Gajet Dan Kegunaan
Gajet Dan Kegunaan
Banyak tujuan dan faedah yang diperolehi oleh peserta sesuatu perkhemahan
semasa mereka membina gejek. Di antara tujuan dan faedah membuat gejek ialah:
1. Sebagai perabot dan alat ganti di kawasan sesuatu perkhemahan. Gejek yang
dibina mempunyai fungsi hampir sama dan bentuknya dengan perabot yang
digunakan di rumah. Contohnya, gejek dapur untuk memasak, dan gejek
untuk menyimpan makanan ( almari ), gejek meja untuk makan dan gejek
peralatan kerja. Keadaan ini menyebabkan peserta berasa selesa dan
menyamai situasi mereka tinggal di kawasan rumah.
Beberapa kriteria seharusnya difikirkan semasa membina sesuatu gejek yang baik.
Berikut adalah beberapa garis panduan semasa membina sebuah gejek di perkhemahan:
Dapur merupakan satu keperluan asas di perkhemahan. Dapur seperti dapur pam
minyak tanah, dapur gas dan dapur lilin boleh dibawa bersama-sama semasa
perkhemahan. Banyak jenis dapur yang digunakan untuk memasak. Jenis dapur yang
digunakan mengikut kesesuaian kemudahan asas di kawasan perkhemahan dan tempoh
masa berkhemah. Contohnya, dapur ‘gipsi’, dapur ‘ Trapper’s’ , dapur ‘star’ dan dapur
tongkol dua digunakan untuk perkhemahan yang singkat atau sehari dua sahaja. Gejek-
gejek dapur seharusnya dibina apabila berkhemah selama lebih daripada tiga hari atau di
musim hujan.
Gejek-gejek dapur boleh diperbuat daripada kayu atau buluh yang terdapat di
kawasan perkhemahan. Dapur yang dibina di atas gejek sangat sesuai digunakan semasa
musim hujan. Ini kerana dapur tidak basah oleh air. Sama ada daripada air hujan dan air
yang mengalir di atas tanah. Atapnya boleh diperbuat daripada daun kayu, kepingan zink
dan sebagainya.
Beberapa jenis gejek diperlukan di kawasan dapur. Gejek-gejek tersebut dibuat
bagi kegunaan meletak peralatan dapur dan makanan. Di antara gejek-gejek yang dibuat
di kawasan dapur ialah seperti gejek kerusi meja, gejek tempat membasuh, gejek pinggan
mangkuk, peralatan kerja, menyimpan makanan dan sebagainya.
Beberapa jenis gejek boleh dibina di sekitar kawasan tempat tinggal atau khemah.
Tujuan dibina gejek-gejek kawasan khemah dan kawasan tempat tinggal supaya dapat
menjaga kebersihan, kekemasan diri dan kawasan perkhemahan keseluruhan. Gejek-
gejek ini dapat membantu peserta hidup lebih teratur dalam sesuatu perkhemahan.
Beberapa gejek tempat tinggal perlu dibina semasa mengadiri sesuatu
perkhemahan. Di antara gejek-gejek yang seharusnya dibina di tempat tinggal ialah
gejek penyangkut baju, penyidai kain, gejek kasut, gejek katil, gejek kerusi dan meja
tulis, gejek kerusi rehat dan kerusi panjang.
GEJEK-GEJEK LAIN
Selain daripada gejek-gejek yang telah dinyatakan, beberapa gejek lain boleh
dibina di sesuatu kawasan perkhemahan. Di antara jenis gejek-gejek lain ialah gejek
lampu dan lilin, gejek papan kenyataan, gejek peralatan kerja,gejek bendera dan gejek
pameran.
KEBERSIHAN DIRI
Bekalan air merupakan keperluan utama bagi setiap penghidupan. Peserta boleh
meletakkan suatu tempat ke hilir sungai untuk digunakan semasa mandi, membasuh dan
sebagainya. Peserta jangan sekali-kali meminum air yang belum diketahui
kebersihannya. Peserta tidak dapat melihat kuman yang terdapat di dalam air yang
diminum. Cara yang paling selamat dan baik untuk membunuh kuman ialah dengan cara
memasak air beberapa lama. Air yang digunakan untuk diminum, memasak dan
membasuh makanan hendaklah sentiasa ditutup.
Kawasan dapur hendaklah dibuat pada tempat yang sesuai mengikut tiupan angin.
Keadaan ini supaya asap tidak bertiup masuk ke dalam khemah. Setelah dapur didirikan,
kebersihan kawasannya harus dijaga. Di antara langkah-langkah untuk menjaga kawasan
dapur ialah peserta harus membina lubang kering dan lubang basah, tempat membasuh
dan sistem pembuangan sisa makanan. Peserta boleh menggali dua buah lubang. Satu
untuk sampah sarap ( lubang basah ) dan sampah sarap kering ( lubang kering ). Luas
setiap lubang ini ialah 50 cm x 50cm dan dalamnya 60 cm. Sampah sarap yang kering
dan mudah dibakar dimasukkan ke dalam lubang kering dan dibakar dua kali sehari.
Lubang kedua ialah lubang basah. Permukaan lubang basah perlu disusun dengn
batang-batang kayu atau buluh kemudian ditutup dengan lalang atau rumput di
permukaan atasnya. Sisa makanan akan tertapis di permukaan atas. Hanya air sahaja
yang akan mengalir melalui lapisan penutup.
TANDAS
4. Kumpul dan susun semua peralatan yang di bawa di suatu tempat mengikut
patrol. Apabila didapati barang yang hilang, setiap peserta seharusnya
menyemak dan memastikan tidak termasuk ke dalam beg masing-masing.
Khemah perlu diturunkan dan dilipat supaya senang dibawa balik. Semua tali dan
pancang hendaklah diletakkan di bahagian dalam lipatan. Khemah yang paling senang
dilipat ialah khemah berbentuk ‘A’ dan dinding.
Sebelum melipat khemah pastikan tiada sampah sarap melekat pada khemah. Jika
sempat khemah yang masih lembap seharusnya dibiarkan kering dahulu di bawah cahaya
,matahari. Apabila sampai di sekolah, khemah perlu dikeringkan jika masih basah atau
lembap. Ini untuk mengelakkan khemah menjadi cepat rosak dan koyak.
Simpan khemah di tempat yang sesuai. Apabila khemah tidak digunakan
beberapa lama, buka sekali-sekala dan sidai pada cahaya dan suhu bilik. Biasanya
khemah perlu dibuka apabila tidak digunakan dalam tempoh tiga bulan atau lebih. Ini
untuk memastikan khemah kering, tidak cepat rosak atau digigit oleh serangga. Jika
terdapat bahagian khemah yang koyak hendaklah ditampal atau dijahit.
Sebelum khemah dilipat, ia perlu dibentangkan di atas tanah. Selepas itu lipat ke
bahagian dalam khemah semua helaian pintu dan penahan angin. Semua tali khemah
hendaklah dimasukkan ke dalam lipatan. Peserta tidak boleh membiarkan tali khemah
berjuntai keluar dari gulungan khemah tersebut.
Selepas itu, khemah perlu dilipat sehingga lebarnya lebih kurang 0.5 meter
kemudian gulung dengan kemas. Akhirnya khemah dilipat dengan kemas.