Anda di halaman 1dari 31

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS DARULAMAN 06000 JITRA, KEDAH

BMMB3073
PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Nama : SITI NUR SOLEHAH BINTI NOOR


AZERI
No. K/P : 011006-02-0584
Angka Giliran : 2020182340088
Program : PISMP SEM 3
Ambilan : JUN 2020
Unit : BAHASA MELAYU 4
Nama Pensyarah : EN. JAFRI BIN
JAAFAR
Tarikh Hantar : 31 JULAI 2021

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengakuPEMERIKSA
bahawa tugasan adalah hasilMODERATOR
kerja kursus iniPELAJAR
PENGESAHAN kerja saya sendiri kecuali
Markah
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya sayaMarkah
jelaskan sumbernya.
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.
Tandatangan Tandatangan : _____________________
Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh
Tandatangan
Cop Pelajar:__________________________Tarikh
Cop : _____________________

Tarikh Tarikh

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim

Alhamdullilah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,
nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya. Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada
pensyarah yang terlibat kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya dapat
membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya juga ingin
mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya
pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan saya segala
kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sehingga saya berjaya menghabiskan
tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya
dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka. Akhir madah,
saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau
sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih.

ISI KANDUNGAN

Table of Contents
1.0 PENGENALAN............................................................................................................................4
2.0 MENGHURAIKAN MODUL DAN OBJEKTIF KEMAHIRAN BAHASA...............................5
2.1 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR.................................................................5
2.1.1 OBJEKTIF KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR.....................................6
2.2 MODUL KEMAHIRAN MEMBACA.......................................................................................6
2.2.1 OBJEKTIF KEMAHIRAN MEMBACA...........................................................................7
2.3 MODUL KEMAHIRAN MENULIS..........................................................................................7
2.3.1 OBJEKTIF KEMAHIRAN MENULIS..............................................................................8
2.4 MODUL SENI BAHASA.........................................................................................................8
2.4.1OBJEKTIF SENI BAHASA..............................................................................................9
2.5 MODUL TATABAHASA.........................................................................................................9
2.5.1OBJEKTIF TATABAHASA............................................................................................10
3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)...................................................................11
4.0 MENGAPLIKASIKAN KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA
DENGAN IDEA YANG KREATIF BERDASARKAN DOKUMEN STANDARD
KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP)...............................................................................18
4.1 MODUL KEMAHIRAN BAHASA YANG DIPILIH.............................................................18
4.2 OBJEKTIF KEMAHIRAN BAHASA....................................................................................18
4.3 STANDARD KANDUNGAN.................................................................................................19
4.4 STANDARD PEMBELAJARAN..........................................................................................19
4.5 TEMA.......................................................................................................................................19
4.6 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN......................................................20
4.7 TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN...........................................................21
4.8 CADANGAN AKTIVITI..........................................................................................................22
4.9 LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN AKTIVITI.........................................................23
5.0 KESIMPULAN............................................................................................................................25

1.0 PENGENALAN
Sistem Pendidikan Malaysia berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
memberi tumpuan kepada perkembangan emosi diri pelajar secara menyeluruh untuk
melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Falsafah ini
digunakan bagi melahirkan warganegara yang berketrampilan dan bertanggungjawab dalam
segala bidang serta mampu menghadapi cabaran dalam menuju wawasan Negara.
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) merupakan rujukan bagi guru.
Penggubalan DSKP Bahasa Malaysia Sekolah Rendah adalah berdasarkan enam tunjang
utama dalam KSSR mampu melahirkan individu yang seimbang berdaya saing signifikan
dengan keperluan reka bentuk kurikulum masa kini. Perkara tersebut bertepatan dengan
salah satu elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (Mok Soon
Sang, 2009). Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara
satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif.

2.0 MENGHURAIKAN MODUL DAN OBJEKTIF KEMAHIRAN BAHASA


Modul kemahiran bahasa terbahagi kepada lima iaitu modul kemahiran mendengar dan
bertutur, Modul kemahiran membaca, Modul kemahiran menulis, Modul Seni Bahasa dan
Modul Tatabahasa. Penguasaan kesemua kemahiran ini amat penting dalam proses
pengajaran dan pempelajaran supaya berjalan dengan lancar dan berkesan. Penguasaan
terhadap ketiga-tiga kemahiran berbahasa ini penting terhadap murid-murid dalam
memastikan input yang diberikan kepada murid-murid adalah sejajar dengan apa yang
dikehendaki.
2.1 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Modul Kemahiran Mendengar dan Bertutur memberi penekanan pada kemahiran
mendengar dan bertutur. Kemahiran mendengar merujuk pada keupayaan murid
mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar
dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan respons. Kemahiran bertutur
pula merujuk keupayaan murid berkomunikasi untuk menjalin hubungan dan menyampaikan
maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan dan
intonasi yang betul secara sopan dan bertatasusila. Penggunaan tatabahasa yang betul
diberikan penekanan dalam kemahiran bertutur.
2.1.1 OBJEKTIF KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Berdasarkan objektif kemahiran mendengar dan bertutur yang terdapat dalam jadual di atas,
kita dapat lihat obejktif ini menekankan kemahiran mendengar dan bertutur berdasarkan
DSKP. Secara keseluruhan objektif bagi kemahiran ini memberikan fokus kepada respons
hasil daripada kemahiran mendengar sehingga murid dapat bertutur, bercerita dan
berbincang.

2.2 MODUL KEMAHIRAN MEMBACA


Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda,
dan kelancaran yang betul. Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu
pengetahuan yang tidak dapat diperoleh menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang
lain. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan
secara kritis dengan menggunakan teknik-teknik membaca. Di samping itu, melalui
kemahiran membaca murid juga berupaya menghayati teks yang dibaca.
2.2.1 OBJEKTIF KEMAHIRAN MEMBACA

Rajah di atas menunjukkan objektif kemahiran membaca. Secara keseluruhannya, objektif


ini lebih menekankan kepada kemahiran membaca dan memahmi ayat dengan sebutan dan
intonasi yang betul dan tepat seterusnya dapat memindahkan maklumat yang dibaca
kepada bahan bentuk grafik. Dengan modul kemahiran ini, guru dapat melaksanakan pdp
berdasarkan spy tang etrdapat dalam DSKP.

2.3 MODUL KEMAHIRAN MENULIS


Kemahiran menulis merujuk keupayaan murid menulis perkataan dan melahirkan idea
melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman
peribadi yang telah dilalui. Penekanan perlu diberikan pada penggunaan ayat yang
gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga
digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan berunsur
pengetahuan dan imaginasi. Penguasaan kemahiran bahasa ini diperoleh melalui situasi
dan konteks dalam pelbagai bahan prosa, puisi dan grafik.
2.3.1 OBJEKTIF KEMAHIRAN MENULIS

Berdasarkan rajah di atas, objektif menulis ini menekankan kemahiran untuk menulis serta
mencatat pelbagai maklumat. Guru boleh menggunakan pelbagai strategi serta kaedah
untuk melaksanakan objektif kemahiran menulis ini Oleh yang demikian, pelbagai aktiviti
berkaitan kemahiran menulis yang dapat guru lakukan dalam pdp.

2.4 MODUL SENI BAHASA


Modul Seni Bahasa memberikan tumpuan kepada keindahan, kehalusan dan kebahasaan
dalam bahasa Melayu yang perlu difahami dan dikuasai oleh murid. Penguasaan aspek seni
bahasa merangkumi kecekapan memahami, mengungkap dan menghayati bahasa yang
indah. Pada Tahap II, murid diperkenalkan dengan seni khat bagi memberi pendedahan
tentang seni penulisan khat melalui pembelajaran peribahasa. Kesannya murid dapat
menghasilkan dan mempersembahkan karya kreatif pelbagai genre secara lisan dan bertulis
melalui variasi teknik yang menarik. Aspek seni bahasa juga menzahirkan pembelajaran
yang menyeronokkan secara didik hibur.
2.4.1OBJEKTIF SENI BAHASA

Berdasarkan rajah di atas, salah satu objektif seni bahasa ialah murid dapat menyebut dan
memahami seni kata lagu, dengan melahirkan imaginasinya melalui hasil karya sastera
serta mengubah seni kata lagu semula dan mempersembahkannya melalui nyanyian.
Melaui objektif ini, guru dapat melakukan aktiviti nyanyian bersama murid.

2.5 MODUL TATABAHASA


Aspek tatabahasa menunjukkan aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu yang perlu
dikuasai oleh murid. Aspek ini perlu dilaksanakan serta diajarkan melalui pengajaran yang
terancang dan dengan teknik yang sesuai dan berkesan supaya murid dapat memahami
dan menggunakan tatabahasa dengan betul dan tepat dalam pelbagai konteks.
2.5.1OBJEKTIF TATABAHASA

Berdasarkan rajah objektif di atas, objektif ini lebih menfokuskan kepada tatabahasa. Contoh
salah satu objektif tatabahasa ialah ianya menekankan aspek tatabahasa dan memerlukan
murid untuk memahami serta menggunakan kata tugas dengan mengikut konteks yang
betul.
3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

1. Mata Pelajaran : Bahasa Melayu


2. Tahun : 4 Pintar
3. Bilangan Murid : 28 orang
4. Tarikh : 1 Ogos 2021
5. Hari : Ahad
6. Masa : 8.00 pagi – 9.00 pagi
7. Tema : Kesihatan dan kebersihan
8. Tajuk : Cara menjaga kebersihan dan kesihatan diri

9. Kemahiran Fokus: Kemahiran membaca


10. Kemahiran gabungjalin: Bertutur
11. Standard Kandungan
2.1 Membaca dan memahami.
12. Standard Pembelajaran
2.1.1 Membaca dan memahami petikan dengan sebutan yang betul dan intonasi
yang sesuai.
13. Objektif Pembelajaran :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:
i. Membaca petikan mengenai “Cara menjaga kebersihan dan kesihatan diri”
dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai.
ii. Menjelaskan sekurang-kurangnya tiga daripada empat “Cara untuk menjaga
kebersihan dan kesihatan diri” selain daripada petikan teks dengan sebutan
yang betul dan intonasi yang sesuai.
iii. Memberi respons terhadap tiga daripada empat pertanyaan guru dengan betul
berdasarkan pada petikan.
14. Kriteria Kejayaan

i. Murid dapat membaca petikan teks “Cara menjaga kebersihan dan kesihatan diri”
dengan jelas.
ii. Murid berupaya menyenaraikan contoh cara untuk menjaga kebersihan dan
kesihatan diri daripada bacaannya.
iii. Murid berupaya memberi respons terhadap pertanyaan guru berdasarkan petikan
yang bertajuk Amalan kesihatan dan kebersihan yang telah dibaca.

15. Sistem Bahasa


 Sebutan dan intonasi

16. Pengisian Kurikulum (Elemen Merentas Kurikulum)


 Ilmu: Kebersihan dan kesihatan
 Nilai Murni: Kebersihan
 Peraturan sosiobudaya: Peranan untuk menjaga kebersihan diri
 Teknologi Maklumat dan Komunikasi: Penggunaan gambar dan poster
EK 1: 1.4 Daya kreativiti dan inovasi: memerhati dengan bertujuan dan
menghasilkan banyak idea dalam bentuk grafik.

17. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (Kepelbagaian Kaedah dan Teknik)


 Penekanan 5P: Pengukuhan dan penggabungjalinan
 Pendekatan berpusatkan murid: Guru sebagai fasilitator
 KB: Menghubung kait pengalaman dengan isi pelajaran
 KP: Verbal linguistik dan interpersonal
 BCB: Memproses maklumat daripada poster dan video
 Pembelajaran Kontekstual: Menghubung kait ipengalaman kehidupan seharian
 Pembelajaran koperatif: Mengadakan perbincangan secara berkumpulan

18. Bahan Bantu Mengajar

Bil. Perkara Jumlah


1. Kaomputer riba 1
2. Pautan berkaitan 1
3. Poster 1
4. Petijan teks 28
5. Lembaran kerja 2

19. Pengetahuan Sedia Ada


i. Murid mengetahui tentang kebersihan dan kesihatan diri
Langkah / Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Catatan
Masa Pembelajaran
PENGURUSAN  Bacaan doa  Guru mengambil - Peralatan
KELAS  Kehadiran kedatangan. yang sesuai
(2 minit)  Persediaan murid  Murid bersama-sama
untuk belajar guru membaca doa
sebelum kelas
bermula.
 Murid memastikan
kelas bersih dan
mereka bersedia untuk
belajar.
Set Induksi 5 kesan tidak  Guru menunjukkan FASA
(5 minit) menjaga kebersihan gambar tentang kesan PERSEDIAAN
dan kesihatan diri. tidak menjaga  Menghubungkait
(gambar) kebersihan dan an PSA dengan
 Gigi akan menjadi kesihatan diri di pengalaman
rosak hadapan murid. baharu
 Cirit-birit  Guru menanyakan  Menyediakan
 Muntah kepada murid tentang minda murid
 Demam kesan tidak menjaga untuk aktiviti dan
 Badan berbau kebersihan dan tugasan akan
busuk kesihatan diri. datang
 Murid dikehendaki
 Tajuk pelajaran: memberikan pendapat
Cara menjaga masing-masing BBM
kebersihan dan dengan menyatakan Gambar kesan
kesihatan diri. tiga kesan tidak tidak menjaga
menjaga kebersihan kebersihan dan
dan kesihatan diri kesihatan diri.
yang terdapat pada
gambar. KB
 Murid dibimbing Menghubung kait
meneka tajuk
pelajaran. BCB
 Guru mengaitkan set Memproses
induksi dengan isi maklumat
pelajaran. daripada gambar

Pembelajaran
Kontekstual
Menghubungkaitk
an dengan
pengalaman
dalam kehidupan
Langkah 1 Petikan Amalan Aktiviti 1 FASA IMAGINASI
(20 minit ) kesihatan dan  Guru mengedarkan  Melibatkan
kebersihan: petikan “Amalan secara langsung
kesihatan dan dengan bahan
kebersihan” kepada (petikan)
semua murid.  Membangunkan
 Kemudian, murid asas
diarahkan untuk pengalaman
membaca secara bagi sesuatu
senyap selama 5 minit. konsep
 Kemudian, guru  Menkonstruk
membimbing murid idea baharu
murid dengan  BBM
membuat demostrasi Petikan Amalan
bacaan dengan kesihatan dan
sebutan dan intonasi kebersihan
yang betul di hadapan
kelas. Murid perlulah BCB
Contoh: memberikan tumpuan Memproses
 Amalan mandi dan terhadap intonasi dan maklumat
memakai pakaian sebutan yang disebut daripada petikan
yang bersih dan oleh guru.
memastikan  Guru akan memilih Pembelajaran
kawasan sekeliling murid secara rawak Kontekstual
rumah bersih. untuk membaca secara Menghubung kait
 Pemakanan yang kuat petikan tersebut pengalaman
seimbang amat dengan menggunakan dalam kehidupan
penting terutama intonasi dan sebutan
makanan yang yang betul di hadapan Nilai murni
berzat. kelas. Kebersihan dan
 Makanan segera  Kemudian, guru kesihatan
perlu dijauhkan membimbing murid
dan air hendaklah mengenal pasti cara Kriteria Kejayaan
diambil dalam untuk menjaga (i)
kuantiti yang kebersihan diri yang
banyak dalam terdapat dalam petikan Penilaian
sehari untuk yang dibaca. Objektif (i)
menjamin  Murid menyenaraikan
kesihatan yang cara menjaga
baik. kebersihan diri dalam
buku catatan dan
membaca semula
dihadapan guru dan
rakan.

Langkah 2 Amalan kesihatan Aktiviti 1 FASA


(18 minit) dan kebersihan yang  Murid dibahagikan PERKEMBANGA
lain selain daripada kepada 6 kumpulan. N
petikan teks:  Guru mengedarkan  Konstruk semula
petikan “Amalan dan memberi
1. Menutup mulut kesihatan dan penjelasan
ketika bersin kebersihan” kepada lanjut dalam
atau batuk. murid pelbagai mod
2. Mencuci kaki  Murid diberi masa 10  Membina
selepas keluar minit untuk membaca hubungan
dari rumah. semula petikan pelbagai konsep
3. Melakukan “Amalan kesihatan dan yang berkaitan
aktiviti kebersihan” bagi  Mengaplikasikan
senaman memahami petikan pemahaman
tersebut. dengan aktiviti
 Murid dikehendaki harian
untuk menjelaskan tiga
contoh amalan
kesihatan dan BBM
kebersihan yang lain petikan teks,
selain daripada petikan gambar kad
tersebut di hadapan imbasan
kelas secara
berkumpulan. KP
 Setelah selesai,  Verbal Linguistik
mereka dikehendaki  Interpersonal
untuk membentangkan
hasil kerja mereka di BCB
hadapan kelas.  Memproses
 Guru dan murid maklumat
bersama-sama daripada
berbincang dan petikan
menyemak hasil kerja
murid. Nilai Murni
 Guru membuat ulasan  Kerjasama
berdasarkan hasil kerja
murid. EK
 EK1:1.4

Kriteria Kejayaan
(ii)

Penilaian
Objektif (ii)

Langkah 3 Soalan: Aktiviti 1 FASA TINDAKAN


(20 minit) i. Berapakah cara  Guru menayangkan  Menyelesaikan
menjaga poster yang bertajuk tugasan
kebersihan tubuh “Cara menjaga  Mempersemba
yang terdapat kebersihan tubuh” di hkan hasil
dalam poster hadapan kelas. tugasan dalam
tersebut?  Murid diberi masa pelbagai
ii. Senaraikan dua untuk membaca poster bentuk
cara menjaga tersebut.  Membuat
kebersihan tubuh  Setelah itu, murid penilaian dan
selain dari poster dipilih secara rawak refleksi tentang
tersebut? untuk menjawab soalan pembelajaran
iii. Ali tidak mencuci berkaitan dengan dan kefahaman
tangan sebelum poster tersebut serta
makan dan  Guru bertanyakan kemahiran
setelah keluar dari soalan kepada murid baharu.
tandas. Pada tentang poster yang
pendapat anda, telah dibaca.
adakah Tindakan  Murid memberi respons Nilai Murni
Ali tersebut betul? terhadap pertanyaan Rasional
iv. Abu selalu guru tentang poster
dimarahi oleh cara menjaga KP
ibunya kerana kebersihan badan yang  Verbal linguistik
jarang mandi. telah dibaca.  Interpersonal
Berapa kali patut
Abu mandi dalam Kriteria Kejayaan
sehari? Pemulihan : (iii)
Murid diminta untuk
mengisi tempat kosong Penilaian
nama peralatan untuk Objektif (iii)
membersihkan diri pada
kotak dengan betul.
Jawapan:
Pengayaan :
i. Terdapat 6 cara Murid pengayaan
menjaga diberikan latihan untuk
kebersihan tubuh memadankan gambar
yang terdapat dengan cara
dalam poster memadankan diri dengan
tersebut. betul.
ii. Dua cara untuk
menjaga
kebersihan tubuh Aktiviti 2
selain daripada Pengukuhan
poster tersebut  Guru mengedarkan
ialah menyikat poster mengenai cara
rambut dan lap untuk mencuci tangan
badan dengan dengan betul.
tuala yang bersih.  Murid membaca
iii. Pada pendapat maklumat tentang cara
saya, tindakan Ali untuk mencuci tangan
adalah tindakan dengan betul yang
yang salah. Hal ini terdapat pada poster
kerana, selepas tersebut dengan jelas
memasuki tandas  Murid diminta untuk
tangan kita akan menyenaraikan cara
tercemar dengan mencuci tangan
bakteria. Oleh itu, dengan betul.
Ali mestilah  Secara individu, murid
membasuh tangan diminta menghasilkan
selepas memasuki poster yang bertajuk
tandas. ‘Jaga kebersihan dan
iv. Abu mestilah kesihatan’ yang
mandi sekurang- mengandungi
kurangnya 3 kali sekurang-kurangnya
sehari. tiga cara mencuci
tangan dengan betul.
Latihan pengukuhan:  Murid diminta
membentangkan hasil
tugasan mereka di
hadapan kelas.

Penutup Kognitif  Murid dibimbing untuk KB


(5 minit)  Rumusan isi membuat rumusan  Merumus
pelajaran berkaitan isi pelajaran.
 Kepentingan  Guru membimbing
menjaga murid menyatakan nilai KP
kebersihan dan murni yang diperoleh  Verbal
kesihatan diri. sepanjang kelas. Linguistik
 Guru pula merumus isi  Intrapersonal
pelajaran secara
keseluruhan. Nilai murni
 Guru memberikan  Kebersihan
pujian atas sikap murid  Kerjasama
untuk menjaga
kebersihan dan
kesihatan.
4.0 MENGAPLIKASIKAN KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA
DENGAN IDEA YANG KREATIF BERDASARKAN DOKUMEN STANDARD
KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP)

4.1 MODUL KEMAHIRAN BAHASA YANG DIPILIH


Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang telah saya lakukan, saya memilih
modul kemahiran bahasa membaca. Hal ini kerana, pada pandangan saya, modul
kemahiran membaca ini sangat sesuai dilaksanakan untuk murid tahun 4. Kemahiran
membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Oleh demikian, saya memilih untuk
melakukan kemahiran membaca. Pada langkah 1 dan langkah 2 saya lebih menekankan
aktiviti membaca dan saya menggabung jalinkan dengan aktiviti bertutur. Contohnya pada
langkah 1, guru akan membimbing murid membaca terlebih dahulu dan diikuti dengan guru
memilih murid untuk membaca petikan tersebut dengan sebutan dan intonsi yang jelas.
Saya juga memilih bahan bacaan yang ringkas dan mudah untuk murid membaca seperti
petikan dan poster. Terdapat dua jenis bacaan iaitu bacaan secara mekanis dan bacaan
secara mentalis. Saya memilih bacaan secara mekanis kerana sesuai dengan standard
pengajaran (SP) dan objektif yang saya pilih. Dalam aktiviti pengajaran, saya juga
menekankan kepada kemahiran membaca dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran
dengan betul dan tepat.

4.2 OBJEKTIF KEMAHIRAN BAHASA


Terdapat 2 objektif kurikulum bahasa Melayu yang terkandung dalam Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran bagi tahun 4. Objektif yang pertama ialah membaca dengan
sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai. Objektif yang kedua pula ialah membaca dan
memahami maklumat dalam bahan grafik untuk membuat gambaran.
4.3 STANDARD KANDUNGAN
Standard kandungan merupakan penyataan yang spesifik tentang perkara yang murid perlu
ketahui dan boleh dilakukan dalam pdp. Dalam DSKP terdapat standard kandungan (sk) dan
standard pembelajaran (sp). Berdasarkan DSKP tahun 4, saya memilih standard kandungan
2.1 Membaca dan memahami. Dalam standard kandungan terdapat kemahiran membaca
dan memahami. Kedua-dua kemahiran ini saya aplikasikan dalam objektif dan serta
langkah. Standard kandungan ini penting dalam Rancangan Pengajaran (RPH) untuk
memastikan pengajaran tercapai objektifnya.

4.4 STANDARD PEMBELAJARAN


Standard pembelajaran merupakan satu penetapan kriteria atau indikator kualiti
pembelajaran dan pencapaian yang boleh diikuti bagi setiap standard kandungan. Bagi
standard pembelajaran, saya memilih 2.1.1 Membaca dan memahami petikan dengan
sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai. Petikan teks yang saya gunakan bertajuk
“Cara menjaga kebersihan dan kesihatan diri”. Petikan teks yang saya pilih selari
dengan tajuk dan tema yang saya pilih.

4.5 TEMA
Berdasarkan DSKP tahun 4 saya memilih tema kesihatan dan kebersihan. Hal ini kerana,
tema berkaitan kesiahatan dan kebersihan amat berkait rapat dengan kehidupan sehari-hari.
Kebersihan dan kesihatan juga merupakan perkara penting yang perlu dijaga oleh manusia.
Oleh yang demikian, saya memilih tema ini untuk membina pengetahuan asas tentang
kesihatan dan kebersihan.Tema kesihatan dan kebersihan merujuk kepada kesempurnaan
dari segi kesihatan fizikal, mental dan sosial. Tema ini diajarkan kepada murid sekolah
rendah agar mendapat pendedahan awal berkaitan penjagaan kebersihan dan kesihatan,
serta amalan gaya hidup sihat.
4.6 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Berdasarkan Rancangan Pengajaran harian (RPH) yang saya lakukan, terdapat beberapa
strategi pengajaran dan pembelajaran yang saya gunakan iaitu kemahiran berfikir.
Kemahiran berfikir merupakan pemikiran sebagai suatu proses minda yang bertujuan
mencari makna dan pemahaman pada suatu perkara, meneroka pelbagai kemungkinan idea
ataupun hujah, membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat
refleksi. Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan
pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea. Dalam aktiviti yang
saya lakukan, saya menggunakan kaedah ini pada langkah yang kedua iaitu apabila murid
dikehendaki untuk menjelaskan tiga contoh amalan kesihatan dan kebersihan yang lain
selain daripada petikan tersebut di hadapan kelas secara berkumpulan. Setelah selesai,
mereka dikehendaki untuk membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas.
Berdasarkan aktiviti yang saya lakukan, ianya memerlukan murid untuk menggunakan
kemahiran berfikir. Kemahiran berfikir merupakan kemahiran yang sangat penting dalam
pdp. Saya menggunakan strategi ini kerana ianya sesuai untukn murid tahun 4 dan ianya
bertujuan untuk menjadikan murid seseorang yang berfikiran kreatif dan kritis dalam sesuatu
perkara.

Seterusnya, strategi kedua yang saya gunakan dalam pdp ialah belajar cara belajar. Strategi
ini dapat dilihat pada langkah pertama dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Belajar
cara belajar (BCB) merupakan satu bentuk kemahiran memperoleh teknik pembelajaran
secara efektif dengan atau tanpa guru. Pelajar perlu belajar cara belajar supaya mereka
dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan dalam proses pembelajaran sama ada di
dalam kelas atau luar kelas dan seterusnya berusaha untuk mencari jalan untuk mengatasi
kelemahan dan menggunakan kelebihan atau kekuatan yang ada untuk memaksimumkan
pencapaian dalam pelajaran. Penguasaan kemahiran BCB amat penting bagi pelajar
lantaran masa pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kelas adalah amat terhad. Hal ini
menyebabkan ilmu pengetahuan yang diterima oleh pelajar juga terhad. Strategi ini dapat
dilihat pada langkah 1 iaitu murid diarahkan untuk membaca secara senyap selama 5 minit.
Kemudian, guru membimbing murid murid dengan membuat demostrasi bacaan dengan
sebutan dan intonasi yang betul di hadapan kelas. Murid perlulah memberikan tumpuan
terhadap intonasi dan sebutan yang disebut oleh guru. Kemahiran ini sesuai digunakan
kerana kemahiran ini dapat meningkatkan kemhiran membaca dalam kalangan murid.
4.7 TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, terdapat pelbagai teknik yang boleh
diapliksikan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Terdapat 7 teknik
pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah teknik teater pembaca, bimbingan
Menjangka, aktiviti membaca dan berfikir secara terarah/ Directed Reading Thinking Activity
(DRTA), survey, Question, Read, Review, Recite,reflection (SQ4R), know, Want, Learn,
How, (KWLH), tatacerita dan penyoalan. Teknik pengajaran dan pembelajaran yang saya
aplikasikan dalam pembelajaran saya ialah teknik penyoalan. Teknik penyoalan ini dapat
dilihat pada langkah 3 di Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Aktiviti yang saya lakukan
merujuk kepada teknik penyoalan ialah guru akan menayangkan poster kemudian murid
akan dipilih secara rawak untuk menjawab soalan tersebut. Teknik penyoalan merupakan
teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Pemilihan
teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran dapat melahirkan interaksi antara guru dan
pelajar secara berkesan. Melalui teknik ini, guru dan murid dapat bersoal jawab dan ianya
akan meningkatkan kemahiran komunikasi antara guru dan murid. Teknik ini dilaksanakan
dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan
pelajar dikehendaki memberi tindak balas yang sewajarnya. Kejayaan penggunaan teknik ini
dalam pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasasi
teknik menyoal.

Seterusnya, teknik yang kedua saya gunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah
teknik teater pembaca. Teknik ini melibatkan sekumpulan pelajar yang menghayati dan
membaca skrip cerita dengan menggunakan sebutan, nada dan intonasi yang betul bagi
menggambarkan sesuatu cerita yang dipersembahkan. Pelajar tersebut juga perlu
melakukan gerak aksi yang sesuai dengan isi atau suasana cerita. Perkara yang paling
diutamakan dalam teknik ini ialah dari segi penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan
mimik muka supaya pelajar atau penonton dapat memahami dan menghayati cerita
tersebut. Teknik ini diaplikasikan dalam pengajaran dan pembalajaran saya pada langkah 1
dimana murid dikehendaki untuk membaca petikan dengan intonasi dan nada dan sebutan
yang betul di hadapan kelas dengan gaya yang bersesuaian. Teknik ini boleh digunakan
pada pelbagai tahap. Bagi teknik ini, saya aplikasikan pada murid tahun 4. Aktiviti ini juga
melibatkan interaksi dua pihak atau lebih. Melalui teknik ini, ianya dapat membina keyakinan
murid untuk membaca di hadapan kelas.
4.8 CADANGAN AKTIVITI
Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH), cadangan aktiviti yang saya lakukan
ialah langkah 1 guru mengedarkan petikan “Amalan kesihatan dan kebersihan” kepada
semua murid. Kemudian, guru membimbing murid untuk membaca petikan tersebut secara
beramai-ramai dengan intonasi dan sebutan yang tepat. Guru akan memilih murid secara
rawak untuk membaca petikan tersebut dengan menggunakan intonasi dan sebutan yang
betul di hadapan kelas. Kemudian, guru membimbing murid mengenal pasti cara untuk
menjaga kebersihan diri yang terdapat dalam petikan yang dibaca. Murid menyenaraikan
cara menjaga kebersihan diri dalam buku catatan dan membaca semula dihadapan guru
dan rakan apabila diminta oleh guru secara rawak. Aktiviti ini lebih berfokuskan kepada
murid. Hal ini kerana murid memainkan peranan penting dalam pengajaran.

Seterusnya, pada langkah kedua, terdapat satu aktiviti iaitu murid dibahagikan kepada 6
kumpulan. Guru mengedarkan petikan “Amalan kesihatan dan kebersihan” di hadapan
kelas. Murid diberi masa 10 minit untuk membaca semula petikan “Amalan kesihatan dan
kebersihan” bagi memahami petikan tersebut. Murid dikehendaki untuk menjelaskan tiga
contoh amalan kesihatan dan kebersihan yang lain selain daripada petikan tersebut di
hadapan kelas secara berkumpulan. Setelah selesai, mereka dikehendaki untuk
membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas. Pada langkah kedua, saya
melakukan aktiviti secara berkumpulan supaya murid dapat bekerjasama dengan rakan
yang lain untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru. Selain itu, pada langkah
kedua juga saya melakukan aktiviti menggunakan kad imbas bagi meningkatkan lagi
penguasaan mereka terhadap kemahiran membaca.

Pada langkah yang ketiga, terdapat 2 aktiviti yang saya lakukan dalam pdp iaitu aktiviti yang
pertama ialah guru menayangkan poster yang bertajuk “Cara menjaga kebersihan tubuh” di
hadapan kelas, murid diberi masa untuk membaca poster tersebut, murid dipilih secara
rawak untuk menentukan soalan manakah yang perlu dijawab, guru bertanyakan soalan
kepada murid tentang poster yang dibaca dan murid memberi respon terhadap pertanyaan
guru tentang poster cara menjaga kebersihan badan yang telah dibaca. Pada aktiviti ini,
ianya memerlukan murid untuk menjawan pertanyaan guru dan pada aktiviti ini semua murid
perlulah aktif. Aktiviti yang kedua saya lakukan ialah aktiviti pengukuhan iaitu guru
mengedarkan poster mengenai cara untuk mencuci tangan dengan betul., murid membaca
maklumat tentang cara untuk mencuci tangan dengan betul yang terdapat pada poster
tersebut dengan jelas, murid diminta untuk menyenaraikan cara mencuci tangan dengan
betul. Secara individu, murid diminta menghasilkan poster yang bertajuk ‘Jaga kebersihan
dan kesihatan’ yang mengandungi sekurang-kurangnya tiga cara mencuci tangan dengan
betul, murid diminta membentangkan hasil tugasan mereka di hadapan kelas. Melalui aktiviti
ini, ianya dapat memupuk sikap berani dalam diri murid untuk membentangkan hasil kerja
mereka.

4.9 LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN AKTIVITI


Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) terdapat beberapa langkah yang saya
lakukan. Langkah yang pertama ialah pengurusan kelas selama 2 minit. Hal ini dilakukan
bertujuan untuk memastikan smeua murid bersedia untuk belajar dan pada langkah ini, guru
akan bertindak untuk mengambil kehadiran murid. Guru akan memastikan kelas bersih dan
memulakan kelas dengan bacaan doa. Langkah yang kedua ialah set induksi. Melalui
langkah ini, guru akan menunjukkan gambar tentang kesan tidak menajga kebersihan dan
kesihatan diri. Guru akan bersoal jawab dengan murid tentang kesan tersebut. Kemudian,
guru akan menjurus kepada tajuk. Pada langkah ini, guru dapat menarik perhatian murid
untuk belajar kerana guru tersebut menggunakan gambar. Seterusnya ialah aktiviti langkah
pertama. Bagi aktivti langkah pertama, guru mengedarkan petikan yang ringkas kepada
mujrid untuk membaca. Petikan yang digunakan bersesuaian dengan murid tahap 4 kerana
ianya sangat ringkas dan mudah untuk difahami. Akitiviti ini dapat meningkatkan kemahiran
membaca dengan intonasi dan sebutan yang betyl dan tepat.

Seterusnya, aktiviti yang saya lakukan pada langkah 2 ialah aktiviti secara berkumpulan.
Dalam aktiviti ini, murid perlu menjelaskan tentang tiga contoh amalan kesihatan dan
kebersihan selain daripada petikan teks tersebut dan pada langkah ini murid diminta untuk
membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas. Aktiviti ini dapat meningkatkan
kemahiran bertutur secara dapat murid dapat menjalinkan kerjasama yang baik antara
rakan. Aktiviti yang saya lakukan pada langkah 3 ialah guru akan menyangkan poster yang
bertajuk cara menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh di hadapan kelas. Kemudian, murid
akan diberi masa selama beberapa minit untuk membaca dan memahmai isi kandungan
poster tersebut. Pada langkah ini, guru akan bertanyakan soalan kepada murid dan murid
perlu menjawab soalan yang dikemukan oleh guru. Pada aktiviti ini, murid yang lemah dan
murid yang bijak akan diberikan latihan. Bagi murid yang lemah, aktiviti pemulihan akan
dilakukan iaitu guru akan memberikan lembaran kerja kepada murid bertujuan untuk murid
mengisi tempat kosong tentabg nama perlatan kebersihan. Bagi murid yang sudah
menguasai tajuk, murid tersebuta akan diberikan aktiviti pengukuhan. Bagi aktiviti ini, guru
akan mengedarkan poster mengenai cara untuk mencuci tangan dengan betul dan murid
perlulah menyenaraikan cara mencuci tangan dengan betul berdasarkan poster tersebut.
Melalui aktiviti ini, ianya dapat meningkatkan kefahaman murid dengan lebih mendalam
tentang tajuk kebersihan dan kesihatan.

Aktiviti yang terakhir iaitu pada bahagian penutup, guru akan merumuskan isi pelajaran
tentang kepentingan menjaga kebersihan dan kesiahatan diri. Murid akan membimbing oleh
guru untuk membuat rumusan tentang isi pelajaran. Guru akan memuji murid atas sikap
murid. Melalui pujian tersebut, ianya akan meningkatkan lagi semangat murid untuk lebih
memahami isi pelajarn tersebut.
5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, kaedah dan teknik sangat penting untuk diaplikasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran. Hal ini kerana, ianya memudahkan pemahaman murid tentang tajuk
yang diajarkan oleh guru. Kebolehan murid untuk melibatkan diri dalam situasi pengajaran
dan pembelajaran yang bermakna di dalam bilik darjah merupakan kehendak standard
untuk setiap warganegara yang bertanggungjawab dalam masyarakat moden dan
demokratik. Sebagai seorang guru yang berdedikasi, mereka haruslah melahirkan murid
sebagai pemikir berkesan dan ianya merupakan matlamat yang penting dalam dunia
pendidikan.
Rujukan

1. Abdullah Hassan (1987). Isu-isu pembelajaran dan pengajaran Bahasa Malaysia,

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Institut bahasa (1994). Strategi Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

3. Kamaruddin Hj Husin (1988). Pedagogi bahasa. Kuala Lumpur: Sri Pendiidkan

Longman Sdn Bhd


Lampiran

Anda mungkin juga menyukai