Anda di halaman 1dari 11

Pengakap KLM 18

GEJEK DAN KEGUNAANNYA

Gejek merupakan alatan yang dibina di sesuatu perkhemahan bagi menggantikan


peralatan dan perabot yang terdapat di rumah. Gejek boleh dibina daripada bahan-bahan
yang terdapat di sekitar kawasan perkhemahan. Contohnya, apabila berkhemah di
kawasan hutan dan bukit, bahan yang boleh digunakan seperti buluh, batang kayu kecil,
ranting kayu, akar-akar, rotan, daun kayu dan lalang. Sesetengah kawasan seperti
kawasan kem dan tepi pantai bahan-bahan seperti dinyatakan sukar didapati.
Amnya, banyak bahan yang boleh digunakan dan diubahsuaikan untuk membina
gejek. Di antaranya adalah seperti berikut:
 Batang buluh ( sama ada dibelah atau tidak )
 Batang atau dahan kayu yang kecil ( diameter di antara 10 cm hingg 18 cm )
 Ranting kayu.
 Batang pokok yang lurus dan kecil ( diameter antara 12 cm hingga 22 cm )
 Daun pokok atau tumbuh-tumbuhan
 Tin kosong seperti tin susu atau minuman.
 Batu-batan
 Tali ( rami manila dan rafia ), rotan, dawai dan akar yang boleh dijadikan tali
untuk mengikat.

Jaa kanak-kanak riang


Pengakap KLM 18

TUJUAN DAN FAEDAH MEMBINA GEJEK

Banyak tujuan dan faedah yang diperolehi oleh peserta sesuatu perkhemahan
semasa mereka membina gejek. Di antara tujuan dan faedah membuat gejek ialah:

1. Sebagai perabot dan alat ganti di kawasan sesuatu perkhemahan. Gejek yang
dibina mempunyai fungsi hampir sama dan bentuknya dengan perabot yang
digunakan di rumah. Contohnya, gejek dapur untuk memasak, dan gejek
untuk menyimpan makanan ( almari ), gejek meja untuk makan dan gejek
peralatan kerja. Keadaan ini menyebabkan peserta berasa selesa dan
menyamai situasi mereka tinggal di kawasan rumah.

2. Menjamin kesihatan dan kesegaran tubuh badan peserta sepanjang


perkhemahan. Contohnya dibina tandas dan tempat membasuh serta tempat
membuang sampah yang sistematik, makanan disimpan mengikut peraturan
kesihatan dan amalan kebersihan yang lain dipatuhi.

3. Aktiviti membina gejek secara tidak langsung menyemai dan memupuk


perasaan bertanggungjawab, bekerjasama, bantu-membantu, kerajinan dan
sifat ‘kekitaan’ di kalangan peserta dalam satu patrol atau kumpulan.
Keadaan ini merupakan salah satu objektif ditubuhkan pergerakan pengakap
dan pandu puteri. Intisari ini terdapat dalam undang-undang dan persetiaan
pergerakan berkenaan, iaitu persaudaraan sejagat.

4. Peserta dapatmelahirkan idea-idea yang baru. Keadaan ini secara tidak


langsung dapat membentuk peserta perkhemahan dengan sikap keyakinan diri,
konsep kendiri yang positif, penghargaan kendiri yang positif dan
kesempurnaan kendiri.

Jaa kanak-kanak riang


Pengakap KLM 18

5. Peserta perkhemahan dapat menggunakan masa lapang yang berfaedah tanpa


melakukan aktiviti yang menyalahi norma masyarakat dan agama.

6. Peserta perkhemahan dapat mempraktikkan pengetahuan tentang simpulan


dan ikatan yang dipelajari semasa membina gejek di perkhemahan.

KRITERIA SEMASA MEMBINA GEJEK

Beberapa kriteria seharusnya difikirkan semasa membina sesuatu gejek yang baik.
Berikut adalah beberapa garis panduan semasa membina sebuah gejek di perkhemahan:

1. Sesebuah gejek mestilah ringkas dan praktikal


2. Sesebuah gejek mestilah senang dibina dan mengambil masa yang lama untuk
disiapkan.
3. Sesebuah gejek seharusnya kukuh, dapat digunakan sepenuhnya dan bukan
untuk dijadikan bahan pameran sahaja.
4. Menggunakan bahan semulajadi yang terdapat di sekeliling kawasan
perkhemahan untuk membina gejek.
5. Menggunakan ikatan dan simpulan yang betul semasa membina gejek.
Keselamatan menggunakan gejek bergantung kepada ikatan dan simpulan
yang digunakan.
6. Menggunakan bahan yang sesuai. Keadaan ini boleh menyebabkan mudah
patah, roboh dan tidak selamat digunakan.
7. Gejek-gejek hendaklah dibina dan diletakkan di tempat yang sesuai. Gejek
yang dibina seharusnya serbaguna.

JENIS DAN KEGUNAAN GEJEK

Jaa kanak-kanak riang


Pengakap KLM 18

Biasanya di setiap perkhemahan, kita akan dibahagikan kepada kumpulan-


kumpulan kecil atau patrol. Setiap patrol mengandungi 6 hingga 8 orang ahli. Setiap
patrol akan ditetapkan kawasan perkhemahan masing-masing. Setiap ahli dalam patrol
seharusnya ,mendirikan khemah dan gejek-gejek. Gejek dibina dimasa lapang atau di
masa yang telah ditetapkan. Amnya, pengakap harus membina beberapa jenis gejek
seperti gejek pintu, gejek kawasan dapur, gejek kawasan tempat tinggal dan gejek-gejek
lain.

DAPUR DAN GEJEK KAWASAN DAPUR

Dapur merupakan satu keperluan asas di perkhemahan. Dapur seperti dapur pam
minyak tanah, dapur gas dan dapur lilin boleh dibawa bersama-sama semasa
perkhemahan. Banyak jenis dapur yang digunakan untuk memasak. Jenis dapur yang
digunakan mengikut kesesuaian kemudahan asas di kawasan perkhemahan dan tempoh
masa berkhemah. Contohnya, dapur ‘gipsi’, dapur ‘ Trapper’s’ , dapur ‘star’ dan dapur
tongkol dua digunakan untuk perkhemahan yang singkat atau sehari dua sahaja. Gejek-
gejek dapur seharusnya dibina apabila berkhemah selama lebih daripada tiga hari atau di
musim hujan.
Gejek-gejek dapur boleh diperbuat daripada kayu atau buluh yang terdapat di
kawasan perkhemahan. Dapur yang dibina di atas gejek sangat sesuai digunakan semasa
musim hujan. Ini kerana dapur tidak basah oleh air. Sama ada daripada air hujan dan air
yang mengalir di atas tanah. Atapnya boleh diperbuat daripada daun kayu, kepingan zink
dan sebagainya.
Beberapa jenis gejek diperlukan di kawasan dapur. Gejek-gejek tersebut dibuat
bagi kegunaan meletak peralatan dapur dan makanan. Di antara gejek-gejek yang dibuat
di kawasan dapur ialah seperti gejek kerusi meja, gejek tempat membasuh, gejek pinggan
mangkuk, peralatan kerja, menyimpan makanan dan sebagainya.

GEJEK TEMPAT TINGGAL

Jaa kanak-kanak riang


Pengakap KLM 18

Beberapa jenis gejek boleh dibina di sekitar kawasan tempat tinggal atau khemah.
Tujuan dibina gejek-gejek kawasan khemah dan kawasan tempat tinggal supaya dapat
menjaga kebersihan, kekemasan diri dan kawasan perkhemahan keseluruhan. Gejek-
gejek ini dapat membantu peserta hidup lebih teratur dalam sesuatu perkhemahan.
Beberapa gejek tempat tinggal perlu dibina semasa mengadiri sesuatu
perkhemahan. Di antara gejek-gejek yang seharusnya dibina di tempat tinggal ialah
gejek penyangkut baju, penyidai kain, gejek kasut, gejek katil, gejek kerusi dan meja
tulis, gejek kerusi rehat dan kerusi panjang.

GEJEK-GEJEK LAIN

Selain daripada gejek-gejek yang telah dinyatakan, beberapa gejek lain boleh
dibina di sesuatu kawasan perkhemahan. Di antara jenis gejek-gejek lain ialah gejek
lampu dan lilin, gejek papan kenyataan, gejek peralatan kerja,gejek bendera dan gejek
pameran.

KEBERSIHAN KAWASAN PERKHEMAHAN

Jaa kanak-kanak riang


Pengakap KLM 18

Kebersihan dalam kawasan perkhemahan meliputi kebersihan diri, kebersihan


makanan dan minuman, kebersihan dapur, kebersihan dalam kawasan perkhemahan dan
pembuangan sampah serta tandas.

KEBERSIHAN DIRI

Sepanjang masa perkhemahan kita seharusnya menjaga kebersihan diri. Biasanya


penyakit mudah merebak dan terkena kepada peserta yang mengabaikan kebersihan diri.
Kuman, bakteria dan kekotoran akan masuk ke dalam tubuh jika kebersihan diri tidak
dijaga dengan sempurna.
Menjaga kebersihan diri bukan sahaja terhad kepada perkhemahan bahkan
sepanjang masa dan waktu. Pengakap juga perlu menjaga kebersihan diri semasa di
rumah, di sekolah dan semua tempat. Di antara kebersihan diri termasuklah:
1. Bersugi pada setiap waktu. Orang yang suka memelihara kebersihan
badannya biasanya suka menggosok gigi. Tabiat ini dapat menjadikan
gigi sentiasa bersih dan sihat.
2. Mandi dan membersihkan diri. Semasa perkhemahan peserta sering
terdedah dengan pelbagai kekotoran. Oleh itu, kebersihan diri sangat
penting untuk mengelakkan daripada terkena panyakit sewaktu
berkhemah.
3. Membasuh pakaian. Pakaian peserta hendaklah sentiasa bersih.

KEBERSIHAN MAKANAN DAN MINUMAN

Sepanjang masa perkhemahan, makanan dan minuman hendaklah dijaga dengan


bersih. Makanan dan minuman yang kotor boleh menyebabkan peserta terkena pelbagai
penyakit. Di antara langkah-langkah yang wajar diteliti oleh setiap peserta supaya
makanan dan minuman sentiasa bersih dan jauh daripada penyakit ialah:
1. Menyimpan makanan dan sayuran mentah di tempat yang bersih dan
mempunyai penutup.
2. Menyimpan makanan yang sudah dimasak di tempat yang bertutup supaya
lalat dan serangga tidak hinggap pada makanan.

Jaa kanak-kanak riang


Pengakap KLM 18

3. Menggunakan bekas memasak, menghidang dan menyimpan makanan


yang dibasuh dan dibersihkan terlebih dahulu.
4. Membasuh terlebih dahulu sebelum memakan makanan mentah seperti
buah-buahan dan sayur-sayuran. Membasuh dengan menggunakan air
yang bersih supaya kuman dan bakteria yang melekat pada makanan
dinyahkan.
5. Makanan yang telah busuk dan rosak seharusnya dibuang dengan segera.

Bekalan air merupakan keperluan utama bagi setiap penghidupan. Peserta boleh
meletakkan suatu tempat ke hilir sungai untuk digunakan semasa mandi, membasuh dan
sebagainya. Peserta jangan sekali-kali meminum air yang belum diketahui
kebersihannya. Peserta tidak dapat melihat kuman yang terdapat di dalam air yang
diminum. Cara yang paling selamat dan baik untuk membunuh kuman ialah dengan cara
memasak air beberapa lama. Air yang digunakan untuk diminum, memasak dan
membasuh makanan hendaklah sentiasa ditutup.

KEBERSIHAN KAWASAN DAPUR

Kawasan dapur hendaklah dibuat pada tempat yang sesuai mengikut tiupan angin.
Keadaan ini supaya asap tidak bertiup masuk ke dalam khemah. Setelah dapur didirikan,
kebersihan kawasannya harus dijaga. Di antara langkah-langkah untuk menjaga kawasan
dapur ialah peserta harus membina lubang kering dan lubang basah, tempat membasuh
dan sistem pembuangan sisa makanan. Peserta boleh menggali dua buah lubang. Satu
untuk sampah sarap ( lubang basah ) dan sampah sarap kering ( lubang kering ). Luas
setiap lubang ini ialah 50 cm x 50cm dan dalamnya 60 cm. Sampah sarap yang kering
dan mudah dibakar dimasukkan ke dalam lubang kering dan dibakar dua kali sehari.
Lubang kedua ialah lubang basah. Permukaan lubang basah perlu disusun dengn
batang-batang kayu atau buluh kemudian ditutup dengan lalang atau rumput di
permukaan atasnya. Sisa makanan akan tertapis di permukaan atas. Hanya air sahaja
yang akan mengalir melalui lapisan penutup.

Jaa kanak-kanak riang


Pengakap KLM 18

KEBERSIHAN KAWASAN KESELURUHAN

Satu kawasan pembakaran sampah perlu diadakan di perkhemahan untuk


membakar sampah sarap yang kering. Lubang ini dinamakan lubang kering. Semua
sampah sarap hendaklah dimasukkan ke dalam lubang ini dan dibakar dari masa
kesemasa. Tin-tin kosong hendaklah dikemekkan terlebih dahulu sebelum ditanam.
Jangan biarkan daun-daun kering yang berguguran di dalam kawasan
perkhemahan. Kawasan perkhemahan hendaklah dibersihkan pada setiap hari. Tindakan
pembersihan ini untuk mengelakkan binatang berbisa seperti lipan, kala, dan ular yang
merayap pada waktu malam. Binatang berbisa suka bersembunyi di dalam longgokan
sampah dan semak samun.

TANDAS

Sebaik sahaja tiba di kawasan perkhemahan, kedudukan tandas perlu ditentukan.


Tandas perlu juga dibina walaupun untuk berkhemah untuk satu malam sahaja. Biasanya
satu lubang tandas digali berukuran 0.6 meter dalam, 0.9 meter panjang dan 0.3 meter
lebar.
Lantai tandas boleh dibina daripada batang kayu atau buluh. Beberapa batang
kayu atau buluh dipotong di bahagian tengah untuk lubang tandas. Batang buluh atau
kayu ini diikat dengan tali. Tandas juga boleh juga dibina di kawasan tanah tinggi
rendah. Keadaan ini mengelakkan peserta menggali lubang untuk tandas.
Membiasakan adat-adat Islam dan tatasusila dan ketimuran semasa membuang air
besar dan air kecil di kawasan perkhemahan adalah diperlukan.

Jaa kanak-kanak riang


Pengakap KLM 18

SEBELUM MENINGGALKAN KAWASAN


PERKHEMAHAN

Sebelum meninggalkan tapak perkhemahan, terdapat beberapa perkara yang harus di


selesaikan oleh peserta perkhemahan. Di antaranya seperti berikut:
1. Menjelaskan semua bayaran bil dan bayaran tertentu.
2. Runtuhkan semua gejek dan pagar.
3. Kemaskan peralatan individu dan masukkan ke dalam pack.
4. Turunkan semua khemah dan kemaskan.
5. Susun semua peralatan kumpulan dan patrol di suatu tempat.

Jaa kanak-kanak riang


Pengakap KLM 18

6. Semak semua kawasan aktiviti dan kawasan perkhemahan untuk memastikan


peralatan tidak tertinggal.
7. Buat satu barisan lurus dan berjalan perlahan-lahan mengambil semua sampah
sarap yang tertinggal.
8. Pakai pakaian seragam untuk istiadat penutup dan balik ke rumah masing-
masing.

Sebelum meninggalkan tapak perkhemahan, pemimpin unit atau penganjur


seharusnya meneliti beberapa perkara supaya perkhemahan yang dijalankan itu
meninggalkan kesan yang baik. Di antaranya adalah seperti berikut:
1. Kawasan perkhemahan perlu dibersihkan sehingga lebih bersih daripada
sebelum digunakan. Di antara perkara yang diabaikan oleh peserta
perkhemahan ialah:
a) Sampah sarap dibuang bertaburan. Sampah sarap sepatutnya dibakar dan
bekas makanan dikemekkan terlebih dahulu sebelum ditanam.
b) Gejek dan kraf perkhemahan dibiar begitu sahaja. Peserta perlu
merobohkan semua gejek, pintu gerbang dan semua kraf perkhemahan.
Buluh atau kayu yang digunakan, jika tidak dibawa balik, disusun rapi
tempat yang sesuai.
c) Kayu dan bara api dibiarkan. Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya
kebakaran. Peserta seharusnya menimbuskan bara api, arang dan abu ke
dalam tanah.
d) Lubang yang digali dibiarkan. Peserta perlu menimbus lubang yang digali
seperti sebelum perkhemahan berlaku.

2. Semua peralatan kumpulan hendaklah disemak oleh QM dan sesuaikan


mengikut senarai yang dibawa. Jika berlaku kerosakan dan kehilangan
hendaklah dicatat dan dilaporkan kepada pemimpin unit.
3. Setiap peserta perlu memastikan setiap barang yang dibawa tidak tertinggal di
kawasan perkhemahan.

Jaa kanak-kanak riang


Pengakap KLM 18

4. Kumpul dan susun semua peralatan yang di bawa di suatu tempat mengikut
patrol. Apabila didapati barang yang hilang, setiap peserta seharusnya
menyemak dan memastikan tidak termasuk ke dalam beg masing-masing.

MELIPAT, MENJAGA DAN MENYIMPAN KHEMAH

Khemah perlu diturunkan dan dilipat supaya senang dibawa balik. Semua tali dan
pancang hendaklah diletakkan di bahagian dalam lipatan. Khemah yang paling senang
dilipat ialah khemah berbentuk ‘A’ dan dinding.
Sebelum melipat khemah pastikan tiada sampah sarap melekat pada khemah. Jika
sempat khemah yang masih lembap seharusnya dibiarkan kering dahulu di bawah cahaya
,matahari. Apabila sampai di sekolah, khemah perlu dikeringkan jika masih basah atau
lembap. Ini untuk mengelakkan khemah menjadi cepat rosak dan koyak.
Simpan khemah di tempat yang sesuai. Apabila khemah tidak digunakan
beberapa lama, buka sekali-sekala dan sidai pada cahaya dan suhu bilik. Biasanya
khemah perlu dibuka apabila tidak digunakan dalam tempoh tiga bulan atau lebih. Ini
untuk memastikan khemah kering, tidak cepat rosak atau digigit oleh serangga. Jika
terdapat bahagian khemah yang koyak hendaklah ditampal atau dijahit.
Sebelum khemah dilipat, ia perlu dibentangkan di atas tanah. Selepas itu lipat ke
bahagian dalam khemah semua helaian pintu dan penahan angin. Semua tali khemah
hendaklah dimasukkan ke dalam lipatan. Peserta tidak boleh membiarkan tali khemah
berjuntai keluar dari gulungan khemah tersebut.
Selepas itu, khemah perlu dilipat sehingga lebarnya lebih kurang 0.5 meter
kemudian gulung dengan kemas. Akhirnya khemah dilipat dengan kemas.

Jaa kanak-kanak riang

Anda mungkin juga menyukai