Anda di halaman 1dari 1

Nama:_________________________ Kelas:__________

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER 1


PENDIDIKAN SENI VISUAL
KERTAS 1 (2611/1)
TINGKATAN 4
JAM

NAMA GURU SUBJEK:

4A & 4C: 4B:

Arahan:
Jawab satu soalan sahaja.

1. Beberapa alat pertukangan seperti tukul, gergaji, pahat dan beberapa batang kayu terletak di atas
sebuah kotak kayu yang telah using. Kelihatan juga paku, beberapa tin cat dan berus yang sudah
terpakai di tepi kotak tersebut.
Gambarkan situasi tersebut dalam lukisan anda dengan memberikan penekanan kepada bentuk,
jalinan dan ruang.

2. Beberapa ekor serangga sedang riang bermain guli dalam kawasan taman bunga di sebuah istana yang
sangat indah.
Lukis gambaran anda dengan memberi penekanan kepada bentuk, warna, jalinan dan ruang.

3. Anda dan keluarga pergi bercuti ke sebuah pulau yang mempunyai pantai yang cantik. Terdapat
beberapa pohon kelapa yang tumbuh di persisiran pantai tersebut. Tidak jauh dari pulau tempat anda
bercuti, kelihatan satu lagi pulau yang tidak jauh dari situ.
Gambarkan situasi tersebut dalam lukisan anda dengan memberikan penekanan kepada bentuk,
jalinan, warna dan ruang.

4. Sebuah kumpulan muzik dianggotai oleh buah rambutan, jagung dan durian yang mempunyai kaki
dan tangan sedang membuat persiapan di sebuah konsep dengan dihadiri ramai peminatnya pada
waktu malam.
Lukis situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan
pencahayaan.

5. Di suatu petang semasa anda sedang berjalan mengelilingi kampung, anda terpegun dengan
permandangan sawah padi yang luas terbentang. Kelihatan beberapa ekor kerbau yang sedang
ditambat di sebatang pokok berdekatan dengan pondok sedang meragut rumput. Seorang petani
berada di tengah sawah padi tersebut kelihatan sedang membersihkan sawahnya sambil memegang
sebatang kayu.
Lukiskan situasi ini dengan memberikan penekanan kepada jalinan, bentuk, ruang dan perspektif.

6. Beberapa batang pokok telah tumbang dan menyekat aliran air anak sungai.
Lukiskan situasi ini dengan memberikan penekanan kepada bentuk, ruang, jalinan dan pergerakan air.

-KERTAS SOALAN TAMAT-

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh, Diperaku oleh,

……………….. ……………… …………….... .……………………


En Norman Ajub En Nazirol Chik En Henry Ak Jini Pn Jerrah Binti Pandin
Guru Subjek PSV Ketua Panitia PSV Ketua Bidang Pengetua, SMK Baru
Kemanusiaan Miri.

Anda mungkin juga menyukai