Anda di halaman 1dari 2

UNTUK SIARAN

SEGERA
11 APRIL 2020

KENYATAAN MEDIA

MENTERI KEWANGAN
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT (PRIHATIN):


BANTUAN BERJUMLAH RM300 JUTA SECARA ONE-OFF BAGI
PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) DIPERCEPATKAN
DAN DIPERLUASKAN KEPADA PELAJAR TINGKATAN ENAM,
DIPLOMA DAN YANG SETARA

Salah satu langkah PRIHATIN yang diumumkan YAB Perdana Menteri


pada 27 Mac 2020 adalah bantuan secara one-off RM200 kepada setiap
pelajar sepenuh masa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) meliputi pelajar
matrikulasi, Kolej Komuniti, Politeknik serta Institusi Pengajian Tinggi
Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.

Kementerian Kewangan dengan sukacitanya memaklumkan bahawa


bantuan tersebut diperluaskan kepada pelajar tingkatan enam,
pelajar diploma dan yang setara, termasuk di institusi di bawah
Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan serta
MARA.

1
Dengan perluasan tersebut, peruntukan yang disediakan telah
dinaikkan daripada RM270 juta kepada RM300 juta untuk
memanfaatkan lebih kurang 1.5 juta pelajar.

Kementerian Kategori Pelajar Anggaran Pelajar


Penyeliaan Layak Menerima
KPT • IPTA, Politeknik, Kolej Komuniti, IPTS 1.2 juta
KPM • Tingkatan Enam & Matrikulasi 0.1 juta
Pelbagai • Pelajar diploma atau setara termasuk 0.2 juta
TVET SKM4 dan ke atas
JUMLAH 1.5 juta

Di samping itu, Kementerian yang terlibat akan mempercepatkan


jadual bayaran kepada pelajar IPT yang layak daripada bulan Mei
kepada hujung bulan April 2020.

Kerajaan berharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan


beban yang dihadapi oleh pelajar IPT dalam tempoh PKP. Moga mereka
terus sabar dan gigih dalam perjalanan menuntut ilmu dan menimba
kemahiran.

YB TENGKU DATO’ SRI ZAFRUL AZIZ


Menteri Kewangan
Putrajaya
11 April 2020

Anda mungkin juga menyukai