Anda di halaman 1dari 8

1.

0 PENGENALAN

Pada tahun 1988, Falsafah pendidikan kebangsaan telah diumumkan secara


rasminya. FPK ini menentukan arah haluan asas, dan sumber inspirasi
kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan di Malaysia.
Merujuk kepada FPK, FPK bermatlamat melahirkan insan yang sempurna
dan menjadi warganegara yang sempurna. Selain perkembangan potensi
secara menyeluruh dan seimbang, melalui pendidikan Malaysia dapat
mencapai maltlamat pendidikannya seperti melahirkan rakyat yang
bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajiban sebagai seorang
warganegara. Selain itu dapat melahirkan warganegara yang progresif, cekap
supaya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna dan
memberi sumbangan kepada negera. Matlamat FPK juga adalah untuk
melahirkan rakyat yang memahami dan mengamalkan prinsip – prinsip Rukun
Negara, bersikap toleransi demi mewujudkan perpaduan berbilang kaum.

Antara element – element yang membentuk FPK adalah pendidikan satu


usaha berterusan, memperkembangkan potensi individu, perkembangan
individu secara menyeluruh dan bersepadu, insan yang seimbang dan
harmonis,kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan,rakyat malaysia yang
berilmu pengetahuan, rakyat Malaysia yang berketrampilan, rakyat Malaysia
yang berakhlak mulia, rakyat Malaysia yang bertanggungjawab,rakyat
Malaysia yang berupaya mencapai kesejahteraan diri dan rakyat Malaysia
yang dapat memberi sumbangan.

1
2.0 PERANAN SEKOLAH DALAM MEREALISASIKAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Sekolah memainkan peranan besar dalam melaksanakan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK). Sekolah adalah titik mula sesuatu budaya.
Sekolah juga merupakan agen sosialisasi dan agen perubahan seseorang
insan. Di sekolah jugalah nilai-nilai murni harus diterapkan dalam diri murid-
murid untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari pelbagai aspek
JERIS iaitu, jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan
matlamat dan objektif FPK.

Untuk merealisasikan hasrat Fpk, peranan guru, kepimpinan, guru kelas dan
budaya sekolah, perlu diberi perhatian dan diaktifkan secara menyeluruh.

2.1 Peranan Guru

Peranan guru amat penting dalam merealisasikan FPK. Guru


bertanggungjawab memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh
dan bersepadu yakni insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani bertepatan dengan matlamat FPK. Peranan guru di sekolah
bertambah kompleks dengan pengenalan baru kukurikulum sekolah rendah,
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Pembangunan insan mestilah
bermula di peringkat kanak-kanak supaya mereka dapat dipupuk dengan
nilai-nilai murni dan nilai moral yang baik serta disemai dengan ilmu
pengetahuan dan kemahiran di peringkat sekolah.

Seorang guru juga mestilah merancang aktiviti pembelajaran yang akan diajar
sebelum memasuki kelas. Ini kerana guru perlu mengelola semua aktiviti
yang perlu dijalankan. Guru juga perlu memulakan sesi pembelajaran dengan
sedikit permaianan kecil atau kuiz supaya dapat menarik tumpuan murid
seperti yang di cadangkan dalam set induksi Rancangan Pengajaran Harian.

Guru adalah seorang pelakon yang baik. Ungkapan itu sering kali di dengari
kerana guru perlu mempunyai pelbagai watak untuk menarik minat murid dan
untuk memudahkan murid memahami apa yang sedang guru sampaikan.
Guru mestilah menggunakan perkataan – perkataan yang mudah difahami
dan bersesuaian dengan peringkat umur murid. Selain itu penggunaan alat

2
bantu belajar seperti carta dan gambar dapat membantu murid lebih
memahami konsep yang diterangkan oleh guru. Selain itu penggunaan bahan
maujud seperti batu,pen dan lidi adalah sangat baik untuk murid memahami
dan ingat apa yang di ajar guru. Idea yang abstrak boleh dijadikan konkrit
dengan menggunakan carta dan alat bantu mengajar lain. Guru perlu juga
menolong murid-murid mempraktikkan dan mengulangi aktiviti sehingga
pembelajaran itu menjadi berkesan. Guru juga menilai murid-muridnya
dengan menjalankan berbagai-bagai ujian. Penilaian ini akan dapat
mengesani sejauh manakah objektif pengajaran dan pembelajaran telah
tercapai.

2.2 Kepimpinan

Aspek yang kedua pula ialah aspek kepimpinan. Pemimpin sekolah iaitu guru
besar memainkan peranan yang penting untuk mencorak pergerakan sekolah
walaupun masih mengikut pekeliling yang ditetapkan oleh kementerian.
Mereka bertanggungjawab menetapkan falsafah sekolah, membentuk
wawasan sekolah, membentuk visi dan misi sekolah yang berlandaskan FPK.
Mereka juga perlu berfikiran kreatif dalam mentadbir pengurusan sekolah.

Guru besar adalah peneraju utama dalam sebuah sekolah. Satu penyelidikan
telah mengesahkan bahawa perubahan peranan pentadbir sekolah perlu
berlaku dalam aspek-aspek tertentu seperti kepemimpinan, tuntutan kerja,
orientasi perniagaan, tanggungjawab, pengurusan sumber manusia,
membuat keputusan, komunikasi, kuasa, dan perancangan. Guru besar
memainkan peranan besar dalam menentukan kejayaan dan kegagalan
sebuah sekolah.

Guru Besar bukan sahaja merancang segala aktiviti dan program di sekolah,
namun perlu turut sama terlibat dengan perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang
dirancang di sekolah. Guru Besar yang cemerlang akan sentiasa memberikan
sokongan dan galakan kepada guru-guru untuk mewujudkan suasana
pembelajaran yang lebih baik dan menarik minat murid-murid untuk belajar.
Beliau bukan sahaja pandai memberi arahan, namun perlu turut serta terlibat
dengan program-program serta perlaksanaan yang dijalankan di sekolah.

3
Penglibatan secara langsung Guru Besar dengan organisasi sekolah amat
penting dalam mewujudkan suasana dan iklim sekolah yang harmonis dan
damai selaras dengan kehendak FPK. 

Sebagai contoh jika Guru Besar mahukan sekolah tersebut berjaya dalam
bidang tertentu, beliau akan memberikan perhatian yang sewajarnya. Guru
Besar juga akan merancang aktiviti aktiviti besar sekolah seperti hari sukan
dan sebagainya.

Oleh itu, guru besar mestilah berketrampilan supaya dapat mencorak sekolah
dengan berjaya.

2.3 Guru Kelas

Guru bilik darjah memainkan peranan yang amat penting dalam


keseimbangan murid-murid di sekolah. Tugas guru bukan sahaja untuk
mengajar semata-mata namun mereka telah diberikan tugas untuk menjaga
dan memegang kelas yang terdapat di sekolah. Guru kelas bertindak
menggantikan bapa atau ibu ketika murid-murid di sekolah. Guru kelas haru
mengetahui setiap masalah murid supaya tidak mengganggu sesi
pembelajaran. Tugas guru kelas mestilah mengambil kedatangan murid dan
memastikan murid hadir ke sekolah. Jika murid tidak hadir, guru mestilah
bertanyakan sebab tidak hadir. Hal ini penting untuk keselamatan murid –
murid di sekolah. Guru kelas juga mestilah bertanggungjawab menghias dan
menceriakan kelas kerana terdapat program kelas tercantik selain itu
keadaan kelas yang ceria dan bersih dapat menarik minat murid untuk hadir
ke sekolah. Selain itu, penyusunan struktur dan organisasi kelas mestilah
ditentukan oleh guru untuk mengelak sebarang kecederaan di dalam kelas.

Selain itu, guru kelas sebagai orang yang terdekat dengan murid harus lah
memberi semangat dan kata – kata perangsang kepada murid supaya dapat
mencapai kejayaan. Selain itu, guru kelas juga memainkan peranan penting
dalam membentuk sahsiah anak – anak buahnya.

4
2.4 budaya sekolah

Budaya sekolah adalah salah satu aspek yang penting dalam merealisasikan
FPK. Budaya sekolah yang terbuka dapat meningkatkan lagi interaksi sosial
sesama murid dengan murid, murid dengan guru, guru dengan guru dan
sebagainya. Budaya yang terbuka juga memberi kebebasan kepada murid
untuk menyetai sebarang aktiviti sekolah yang dianjurkan. Selain itu, guru
pula boleh bekerja dalam keadaan yang mesra, berasa tenteram serta
melaksanakan tugas dengan adil, dedikasi, gembira dan sempurna.

Suasana sekolah yang terbuka seperti ini merupakan iklim sekolah


yang demokratik dan harmoni. Suasana ini akan dapat membantu sekolah
mencapai aspirasinya seperti membentuk murid lebih berdedikasi, lebih
berinisiatif, lebih rela bekerjasama, lebih ramah dan mesra, lebih spontan dan
berkreativiti serta lebih tinggi motivasinya.

Suasana sekolah yang harmoni dapat melahirkan suasana hormat


menghormati antara satu sama lain,budaya memberi salam,bekerjasama,
bertoleransi perpaduan dan lain – lain.

Selain itu budaya ilmu dapat dipupuk dikalangan murid dan warga
sekolah. Sebagai contoh, sekolah memainkan peranannya melalui
penganjuran program-program akademik seperti Program NILAM. Tujuan
program NILAM adalah untuk membudayakan aktiviti membaca dalam diri
murid-murid. Program ini secara tidak langsung dapat mengembangkan daya
pemikiran murid sama ada kritis atau kreatif. Amalan membaca yang
berterusan dapat membina budaya ilmu dan dpat membangunkan sesuatu
tamadun atau bangsa. Budaya ilmu bertepatan dengan element FPK iaitu
melahirkan murid yang berintelek dan berdaya saing.

Kesimpulannya, suasana sekolah yang hormonis dapat melahirkan


murid dan warga sekolah yang berkualiti.

5
3.0 IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA TERHADAP SISTEM
PENDIDIKAN NEGARA

Falsafah pendidikan negara merupakan tunjang utama kepada sistem


pendidikan negara. Hal ini kerana falsafah dijadikan sumber rujukan utama
untuk membina sistem pendidikan negara. Setiap perkara yang dilakukan
haruslah mempunyai implikasinya yang tersendiri untuk melihat
keberkesanannya terhadap usaha yang telah dilakukan. Begitu juga dengan
falsafah pendidikan negara, di mana implikasinya dapat dilihat di dalam
sistem pentadbiran negara.

Implikasi yang pertama adalah implikasi terhadap kurikulum.


Kandungan Kurikulum di setiap sekolah adalah sama,selaras dan
berorientasikan kepada program bersepadu. Hal ini untuk mengelakkan
ketidak puasan daripada pihak guru mahupun pelajar sekiranya kurikulum
berbeza bagi setiap sekolah. Jika hal ini berlaku, maka tidak tercapai
matlamat falsafah pendidikan untuk melahirkan individu yang seimbang dan
harmonis. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) merupakan hasil perubahan yang
diambil daripada falsafah pendidikan negara. Antara perubahan-perubahan
yang dilakukan adalah Sukatan pelajaran yang digubal memberi penekanan
kepada aspek kesepaduan dan kesinambungan.

Oleh itu konsep-konsep seperti penggabungjalinan (penyatuan


kemahiran-kemahiran) dan penyerapan (penyatuan isi) sentiasa
dititikberatkan. Selain itu, Penekanan baru diberi kepada penerapan nilai-nilai
murni, pendidikan teknik dan vokasional, bahasa merentasi kurikulum dan
lahirkan individu yang berkeyakinan diri dan bersikap lebih berdikari.
Tambahan, pemupukan budaya juga dilakukan dari aspek sains dan teknologi
serta keusahawanan dan budaya niaga. Pengukuhan dan perluasan bahasa
melayu sebagai satu cabang ilmu pengetahuan dan pendedahan penguasaan
bahasa inggeris juga telah dimasukkan dalam KBSR dan KBSM.

6
Implikasi yang kedua adalah implikasi terhadap pendidik. Falsafah
pendidikan kebangsaan memainkan peranan penting terhadap guru kerana
dapat membimbing guru untuk memahami dan melaksanakan sistem
pendidikan. Guru merupakan ejen perantaraan untuk mendidik dan
mengeluarkan generasi yang bertanggungjawab membantu merealisasikan
matlamat dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Visi 2020.
Implikasi terhadap pendidik adalah perubahan sikap pendidik dan
profesionalnya menjalankan tugas berdasarkan kepada falsafah pendidikan
kebangsaan. Antaranya adalah perubahan sikap pendidik dengan misi dan
visi terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan matlamat falsafah
pendidikan kebangsaan.

Selain itu, Perubahan profesional dengan mengubah strategi dan


teknik pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan serta berakhlak mulia.
Implikasi yang terakhir adalah implikasi terhadap institusi pendidikan.
Implikasi menyeluruh meliputi semua sistem pendidikan termasuklah institusi
pendidikan di mana pelajar dibentuk sejak kecil hinggalah besar. Institusi
pendidikan merupakan ejen penyebaran utama kepada falsafah pendidikan
dan falsafah kebangsaan.

Pelbagai perubahan telah dilakukan. Kemudahan-kemudahan di


sekolah diubah dan ditambah supaya pelajar mampu untuk
merperkembangkan kemahiran mereka dari segi intelek,rohani,emosi dan
jasmani. Ini adalah untuk melahirkan individu yang sempurna dan seimbang.
Budaya di sekolah juga diubah untuk memupuk nilai-nilai murni di dalam diri
pelajar supaya supaya saling bekerjasama, toleransi dan mengamalkan sikap
perpaduan. Ini adalah matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu
melahirkan individu yang mampu untuk menyumbangkan keharmonian
kepada negara.

7
8

Anda mungkin juga menyukai