Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA

PROGRAM MINDA SIHAT


DALAM KEBIASAAN BAHARU
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUM-BUM

TARIKH
FEBRUARI – NOVEMBER 2021

TEMPAT
SMK BUM-BUM, SEMPORNA
SABAH

ANJURAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
DENGAN KERJASAMA
UNIT HEM
SMK BUM-BUM SEMPORNA

TEMA
“MINDA SIHAT: EMOSI TERJAGA, KEHIDUPAN SEJAHTERA”
1.0 PENGENALAN

Program ini dijalankan untuk membantu pengurusan sekolah pada hari pertama persekolahan
dengan mengambil kira langkah-langkah bagi mengawal penularan jangkitan penyakit coronavirus
2019 (Covid-19). Disamping itu, program ini juga membantu murid berasa tenang dan selesa
dengan kebiasaan baharu. Program Minda Sihat Dalam Kebiasaan Baharu merupakan projek yang
melibatkan intervensi unit bimbingan dan kaunseling sebagai persediaan kehadiran murid -murid
selepas lama bercuti kerana wabak COVID-19. Bertemakan Minda Sihat: “Emosi Terjaga,
Kehidupan Sejahtera” bagi meningkatkan kesedaran warga sekolah akan kepentingan penjagaan
kesihatan mental.

2.0 OBJEKTIF

Di akhir program ini, murid-murid akan dapat :


2.1 Mengetahui kesediaan dan tahap emosi murid bagi menghadapi sistem persekolahan sesuai
dengan kebiasaan baharu.
2.2 Memastikan psikologikal, psikososial dan kesihatan murid, guru dan warga sekolah diberi
perhatian semasa berada di sekolah.
2.3 Memastikan tahap kesediaan emosi murid stabil.

3.0 KPI (INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME)

Output Warga sekolah dapat mengetahui kesediaan dan tahap emosi murid bagi
menghadapi sistem persekolahan sesuai dengan kebiasaan baharu.

Outcome Membantu murid menyesuiakan diri dengan kebiasaan baharu di sekolah.


Warga sekolah dapat mengamalkan panduan yang diberikan oleh Guru Bimbingan
dan kaunseling dan dapat membantu orang lain pula dalam kesejahteraan mental
dan emosi.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid sesi petang, Murid PPKI, Pelajar Tingkatan 6 SMK Bum-Bum Semporna
5.0 STRATEGI PELAKSANAAN
5.1 Menyediakan ahli jawatankuasa Pelaksanaan Program.
5.2 Mengadakan taklimat penerangan tentang konsep objektif dan kepentingan pelaksanaan
kepada murid dan guru.
5.3 Melaksanakan Program Pemugaran Emosi dalam normal baharu pada hari pertama
persekolahan.
5.4 Tempat pelaksanaan program adalah di dalam kelas atau mengikut kesesuaian sekolah.
5.5 Jawatankuasa pemantau adalah terdiri daripada pihak pengurusan sekolah dan penyelaras
program.

6.0 PELAKSANAAN PROGRAM

Program Pemugaran Emosi Murid akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:

6.1 Tarikh : Sepanjang Bulan Februari – November 2021


6.3 Masa : 07.45 pagi hingga 03.15 petang
6.4 Tempat : SMK Bum-Bum & (Kaedah Online – menghebahkan
maklumat melalui infografik minda siha)t”

7.0 ATUR CARA PROGRAM

Berikut jadual pelaksanaan Program Pemugaran Emosi Murid Dalam Kebiasaan Baharu

7.1 Jadual Pelaksanaan Pemugaran Emosi Murid Dalam Kebiasaan Baharu (Fasa 1)

Masa Aktiviti
1 Slot 1
(30 Guru mengucapkan selamat kembali ke sekolah
minit) - Sejarah Covid-19
- Lembaran Kerja 1.1 (Kenali Covid-19)

2 Slot 2
(60 Dunia Baharuku
minit) - 7 langkah cuci tangan
- Penjarakan sosial
-
3 Slot 3
(30 Relaksasi Minda
minit) - Aktiviti (Lembaran Kerja) -Asal Covid-19
- Aktiviti (Lembaran Kerja)- Golongan Berisiko Tinggi
4 Slot 4
(30 Refleksi dan Rumusan
minit) - Pesanan guru kepada murid
a) Sentiasa menjaga diri
b) Hikmah di sebalik wabak Covid-19

7.2 Jadual Pelaksanaan Program Pemugaran Emosi Murid Dalam Kebiasaan Baharu (Fasa 2)

MASA AKTIVITI
Slot 1
Soal selidik
1
- Ujian Pra
Guru mengucapkan selamat kembali ke sekolah
- Sejarah Covid-19
Slot 2
Dunia Baharuku
- 7 langkah cuci tangan
2
- Penjarakan sosial
- Penggunaan pelitup muka (guna dan pelupusan)
- Keselamatan murid, warga sekolah dan asrama
- Pergerakan murid dalam kawasan sekolah dan asrama
Slot 3
3
- Perkongsian Pengalaman
- Relaksasi Minda Covid-19
Slot 4
4
Pengurusan Daya Tindak

5 Slot 5
Rumusan
Senarai Semak Keperluan Murid Dalam Kebiasaan Baharu

· Waktu rehat bergantung kepada jadual persekolahan


· Murid dibekalkan modul aktiviti

7.3 Jadual Pelaksanaan Program Pemugaran Emosi Murid Dalam Kebiasaan Baharu (Fasa 3)

MASA AKTIVITI
Slot 1
Soal selidik
- Ujian Pra
Guru mengucapkan selamat kembali ke sekolah
- Sejarah Covid-19
Slot 2
Dunia Baharuku
- 7 langkah cuci tangan
2
- Penjarakan sosial
- Penggunaan pelitup muka (guna dan pelupusan)
- Keselamatan murid, warga sekolah dan asrama
- Pergerakan murid dalam kawasan sekolah dan asrama
Slot 3
3 - Pertandingan menghasilkan Video Pendek berkenaan “Norma Baharu &
Pengurusan Minda Sihat”
- Relaksasi Minda Covid-19
Slot 4
4
Segmen 1 Day, 1 Info & 1 Motivation.

Slot 5
5
Rumusan
Senarai Semak Keperluan Murid Dalam Kebiasaan Baharu
8.0 PELAN PENGURUSAN RISIKO

8.1 RISIKO

RISIKO PENYELESAIAN
Tarikh program yang dirancang tidak dapat Meneruskan program pada hari berikutnya i
dijalankan kerana ada perkara yang lebih
utama pada hari tersebut.
Guru matapelajaran yang tidak hadir pada Guru ganti akan menjalankan program ini
waktu tersebut kerana tugas lain. dengan kerjasama Guru Bimbingan dan
Kaunseling.

8.2. KEKUATAN

8.2.1 Sumber kewangan dari Bajet PCG Unit Bimbingan & Kaunseling sekolah.
8.2.2 Kerjasama dari pihak pentadbir dan guru untuk melaksanakan program tersebut.

9.0 BELANJAWAN

il Perkara Jumlah Sumber

1. Dua Bunting Program Minda Sihat RM 200 PCG Kaunseling

2. 1 Banner Program Minda Sihat RM 70 PCG Kaunseling

3. Hadiah Pertandingan Kuiz “Minda Sihat” RM 200 PCG Kaunseling

4 RM 200 PCG Kaunseling


Hadiah Pertandingan Menghasilkan Video
Pendek “Norma Baharu & Pengurusan
Minda Sihat”

JUMLAH RM670.00 RM 670


10.0 AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA

Penasihat : Tuan Haji Johan Bin Haji Okasa


(Pengetua)

Naib Penasihat 1 : En. Hamjah Bin Im. Marabau


(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Naib Penasihat 2 ; En. Jasman Bin Malam


(Penolong Kanan Petang)

Naib Penasihat 3 : Pn. Aminah Binti Janowin


(Penolong Kanan Pentadbiran)

Naib Penasihat 4 : En. Ismail. Bin Sapie


(Penolong Kanan Kokurikulum)

Naib Penasihat 5 : En. Jaafar Bin Payasan


(Penolong Kanan Tingkatan 6)

Naib Penasihat 6 : En. Mohammad Isnin Bin Ahmad


(Penolong Kanan Pusat Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

Penyelaras : En. Shafaruddin Bin Kapaluddin


(Guru Bimbingan & Kaunseling)

Setiausaha : Pn. Ellyanah Binti Mohammad Yahyah


(Guru Bimbingan & Kaunseling)

AJK : Semua Guru Sesi Petang.

11.0 PENUTUP

Diharapkan agar aktiviti yang dijalankan dapat mencapai objektif program


yang diharapkan dan seterusnya membantu kesejahteraan mental dan emosi warga sekolah.
Disediakan oleh, Disokong oleh, Diluluskan oleh,

………………………………. …………………….………… ……………………………………


(EN. SHAFARUDDIN BIN KAPALUDDIN) (EN. HAMJAH BIN IM. MARABAU) (TN. HJ. JOHAN BIN HJ. OKASA)
Guru Bimbingan & Kaunseling Pen. Kanan Hal Ehwal Murid Pengetua
Unit Bimbingan & Kaunseling. SMK Bum-Bum, Semporna SMK Bum-Bum, Semporna
SMK Bum-Bum, Semporna