Anda di halaman 1dari 20

OPEN UNIVERSITY

MALAYSIA

KANNAGI A/P NAGAPPAN 791205-01-5390

OPEN UNIVERSITY
MALAYSIA

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBAE 2103 : CORAK DAN REKAAN


SEMESTER JANUARI 2011

KAIN BATIK DAN SONGKET

KANNAGI A/P NAGAPPAN


791205015390002
791205-01-5390
012-7267529
kanniveetha@yahoo.com

PN. PARVATHY A/P GOVINDAN


PUSAT PEMBELAJARAN OUM BATU PAHAT

SEMESTER JANUARI 2011

HBAE 2103: CORAK DAN REKAAN 1


OPEN UNIVERSITY
MALAYSIA

KANNAGI A/P NAGAPPAN 791205-01-5390

ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA


SURAT

1 SEKARUH SIRIH 3

2 PENGENALAN 4

3 TEKSTIL BATIK 5-6

4 TEKSTIL SONGKET 6-7


5 PENGGUNAAN KAIN BATIK DAN SONGKET 8-9

6 TEORI MEMBUAT CORAK DAN REKAAN 10 - 12

KEPENTINGAN CORAK DAN REKAAN PADA BATIK DAN 13 - 14


7
SONGKET

8 JENIS-JENIS SUSUNAN DALAM CORAK DAN REKAAN 15 - 17

9 JENIS-JENIS MOTIF DALAM MEMBUAT CORAK DAN REKAAN 18

10 PENUTUP 19

11 RUJUKAN 20

HBAE 2103: CORAK DAN REKAAN 2


OPEN UNIVERSITY
MALAYSIA

KANNAGI A/P NAGAPPAN 791205-01-5390


SEKAPUR SIRIH

Kesibukan  dengan  tugas  seharian  sebagai  pendidik  tidak  menganggu  saya  bagi
menyelesaikan amanah yang diberikan. Inilah satu cabaran yang  amat getir  dalam
melakukan dua kerja dalam satu masa. Namun semangat dan kecekalan telah menghilangkan
semuanya itu. Demi menyahut cabaran dan mengimarahkan dunia
p e n d i d i k a n d e n g a n i l m u y a n g b a k a l memertabatkan anak didik, saya menyahut
cabaran ini.
Sejunjung kasih dan penghormatan kepada Puan PARVATHY A/P
GOVINDAN, selaku tutor bagi kursus HBAE2103 Corak dan Rekaan. Tanpa bimbingan
dan tunjuk ajar serta komen beliau yang bernas lagi jitu tidak mungkin dapat saya
melaksanakan satu tugasan yang b e g i t u b e r a t u n t u k d i l a k u k a n . K a t a - k a t a
semangat beliau telah membuatkan saya begitu terangsang untuk
melakukan yang terbaik daripada yang terbaik.
 Tidak lupa juga bantuan daripada keluarga, suami serta anak dan sahabat yang
sentiasa berada di samping untuk membantu saya. Kepada rakan sekuliah yang telah
memberikan kerjasama dan sokongan dalam apa jua bentuk sumbangan baik dari segi fizikal,
mental mahu pun bahan, sekalung budi dan penghargaan untuk kalian semua. Segala jasa dan
khidmat bakti semua pihak yang terlibat , hanya tuhan jua yang dapat membalasnya
Bersyukur saya kehadrat tuhan kerana dengan izin-Nya dapat saya menyiapkan
tugasan ini seperti yang dikehendakinya. Walaupun dengan halangan dan kekangan masa
yang saya hadapi tetapi dapat saya tempuhi dan atasi.

HBAE 2103: CORAK DAN REKAAN 3


OPEN UNIVERSITY
MALAYSIA

KANNAGI A/P NAGAPPAN 791205-01-5390


PENGENALAN

C o r a k d a n r e k a a n m e r u p a k a n s u a t u a s a s u t a m a d a l a m enghasilkan
sesuatu karya seni. Pada dasarnya, tanpa corak dan rekaan, hasil seni baik yang
tradisional mahupun yang moden akan tidak terhasil. Corak dapat didefinisik an
sebagai suatu susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Ini
bermaksud corak boleh dibahagikan kepada dua cabang iaitu Corak Terancang dan Corak
Tidak Terancang.
Corak Terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan
teratur dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang
m e m p u n y a i p e l b a g a i j e n i s s u s u n a n termasuk penggunaan garisan grid dalam
penghasilan corak. Dengan kata lain, corak terancang mempunyai pengulangan motif.
Sementara corak tidak terancang pula dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif
tertentu.  Biasanya corak tidak dirancang ini dihasilkan dengan cara merenjis,
meniup, mengayak, mengolek dan sebagainya.
Motif pula merupakan rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan.
Motif terdiri daripada motif flora, fauna, geometrik dan organik. Corak tradisi mempunyai
motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisional.
Contoh yang biasa kita dengar adalah seperti corak bunga buluh, pucuk rebung, bunga
kiambang dan sebagainya.
Dalam   tugasan   kali  ini   saya  akan  cuba  menganalisis,  mengenalpasti  dan
membincangkan corak dan rekaan yang ada pada tekstil tradisional  yang  terdapat  pada
tekstil batik Melayu dan juga tekstil songket. Kain batik dan songket dipilih
kerana ianya merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di negara ini. Sejak
abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik dan menenun
kain songket secara tradisional. P e m b u a t a n b a t i k d a n p e n e n u n a n k a i n s o n g k e t
suatu ketika dahulu hanya dipelopori dan digunakan oleh golongan
bangsawan dan istana tetapi sekarang penggunaanya sudah semaki n meluas oleh
orang kebanyakan dalam majlis formal atau tidak formal.

HBAE 2103: CORAK DAN REKAAN 4


OPEN UNIVERSITY
MALAYSIA

KANNAGI A/P NAGAPPAN 791205-01-5390


TEKSTIL BATIK

Batik merupakan salah satu bidang kraftangan Melayu yang unik dan unggul di
Malaysia. Kehalusaan seni rekaan batik mempamerkan kreativiti dan ketinggian seni
kebudayaan masyarakat Melayu. Keunikan dan kehalusan seni reka batik telah menarik
perhatian ramai khususnya para pelancong. Keindahan seni rekaan batik memang tidak dapat
dinafikan. Rekaan batik turut mengalami perubahan dan perkembangan sejajar dengan cita
rasa para penggemar batik. Satu lagi keistimewaan batik ialah kain batik tidak ditelan zaman
malahan makin popular walaupun mendapat saingan hebat daripada pelbagai jenis tekstil
yang dilambakkan di negara ini.

Sejarah Batik

Asal usul batik tidak dapat dipastikan. Kebanyakan cendekiawan mendakwa teknik
penbuatan batik bermula di negara India, manakala sebahagian yang lain berpendapat seni
batik diasaskan daripada kehidupan istana Parsi. Ahli-ahli kaji purba pula telah menjumpai
artifak yang berupa kain-kain yang bercorak batik di Fostat dan Mesir Kuno.

Masyarakat Indonesia beranggapan seni membuat batik merupakan seni tradisional


masyarakat Indonesia. Ini disebabkan pembuat-pembuat batik di negara tersebut berada di
luar jajahan India. Mereka juga dikatakan yang telah memberi nama “batik” kepada nilai seni
tersebut. Perkataan “batik” juga berkait rapat dengan perkataan dalam Bahasa Melayu, iaitu
titik, dan perkataan Jepun “ambo” yang bermaksud melukis. Gabungan maksud melukis titik
ini menghasilkan nama batik. Ada pendapat yang mengatakan batik berasal daripada bahasa
Jawa iaitu “ba” dan “tik” yang bermaksud setitik lilin.

HBAE 2103: CORAK DAN REKAAN 5


OPEN UNIVERSITY
MALAYSIA

KANNAGI A/P NAGAPPAN 791205-01-5390


Sejarah Perkembangan batik di Malaysia hanya bermula pada abad ke 15 Masihi lagi
manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu,
masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik
telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara
kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Di alam Melayu, sejenis batik yang
dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia
kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.

TEKSTIL SONGKET

Songket tergolong dalam keluarga tekstil yang mempunyai bentuk dan teknik
pembuatan yang unik. Songket adalah lembaran kain yang disulam dengan benang-benang
emas, perak, dan benang pelbagai warna lain yang menarik. Bagi menghasilkan songket yang
bermutu, corak yang menarik menjadi pilihan penenun. Pilihan warna, reka bentuk dan daya
kreativiti adalah antara factor yang menyebabkan sesuatu songket itu bernilai tinggi. Songket
mempunyai pelbagai jenis bergantung kepada cara pembuatannya dan reka bentuk songket.

Sejarah Songket

Songket terkenal di Malaysia sejak abad ke 15 yang lampau. Perkataan songket


berasal daripada perkataan “sungkit” iaitu teknik “menyungkit”. Industri tenunan songket ini
telah berkembang pesat terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur seperti di Terengganu dan
Kelantan.Oleh kerana penggunaan songket semakin meluas, aktiviti menenun songket terus
berkembang hinggalah ke seluruh negara. Bunga atau hiasan di kepala kain di tenun
mengikut citarasa penenun. Corak atau ragam hias tersebut dikenali dengan nama-nama
seperti tapak manggis, pucuk rebung, lawi ayam dan sebagainya.

HBAE 2103: CORAK DAN REKAAN 6


OPEN UNIVERSITY
MALAYSIA

KANNAGI A/P NAGAPPAN 791205-01-5390


Tenunan songket ini dilakukan sebagai industri kecil, yang mana kemahiran
seseorang penenun itu mengambil masa selama enam minggu untuk menghasilkan sehelai
kain songket yang panjangnya di antara 20 hingga 40 meter. Sesuatu yang mengkagumkan
tentang seseorang penenun mahir ialah, dia tidak melakar corak songket di atas kertas
sebelum kerja-kerja menenun dilakukan sebaliknya ia tercetus daripada daya kreativiti dan
imaginasi yang tinggi lagi unik.

HBAE 2103: CORAK DAN REKAAN 7


OPEN UNIVERSITY
MALAYSIA

KANNAGI A/P NAGAPPAN 791205-01-5390

PENGGUNAAN KAIN BATIK DAN SONGKET

Penduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik


d i g u n a k a n u n t u k   membuat baju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian
seragam pramugari kapal t e r b a n g M A S d i b u a t d a r i p a d a b a t i k . B a t i k j u g a
d i g u n a k a n d a l a m m a j l i s - m a j l i s f o r m a l d a n majlis keramaian. Selain dibuat
pakaian, batik juga digunakan sebagai hiasan seperti alas meja, c a d a r , s a r u n g k u s y e n ,
tudung kepala, alas televisyen dan lain-lain lagi. Batik boleh dibeli
dengan harga yang murah dan berpatutan. Batik begitu digemari pelancong-
pelancong asing kerana coraknya yang menarik dan unik. Ia sering dijadikan buah tangan
untuk dibawa pulangke negara masing-masing.
Semasa mantan Perdana Menteri Malaysia ke -5 iaitu Tun Abdullah
Ahmad Badaw imemegang jawatan orang nombor satu dalam Kerajaan Malaysia,
kain batik telah diangkat martabatnya. Semua ini adalah hasil usaha isteri beliau iaitu
Tun Endon. Kain batik menjadi suatu yang cukup popular bukan sahaja menjadi
rebutan pakar-pakar fesyen untuk menghasilkan pakaian-pakaian baru berasaskan
kain batik, malahan kakitangan awam digalakan mengenakan pakaian batik pada
setiap hari Khamis. Industri batik yang sebelum ini malap telah berkembang dan
bersinar hingga ke peringkat antarabangsa terutamanya dalam pertunjukan fesyen
antarabangsa malahan Malaysia dikenali kerana kain batiknya yang bermutu tinggi.
Sementara  itu,  kain  songket  juga  tidak  kurang  hebatnya  dan  merupakan  antara
perusahaan tradisional yang mempunyai nilai seni yang tinggi. Sejarah Kain
Songket adalah hasil daripada tenunan benang sutera atau kapas yang ditenun
bersama-sama dengan benang emas atau perak. Ia telah terkenal di Malaysia sejak abad
ke 15 yang lampau. Perkataan songket berasal daripada perkataan sungkit iaitu teknik
menyungkit. Industri tenunan songket ini telah b e r k e m b a n g p e s a t t e r u t a m a n y a d i
n e g e r i - n e g e r i P a n t a i T i m u r s e p e r t i d i T e r e n g g a n u d a n Kelantan. Bunga
atau hiasan di kepala kain di tenun mengikut citarasa penenun. Corak atau ragam
hias tersebut dikenali dengan nama-nama seperti tapak manggis, pucuk rebung,
lawi ayam dan sebagainya.
 Tenunan songket ini dilakukan sebagai industri kecil, yang mana kemahiran
seseorang penenun i t u mengambil masa selama enam minggu untuk

HBAE 2103: CORAK DAN REKAAN 8


OPEN UNIVERSITY
MALAYSIA

KANNAGI A/P NAGAPPAN 791205-01-5390


m e n g h a s i l k a n s e h e l a i k a i n s o n g k e t y a n g panjangnya di antara 20 hingga 40
meter.  Sesuatu yang mengkagumkan tentang seseorang p e n e n u n m a h i r i a l a h ,
dia tidak melakar corak songket di atas kertas sebelum kerja-kerja
menenun dilakukan sebaliknya ia tercetus daripada daya kreativiti dan imaginasi
yang tinggi lagi unik.
Kalau dahulu kain songket hanya dipakai dan digunakan oleh golongan bangsawan
dan istana kerana kain songket melambangkan status seseorang ketika itu.
Tambahan pula harga yang yang agak mahal kerana proses pembikinannya amatlah rumit.
Tetapi kini situasi tersebut telah jauh berbeza, kain songket telah digunakan oleh
orang kebanyakan terutamanya ketika majlis perkahwinan bagi raja sehari dan di
dalam majlis atau sesuatu perayaan. Kain songket t e l a h d i j a d i k a n s a m p i n d a n
m e n j a d i k e m e s t i a n d i p a k a i b e r s a m a b a j u M e l a y u t e r u t a m a n y a semasa
perayaan hari raya.
Kain songket juga telah dipelbagaikan kegunaannya dengan dijadikan pelbagai jenis
barang seperti beg tangan, kasut, alas bekas tepak sirih dan sebagainya. Dengan
campurtangan kerajaan dalam perusahaan tenunan kain songket dilihat dapat memelihara
industri songket ini untuk terus berkembang dan dijadikan sebagai satu warisan dan identiti
ketuanan Melayu di Malaysia seperti mana yang diusahakan oleh Kebawah Duli Tuanku
Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah yang mewujudkan Galeri Perusahaan Songket bagi
memelihara khazanah dan warisan songket ini supaya tidak lekang dek panas dan dan tidak
luntur dek hujan.
Kesimpulannya, rekaan dan corak di dalam karya seseorang penggiat seni
batik dan penenun songket sesungguhnya memberi pengertian yang amat
mendalam dan bukan hanya untuk nilai estetik semata-mata. Corak dan rekaan pada
sebidang batik dan songket mempunyai h a k c i p t a a n , n i l a i k o m e r s i a l y a n g t i n g g i
d a n i d e n t i t i n y a t e r s e n d i r i . B a h k a n b a t i k m e n j a d i pakaian rasmi bagi
pekerja sektor awam pada setiap hari Khamis sementara kain songket pula
menjadi pakaian rasmi Raja-Raja Melayu pada majlis-majlis rasmi begitu juga
untuk mereka yang menjadi raja sehari.

HBAE 2103: CORAK DAN REKAAN 9


OPEN UNIVERSITY
MALAYSIA

KANNAGI A/P NAGAPPAN 791205-01-5390

TEORI MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Pelukis batik yang mahir mendapat idea untuk melakar corak batik daripada objek
yang ada di sekeliling. Mereka tahu bagaimana untuk mengaplikasikan apa yang dilihat untuk
dicorakkan ke atas kain. Apa yang penting, perkara-perkara asas yang perlu diambil kira
adalah :
a) bentuk lakaran
b) garisan
c) ruang
d) jalinan benang
e) Warna yang sesuai

Semua benda mempunyai bentuk. Ada bentuk yang lebih menarik berbanding yang
lain. Kadang kala objek-objek kecil boleh dilakar menjadi satu bentuk yang seolah-olah
hidup. Kain-kain fabrik merupakan ruang yang seharusnya mengandungi bentuk lakaran yang
sesuai. Kita boleh mengambil pelbagai objek yang ada di sekeliling dan diadaptasikan dalam
bentuk yang manarik.

Definisi

Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Oleh
itu corak terdiri daripada Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Corak juga boleh
terbentuk daripada bukan motif secara bebasatau Corak Tidak Terancang.

Rajah 1:Corak Tidak Terancang(bebas) Rajah 2: Corak Terancang

HBAE 2103: CORAK DAN REKAAN 10


OPEN UNIVERSITY
MALAYSIA

KANNAGI A/P NAGAPPAN 791205-01-5390


Motif ialah sama ada rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan ataugubahan. Ia
terdiri daripada motif flora, fauna, geometrikal dan organik.

Rajah 3 : Motif Fauna Bagi Batik Rajah 4: Motif Flora bagi Batik

Rajah 5 : Motif Geometrikal

HBAE 2103: CORAK DAN REKAAN 11


OPEN UNIVERSITY
MALAYSIA

KANNAGI A/P NAGAPPAN 791205-01-5390


Corak tradisi ialah corak yang mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-
nama tertentu yang berunsur tradisi.
R
a ja
h 6:

Corak Bunga Buluh Rajah 7: Corak Bunga Raya Rajah 8:Corak Pucuk Rebung

Penghasilan Corak

Terdapat dua cara untuk mendapatkan corak iaitu:


a) Corak Terancang
b) Corak Tidak Terancang
Corak terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teraturdan dalam
susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan,
termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak.
Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia
boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup,mengayak, menggolek dan
sebagainya.

HBAE 2103: CORAK DAN REKAAN 12


OPEN UNIVERSITY
MALAYSIA

KANNAGI A/P NAGAPPAN 791205-01-5390

KEPENTINGAN CORAK DAN REKAAN PADA BATIK DAN SONGKET

Pada  awalnya  aktiviti  membuat  batik  dan  menenun s o n g k e t h a n y a t e r b a t a s


kegunaan diraja saja dan ianya dihasilkan untuk pakaian raja dan
keluarga serta para pembesar mereka. Oleh kerana banyak daripada pembesar
tinggal diluar i s t a n a , m a k a k e s e n i a n b a t i k d a n s o n g k e t i n i d i b a w a o l e h
m e r e k a k e l u a r d a r i i s t a n a d a n dihasilkan pula ditempat masing-masing. Ini
menjadikanya hak rakyat jelata. Apabila batik dan songket telah digunakan secara
meluas dikalangan rakyat biasa dan tukang pandai seni yang bilangannya juga
semakin ramai maka timbul masalah hak cipta. Kepentingan utama rekaan dan
corak kain batik dan songket ialah hak cipta, nilai estetik, nilai komersial dan nilai identiti.

Akta Harta Intelek dapat mencegah berlakunya tindakan penciplakan atau plagiat,
iaitusuatu tindakan dengan maksud menarik keuntungan dari ciptaan-ciptaan yang
merupakan kekayaan  intelektual  seseorang.  Dengan cara ini ianya dapat
melindungi harta intelek ataupaten sesuatu karya atau barangan seseorang dari
diplagiat atau dicetak rompak. Di dalam Deklarasi Universal Hak-Hak Asasi  Manusia
Perkara 27 ayat 1, menetapkan;
“Setiap  orang  mempunyai   hak   sebagai   pencipta  untuk  mendapatkan
perlindungan     atas kepentingan-kepentingan moral dan material yang merupakan hasil
dari ciptaannya di bidang ilmu pengetahuan sastera dan seni”.
Sehubungan dengan itu, rekaan dan corak yang asli dan dihasilkan
o l e h s e s e o r a n g penggiat seni merupakan sesuatu aset yang harus dilindungi daripada
diciplak. Walaupun motif-motif yang dihasilkannya adalah berdasarkan motif dan
corak tradisional, namun reka susun dan gabungan warna dan teknik yang
digunakan harus boleh membezakannya daripada reka bentuk seni yang dihasilkan
terlebih awal serta mempunyai nilai estetik yang tersendiri.
Selain daripada itu, rekaan dan corak pada sesuatu karya pada penghasilan
batik dansongket juga memainkan peranan sebagai sesuatu nilai estetik yang
hidup mengikut aliran z a m a n . C o r a k y a n g s t e r o t a i p t a n p a p e n g u b a h s u a i a n
d a n n i l a i s e n i y a n g k r e a t i f m e n g i k u t kehendak zaman akan menjadikannya

HBAE 2103: CORAK DAN REKAAN 13


OPEN UNIVERSITY
MALAYSIA

KANNAGI A/P NAGAPPAN 791205-01-5390


“mati” dan hanya layak untuk menjadi bahan sejarah. Kreativiti penggiat seni yang
berterusan mencipta corak dalam rekaan batik dan songket mengikut kehendak dan
permintaan penggemar batik dans o n g k e t a k a n m e n j a d i k a n b a t i k d a n s o n g k e t
sesuatu yang diminati dan mempunyai nilaikomersial yang berterusan.
I n i a k a n m e m b e r i n i l a i t a m b a h k e p a d a p e n g g i a t s e n i b a t i k d a n songket
tersebut.
Nilai komersial yang terdapat pada batik dan songket bergantung kepada
rekaan dan c o r a k y a n g d i h a s i l k a n   p a d a p e r m u k a a n b a t i k   d a n s o n g k e t .
N i l a i k o m e r s i a l i n i l a h   y a n g merancakkan industi pembikinan batik dan
penenunan songket di Malaysia. Nilai komersial akan secara tidak langsung
membangkitkan suatu pesaingan dikalangan penggiat batik dansongket untuk
menghasilkan sesuatu yang baru dan unik. Sudah pasti rekaan dan corak
yangakan dihasilkan menitik berat perancangan yang terliti untuk menghasilkan sesuatu
yang baru.Ini dapat kita lihat dipasaran, setiap bulan akan ada sesuatu corak yang baru
diperkenalkan oleh pelbagai pengusaha batik  dan songket tempatan.
Nilai identiti juga memainkan peranan pada rekaan dan corak batik dan songket.
Akhir-akhir ini ada  pihak tertentu cuba  menuntut hak asal pembikinan dua khazanah ini
terutamanya daripada negara yang mempunyai rumpun yang sama. Identiti batik
Malaysia dengan batik-batik keluaran negara jiran seperti Indonesia, Negeri Thai dan
sebagainya mempunyai keunikan r e k a a n d a n c o r a k t e r s e n d i r i d a n p e r b e z a a n n y a
j u g a k e t a r a . B e g i t u j u g a d e n g a n k e u n i k a n tenunan motif yang tertentu pada kain
songket telah memberikan identiti tersendiri umpamanya tenunan songket Terengganu
berbaza dari Pahang. Ini secara langsung memberi identiti yangtersendiri kepada
batik Malaysia dan kain songket seterusnya membezakannya dengan
batik n e g a r a l a i n . J e l a s l a h d i s i n i , r e k a a n d a n c o r a k p a d a b a t i k d a n
s o n g k e t m e m a i n k a n p e r a n a n penting dalam memberi identiti kepada sesuatu hasilan
seni karya tersebut.

HBAE 2103: CORAK DAN REKAAN 14


OPEN UNIVERSITY
MALAYSIA

KANNAGI A/P NAGAPPAN 791205-01-5390

JENIS-JENIS SUSUNAN DALAM CORAK DAN REKAAN


a) Susunan Ulang Sekata
Motif yang diulang secara berurutan dalam baris dan lajur yang sama
bagimenghasilkan corak yang menarik. Susunan corak ini selalunyamenggunakan garisan
grid sebagai panduan.

Rajah 9: Corak baris dan lajur


b) Susunan Berselang Seli
Motif yang disusun secara berselang seli di antara motif yang lain atau diantara
ruangan yang kosong. Penggunaan garisan grid dapat membantumenghasilkan corak yang
menarik dan teratur.

Rajah 10 : Corak berselang-seli


c) Susunan Batu Bata
Motif disusun secara berurutan pada baris atau lajur yang sama. Motif seterusnya
disusun di antara pertemuan dua motif yang sebelumnya.

Rajah 11 : Corak batu-batu

HBAE 2103: CORAK DAN REKAAN 15


OPEN UNIVERSITY
MALAYSIA

KANNAGI A/P NAGAPPAN 791205-01-5390


d) Susunan Bertimbal
Motif ini diwujudkan secara cerminan. Motif akan kelihatan dalam posisiyang
bertentangan.

Rajah 12 : Corak Bertimbal


e) Susunan Bertindih
Motif yang sama disusun secara bertindih atau bertindan antara satu samalain
sehingga membentuk corak yang menarik.

Rajah 13: Corak Bertindih


f) Susunan Beralun
Motif yang dihasilkan kelihatan berombak dalam bentuk garisan yang sekataatau
tidak. Motif yang digunakan boleh terdiri daripada motif yang sama atau berbeza.

Rajah 14 : Corak Beralun

HBAE 2103: CORAK DAN REKAAN 16


OPEN UNIVERSITY
MALAYSIA

KANNAGI A/P NAGAPPAN 791205-01-5390


g) Susunan Berpusat
Motif susunan berpusat berpunca daripada satu titik tengah yangdikembangkan. Motif
ini boleh dihasilkan dalam bentuk bulatan, segi empat,hexagon, oktagon dan sebagainya

Rajah 15 : Corak Berpusat

HBAE 2103: CORAK DAN REKAAN 17


OPEN UNIVERSITY
MALAYSIA

KANNAGI A/P NAGAPPAN 791205-01-5390


JENIS-JENIS MOTIF DALAM MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Motif di dalam membuat corak dan rekaan boleh didapati daripada:


1. Rupa atau bentuk daripada alam ciptaan Ilahi

Rajah 16 : Bunga Kekwa Rajah 17 : Daun Sirih


2. Rupa atau bentuk asas seperti persegi, bulat, bujur, segitiga dan rupageometri yang lain.

Rajah 18 : Bentuk- bentuk Geometri

3. Rupa atau bentuk dari bahan buatan manusia


4. Rupa atau bentuk angka dan huruf
 5. Rupa atau bentuk kraf tradisional

HBAE 2103: CORAK DAN REKAAN 18


OPEN UNIVERSITY
MALAYSIA

KANNAGI A/P NAGAPPAN 791205-01-5390

PENUTUP

Rekaan dan corak  sesungguh suatu bentuk kreativiti artistik yang dapat
memenuhi keperluan domain kognitif, psikomotor dan efektif. Dalam
penghasilan batik blok atau tekap, r e k a a n c o r a k t e r a n c a n g d a n t i d a k
terancang menghasilkan kesan tampak yang berbeza dan menarik.
Walaubagaimana pun, kemahiran, kesedaran dan pengetahuan amat diperlukan
untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif dan menarik kerana ianya melibatkan proses
latihan berfikir yang berhubungan dengan asas rekaan dan prinsip rekaan.
Untuk  menjadi  seseorang  individu  yang  mahir,  latihan  berterusan  adalah  amat
diperlukan untuk menguasai kemahiran. Kemahiran yang tinggi akan menjadi
seseorang itu kreatif dalam menghasilkan sesuatu karya seni disamping
mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan dapat menilai serta menghayati sesuatu
karya seni dengan lebih mendalam. Sesuatu karya seni itu hanya dapat dinilai dan dihayati
oleh yang yang memang berjiwa seni kerana seni itu indah dan Tuhan sukakan keindahan.

Jumlah Patah Perkataan : 2620

HBAE 2103: CORAK DAN REKAAN 19


OPEN UNIVERSITY
MALAYSIA

KANNAGI A/P NAGAPPAN 791205-01-5390

RUJUKAN

1. Bok Kai Wa, Ibrahim Syed. (1998).Pendidikan Seni STPM  .Kuala Lumpur :
Eastview Publications Sdn. Bhd.

2. Hassan M. Ghazali. (1993), Dimensi Pendidikan Seni KBSM Tingkatan 4&5 .


PenerbitanPelangi Sdn. Bhd.

3. Kementerian Pendidikan Malaysia (1998) , B u k u S u m b e r G u r u P e n d i d i k a n


S e n i V i s u a l , KBSR. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

4. Kementerian Pendidikan Malaysia (1985) , B u k u P a n d u a n K h a s P e n d i d i k a n


S e n i V i s u a l , KBSR. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

5. Jasman Ahmad, Siti Razmah Hj. Idris (1996), Batik, Penerbit Pinang.

6. Jasman Ahmad, Siti Razmah Hj. Idris (1996), Songket, Penerbit Pinang.

7. Clark Boardman Leela R (1995), Memperkenalkan Kraf Tradisional, Kuala Lumpur :


Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

8. Motif-motif Batik ( 1 9 9 1 ) , Kuala Lumpur : Perbadanan Kemajuan


K r a f t a n g a n M a l a y s i a , Infokraf Malaysia.

9. Munandar, Prof. Dr. S. C. Utami, (1989) Kreativitas Sepanjang Masa, Jakarta., Pustaka
Sinar Harapan.

10. Mohd Zaihidee Hj Arshad, (2010) HBAE2103 Corak dan Rekaan, Meteor Doc. Sdn.Bhd.

HBAE 2103: CORAK DAN REKAAN 20

Anda mungkin juga menyukai