Anda di halaman 1dari 4

OUMH1103

FAKULTI SAINS GUNAAN/SOSIAL

SEMESTER MEI / TAHUN 2016

MPU3123

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

NAMA PELAJAR : AHMAD FAIZ BIN MOHD SULTAN MERICAN


NO. MATRIKULASI : 840619075527002
NO. KAD PENGENALAN : 840619075527
NO. TELEFON : 0194256168
E-MEL : ahmadfaizmerican@oum.edu.my
NAMA TUTOR : EN. IDRUL HISHAM BIN ISMAIL

PUSAT PEMBELAJARAN : PP KUALA TERENGGANU


OUMH1103

1.0 Pendahuluan
Bangsa Melayu merupakan salah saatu anggota dalam rumpun Austronesia. Rumpun
Austronesia ini bukan hanya berlegar di sekitar Nusantara sahaja, malah terbentang luas
sehingga ke Taiwan, New Zealand, Madagascar, Hawaii dan Pulau Easter. (Helmi Affendi,
2015). Kaum-kaum dalam rumpun Austronesia ini bertebaran ke seluruh dunia kerana
mereka ialah bangsa pelayar yang turut memiliki ilmu astronomi yang hebat. Persamaan
bahasa, genetik dan budaya uni mewujudkan terma bangsa Melayu yang merangkumi
seluruh rumpun Austronesia.

Terdapat banyak teori tentang asal-usul Melayu. Antaraya ialah Melayu berasal dari Yunan
dan Taiwan. Namun teori terbaharu yang dikeluarkan oleh pakar akeologi Malaysia, Datuk
Dr. Wan Hashim Wan Teh, bangsa Melayu sudah berada di Nusantara sejak tahun 74000
Sebelum Masehi (S.M) (Helmi Affendi, 2015). Teori ini sekaligus mematahkan teori Yunan
dan Taiwan.

Teori Out of Sundaland adalah antara teori awal yang turut mengatakan Melayu berasal dari
Asia Tenggara. Teori ini disokong oleh Prof. Dr. Zafarina Zainuddin dan Dr. Stephen
Oppenheimer. Menurut teori ini, ketika Zaman Ais, Semenanjung Tanah Melayu, Borneo
dan Filipina bergabung antara satu sama lain membentuk satu benua besar yang dipanggil
Sundaland sebelum ditenggelami air pada penghujung Zaman Ais. Oleh sebab itu, penduduk
Sundaland ini bertebaran ke serata tempat sejauh Hawaii.

Tajuk seterusnya akan membincankan tentang sejarah bahasa Melayu serta peranannya
sebagai lingua franca.

2.0 Sejarah Bahasa Melayu dan Peranannya Sebagai Lingua Franca.


Bahasa Melayu sebenarnya telah melalui sejarah perkembangan yang cukup panjang. Bahasa
Melayu telah berperanan sebagai bahasa perantara utama atau lingua franca di Asia Tenggara
amnya dan di Nusantara khasnya. Tidak hairanlah apabila seorang sarjana Belanda, Francois
Valentijn telah meletakkan, bahasa Melayu pada abad ke-16 setarag dengan bahasa Latin dan
OUMH1103
Perancis yang menjadi lingua franca di Eropah ketika itu. Menurut beliau, jika seseorang tidak
mengetahui bahasa ini, mereka akan dianggap orang timur yang tidak berpendidikan (Ibnu
Rusydi, 2014).

Pada abad ke-14, ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu dijadikan lingua
franca di kepulauan Melayu, tidak kira dituturkan oleh penduduk tempatan mahupun saudagar
yang mengunjungi Melaka (Wikipedia, 2013).

Bahasa Melayu adalah satu bahasa yang fleksibel terutamanya dari segi sistem tulisannya dan
mampu disesuaikan mengikut peredaran zaman. Perkembangan bahasa Melayu boleh
dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu:

2.1 Bahasa Melayu Kuno


Bahasa Melayu kuno bermula pada abad keempat Masehi berdasarkan kepada tarikh yang
tercatat pada Prasasti Dong Yen Chau yang ditemui di Vietnam. Terdapat beberapa
perkataan yang masih kekal digunakan dalam bahasa Melayu hari ini. Antaranya ialah
naga, ni (ini), uran (orang) dan saribu (seribu). Prasasti ini menggunakan sistem tulisan
Pallava, iaitu huruf-huruf Hindu (Ibnu Rusydi, 2014).

2.2 Bahasa Melayu Klasik


Zaman bahasa Melayu klasik bermula pada awal abad ke-14 berdasarkan kepada tarikh
yang tercatat pada penemuan Batu Bersurat Terengganu iaitu 702 Hijrah bersamaan 1303
Masehi. Bahasa melayu klasik juga turut berperanan sebagai bahasa pentadbiran dan
pemerintahan kesultanan Melayu di Nusantara. Kemuncak keagungan bahasa Melayu
klasik adalah pada tahun 1750 di mana pada masa tersebut, perkembangan ilmu
pengetahuan dan kegiatan intelektual dalam bahasa Melayu mencapai satu tahap yang
tinggi. Bahkan bahasa Melayu juga menjadi salah satu bahasa utama dalam dunia Islam
selain bahasa Arab, Parsi, Turki, Inggeris dan Hindi (Ibnu Rusydi, 2014).

2.3 Bahasa Melayu Moden


Abad ke-19 menyaksikan kebanjiran pendatang luar terutama dari China dan India yang
dibawa masuk oleh penjajah barat yang menguasai Asia Tenggara. Pada masa yang sama,
OUMH1103
mereka turut memperkenalkan teknologi percetakan moden termasuk penerbitan akhbar,
majalah, jurnal serta buku. Perkataan dari bahasa barat seperti Inggeris dan Belanda mula
diserap masuk ke dalam bahasa Melayu. Pada zaman itu juga, akhbar dan majalah dalam
bahasa Melayu mula diterbitkan. Sebagai contoh, Soerat Kabar Bahassa Mellajoe telah
diterbitkan di Surabaya pada tahun 1856. (Ibnu Rusydi, 2014).

3.0 Cabaran Bahasa Melayu dalam Menghadapi Arus Globalisasi


Permulaan abad ke-20 menyaksikan era penjajahan barat ke atas Kepulauan Melayu atau
Nusantara. Sebagai contoh, penjajahan Inggeris ke atas Tanah Melayu, Belanda ke atas
Indonesia serta Sepanyol ke atas Kepulauan Filipina. Keadaan ini menyebabkan kemerosotan
bahasa Melayu sebagai lingua franca di rantau ini. Pihak penjajah telah memaksa penggunaan
bahasa mereka sebagai bahasa rasmi dalam segala urusan termasuk pendidikan. Setelah
kemerdekaan tercapai, barulah bahasa Melayu dikembalikan statusnya sebagai bahasa rasmi di
rantau ini.

Rujukan
Helmi Affendi, 2015, Asal-usul Bangsa yang Bernama Melayu, Kitab Tamadun Melayu. Selangor,
TP Press.

Ibnu Rusydi, 2014, Bahasa Melayu Bahasa Pemersatu, Membongkar Rahsia Dunia Melayu,
Pribumi Asia Tenggara. Selangor, Hijjaz Record Publishing.

Lingua franca. (2013). Dicapai July 13, 2016, dari


https://ms.wikipedia.org/wiki/Lingua_franca#Bahasa_Melayu

Anda mungkin juga menyukai