Pada minggu ini, isu yang ingin saya fokuskan adalah murid tidak menyiapkan tugasan
aktiviti latih tubi. Hal ini kerana, isu ini merupakan salah satu proses yang amat ditekankan
dalam pengendalian PdPr. Tugasan kerja rumah diberikan kepada murid sebagai latihan
pengayaan dan pemulihan. Tambahan pula, latihan kerja rumah akan diberikan kepada
murid sebagai salah satu jenis pengukuhan bagi kemahiran yang dipelajari dan turut
dijadikan sebagai kayu ukur bagi guru untuk menilai tahap penguasaan dan pencapaian
seseorang murid dalam suatu topik baharu yang dipelajari. Namun, didapati bahawa
terdapat segelintir murid yang tidak menghantarkan tugasan tepat pada masa yang
ditetapkan walaupun telah diberikan banyak peluang.
Setelah menganalisis isu ini, saya berpandangan bahawa terdapat beberapa punca yang
menyebabkan berlakunya masalah ini. Punca utama masalah ini berlaku adalah disebabkan
oleh sikap sambalewa dan amalan suka bertangguh dalam kalangan murid untuk
menyiapkan kerja rumah. Kesannya, perkara ini menyukarkan guru untuk menilai tahap
penguasaan murid terhadap suatu isi pelajaran baharu serta menyulitkan proses untuk
mengikuti perkembangan prestasi murid dari semasa ke semasa. Selain itu, punca
seterusnya ialah murid tersebut tidak menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru
berkemungkinan kerana mereka masih kurang memahami isi pelajaran yang dipelajari pada
hari tersebut. Selain itu, tugasan yang diberikan terlalu banyak sehingga murid tidak sempat
untuk menyiapkan tugasan tersebut. Hal ini berikutan atas faktor bebanan kerja rumah yang
turut diberikan oleh guru mata pelajaran yang lain. Perlakuan ini akan menjejaskan tahap
penguasaan murid dalam sesuatu topik pelajaran sekiranya dibiarkan berterusan. Bukan itu
sahaja, terdapat juga murid yang lambat menyiapkan tugasan kerana kekangan peranti
pembelajaran. Terdapat murid yang berkongsi peranti elektronik dengan adik beradik yang
lain. Kesannya, murid tidak dapat menyiapkan tugasan tepat pada masanya.
3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas)”:
Menurut Mok Soon Sang (2009), kepentingan serta tujuan bahan bantu mengajar adalah
supaya murid-murid memahami secara lebih mendalam dan realistik tentang tajuk yang
diajar serta mampu menguatkan daya ingatan murid terhadap isi- isi pengajaran. Murid akan
minat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan apabila mereka memahami isi pelajaran
yang diajar mengunakan bahan bantu mengajar yang menarik. Maka, dapatlah ditegaskan
bahawa guru perlu memastikan bentuk tugasan yang diberikan kepada murid berpotensi
untuk menarik minat murid bagi melengkapkan tugasan.
Berdasarkan aspek yang telah dianalisis, terdapat beberapa cadangan penyelesaian bagi
masalah yang telah difokuskan tadi, antaranya termasuklah:
Saya akan memastikan tugasan yang diberikan adalah sesuai dengan tahap dan
kemampuan murid.
Saya akan memastikan semua murid mendapat dan menerima arahan dengan jelas
tentang pelaksanaan tugasan yang perlu dilakukan oleh mereka.
Saya akan mempelbagaikan bentuk tugasan bagi memastikan mereka tertarik untuk
melaksanakannya.
Saya akan menyediakan konsep ganjaran kepada murid yang menyiapkan tugasan
tepat pada masanya bagi memberikan galakan kepada mereka.
Saya akan menyenaraikan nama murid yang tidak menyiapkan tugasan berulang
kali supaya mereka akan lebih fokus dan memberi perhatian selepas ini untuk
menyiapkan tugasan.
1 minggu
6. Tindakan Susulan
Bagi melaksanakan apa yang telah dirancang, saya perlu sentiasa mencatat nama murid
yang tidak menyiapkan kerja rumah setiap kali saya meminta mereka menghantar tugasan
untuk disemak. Jika saya dapati banyak antara mereka yang tidak menyiapkan kerja rumah
tersebut dan mendapati soalan itu agak susah bagi mereka, maka saya akan berbincang
dengan murid tersebut. Murid yang menyiapkan kerja rumah akan dipuji dan diberikan
penghargaan agar murid-murid lain terdorong untuk turut berbuat demikian. Misalnya, saya
akan menambah token ganjaran mereka. Hal ini demikian kerana, murid di sekolah rendah
sememangnya sangat suka akan pujian dan perhatian daripada guru. Mereka pasti akan
berusaha untuk mendapatkan perhatian guru di samping dapat meningkatkan prestasi
semasa mereka. Jumlah kerja rumah yang diberikan juga perlulah berpatutan iaitu tidak
terlalu banyak kerana bimbang akan membebankan murid. Maka, guru perlu memastikan
tugasan yang diberikan adalah berkualiti serta mampu menguji pemahaman murid dengan
baik terhadap topik yang dipelajari.
05-08-2021
Jangkaan masa yang telah saya tetapkan selama satu minggu adalah berkesan. Langkah
yang diutarakan ternyata dapat memberikan kesedaran kepada murid-murid untuk
menyiapkan kerja rumah. Kadar murid tidak menyiapkan tugasan yang diberikan adalah
berkurangan. Saya juga dapat melihat perubahan sikap dalam kalangan murid dengan
sangat jelas. Mereka berupaya untuk menghantar tugasan yang diberikan dalam tempoh
yang diberikan. Bahkan, kualiti kerja murid juga adalah memuaskan.
Mazulina. (2004). Persepsi pelajar terhadap amalan kerja rumah sebagai satu strategi
pembelajaran di sekolah menengah.
Mok Soon Sang. (2009). Psikologi pendidikan dan pedagogi: murid dan alam belajar.
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.