Anda di halaman 1dari 3

Membuat peta minda berkaitan perkembangan sejarah pendidikan

al- Quran secara umum.

1. Zaman Rasulullah SAW


-Ketika perutusan pertama, bermula lah pendidikan al-Quran yang bersumberkan Bacaan
yang diajar oleh Jibrail a.s ketika nabi bertahannuth di Gua Hira
-Rasulullah SAW bukan setakat membaca dan menghafal tetapi perlu memahami isi
kandungannya.
-Rasulullah memulakan pengajian al-Quran secara rahsia di rumah Baginda dan rumah al-
Arqam bin Abi Arqam.
-ketika hijrah ke Madinah, pengajaran al-Quran berkembang sehingga diajarkan di Masjid
Nabawi.
-Para sahabat menerima ilmu ini sepertimana nabi menerimanya melalui malaikat Jibrail
iaitu secara talaqi-musyafahah.
-Justeru telah melahirkan kumpulan para huffaz yang menghafal al-Quran dan
mencatatkannya di pelepah-pelepah tamar dan sebagainya.
-Kaedah menghafal dimulai dengan cara para guru memperdengarkan bacaan surah- surah
pendek dan pelajar mengulanginya beberapa kali bersama guru sehingga terlekat dalam
ingatan.

2. Pengajaran al-Quran pada Zaman Sahabat


-Para sahabat mengambil bacaan al-Quran daripada Rasulullah s.a.w berasaskan tujuh
jenis bacaan.
-Walaubagaimanapun, Bacaan al-Quran pada ketika itu adalah berdasarkan kepada guru-
guru yang mengajarkan cara bacaan tersebut sepert di Sham gurunya adalah Ubai bin
Ka'ab.
-meneruskan kaedah hafalan al-Quran sehingga berjaya menambahkan lagi bilangan para
huffaz pada ketika itu.
-Kaedah hafalan ini diteruskan kepada kanak-kanak yang bermula pada usia muda berjalan
di semua kuttab di bawah pemerintahan Kerajaan Islam.
-ketika pemerintahan Khalifah Harun ar-Rasyid, bangunan sekolah digabungkan dengan
bangunan masjid demi memperluaskan lagi pengajaran asas al-Quran.
3. Perkembangan pembelajaran al-Quran di Malaysia

Zaman Kerajaan Melayu Melaka


-Bermula sekitar abad ke15-17
-Bersumberkan daripada guru-guru agama dari golongan pedagang, pengembara,
pendakwah, utusan raja dan para tentera keturunan sayid dan sheikh.
-Mempelajari asas dalam menulis huruf al-Quran (Jawi) yang merupakan tunjang
pembacaaan al-Quran.
-Istana, rumah-rumah tok guru, surau dan masjid menjadi pusat penyampaian ilmu al-Quran.
-Menggunakan pendekatan talaqqi,musyafahah, dan bertadarus sebagai kaedah pertama
dalam mengajar al-Quran.

Zaman Penjajahan
-Pendidikan al-Quran mula berubah corak.
-Memperkenalkan pengajaran al-Quran dan agama di Sekolah Melayu yang dilakukan
sebelah petang.
-Perkara ini dinyatakan dalam Kod Pelajaran (Education Code) bahagian 5 Undang-Undang
Pelajaran Melayu di Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Bersekutu tahun 1936 dalam
senarai tugas Penolong Nazir Melayu Sekolah.
-Pengajian al-Quran di rumah Tok Guru, surau dan masjid masih diteruskan.

Sistem Pendidikan Pondok


-Penubuhan ini disebabkan tidak dapat menampung bilangan pelajar yang semakin ramai.
-Dipelopori oleh pelajar yang menyambung pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi
di luar negara seperti Pattani, Mekah, Mesir dan negara-negara yang lain.
-meluaskan sistem pendidikan agama dengan membuka institusi pengajian yang lebih tinggi
tarafnya yang dikenali sebagai “Pondok”.
-bentuk penyampaian yang diaplikasikan adalah berbentuk syarahan kepada kumpulan
pelajar atau perseorangan.
-Secara tak langsung menjadi asas kepada penubuhan madrasah dan sekolah-sekolah
agama rakyat di Malaysia

Institusi Pendidikan Islam di Malaysia Selepas Merdeka


-Menjadikan pengajaran agama sebagai teras di sekolah rendah dan sekolah menengah
yang diperkenalkan dalam KBSR dan KSSR.
-Juga telah memperkenalkan program j-QAF (jawi, al-Quran, bahasa Arab dan fardu ain).
-antaranya bertujuan untuk memperkukuhkan penguasaan jawi dan memastikan murid-
murid khatam al-Quran di sekolah rendah.
-kaedah tilawah al-Quran yang digunakan seperti kaedah Baghdadiyyah dan kaedah Iqra’.

Anda mungkin juga menyukai