Anda di halaman 1dari 5

Pengenalan Islam liberal

Liberalisme atau Liberal

i. ideologi, pandangan filsafat, dan tradisi politik yang didasarkan pada


pemahaman bahwa kebebasan adalah nilai politik yang utama,
kebebasan berpikir bagi para individu dan menolak adanya pembatasan,
khususnya dari pemerintah dan agama.
ii. Pertukaran gagasan yang bebas, ekonomi pasar yang mendukung usaha
pribadi (private enterprise) yang relatif bebas, dan suatu sistem
pemerintahan yang transparan, dan menolak adanya pembatasan
terhadap pemilikan individu.
iii. liberalisme menjadi dasar bagi tumbuhnya kapitalisme.
iv. Secara  umum liberalisme menganggap agama adalah pengekangan
terhadap potensi akal manusia.

Sejarah Liberal Agama

Sejarah bermulanya liberal dalam agama adalah di Eropah sewaktu cengkaman


pihak gereja terhadap masyarakat di sekeliling mereka. Keilmuan golongan
saintis ketika itu meningkat berdasarkan penemuan-penemuan baru yang
kebanyakannya bercanggah dengan pegangan ajaran Kristian.

Maka pihak gereja menghalang sama sekali para ilmuan ini untuk mengesahkan
penemuan mereka dan mereka ini dilabel sebagai pembawa ajaran sesat.
Contohnya, pihak gereja sudah lama memegang kepercayaan bahawa bumi ini
berbentuk rata dan mendatar. Apabila golongan saintis cuba membuat dakwaan
bahawa bumi ini berbentuk sfera mengikut kajian yang telah dilakukan, golongan
ini ditentang oleh pihak gereja atas alasan menentang fahaman Kristian secara
terang-terangan. Maka terjadilah pergolakan sehingga Kristian berpecah kepada
dua – Katolik dan Protestan. Golongan yang tidak bersetuju dengan pihak gereja
ketika itu adalah Kristian Protestan.

Tragedi ini berlaku akibat ajaran Kristian itu sendiri telah diseleweng daripada
ajaran Nabi Isa AS oleh Tarsus yang juga dikenali sebagai St. Paul atas
kepentingan peribadi. Maka segala kepercayaan yang dipegang bukanlah
suruhan Tuhan tetapi lebih kepada logikal akal manusia setempat dan semasa
sahaja. Dengan itu ajaran Kristian telah berlawanan dengan hakikat kejadian
alam dan perkembangan akal manusia.

Golongan saintis yang menentang pihak gereja sewaktu era pembaharuan di


Eropah hanyalah ingin menyatakan kebenaran dan bukanlah menentang Kristian
itu sendiri. Apabila kebenaran yang dibawa oleh golongan ilmuan berlawanan
dengan kepalsuan yang dibawa oleh golongan agamawan, terjadilah pergolakan
dan perpecahan.

Ancaman Fahaman Sekularisme:

Sekularisme merosakkan fahaman tauhid


Cara kebangkitan sekularisme di Barat yang merujuk kepada idea pemisahan
diantara kuasa gereja dan urusan keduniaan yang merupakan asas bagi proses
sekularisasi

Pemalsuan metode agama oleh intelektual sekular

Anti Hadith

Mengapa Islam Perlu Liberal?

Tidak ada langsung alasan yang kukuh golongan Islam Liberal untuk
membebaskan ajaran Islam sekarang seperti apa yang telah berlaku dalam
Kristian. Ajaran Islam sudah pun lengkap dan sempurna syari‘atnya kepada umat
manusia hingga ke Hari Kiamat. Ajaran Islam juga tidak menindas mana-mana
pihak malah menjaga kesejahteraan manusia tanpa mengira umur, bangsa, adat,
dan negara.

Golongan Islam Liberal juga mempunyai agenda tersembunyi dalam


melonggarkan pegangan aqidah umat Islam atas dasar dibayar dengan lumayan
oleh beberapa pihak tertentu yang anti-Islam. Perencanaan ini dilakukan dengan
teliti dan menggunakan media massa sebagai alat utama menyerang pemikiran
umat Islam dalam merosakkan aqidah serta memusnahkan pegangan terhadap
al-Qur’ān dan al-Sunnah.

Faktor-faktor Penyebaran Faham Islam Liberal:

Peningkatan tahap pendidikan moden dikalangan masyarakat telah membuka


minda golongan terpelajar terhadap ide-idea baru terutamanya dari Barat yang
disalurkan melalui institusi pendidikan dan media massa

Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi membuka lebih banyak ruang


kepada penyebaran dan pertarungan idea dalam masyarakat

Realiti masyarakat majmuk berbilang agama di Malaysia memudahkan faham


sekular Islam Liberal mendapat dokongan terutamanya daripada masyarakat
bukan Islam

Beberapa akibat yang telah berlaku hasil perjuangan fahaman Islam Liberal
hari ini:

 Al-Quran dan hadis Rasulullah telah disama tarafkan sepertimana buku-


buku sastera yang lain.
 Cuba memansuhkan syariat Islam yang bertentangan dengan piagam hak
asasi manusia seperti hukuman zina dan mencuri.
 Prinsip aqidah mereka telah lari dari doktrin yang dipegang golongan
sunni.
 Berhasil menimbulkan keraguan aqidah dan memecah belahkan umat
Islam.
 Golongan moderat Islam ini telah mendapat tempat hingga ke peringkat
dunia.
 Status Islam yang syumul (menyeluruh) sebagai ad-din telah menurun
menjadi agama sivil atau agama peribadi semata-mata.
 Cukup lantang mempertikaikan kewibawaan autoriti golongan ulama
terutamanya Majlis Fatwa Kebangsaan.

Strategi Menangani Gerakan Islam Liberal:

 Kesedaran kepada pemerintah dan ahli politik Muslim termasuk


memperkukuh kuasa perundangan
 Menilai dan menghakis pengaruh sekularisasi dan liberalisasi dalam
pendidikan hari ini dan memperkukuh faham pendidikan Islam dalam dan
merentasi kokurikulum
 Memperkasa peranan ulama, ilmuan dan aktivis Islam menangani
Gerakan Salib
 Mewujudkan perubahan akar umbi terhadap kefahaman dan pengamalan
Islam di Malaysia
 Menggerakkan usaha penyatuan faham dan gerakan yang pelbagai bagi
mengelak perpecahan dan mempersiap diri bagi menghadapi cabaran
terhadap aqidah umat
 Menggerak dialog dan penyebaran ilmu Islam yang tepat kepada
masyarakat Islam, bukan Islam dan masyarakat Global

Strategi Menghadapi Islam Liberal:

 Kembali kepada Al-Quran (An-Nisa 4:59)


 Dakwah dengan Bijaksana dan Profesional()
 Kembalikan kepada yang Ahli (Al-Fathir 35:28)
 Tabayyun (Al-Hujurat 49:6)

Agama Islam mengakui perbezaan agama yang lain tetapi tidak mengakui
kebenaran agama yang lain sebab agama yang benar hanyalah agama Islam
sedangkan agama yang lain adalah batil. Dalam mengimplementasikan suruhan
Islam yang sebenar, tidak seharusnya wujud suatu pembaharuan dalam perkara-
perkara pokok tentang Islam yakni perkara-perkara tentang akidah. Bagi Islam
Liberal, semua ayat menjadi ayat yang boleh ditakwilkan sesuai dengan akal
fikiran mereka, padahal Allah telah menyatakan bahawa tidak semua ayat itu
dapat ditakwilkan, tetapi sebahagiannya ada yang tetap dan pasti(qat’ie), dan jika
ada yang dapat ditakwilkan(zanni), maka pentakwilan tersebut tidak dapat
dilakukan oleh semua orang tetapi mereka yang sudah memiliki ilmu
pengetahuan dengan mendalam terhadap hukum-hukum dan prinsip-prinsip
pengambilan hukum berdasarkan nas Al-Quran dan nas-nas hadith Rasulullah.
Jika pemikiran terhadap Islam hanya menggunakan dasar rasional dan akal
semata-mata, ia merupakan jalan menuju kesesatan.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama
Islam Malaysia yang bersidang buat kali ke 74 pada 25-27 Julai 2006 yang lalu
telah mengeluarkan fatwa bahawa Islam Liberal sesat dan haram.

Pluralisme

Pluralisme dalam ilmu sosial, adalah sebuah kerangka di mana ada interaksi


beberapa kelompok-kelompok yang menunjukkan rasa saling menghormat dan
toleransi satu sama lain. 

Pluralisme juga menunjukkan hak-hak individu dalam


memutuskan kebenaran universalnya masing-masing.

Islam Liberal di Malaysia

Di Malaysia, apabila institusi-institusi agama, pihak berkuasa dan rakyat


terbanyak masih kukuh pegangan agama, kumpulan minoriti ini tidak berani
membu at  pengisytiharan terbuka. Kerajaan sendiri  mengambil berat dalam soal
ini?!

Ada idea-idea yang menggambarkan mereka, umpamanya al-Quran mesti diolah


semula. Tafsir al-Quran banyak ditafsir oleh lelaki. Perempuan perlu tafsir al-
Quran menurut cara berfikir wanita, poligami tidak lagi relevan, lelaki “superior”
dalam keluarga juga sudah out of date. Hukum Faraid perlu penafsiran baru,
sebab hukum itu lebih  memihak kepada kepentingan lelaki.

Mereka itu menggunakan medium tulisan  khasnya  dalam bahasa Inggeris 


untuk  mengembangkan  idea mereka. Fokus mereka  ialah  golongan elit
berpendidikan  tinggi dan  mahir berbahasa  Inggeris.

Mereka   ini  mempunyai jaringan dengan gerakan-gerakan luar negara. Mereka


juga mengkritik Islam dengan membandingkan dengan gagasan hak asasi
manusia. Perlembagaan  Negara pun dikritik khasnya hal-hal yang menyentuh
Islam. Kumpulan Sister in Islam adalah pendukung kuat gerakan ni.

Liberalism a : Pemodenan dan Warisan Mazhab Silam

Ada yang mendakwa liberalisme ini adalah juga pemodenan dalam Islam.

Ini amatlah  salah. Pemodenan fikiran Islam yang digerakkan oleh Muhd Abduh,
Rashid Rida, Iqbal dan lain-lainnya bukan mahu menyoal keotoritian al-Quran,
Rasulullah SAW, Rukun Islam dan Rukun Iman.

Mereka mahu aplikasi Islam dalam tuntutan dunia semasa supaya umat Islam
maju tetapi bertolak dari gagasan Islam. Demikian juga mazhab Islam dahulu
seperti Jabariah, Khawarij dan sebagainya, mereka mentafsirkan  ayat-ayat al-
Quran dan hadith tetapi tidak bertindak mengkritik otoriti al-Quran atau kerasulan
Nabi Muhammad SAW, hukum-hakam faraid dan sebagainya.
Kumpulan Liberalisma ini sangat radikal. Mereka mahu menolak al-Quran,
Syariah, menyamakan akidah Islam dengan lain-lain agama, menentang
superiority lelaki ke atas wanita, menolak ketentuan faraid dalam al-Quran dan
lain-lain lagi. Gerakan kumpulan ini wajib dihapuskan.

Apakah bahayanya pada Islam dan muslim

Konsep dan falsafah hidup manusia yang benar ditukar. Eksistensialisma  etheis
Barat yang dipopularkan oleh Jean-Paul-Sartre (1905-1980) menobatkan
manusia begitu tinggi.

Menurut J.P.S tujuan dan objektif hidup manusia ditentukan oleh manusia 
sendiri bukan kitab-kitab agama. Tuhan tiada apa-apa peranan dalam kehidupan
manusia. Manusia mempunyai kebebasan penuh untuk berbuat apa sahaja atas
dunia ini.

Kebenaran itu subjektif dan relatif. Baik buruk sesuatu itu manusia yang
tentukan. Keputusan-keputusan yang baik adalah keputusan yang dibuat tanpa
tekanan agama dan budaya.

Maka tidak hairanlah kepada masyarakat Barat kini budaya seks bebas,
pornografi, homoseksual, bersekedudukan tanpa ikatan kahwin dan lain-lain
dianggap sah dan boleh diamalkan.

Anda mungkin juga menyukai