Anda di halaman 1dari 2

INDAHNYA PENGALAMAN PDPRKU

Sesi persekolahan pada tahun lepas sangat terkesan akibat Covid-19. Kerajaan

telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan telah mengarahkan

semua sekolah ditutup kerana kebimbangan terhadap ancaman virus ini. Apabila

sekolah ditutup, sesi persekolahan secara bersemuka tidak dapat dijalankan.

Kementerian Pendidikan telah mengarahkan sesi pembelajaran bagi murid

diteruskan secara pdpr iaitu pembelajaran dari rumah.

Saya ingin menceritakan pengalaman saya belajar secara pdpr. Saya dan

telah diberi jadual pdpr oleh guru untuk memastikan saya dapat mengikuti kelas

pdpr. Pembelajaran secara pdpr ini banyak menggunakan modul dan sesetengah

guru memberikan kerja di atas talian dengan menggunakan aplikasi secara

‘whatsapp’. Jadi, setiap guru akan memberikan kerja pdpr mengikut jadual yang

telah dimasukkan ke dalam kumpulan ‘whatsapp’ kelas masing-masing.

Bagi saya, pembelajaran menggunakan modul lebih mudah difahami kerana

guru akan menyediakan bahan mengikut mata pelajaran dan topik-topik yang telah

dipilih oleh guru. Pembelajaran secara modul juga boleh merujuk kepada buku teks

walaupun tanpa guru. Ada kalanya saya memerlukan bantuan ibu saya untuk

mengajar saya untuk lebih memahami sesuatu topik pembelajaran. Sesetengah guru

juga memberi arahan dan menyalurkan soalan-soalan pdpr melalui aplikasi whatapp.

Kaedah ini memerlukan kita mencetak bahan atau menyalinnya ke dalam buku teks.

Walaubagaimanapun, saya lebih menyukai pembelajaran secara modul di mana

modul itu perlu diambil dan dihantar semula di pondok jaga sekolah mengikut

tempoh masa yang telah ditetapkan.


Selain itu, pengalaman saya sepanjang sesi pdpr ini juga telah memahirkan

saya untuk mencari maklumat yang diperlukan dengan menggunakan google

dengan mudah dan cepat, Adakalanya saya berbincang tentang pembelajaran

secara pdpr ini bersama kawan-kawan saya melalui video call dalam aplikasi

“whatapp’.

Kesimpulannya, pembelajaran secara pdpr di rumah lebih selesa tetapi

pembelajaran bersemuka di sekolah lebih berkesan kerana pengajaran guru lebih

banyak membantu saya untuk lebih mudah faham.

BIODATA PENULIS

NAMA : NUR ADELIA QAISARA BT SUHAIMI


UMUR : 12 TAHUN
SEKOLAH : SK DUYONG, KUALA TERENGGANU
HOBI : MEMBACA
CITA-CITA : PENSYARAH

Anda mungkin juga menyukai