Anda di halaman 1dari 6

CONTOH PENULISAN AKADEMIK

PENILAIAN APLIKASI VIDEO DA-LINGUA DALAM PAKEJ MYFRANCA PENGAJARAN


BAHASA KEBANGSAAN SEJARAH TAHUN 5

Nurul Hanis binti Subakti


Jabatan Sejarah,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

PENDAHULUAN

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) sebagai sumber pengajaran dan
pembelajaran (PdP) Sejarah menjadi pelengkap kepada cara penyampaian guru tentang isi kandungan
sejarah (Syed Ismail et. al, 2017). TMK sebagai satu anjakan paradigma untuk merevolusikan
pembelajaran, memperkayakan kurikulum serta memperkembangkan pedagogi dilihat mampu
meningkatkan penguasaan pelajar. Hal ini kerana, pelajar dapat mengupayakan ketrampilan dan kualiti
diri apabila diberi peluang pembelajaran menggunakan TMK. Perkara ini bertepatan dengan
transformasi sistem pendidikan yang menekankan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21). Menyahut
cabaran PAK21, guru-guru harus memanfaatkan penggunaan TMK sebagai platform untuk mengajar.
Bertepatan dengan itu, satu video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital telah
dibangunkan dengan menggunakan aplikasi WIX sebagai platform utama. Pakej tersebut dinamakan
MyFranca menyediakan maklumat tentang bahasa kebangsaan negara kita yang bertetapan dengan
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sejarah Tahun 5. Antara video yang dihasilkan
adalah Da-Lingua yang berfungsi sebagai set induksi untuk memulakan pengajaran. Isi kandungan
video adalah ringkas dan mengandungi teks yang mudah untuk difahami oleh pengguna terutamanya
kumpulan murid. Video ini dihasilkan adalah untuk memberi persiapan awal terhadap Standard
Pembelajaran (SP) dan Standard Kandungan (SK) yang akan diteruskan dalam aktiviti PdP seterusnya.
Video ini dihasilkan untuk membina pemahaman awal pengguna terhadap topik pembelajaran secara
menyeluruh.

DAPATAN ANALISIS PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DIGITAL

Penilaian video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital bagi mata pelajaran sejarah
Tahun 6 di bawah tajuk bahasa kebangsaan ini dilaksanakan berdasarkan instrumen penilaian yang
memfokuskan kepada empat konstruk berikut :

(i) Pengisian atau Kandungan


(ii) Pedagogi
(iii) Kualiti Media
(iv) Kreativiti Pakej

Penilaian ini bertujuan untuk melihat kesesuaian video dan pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran digital yang dibangunkan mengikut konstruk yang dinilai. Penilai perlu memberi respons
dengan menggunakan instrumen penilaian mengikut skala Likert dengan pemeringkatan setiap item
mengikut tahap (1 = Sangat Tidak Setuju; 2 = Tidak Setuju; 3 = Memuaskan; 4 = Setuju; 5 = Sangat
setuju). Purata skor penilaian terhadap pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang
dibangunkan ini ditunjukkan dalam jadual 1 di bawah berdasarkan kepada penilaian daripada tiga
penilai :

Jadual 1 Taburan min penilaian bahan pakej pengajaran dan pembelajaran


N Minimum Maksimum Min
Pengisian/Kandung 3 4 5 4.7
an
Pedagogi 3 3 5 4.2
Kualiti Media 3 4 5 4.4
Kreativiti Pakej 3 4 5 4.6

Analisis data bagi setiap item dalam setiap konstruk yang diuji dibentangkan dalam bentuk
purata min. Jadual 2 menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (i) Pengisian
atau kandungan video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital berdasarkan skala Likert 5
tahap.

Jadual 2 Purata min konstruk pengisian atau kandungan


Item Pernyataan Min
i Kandungan pengajaran mengambil kira pengetahuan sedia 4.3
ada murid.
ii Kandungan pengajaran sesuai dengan tahap kognitif 5.0
murid.
iii Kandungan pengajaran bertepatan dengan standard 4.7
pembelajaran yang dipilih.
iv Kandungan pengajaran membantu untuk mencapai 5.0
objektif pembelajaran.
v Kandungan pengajaran mampu menarik perhatian murid 4.7
dengan isi kandungan yang disampaikan.
Min 4.7

Berdasarkan jadual 2 di atas, pengisian atau kandungan merujuk kepada bahan pembelajaran
yang disediakan berdasarkan kepada topik Bahasa Kebangsaan. Kandungan video dan pakej bahan
pengajaran dan pembelajaran digital yang baik hendaklah dapat mencapai semua objektif pembelajaran
yang dinyatakan berdasarkan kepada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran di samping
mengambil kira pengetahuan sedia ada murid sesuai dengan tahap kognitif murid serta mampu menarik
perhatian mereka. Data dalam jadual 2 menunjukkan bahawa penilai memberikan respons yang positif
terhadap kandungan video dan pakej yang dibangunkan. Penilai menyatakan bahawa kandungan yang
disediakan adalah sangat baik dengan min purata 4.7. Hal ini menunjukkan bahawa kandungan yang
disediakan menepati kehendak aspek kandungan bahan pengajaran yang sangat baik.
Jadual 3 pula menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (ii) Pedagogi
pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 3 Purata min konstruk pedagogi


Item Pernyataan Min
i Pedagogi yang digunakan bersama video dapat 4.0
merangsang pemikiran murid
ii Aktiviti yang disediakan dapat membantu kefahaman 4.0
murid tentang topik pembelajaran yang dipilih.
iii Aktiviti pengajaran mampu merangsang pemikiran 4.0
kemahiran berfikir aras tinggi murid.
iv Pedagogi yang digunakan bersama video membantu guru 4.3
merangka strategi pengajaran.
v Aktiviti yang disediakan bersesuaian dengan tahap 4.7
kognitif murid.
Min 4.2
Berdasarkan jadual 3 di atas, pedagogi merujuk kepada kaedah yang digunakan bersama dalam
merangka strategi pengajaran. Pedagogi yang digunakan di dalam pakej ini dibina bersama dalam
penghasilan video. Pedagogi yang baik mampu merangsang pemikiran murid secara kreatif dan kritis
dengan elemen kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) sesuai dengan tahap kognitif murid. Data dalam
jadual 3 menunjukkan bahawa penilai memberikan respons yang positif terhadap pedagogi yang
digunakan bersama video. Penilai menyatakan bahawa pedagogi yang digunakan bersama ini adalah
sangat baik bagi konstruk yang dikaji dengan min purata 4.2. Hal ini jelas menunjukkan bahawa
pedagogi bersama video yang dibangunkan telah mengambil kira aspek penyampaian pengajaran
kepada murid.
Jadual 4 menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (iii) Kualiti media
pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 4 Purata min konstruk kualiti media


Item Pernyataan Min
i Video yang dihasilkan dapat mengintegrasikan pelbagai 4.0
elemen multimedia.
ii Pemilihan warna pada paparan video menarik perhatian 4.7
murid.
iii Grafik yang disertakan bersama bersesuaian dengan topik 4.3
pembelajaran yang dipilih.
iv Audio, muzik atau latar suara yang digunakan dalam 4.3
video adalah jelas. 4.7
v Video yang dihasilkan dapat mencapai objektif
pembelajaran.
Min 4.4

Berdasarkan jadual 4 di atas, kualiti media dapat dijelaskan sebagai mutu yang nilai berdasarkan
video yang dihasilkan. Video yang dihasilkan mengintegrasikan pelbagai elemen multimedia bagi
memberikan kualiti yang terbaik kepada pengguna. Kualiti video yang baik dapat mengintegrasikan
elemen multimedia seperti elemen grafik yang bersesuaian serta elemen audio, muzik atau suara latar
yang jelas. Kandungan video juga hendaklah dapat menarik perhatian murid bagi mencapai objektif
pembelajaran. Data dalam jadual 4 menunjukkan bahawa penilai memberikan respons yang positif
terhadap kualiti video yang telah dihasilkan. Penilai menyatakan bahawa video yang dihasilkan
bersama video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital ini adalah sangat baik dengan min
purata 4.4. Hal ini jelas menunjukkan bahawa video yang dihasilkan telah mengambil kira kandungan
video yang hendak disampaikan di samping elemen multimedia yang sesuai dengan isi pelajaran
supaya memudahkan sesi PdP guru di dalam kelas.
Jadual 5 pula menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (vi) Kreativiti
Pakej bagi pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital berdasarkan skala Likert 5 tahap.
Jadual 5 Purata min konstruk kreativiti pakej
Item Pernyataan Min
i Reka letak antara muka yang sesuai dan menarik. 4.3
ii Pakej penggunaan dapat menggabungkan pelbagai elemen 4.7
multimedia.
iii Pemilihan elemen multimedia yang disertakan bersama 4.3
dapat meningkatkan keberkesanan mesej dan isi
kandungan yang disampaikan.
iv Pakej pengajaran mengandungi ciri-ciri interaktiviti. 4.7
v Pakej pengajaran mengandungi panduan pengguna untuk 5.0
menggunakan pakej tersebut.
Min 4.6
Berdasarkan jadual 5, kreativiti pakej merujuk kepada kreativiti dalam membangunkan video
dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital ini secara keseluruhannya. Kreativiti pakej
terletak pada reka letak antara muka yang sesuai, menggabungkan pelbagai elemen multimedia dengan
mempunyai ciri-ciri interaktif seperti tindak balas segera, maklum balas yang pantas, pelbagai pilihan
pengguna dan kawalan pengguna selain menyediakan panduan pengguna kepada pengguna pakej. Data
dalam jadual 5 menunjukkan bahawa penilai memberikan respons yang positif terhadap Kreativiti
pakej. Penilai menyatakan bahawa pakej dapat disediakan secara kreatif dengan nilai min purata 4.6.
Hal ini menunjukkan bahawa kreativiti pakej yang dibangunkan telah mengambil kira aspek-aspek
kreativiti yang telah dinyatakan.
Kesimpulannya, dapatan analisis video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital
menunjukkan bahawa konstruk yang menerima nilai min yang tertinggi ialah konstruk pengisian
kandungan. Hal ini menunjukkan bahawa pakej yang dibangunkan mempunyai penjelasan yang baik
berdasarkan topik yang dipilih mengikut DSKP. Paparan info yang terdapat di dalam pakej tersebut
telah memudahkan pengguna untuk memahami dan menerima maklumat kandungan yang ingin
disampaikan. Dengan terdapatnya video pengajaran, pentaksiran Quizizz dan bacaan tambahan
memudahkan lagi pengguna untuk memahami topik pengajaran dengan lebih mudah. Maka,
penggunaan pakej ini sangat sesuai digunakan oleh guru bagi memudahkan guru untuk mencapai
objektif pembelajaran.

KEKUATAN VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


DIGITAL

Antara kekuatan video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang dibangunkan adalah
dari aspek kekemasan reka letak antara muka yang mempunyai susunan menu yang baik dan grafik
yang bersesuaian. Sesebuah pakej yang menarik, perlu mempunyai simbol atau menu yang boleh
membantu pengguna melayari aplikasi tersebut. Penyusunan menu di dalam pakej yang telah
dibangunkan memudahkan murid dan guru untuk mengakses bahan yang telah disusun secara teratur.
Tambahan pula, terdapat manual pengguna yang disediakan yang boleh dijadikan panduan kepada
pengguna untuk mengendalikan pakej apabila ingin digunakan di dalam PdP. Keadaan ini memberikan
kesan yang positif bagi melancarkan lagi penggunaan pakej tersebut oleh pengguna apabila terdapat
penjelasan langkah yang dijelaskan secara terperinci.
Selain itu, menurut Yusof Ayob (2011), penggunaan warna yang terang memberi kelebihan
dalam video mampu meningkatkan deria penglihatan murid supaya murid lebih tertarik
menggunakannya. Penggunaan warna yang terang menjadikan video yang disediakan menimbulkan
kesan kedekatan, kegarangan, kekuatan dan keceriaan. Penggunaan warna yang terang akan
menonjolkan mesej yang hendak disampaikan kepada pengguna dengan mudah. Untuk menjadikan fon
lebih mudah dilihat, pemilihan kesan yang pelbagai warna telah diletakkan pada latar belakang yang
berbeza. Keadaan ini menjadikan video semakin mendapat perhatian daripada pengguna untuk
digunakan secara meluas dalam proses penyampaian PdP.
Seterusnya, grafik yang digabungkan dengan elemen teks, animasi dan audio telah menjadikan
pengisian video lebih menarik dan berkesan kepada pengguna (Abdul Razaq & Isjoni, 2009). Dalam
aplikasi Powtoon elemen teks tidak diberikan had terhadap patah perkataan dan ia sangat sesuai
digunakan untuk menghasilkan video Sejarah yang mempunyai banyak fakta yang ingin disampaikan.
Video yang dihasilkan juga mampu untuk membawa unsur realistik kepada pengguna, dan ini secara
tidak langsung akan mempengaruhi tindak balas, perasaan dan emosi para pengguna dengan lebih
nyata. Video dan animasi yang dibangunkan merupakan salah satu cara yang berkesan untuk
menyampaikan maklumat yang kompleks. Kekuatan video ini dapat dilihat apabila ia digunakan secara
terancang dengan menggabungkan pelbagai elemen multimedia dan bersesuaian dengan keperluan
topik pembelajaran yang menjadikan bahan pengajaran lebih mudah, jelas dibaca dan mudah difahami.
Di samping itu, video yang disediakan memberi kelebihan kepada guru dan murid untuk
menggunakannya kerana bersesuaian mengikut tahap umur murid. Video yang disediakan ini bertujuan
khusus untuk memudahkan lagi kaedah pedagogi guru di dalam kelas untuk mencapai objektif
pembelajaran. Maka, video ini sangat sesuai mengikut pengetahuan sedia ada kerana isi kandungan
pengajaran tidak terlalu berat untuk murid menerima kerana disediakan mengikut tahap kognitif yang
bersesuaian. Video yang disediakan menggunakan perkataan dan ayat yang ringkas supaya sesuai
dengan tahap pemikiran murid. Hal ini kerana, klip video yang dihasilkan masih berpandukan DSKP
yang disediakan sesuai mengikut tahap umur murid. Hal ini memberikan kemudahan kepada guru dan
murid untuk memahami topik pembelajaran dengan lebih mudah.

KELEMAHAN VIDEO DAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


DIGITAL

Antara kelemahan yang terdapat pada pakej yang dibangunkan adalah pemilihan warna bagi latar
belakang. Pada halaman utama sahaja yang mempunyai warna yang terang yang menarik minat
pengguna. Sebaliknya, untuk latar belakang pakej bagi muka halaman yang berikutnya hanya
pemilihan warna putih. Keadaan ini menyebabkan pakej yang dihasilkan tidak memberikan motivasi
kepada pengguna. Selain itu, pakej yang dibangunkan tidak mempunyai suara latar yang disunting
untuk menjelaskan penggunaan pakej dengan lebih mendalam. Manual pengguna hanya menjelaskan
penggunaan pakej secara umum dan tidak mendalam. Keadaan ini menimbulkan kesukaran kepada
pengguna untuk menggunakan pakej yang telah dibangunkan.
Selain itu, video dan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang dibangunkan adalah
durasi video yang dihasilkan. Video yang dihasilkan menggunakan aplikasi Powtoon memberi
maksimum durasi masa selama tiga minit sahaja. Maka, tempoh satu muka ke satu muka baru perlu
dicepatkan supaya semua isi kandungan dapat dipaparkan. Keadaan ini menyebabkan murid perlu
membaca dengan cepat supaya penyampaian isi kandungan dapat difahami secara keseluruhannya.
Namun, terdapat murid yang mempunyai tahap kognitif yang rendah iaitu mempunyai kesukaran untuk
membaca teks yang dipaparkan dengan cepat. Keadaan ini akan menimbulkan masalah apabila akan
terdapat murid yang tidak sempat membaca isi yang ingin disampaikan secara keseluruhannya. Maka,
murid akan mengalami masalah untuk terus fokus terhadap video yang dipaparkan.
Seterusnya, video yang dihasilkan kurang mempunyai elemen KBAT. Hal ini kerana video yang
dihasilkan merupakan video di bahagian set induksi yang hanya memberikan gambaran secara
keseluruhan terlebih dahulu tentang topik pembelajaran. Soalan yang dikemukakan untuk murid
berinteraksi kurang menjurus kepada pemikiran kritis murid kerana hanya menguji kefahaman di tahap
yang rendah. Namun, KBAT perlu dimasukkan dengan lebih banyak kerana terdapat beberapa
kepentingannya sendiri. Antaranya ialah seperti merangsang pemikiran kritis dan kreatif murid berfikir
di luar kotak berdasarkan topik yang dipelajari. Apabila terdapatnya unsur KBAT, murid akan lebih
fokus untuk memahami secara mendalam terhadap video yang ditayangkan kerana di pengakhiran bab
akan terdapatnya soalan yang memerlukan murid untuk menjawab. Oleh itu, unsur KBAT perlu
dimasukkan ke dalam video supaya kefahaman murid boleh terus diuji supaya guru boleh mengesan
adakah murid memahami secara mendalam terhadap topik yang dipelajari kerana teknik penyoalan
terus dilaksanakan oleh guru.
Menurut Noriati A. Rashid (2012), elemen interaktiviti menjadikan persembahan maklumat
bukan lagi pasif seperti dahulu tetapi lebih dinamik dan lebih berkesan. Hal ini kerana, penggunaan
aplikasi Powtoon mempunyai kekurangan kerana tidak menyediakan tapak pengisian untuk
menghasilkan video yang interaktif.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk menambah baik video yang dihasilkan.
Antaranya ialah latar belakang pakej yang kosong boleh digantikan dengan warna yang lebih menarik
dan ceria. Contohnya, penggunaan warna-warna yang terang seperti kuning, merah, jingga dan
sebagainya.
Selain itu, durasi masa video yang singkat dapat ditambah baik dengan menggabungkan
beberapa video yang lain. Video-video yang dihasilkan akan digabungkan menjadi satu video yang
lebih panjang dengan menggunakan aplikasi seperti Filmora. Hal ini akan menyebabkan penyampaian
isi kandungan akan lebih jelas apabila banyak maklumat yang dapat diberikan dalam video. Namun
begitu, terdapat penyelesaian lain jika video yang dihasilkan terlalu pendek durasi yang dihadkan. Isi
yang ingin disampaikan mestilah padat dan diringkaskan supaya penggunaan teks dapat dikurang.
Maka, pengguna dapat mengambil masa untuk membaca kesemua maklumat yang dipaparkan.
Keadaan ini akan membantu pengguna untuk terus mengekalkan fokus terhadap video yang
disampaikan kerana padat dan ringkas penyampaian dan tidak terlalu panjang.
Selain itu, soalan yang dikemukakan boleh ditambah baik dengan memasukkan unsur-unsur
KBAT. Soalan yang dikemukakan hendaklah mempunyai aras yang tinggi di bahagian akhir video
yang dihasilkan. Maka murid akan dilatih untuk membina pemikiran kreatif apabila soalan-soalan
KBAT yang menguji kefahaman perlu dijawab. Walaupun penggunaan TMK sangat dititikberatkan
dalam Pembelajaran Abad ke-21, namun ia juga perlu selari dengan elemen KBAT yang diambil kira
untuk melahirkan generasi yang berpandangan jauh.
Seterusnya, penambahbaikan boleh dilaksanakan terhadap video yang dihasilkan adalah dengan
memasukkan unsur video interakatif. Video yang interaktif perlu dibangunkan supaya terdapat
komunikasi dua hala antara pengguna dan media yang dibangunkan (Othman Yunos, 2011). Hal ini
akan membina hubungan yang baik antara pengguna dan bahan supaya terdapatnya suasana
menyeronokkan. Video yang dihasilkan menerusi aplikasi Powtoon boleh digabungkan dengan aplikasi
yang menyediakan video interaktif seperti H5P.

PENUTUP

Kesimpulannya, pakej yang telah dibangunkan ini mempunyai kelebihan dan kelemahannya sendiri.
Kelebihan pakej yang dihasilkan adalah pakej ini mencapai purata min yang baik bagi kesemua
konstruk yang telah digariskan. Antara konstruk yang ditetapkan adalah dari aspek pengetahuan
kandungan, pedagogi, kualiti media dan kualiti pakej. Namun begitu, masih terdapat kelemahan yang
terdapat pada pakej ini seperti pemilihan warna latar belakang, kekurangan elemen KBAT dalam video
serta video yang mempunyai durasi masa yang pendek dan kurang interaktif. Penambaikkan perlulah
dilakukan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang dinyatakan. Guru perlu menitikberatkan
pembangunan pakej yang baik supaya sesi PdP berjalan dengan lancar. Penggunaan pakej bahan digital
yang telah dibangunkan membantu guru dalam menjadikan proses PdP Sejarah lebih berkesan.
Penggunaan pakej ini dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran guru serta dapat mencapai kesemua
objektif pembelajaran yang telah dirancang.

RUJUKAN

Abdul Razaq & Isjoni (2009). Penggunaan Teknologi Maklumat Sebagai Alat Kognitif Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah Di Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan:Universiti
Teknologi Malaysia, 2(1), 59-70
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sejarah Tahun Lima. Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Noriati A.Rashid (2012). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor: Oxford
Fajar Sdn. Bhd
Othman Yunos. (2011). Kesan Aplikasi Perisian Cerita Interaktif Semasa Mengajarkan mata pelajaran
sejarah, Murid Tahun 4 Di Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu:
Malay Language Education Journal (MyLEJ).