Anda di halaman 1dari 4

TERMA DAN SYARAT

PERTANDINGAN MEWARNA KUASA MENABUNG (PERINGKAT NEGERI)


BULAN MENABUNG SSPN 2020

Pertandingan Mewarna Kuasa Menabung merupakan pertandingan untuk mencungkil


dan mengetengahkan bakat kanak-kanak dalam 3 kategori berikut:-

i) Kategori 1 : Peserta berumur 5 - 7 tahun


ii) Kategori 2 : Peserta berumur 8 - 10 tahun
iii) Kategori 3 : Peserta berumur 11 – 12 tahun

TEMPOH PERTANDINGAN

5 Oktober 2020 sehingga 18 Oktober 2020.

PTPTN mempunyai hak mutlak untuk menukar atau meminda tempoh pertandingan
ini sekiranya perlu tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu

KELAYAKAN

1. Peserta hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia yang berumur 5


hingga 12 tahun;

2. Pertandingan ini TIDAK LAYAK disertai oleh ahli keluarga kakitangan PTPTN;

3. Peserta perlu membuat pembukaan akaun atau penambahan simpanan SSPN


minimum RM50.00 di dalam tempoh pertandingan.

CARA PENYERTAAN

4. Langkah-langkah penyertaan pertandingan adalah seperti berikut:-

a. Profil Facebook hendaklah ditetapkan kepada “Public”;


b. Memuat turun dan mencetak kertas mewarna berukuran A4 di pautan
https://www.didiandfriends.com/mewarnasspn ;
c. Mestilah mewarna kertas warna yang dicetak tersebut dengan
menggunakan pensel warna/‘water colour’/ warna ‘Crayon’ dan bukan
melalui grafik komputer atau digital;
d. Menulis nama penuh dan umur peserta di kertas mewarna;
e. Mengambil gambar yang jelas dan memuatnaik gambar kertas mewarna
yang sudah diwarna di Instagram/ Facebook akaun peribadi dengan
hashtag #KuasaMenabung, #LoveSSPN dan hashtag
#MewarnaSSPNxDidi[Negeri yang anda tinggal], contoh
#MewarnaSSPNxDidiKualaLumpur;
f. Tag tiga (3) orang kawan di kapsyen Instagram/ Facebook; dan
g. Hanya boleh menghantar SATU penyertaan sahaja.

1
HADIAH PERTANDINGAN DAN TUNTUTAN HADIAH

KATEGORI PEMENANG HADIAH

RM100 & Langganan percuma 3 bulan aplikasi Didi


Pertama
& Friends x 1 pemenang

RM 80 & Langganan percuma 3 bulan aplikasi Didi


Kedua
Kategori 1 & Friends x 1 pemenang
(5 - 7 tahun)
RM 60 & Langganan percuma 3 bulan aplikasi Didi
Ketiga
& Friends x 1 pemenang

RM 50 & Langganan percuma 1 bulan aplikasi Didi


Saguhati
& Friends x 7 pemenang

KATEGORI PEMENANG HADIAH


RM100 & Langganan percuma 3 bulan aplikasi Didi
Pertama
& Friends x 1 pemenang
RM 80 & Langganan percuma 3 bulan aplikasi Didi &
Kedua
Kategori 2 Friends x 1 pemenang
(8 - 10 tahun) RM 60 & Langganan percuma 3 bulan aplikasi Didi &
Ketiga
Friends x 1 pemenang
RM 50 & Langganan percuma 1 bulan aplikasi Didi &
Saguhati
Friends x 7 pemenang

KATEGORI PEMENANG HADIAH


RM100 & Langganan percuma 3 bulan aplikasi Didi
Pertama
& Friends x 1 pemenang
RM 80 & Langganan percuma 3 bulan aplikasi Didi &
Kategori 3 Kedua
Friends x 1 pemenang
(11 - 12
tahun) RM 60 & Langganan percuma 3 bulan aplikasi Didi &
Ketiga
Friends x 1 pemenang

RM 50 & Langganan percuma 1 bulan aplikasi Didi &


Saguhati
Friends x 7 pemenang

5. Keputusan akan diumumkan pada 26 Oktober 2020 di media sosial Didi &
Friends atau apa-apa kaedah penyampaian lain yang bersesuaian;

6. Pihak Digital Durian akan menghantar mesej (direct message) kepada


pemenang melalui Instagram/ Facebook untuk mendapatkan maklumat penuh
pemenang (nombor kad pengenalan, nombor akaun SSPN, nombor telefon,
alamat surat menyurat) untuk tujuan penebusan hadiah;

2
7. Hadiah yang dimenangi tidak boleh dipindah milik atau ditukar sama ada
sebahagian atau keseluruhannya kepada bentuk lain selain yang ditetapkan oleh
PTPTN;

8. Hadiah tunai yang dimenangi akan dikreditkan ke dalam akaun Skim Simpanan
Pendidikan Nasional (SSPN) dalam tempoh DUA (2) BULAN dari tarikh
pengumuman pemenang;

9. Pemenang perlu menanggung semua kos tuntutan hadiah dan kehadiran ke


majlis penyampaian hadiah, jika berkenaan;

10. Keputusan pemenang yang diumumkan adalah muktamad. Sebarang surat


menyurat, pertanyaan, rayuan, bantahan atau apa-apa cubaan untuk
mempertikaikan keputusan adalah tidak akan dilayan bagi mana-mana situasi.

PERUNTUKAN UMUM

11. Sebagai peserta yang mempunyai akaun aktif, peserta dianggap telah
membaca, memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan
dan membenarkan butiran peribadi mereka termasuk tetapi tidak terhad kepada
data peribadi untuk digunakan bagi tujuan promosi;

12. PTPTN berhak meminda, membatalkan atau menambah mana-mana terma dan
syarat di dalam pertandingan ini sama ada secara keseluruhan atau sebahagian
tanpa notis terlebih dahulu. Pindaan, pembatalan atau penambahan tersebut
adalah dianggap mengatasi pernyataan sepertimana yang terkandung di dalam
bahan promosi pengiklanan yang berkaitan dengannya;

13. PTPTN berhak untuk membatalkan, menamatkan atau menangguhkan


pertandingan ini dengan atau tanpa notis terlebih dahulu dan / atau tanpa
memberikan apa-apa sebab kepada mana-mana peserta. Untuk mengelakkan
keraguan, sebarang pembatalan, penamatan atau penggantungan pertandingan
ini oleh PTPTN tidak akan memberi hak kepada mana-mana peserta untuk apa-
apa tuntutan atau pampasan terhadap PTPTN ke atas apa-apa dan / atau
keseluruhan kehilangan, kos, perbelanjaan atau kerosakan yang ditanggung
atau dialami sebagai kesan langsung atau tidak langsung daripada pembatalan,
penamatan atau penggantungan tersebut;.

14. PTPTN tidak bertanggungjawab ke atas penghantaran penyertaan yang lewat,


hilang, tidak lengkap, tidak diserahkan, ditangguhkan, rosak atau salah arah
sama ada disebabkan kesilapan, peninggalan, pengubahan, gangguan,
penghapusan, kecurian, pemusnahan atau sebaliknya;

15. PTPTN berhak membatalkan sebarang penyertaan tanpa sebarang notis,


sekiranya didapati peserta tidak layak dan tidak mengikut terma dan syarat yang
telah ditetapkan;

3
16. Jika pemenang didapati tidak memenuhi syarat-syarat untuk mengambil
bahagian dalam pertandingan ini atau menebus hadiah yang diberikan, PTPTN
berhak untuk membatalkan atau mengambil semula hadiah dan
menganugerahkan hadiah yang sama kepada pemenang yang lain
sebagaimana yang ditentukan oleh PTPTN;

17. Penyertaan peserta dalam pertandingan ini adalah atas risiko peserta sendiri.
PTPTN tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan, kehilangan,
kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan tersebut;

18. Segala terma dan syarat yang terdapat di dalam dokumen ini dan juga sebarang
keputusan yang dibuat oleh PTPTN berhubung pertandingan ini adalah
muktamad dan konklusif. PTPTN tidak akan melayan sebarang rayuan atau
pertikaian melibatkan keputusan yang telah dibuat;

19. PTPTN boleh menggunakan penyertaan peserta termasuk tanpa terhad kepada
gambar, video, lukisan, teks, dan kandungan atau maklumat lain yang
dikemukakan untuk tujuan promosi (secara kolektif dinamakan “Bahan”), dan
nama peserta, dan/atau persamaannya, untuk tujuan pengiklanan, publisiti dan
promosi mana mana barangan atau perkhidmatan PTPTN, untuk tempoh tidak
terhad di seluruh dunia tanpa pampasan, dan dalam mana-mana media. Peserta
hendaklah melakukan segala perkara yang perlu untuk tujuan ini jika diminta
oleh PTPTN;

20. Segala surat-menyurat yang dihantar ke alamat terakhir mengikut rekod PTPTN
adalah dianggap telah diserahkan kepada peserta.

Maklumat dikemaskini pada 1 Oktober 2020

Anda mungkin juga menyukai