Anda di halaman 1dari 7

GALUS bmsevaspm LATIHAN DOKTOR BAHASA SMJKPHOR TAY

BUBUH IMBUHAN YANG TEPAT PADA KATA DASAR BERDASARKAN KONTEKS DALAM
PETIKAN
A Setelah capai merdeka, para pimpin kita telah ambil langkah segera untuk kukuh

padu rakyat yang jadi teras bangun negara. Atas sedar itulah, bahasa Melayu kembali

peranannya sebagai alat perpaduan dan seterusnya bangkit semangat kebangsaan rakyat

negara ini. Di samping itu, bahasa kebangsaan juga dapat pupuk semangat kita dalam jiwa

rakyat Malaysia, yang sifat padu dan abadi. Hal tersebut hanya dapat laku melalui kongsi

satu bahasa kebangsaan, yang antaranya guna sebagai bahasa pengantar tunggal dalam

sistem didik nasional. Melalui sistem pendidikan tersebut bahasa kebangsaan juga

berperanan sebagai alat untuk satu padu rakyat dalam negara kita. Sehubungan dengan

itu, banyak negara yang manfaat fungsi bahasa kebangsaan untuk menyatupadukan rakyat.

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan
B tersebut dan tulis jawapan pada ruang yang disediakan.
1. Mahadzir memohon cuti dari majikannya untuk pulang ke kampung.
____________________________
2. Kerja-kerja memperlebarkan jalan itu perlu dilakukan dengan segera.
____________________________
3. Dr. Shanti adalah pensyarah di Universiti Malaya. Beliau berasal dari Sibu.
_______________________
4. Wan Liang mendapat tempat pertama di dalam pertandingan syarahan itu.
________________________
5. Mini telekung yang dibeli oleh ibu di Bandung sangat halus corak sulamannya.
____________________
6. "Saya akan menjunjung segala perintah tuanku dalam melaksanakan tugas tersebut,"
sembah Bendahara Tun Perak kepada Sultan Mansur Syah. _____________________________
7. Kawasan sawah padi di hujung kampung itu diusahakan oleh kami.
_____________________________
8. Cahaya lampu dari rumah agam di atas bukit itu sangat terang-benderang.
_______________________
9. Dua orang perompak-perompak telah ditembak mati oleh pihak polis dalam satu insiden
rompakan bank pagi semalam. _____________________________
10. Kuih yang enak itu dibuat dari tepung pulut dan santan. _____________________________
11. Adik memanggil abang berapa kali tetapi langsung tidak dibenakannya.
__________________________
12. Di hari raya, semua ahli keluarga saya akan berkumpul di rumah datuk dan bergotong-
royong membuat persiapan hari raya. _____________________________

2
GALUS bmsevaspm LATIHAN DOKTOR BAHASA SMJKPHOR TAY

mengketengahkan mengetengahkan mengenengahkan


C
menge-melkan mengemelkan meng-e-melkan

ciptaannya Ciptaan-Nya ciptaan-Nya

sering kali seringkali sering-kali

di atas inisiatif atas inisiatif diatas inisiatif

Nyamuk Aedes nyamuk Aedes nyamuk aedes

post-mortem postmortem post-mortem

Asean Asia Asian

ikan talapia ikan telapia ikan tilapia

perlantikan penglantikan pelantikan

Al-Quran al-Quran Al-quran

Sukan Olimpik sukan Olimpik sukan olimpik

peperiksaan pemeriksaan pemeriksa

mengintegrasikan mengintergrasikan mengintragrasikan

di atas inisiatif diatas inisiatif atas inisiatif

pelaksana perlaksanaan pelaksanaan

Ilahi ilahi Illahi

ketaksuban ketaksupan ketaasuban

akan ku simpan akan kusimpan akan simpamku

ilmuwan ilmiahwan
2
ilmuan

Berdua-dua kedua-dua Berdua-duaan


GALUS bmsevaspm LATIHAN DOKTOR BAHASA SMJKPHOR TAY

baik sangka anak angkat angkat kaki alas perut bahasa dalam
bekas tangan cabut nyawa durian runtuh mencari jalan beri
muka
KATA MAJMUK yang tepat bagi situasi di bawah.
D
1. Pagi tadi Ah Meng ....................sebelum pergi Taiping.
2. ....................Pak Cik Ismail menjadi doktor gigi.
3. Apabila pegawai penguatkuasa datang ke tempat itu, semua penjaja yang tidak tidak
berlesen ...................
4. Perkataan santap, gering dan beradu merupakan ........................
5. Orang tua selalu ..........................dengan semua orang.
6. Inilah manuskrip ..........................pengarang yang terkenal itu.
7. Ayahnya terlalu ...........................kepada anak lelakinya, akhirnya dia menjadi budak yang
nakal.
8. Perompak itu hendak .......................mangsanya, tetapi hasratnya tidak berjaya bila polis
sempat menembaknya.
9. Apabila dia disuruh membuat kerja yang berat, dia selalu ......................
10. Pada hujung tahun semua kaki tangan kerajaan mendapat…………….
yatakan sama ada ayat-ayat di bawah ayat tunggal atau ayat majmuk.
1.Peserta yang pengsan itu bernama Sulaiman. ___________
2.Adik saya suka menonton rancangan kartun.____________
3.Wanita yang berambut panjang itu ialah Cikgu Soon _____________
4.Sakinah akan berasa kecewa jika dia gagal dalam pertandingan itu. _____________
5. Encim Rahman sedang menyapu daun-daun kering. ______________
6.Kucing itu mengiau kerana lapar. ______________
7.Cikgu Anita memakai baju batik hari. ______________
8.Mereka bertiga pergi ke kantin. ______________
9.Gopal masih mempunyai datuk dan nenek.______________
10. Hartawan itu sangat kedekut._______________

Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah dengan kata hubung yang diberi supaya menjadi ayat
E majmuk.
1. Ayah membaca surat khabar.
Ayah menonton televisyen. sambil
2. Hanita tinggal di Taman Aman.
Suresh tinggal di Taman Aman dan
3. Amran melayari internet.
Amran mencari maklumat terbaru. untuk
4. Kasut itu berwarna biru.

2
GALUS bmsevaspm LATIHAN DOKTOR BAHASA SMJKPHOR TAY

Kasut itu sangat mahal. yang


5. Kami terkejut.
Kami terdengar bunyi letupan. apabila
6. Halim kaya.
Halim kedekut. tetapi
7. Murid itu mengetuk pintu.
Murid itu masuk ke dalam bilik darjah. sebelum
8. Ibu memarahi adik.
Adik bermain di tepi longkang. kerana
9. Asward tetap pergi ke kelas tuisyen.
Asward tidak sihat. walaupun

F Tukarkan ayat-ayat aktif yang diberi di bawah kepada ayat-ayat pasif.


1. Encik Tan sedang menjalankan perniagaan membaiki motosikal di Bandar Melaka.
…………………………………………………………………………………………………
2. Kucing jantan berbulu lebat itu menangkap seekor tikus yang sangat besar.
…………………………………………………………………………………………………
3. Lebuh Raya Utara selatan menghubungkan negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung
Malaysia.
…………………………………………………………………………………………………
tersebut pada pagi tadi.
…………………………………………………………………………………………………
5. Pelatih jururawat di hospital itu menggunakan sarung tangan plastik ketika bertugas.
…………………………………………………………………………………………………
6. Saya akan mengharungi segala cabaran itu walaupun amat berat untuk dipikul.
…………………………………………………………………………………………………
7. Kalian patut menyeberangi jalan raya menuju ke sungai itu pada sebelah petang nanti.
…………………………………………………………………………………………………
8. Beta akan memperkenankan segala permintaan kamu jika kamu berkata benar.
…………………………………………………………………………………………………
9. Kami akan membincangkan usul mesyuarat ini dalam perjumpaan kita pada masa depan.
…………………………………………………………………………………………………
10. Jangan mengulangi kesalahan-kesalahan itu lagi pada masa yang akan datang.
…………………………………………………………………………………………………

G “HIGHLIGHTKAN” kesalahan tatabahasa dalam ayat di bawah dan tulkannya


1. Encik Ram berasal daripada Teluk Intan…………
2. Jangan bersandar di dinding yang baru dicat itu. ……………
3. Ayah membeli beg tangan kepada ibu. ……………
4. Ibu menyembelih ikan keli di dapur. ……………………
5. Kakak sedang memanggang nasi di dapur. ………………………
6. Bola itu tendang Ronaldo. …………………
7. Pokok pisang itu menanam ayah saya. ……………………
8. Azmi mencatat segala barang-barang yang hendak dibeli. …………
9. Beberapa buah rumah telah hangus dijilat api. ………………
10. Semua orang murid mesti mematuhi peraturan di sekolah. …………
11. Semua murid-murid perlu berbaris sebelum membeli makanan. …………
12. Mereka duduk di situ daripada pagi sampai petang. ……………
13. Beberapa orang pengawas sedang berdiri di bawah pokok itu. ……………
14. Sekumpulan murid sedang berkawat di padang. ……………
15. Pak cik saya sangat kaya walaupun kedekut. ………………
16. Ayah singgah di kedai itu untuk membeli sekilogram kayu arang. …………
17. Saya bencikan kelakuannya yang kurang sopan itu. ……………

2
GALUS bmsevaspm LATIHAN DOKTOR BAHASA SMJKPHOR TAY

18. Kebanyakan ikan di dalam kolam itu mati akibat keracunan. ………………
19. Berbagai jenis makanan terdapat di pasar malam itu. ………………
20. Bapa mencuci kereta sementara ibu menyapu sampah.. ………………

Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada Frasa Nama + Frasa Nama
H (FN+FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif
(FN+FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FS).
(i) Kes pembunuhan bersiri itu masih dalam siasatan pihak polis.
(ii) Borang penyertaan itu untuk murid yang ingin mengikuti kem motivasi.
(iii) Melaka sangat terkenal sebagai pusat perdagangan entrepot pada zaman dahulu.
(iv) Tuan Haji Sajoli ketua pegawai pendidikan di daerah Gombak sejak dua tahun lalu.
(v) Doktor pakar hospital tersebut telah menyediakan laporan perubatan untuk pesakit
itu.
(vi) Kerajaan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dalam membela nasib golongan
kelainan upaya.

Cerakinkan ayat majmuk di bawah menjadi dua ayat tanpa mengubah maksud
asalnya.
I
(i) Kamala gemar menyanyi lagu tradisional dan menulis puisi.
(ii) Merokok amat membahayakan kesihatan kerana mengandungi bahan kimia.
(iii) Cikgu Roslan melambai-lambaikan tangannya sambil tersenyum-senyum ke arah
kami.
(iv) Selain membekalkan oksigen kepada manusia, pokok dapat menjadi pelindung
kepada tanah.
(v) Mak Minah tidak pernah berhutang dengan sesiapa walaupun hidup dalam serba
kekurangan.
(vi) Seandainya ibu bapa memberikan kebenaran, saya akan menyertai kem
perkhemahan unit beruniform itu nanti.

J
Padankan PERIBAHASA dengan maksud di bawah:

a. Melentur buluh biarlah dari rebungnya b. nasi sudah menjadi bubur c. air dicencang tidak akan putus
d. muafakat membawa berkat e. bagai itik mendapat air f. kalau takut dilambung ombak jangan
berumah di tepi pantai g. biar putih tulang jangan putih mata h. kais pagi makan pagi, kais petang
makan petang i. bagai katak di bawah tempurung j. seperti kacang lupakan kulit
1. Sudah terlewat untuk ambil tindakan
2. Jika tidak berani ambil risiko jangan lakukan
3. Seseorang yang tidak menghargai jasa
4. Ilmu pengetahuan seseorang yang sangat cetek
5. Mengajar anak sejak kecil
6. Lebih baik mati daripada hidup menanggung malu
7. Kehisupan yang sangan miskin
8. Sesuatu kerja yang dilakukan bersama-sama akan membawa kebaikan
9. Perhubungan adik-beradik tidak akan terpisah akibat perselisihan faham
10. Seseorang yang mendapat sesuatu yang diingini

2
GALUS bmsevaspm LATIHAN DOKTOR BAHASA SMJKPHOR TAY

K
BAHASA MELAYU STANDARD
1 Maka diambil baginda sirih dari puan banda, disuruh berikan pada Tun Perak.

2 Hatta, maka orang Siam pun datanglah, lalu perang dengan orang Melaka.

3 Maka tiada disahut oleh Tuan Perak kata itu.

4 Maka baginda pun tersenyum, seraya bertitah, “Benarlah seperti kata Tun Perak itu”.

L
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
STRES ialah tindak balas emosi, fizikal dan mental akibat perubahan dalam sesuatu keadaan yang
berlaku dalam kehidupan harian manusia. Stres merangkumi beban, tekanan, kebimbangan,
keletihan, konflik, panik, kemurungan dan tidak bermaya. Secara umumnya, stres terbahagi
kepada stres jangka pendek dan stres jangka panjang. Stres jangka pendek merupakan tindak
balas spontan tubuh badan terhadap apa-apa situasi yang mencabar, bahaya atau menakutkan.
Stres jangka panjang pula selalunya dialami oleh mereka yang menghidapi stres yang
berpanjangan. Stres seperti ini selalunya disebabkan oleh penyakit berbahaya atau masalah yang
berpanjangan. Punca utama stres seringkali dikaitkan dengan masalah kehidupan yang terjadi
seperti masalah peribadi, masalah di tempat kerja dan lain-lain. Bahayanya stres ini bukan sahaja
boleh menjejaskan kualiti kehidupan kita, malahan orang sekeliling seperti keluarga dan kawan
rapat kita juga boleh terkena tempiasnya.
(Dipetik dan disesuaikan daripada Sinar Harian, 04 Mac 2021)
Bahan 2
Keadaan atau masa yang menimbulkan stres selalu berlaku. Perkara ini tidak dapat dielakkan
memandangkan gaya hidup di dunia moden yang serba pantas ini. Kegagalan menangani stres juga
boleh membawa kesan buruk ke atas kesihatan seseorang. Lazimnya sistem imun dapat
mempertahankan tubuh daripada penyakit. Namun begitu, stres boleh melemahkan sistem imun.
Jika hal ini berlaku, individu berkenaan akan lebih mudah mendapat penyakit berbahaya seperti
kanser dan masalah jantung. Pada masa yang sama, jika dia sedang berhadapan dengan masalah
kesihatan, stres boleh memburukkan keadaan lagi. Berasaskan fakta-fakta tersebut, adalah
penting untuk seseorang untuk berbuat sesuatu sekiranya mereka mendapati diri mereka tidak
berupaya menangani stres. Mereka perlu mengatasi masalah tersebut secepat mungkin untuk
mengelakkan diri daripada menjadi mangsa stres yang boleh membunuh.
(Dipetik dan disesuaikan daripada Artikel Kesihatan, 2007)

i. Berdasarkan bahan 1, berikan maksud frasa menjejaskan kualiti? [2 markah]

2
GALUS bmsevaspm LATIHAN DOKTOR BAHASA SMJKPHOR TAY

ii. Merujuk bahan 1 dan bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan kesan stres kepada
seseorang?
[3 markah]

iii. Stres menyebabkan seseorang mudah mendapat penyakit berbahaya seperti kanser dan sakit
jantung.
Pada pendapat anda, apakah kesan lain yang dihidapi sekiranya masalah stres ini tidak diatasi
segera?
[3 markah]

iv. Seorang rakan anda mengalami masalah stres yang serius sehingga membuatkan dia patah
semangat dan tidak mahu untuk melakukan aktiviti hariannya seperti biasa.
Sebagai seorang sahabat, apakah cadangan yang boleh anda berikan kepada rakan anda agar
stres yang dihadapinya tidak bertambah serius?
[4 markah]

Anda mungkin juga menyukai