Anda di halaman 1dari 44

Asnuraida (F1) edu 3107

Soalan 3

Dalam melaksanakan proses kaunseling, teori memainkan peranan yang


penting. Pilih satu teori kaunseling dan huraikan teknik-teknik yang
diaplikasikan semasa proses kaunseling.

TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

Pendekatan ketingkahlakuan atau behavioral approach kaunseling mempunyai

sejarah bermula daripada 3 komponen.

komponen pertama;
dipetik daripada prinsip
pelaziman klasik
m pp oo nn ee nn

Komponen kedua;
dipetik daripada prinsip
KK oo m

pelaziman operan

Komponen ketiga ;
dipetik daripada terapi
tingkahlaku kognitif

Komponen-komponen

A. Komponen pertama

Komponen pertama ini dipetik daripada prinsip pelaziman klasik atau

kadang-kadang disebut juga sebagai pelaziman responden yang diasaskan

dari hasil kajian Pavlov(1960) dan Hull(1943). Dalam sebuah kajian, John B.

Watson (1920) telah menggunakan prinsip Pavlov iaitu prinsip pelaziman

1
Asnuraida (F1) edu 3107

klasik, untuk melatih little Albert takutkan kepada tikus putih, kapas putih dan

rambut Watson yang putih.

Melalui eksperimen terhadap little Albert, ia menjadi asas kefahaman

teori Behaviorisme , dan ia menunjukkan bahawa emosi seseorang boleh

dipelajari dan diubah dengan menggunakan prinsip pembelajaran.

AKIBAT/RESPON
bunyi loceng terpernjat dan rasa
kuat(ransangan tak takut.
terlazim) rasa takut (respon
tikus putih terlazim)
(ransangan terlazim

DIGANDINGKAN

Prinsip pembelajaran pelaziman Klasik.

B. Komponen kedua

Komponen kedua ialaih pelaziman operan yang diasaskan oleh B.F Skinner

(1953). Dalam pelaziman operan, peneguhan digunakan untuk memastikan sesuatu

tingkah laku berulang. Peneguhan adalah sesuatu yang memungkinkan sesuatu

tingkah laku itu diulang kerana ada unsur keselesaan atau rasa senang. Contoh

peneguhan positif ialah wang atau pujian. Peneguhan negatif juga menguatkan

ulangan sesuatu tingkah laku. Manakala hukuman dan pelupusan (excinction)

mengurangkan tinglaku berulang. Hukuman ialah menambahkan ransangan yang

menyakitkan atau yang tidak selesa.Penggunaan rinsip pelaziman operan sebagai

1
Asnuraida (F1) edu 3107

satu teknik mengubah tingkahlaku seseorang dinamakan teknik modifikasi tingkah

laku atau behaviour modification.

C. Komponen ketiga

Komponen ketiga dikenali sebagai terapi tingkah laku kognitif atau cognitive

behaviour therapy. Terapi ini adalah gabungan daripada dua aliran yang berbeza,

iaitu satu pendekatan yang berunsur ketingkahlakuan sahaja dan satu lagi

berunsurkan kognitif.

PROSES KAUNSELING

Apabila menjalankan proses kaunseling, seperti yang terdapat dalam sistem

kaunseling yang lain. Kaunselor behaviourisme mesti juga menunjukkan

kemahirannya dalam perkara-perkara berikut, iaitu;

mendengar dengan tepat

menghargai kliennya

sikap menerima

memahami bahawa klien seorang yang unik

Kaunselor perlu membina satu perhubungan yang positif dengan kliennya

supaya dapat memastikan ia benar-benar memahami masalah klien sebelum

memulakan sesuatu strategi terhadap kliennya. Perhubungan positif juga akan

membolehkan klien lebih bermotivasi untuk berjaya mendapat perubahan terhadap

tingkah laku adaptif.

1
Asnuraida (F1) edu 3107

Dalam hal ini klien akan dilibatkan bersama dalam menganalisis, merancang,

memproses dan manilai program pengurusan tingkah laku dirinya. Kaunselor

behaviorismeakan mencuba melupuskan bermacam-macam tingkah laku yang

selama ini dianggap maladaptif dan disamping itu, klien pula mempelajari tingkah

laku yang adaptif yang akan berterusan sebagaimana yang telah dirancang. Tugas

kaunselor ialah menggalak dan membantu kliennya membuat perubahan.

Untuk melaksanakan proses kaunseliang behaviorisme ini, kaunselor mestilah

telah mendapat latihan dan pengalaman dalam modifikasi tingkah laku manusia dan

sanggup menjadi konsultan, guru, penasihat, pemberi peneguhan dan fasilitator. Dari

segi sahsiah, kaunselor perlu mempunyai ciri-ciri mesra, ingin memahami, sedia

menolong dan ikhlas.

Apakah tugas-tugas kaunselor? Pertama, supaya dapat membantu klien

bersama-sama menganalisis tingkah lakunya, kedua untuk mentaksir masalah dan

seterusnya memilih satu matlamat yang ingin dicapai. Proses kaunseling akan

menjadi lebih mudah dan membantu sekiranya kaunselor dan klien dapat

mewujudkan cara berkomunikasi yang berkesan antara satu sama lain, saling

mempercayai dan bekerjasama. Faktor perhubungan yang baik ini harus berterusan

selama klien dan kaunselor mencari jalan menolong klien membuat perubahan.

STRATEGI MEMBANTU KLIEN.

Kaunselor boleh menggunakan strategi yang dipilih untuk tujuan

menggalakkan sesuatu tingkah laku yang dikehendaki atau menghilangkan yang

tidak dikehendaki. Yang ditekankan disini ialah penglibatan dan kerjasama antara

klien dan kaunselor berterusan. Antara strategi yang boleh dipilih melalui kaunseling

behaviorisme ini adalah;

1
Asnuraida (F1) edu 3107

Latihan
asertif

Token
ekonomi

Pengurusa
n kendiri

Pemantaua
n kendiri

Peneguhan
kendiri

i. Role play

Strategi menggunakan role play ini telah banyak digunakan oleh kaunselor untuk

melatih klien dalam pelbagai perlakuan yang sebelum ini sukar hendak dilakukan. Ini

boleh dikatakan, satu lakonan dan latihan yang dibimbing oleh kaunselor dengan

mempunyai tujuan yang khusus.

Role play adalah satu teknik yang terbaik untuk meluaskan kesedaran klien dan

menunjukkan bahawa ada banyak alternatif melakukan tingkah laku lain. Misalnya

bagi seorang murid yang pemalu untuk bercakap dalam satu kumpulan

perbincangan boelh diajar dengan cara role-play, dimana murid itu diminta

mengeluarkan pendapat kepada kaunselornya.

1
Asnuraida (F1) edu 3107

Rasionalnya ialah murid berlatih mengeluarkan pendapat dalam keadaan dan

suasana yang selamat . apabila aunselor merasakan klien sudah mempunyai

keyakinan diri, barulah murid itu dibenarkan menyertai kumpulan asalnya. Guru kelas

murid tersebut perlu memberi kerjasama dengan tidak memaksa klie, kerana jika dia

masih gugup dan malu, perasaan diri klien terancam.

Teknik role play juga boleh digunakan dengan klien lain supaya dia menjadi lebih

asertif apabila mendapati dirinya sukar bertindakbalas setiap kali orang lain

mengambil kesempatan terhadapnya. Role-play memberi peluang kepada individu ini

untuk mencuba mengeluarkan satu tingkah laku baru dalam situasi yang lebih

selamat sebelum digunakan diluar atau di tempat-tempat yang selalu menimbulkan

masalah.

Batasan Role-play

Sungguhpun penggunaan teknik role-play ini berkesan, namun ia ada hadnya, iaitu;

Ia juga bergantung kepada kehendak


Ia bergantung kepada kemahiran dan klien itu sendiri unutk mengalami,
kesungguhan kaunselor mentadbir mendengar dan merasakan tingkah
caranya. laku baru yang sebelum ini mungkin
sukar baginya untuk dilakukan.

1
Asnuraida (F1) edu 3107

ii. Latihan asertif

Latihan asertif adalah satu teknik untuk mengajar klien menambahkan keyakinan

diri berhadapan dengan orang yang dianggap sebagai ancaman pada dirinya.

Matlamat latihan asertif ini ialah;

memberi kekuatan secara


mengajar klien yang pasif,
aktif unutk memulakan
mempunyai sifat dan tidak
tingkah laku pilihan yang
bermotivasi, supaya mencari
dikehendaki, iaitu lantas
alternatif, iaitu bertindak
bertindak tanpa memberi
dengan mengambil jalan
kecederaan fizikal dan emosi
yang lebih produktif.
kepada orang lain

Kebanyakan klien perlu membina kemahiran asertif unutk meningkatkan

kebolehan pengurusan diri dan menyelesaikan masalah. Klien boelh hilang

penghargaan kendiri dengan membiarkan orang lain mengambil kesempatan ke atas

dirinya, tidak berupaya menghadapi ibu bapa, majikan atau dengan orang lain

dengan cara yang betul.

Latihan asertif biasanya dilaksanakan dengan cara-cara berikut;

a) Role-play dan melakonkan (modeling) situasi-situasi pasif, agresif dan

asertif biasa dihadapi klien

b) Melalui penerokaan masalah dan mentakrifkan masalah

1
Asnuraida (F1) edu 3107

c) Mengulangi latihan role-play yang telah ditetapkan beberapa kali

d) Role-reversal, iaitu melakonkan situasi yang menjadi punca klien tidak

boleh melakukan tingkah laku asertif

e) Melaksanakan tingkah laku asertif yang dikehendaki sedikit demi sedikit

(successive approximation)

Dengan cara tersebut, klien bukan sahaja dapat membentuk tingkah laku baru dalam

suasana selamat dengan kaunselornya, tetapi juga dapt bersama-sama

kaunselornya unutk menganalisis perlakuan-perlakuan yang perlu dibentuk secara

sedikit demi sedikit. Apabila klien sudah merasa selesa dan boelh membuat respon

dengan cara baru ini. Barulah boleh dicubanya diluar bilik kaunselor. Iaitu dalam

keadaan seharian.

iii. Token ekonomi

Hadiah yang dimaksudkan merupakan token yang akan diberi kepada seseorang

sebagai peneguhan untuk tingkah laku yang baik dan bersesuaian.Token yang diberi

adalah dalam bentuk benda seperti bintang,gelang,kad dan sebagainya.Semuanya

ini boleh ditebus dengan hadiah atau mendapat kemudahn-kemudahan

tertentu.Kaedah ini didapati amat berkesan dalam membantu klien yang menghadapi

masalah perlakuan yang biasa atau perlakuan yang kompleks dan amat sesuai untuk

menghapuskan tingkah laku maladatif dan menukarkannya kepada tingkah laku yang

baik dan bersesuaian dengan kehendak persekitaran dan masyarakat. Walaupun

terdapat sedikit masalah turutamanya untuk memastikan perlakuan positif ini

berterusan dan berkekalan,ia masih boleh diteruskan dengan cara kaunselor

membuat perancangan rapi dan meminta bantuan dari orang sekeliling klien untuk

membuat pemerhatian seperti ibu bapa,guru,keluarga atau jiran klien.

1
Asnuraida (F1) edu 3107

1. minta bantuan pekerja-


pekerja lain seperti gutu kelas,
guru-guru yang mengajar murid
berkenaan, ibu bapa untuk
membuat komitmen membantu
dan memahami konsep dan
matlamat token ekonomi

2. memilih tingkah laku yang


5. memastikan tingkah laku
besar kemungkinan akan
yang diubah itu adalah tingkah
mudah mendapat peneguhan
laku yang dikehendaki luar
daripada masyarakat dan
sekolah
persekitarannya

3. mematuhi prinsip modifikasi


4. hadiah atau token yang
tingkah laku seperti
mengagihkan token atau hadiah diagihkan itu masih mempunyai
nilai peneguhan
serta merta, adil dan konsisten

Rajah ringkas menunjukkan struktur token ekonomi yang dirancang oleh

kaunselor

iv. Pengurusan kendiri Pemantauan kendiri dan Peneguhan kendiri

(Kaedah pengurusan kendiri,pemantauan kendiri dan peneguhan kendiri. )

Tatacara kaedah ini adalah klien memberi kerjasama sepenuhnya dan aktif

dalam kaunseling.Apa yang difikirkan oleh klien diambil kira oleh kaunselor dan

diberi perhatian, klien berusaha sendiri untuk mencapai perubahan yang

1
Asnuraida (F1) edu 3107

dikehendaki, klien belajar cara memberi peneguhan kendiri. Klien diminta membuat

interpretasi data tingkah laku yang telah mereka catitkan.Dalam kaedah ini

kaaunselor hanya sebagai mentor atau pemudah cara dan bukan sebagai seorang

pakar.

klien mengeluarkan buah


klien memainkan peranan fikiran sendiri dan mengikut
arahan kaunselor serta
yang aktif dalam fasa
membina langkah-langkah
kaunseling
yang tertentu dan yang
membantu

proses pemikiran klien


klien belajar cara memberi
diambil kira dan diberi
peneguhan kendiri
tumpuan

klien dipanggil untuk


membuat perhatian,
memantau, mencatit,
kaunselor berperanan lebih
memberi peneguhan kendiri
dan kadang-kadang diminta seperti mentor atau pendidik
dan bukan sebagai pakar.
membuat interprestasi data
tingkah laku yang telah
mereka catitkan

Bagi memastikan kaedah kendiri ini berjalan dengan lancar dan mencapai

beberapa langkah perlaksanaanynya perlu dituruti.Langkah pertama adalah

mengkonsepsi dan mentakrif masalah dan memilih matlamat dalam bentuk

behavioral,perkara yang perlu diambil berat adalah memastikan matlamat mudah

difahami,mempunyai nilai kepada klien, realistik dan boleh dicapai. Matlamat atau

sasaran yang hendak dicapai itu harus ditulis tarikh-tarikhnya supaya ia menjadi satu

target atau mengukur tahap pencapaian sesuatu perubahan tingkah laku.

1
Asnuraida (F1) edu 3107

Langkah seterusnya adalah mengurus dan memantau tingkah laku sasaran.

Langkah ini klien perlu mencatitkan tingkah laku dengan segera selepas ianya

berlaku.Klien bebas menggunakan sebarang alat yang sesuai sebagai contoh klien

boleh menggunakan pita rakaman,jam,kertas,komputer dan sebagainya. Klien perlu

elakkan persekitaran dan situasi yang pasti akan melakukan respon yang tidak

dikehendaki atau perlakuan maladatf. Klien juga perlu menjana peneguhan yang

sesuai dan menentukan kesan yang bermakna serta berkesan kepada klien. Perkara

terakhir yang perlu dilakukan oleh klien adalah meneruskan kejayaan dan mengira

apa yang telah dicapai.

langkah 1 : mengkonsepsi dan mentakrif masalah dan memilih matlamat dalam

bentuk behavioral

A. Tentukan matlamat sasaran satu persatu

B. Matlamatnya mesti;

a. Mudah difahami, penting dan mempunyai nilai kepada klien

b. Boleh diukur secara objektif dan di analisis

c. Realistik dan boleh dicapai

d. Positif dan membina

C. Kenyataan berkenaan matlamat sasaran mesti mengandungi;

a. Kehendak klien pada taraf yang boleh tercapai, atau yang hendak

dilupuskan

b. Pencapaian sedikit demi sedikit matlamat sasaran mengikut tarikh-

tarikh

1
Asnuraida (F1) edu 3107

Contohnya;

kaunselor : jadi, sekarang apa yang ingin kamu ingin benar-benar lakukan
ialah mencapai sasaran untuk lulus dalam matapelajaran Bahasa Inggeris dan
kali ini berterusan
klien : ya, itu benar. sebab paling uama sekarang ialah saya mahu lulus dalam
UPSR.
kaunselor : baiklah, saya rasa awak sudah membuat komitmen untuk lulus
dalam matapelajaran Bahasa Inggeris dan awak mahu memulakan dengan
segera. Mari kita lihat keputusan ujian kamu yang lepas, dan rancang satu jadual
yang realistik dan sesuai dengan kebolehan kamu serta mencatitkan tarikh-tarikh
untuk mencapai sasaran tersebut.

Langkah 2 : Mengurus dan Memantau Tingkah Laku sasaran

A. Pilih matlamat sasaran yang sesuai berasaskan objektif-objektif klien

B. Mulakan penilaian asas atau baseline assessment sebelum melaksanakan

strategi mengubah tingkah laku.

C. Mulakan pemantauan dan buat catitan data ke atas matlamat-matlamat yang

berkaitan.

Untuk itu, klien perlu

 Mencatitkan tingkah laku dengan segera selepas ianya berlaku;

 Gunakan kertas dan pensil, jam tangan atau sebarang alat perakam yang

sesuai untuk merekod data tingkah laku

 Melaksanakan pengiraan kekerapan, pengambilan masa atau gunakan

strategi pemantauan yang lain untuk merekod tingkah laku.


1
Asnuraida (F1) edu 3107

Contohnya;

Kaunselor : murid, bagaimanakah kamu mengubah cara kemu mereod


atau memantau tingkah laku kali ini untuk memastikan kamu mengikut jadual
dan mencapai sasaran lulus dalam Matapelajaran Bahasa Inggeris?
klien : Oh, itu semua saya dah fikirkan, kelas tambahan disekolah, rujuk
guru Bahasa Inggeris selepas waktu kelas. Saya juga telah memikirkan
kaedah untuk meningkatkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris saya.
kaunselor : kamu ada menyebut perkataan kaedah sebentar tadi, apakah
kaedah yang kamu gunakan? saya benar-benar inginkan kamu berjaya kali
ini. cuba kita semak bersama perincian apa yang kamu hendak lakukan dan
bagaimana kamu akan lakukannya.
klien : Baiklah, ingin saya ingin tunjukkan apa yang telah saya tulis sebagai
rekod apa yang saya telah buat.
kaunselor : (sambil melihat catitan) ini senarai yang baik. Mari kita semak
dan bincangkan bersama. mungkin kita dapat fikirkan alat-alat lain yang
boleh membantu pemantauan aktiviti kamu dengan lebih mudah yang belum
kita fikirkan.

Langkah 3 : Perubahan suasana persekitaran dan mengambil langkah yang sesuai.

Terus mencatit atau merekod tingkah laku sasaran.

A. Pada mulanya, cuba elakkan persekitaran dan situasi yang pasti akan

melakukan respon yang tidak dikehendaki atau perlakuan maladaptif.

B. Ubah persekitaran , suasana dan situasi untuk memastikan anda;

 Menyedari apa yang sedang anda buat

 Hadkan rangsangan yang mempelawa tingkah laku yang tidak

dikehendakai

 Mudahkan tingkah laku yang memberi kepuasan

Contohnya;

1
Asnuraida (F1) edu 3107

kaunselor :murid, ini adalah satu langkah di mana kamu mesti tukar
kepada cara lain. Kalau kamu teruskan dengan cara yang lama, kamu tidak
akan mampu mencapai sasaran dalam tempoh yang ditetapkan sebelum ini.
Ini akan menimbulkan masalah. pada hemat saya, kamu perlu buat satu
perubahan drastik kalau ingin mencapai matlamat kamu.
klien : Ya, saya tahu beberapa perkara yang mesti saya lakukan. Pertama,
saya mesti cuba mengurangkan masa saya bermain dan cuba untuk
memperbanyakkan latihan Bahasa Inggeris saya dirumah dan sekolah.
kaunselor : Ok, ada lain-lain lagi?
klien : saya terfikir untuk menulis beberapa perkataan Bahasa Inggeris,
mungkin sepuluh patah dalam masa satu hari.
kaunselor : Itu sangat baik, mari kita sama-sama bincangkan hal itu, dan
fikirkan bagaimana kita dapat mengelakkan kamu ketinggalan dan hilang
minat dalam kelas Bahasa . kita aakan cuba memastikan rancangan anda
berjaya.

Langkah 4 : Menjana peneguhan yang sesuai dan menentukan akibat yang

bermakna serta berkesan bagi klien.

Teruskan merekod tingkah laku sasaran.

A. Kenal pasti peneguhan dan akibatnya, yang mana peneguhan positif memberi

akibat yang positif, dan yang mana dianggap tidak selesa.

B. Laksanakan pemberian peneguhan supaya;

1. Tingkah laku yang sesuai diberi peneguhan dengan segera.

2. Kriteria mendapatkan peneguhan adalah realistik dan mudak dibuat.

3. Orang-orang terdekat menyokong mendapatkan maklamat perlakuan

yang dikehendaki.

4. Jadual jangka masa berperingkat ditentukan supaya kejayaan setiap

peringkat diberikan peneguhan.

5. Peneguhan ekstrinsik (luaran) dan instinsik (dalaman) disediakan

6. Peneguhan mempunyai kuasa untuk memberi kesan

1
Asnuraida (F1) edu 3107

7. Peneguhan dijadualkan supada dijadikan insentif untuk jangka masa

pendek, pertengahan dan panjang.

Contohnya;

kaunselor : saya mahu ganjaran kamu mencukupi untuk


memastikan kamu megikuti rancanga. tapi jangan sampai kamu
membuat sasaran yang begitu tinggi hingga tidak terbuat. jangan harap
pada diri awak seorang untuk memberi peneguhan. saya ingin tahu
siapa yang dapat menjadi penyokong kuat kamu. Ini akan
manambahkan peluang kamu untuk berjaya mencapai matlamat kamu.
klien : saya yakin, ibu adalah orang yang paling membantu saya
dalam usaha saya untuk mencapai matlamat saya.
kaunselor : Bagus! masukkan beberapa nama orang-orang yang
boleh membantu kamu. kemudian kita bina strategi dimana kamu boleh
agihkan tugas tertentu kepada mereka untuk kebaikan kamu dan juga
mereka.
klien : Ok! kali ini, sya betul-betul berazam untuk lulus matapelajaran
Bahasa Inggeris dalam UPSR nanti.

Langkah 5 ; Meneruskan kejayaan dan mengira apa yang telah Tercapai.

Teruskan membuat catitan.

Terus memikirkan ganjaran yang sesuai untuk perlakuan yang dikehendaki

A. Bentukkan satu sistem penilaian/feedback yang berkesan untuk memastikan

pengurusan kendiri, pemantauan kendiri dan peneguhan kendiri boleh diubah

dan dibaiki lagi, atau digunakan sekali lagi untuk meneruskan(maintain)

matlamat sasaran

B. Meneruskan tingkah laku yang dipelajari

 Mengurangkan catitan-kendiri

 Kurangkan pemberian peneguhan

 Dapatkan dokongan sosial

1
Asnuraida (F1) edu 3107

 Gunakan strategi ini untuk mengubah sesuatu yang klien fikir penting

baginya.

Contohnya;

klien : Apa yang saya nak buat ialah melibatkan ibu saya secara serius
untuk memantau saya belajar supaya berterusan apabila saya berjaya nanti.
kaunselor : Ada tak kemungkinan ibu awak akan memerikan peneguhan
kepada perlakuan yang lama?
klien : tentu sekali tidak! ibu sangat prihatin terhadap pembelajaran saya.
kaunselor : Kalau begitu, saya cadangkan kamu jadikan ibu kamu sebagai
pembantu kamu untuk meneruskan matlamat sasaran. cuba kamu fikirkan
beberapa nama lain yang boleh membantu kamu dan memberi sokongan
kepada kamu untuk tidak meneruskan tabiat lama. amat menyusahkan kamu
kalau kamu berbalik semula seperti dahulu setelah menjalankan proses
penambahbaikan diri awak selama ini.
klien : Ok, Terima kasih

Kesimpulan

Kaunseling merupakan satu proses pembelajaran kearah mencapai

kesempurnaan kendiri. Untuk mencapai tujuan itu kaunselor perlu menggunakan

beberapa teori atau kaedah yang bersesuaian dengan klien .Walaubagaimanapun,

semua itu bergantung kepada kesungguhan dan kesanggupan klien untuk

melakukan perubahan dan keikhlasan kaunselor dalam menjalankan tugasnya.

1
Asnuraida (F1) edu 3107

NOTA TEORI BEHAVIORISME

Pendekatan tingkah laku ini bermula dalam tahun 50-an dan awal 60-an. Pengasas

pendekatan tingkah laku ini ialah Burrhus Frederick (B.F.) Skinner. Beliau dilahirkan

pada tahun 1904 di Susquehana, Pennsylvania. Beliau mempunyai latar belakang

kawalan tingkah laku yang ketat. Pada masa kecil, Skinner mempunyai trikan kepada

benda-benda yang mekanikal.  

Apabila dewasa, beliau mempunyai minat mereka cipta alat-alat. Beliau berpendapat

bahawa tingkah laku dan personaliti ditentukan oleh keadaan atau kejadian yang lalu

dan yang ada pada masa sekarang dan bukan terpengaruh oleh tarikan dalaman.

Beliau juga berpendapat bahawa pakar psikologi patut memberi perhatian kepada

tingkah laku yang dilihat dan diterangkan.

Mereka yang bertanggungjawab dan memperluaskan terhadap teori kaunseling

tingkah laku ini ialah Dolland & Miller, 1950; Wolpe, 1958, 1969; Ullmann & Krasner,

1965; Phillips & Wiener, 1966; Stampfl & Levis, 1967; Lazarus, 1968; Bandura, 1969;

Krumboltz & Thoresen, 1969; Beck, dan Eysenck. Teori ini bersandarkan kepada

teori pembelajaran yang mana ia memberi tumpuan kepada tingkah laku

berdasarkan kepada prinsip-prinsip pembelajaran manusia.  

Kaunseling tingkah laku adalah suatu proses yang memerlukan  pengenepian

pembelajaran yang tidak diterima serta “mengilatkan” lagi pengalaman pembelajaran

yang membolehkan klien mempelajari tindak balas yang tepat.

Tujuan pendekatan tingkah laku ini adalah menolong manusia sama ada memiliki

tingkah laku yang telah diubahsuai bertindak balas atau menghapuskan segala

respon yang salah itu agar dia lebih efektif atau semakin berkurangnya tingkah laku

1
Asnuraida (F1) edu 3107

ketewasan-kendirinya sebagai hasilnya. Justeru itu disyorkan agar ahli psikologi

patut memberikan perhatian dan penumpuan kepada tingkah laku yang dapat dilihat

dan boleh diterangkan. 

Teori kaunseling tingkah laku ini secara relatifnya adalah pendekatan baru yang

berkandaskan kepada teori-teori terdahulu, iaitu teori pembelajaran yang dikenal

sebagai fahaman tingkah laku. Berdasarkan teori pembelajaran inilah tingkah laku

pada dasarnya mempunyai kaitan dengan perubahan tingkah laku seseorang.

Selagi tidak mengetepikan cara klien merasai dan memikirkannya, kaunselor tingkah

laku menekankan kepada beberapa tingkah laku yang khusus, dan menumpukan

bahawa ia adalah perubahan tingkah laku dalam cara manusia itu berfikir dan

merasai tentang diri. 

Pendekatan ini berbeza sama sekali dengan pendekatan psikoanalisis yang begitu

kuat dan meluas digunakan di Barat ketika itu. Pendekatan ini berpendapat bahawa

tingkah laku dan personaliti adalah ditentukan oleh keadaan ataupun kejadian masa

lalu dan juga kejadian yang terjadi mengubah tingkah laku yang tidak terselindung

kliennya.

Matlamat utama pendekatan ini ialah menekankan kepada tanda yang beralih;

kadang-kadang diandaikan bahawa perubahan terhadap tingkah laku tanpa

berselindung itu akan mengakibatkan tindak balas berfikir, tetapi ramai kaunselor

tingkah laku yang tidak memikirkan tentang tingkah laku subjektif kliennya. Tanda-

tanda peralihan dirujukkan kepada penghapusan masalah tingkah laku klien.  

Oleh yang demikian, kaunseling atau terapi tingkah laku menekankan kepada

dimensi kognitif manusia dan memberi beberapa cara berorientasikan tindakan

1
Asnuraida (F1) edu 3107

dalam mengambil langkah tertentu bagi mengubah tingkah laku mereka yang tidak

wajar.

PANDANGAN TERHADAP TABIAT MANUSIA

Kaunselor tingkah laku menganggap manusia sama sahaja, tidak ada yang baik dan

tidak ada yang jahat. Semasa lahirnya mereka adalah saksama, masing-masing

mempunyai potensi seimbang ke arah menjadi sama ada baik ataupun jahat.

Hasilnya, ahli-ahli teori tingkah laku tidak sepenuhnya memberikan definisi tabiat

asas kemanusiaan itu yang boleh membantu teori-teori mereka sendiri.

Bagaimanapun, Dustin dan George menyenaraikan empat andaian berhubung

dengan tabiat kemanusiaan dan bagaimana manusia berubah yang menjadi inti

kepada kaunseling tingkah laku itu sendiri.

1. Manusia itu dilihat sebagai manusia biasa, tidak ada yang sepenuh-penuhnya

jahat atau sepenuh-penuhnya baik, tetapi adalah sebagai organisma

berpengalaman yang mempunyai potensi kepada semua jenis tingkah laku.

2. Manusia berkeupayaan memaham konsep serta mengawal tingkah lakunya

sendiri.

3.   Manusia berupaya memperolehi tingkah lakunya yang baru.

4.  Manusia mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi tingkah laku lain

sebagaimana ia dipengaruhi oleh orang lain terhadap tingkah lakunya sendiri.

Bagi kaunselor tingkah laku, individu adalah hasill daripada pengalaman. Ahli-ahli

tingkah laku melihat tingkah laku yang salah terima itu sebagai makhluk yang

mempelajari tingkah lakunya, perkembangan dan pembaikannya adalah sama

1
Asnuraida (F1) edu 3107

dengan sebarang tingkah laku lain. Satu implikasi daripada pandangan begini ialah

tidak adanya tingkah laku yang salah terima bagi diri mereka itu. Selain itu sesuatu

tingkah laku itu menjadi wajar disebabkan seseorang itu menganggapnya tidak

begitu. Setengah-setengah tingkah laku mungkin dianggap wajar di rumah, tetapi

tidak wajar di sekolah, begitu juga sebaliknya.

Implikasi kedua terhadap tingkah laku salah terima begini ialah sebagai

pembelajaran bahawa sesuatu idea yang dibawakan oleh tingkah laku bagi satu hasil

yang memuaskan atau menolong mengurangkan hasil-hasil yang tidak memuaskan

itu daripada terus meningkat. Oleh kerana tingkah laku salah terima ini dipelajari,

mungkin juga tidak perlu di pelajari. 

Dalam hubungan dengan tingkah laku begini bagi terapi, ahli-ahli tingkah laku

selalunya menganggapkan paradigma-tindak balas-pendorong merupakan corak

asas pembelajaran bagi semua manusia. Setiap manusia itu bertindak secara

teorinya meramalkan cara untuk apa juga pemberian rangsangan, bergantung

kepada pengalaman-pengalaman masa lalunya serta gerak rangsangnya.

Dalam hal ini, seseorang manusia tidak berbeza daripada haiwan melainkan tindak

balasnya terhadap rangsangannya sahaja yang lebih kompleks dan ia terjadi pada

tahap lebih tinggi daripada sudut organisasinya dan pengkonsepsiannya. Perlakuan

atau tingkah laku itu adalah berfungsi daripada rangsangan. Pengurangan ini

merupakan faktor-faktor kompleks yang mempengaruhi tindak balas manusia

terhadap rangsangan serta membenarkan ahli-ahli tingkah laku manumpukan

masalah-masalah yang khusus seperti tindak balas terhadap set rangsangan yang

tersedia itu. Kunci bagi pandangan tingkah laku manusia ini ialah keadaan bersyarat.

Ada beberapa pensyaratan, tetapi dua daripadanya selalu dibincangkan, iaitu

1
Asnuraida (F1) edu 3107

pensyaratan klasik (orang yang tertuduh) dan pensyaratan operan (alat dan

perkakas). 

Pensyaratan klasik terjadi apabila rangsangan dikeluarkan untuk mendpatkan suatu

hasil yang merangsang seseorang itu. Tingkah laku orang yang bertindak balas

adalah terkawal oleh hal-hal yang terdahulu, sementara tingkah laku operan pula

dikawal oleh kepentingan-kepentingannya.

Tingkah laku orang yang tertuduh ini termasuklah tingkah laku biasa, seperti

berpeluh akibat tindak balas bahang kepanasan, mengerdipkan mata akibat tindak

balas daripada benda-benda yang datang menhampiri, atau rasa lapar sebagai

tindak balas daripada melihat makanan terhidang. Manakala pembelajaran operan

pensyaratan yang menguatkan lagi tingkah laku disebut rangsangan-rangsangan.

Daripada menetapkan sesuatu tingkah laku yang khusus, maka satu-satu

perangsang itu sebaliknya adalah segala sesuatu yang menambah kemungkinan-

kemungkinan segala hasil tingkah laku itu.  

Proses mengetepikan tingkah laku yang tidak diingini ini adalah dirujukkan sebagai

pemusnahan dan pemadaman. Tingkah laku dapat dilenyapkan apabila ia tidak lama

bertapak. Kaunselor mestilah sedar akan dua strategi penting dalam pemadaman ini.

Pertama, mengubah semula kedudukan dan keadaan, iaitu satu keinginan baru

digantikan untuk tingkah laku yang tidak diingini itu. Jones (1960) menerangkan

kejadian ini dibicarakan. Menurutnya, seorang kanak-kanak berumur tiga tahun takut

kepada arnab, tikus putih bahkan kapas dan bulu. Jones hanya mahu melihat

kepekaan kanak-kanak tersebut terhadap perasaan takutnya. 

1
Asnuraida (F1) edu 3107

Jones meletakkan seekor arnab dalam sangkar jarang jauh di sudut bilik sementara

kanak-kanak tersebut sedang makan dengan laparnya. Didapati kanak-kanak itu

tidak memperdulikan rasa takutnya kerana lapar. Setelah sehari bersama arnab itu,

akhirnya kanak-kanak itu boleh makan sambil memain-mainkan kakinya pada

sangkar arnab tersebut.

Strategi kedua dalam pemadaman ini ialah dengan mengeluarkan segala yang

memperkuatkan dorongan yang sering mengikut tingkah laku itu. Misalnya, ramai

guru mempunyai masalah terhadap murid-murid yang menjawab soalan tanpa

berfikir dan suka mengganggu rakan-rakannya. Guru sering memperkuatkan tingkah

laku begitu dengan cara cepat-cepat menjawab soalan muridnya, supaya pengajaran

dapat terus berjalan lancar.  

Guru berkenaan tidak menghiraukan pelajar yang suka menyangkal atau suka

mempertahankan dirinya daripada disoal jika mahukan pemadaman berlaku.

Akhirnya, tingkah laku yang tidak diingini itu padam dengan sendirinya. Seseorang

individu yang tidak dapat mengawal perkara yang menguatkan ini akan gagal keluar

dari masa pemadaman ini dan begitu gagal memberikan muridnya perhatian yang

penuh.

Andainya kejadian ini sering terjadi, sebahagian daripada kesan memperkuatkan itu

berlaku. Sebahagian daripada memperkuatkan dorongan ini penting kerana dia

bukan sahaja dapat menerangkan penentangan dan rintangan kepada pemadaman,

tetapi juga kerana boleh digunakan bagi menambah ketetapan tingkah laku yang

diingini itu. Tingkah laku yang baharu lebih cepat dipelajari apabila ia diperkuatkan

lagi setiap kali kehadirannya itu. Walaupun begitu, tingkah laku tersebut tidak payah

1
Asnuraida (F1) edu 3107

dipelajari. Untuk mewujudkan pembelajaran yang tetap, tingkah laku mestilah

dikuatkan dorongannya setiap kali ia muncul sejak awal-awal lagi.  

Selepas sahaja tingkah laku ini diperolehi, sebahagian daripada dorongan

memperkuatkan itu akan membina satu kecenderungan untuk memaparkan tingkah

laku. Bagi mencegah pemadaman terjadi, peratus memperkuatkan dorongan kepada

tingkah laku hendaklah direndahkan lagi.

Kadang-kadang sukar juga mewujudkan suasana di mana boleh menghasilkan

tingkah laku yang diingini pada kali pertama sehingga tingkah laku ini boleh

didorongkan. Jika kemungkinan terhadap tingkah laku yang diingini itu menjadi

rendah ataupun kaunselor tidak berharap menunggu tingkah laku itu lagi, maka

kaunselor mestilah membentuk tindak balas segera. Cara yang biasa kanak-kanak

belajar bercakap menggambarkan bagaimana cara pembentukan itu berlaku.

Pembentukan adalah satu cara atau peraturan pendorong memperkuatka yang

paling berjaya bagi mendapatkan tingkah laku yang diingini oleh seseorang itu. 

KONSEP TEORI

Pendekatan tingkah laku ini bermula dalam tahun 50-an dan awal 60-an. Pengasas

pendekatan tingkah laku ini ialah B.F. Skinner, Kemudian dikembangkan oleh

pengikut-pengikutnya, dimana pendekatan ini mengesyorkan agar ahli psikologi patut

memberikan perhatian dan penumpuan kepada tingkah laku yang dapat dilihat dan

diterangkan. 

Pendekatan ini berbeza sama sekali dengan pendekatan psikoanalisis yang begitu

kuat dan meluas digunakan di Barat ketika itu. Pendekatan ini berpendapat bahawa

1
Asnuraida (F1) edu 3107

tingkah laku dan personaliti adalah ditentukan oleh keadaan ataupun kejadian

manusia masa lalu dan juga kejadian yang terjadi pada masa kini.

Oleh yang demikian, terapi tingkah laku menekankan kepada dimensi kognitif

manusia dan memberi beberapa cara berorientasikan tindakan dalam mengambil

langkah tertentu bagi mengubah tingkah laku mereka. Satu andaian dibuat dalam

pendekatan ini terhadap sifat semulajadi manusia yang berdasarkan kepada konsep

ketepatan. Tingkah laku dilihat sebagai satu fungsi yang telah ditetapkan oleh

pengalaman lepas seseorang itu dilihat sebagai menunjukan satu koleksi respon

dorongan masa lalu yang dapat dan boleh disimpul kepada situasi baru. 

Konsep terbuka dan bebas ini akan menjadi tidak selaras dengan pendekatan

modifikasi tingkah laku kerana manusia bertingkah laku dengan cara kemungkinan

ke atas keadaan peristiwa sebelumnya. Kaunselor tingkah laku mengaku, “Jangkaan

paling baik terhadap tingkah laku masa depan ialah dari tingkah laku masa lalu yang

dimilikinya”.

Terapi tingkah laku menekankan kepada dimensi kognitif manusia dan langkah

tertentu untuk mengubah perlakuan. Perkataan pengubahsuaian tingkah laku dan

terapi tingkah laku mempunyai pengertian yang sama di dalam teori ini. Kedua-

duanya memfokus kepada terapi tingkah laku dan menunjukkan bagaimana ia

berbeza daripada kebanyakan pendekatan. Pengubahsuaian tingkah laku atau terapi

tingkah laku ditakrifkan seperti berikut:

1.  Satu penggunaan prosedur-prosedur klinikal secara meluas dengan memberi

penerangan dan rasional dan selalunya bergantung kepada hasil dapatan

penyelidikan psikologikal.

1
Asnuraida (F1) edu 3107

2. Satu pendekatan menggunakan eksperimen dan analisis yang mempunyai

fungsi untuk data klinikal dan bergantung kepada matlamat objektif dan yang

boleh diukur. 

Satu lagi pentakfiran pengubahsuaian tingkah laku adalah penggunaan hasil

penyelidikan asas dan teori yang didapati daripada eksperimen psikologi untuk

mempengaruhi tingkah laku denan tujuan menyelesaikan masalah personal dan

sosial supaya boleh meningkatkan fungsi kehidupan manusia.

Pendekatan tingkah laku bermula dalam tahun-tahun 1950-an dan awal 1960-an

sebagai satu langkah radikal terkeluar daripada perspektif psikoanalisis yang kuat

pada maa itu. Di sini, dicatatkan pergerakan tingkah laku termasuk tiga bidang utama

perkembangan, iaitu latihan kondisioning klasikal, latihan kondisioning opera dan

terapi kognitif. Dari segi pendekatannya, terapi tingkah laku adalah berlainan dengan

terapi lain.

1.    Ia menjuruskan kepada tingkah laku yang terang-terang atau terbuka.

2. Ia adalah ketepatan dan sebagai menceritakan matlamat-matlamat perawatan.

3. Suatu pembentukan peraturan rawatan khusus dan tepat terhadap

permasalahan.

4.   Sebagai satu objektif penilaian terhadap hasil terapi itu sendiri.

Terapi tingkah laku tidak mengasaskan kepada suatu set konsep yang sistematik. Ia

mengandungi berbagai-bagai teknik, iaitu ada yang berasaskan percubaan-

percubaan menggunakan kaedah-kaedah percubaan terhadap proses terapeutik.

Krumboltz dan Thoresen (1969) mendapati bahawa ahli-ahli terapi tingkah laku

1
Asnuraida (F1) edu 3107

sering bertanya, ‘Apakah tingkah laku khas yang mahu ditukar oleh seseorang itu,

dan apakah tingkah laku baru yang mereka ingin pelajari?’

Jawapannya mestilah konkrit dan kemudian memerlukan perhatian dan penelitian

terhadap tingkah laku klien. Kesamaran dan gambaran umum tidak diterima, hanya

yang khusus daripada tingkah laku klien yang akan diubah sahaja yang diterima.

Ahli-ahli tingkah laku juga menekankan kepentingan kedudukan yang khusus, yang

menentukan masalah tingkah laku sehingga keadaan yang baru boleh dicipta

sebagai suatu yang bermakna dalam pengubahan tingkah laku.

Terapi tingkah laku secara asasnya menuju kepada matlamat mendapatkan tingkah

laku baru serta mengetepikan tingkah laku yang tidak diterima, memperkuatkan

keinginan pada tingkah laku masa kini. Matlamat ialah untuk memahami dengan

percubaan klien memiliki sesuatu cara yang khas bagi mengubah tingkah lakunya

yang bermasalah itu. Selepas membina matlamat rawatan, kaunselor dan klien

memilih peraturan yang paling tepat untuk mencapai matlamat-matlamat ini.

Penilaian selalunya dilihat dari segi perubahan kepada keninginan sama ada berlaku

atau tidaknya. 

TEORI KAUNSELING

Adalah penting bagi seseorang kaunselor itu menentukan tingkah laku yang

manakah yang tidak boleh diubahsuaikan dan dalam setuasi bagaimana pula tingkah

laku begitu boleh berlaku. Kebanyakan perangai salah laku mempunyai perasaan

resah dan gelisah di peringkat pangkalnya. Perasaan takut ataupun resah adalah

merupakan satu emosi yang dialami dan merupakan tindak balas terhadap

1
Asnuraida (F1) edu 3107

penggerak nuteral yang diberikan oleh kaunselor dan ia dibuat beberapa kali dengan

rasa kesakitan. 

Mengikut kaunseling Wolpe, penumpuan terhadap membasmi tindak resah pada

kelemahan dilakukan dengan cara memperkenalkan satu tindak balas yang lebih

bersaingan. Menurutnya lagi jika tindak balas penentang kepada tindak balas resah

boleh dibuat dan diwujudkan dalam bentuk mendorongkan terhasilnya keresahan, ini

mungkin akan melemahkan tindak balas penggerak kebimbangan itu

sendiri. Ada beberapa tindak balas yang boleh digunakan dalam proses kaunseling

mengikut Osipow & Walsh (1970) dan Patterson (1973).

1.  Mengenal pasti kawasan penggerak yang berkaitan dengan tidak balas resah

dan salah laku berikutnya.

2. Klien diajarkan merelekskan tubuhnya serta menggalakkan dia mempraktikkan

tatacara releks di luar temu bual. Tindak balas releks digunakan untuk

bersemuka dan melemahkan tindak balas penggerak-resah.

3. Dalam satu keadaan releks kaunselor menyuruh kliennya menggambarkan

urutan kejadian atau peristiwa yang berkaitan dengan tindak balas resah.

4.  Perkembangan proses selanjutnya dihentikan apabila klien mengalami resah.

5.   Klien mampu mengawal tindak balas resah dengan melawannya semula

bersama releksasi yang diperolehi, asertif ataupun tindak balas seksual.

MATLAMAT DAN PROSES

1
Asnuraida (F1) edu 3107

Kaunselor tingkah laku selalunya kurang mengambil berat terhadap proses,

sebaliknya memusatkan segalanya pada matlamat kaunselingnya. Apabila matlamat

kaunseling sudah dikenal pasti semasa proses terapeutiknya oleh klien, keadaan

baru bagi pembelajaran tercipta. Rasionalnya, semua tingkah laku adalah dipelajari

termasuk juga tingkah laku yang tidak diterima itu sendiri. Jika neurosis dipelajari, ia

juga tidak semestinya dipelajari, malah tingkah laku yang lebih berkesan lagi berlaku.

Kaunseling tingkah laku, suasatu proses yang memerlukan pengetepian

pembelajaran yang tidak diterima serta mengilatkan lagi pengalaman pembelajaran

yang membolehkan klien mempelajari tindak balas yang betul dan tepat. Blackham

dan Silberman (1975) telah memberikan enam langkah bagi menambahkan

frekuensi atau meneguhkan lagi tingkah laku yang diingini.

1.  Mengenal pasti dan mencatatkan tingkah laku yang akan diubahnya dalam

bentuk pelaksanaan.

2.    Mencapai garis dasar hasrat tinkah laku yang diingini.

3.    Mengatur suasana di mana sasaran tingkah laku iu boleh wujud.

4.  Mengenal pasti potensi rangsangan dan perkara-perkara yang boleh

memperkuatkan dorongan.

5. Memperkuatkan keinginan sasaran tingkah laku atau penganggaran sesuatu

kejayaan.

6.  Menilai kesan peraturan rawatan dengan melihat pembaikan pada rekod

perubahan pada sasaran tingkah laku itu. 

1
Asnuraida (F1) edu 3107

Walau hampir semua para ahli kaunselor tingkah laku mempercayai matlamat

kaunseling mesti diperbaiki mengikut individu kliennya, terapi ini boleh dikatakan

mempunyai lima matlamat umum:

1.    Meminda tingkah laku yang tidak diterima oleh semasa berterapi.

2. Membantu klien mempelajari dengan lebih berkesan akan proses membuat

keputusan.

3.   Mencegah dan melindungi dari masalah masa depan.

4. Menyelesaikan tingkah laku yang bermasalah khas, sepereti yang diminta oleh

klien.

5. Mencapai perubahan-perubahan tingkah laku yang diterjemahkan kepada

tindakan dalam hidup seseorang.

 TEKNIK DAN PERATURAN DALAM IMPLIMENTASI

Teknik yang digunakan ialah berdasarkan kepada modifikasi tingkah laku dengan

cara adaptasi dan pengubahsuaian serta menentang keadaan. Teknik mengolah

semula melibatkan pengutaraan penggerak resah pada kekuatan yang paling lemah

supaya tidak cukup kuat membantu tindak balas resah itu lagi.

Kekuatan penggerak resah lazimnya meningkat sehingga pengutaraan penggerak

ketakutan mempunyai kekuatan yang penuh, lalu tidak berupaya menggerak dan

mendorongkan tindak balas resah itu lagi. 

Teknik menentang keadaan ini lazimnya melibatkan pengutaraan pengerak resah

dalam kekuatan yang mencukupi bagi membantu tindak balas resah apabila

1
Asnuraida (F1) edu 3107

seseorang itu membuat satu tindak balas yang tidak secocok dengan tindak balas

resahnya. Oleh kerana teknik ini melibatkan situasi imaginasi atau digambarkan,

adalah mudah digunakan dan lebih sesuai daripada prosedur dalam situasi

kehidupan sebenar.

Secara tipikalnya, kaunselor tingkah laku menggunakan teknik-teknik khas, hasil

daripada mana-mana yang dapat dinilai dalam bentuk kejayaan klien terhadap

matlamat kaunselingnya. Teknik-teknik ini diusahakan dalam perancangan

bersistem, walaupun banyak diantara teknik yang sama ini boleh digunakan oleh

kaunselor dengan pendekatan-pendekatan yang lain. 

KETIDAKPEKAAN YANG BERSISTEM

Teknik yang meluas dipergunakan dalam kaunseling tingkah laku. Ketidakpekaan

bersistem ini selalunya berguna terhadap klien yang mempunyai masalah tingkah

laku, khususnya yang bersekutu dengan keraguan di peringkat yang tinggi.

Setengah-setengah keraguan mungkin berupa janji, pemeriksaan, memberi

ceramah, ataupun tindakan terhadap hubungan dengan kelab-kelab dan aktiviti-

aktivitinya. 

Keraguan ini mengakibat klien menjadi pemalu, kasar, terseksa ataupun sukar

melaksanakan tugas seharian dalam hidupnya. Ketidakpekaan ini digunakan sebagai

memecahkan kebiasaan tindak balas keraguan. Semasa ketidakpekaan ini,

keraguan tidak payah dipelajari atau disingkirkan oleh sesuatu tingkah laku yang

tidak selesa.

Seseorang itu menjadi tidak peka kerana kehadiran pengalaman yang selesa yang

dahulunya diakibatkan daripada ragu-ragu. Kerana itulah ketidakpekaan dikatakan

1
Asnuraida (F1) edu 3107

sebagai proses pengurangan keraguan. Proses pembelajaran ini ialah tingkah laku

tidak selesa yang kadang-kadang dikenal sebagai ‘pelaziman timbal balik’. 

Pelaziman timbal balik menjadi penting sebagai satu teknik selepas Wolpe (1958)

memperkenalkan peraturan bersistem yang menambahkan berbagai-bagai bentuk

masalah yang boleh diuruskan oleh pelaziman timbal balik ini. Wolpe pada asasnya

menyumbangkan idea pembinaan hierarki keraguan, satu senarai keadaan di mana

klien bertindak dengan tingkat keraguannya yang bertambah.

Dengan menggabungkan hierarki keraguan dengan latihan peristirahatan otot-otot,

kaunselor berkemampuan membantu kliennya mengurangkan keraguan dalam

berbagai-bagai keadaan. Tatacara ini mengandungi tiga set tindakan.

1.       Latihan merehatkan/peristirahatan.

2.       Mengenal pasti keadaan-keadaan yang menimbulkan keraguan.

3.       Bertindak melalui hierarki keraguan.

Pertama, sejak bermulanya dua atau tiga sesi selepas ketidakpekaan diputuskan,

klien akan berlatih dengan teknik-teknik mengistirahatkan otot yang progresif,

manakala kaunselor membuat cadangan-cadangan lisan tentang ketenangan,

kemesraan dan keseluruh perasaan-perasaan yang menyenangkan.  

Pada masa ini kaunselor menumpukan perhatian kepada kliennya untuk mengenal

pasti kedudukan ketegangan dan kerehatan serta menyarankan pemikirannya bagi

mencipta imej-imej peribadi dalam keadaan pengistirahatan; seperti berjemur di

tengah panas bagi membantu klien mencapai ketenteraman dan kedamaian murni.

1
Asnuraida (F1) edu 3107

Kaunselor selalunya menggunakan bentuk yang dikatakan oleh Jacobsen (1938)

sebagai latihan pengistirahatan yang berkemajuan bagi membantu klien

mengistirahatkan otot-ototnya. Latihan ini mengarahkan pemerhatian klien kepada

satu set otot tertentu, mengistirahatkan ia kemudian bekerja menerusi seluruh

tubuhnya dengan cara yang sama.  

Selalunya, kaunselor membiarkan selama setengah jam latihan pengistirahatan dan

kemudian menggalakkan kliennya berlatih dalam sesi kaunseling mereka itu. Apabila

klien telah belajar beristirahat dengan pantas dan sepenuhnya, ketidakpekaan serta

tatacaranya dengan sendiri bermula.

Semasa sesi inilah masa telah digunakan bagi mengenal pasti keadaan ragu-ragu

yang dihasilkan itu merupakan sebahagian daripada hierarki keraguan klien.

Pertama, klien akan disoal tentang kenyataan suasana yang membuatkan mereka itu

ragu-ragu. Lepas itu klien menyusunkannya daripada ragu-ragu yang rendah kepada

yang lebih tinggi.  

Andainya klien mempunyai keraguan yang berkaitan dengan ketakutannya terhadap

kegagalan seorang bapa, senarai itu mungkin dimulai dari satu keadaan di mana

penghasilan keraguan yang kecil kaitannya, mungkin seorang gembala lembu yang

mengkritik bapanya kerana terlalu kuat bekerja sehingga tidak ada masa

mendampingi anak-anaknya.

Dan ini semakin meningkat sehingga kepada suasana dimana seorang isteri

mengkritik suaminya yang terlalu berkasar dengan anak-anak mereka. Oleh itu, cara

mereka menerima kritikan yang berkaitan itulah membentuk rasa takut, gentar atau

keadaan yang membimbangkan. 

1
Asnuraida (F1) edu 3107

Setelah klien sudah mempelajari untuk mengistirahatkan diri serta membentuk

hierarki kemahuannya, langkah ketiga yang perlu dibuat ialah mendiamkan diri. Biar

kaunselor sahaja yang memberikan arahan-arahan secara lisan sehingga tergambar

oleh klien sesuatu perkara yang mengganggu dalam senarai keraguannya. Apabila

acara pertama tidak lagi melahirkan keraguannya, klien beredar kepada acara

kedua.

Dalam proses begini, kaunselor bergerak perlahan-lahan supaya perasaaan istirahat

itu lebih besar daripada perasaan ragu-ragunya. Apabila klien merasakan kelegaan

bagi setiap acara yang disenaraikannya itu semasa berkaunseling, dia akan

memberikan isyarat kepada kaunselornya. Sehingga kaunselor sedar dan

mendorongkan kliennya lagi untuk meleyapkan keraguan-keraguan termasuklah

keraguan yang ditimbulkan oleh keadaan hidupnya sehari-hari. 

PERSETIAAN TINGKAH LAKU 

Penggunaan persetiaan tingkah laku ataupun kontrak tingkah laku di dalam

kaunseling ialah penggunaan satu teknik pengambil tingkah laku yang ditiru daripada

kaunselor yang lain. Ia berasaskan idea bahawa membantu klien mengkhususkan

jenis tingkah laku yang diingini serta memperkuatkan kepelbagaian.

Setengah-setengah daripada persetiaan itu membolehkan individu mendahului

perubahan-perubahan kepada tingkah-laku mereka atas dasar janji atau persetujuan

kepada setengah-setengah keputusan yang positif mungkin diperolehi nanti. 

Pada asasnya, persetiaan tingkah laku ini adalah perjanjian sekurang-kurangnya

antara dua orang - kaunselor dan klien, di mana mereka melibatkan diri untuk

mengubah tingkah laku paling kurang di satu pihak yang terlibat. Dustin dan George

1
Asnuraida (F1) edu 3107

(1977) menyatakan bahawa setengah-seengah pendekatan itu menolong

memberitahu klien ‘apa yang harus dibuatnya’.

Persetujuan itu mungkin berupa lisan ataupun bertulis, dengan syarat kedua-dua

pihak bersetuju pada syarat-syarat asas. Satu aspek persetiaan ini alalah proses

rundingan menerima bentuk-bentuk yang disifatkan sebagai kenyataan,

pengkhususan, bebas daripada ugutan, dan kelenturan. 

Menurut Dustin dan George, klien dan kaunselor memilih matlamat yang nyata

sebagaimana yang mereka boleh capai. Matlamat yang diterima khas tidak

menimbulkan tanda tanya apa pun. Matlamat yang diterima khas tidak menimbulkan

tanda tanya apa pun. Selalunya persetiaan ini memberi kerja memperkuatkan secara

positif dalam mencapai matlamat daripada menghukum tingkah laku yang tidak

diingini, dan ini mengurang atau menghindarkan daripada rasa takut dan terugut.

Akhirnya, klien dan kaunselor bersetuju atas persetiaan untuk mengubahnya

mengikut kata sepakat, serta menyediakan kelenturan bagi perubahan matlamat dan

juga keadaan bilamana beberapa perubahan diinginkan. 

MENELADANI MASYARAKAT

Berasaskan idea bahawa seseorang manusia itu akan meniru atau meneladani

tingkah laku orang lain dalam hodupnya. Meneladani masyarakat digunakan sebagai

membantu klien mengubah suai tingkah lakunya secara progresif ke arah contoh

yang diamatinya. Bandura (1965) misalnya, mengatakan bahawa menneladani

masyarakat ini mempunyai tatacara dan peraturannya yang mungkin lebih berkesan

daripada seuatu dorongan memperkuatkan yang positif dalam mewujudkan corak

tindak balas yang baru. 

1
Asnuraida (F1) edu 3107

Bentuk-bentuk tingkah laku dikehendaki melalui peniruan ataupun menladani yang

sering dijaga tanpa memperkuatkan luaran disebabkan setiap individu belajar

memperkuatkan diri mereka dalam beberapa tingkah laku.

Dustin dan George (1977) mengesyorkan lagi bhawa meneladani masyarakat ini

boleh digunakan bagi menolong klien mempelajari tingkah laku barunya serta

memperteguh atau melemahkan kewujudan tingkah lakunya.  

Kaunselor menggunakan modal atau pun contoh-contoh alat pandang dengar seperti

filem, kejadian sehari-hari yang membolehkannya serta memberikan klien

menyaksikannya dan memilih tingkah laku yang diingininya di samping memperbaiki

tingkah lakunya yang tidak diingini kepada contoh yang diteladaninya.

LATIHAN PENEGASAN 

Dalam pendekatan tingkah laku ini, banyak bantuan dan sokongan dalam latihan-

latihan pernyataan boleh didapati oleh seseorang, terutama mereka yang

menghadapi kesulitan menyatakan diri mereka sendiri dalam keadaan antara

peribadi yang tertentu.

Walaupun pada asasnya ia menggunakan orang yang tidak boleh menyatakan,

latihan penegahan ini boleh digunakan oleh sesiapa juga secara berpatutan, asalkan

mereka itu semuanya menghadapi kesukaran menegaskan dirinya dalam sesuatu

keadaan. Corey (1977), misalnya, telah memberikan garis dasar latihan penegasan

ini yang dianggap boleh menolong orang.

1. Mereka yang tidak boleh melahirkan kemarahan dan gangguan-gangguan.

1
Asnuraida (F1) edu 3107

2.   Mereka yang terlalu baik hati serta mereka yang membenarkan orang lain

mengambil peluang ke atasnya.

3.     Mereka yang susah untuk menyatakan ‘tidak’ atau ‘bukan’.

4.   Mereka yang menemui  kesukaran melahirkan rasa kasih sayang dan tindak

balas positif yang lain.

5. Mereka yang merasakan dirinya tidak mempunyai hak memiliki perasaan dan

pemikirannya sendiri.

Latihan penegasan dan penyataan ini lazimnya dijalankan dalam kelompok, iaitu

menekankan kepada pengajaran terhadap klien supaya tegak dengan hak-hak

peribadinya tanpa memusnahkan pula hak-hak orang lain. Tingkah laku penyataan

ini mengandungi pelahiran perasaan dan pemikiran seseorang secara terus-terang,

jujur dan cara yang berpatutan. Ia melibatkan mempertahankan hak seseorang

sebagai individu apabila seseorang itu merasakan dia mula dipergunakan atau

diperalatkan.

Ini bermakna, melahirkan kehendak-kehendak seseorang atau kehendak orang lain

tanpa mengandaikan orang lain itu, belum tentu boleh menerima atau mencapai

kehendak-kehendak tadi. Seseorang yang terlatih dalam penrnyataan ini selalunya

berasa senang terhadap dirinya, menyedari yang mereka mempunyai ‘keyakinan diri’

tanpa menjatuhkan orang lain. Menurut Lange dan Jakubowski (1976), ada lima

langkah yang terlibat dalam latihan penegasan dan penyataan ini.

Pertama: Membasmi pembesaran rasa takut dan kepercayaan yang tidak

rasional.

1
Asnuraida (F1) edu 3107

Pada peringkat pertama ini, segala rasa takut dan kepercayaan tidak rasional itu

patut sekali dijaga supaya tidak diperbesar-besarkan sangat kerana ini akan

merosakkan perasaan-perasaan yang lain. Rasa takut, misalnya, timbul akibat

kepercayaan salah sedangkan perasaan orang lain lebih penting daripada perasaan

sendiri. Atau ketakutan yang disebabkan oleh kegagalan dalam pernyataan

perasaan kasih-mengasihi, sehingga merasakan sesuatu itu hina dan tidak diingini

lagi.

Manakala ketakutan ketiga ialah akibat daripada melihat penrnyataan seseorang itu

kurang mengandungi kejujuran, rasa penghargaan ataupun menampakkan baik hati,

ataupun mungkin terlalu sombong ataupun mempunyai sikap negatif yang lain.

Begitu juga perasaan keempat iaitu ketakutan apabila melihat seseorang lain itu

cuba mendedahkan dirinya sebagai orang yang tidak betul atau tidak kena pada

tempatnya, tidak berjaya ataupun tidak berkemampuan langsung.

Berdasarkan kepercayaan tidak rasional ini, segala-galanya tidak berapa tepat dan

tidak boleh diterima, setengah-setengah daripada ketakutan sering sahaja

mengubah-ubah kita apabila kita berasa berkehendakkan sesuatu tindakan yang

nyata dan tegas.

Kedua: Menerima hak peribadi seseorang.

Pada langkah kedua ini pula, dikatakan bahawa seseorang itu mestilah mempunyai

hak dan harga diri masing-masing. Sebagai seorang yang mahukan haknya diterima

dan diperakui oleh orang lain, maka dia mestilah juga menerima idea bahawa setiap

orangh itu berhak bertindak dengan nyata serta melahirkan pemikiran yang jujur,

perasaan yang ikhls serta kepercayaan yang jujur dan ikhlas juga. Oleh yang

1
Asnuraida (F1) edu 3107

demikian, seseorang itu haruslah juga menerima dan memperakui hak-hak peribadi

orang lain, sebagaimana hak peribadinya sendiri oleh orang lain.

Ketiga: Melatih tingkah laku pernyataan sendirian.

Peringkat ketiga ini selalunya melibatkan sama ada menggunakan cermin atau otak

yang memainkan peranannya terhadap semua situasi di mana seseorang itu gemar

menjadi lebih tegas dan bersifat pernyataan, menumpukan kepada tingkah laku

bukan lisan, kerana tingkah laku tidak mengeluarkan lisan ini adalah penting dalam

kenyataan.

Misalnya, gambaran air muka dan gerak geri - semuanya perlu diramal dan dilatih

supaya pernyataan yang dikeluarkaan itu jelas, tepat dan mudah difahami.

Keempat: Mendorong individu memainkan peranan dengan orang lain dalam

keadaan kesusahan.

Langkah keempat ini pula merupakan satu peluang memainkan peranan secara

raptai ataupun maklum-maklum balas daripada ahli-ahli kelompok. Raptai seterusnya

nanti akan menggerakkan individu berperanan. Walaupun peranan itu hanya secara

main-mainan atau olok-olok, namun sebagai raptai ia membenarkan klien

memaparkan lebih pernyataan, menggunakan maklum balas bagi membentuk

tingkah laku sebenarnya nanti.

Semakin kerap latihan dan raptaidilakukan, semakin menambah keselesaan individu

itu dengan keadaan-keadaan sebenarnya dalam pernyataannya pula. Pada

peringkat ini, kaubselor selalunya menjadi penggalak atau pendorong klien bergerak

menjalankan raptai dan latihan-latihan bermain peranan.

1
Asnuraida (F1) edu 3107

Kelima: Pernyataan dalam keadaan sebenar.

Pernyataan dan ketegasan yang sebenar berlaku dalam langkah terakhir ini.

Individu-individu kedua belah pihak sudah pun membuat persetujuan mereka

menjalankan penyataan ini. Maka tingkah laku ketegasan dan pernyataan ini yang

dulunya diketepikan kini diambil kira semula malah ditumpukan sepenuh perhatian

pula.

Maka pada sesi akan datang, mereka akan menentukan serta menerangkan

pengalaman masing-masing sambil menilai percubaan-percubaan mereka itu,

menggandingkannya lagi dengan beberapa raptai dan latihan, serta membuat

persetiaan lagi bagi di luar kelompok mengalami penyataan itu.

Sekarang jelas pada kita bahawa kaunseling laku mempunyai pendekatan yang

dianggap penting dalam memberikan keberkesanan dalam sesuatu kaunseling itu.

Dengan memusatkan pada tingkah laku tertentu, terutama pada tingkah laku yang

bakal diubah oleh kliennya, kaunselor dapat membantu klien ini supaya lebih

memahami apa yang bakal dicapai dalam bahagian kaunseling mereka.

Ia juga memberikan maklumat yang agak konkrit kepada klien tentang tahap

kemajuan mereka. Oleh kerana perubahan tingkah laku itu ada kaitan dengan

mereka disekitarnya, seseorang klien akan menerima maklum balas yang positif bagi

mningkatkan kemajuannya sendiri. Dengan menumpukan kepada tingkah laku yang

khas juga akan memberi kriteria yang menerangkan dengan jelas kepada hasil

sesuatu kaunseling itu.

1
Asnuraida (F1) edu 3107

Kaunselor tingkah laku pula mmepunyai kebaikan dalam menunjukkan satu sistem

penerangan yang jelas kepada tatacara kaunseling serta menerangkan sejelas-

jelasnya tentang peranan dalam proses kaunseling itu sendiri. 

Sekatan yang besar dalam kaunseling tingkah laku ini termasuklah kurangnya

peluang bagi klien berkreativiti dan melibatkan dirinya dengan proses keseluruhan

kaunseling, pemenuhan kehendak diri, kesempurnaan diri, dan sekatan keduanya

puila ialah kemungkinan-kemungkinan klien tidak berkeperibadian dalam

interaksinya dengan kaunselor.

Lagipun keseluruhan proses ini tidak begitu sepadan dengan klien yang mempunyai

kerumitan-kerumitan yang tidak nyata dan terus terang berklaitan dengan tingkah

lakunya. Bagi mereka yang menganggap dirinya sebagai orang yang tidak berguna

langsung, atau yang gagal dan tidak ada kemungkinan boleh kembali normal, atau

mereka yang merasakan tidak berjaya mendapatkan makna hidup mengikut apa

yang diingini, mereka akan beranggapan tidak ada sebarang faedah ataupun

mempunyai sebarang harapan lagi. Mereka menjadi orang yang tidak berharapkan

apa-apa pun lagi pada kaunseling tingkah laku ini. 

Walaupun demikian, kaunseling tingkah laku ini mempunyai ramai pengikut yang

telah memperkembangkannya dalam amalan kaunseling mereka. Misalnya, Pavlov

di Rusia, B.F. Skinner di Amerika Syarikat.

TUJUAN TERAPI TINGKAH LAKU INI IALAH:

 1. Membantu klien mempelajari dengan lebih berkesan akan prosess membuat

keputusan.

1
Asnuraida (F1) edu 3107

2. Memusatkan kapada matlamat kaunseling dan membantu klien mempelajari

proses membuat keputusan yang kebih berkesan.

3.   Mengubah tingkah laku yang tidak diterima oleh klien semasa berterapi.

4.   Melindungi diri daripada masalah masa depan.

5. Mencapai perubahan-perubahan tingkah laku yang diterjemahkan kepada

tindakan dalam hidup seseorang.

ANDAIAN DALAM TERAPI TINGKAH LAKU IALAH:

1.  Manusia berkeupayaan memahami konsep serta mengawal tingkah laku

sendiri.

2.  Semua tingkah laku disebabkan oleh alam sekitar.

3.  Tingkah laku dibentuk oleh gerak balas.

4.  Tingkah laku yang teguh akan mudah berulangan.

5.  Manusia berupaya memperolehi tingkah laku yang baru.

6. Peneguhan positif adalah lebih baik daripada peneguhan negatif. Peneguhan

positif dapat dicapai melalui:

       a. Mengenalpasti ranngsangan yang boleh memperkuatkan dorongan.

       b. Mengatur suasana bagi memudahkan wujudnya tingkah laku.

7.   Peneguhan hendaklah diadakan selepas sahaja tingkah laku berlaku.

1
Asnuraida (F1) edu 3107

8.   Peneguhan boleh diwujudkan dalam bentuk kebendaan atau sosial.

PROGRAM PENGURUSAN DIRI (SELF-MANAGEMENT PROGRAM)

Suatu perkembangan menuju kesepaduan antara kognitif dan kaedah tingkah laku

untuk menolong klien mengurus masalah mereka sendiri (Konfer & Goldstein, 1986).

Corak yang berkaitan ke arah “giving psychology away” melibatkan ahli psikologi

berkongsi pengetahuan supaya ‘consumer’ boleh menuju kearah kehidupan sendiri

tanpa bergantung kepada pakar untuk menagani masalah mereka.  

Psikologi berkongsi perspektif ini secara dasarnya mengambil berat dengan

mengajar manusia kemahiran yang diperlukan untuk mengurus kehidupan mereka

sendiri sengan lebih berkesan.

Strategi pengurusan diri termasuk, monitor-diri, pengukuhan diri, perjanjian diri dan

pengawalan rangsangan. Strateg pengurusan diri telah digunakan dengan meluas

kepada berbagai masalah seperti keraguan, kesedihan dan kesulitan. 

Idea asas dalam pengurusan diri ialah penilaian dan ‘intervention’ pertukaran tingkah

laku boleh terjadi dengan mengajar manusia untuk meniru kemahiran dalam situasi

tertentu. Secara umumnya klien digalakkan untuk menerima tanggung jawab untuk

mempraktikkan segala strategi dalam kehidupan seharian (Rehm & Rokke, 1988).

Dalam program pengurusan diri, manusia membuat keputusan berkaitan tingkah laku

khusus yang mereka ingin kawal atau tinggalkan. Contoh yang lazim seperti

mengawal merokok, minuman keras dan penagihan dadah, kemahiran belajar,

1
Asnuraida (F1) edu 3107

kemahiran belajar, kemahiran pengurusan masa dan masalah kegedutan dan

terlebih makan.  

Manusia biasanya mendapati sebab utama mereka tidak mencapai matlamat, kerana

kekurangan beberapa kemahiran, di mana dalam beberapa bidang pendekatan

penumpuan diri boleh memberi garis panduan untuk menukar atau rancangan yang

akan memberi penukaran. Lima kriteria program pengurusan diri yang berkesan

telah di kenal pasti oleh Cornier dan Cormier (1985).

1.  Paduan beberapa strategi pengurusan diri adalah lebih berguna dari satu

strategi sahaja.

2.   Pengamalan strategi secara konsisten. Jika usaha pengurusan diri tidak

diamalkan secara berterusan untuk beberapa ketika, keberkesanannya akan

menjadi terhad dalam memberi penukaran yang bermakna.

3. Adalah perlu untuk menentukan matlamat yang realistik dan kemudiannya

menilai sejauh mana mereka dapat bersepadu.

4.   Kegunaan pengurusan diri adalah komponen yang penting di dalam program

pengurusan diri.

5.  Sokongan persekitaran adalah perlu untuk mengekalkan pertukaran yang di

hasilkan dari program pengurusan diri.

KRITIKAN/KELEMAHAN DALAM KAUNSELING TINGKAH LAKU

Kritikan yang paling kerap didengar ialah kaunseling tinkah laku hanya sesuai

mengubah tingkah laku biasa yang belum berakarumbi dalam diri seseorang.

1
Asnuraida (F1) edu 3107

Kaunseling tingkah laku tidak menganalisa dengan mendalam punch tingkah laku

tersebut, ia hanya mengubat tanda penyakit, akibatnya hapus satu-satu tanda timbul

pula satu tanda yang lain. Kaunseling tingkah laku tidak mendalam dan menganalisa

punch dan sejarah sesuatu tingkah laku tersebut. 

Dalam setengah kes, perubahan tingkah laku mungkin hanya terjadi dalam jangka

masa yang singkat sahaja, selepas itu masalah akan berulang semula. Kaunseling

tingkah laku pada dasarnya boleh mengawal dan mengubah tingkah laku, andainya

kebolehan ini dimiliki oleh orang yang tidak sesuai ia akan digunakan dan

dimanipulasi untuk kepentingan sesuatu golongan dan ini pasti akan mengancam

kesejahteraan masyarakat.

Bagaimanapun seperti yang kita maklum kaunseling tingkah laku bukanlah hanya

satu pendekatan kaunseling yang ada, ia hanya salah cara yang boleh digunakan

bagi mencapai matlamat murni kaunseling dalam mewujudkan sebuah masyarakat

yang sejahtera dan seimbang.

Anda mungkin juga menyukai