaha sama dalam perniagaan dan lain-lain agar bangsa kita terus
maju dan dipandang masyarakat dunia.
Secara tuntasnya,

Remaja merupakan bakal pemimpin masa depan yang memikul amanah dan
tanggungjawab, meneruskan kelangsungan pembangunan dan kemajuan bangsa negara. Kita
memerlukan golongan remaja yang cemerlang bagi membawa hala tuju negara menjadi
sebuah negara yang lebih maju dan berjaya.

Antara ciri remaja cemerlang adalah :


Yang pertama, memiliki ilmu pengetahuan dan ilmu agama serta mengamalkannya
Kedua, mempunyai tahap disiplin yang kukuh
Ketiga, menjadikan budi bahasa sebagai amalan hidup
Keempat, memiliki sahsiah dan ketrampilan diri yang mapan
Kelima, merupakan remaja yang memiliki nilai tambah dan modal insan kelas pertama
Keenam, sihat fizikal dan mental
Dan yang terakhir adalah mengamalkan toleransi.

Konklusinya, terdapat pelbagai peranan remaja Malaysia untuk menjamin kesejahteraan


bangsa. Perkara yang paling penting ialah remaja perlu berganding bahu sesama sendiri dan
bersikap bagai aur dengan tebing, serta memegang prinsip bukit sama didaki, lurah sama
dituruni untuk memastikan kemerdekaan dan kesejahteraan yang kita nikmati pada hari ini
dapat diwarisi kepada generasi yang akan datang. Oleh itu, ayuh remaja Malaysia, bangkitlah
dari lena dan marilah kita berganding bahu, berpimpin tangan dalam merealisasikan wawasan
2020 yang telah diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1990. Marilah kita
memastikan mimpi menjadi realiti, janganlah patah kemudi, walaupun keringat telah
tumpah di kaki, teruslah mengayuh ke pangkalan untuk bergelar negara maju di dunia
ini.

Akhirnya,
saya tinggalkan saudara dan saudari sekalian dengan kata-kata, “JANGAN ASYIK
MENGEJAR BINTANG DILANGIT KITA LUPA RUMPUT YANG DIPIJAK DI BUMI,”

Sekian.

Wabillahitaufiq wal hidayah,wassalamualaikum


warahmatullahiwabarakatuh 

Anda mungkin juga menyukai