Anda di halaman 1dari 8

My e-folio

 HOME
 EDU 3105
o PROFORMA
o NOTA INTERAKSI
o TUGASAN 1>
 TAJUK 1: TEKNOLOGI PENDIDIKAN
 TAJUK 2: MEDIA DALAM PENGAJARAN
o TUGASAN 2>
 TAJUK 1: MODEL ADDIE
 TAJUK 2: KONSEP 2D & 3D
 CATATAN REFLEKSI
o TUGASAN 3>
 E-BOOK
 CATATAN REFLEKSI
o TUGASAN 4>
 PDF & FLIP BOOK
 CATATAN REFLEKSI
 PRA 3107
o TUGASAN OLL
 PRA 3108
o TUGASAN OLL
 PJM 3106
o MEMANASKAN BADAN
o SISTEM OTOT

KONSEP ADDIE

Pengenalan
            Sememangnya semua manusia sentiasa berada
dalam proses pembelajaran, hatta bermula daripada
janin yang berada di dalam kandungan ibunya.
Seseorang individu belajar untuk memperolehi
pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman untuk
menghadapi cabaran dalam kehidupan harian. Menurut
Sulaiman (2004), pembelajaran adalah proses dalaman
yang dialami oleh seseorang melalui pengalaman,
pengetahuan dan kemahiran yang diberikan. Ia
seterusnya membawa perubahan kognitif dan tingkah
laku secara kekal.
            Sehubungan dengan itu, pembelajaran boleh
dikatakan sebagai sebahagian daripada pengalaman
dalam kehidupan seseorang individu. Namun begitu,
bagaimana seseorang individu itu belajar? Sifat semula
jadi manusia yang sentiasa ingin tahu menggalakkan
mereka mencari jawapan berkenaan dengan hal ini.
Juga, terdapat individu yang berusaha untuk membuat
kajian tentang sifat-sifat proses pembelajaran. Atas
usaha individu-individu tersebut, terdapat kajian yang
telah berjaya menghasilkan teori pembelajaran yang
masih digunapakai di dalam bilik darjah sehingga ke hari
ini.

            Reka bentuk pengajaran ialah satu proses untuk


mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai
pengajaran yang dilakukan sescara sistematik dan
terancang  Dick dan Reiser (1988). Reka bentuk
pengajaran boleh dikaitkan dengan pembinaan
pengajaran. Konsep reka bentuk pengajaran ialah
sebagai satu proses untuk membina bahan pengajaran
dan bahan multimedia.

Enam perkara asas dalam model Reka Bentuk


Pengajaran:
1.    Menentukan keperluan murid
2.    Menentukan matlamat dan objektif
3.    Membina prosedur penilaian
4.    Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian
5.    Mencuba sistem pengajaran
6.    Menilai keseluruhan sistem

            Tujuan utama reka bentuk pengajaran adalah


untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan bagi
membolehkan pelajar memperoleh kemahiran,
pengetahuan dan sikap yang diharapkan serta digemari
oleh pelajar. Pengajaran yang dirancang dengan teliti
dan lengkap mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan
perasaan hormat pelajar terhadap pengajar, sekaligus
membina disiplin yang positif. Ini kerana pengajar dapat
melaksanakan pengajaran dengan lancar dan menarik
serta tidak membazir masa dan sistematik.

            Antara kepentingan dan peranan reka bentuk


pengajaran adalah seperti meningkatkan pencapaian
pelajar, menjadikan pengajaran dan pembelajaran bilik
darjah lebih teratur, memungkinkan objektif pengajaran
dan pembelajaran dan hasil pembelajaran mudah
tercapai, membantu dalam proses membuat keputusan,
menjadikan penyampaian pengajaran dan pembelajaran
standard atau selaras bagi kumpulan yang pelbagai,
dan akhirnya menjimatkan masa dan peruntukan yang
besar, khusus bagi sesuatu program yang besar dan
luas. Contohnya, pendidikan jarak jauh.

Model Rekabentuk Pengajaran 


Model rekabentuk pengajaran merupakan garis
panduan ataupun satu set strategi yang menjadi dasar
pendekatan pengajaran untuk seseorang pengajar. Ia
membekalkan struktur secara langkah demi langkah
"how to practice" dan "how to conduct".

Terdapat pelbagai model pengajaran yang diamalkan


oleh guru-guru di sekolah. Umumnya model-model ini
boleh dikategorikan dalam tiga kumpulan berikut:
·         Model berorientasikan bilik darjah - Model
ASSURE
·         Model berorientasikan produk - Model ADDIE
·         Model berorientasikan sistem - Model Dick &
Carey
Di antara kelebihan penggunaan model pengajaran di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah:
• dapat membantu guru merancang pembinaan dan
penggunaan media dan kaedah yang sesuai.
• menjadikan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah
lebih teratur.
• membantu guru membuat persediaan yang dapat
disesuaikan dengan topik dan latar belakang murid
dalam proses pengajaran dan pembelajan.  

MODEL ADDIE 
Model ADDIE diasaskan oleh Rosset pada tahun 1987.
Model ADDIE merupakan model rekabentuk yang
berfungsi sebagai garis panduan ke arah pembinaan
perisian dan bahan pengajaran-pembelajaran
berdasarkan keperluan.

Model ini merupakan antara model pengajaran yang


sering menjadi asas kepada model-model rekabentuk
pengajaran yang lain. Model ADDIE merupakan proses
generik yang perlu diubah suai sebelum dapat
digunakan.

Tujuan model ini direkabentuk adalah untuk


menghasilkan rancangan pengajaran dan bahan
pembelajaran agar penyampaian sesuatu pengajaran itu
akan menjadi lebih efektif dan efisien. Model Pengajaran
ADDIE yang meliputi fasa-fasa analisis, rekabentuk,
pembangunan, pelaksanaan dan penilaian.
 
Lima fasa yang terdapat di dalam Model ADDIE iaitu:

 A (Analysis)             - Analisis                            
 D (Design)               -
Rekabentuk                             
 D (Development)      -
Pembangunan                    
 I (Implementation)    - Pelaksanaan                   
 E (Evaluation)           - Penilaian                    
Fasa Analisis (Analysis)
Pada peringkat ini ia melibatkan beberapa proses
penentuan serta mengenalpasti masalah yang ingin
diselesaikan. Setelah sesuatu masalah dapat
dikenalpasti proses analisis akan dilaksanakan bagi
mencari apakah punca atau faktor yang berkaitan atau
yang menimbul masalah tersebut. Proses analisis ini
melibatkan berbagai aspek antaranya:

                        i.  analisis terhadap pengguna,


                        ii.  analisis  terhadap persekitaraan
pembelajaran,
                        iii. kenalpasti matlamat pengajaran.

Pada peringkat ini beberapa analisis akan dilakukan


seperti analisis persekitaran pembelajaran, analisis
pengguna dan menentukan matlamat pengajaran.
Terdapat beberapa soalan yang boleh diajukan semasa
proses analisis iaitu :
a)    Siapakah pengguna dan apakah sifat-sifatnya?
b)    Menentukan sikap baru yang akan dipamerkan?
c)    Apakah jenis halangan pembelajaran yang wujud?
d)    Apakah pilihan bentuk penyampaian pembelajaran?
e)    Apakah tempoh masa yang diperlukan untuk
menyiapkan projek tersebut?

Merupakan asas untuk fasa-fasa seterusnya dalam


rekabentuk pengajaran. Antara perkara yang dilakukan
dalam fasa ini adalah memperjelaskan masalah,
mengenalpasti sumber masalah dan menentukan
penyelesaian masalah. Fasa ini melibatkan teknik kajian
seperti analisis kehendak, analisis kerja dan analisis
tugasan. Output bagi fasa ini termasuklah matlamat
pengajaran dan senarai tugasan yang perlu diajar.
Kesemua output ini akan menjadi input bagi fasa
rekabentuk.

Fasa Rekabentuk (Design)


Peringkat ini dilaksanakan selepas proses analisis
keperluan selesai. Ia menjelaskan pandangan
keseluruhan mengenai rupabentuk, struktur, pendekatan
teori, jenis media dan teknologi yang akan digunakan.
Antara lain ia juga melibatkan proses:

                        i.   Pembentukan objektif yang khusus


untuk pengajaran.
                        ii.  Pembinaan item-item untuk ujian.
                        iii. Pemilihan strategi pengajaran.

Fasa ini penting untuk merancang strategi dalam


membangunkan pengajaran serta menggariskan cara
bagaimana mencapai matlamat pengajaran.

Antara elemen di dalam fasa rekabentuk termasuklah


menulis siapa yang hendak disasarkan, menjalani
analisis pembelajaran, menulis objektif dan item ujian,
memilih sistem penyampaian dan menyusunatur
pengajaran.

Fasa Pembangunan (Development)


Peringkat ini melibatkan membina sistem sebenar
dengan menggunakan semua elemen media dan
teknologi yang terpilih berdasarkan keperluan.

Dibina berdasarkan fasa analisis dan rekabentuk.


Tujuan fasa ini ialah untuk menghasilkan rancangan
pengajaran dan bahan pembelajaran. Semasa fasa ini
akan dibangunkan, langkah pengajaran serta  media
yang bakal digunakan dalam pengajaran dan dokumen
lain yang diperlukan. Output dalam fasa rekabentuk
akan menjadi input kepada fasa pembangunan. Kerja-
kerja pembangunan projek mulimedia akan dilakukan
mengikut spesifikasi keperluan yang dipersetujui. Setiap
pembangunan akan diuji agar ia konsisten dan dapat
beroperasi dengan berkesan.

Fasa Perlaksanaan (Implementation)


Di peringkat ini, bahan pengajaran yang telah
disediakan akan digunakan atau dilaksanakan dalam
keadaan sebenar. Projek multimedia yang telah
disiapkan akan diuji kepada pengguna sebenar bagi
mengenalpasti kesilapan semasa proses pembangunan
projek berlaku. Sekiranya berlaku kesilapan, pembaikan
akan dilakukan sebelum ia diserahkan sepenuhnya
kepada pengguna sasaran untuk digunakan.

Fasa Penilaian (Evaluation)


Penilaian terbahagi kepada dua bahagian iaitu penilaian
formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif
merangkumi setiap fasa dalam proses ADDIE. Penilaian
formatif seharusnya dilakukan terhadap semua
peringkat untuk memastikan keberkesanannya.

Penilaian sumatif pula hanya melibatkan rekabentuk


pengujian yang spesifik sahaja yang memerlukan
maklumbalas pengguna seperti isi kandungan, strategi
dan elemen multimedia melalui kaedah temubual, soal
selidik, penyeliaan dan pengujian. Penilaian sumatif
biasanya  berlaku di peringkat akhir sesuatu projek
penghasilan bahan pengajaran diselesaikan.

POWERED BY CREATE YOUR OWN UNIQUE WEBSITE WITH


CUSTOMIZABLE TEMPLATES. GET STARTED

Anda mungkin juga menyukai