Anda di halaman 1dari 4

Teks pembangkang kedua(i)

Assalamualaikum w.b.t.. 

Di sini saya sertakan teks bahas ala parlimen yang telah saya
gunakan pada tahun 2010 ketika bertanding melawan SMK Pulau
Indah. Usulnya adalah KEMAJUAN SAINS DAN TEKNOLOGI PUNCA
PENINGKATAN GEJALA SOSIAL.

Ketika ini saya di angkat menjadi pembahas terbaik. Sila ikuti teks
berikut :

Bismillahirrahmanirrahim.

Terima kasih tuan yang dipertua, kabinet kerajaan, rakan-rakan


pembangkang dan seterusnya ahli-ahli yang berhormat sekalian.

Assalamualaikum w.b.t. dan selamat bersidang.

Tuan yang dipertua,

Usul masih tetap sama iaitu KEMAJUAN SAINS DAN TEKNOLOGI


PUNCA PENINGKATAN GEJALA SOSIAL. Namun, sebagai pihak
pembangkang yang sentiasa memikirkan kepentingan masyarakat di
negara ini, kami tetap terus tidak bersetuju dengan usul yang
digagaskan oleh YAB Perdana Menteri sebentar tadi.

Tuan yang dipertua,

Bertindak selaku pembangkang kedua, saya bertanggungjawab


mempertahankan pindaan definisi yang dibuat oleh ketua
pembangkang sebentar tadi secara ringkas.

Menurut Ensiklopedia bebas Bahasa Melayu, Wikipedia


Malaysia, Sains dan Teknologiialah pengetahuan berkaitan
pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses
untuk menyelesaikan masalah manusia. Bukan didefinisi menurut
kamus dewan edisi ke 4 sebagai sebenarnya tidak
manakala punca sebagai sumber atau asal. Seterusnya, kami
takrifkan peningkatan sebagai sesuatu yang sedang berlaku dan
masih berterusan. Frasa gejala sosial menurut Puan Ramlah Yong,
Pengarah Kesuma JAKIM sebagai perubahan negatif dan jelik yang
berlaku dalam aspek kemasyarakatan seperti pergaulan,
persahabatan atau aktiviti sosial.

Tuan yang dipertua,

Menjadi tanggungjawab saya juga untuk membidas ketiga-tiga hujah


pihak kerajaan. Kita lihat satu-persatu nasib mereka.

(bidas ketiga-tiga usul pihak kerajaan)


  
Tuan yang dipertua,

Kami akan terus mempertahankan pendirian pasukan kami terhadap


usul yang hangat dibincangkan. Kami langsung tidak percaya dan
tidak bersetuju dengan usul KEMAJUAN SAINS DAN TEKNOLOGI
PUNCA PENINGKATAN GEJALA SOSIAL.

Atas dasar tersebut, sila analisis hujah kedua dan ketiga pasukan
kami.

Hujah kedua kami dibawah kata kunci sains dan teknologi pemberi


maklumat dan informasi.

Suatu ketika dahulu, pelajar perlu membawa kalam dan papan batu
ke sekolah. Selepas pengenalan pensil dan kertas, sistem ini dianggap
maju. Kini zaman semakin berubah, dimana sesetengah pelajar hanya
perlu membawa komputer riba. Semua nota dan latihan yang
diberikan hanya perlu dimasukkan ke dalam CPU (Central Processing
Unit) – mohon tuan yang dipertua. Lihatlah betapa moden dan
canggihnya pendidikan masa kini. Hal ini lebih memudahkan
pendidik dan para pelajar menjadi celik teknologi maklumat. Pelajar-
pelajar di sekolah rendah, menengah dan di institut pengajian tinggi
mudah mendapat bahan untuk tugasan mereka melalui jaringan
internet. Segalanya hanya di hujung jari. Lebih membanggakan, kita
diperkenalkan dengan sistem PJJ (Pendidikan Jarak Jauh) atau lebih
dikenali sebagai pendidikan atas talian membolehkan penuntut
hanya duduk di rumah dan boleh mengikuti kuliah masing-masing
melalui sistem ini. Jelas tuan yang dipertua kemajuan sains dan
teknologi tidak mendatangkan gejala sosial sebaliknya banyak
mendatangkan faedah atau manfaat kepada masyarakat.
Pihak kerajaan nampaknya masih ragu. Saya hidangkan pula contoh
ke dua. Tuan yang dipertua, dewasa ini, pelajar tidak perlu lagi ke
perpustakaan untuk membuat rujukan sebaliknya hanya dengan satu
sentuhan tangan, semua judul buku yang terdapat dalam sebuah
perpustakaan akan terpampang di skrin komputer. Sistem ini
dikenali sebagai ‘on-line library’ – mohon tuan yang
dipertua. Maklumat mengenai buku-buku dimasukkan dan bagaikan
kilat, buku yang dicari dapat ditemui. Tuan yang dipertua, jelaslah
bahawa sains dan tekologi pemberi maklumat dan informasi.

Seterusnya tuan yang dipertua,

Hujah ketiga pihak pembangkang di bawah kata kunci sains dan


teknologi memudahkan urusan manusia.
  
Yang berhormat rakan-rakan lama dari pihak kerajaan, sudah terang
lagi bersuluh, Sains dan teknologi banyak memberi kemudahan
kepada manusia. Contohnya alat-alat yang dapat memudahkan
urusan kerja manusia seperti mesin basuh, periuk nasi elektrik,
penghawa dingin dan sebagainya telah banyak berjasa kepada kita
semua. Semua alat-alat moden ciptaan kemajuan sains dan teknologi
banyak berjasa kepada manusia. Selain itu, urusan-urusan
pembayaran juga boleh dijalankan di mesin-mesin ATM – mohon
tuan yang dipertua dan juga melalui pembayaran di internet. Jelas
kita lihat bahawa kemajuan sains dan teknologi bukan medatangkan
kesan buruk kepada sosial manusia.

Contoh seterusnya, tuan yang dipertua, dengan ciptaan sains dan


teknologi juga segala urusan sama ada dalam bentuk perniagaan dan
perdagangan menjadi mudah. Pada zaman pascamerdeka ini,
pelbagai ciptaan baru wujud bagi memudahkan urusan perniagaan.
Contohnya, mesin faksimile, e-mel atau surat elektronik dan
sebagainya memudahkan peniaga-peniaga membuat urusan jual beli
barangan tanpa perlu pergi ke tempat tersebut. Dengan hanya
menekan beberapa butang tertentu, urusan perniagaan dapat
dijalankan. Melalui sistem ini, masa, wang dan tenaga dapat
dijimatkan. Nah! Sudah jelas dan nyata bahawa sains dan teknologi
memudahkan urusan manusia.
Atas dasar kenyataan tersebut, saya mohon usul KEMAJUAN SAINS
DAN TEKNOLOGI PUNCA PENINGKATAN GEJALA SOSIAL dikaji
semula untuk kepentingan keseluruhan masyarakat Malaysia.

Tuan yang dipertua, analisis hujah kami cukup-cukup mantap untuk


tidak menerima usul perdebatan pada hari ini. Justeru, kami sekali
lagi mencabar pihak kerajaan buktikan bahawa SAINS DAN
TEKNOLOGI PUNCA PENINGKATAN GEJALA SOSIAL.
  
Tuan yang dipertua,
  
Pihak kerajaan semakin terpegun dan terpukau dengan pendirian
kami pada hari ini. Maka, usul SAINS DAN TEKNOLOGI PUNCA
PENINGKATAN GEJALA SOSIAL, wajar ditolak dan tidak diterima
pakai demi kesejahteraan insan sejagat.
  
Dengan itu, tuan yang dipertua, kami mohon untuk terus
membangkang.
  
Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai