Anda di halaman 1dari 3

BURUNG-BURUNG PAGI

(A.Wahab Ali)

Maksud Sajak

Rangkap 1

Kemunculan golongan pengemis pada awal pagi untuk mencari rezeki telah menyedarkan
penyajak.

Rangkap 2

Pada ketika itu penyajak baru sahaja bersiap-siap untuk keluar ke tempat kerja.

Rangkap 3

Penyajak memerhatikan golongan pengemis yang berusaha mencari rezeki di tengah kota.
Penyajak tertanya-tanya sama ada golongan ini mampu terus mendapatkan sedikit rezeki
atau lebihan makanan daripada orang lain. Bagi penyajak, kota tersebut tidak sesuai bagi
golongan ini untuk terus mendapatkan rezeki.

Rangkap 4

Namun penyajak dapat merasakan bahawa golongan ini begitu yakin dengan kudrat dan
kemampuan mereka walaupun serba kekurangan.

Tema

Sajak ini mengemukakan tema kehidupan golongan pengemis di sebuah kota – Golongan
pengemis ini dilambangkan dengan burung-burung yang keluar pada waktu pagi untuk
mendapatkan makanan.

Persoalan

1. Persoalan kegigihan mencari rezeki iaitu golongan pengemis keluar pada awal pagi
untuk mencari rezeki.

2. Persoalan keprihatinan iaitu penyajak tergerak hati untuk memikirkan nasib golongan
pengemis di kota tersebut.

3. Persoalan keyakinan diri, golongan pengemis yakin dengan diri mereka untuk terus
mencari rezeki di kota tersebut.

1
Bentuk

1. Sajak ini terdiri daripada empat rangkap.

2. Rima akhir bebas.

3. Jumlah baris bebas.


Contohnya : Rangkap 1, 2 dan 4 - 4 baris, Rangkap 3 – 7 baris

4. Jumlah perkataan sebaris antara satu hingga enam patah kata.

5. Jumlah suku kata sebaris antara empat hingga lima belas suku kata.

Gaya Bahasa

1. Kata ganda
Apakah ada ulat-ulat lemah bagimu (Rangkap 3, baris 3)

2. Sinkope
Kulihat kau mematuk pasir pertama (Rangkap 3, baris 1)

3. Asonansi
Dan remah anak-anak sekolah (Rangkap 3, baris 5)
Pengulangan vokal ’a’

4. Aliterasi
membuka mataku (Rangkap 1, baris 4)

Nada

Sajak ini bernada sinis

Nilai

1. Nilai keprihatinan
Prihatin dengan nasib golongan pengemis di kota.

2. Nilai kegigihan
Pengemis berusaha mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan mereka.

3. Nilai keyakinan
Golongan pengemis yakin dengan kemampuan mereka untuk terus hidup di kota-kota
besar.

2
Pengajaran

1. Kita hendaklah prihatin dengan kesusahan yang dialami oleh orang lain contohnya
penyajak prihatin dengan nasib golongan pengemis.

2. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mendapatkan rezeki contohnya golongan pengemis
keluar awal-awal pagi untuk mencari rezeki.

3. Kita seharusnya yakin dengan kemampuan diri contohnya golongan pengemis yakin
dengan kemampuan mereka untuk terus hidup dengan usaha mereka mencari rezeki.

Latihan

1. Huraikan maksud rangkap ketiga sajak Burung-Burung Pagi.

2. Kemukakan 3 pengajaran yang diperoleh dalam sajak Burung-Burung Pagi.

3. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk menangani
masalah pengemis di negara kita?

Jawapan:

1. Maksud rangkap ketiga itu ialah penyajak memerhatikan golongan pengemis yang
berusaha mencari rezeki di tengah kota. Penyajak tertanya-tanya sama ada
golongan ini mampu terus mendapatkan sedikit rezeki atau lebihan makanan
daripada orang lain. Bagi penyajak, kota tersebut tidak sesuai bagi golongan ini
untuk terus mendapatkan rezeki.

2. Tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak ini ialah:

a) Kita hendaklah prihatin dengan kesusahan yang dialami oleh orang lain.
Contohnya penyajak prihatin dengan nasib golongan pengemis.

b) Kita hendaklah gigih berusaha untuk mendapatkan rezeki. Contohnya golongan


pengemis keluar awal-awal pagi untuk mencari rezeki.

c) Kita seharusnya yakin dengan kemampuan diri. Contohnya golongan pengemis


yakin dengan kemampuan mereka untuk terus hidup dengan usaha mereka
mencari rezeki.

3. Langkah-langkah untuk membantu golongan pengemis di negara kita ialah:

a) Menyediakan tempat perlindungan percuma untuk mereka.


b) Memberi kemudahan percuma seperti pendidikan, kesihatan dan sebagainya.
c) Membuka peluang pekerjaan kepada golongan ini.

Anda mungkin juga menyukai